-By Shen Yee Aun
.jpg)
Menurut Tun Mahathir, kuasa politik tidak boleh berada di tangan Cina kerana Cina sudah pun menguasai ekonomi negara kita dan Melayu kita masih jauh ketinggalan walaupun selepas hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan. Tun Mahathir sudah lupa dalam 40 tahun tersebut 22 merupakan kepimpinan dan pentadbiran beliau sendiri. Matematik mudah menunjukkan lebih daripada separuh daripada 40 tahun DEB diperkenalkan merupakan zaman pemerintahan beliau sendiri.
Jika beliau pada hari mengemukakan isu kelemahan dan kelembapan ekonomi Melayu dalam ekonomi disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya juga disebabkan oleh kaum Melayu mereka sendiri namun tidak sesekali Tun Mahathir menyebut bangsa Melayu gagal dimajukan olehnya walaupun merupakan pemimpin Melayu yang berkuasa paling lama di dunia.
Tun Mahathir juga sudah lupa bahawa jutawan-jutawan Cina hampir kesemunnya wujud pada zaman pemerintahan beliau. Jika tidak silap saya tiga Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir hanya mendiang Lim Goh Tong sahaja yang kaya. Namun keadaan mula berubah apabila Tun Mahathir mengambil alih kuasa pemerintahan negara. Jika cina-cina jutawan dikayakan oleh kamu sendiri maka isu Cina kaya dan Melayu miskin disebabkan kehebatan dan kebijaksaan kamu sendiri.
Jangan lupa bahawa gabungan nilai beberapa jutawan Cina yang dihasilkan oleh kamu walaupun hanya beberapa orang namun angka tersebut lebih banyak daripada gabungan KDNK ratusan ribu Cina di Malaysia. Maknanya Cina Malaysia majoriti berpendapatan sederhana dan ada juga ramai lagi yang miskin dan yang menguasai ekonomi negara bukan Cina Malaysia tetapi gabungan jutawan Cina Mahathir.

Natijahnya, justifikasi dan hipotesis awal tidak tepat menggambarkan gambaran sebenar. Banyak Melayu di Malaysia pada hari yang berpendidikan Cina diketuai oleh guru besar Cina jauh lebih bijak dan berjaya berbanding Melayu di sekolah Melayu. Ramai juga Melayu pendapatan dan gaji mereka jauh lebih tinggi berada di bawah pemerintahan Cina di Sektor Swasta berbanding pemerintahan Melayu di sektor awam.
Bukan niat saya untuk menunjukkan bangsa mana yang lebih layak memimpin. Bagi saya soal kepimpinan bangsa tidak seharusnya dijadikan kayu ukurnya tetapi kebolehan dan kemampuan yang seharusnya lebih diutamakan. Keadaan ini juga menandakan ada juga pemimpin Melayu yang berkebolehan yang bukan sahaja boleh memimpin Melayu dengan baik tetapi semua kaum di Malaysia.

Apabila PAS sanggup bertolak ansur dengan Cina dalam isu ini bukan disebabkan PAS mengkhianati Melayu tetapi PAS cuma berpegang pada prinsip persahabatan dan keadilan yang dibawa oleh Islam. Dalam Islam bukan bangsa yang menjadi kayu ukurnya kerana Islam menentang sistem kabilah dan semangat assabiyah seperti PERKASA yang menjadi alat, senjata dan buah catur kamu untuk menghuru-harakan negara Malaysia.

Dalam blog Tun Mahathir juga menyebut bahawa PAS berkrompomi dengan Cina sehingga bukan sahaja mereka melawat upacara pengebumian Cina malahan membakar kertas kepada mayat yang sudah meninggal dunia. Tun Mahathir sudah lupa bahawa pembakaran kertas dalam upacara pengebumian Cina tidak sesekali berunsur agama tetapi itu hanyalah sekadar budaya pengebumian Cina.

Saya cabar Tun Mahathir sekali lagi dalam ajaran Islam mana yang melarang kita untuk menghormat budaya orang lain? Mungkin pemimpin UMNO tidak melakukannya kerana mereka menggangap pembakaran kertas itu sebahagian daripada amalan agama Buddha. Keadaan ini hanya menandakan pemimpin UMNO tidak berilmu dan berpengetahuan.
Mungkin juga bagi sesetengah pemimpin UMNO amalan meminum arak, berpoya-poya, berskandal, rasuah dan zalim itu dosanya jauh lebih kurang berbanding perlakuan membakar kertas. Wahai Tun Mahathir bersama-sama anak buah anda sahutlah wahyu pertama Tuhanmu Yang Maha Esa supaya menuntut manusia mengerja ilmu dan rajin membaca.
Anda juga menyamakan penentangan PAS terhadap UMNO apabila UMNO bekerjasama dengan MCA maka PAS hiprokrit apabila mereka sendiri berkerjasama dengan DAP. Keadaan ini sekali lagi menunjukkan bahawa anda lupa bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara antara MCA dan DAP. DAP membuka keahlian mereka kepada semua kaum dan MCA yang bersistem kabilah apabila hanya untuk puak-puak Cina sahaja.

Mereka boleh nampak seorang ketua bahagian UMNO memiliki rumah mahligai bagaikan Istana dan Syurga tetapi seorang Menteri Besar Kelantan tinggal di sebuah rumah kampong papa kedana. Melayu dan UMNO dibawah Tun Mahathir yang hebat pula “Talk And Never Walk”.
Jangan lupa, Tun Mahathir. Jika bukan kerana Cina pada 1998 anda akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang kalah dalam pilihan raya umum. Yang bersifat hiprokrit dan munafik serta palsu di sini bukan PAS tetapi kamu sendiri. Jika Cina 1998 tahu akan sifat sebenar Tun Mahathir pada hari ini mereka pasti akan singkirkan kamu daripada Putrajaya dan Petronas.

Ada kalanya jika rakyat Melayu miskin tahu bahawa seorang pemimpin dan pejuang Melayu hanya menjadikan anak Melayunya jutawan mungkin juga mereka lebih sanggup bukan Melayu yang akan sanggup membantu mereka.
Ada kalanya juga jika pejuang bahasa Melayu tahu seorang pemimpin Melayu di ambang pengakhiran karier politiknya setelah 22 tahun baharu mencadangkan pertukaran Sains dan Matematik kepada bahasa penjajah mungkin mereka lebih rela bukan Melayu yang akan menghormati kedaulatan dan keanggungan bahasa Kebangsaan kita.

Ada kalanya juga jika Melayu Islam yang sebenar tahu bahawa ada seorang pemimpin Melayu yang mendalangi penubuhan PERKASA yang bersifat assabiyah mereka lebih rela pemimpin bukan Melayu yang memperjuangkan keharmonian dan kemanan semua kaum di negara kita.
Saya rasa Tun Mahathir sudah melupai kesemua isu yang telah saya lontarkan.
Sumber Berita Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan