Pengikut

Isnin, 14 Mei 2012

Umno Pulau Pinang marah pada PERKASA?


Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di luar kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis lalu.

Pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan PERKASA itu.

Khamis lalu, kira-kira 30 anggota PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang
Datuk Zainal Abidin Osman
Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, mereka berkumpul di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa BN negeri hari ini, Zainal berkata tindakan tersebut tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Umno dan PERKASA adalah berbeza kerana Umno parti politik dan PERKASA pula sebuah NGO.

Zainal juga menegaskan bahawa berpolitik ada hadnya dan Umno tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan