Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Hishammuddin: Baju Bersih 2.0 haram?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih, 9 Julai.

Justeru, beliau mempertahankan tangkapan polis ke atas rakyat yang memakai baju Bersih 2.0.

“Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis menggeledah Pejabat NGO itu di Seksyen 4, Petaling Jaya sebentar tadi.

Seramai 15 anggota polis dilapor menggeledah pejabat berkenaan, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan