Pengikut

Selasa, 22 Mei 2012

Bekas ketua pendakwa raya kes liwat bela Anwar

Bekas Peguam Cara Negara, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwa raya dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu, yang dikenakan tuduhan berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Yusuf merupakan ketua pendakwa raya kes liwat Anwar, yang diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Januari lalu.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang ketua pendakwa raya selepas selesai satu kes (pihak pendakwa raya), terus menyeberang menjadi peguam bela," kata Anwar kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini.


Salah seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata, Yusof secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi salah seorang peguam bela dalam kes perbicaraan itu.

Datuk Mohd Yusuf
Zainal Abiden 
“Beliau telah dihubungi Anwar semalam dan membuat keputusan untuk menyertai perbicaraan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, penyertaan Yusof dalam barisan peguam bela Anwar satu perkara yang baik kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang perundangan.

Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah peguam utama Anwar, Karpal Singh dan anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo.

Anwar bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham didakwa secara berasingan menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu. - SinarHarian

1 ulasan:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    BalasPadam