Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

Shahrizat patut contohi tindakan saya - Phang

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan."Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.

Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Perlukah kita berterima kasih pada perompak wang kita?

Mestikah kita berterima kasih kepada perompak yang merompak kita?

Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi. Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.

Zul Kulim: Pakatan akan lantik Nurul Izzah sebagai PM?

Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

Video Maharaja Lawak Perli Rosmah.Kah,kah,kah

SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.

Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Jumaat, 30 Disember 2011

Krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 hasil tangan Dr Mahathir

Dalam akhbar baru-baru ini, Mahathir Mohamad telah menafikan bahawa beliau telah mengambil pinjaman daripada Bank Dunia. Beliau juga sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk membuktikan beliau tidak melakukannya.

Apabila dibentangkan dengan pelbagai bukti berdokumen bahawa Malaysia telahpun mendapatkan beberapa pinjaman daripada Bank Dunia, Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak pernah memohon secara persendirian pinjaman tersebut. Beliau tidak juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai pinjaman-pinjaman tersebut.

Sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir hanya mahu bertanggungjawab mengenai tindakan-tindakan yang beliau telah lakukan sendiri. Jelaslah Mahathir mempunyai persepsi berbeza mengenai maksud “Akauntabiliti” berbanding seluruh dunia. Walaupun ia telah menjelaskan budaya ketidakbertanggungjaawaban pihak Barisan Nasional sekarang.

Perang dingin meletus dalam UMNO

Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

Pemuda MCA Pulau Pinang dipelawa sertai PAS

Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

Eng Hiap Boon dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.

Setiausaha MAIWP kata tak ada niat nak seleweng wang zakat

Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis sebagai berbaur politik.

Katanya, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

“Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dan tidak patut berlaku kerana umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan seharusnya menumpukan kepada tugas asasi iaitu menyatu padu dan memperkasa umat Islam.

Aziz Bari tawar diri jadi calon Pakatan dalam PRU13

Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

Wang Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir

Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

Skandal NFC: Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dituduh menipu pengerusi NFC

Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsulbahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Bukti rakaman Restoran MeatWorks milik anak Shahrizat.

Terbukti sudah pemilik restoran MeatWorks adalah anak perempuan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri Kabinet Kerajaan Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil,

Merdeka sudah, tapi jiwa masih terjajah

Rakyat sedang menghadapi terlalu banyak masalah yang berat akibat kelakuan dan sikap pemimpin kerajaan kita yang tidak mempunyai disiplin kepimpinan serta pemikiran. Sebagaimana yang telah selalu saya katakan masalah yang kita hadapi ini berpunca dari masalah kepimpinan negara.

Sekarang ini kepimpinan negara sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling getir dalam sejarah kemerdekaan negara. Krisis ini sudah lama menular tetapi kerajaan dan parti yang memerintah masih boleh menyangkutkan kesinambungan kuasa yang dipegangnya melalui saki-baki sokongan dan kuasa yang masih berada di tangan mereka.

UMNO tidak lagi mempunyai kepimpinan yang jitu kerana akhir-akhir ini krisis keyakinan ini ditokok dan ditambah oleh isu-isu baru, kesemuanya berkait dengan salah guna kuasa dan rasuah. Tidak ada pertembungan di antara dua atau lebih dalam UMNO berkaitan dengan perjuangan. Semuanya kena-mengena dengan wang ringgit dan laba harta yang tidak berkesudahan.

Wang Zakat: Jawapan buat MAIWP

Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah.

Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini.

Bukti! Restoran MeatWorks Singapura milik anak Shahrizat

PENDEDAHAN MiLo SuaM terhadap restoran makanan mewah MeatWorks, di Ion Orchard Singapura sebelum ini menyebabkan email MiLo SuaM dihujani pertanyaan dari ramai sahabat pembaca.

Rata-rata mahukan kepastian atau bukti yang kukuh bahawa Restoran Mewah MeatWorks benar-benar milik keluarga Shahrizat Jalil.

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Khamis, 29 Disember 2011

MeatWorks restoran milik keluarga Shahrizat di Singapura

SEBELUM ini telah disiarkan beberapa keping gambar kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura milik keluarga Shahrizat Jalil yang dibeli menggunakan wang NFC (sebut National Family Corruption).

Aktivis jingga 13 juga berjaya menemukan Restoran Makanan Mewah, MeatWorks milik keluarga Shahrizat di Ion Orchard, Singapore yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.

Hasan Ali sangkal mohon maaf, benarkah?

Sama ada ini fitnah Berita Harian hari ini atau onar terbaru Datuk Dr Hasan Mohd Ali, bekas pesuruhjaya PAS itu sendiri mempunyai jawapannya.

Kalau fitnah, diharap Hasan tidak berpeluk tubuh.

Ini kerana sangkalan Hasan ini seakan membunuh wibawa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz kata terima kemaafan Hasan. Manakala Hasan sangkal semua itu guna akhbar pro Umno.

Kalau tidak baling taik ke muka Tok Guru, Hasan sedang buat apa?

- N.O.T.A.M.E.R.A.H

Siapa yang ingin jatuhkan Chegu Bard dalam PKR ?

Pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edyes hari ini mendakwa Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin telah ditahan polis akibat perbuatan khianat pihak dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.Menurutnya dalam blognya, edyesdotcom.blogspot.com, Chegu Bard telah ditahan petang semalam di balai polis Seremban 2 kerana didakwa sebagai pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didapati membuat komen yang menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Komen yang dibuat oleh pemegang akaun AMK_Rembau tersebut telah mendapat reaksi dari pemimpin Umno Bahagian Ampang dengan membuat satu laporan polis terhadap Chegu Bard dan menyebabkan Chegu Bard (gambar) telah ditahan pihak polis.

“Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong.

Mahasiswa ditekan kerana Umno

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.

Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

Umno Pulau Pinang tak bersuara kerana takutkan Gerakan dan MCA

Umno Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah tidak dihiraukan rakan komponennya Gerakan dan MCA.

Umno yang kononnya mempertahankan suara Melayu kini terpaksa tunduk pada Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang, mengantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Zahid Hamidi sebelum ini lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi BN negeri, bersandarkan Umno memenangi 11 kerusi pru lepas.

"Yang makruf di mungkar dan yang mungkar di makrufkan" oleh Umno

Di antara 'amal makruf nahi mungkar' dengan 'amal mungkar nahi makruf'

UMNO masih tidak mahu menerima yang etika kepimpinan merupakan nadi utama dalam penentuan jemaah kepimpinan itu boleh dipercayai atau pun sebaliknya. Jamil Khir Baharom, seorang lagi menteri yang menjadi masalah kepada UMNO. Satu demi satu segala kesalahan jenayah yang menjadi perkara biasa dalam UMNO itu keluar dan menjadi pengetahuan umum.

Yang terakhir selepas isu lembu NFC, timbul isu dua orang menteri yang berkelakuan tidak senonoh dalam kepimpinan. Yang menariknya seorang menteri yang berlatar belakangkan agama yang telah menyampaikan khutbah di tanah suci baru-baru ini telah menggemparkan orang Islam di negara kita ini. Beliau telah menggunakan wang zakat kepunyaan rakyat untuk membayar kos perundangan beliau dalam kes saman Anwar Ibrahim terhadap beliau dan dua orang yang lain dalam isu Qazaf baru-baru ini.

Orang yang mendakwahkan umat rakyat tentang agama ini telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada rakyat malahan terhadap agamanya sendiri. Saya tidak pula mendengar pemimpin DAP di Pulau Pinang menggunakan wang zakat untuk membayar kos perundangan, walaupun mereka lebih banyak melakukan sama pihak yang cuba memfitnah pemimpin DAP itu.

Dua cawangan MCA Pulau Pinang dibubar, Ketua Pemudanya serta 439 ahli keluar parti

Berita ini tidak akan masuk dalam TV3,RTM apatah lagi dalam akbar Utusan...

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Rabu, 28 Disember 2011

Tengku Razaleigh kata Mahathir bukan cerdik sangat

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Graduan ketagih seks jadi ‘Geli Girl’

“Memang sukar untuk gadis seperti Aida dan Mimi berhenti daripada kegiatan keji mereka. Selain sudah kelabu mata dengan wang ringgit, aktiviti seksual yang keterlaluan menyebabkan mereka kini menjadi ketagih.”

Demikian komen Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang, Nur Fitri Amir Muhammad mengenai kegiatan ‘Geli Girl’ dilakukan Aida dan Mimi.

Nur Fitri berkata, pihaknya pernah beberapa kali didatangi ‘Geli Girl’ yang meminta bantuan untuk keluar daripada gejala itu.

Isu Hasan Ali Selesai Secara Harmoni

Isu kontraversi yang melanda PAS melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dianggap telah selesai dalam keakraban silaturrahim dan harmoni.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini dan juga berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini.

Rakyat bayar cukai, kenalah bantu!

"Sebagaimana semua rakyat di negara ini wajib membayar cukai kepada kerajaan tanpa mengira fahaman politik, begitu juga bantuan harus disalurkan tanpa mengira fahaman politik".

Manfaat dari pemberian RM100 bagi setiap anak-anak yang bersekolah dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah pun diterima oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah bagi sesi 2012.

Selepas ini, tentunya ramai yang tertunggu-tunggu pula tarikh 16 Januari ini untuk mengetahui samada layak atau tidak untuk menerima

CheguBard ditahan berhubung akaun Twitter 'palsu'

Pemimpin popular PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan polis semalam berhubung tulisan yang didakwa berunsur hasutan yang didakwanya adalah akaun twitter "palsu".

Menulis di twitternya malam tadi, beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata, beliau baru sahaja dibebaskan dengan jaminan polis kerana Umno telah membuat laporan polis di Ampang mengenai akaun Twitter dengan nama AMK Rembau yang dikatakan menghina institusi beraja.

Beliau menegaskan bahawa akaun AMK Rembau itu tidak ada sebarang kaitan dengan cabang Pemuda PKR itu tetapi menurutnya,
polis merampas telefon Blackberry miliknya dan cuba mencari komputer ribanya dan komputer cabang tersebut.

Veteran Umno, Blogger akan sertai DAP

DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

Jom kita tengok Kondo mewah Shahrizat di Singapura

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.

Beranikah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat?

Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat?

Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini.

Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk ‘maid’nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk ‘maid’nya itu.

Ahli politik ditangkap khalwat?

Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Apabila demokrasi dipenjara

Di dalam kehidupan masa kini, jarang sekali kita melihat kejadian demokrasi dipenjara sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Peliknya di Malaysia keadaan semakin hari semakin sempit. Perjuangan rakyat melawan ekonomi yang menghimpit sebenarnya melawan kerajaan yang tidak berhenti-henti mengubah dasar dan menjadikan negara ini sebagai negara yang ditindas. Sudah sekian lama, sejak pemerintahan Tun M, negara kita tidak lagi bersih dari rahsuah mahupun penyelewengan kuasa.

Demokrasi di dalam istilah dan konteks hanya sekadar kata-kata yang memenuhi ruangan akhbar dan tv. Agak berbeza di Internet, namun kepercayaan masyarakat di Internet agak terbatas hanya kerana kemudahan komunikasi yang gagal dilaksanakan oleh Rais Yatim yang hanya tahu membuat majlis pembukaan tetapi gagal di dalam memperkayakan kemudahan.

Selasa, 27 Disember 2011

Risalah lucah 'Anwar' disebar di UiTM

Sekumpulan mahasiswa mendakwa terdapat risalah lucah diedarkan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam memperlihatkan aksi meliwat lelaki yang dinamakan "Anwar" dan "Saifudin".

Dalam kenyataannya hari ini, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa penyebaran risalah itu beredar pada Khamis dan Jumaat lalu dan kini sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun tidak pasti siapakah Anwar dan Saifudin yang dimaksudkan dalam risalah itu.

Aziz Bari mungkin bertanding dalam PRU13

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Parlimen Bubar 17 Februari 2012?

PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Kuah pun rasa ayam juga, lauk untuk pemimpin kita

Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.

Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.

Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.

Fitnah Liwat II: Umno dan Utusan cuba cetuskan Rusuhan?

Rusuhan awam selepas Liwat II: Adakah Umno dan Utusan cuba cetuskan keganasan?


Penulis kolum Utusan, Awang Selamat adalah pemegang rahsia kepada apa jua. Dia sangat hampir dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang penting. Mereka memberitahunya pelagai perkara dan beliau akan menyebarkannya. Misalnya, dia mungkin juga tahu rahsia disebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan juga komplot Liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim.

Tetapi sebagai seorang hamba yang patuh pada tuannya, dia perlu berdiam diri atas kedua-dua hal ini yang sangat ingin diketahui oleh rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun , bagaimanakah dia mempunyai pengetahuan terhadap rusuhan yang dijangka berlaku pada masa akan datang?

Angkatan Muda Keadilan (AMK) nafi 500 anggota keluar parti

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.

Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN

“Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

“Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan,” kata Jafrien.

Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 42 ahli PAS masuk UMNO?

Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ulu Kelang menyertai UMNO Gombak ekoran hilang kepercayaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mengotakan apa-apa yang dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd. Jefry Sallehuddin mendakwa, selama 13 tahun bersama Anwar beliau amat memahami perangai Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Cukuplah setakat ini sahaja, bukan setahun saya mengenali beliau tapi sudah 13 tahun. Anwar cakap lain, buat lain.

Pemimpin Umno punca Melayu lemah!

Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran disemat di hati, semualah menjadi penentu kepada kejayaan kelak.

Mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:

Siapa telah memerintah negara selama 54 tahun, tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?

Enggan buka pintu bilik

Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik berkenaan, kelmarin.

Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.

Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa.

Isnin, 26 Disember 2011

NFC paku terakhir keranda Umno

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, penulis minum bersama beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kafe. Sedang kami berbual-bual, datang seorang Timbalan Menteri, sambil membawa secawan kopi, duduk bersama-sama dengan kami semeja.

Tiada lain yang menjadi topik perbualan selain isu Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan skandal syarikat NFC milik anggota keluarganya.

Dengan nada merungut Timbalan Menteri itu berkata, sepatutnya Shahrizat sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno. Dalam erti kata lain, beliau mengatakan Shahrizat merupakan liabiliti yang akan membebankan Umno dalam jangka panjang.

Dari dulu hingga sekarang Umno rompak duit rakyat

Umno-BN (1956 ke 2011): Kerajaan perompak

Sejak 54 tahun UMNO / BN telah mengeksploitasikan sumber-sumber semula jadi dan buatan manusia.

Air

Kami menikmati air hujan sepanjang tahun dan air sungai juga. Namun, kita masih mengalami kekurangan air dan banyak kampung-kampung masih tidak disalurkan air dan bagi mereka yang telah disalurkan air, kualitinya rendah kerana ia dicemari dengan sebatian ferik tinggi dan kotoran kehitam-hitaman yang sangat halus. Adakah ia sesuatu mustahil untuk menyediakan seratus peratus bekalan air bersih bagi ke seluruh negara kerana selepas 54 tahun kemerdekaan kita mampu untuk menghantar angkasawan (pelancong angkasa) ke pangkalan angkasa lepas antarabangsa? Bukankah Malaysia bagi UMNO BN segalanya “Boleh”?

Bakal pengantin dicekup

“Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan.”

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Tok Guru Nik Aziz pula jadi mangsa fitnah..

Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.

Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

Lagi seorang "Jantan Melayu Kawin Jantan"

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Menteri songlap wang zakat bayar peguam

Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Khir Toyo, isteri masih tersenyum selepas dihukum penjara - Zuraida

Meskipun dijatuhi hukuman penjara setahun kerana rasuah, namun Dr Khir Toyo dan isterinya masih mampu tersenyum ketika keputusan itu dibacakan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lalu.

Perkara itu membuktikan kes itu hanya sekadar wayang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, kata Timbalan Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

“Ini hanyalah wayang pentadbiran Najib menjelang PRU dan Khir Toyo terpaksa menjadi pilihan beliau untuk dimangsakan kerana skandal ini sukar dibendung.

Ahad, 25 Disember 2011

DR M perlekeh negara peminjam Dana Bank Dunia

Ketika itu sekitar tahun 1998-1999. Saya masih ingat ketika itu negara-negara Asia sedang bergelut untuk membawa negara masing- masing keluar dari kemelut krisis matawang yang membawa kepada kejatuhan ekonomi di rantau Asia.

Malaysia yang ketika itu Menteri Kewangannya, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad merupakan negara terawal yang mengumumkan telah berjaya keluar dari masalah kejatuhan ekonomi.

Maka, di media arus perdana hari itu, Mahathir dengan gahnya mengumumkan ekonomi negara ini telah berjaya dipulihkan dengan menggunakan pendekatan teori-teori ekonominya.