Pengikut

Isnin, 26 Mac 2012

Mat Sabu kata Najib PM 'paling penakut'

Tindakan kerajaan Malaysia menghentikan import minyak mentah dari Iran ternyata menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri 'paling tidak berani' dalam menghadapi lobi Israel dan Amerika Syarikat.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, apatah lagi dengan melantik Apco sebagai penasihat kerajaan Malaysia, Iran yang dianggap
musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia.

Apa yang dikesalkan, katanya Malaysia sebuah negara yang berpengaruh di dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam masa yang sama menghentikan import minyak Iran akhirnya menunjukkan kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Najib.

"Saya rasa Perdana Menteri paling tidak berani dalam menghadapi lobi Israel dan Amerika.

"Kita nampak lagi Amerika Latin lebih berani membuat pendirian hak-hak yang bersangkut paut dengan lobi melobi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, di sini petang ini.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Dr Syed Azman Syed Nawawi melahirkan kekesalan dengan kerajaan Malaysia yang begitu mudah untuk tunduk kepada kekangan kuasa besar Amerika Syarikat dalam hal import minyak daripada Iran.

"Apatah lagi perdagangan yang dinafikan antara dua buah negara umat Islam iaitu Malaysia dan Iran, sedangkan dengan Israel boleh berdagang," katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan Najib menjelaskan Malaysia akan menghentikan import minyak mentah daripada negara itu bermula April – dua bulan sebelum sekatan AS ke atas negara itu berkuatkuasa.

-HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan