Pengikut

Rabu, 9 Mei 2012

'Datuk Keramat' cabar YB Umno P.Pinang isytihar harta

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dato' Keramat (DAP), Jagdeep Singh Deo mencabar Ketua Pembangkang dan Adun Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengistiharkan harta masing-masing sebagaimana yang di buat oleh Exco Kerajaan Negeri dari Pakatan Rakyat dua bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sidang Dun Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pakatan Rakyat telus dalam pentadbiran sehingga sanggup mengistiharkan harta semua exco berbanding Umno dan BN yang masih berdolak dalik berhubung isu tersebut.

"Ketua Pembangkang, Dato' Azhar Ibrahim dan Adun BN jangan berdolak dalik lagi sebaliknya istihar segera harta sepertimana yang dilaksanakan oleh Ketua Menteri dan barisan exconya.  Ia langkah matang dan berani dari
sebuah kerajaan yang bersih dan telus, " tegasnya.

Jika Umno dan BN enggan berbuat demikian bermakna mereka memang terpalit dengan ketakutan sebab mempunyai harta melebihi pendapatan.

Sejak dulu lagi, bila dicabar Umno dan BN akan mendiamkan diri dan tidak mahu bersuara isu berkenaan dengan menengahkan isu lain sebagai menutup kelemahan diri.

"Siapa tidak kenal kepimpinan Umno dan BN pasti berpendapatan tinggi.  Apa pun peluang yang terlintas di depan mata mereka akan rebut," kata beliau lagi.

Bagi membersihkan nama Umno dan BN mereka seharusnya bertindak cepat memperbaiki diri agar rakyat tidak
memandang serong terhadap apa yang lakukan. - PenangInsight

Tiada ulasan:

Catat Ulasan