Pengikut

Khamis, 5 Januari 2012

Tak Munasabah jika Anwar Bersalah -Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan Kerajaan Pusat membenarkan hak rakyat untuk berhimpun pada 9 Januari ini yang rata-rata mahu membela pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa hak untuk menganjurkan sebarang perhimpunan adalah tidak salah di sisi Islam malah ianya juga tidak bercanggah dengan sistem demokrasi yang diamalkan pemerintah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Islam tidak pernah menghalang sebarang demonstrasi atau hak berhimpun kerana ianya ada pada Agama Suci itu sendiri," ujar beliau pada media selepas selesai merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Kediaman Penjaga Gol Bola Sepak Negara, Khairul Fahmi Che Mat di sini semalam.

Mursyidul Am PAS itu turut mengaitkan soal berhimpun dengan Solat 5 waktu yang diadakan secara berjemaah di Masjid-Masjid setiap hari.

“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” tegas beliau

Beliau turut melahirkan rasa dukacita dengan situasi yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan tegas menjelaskan satu pengkhianatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib terhadapnya.

“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu. Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.

Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan