Pengikut

Ahad, 7 Februari 2010

Lepas Sedaq Depa Nak Buat Perhimpunan BANGKIT.

SELEPAS berjaya mengadakan demotrasi kumpulan melayu dan ngo's yang dinamakan 'perhimpunan sedaq" di Komtar Pulau Pinang dan membakar gambar ketua menteri Lim Guan Eng. Satu lago demotrasi yang dikatakan anjuran melayu pulau Pinang dan NGO'S melayu dan Islam akan mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran dengan nama "Perhimpunan Bangkit" pada 16/2/2010, kebetulan kaum China menyambut tahun baru China.


Kami sebagai rakyat Malaysia tidak mahu melihat satu kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku di Pulau Pinang. Tujuan demotrasi oleh kumpulan tersebut ialah membela nasib kaum Melayu Pulau Pinang, "Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan sengaja tidak mempedulikan nasib orang melayu dan kami pernah memberi amaran akan bangun lagi dengan "Perhimpunan Bangkit". Hebat melayu Pulau Pinang semangat Jebat mengalir didada orang melayu Pulau Pinang. Sayang seribu kali sayang semangat Jebat tidak sama semasa Jebat mempertahankan kawan karibnya Tuah.

Mengapa baru sekarang kumpulan "Perhimpunan Sedaq dan "Perhimpunan Bangkit" tersedar dari lamunan tidur yang dibelenggu oleh nafsu kemunafikan yang jelas?. Ingat Pulau Pinang diperintah oleh barisan nasional dibawah teraju utama parti GERAKAN selama 50 tahun. Kenapa puak umno tidak bangkit untuk memelihara kaum Melayu Pulau Pinang yang hidup dalam kemiskinan dan hidup dalam keadaan setinggan. Kaum melayu dihalau macam anjing . Selama 50 tahun umno menjadi bisu dan buta dalam celik setiap tindakan yang dibuat oleh parti yang memerintah GERAKAN Pulau Pinang. Selama 50 tahun tanah milik melayu tergadai dan kaum melayu cukup terpinggir lantaran berhujrah ke tanah besar.

Jika nak digambarkan kerakusan dan kelemahan serta tidak jujur umno Pulau Pinang untuk membela kaum melayu Pulau Pinang selama 50 tahun berlalu cukup mual dan loyer. Bermula dengan presiden umno dan perdana menteri serta pemimpin besar umno Pulau Pinang silih berganti bermacam teori dan jutaan peruntukan kononnya untuk bantu melayu Pulau Pinang, namum hasilnya kosong dan hancur. Yang pasti melayu Pulau Pinang semakin terhakis malah umno yang meretuinya dan tahu akibatnya. Namun pemimpim UMNO sengaja membisu kerana politk perut telah diperolehinya.

Namun sekali lagi kami sebagai rakyat biasa merayu kepada pehak berkuasa atau kata mudah faham Polis Diraja Malaysia dan perdana menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak membatalkan perhimpunan yang bakal diadakan pada 16/2/2010. Kita mahu 1 Malaysia mahu hidup aman dan mahu merayakan tahun baru china dengan harmoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan