Pengikut

Isnin, 20 Jun 2011

SPR "Bodoh" !!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan jenayah yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan apabila bersubahat dengan Umno Barisan Nasional (BN) melalui penipuan undi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu merujuk perbuatan SPR membenarkan pendaftaran pengundi hantu dan warga asing sebagai pemilih, selain pelbagai bentuk penyelewangan lain.

“SPR melakukan jenayah (dan) melanggar Perlembagaan Persekutuan, melakukan kemunafikan dalam terang. Dulu menipu, sekarang pun menipu,” katanya dan menambah, SPR bukan Tuhan yang layak menentukan hala tuju sesebuah negara.

Perbuatan SPR itu boleh diklasifikasi mengikut Penderhakaan kerana menderhaka dan mencabul Perlembagaan Malaysia dan wajar diheret ke mahkamah

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN di SACC Mall di sini, petang semalam, yang dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam ucapannya, Anwar percaya Umno BN tidak berani menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil kerana parti pemerinta itu tidak lagi mendapat sokongan rakyat dengan menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa.

Ketua Pembangkang itu turut menyindir SPR sebagai ‘bodoh’ kerana meletakkan pengundi hantu di rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Bodoh punya SPR. Carilah rumah orang lain. Ini rumah (kepada) ibu Pengarah Pilihan raya KEADILAN (Azmin). Memang cari pasallah,” sindirnya.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular jika mahu menawan Putrajaya kerana kejayaan meraih 51 peratus akan menafikan hak itu berikutan amalan penipuan undi.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Rakyat mampu mengubah landskap politik tanaha air jika memperoleh tambahan lima peratus undi.

Menyeru seluruh ahli menyertai Bersih 2।0, Anwar berkata, perhimpunan itu tidak perlu jika kerajaan Umno BN sanggup memberi jaminan pilihan raya dibuat secara adil.

-KeadilanDaily/ASD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan