Pengikut

Jumaat, 6 April 2012

Himpunan pra Bersih 3.0 di Bkt Mertajam

MAJLIS Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Mertajam akan menganjurkan ceramah raksasa di parlimen berkenaan pada 25 atau 26 April ini sebagai langkah melengkapkan sasaran mobilisasi 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada 28 April bermula jam 2.00 petang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telahpun mengesahkan kehadiran, selain Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dijangka hadir pada rapat rakyat raksasa itu, kata setiausaha majlis Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa (kiri).

"Kita yakin, Pulau Pinang boleh menjadi salah satu kuasa mobilisasi (negeri) untuk lengkapkan sasaran 500,000 di Kuala Lumpur nanti.

"Kita nak pekan (Bukit Mertajam) ini dibanjiri oleh manusia sebelum kita ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi PenangInsight.com.

Beliau berkata, mesyuarat majlis malam tadi bersetuju mengangkat slogan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" sebagai tema perhimpunan tersebut.

Ujarnya lagi, majlis tidak kisah mengenai cadangan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 sama ada diadakan di Kuala Lumpur sahaja atau diadakan secara serentak di Padang Kota Lama, George Town.

Tambahnya, majlis turut melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Dr Toh Kin Woon.

"Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 Pulau Pinang semalam untuk fokus mobilisasi rakyat ke Kuala Lumpur sahaja akan saya bawa ke mesyuarat majlis untuk diselaraskan di peringkat parti," ujar beliau.

Sumber - Penang Insight

Tiada ulasan:

Catat Ulasan