.jpg)
"Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran open house (rumah terbuka) yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti.
"Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!"
Menulis dalam blognya Zaid untuk Rakyat, Zaid berkata kod etika boleh digunakan, tetapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.
"Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?" coret Zaid dalam artikel berjudul 'Demokrasi dalam Parti Politik'.
Belum tentu adil pada semua
Menurut pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua.

"Dan walaupun saya meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah... dan Umno mana boleh buat salah," katanya sinis.
Sehubungan itu, Zaid berkata, beliau berharap PKR "tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin"
"Biarlah kita praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan lineup (barisan) atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan," katanya.
Bagaimanapun, Zaid - yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR - hari ini mengumumkan tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan pun.
SUA: Penambahbaikan berterusan
"Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka.
"Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai campaign manager (pengurus kempen) ini," perli Zaid lagi.

Bagaimanapun ditanya sama ada PKR akan melakukan cadangan penambahbaikan selepas dikritik Zaid, Saifuddin menjawab penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan.
"Parti sentiasa dinamik dan tidak statik," katanya yang juga ahli parlimen Machang
Katanya PKR sebagai sebuah parti ditadbir oleh perlembagaan, peraturan-peraturan dan keputusan daripada majlis pimpinan pusat.
"Semuanya akan diturunkan kepada ahli melalui setiausaha agung sama ada melalui pekeliling atau makluman-makluman tertentu," jelasnya secara umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan