Pengikut

Khamis, 15 Julai 2010

Adun BN tolak pelantikannya jadi ketua PAC Selangor

Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas alasan pelantikan itu bermotifkan politik.

Usul itu dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.

Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya.

Dalam pada itu Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan usul pelantikan Shamsuddin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri dibuat berdasarkan kepentingan politik.

Beliau berkata, meskipun usul itu yang dikemukakan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail diluluskan pada persidangan DUN Selangor hari ini, pelantikan itu dilihat tidak memberi sebarang makna kepada usaha kerajaan negeri yang ingin mewujudkan kebebasan dalam jawatankuasa itu sebab hanya dianggotai seorang lagi Adun BN dari Semenyih, Johan Abdul Aziz manakala lima lain adalah daripada Pakatan Rakyat.

Jadi bagaimana Pengerusi PAC baru ini boleh melaksanakan tugasnya dengan baik kerana komposisi ini akan sudah pastinya mewujudkan kekangan dalam membuat sesuatu keputusan.

“Sepatutnya PAC negeri haruslah diwakili dua Adun dari Pakatan Rakyat dan lima Adun BN selaku pembangkang
,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan dewan itu hari ini.

Khir menghadiri persidangan DUN setelah tempoh penggantungan selama setahun sejak Julai tahun lepas tamat hari ini.

Pada Julai, Khir yang juga Adun Sungai Panjang, dikenakan tindakan itu kerana mengkritik pelaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Terdahulu, ketika membahaskan usul pelantikan itu, Shamsuddin berkata sekiranya kerajaan negeri mahu melakukan perubahan dalam pentadbiran Selangor, ia seharusnya dilaksanakan secara berkesan.

Maka untuk berkesan, kita kena ada pasukan bebas yang ramai pembangkang (BN),” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan