Pengikut

Isnin, 16 April 2012

Gambar Siswa di Dataran

Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi tadi.








Kumpulan siswa menerima khemah baru hari ini untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.








Agak korang semua mesti kenal Auntie yang berada di tengah-tengah tu... (Auntie Ann)

Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haziq Abdul Aziz berkata, kumpulan siswa berkenaan menerima sekurang-kurangnya empat khemah pada Sabtu, yang didirikan selepas ratusan kumpulan pelajar berkenaan berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Lima lagi khemah diterima pada malam tadi kata Haziq yang menambah, kumpulan siswa itu juga menerima sumbangan makanan, minuman, dan wang tunai beberapa kali sehari.

Malah, mereka menerima begitu banyak makanan sehingga terpaksa didermakan kepada golongan tidak berumah, katanya.

Tiga khemah berkenaan, daripada sekurang-kurangnya 12 khemah yang dimiliki mereka kini didirikan di Dataran Merdeka.

Khemah selebihnya kini disimpan, kata Haziq lagi yang ditemui selepas insiden yang dialami mereka pagi ini di mana salah satu daripada khemah itu didakwa diruntuhkan pegawai DBKL.

Sumber berita - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan