Pengikut

Ahad, 7 Februari 2010

Melayu Bebal Mengamuk di Pulau Pinang

MELAYU PULAU PINANG DAN NGO MELAYU "MENGAMUK " DAN BERDEMOTRASI DAN MEMBAKAR GAMBAR KETUA MENTERI LIM GUAN ENG. Syabas kaum Melayu Umeno dan spesis yang sama dengannya. Persoalanya mengapa mengamuk ketika Pulau Pinang dikuasai oleh DAP dan pakatan rakyat?. Atau melayu dan NGO melayu yang dibayangi oleh UMNO tersedar selepas 52 UMNO dan Barisan Nasional gagal membela hak melayu dan tanah melayu di Pualau Pinang. Atau selepas 52 tahun Gerakan dan UMNO membiarkan kaum melayu ditindas oleh pemimpin umno bersama gerakan yang memerintah Pulau Pinang selama 52 tahun?

Untuk rekod puluhan kertas kerja dan ratusan cadangan serta puluhan juta wang telah diperuntukan oleh UMNO dan Barisan Nasional bersama Gerakan kononnya untuk membasmi serta membantu Melayu Pulau Pinang. Hasilnya kosong hak kaum Melayu dan tanah Melayu srta rizab melayu Pulau Pianag habis tergadai kononya untuk membangun dan dibangunkan. Hilang dan tergadi maruah melayu semasa gerkan dan umno memerintah Pulau Pinang. Malah ruang niaga dan bangunan milik melayu Pulau Pinang selama gerakan dan UMNO memerintah Pulau Pinang tinggal sekankang kera. Melayu Pulau Pinang cukup miskin dan merapat, malah itulah umpan dan makanan umno semasa berkempen untuk meraih undi setiap kali pilihanraya.

Kita tidak dinafikan ada juga kelemahan DAP memerintah Pulau Pinang, untuk rekod juga PAS dan PKR bersama memerintah Pulau Pinang. Jesteru itu dalam masa singkat tak sampai satu penggal memerintah Pulau Pinang kelemahan masih ada. Bagaimana pula gerakan dan umno memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun dan ketua menteri tetap berbangsa lain dari bangasa melayu walaupun satu ketika UMNO menjadi majoriti dalam dewan negeri?. Tiada pun umno dan NGO melayu berdemo dan membakar gambar ketua menteri ketika itu?. Memang melayu umno ketika ini kini dan selamanya cukup bebal malah menjadi lembu kenyang kerana disuap dengan wang oleh pemimpin umno sendiri.

Satu cadangan kepada pemimpin pakatan rakyat Pulau Pinang buat satu berbandingan dan cetak serta sebar pada umum kebaikan dan tindakan yang telah diambil oleh DAP sebagai parti yang menjadi ketua menteri Pulau Pinang. Dan berapa banyak lagi tinggal tanah rizab melayu serta ekonomi sosial kaum melayu semasa Pulau Pinang diperintah oleh GERAK dan UMNO selama 50 tahun berlalu.

Kita tidak halang orang yang membuat demo dan mengamuk. Tapi perlu fikir punca melayu Pulau Pinag miskin dan menjadi pelarian dinegeri sendiri adalah berpunca dari pemimpin UMNO yang bercakap bergegar dan pada masa yang sama tergadai tanah rizab melayu dan hak melayu Pulau Pinang adalah berpunca dari pemimpin UMNO sendiri.

Untuk rekod juga UMNO telah menubuhkan tabung beserta dengan jutan ringgit dana kononnya untuk membantu kaum melayu Pulau Pinang bersama cerdik pandai melayu malah turut bergema semasa setiap perhimpunan umno dengan nada yang sama untuk membantu kaum melayu Pulau Pinang, dimana, kemana, atau tersimpan dimuzium negara?... memang bebal pemimpin umno, hanya pentingkan politik perut dan peribadi sahaja. Bila tersepit mengamuk macam singa lapar tapi bila dapat habuan senyap bisu kelu.














p/s: Heran-heran.. apa pasai FRU tak halang depa! Nie kan perhimpunan HARAM!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan