Pengikut

Isnin, 6 September 2010

20 MP PKR sokong Azmin tanding Timbalan Presiden


Dua Puluh Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai timbalan presiden parti.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Turut menyatakan sokongan sama, beberapa senator PKR yang juga disenaraikan dalam kenyataan itu.

Mereka mendakwa sokongan kepada Azmin yang juga Naib Presiden PKR sekarang ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengorbanan yang dilakukannya sepanjang berada dalam parti.

Mereka turut menyokong calon jawatan naib presiden di kalangan ahli parlimen yang berhasrat untuk mendapatkan jawatan tersebut pada pemilihan parti 2010 ini.

"Kami juga ingin memberi sokongan kepada tokoh lain yang telah membuktikan komitmen dan kemampuan mereka memikul tanggungjawab yang juga telah meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Zuraida Kamaruddin (Ampang), S Manikavasagam (Kapar) and Low Goh Burne (Kelana Jaya).

Pemilihan PKR akan berlangsung di antara 17 September hingga 21 November ini yang melibatkan 218 cabang dan lebih 400 ribu anggota parti.

Kesemua mereka layak mengundi dan memilih kepimpinan di peringkat cabang dan majlis pimpinan pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan