Pengikut

Isnin, 9 Januari 2012

Letupan bom dipekarangan Kompleks Mahkamah,dua cedera

Sejurus selepas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan, pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, dikejutkan dengan dua bunyi letupan, dipercayai bom buatan sendiri.

Letupan kendengaran selang setengah jam, dari kawasan parkir pengikut dan penyokong Anwar berhimpun.

Seorang peguam dan seorang penjaja cedera selepas terkena percikan bahan letupan yang tidak dikenal pasti.

Difahamkan, bahan letupan itu disembunyikan dalam kon polis dan meletup selepas mangsa mengalihkan kon tersebut.
Bunyi letupan kedengaran pada jam 10.20, 11.45 dan 11.50 pagi.

Sebuah motosikal dan kereta rosak akibat letupan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati polis melakukan siasatan dan menutup lokasi tersebut untuk siasatan.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan petang ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung kejadian tersebut. -SinahHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan