Pengikut

Sabtu, 28 April 2012

Gelombang Anak Muda Bersih 3.0 (Video)


Perhimpunan pra-Bersih 3.0 di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja dan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka yang tidak dirancang, berlangsung aman dan tertib tetapi meriah.

Dianggar seramai 5,000 orang dari pelbagai kaum, agama dan usia, mereka berpidato, berteriak slogan, beryanyi dan bertepuk tangan dengan kawat duri memisahkan peserta perhimpunan dengan polis.

Dengan sebahagian besar berpakaian kuning – termasuk baju Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau, mereka berkumpul seawal jam 10 malam secara berkelompok sebelum meningkat kepada ribuan orang dalam masa singkat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan