Inikan pula membakar gereja.... apalah sangat?
Kenapa kita menyalahkan UMNO dalam isu yang boleh ber-transformasi menjadi mala petaka ini?
Kerana UMNO adalah tunjang kerajaan pusat. Betul kan?
Mengapa pula kita menyalahkan kerajaan pusat? bukan mahkamah yang dipersalahkan?
Kerana kerajaan tidak menguruskan atau menangani atau menyelesaikan isu ini dengan bijak.
Bagaimana menguruskan atau menangani atau menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah dengan bijak?
Bijak, ialah dengan tidak menjadikan isu ini satu isu, dengan tidak menjadikannya satu perbicaraan, dengan tidak permainkan kalimah Allah di gelanggang mahkamah.
Pokoknya, sekiranya kerajaan berasa ke-tidak-kemampuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas sebarang keputusan mahkamah berkaitan isu kalimah Allah, maka jangan bicarakan kalimah Allah di mana-mana mahkamah sekalipun di bumi Malaysia ini. Kerana setelah dibicara, dengan kalimah Allah menjadi pertaruhan, maka 'syahid' juga menjadi perjuangan.
Mempolitikkan isu ini setelah dapat dibaca oleh Najib, bahawa keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian, pasti menimbulkan percanggahan dalam parti PAS. Ini akan mengeruhkan lagi malah mencelarukan lagi sebuah parti yang didefinasikan oleh UMNO sebagai retak menanti belah. UMNO telah dengan sengaja mencipta segala bentuk jalan untuk menghancurkan PAS walau mempertaruhkan kalimah Allah, walau rusuhan kaum juga menjadi pertaruhan. Permainan jahat seumpama ini kita tafsirkan sebagai extending 'political mileage'.
Begitu jugalah dengan adengan memijak kepala lembu. Ia begitu menguji kesabaran rakyat Malaysia yang berugama hindu. Mungkin setelah matlamat UMNO untuk menimbulkan huru-hara dengan menguji penganut hindu dengan memijak kepala lembu tidak berjaya, maka kini UMNO mencuba satu lagi formula iaitu dengan menguji kesabaran orang melayu sendiri dengan kalimah Allah diwayangkan, dan hasilnya 4 gereja telah diserang di semenanjung.
Rentetan daripada kebakaran gereja ini, pasti mengundang padah kepada minoriti muslim yang berada di pelusuk negeri sabah dan sarawak. Satu sahaja masjid terbakar di bumi sabah atau sarawak, satu sahaja masjid terbakar, ia melambangkan jerat yang dipasang telah berhasil. Pasti akan lebih banyak gereja akan terbakar lagi dan tidak kurang juga masjid yang dibom ketika solat jumaat. Mungkin artikel ini agak obvious namun ia relevan dengan apa yang mungkin bakal berlaku hasil daripada ke-terdesak-kan kerajaan UMNO menghimpun sokongan orang melayu dengan nama perpaduan islam.
Sepatutnya dari awal lagi, sekiranya kerajaan lebih tegas dengan kewajaran isu kalimah Allah ini tidak dibawa ke mana-mana mahkamah, pelbagai keresahan boleh dielak. Tetapi kerajaan yang bijak ini sanggup menyokong supaya diadakan perhimpunan dan perarakan sempena mempertahankan kalimah Allah. Dari sini kita harus sedar wayang apakah yang dimainkan oleh kerajaan.
Di pihak PAS pula, pendirian adalah tetap. Allah tuhan sekalian alam dan semua makhluk adalah milikNya. Keputusan mahkamah menjadikan pendirian PAS ini dipandang serong oleh segelintir muslim walaupun moderate muslim. Dengan bacaan ini, UMNO mendominasi isu ini bagi mencapai matlamat serampang dua-tiga mata dan akhirnya meneruskan legasi perkauman sempit di sebalik menuntut perpaduan umat melayu.
Jadi, tidakkah anda semua baca UMNO? Atau hanya melelapkan sebelah mata, memekak telinga, mengunci pintu hati dari kebenaran? Membenarkan UMNO dan kerajaan meneruskan legasi kezaliman terhadap rakyat hanya semata-mata kerana anda punya kereta wira? Fikirlah sejenak dua, apakah yang anda perjuangkan dalam hidup ini? adakah hanya untuk diri sendiri?
-edyesdotcom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan