Pengikut

Rabu, 14 Mac 2012

Dewan Rakyat tolak usul tribunal siasat AG, bekas KPN

Usul Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa untuk membincangkan tuduhan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terbabit dalam kes jenayah serius ditolak Dewan Rakyat yang bersidang di sini hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) kerana menurut beliau usul berkenaan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i).

“Perkara yang dibangkitkan bukan suatu perkara tertentu seperti yang dikehendaki mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2), ia mengandungi pelbagai tuduhan,” katanya.

Sementara itu Sivarasa menyifatkan tuduhan itu sebagai serius dan mahu dewan membincangkan hal tersebut.

Katanya isu itu bukan spesifik dan mendakwa Gani menyalah guna kuasa untuk campur tangan dalam kes mantan Ketua Polis Negara yang didakwa terlibat dengan jaringan kongsi gelap di Johor.

“Usul yang difailkan berdasarkan akaun bersumpah. Dakwaan itu mempunyai kredibiliti dan ia bukan hanya cakap lisan, ia patut di bahaskan di dewan,” kata Sivarasa.

Semalam, Sivarasa melalui usulnya turut menggesa agar Dewan Rakyat melantik satu tribunal di bawah Perkara 125 (3) PerlembagaanPersekutuan untuk menyiasat tuduhan itu dan menentukan sama ada ia berasas atau sebaliknya.

Beliau berkata tindakan susulan juga dilihat perlu dan ini termasuklah
perlucutan jawatan dan hukuman penjara.

Portal berita sebelum ini mendakwa Gani dan Musa masing-masing terlibat menyalah guna kuasa dengan menganiayai beberapa pegawai polis yang menyiasat kes seorang tokoh kongsi gelap adalah sesuatu yang “serius”.

Tuduhan pertama terhadap Gani iaitu memberi perlindungan kepada satu orang penting dalam jaringan di Johor dikenali sebagai ‘Tengku Goh’ dan mencelah dalam kes ini selepas Goh dibuang negeri ke Kelantan. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan