Pengikut

Sabtu, 11 September 2010

Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.

Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,”kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

”Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.




Dari TV Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan