Pengikut

Ahad, 6 Mei 2012

Wakil PBB sedia siasat BERSIH 3.0

Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.

Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.

Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.

Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.

Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan