UMNO Bahagian Permatang Pauh ibarat ‘menunggu retak menanti belah’.. Kenyataan Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bahawa UMNO berada dalam keadaan sakit yang cukup kritikal dan sukar disembuhkan.
Namun dalam masa yang sama Dato Ahmad Zahid lupa bahawa sebenarnya bukan UMNO Permatang Pauh yang menunggu untuk hancur, tetapi UMNO seluruh P.Pinang dan seluruh Negara akan dihancurkan dalam PRU-13 nanti.
Dalam banyak hal, nampaknya Dato Zahid lebih cenderung kepada Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin. Bodek beliau agak nampak jelas. Tindak tanduk yang beliau lakukan seolah-olah beliau mahu menjadi orang no. 2 negara apabila TS Muhyiddin jadi PM nanti. Oleh itu, beliau akan melakukan apa saja bagi menyakinkan TS Muhyiddin bahawa dia layak diangkat jadi TPM nanti.
Terbaru, Dato Zahid yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang telah meminta Pengarah Pendidikan Negeri mengambil tindakan terhadap guru-guru yang dianggap pro pembangkang di Pulau Pinang. Beliau telah mengganggu Pengarah Pelajaran Negeri dengan pelbagai ugutan dan kata dua.
Tindakan akan diambil kepada Pengarah Pendidikan sekiranya Pengarah tidak ambil tindakan kepada guru-guru yang dicop sebagai pro pembangkang. Dato Zahid meminta semua UMNO Bahagian mencungkil dan mencari nama-nama guru di sekolah dan pegawai-pegawai yang bertugas di institusi pendidikan di P.Pinang yang dianggap sokong pembangkang (PAS dan PKR).
Maka bertebaranlah juak-juak UMNO yang berada di peringkat bahagian menyenaraikan nama-nama secara teka-takaan dan membuta tuli, kononnya mereka sudah buat kerja kuat. UMNO juga ada memasang spy yang bertugas sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri.
Salah seorang yang terlibat dipanggil untuk disoal siasat ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang. Beliau telah dituduh menentang dasar-dasar kerajaan dan tidak member kerjasama kepada UMNO dalam aktiviti yang dianjurkan. Satu tuduhan yang langsung tidak munasabah.
Inilah permainan kotor UMNO Pulau Pinang. Dato Zahid lakukan tindakan ini kerana ingin membodek TS Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Secara logiknya, dapatlah kita sama-sama fikirkan akan wajaran dan rasionalnya tindakan tersebut. Amat malang dan amat tidak masuk akal tindakan yang dilakukan oleh Dato Ahmad Zahid. Tindakan beliau telah heboh di seluruh Pulau Pinang. Semua guru telah tahu akan kes ini.
Guru-guru menjadi semakin marah dan makin membenci UMNO. Mereka ingat UMNO sudah berubah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri. Rupa-rupanya masih sama dengan UMNO sebelum PRU-12 dulu. UMNO makin hilang akal. Makin kebudak-budakan dan makin ketinggalan zaman. Pemikiran mereka makin kolot. Malah tindakan mengacau guru-guru menyebabkan ibu bapa atau waris di sekolah makin membenci UMNO.
Murid-murid juga dimaklumkan bahawa guru-guru yang mereka saying telah dituduh oleh UMNO sebagai pembangkang. Sedangkan guru-guru inilah yang bertungkus lumus mendidik dan membina anak bangsa agar berakal dan bijak untuk menjadi pemimpin Negara. Pada masa yang sama pemimpin UMNO asyik menggunkan kuasa untuk menjaga kedudukan dan mengaut harta dan wang rakyat. Pelajar-pelajar hari ini sudah cerdik. Mereka mulai menaruh dendam dan membenci UMNO yang tidak habis-habis menganiayai bangsa sendiri.
UMNO Pulau Pinang tidak pernah berusaha untuk memajukan dan meningkatkan martabat orang Melayu. Dalam keadaan mereka kalah pun masih mahu berdendam dan berdengki dengan kakitangan kerajaan.
Adalah lebih baik jika mereka ini dikuburkan terus agar mereka terus lenyap dari muka bumi ini. Ini kerana, ada mereka pun Melayu tidak ke mana. Mereka gagal menjaga dan memajukan Melayu Pulau Pinang. Paling malang, mereka bertindak sebagai pemfitnah dan penjahanam bangsa Melayu dan kakitangan kerajaan (guru) yang berjuang siang dan malam memartabatkan anak bangsa melalui pendidikan.
oleh SanusiDin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan