Eksklusif: Permohonan Gugur Kes Liwat Dan Beri Bahan Bukti Ditangguhkan Ke Tarikh Keramat 2 September, Apakah Ini Petanda Baik Buat Anwar
Sememangnya tidak dijangkakan, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan supaya kes sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan pemberian bahan bukti ditangguhkan ke 2 September 2009. Apakah ini petanda gembira buat rakyat, susulan tarikh 2 September adalah tarikh keramat di mana Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan 11 tahun yang lalu. Maka itu, mungkin ia secara kebetulan atau mungkin juga sebagai isyarat jelas buat para "konspirator liwat II" bahawa adengan itu akan berakhir pada tarikh tersebut. Apapun, keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perlaksanaan keputusan mahkamah yang sama (16 Julai 2009) berhubung dengan perintah membenarkan peguambela Anwar mendapatkan sebahagian bahan bukti kes adalah amat dicurigai. Ini kerana keputusan lalu, yang membenarkan semua dokumen dan barangan terbabit diserahkan kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula itu pun sudah dianggap melanggar peraturan dan undang-undang. Apatah lagi jika hakim tiba-tiba menerima pula rayuan pihak pendakwa agar ia ditangguhkan. Sedangkan, umum mengetahui bahawa perlunya pihak yang tertuduh mendapatkan dokumen serta barangan tersebut adalah termaktub dalam perlembagaan. Mana mungkin, pihak tertuduh dilarang untuk memeriksa semua dokumen terbabit. Bagaimana peguambela tertuduh ingin membela anak guamannya jika ini berlaku. Bukankah ia telah mencemarkan keadilan buat pihak tertuduh. Inilah yang dikhuatiri akan menjerat Anwar sebenarnya. Apapun, perbicaraan yang pada awalnya diarahkan dalam satu perbiaraan kini bakal berpanjangan selepas keputusan penangguhan ini. Diharap, ia memberi masa dan ruang yang luas untuk peguambela Anwar merangka strategi baru untuk menghadapi kes itu nanti. Semoga tarikh 2 September bakal menjadi satu lagi sejarah buat Anwar dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kelak.
[Harapan baru buat rakyat, teruskan perjuangan dan pastikan ketuanan rakyat dapat ditegakkan. Apapun kami tetap menganggap perbicaraan kes ini bakal memalukan mahkamah Malaysia. Kerana tidak pernah berlaku perbicaraan dijalankan bersandarkan kepada bukti DNA semata-mata, sedangkan mangsa telah disahkan tidak diliwat oleh sesiapa pun. Kes liwat sepatutnya "mesti berlaku adengan liwat", tetapi jika doktor pakar mengesahkan ia tidak berlaku maka sepatutnya kes ini digugurkan. Malah pihak polis boleh menahan Saiful atas alasn telah membuat laporan palsu terhadap Anwar. Bahkan Saiful juga telah menipu polis dan rakyat Malaysia. Mana yang lebih relevan? Kenyataan mulut laporan Saiful atau kenyataan doktor menerusi laporan perubatan yang telah dikelaurkan?. Kenapa polis tidak menyisat dan memastikan kesahihan perkara ini. Kenapa harus ada orang lain yang perlu jadi mangsa?. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang munasabah di kalangan rakyat. Bayangkan jika ia berlaku kepada orang lain, sudah pasti kes ini akan digugurkan. Tetapi kes ini penuh dengan konspirasi, sebab itulah ia mahu diteruskan demi masa depan politik seseorang. Rakyat perlu sedar dengan segala penipuan dan penyelewengan kes yang berlaku terhadap Anwar ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan