Pengikut

Jumaat, 11 Mei 2012

Lima artis Malaysia bakal sertai PAS

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana “Rakyat Melangkah Ke Putrajaya” akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau. Moderator majlis Dato’ Tarmizi Mohd Jam.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai dan dijangka seramai 10,000 orang akan hadir.

Lima artis Malaysia bakal sertai PAS pada 13 Mei

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad mendakwa, kelima-lima artis terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian PAS pada 13 Mei ini di Dewan Kohilal, Diamond Square, Kuala Lumpur.

“Penyerahan borang diadakan bersempena Muktamar Tahunan DPP Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung di lokasi yang sama.

“Lima artis ini akan turut hadir bagi menyerahkan borang keahlian sebagai tanda kebersamaan mereka dengan PAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. - KL Today



1 ulasan:

  1. Jika ada sesiapa yg inginkan gaya hidup yg sehat pada masa akan dtg serta mahu mengubah imej diri dari keadaan sekarang yg tidak menyenangkan seperti mengalami kegemukkan , ingin mendapat badan yg ideal , mengalami pelbagai penyakit kroni dalaman badan dan luaran , semua peringkat umur .... silah hubungi saya .... produk yg ingin saya perkenalkan adalah satu produk sangat berkualiti tinggi YAITU , HERBALIFE ,,,, sila lihat laman web ini : www.herbalife.com , ni no phone saya 014 719 70 49 shahrul

    http://www.herbalifemalaysia2u.com/herbalife-pengedar.htm

    BalasPadam