Pengikut

Rabu, 3 Mac 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai Keluar PKR.

Seperti yang dijangka dan dirancangkan, nampaknya bagai menjadi kenyataan seperti yang digambarkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim baru-baru ini bahawa ada 10 orang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal keluar parti. Nampaknya, kenyataan beliau itu nampak petandanya selepas Zahrain Hashim (Bayan Lepas), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan terbaru hari ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohd Fadzli Samsuri (foto) pula berbuat demikian.

Beliau mengumumkan keputusan untuk keluar PKR kerana kecewa kononnya Pakatan Rakyat mengkritik institusi raja dan kehakiman. Malah, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap pimpinan PKR yang menyokong penggunaan khalimah Allah oleh orang bukan Islam. Fadzli mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatannya serta menjadi Ahli Parlimen Bebas dengan serta merta. Ini bermakna, Ahli Parlimen Bebas semakin bertambah di parlimen Malaysia sekarang ini. Jika dulu, kita hanya melihat kelibat Ibrahim Ali Al-Kataki sahaja. Kini "team katak lompat" bertambah dengan tindakan ketiga-tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman (foto), menjangka sekurang-kurangnya lima lagi anggota termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi. Tanpa menyebut anggota parti dari negeri tertentu, Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan anggota PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi. "Saya nampak ada kira-kira lima anggota parti termasuk wakil rakyat akan keluar parti tidak lama lagi," katanya. Beliau mengulas tindakan bekas ADUN Penanti Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, keluar parti.

Mansor juga meminta anggota parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti. "Kami tidak bimbang dengan anggota yang meninggalkan parti kerana kami menerima permohonan kira-kira 30,000 orang untuk menyertai parti setiap tahun," katanya.

p/s: Terkadang, lucu benar tatkala mendengar alasan pemimpin PKR yang keluar parti ini. Seolah-olah kepala otak mereka sudah diskripkan oleh pihak-pihak tertentu agar memberi alasan yang sama atas tindakan tersebut. Namun, rakyat tidak harus gabra dan kecewa dengan apa yang berlaku ini.

Berilah peluang untuk mereka mencipta kemewahan dan kekayaan dalam saki baki usia dan kuasa yang mereka ada sebagai "Ahli Parlimen" itu. Apa yang pasti, semua mereka ini pasti akan ditolak bulat-bulat oleh rakyat kerana mereka bukanlah pejuang sejati yang dilahirkan untuk membela nasib mereka. Mereka tidak lebih daripada seekor katak yang menunggu masa untuk melompat bila melihat makanan didepan mata.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada PKR atas pembersihan yang sedang berlaku ini. Elok benar pemimpin yang sudah tidak dapat menjiwa watak itu dibiarkan berundur. Apa yang penting, sokongan rakyat terhadap PKR, PAS dan DAP semakin memuncak di seluruh negara. Tunggulah pilihanraya umum ke-13 nanti untuk rakyat mengajar pemimpin yang khianat itu.



-PDO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan