Saya, Azizah dan Ihsan bertolak awal dari Segambut untuk bersama dalam majlis sambutan Eidulfitri anjuran YB Dr. Mansor, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang di padang Guar Perahu, Permatang Pauh.Kami sempat bersalaman dengan seramai mungkin pengunjung termasuk TYT Tun Abdul Rahman Abbas; Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng dll.
Pada jam 2.00 petang kami menziarahi keluarga di Cherok To’kun.
Kami seterusnya menyertai majlis eid anjuran KeADILan Seberang Jaya mulai 4.30 hingga 6.15 petang.
Selesai Maghrib di Yayasan Aman, kami bergerak menuju Masjid Jame’ Kubang Semang bersama mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya.
Prestasi qariah Masjid Kubang Semang hebat kerana mengisi kegiatan penghayatan masjid. Penggembelingan tenaga muda, wanita dan dewasa dapat dijadikan contoh kegiatan masjid lainnya.
Kami mulai berlepas pulang ka Kuala Lumpur pada jam 10.40 malam dan kini dalam perjalanan pulang.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan