Pengikut

Rabu, 4 April 2012

Lagu 'Bawaku Pergi" diharamkan

Penulis lirik dan rapper, Malique terkilan apabila menerima arahan agar lagu ciptaannya "Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka diharamkan dari ke udara di corong-corong radio dan juga di kaca televisyen. Pautan

Lagu tersebut diharamkan kerana terdapat bait lirik yang digambarkan seolah-olah seorang remaja perempuan mahu lari ke luar negara bersama teman lelakinya.

Malique yang nyata terkejut dan kecewa selepas menerima panggilan daripada Zizan, mengeluarkan kenyataan reaksinya terhadap isu tersebut.

Di dalam kenyataan median, Malique menyebut bahawa apa yang dikatakan itu bukanlah untuk remaja lari mengikut teman lelaki, namun cerita sebenarnya adalah lagu tersebut dicipta untuk isterinya. Walaupun mereka sudah berkahwin, disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dia tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga.

Malique juga turut memberitahu supaya mereka yang mengkritik atau yang menjadi juri terhadap liriknya itu supaya membaca lirik itu sebagai seorang yang matang.

"Saya tiada masa untuk meletakkan minda saya ketika menulis lirik itu sebagai seorang remaja sedangkan saya sudah lama melepasi zaman itu."

Di dalam lirik tersebut ada menulis "Pergi lama, Pergi jauh" Malique menjelaskan bahawa lirik itu sebenarnya mengambarkan dirinya dan isteri yang mahu pergi menggembara jauh ke Negara Indochina melalui jalan darat.

"Di dalam dunia ni ada 192 buah negara, saya suka menggembara. Salah satu tempat yang saya idamkan adalah pergi ke Indochina melalui jalan darat. Itu yang saya angankan bersama isteri jika suatu hari nanti saya akan berkesempatan berbulan madu di sana. Bukanlah bermaksud kekasih pergi lari bersama teman lelaki yang dihebohkan ketika ini."

Jelas Malique lagi, dia tidak mahu mereka yang mendengar terus menghentam, kerana padanya ini bukan sahaja akan mencalarkan imej mereka sebagai kerajaan, malahan perkara ini akan menjejaskan periuk nasi penggiat seni.

"Itu Cuma lagu, ianya seperti anda tidak gemar makan sesuatu makanan dan menghebahkannya kepada semua agar tidak makan dan haramkan sahaja makanan tersebut tanpa diminta penjelesan dari pihak mereka. Jangan biarkan orang sekeliling ketawa melihat tindakan budak-budak yang hanya merosakkan imej anda," ujar Malique di dalam kenyataan media mengenai isu pengharaman lagu tersebut.


-Yahoo News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan