Pengikut

Rabu, 30 November 2011

Lisa Surihani terima anugerah Puteri Umno

Pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu. Lisa Surihani yang merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semasa ditemui berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

“Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni,” katanya yang merupakan graduan jurusan undang-undang.

Lisa juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri Umno.

RM5j dana NFC beli Mercedes dan tanah?

PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Shahrizat tak payah kait Wanita Umno (Video inside)

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

Lulus Akta Perhimpunan: Rakyat perlu tolak Umno/BN – Aziz Bari

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, tidak ada jalan lain untuk menyekat Umno-BN daripada terus menggubal undang-undang yang bertentangan prinsip perlembagaan, selain rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang kini dikenali Akta Perhimpunan Aman 2011 di dewan rakyat, semalam.

“Nak buat apa lagi? Sekadar memprotes dan yakinkan rakyat bahawa dalam PRU ini mereka perlu tolak Umno-BN yang jelas tidak komited dengan janji mereka sendiri (untuk melakukan perubahan),” kata Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Suruhanjaya Diraja perlu siasat 'Projek IC'

NONEJawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya hari mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan warga asing diberikan kerakyatan membolehkan mereka menjadi pengundi.

Dalam laporannya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.

"Walaupun perkara ini meliputi ruang yang luas dan di luar terma rujukan jawatankuasa ini, tetapi kami mencadangkan pembentukan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu sebagai penyelesaian jangka panjang," petik laporan itu.

Shahrizat guna kes liwat Anwar alih skandal NFC

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang?

Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.

Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.

Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri.

Shahrizat: “NFC tiada kaitan dengan saya”, timbul kemarahan orang ramai

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.

Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.

Komen 'Ku Klux Klan' Ahmad Maslan beri banyangan apa yang bakal disajikan kelak

Dalam pusingan yang terakhir pilihan raya yang ke-13 di mana Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dijangka memberikan satu cabaran yang sukar kepada dominasi 5-dekad-parti politik Perdana Menteri Najib Razak iaitu Umno- pemimpin Umno nampaknya sudah mula untuk menunjukkan panik mereka.

Mereka telah mula melancarkan serangan tidak terkawal habis-habisan - tanpa disedari mengkhianati diri mereka sendiri bahawa merekalah yang berada di sebalik beberapa konspirasi yang dilancarkan untuk Pakatan tahun lalu, seperti tuduhan negeri Kristian terhadap beberapa pastor dan DAP.

Tinggal Bersama Dalam Tangki Taik, Takkan Tak Bau Taik Kot?

"Sehari dua ni ramai dok maklum kata 'Sher Partner' projek lembu NFC iaitu Shahrizat dah cabut lari tak tahu ntah kemana.

Sk pun ada juga bertanya kemana beliau menghilang diri? sembunyi kat mana? sembunyi kat menerung ke bersama lembu peliharaan?

Nak tak nak semalam Shahrizat terpaksa tampil ke hadapan bagi mengulas serba sedikit isu yang dibangkitkan itu.

Semasa kenyataan media yang dibuat semalam pun beliau masih lagi dikelilingi oleh 'cow-cow' bersarung merah.

Selasa, 29 November 2011

'Hello MP, kami sedang perhatikan cara awak undi'

Ketika masyarakat sivil termasuk Majlis Peguam mengadakan perarakan untuk memaksa kerajaan menarik balik rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan diundi malam ini, warga maya menjalankan kempen sendiri di alam siber.

Meminjam konsep bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu setiap ahli parlimen "bertanggungjawab kepada pengundi mereka", warga maya melancarkan kempen mengingatkan wakil rakyat mereka bahawa corak pengundian mereka berhubung rang undang-undang kontroversi itu akan juga ditentukan pada pilihan raya akan datang.

Isa undur atau BN hilang undi Felda!

Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.

Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

Hanya pemimpin zalim takut himpunan rakyat - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa hanya pemimpin dan kerajaan yang zalim sahaja yang takut untuk berdepan bantahan dan himpunan rakyat.

Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan kerajaan memperkenalkan RUU itu dilihat seolah-olah semakin menyempitkan ruang kebebasan rakyat.

Selain itu beliau mendakwa, pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa tentunya takut akan perhimpunan aman rakyat.

Majlis peguam desak parlimen tolak Akta Perhimpunan Aman

Peguam dari seluruh negara berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.

Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.

Lebih 1000 peguam dan orang ramai menyertai perarakan berkenaan bermula jam 12.30 tengahari.

MP Pakatan keluar dewan, protes Akta Perhimpunan Aman

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dewan beramai-ramai bagi membantah tindakan kerajaan persekutuan yang enggan menarik balik Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang sedang dibahaskan hari ini.

Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, Pakatan membuat keputusan berkenaan sebagai tanda protes, selepas menjangka rang undang-undang itu akan tetap diluluskan.

Isnin, 28 November 2011

UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal

Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN).

Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya.

‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka?’

Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka berhubung lanjutan konsesi jambatan Pulau Pinang selama 17 tahun dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) selama 11 tahun sebagai balasan untuk pembekuan kenaikan kadar tol selama 5 tahun di lima lebuh raya termasuk lebuh raya utara-selatan (NSE) akan membawa manfaat kepada rakyat Pulau Pinang mahupun Malaysia.

Lim berkata, New Straits Times hari ini telah melaporkan bahawa Tan Sri Nor telah mengecam beliau kerana mengamalkan double standard dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

“Saya tidak dapat melihat bagaimana semakan semula yang menangguhkan kenaikan tol selama 5 tahun sehingga 2016 ini dapat membawa manfaat kepada rakyat.

Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13

Vladimir Putin telah digambarkan sebagai lelaki yang membawa kebanggaan kembali ke Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet di bawah Gorbachev. Beliau yang dikeluarkan dalam gambar rasmi kerajaan, menunjukkan fizikal, imej macho, menunggang kuda dan berenang di Sungai Moscow yang sejuk. Tetapi baru-baru ini, beliau dicemuh oleh sebahagian besar penonton 20,000 lebih apabila beliau masuk ke dalam gelanggang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang siaran perjuangan seni mempertahankan diri yang ganas secara langsung di TV di seluruh negara.Tidak menghairankan, berlakunya penutupan berita untuk mengawal kerosakan dan melindungi beliau dari publisiti negatif.

Parti pemerintah Putin, United Russia akan melalui pilihanraya parlimen dalam masa dua minggu, dan walaupun beliau sudah pasti menang, sebenarnya populariti beliau telah melendut. Itulah mengapa apa jua cara dan kaedah yang digunakan penasihat perhubungan awam itu untuk meningkatkan imej tidak benar-benar bekerja seperti mana yang dihasratkan.

Berasmara dalam kereta

Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar

Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.

Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri ?

Perhimpunan pada disember 2011 akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini.

Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti.

Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.

Agenda racis Muhyiddin dan Umno - Guan Eng

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol.

Perwakilan protes senyap pada perhimpunan Umno?

Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini dijangka menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada.

Ini kerana mereka mempunyai firasat bahawa Umno dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tulis Moaz Nair di dalam laman web Malaysia Chronicle, hari ini.

Baginya, Umno sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya, kata Mahathir akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan.

KEADILAN main peranan hingga mansuh ISA, Ordinan Darurat dan AUKU

Tidak boleh dinafikan peranan KEADILAN sehingga berjaya membatalkan tiga pengisytiharan darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata demikian ketika menggulung perbahasan menyokong dasar Presiden di Kongres KEADILAN Nasional yang menutup tirainya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal dalam komitmennya berikutan penangkapan 13 orang di Tawau, Sabah di bawah ISA baru-baru ini.

Muhyiddin belum tentu jadi PM

Sejarah membuktikan hanya seorang sahaja Perdana Menteri dari Johor meskipun Umno di negeri ini dianggap sebagai yang terkuat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Katanya, sejarah persaingan di peringkat kepimpinan tertinggi negara membuktikan pemimpin Umno dari negeri itu dipinggirkan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam.

“Jadi belum tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menjadi Perdana Menteri. Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri kerana kebetulan Tun Razak meninggal dunia dan lihat bagaimana dia kemudiannya disingkir Dr Mahathir kerana dikatakan kesihatan tidak baik,” katanya ketika berucap di Kongres Nasional KEADILAN di Pulai, Johor.

Ahad, 27 November 2011

Video Suara Rakyat - Fadiah Nadwa Fikri

Perogol bersiri tumpas

Hasrat seorang perogol bersiri yang ingin melampiaskan nafsu serakahnya tidak kesampaian apabila dia diberkas oleh orang ramai selepas cuba merogol seorang jurujual, kelmarin.

Tindakan licik perogol bersiri yang diburu polis dipercayai terlibat hampir 20 kes itu akhirnya kecundang setelah dia ditangkap antara jam 12 tengah hari.

Suspek yang tidak bekerja itu juga difahamkan dikehendaki polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan terkutuk berkenaan di beberapa jajahan lain.

Sabtu, 26 November 2011

‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.

Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.

“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.

Rasuah Umno-BN makin ketara hingga jadi jenaka rakyat

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata skandal dan penyelewengan Umno-BN, yang berkuasa sejak lebih lima dekad lalu, semakin ketara sehingga menjadi bahan jenaka rakyat termasuk dengan sindiran “lembu-lembu kondominium.”

‘Lembu-lembu kondominium’ menjadi rujukan kepada masalah yang menyelubungi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno.

Ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara akhir bulan lalu, PKR menjadikan sebagai isu dan ia kini disiasat oleh polis.

300 protes RUU Perhimpunan Aman di taman KLCC

Sekitar 300 orang berhimpun di kawasan taman KLCC di sini petang ini membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dikecam banyak atas alasan mengekang lagi kebebasan rakyat.

Kumpulan itu mengenakan kemeja-T dan membawa balon berwarna kuning serta bunga - yang simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 empat bulan yang lalu, mempamerkan protes mereka terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dua hari lalu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.

Selain mereka turut hadir Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, rakan sejawatannya dari Segambut Lim Lip Eng, pemangku presiden Parti Makkal Sakti Malaysia A. Vathemurthy dan kakak mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lian.

Jumaat, 25 November 2011

Mahkamah bebas 11 peserta protes lebuh raya Kesas

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.

Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Turun ke jalanan jika PRU tak adil

Angkatan Muda Keadilan memberi Barisan Nasional (BN) amaran bahawa pihaknya akan turun ke jalan jika pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, tidak dikendalikan dengan adil.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Amin memberitahu perwakilannya bahawa sebarang tindakan mengekang Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan demonstrasi jalanan meskipun perhimpunan sedemikian tidak dibenarkan oleh undang-undang baru perhimpunan aman.

“Mereka tahu Bersih 3.0 akan berlaku, itu sebabnya mereka mahukan undang-undang ini,” katanya.-TMI

Rosmah jaja Permata satu dunia tapi abai derita gadis Penan

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikecam kerana sibuk mencanang program pendidikan awal kanak-kanak Permata ke seluruh dunia tetapi mengabai masalah kekurangan kemudahan pendidikan kanak-kanak di Sarawak.

“Kita ada isteri Perdana Menteri yang mencanangkan ke seluruh dunia isu pendidikan awal kanak-kanak Permata tetapi tidak beri perhatian kepada kanak-kanak pra-sekolah Penan,” katanya.

Perkara itu dibangkitkan wakil Wanita Sarawak, Puan Woon dalam ucapan penggulungan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN di Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN kelapan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.

Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO

Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan ‘simple majority’ di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Kongres Di Johor Simbolik Perubahan Pilihanraya

Penganjuran Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-lapan di kubu kuat Umno ini disifatkan sebagai simbolik jelas bahawa negeri itu bakal ditakluki Pakatan Rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jelas Sasterawan Negara, A.Samad Said.

"Saya merasa aneh juga kenapa kongres ini dilakukan di Johor, setelah itu saya mula memahami ia adalah langkah simbolik.

"Sedia maklum Johor adalah akar kepada Umno, kehadiran Pakatan Rakyat khususnya Keadilan (PKR) adalah untuk mencabut akar itu,"katanya.

Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman

Empat tahun selepas "Walk for Justice" 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai "Walk for Justice", di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes 'Pita Lingam'.

Rakyat tidak wajar takut jika Umno-BN tumbang

PKR menerusi komponen Pakatan Rakyat mampu mentadbir Malaysia dengan lebih baik berbanding Umno, jelas Timbalan Presidennya Azmin Ali sambil menambah, pihaknya bersedia menggalas tanggungjawab tersebut.

Bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres sayap Angkatan Muda dan Wanita PKR di sini hari ini, Azmin (gambar) berkata parti itu telah membuktikan kesediaan mereka untuk memerintah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan mereka di negeri-negeri pimpinan parti itu.

“Rakyat tidak perlu takut sekiranya Umno-BN tumbang ketika pilihan raya ini, PKR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan berdasarkan prestasi di negeri-negeri di bawah kuasa kami,” katanya.

PKR akan ‘roboh tembok penjara’ jadikan Anwar PM.

Menggambarkan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini berkata, partinya akan memastikan Ketua Pembangkang itu bebas penjara bagi mengetuai kerajaan pusat Pakatan Rakyat (PR).

Berucap merasmikan secara serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan Rakyat dan Wanita PKR 2011, Azmin berkata, perikatan pembangkang itu telah mencapai konsensus bahawa Anwar, yang kini berhadapan dengan tuduhan meliwat yang kedua, akan menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.

“Sesiapa yang berkonspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami (sayap) Pemuda dan Wanita akan bangun dan merobohkan tembok penjara untuk membebaskan beliau,” kata beliau dalam ucapan dasar yang disambut dengan sorakan 1,600 perwakilan.

Khamis, 24 November 2011

Anugerah Lagu Terbaik Yuna ditarik balik?

Dalam tindakan kontroversi yang memalukan, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) tersilap menghadiahkan anugerah Lagu Terbaik kepada Yuna dan kini memutuskan untuk memberikannya kepada Anuar Zain.

“(Lagu) Penakut (didendangkan) oleh Yuna telah tersilap diputuskan sebagai Lagu Terbaik berdasarkan markah terbanyak,” kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM-18 Rosmin Hashim pada sidang media hari ini.

Lagu Terbaik dipilih daripada 20 lagu yang bersaing dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Lagu Rok Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Calon SPM ditangkap khalwat

“Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Akta baru akan halang ceramah parti politik

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 boleh menghalang parti politik khususnya Pakatan Rakyat daripada mengadakan ceramah mingguan.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga naib presiden PKR berkata, undang-undang itu memberi kuasa kepada polis untuk menghalang pengeluaran permit ceramah kerana memperuntukkan permohonan selama sebulan, berbanding seminggu ketika ini.

Begitu juga dengan larangan kehadiran kanak-kanak dan warga asing dalam ceramah yang pastinya menyukarkan penganjur parti politik.

PAS tetap kekal ‘pasukan Pakatan, tak akan sertai pasukan Umno’

PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai “anggota pasukan” Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai “angkuh dan sombong.”

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan.

“PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS.

Balik Haji, Najib lebih zalim lagi?

Sejak balik Mekah dengan keadaan isterinya Rosmah belum mendapat"hidayah" untuk tutup aurat, PMNajib seperti bertambah zalim dan dirinya "di serang" dari pelbagai penjuru dari UMNO sendiri.

Bermula dengan pertikaian status haji Najib, penangkapan ISA ke atas 13 orang, PPSMI tidak di mansuhkan sepenuhnya, penarikkan produk sos tiram dari Kedai 1Malaysia, pembentangan Akta Himpunan Aman dan Himpunan Seksualiti dan skandal NFC.

Di kala PNNajib "diserang", Timbalannya Muhyiddin seolah-olah berjoget sakan. Dengan bantuan mantan PM Mahathir, TPM semakin selesa untuk mendiami Seri Perdana jika UMNO tidak tewas dalam PRU 13 nanti.

Isu Royalty minyak : Muhyiddin cuba memulas tangan rakyat Kelantan

TS Muhyiddin Yassin berkata isu royalty minyak akan mudah di selesaikan jika PAS dan UMNO berada dalam satu pasukan. Moral politiknya ialah Muhyiddin sedang cuba mengumpan PAS untuk bersama UMNO dan bersatu bagi penyelesaian isu royalty minyak yang sedang di tuntut oleh kerajaan negeri Kelantan. Dengan ungkapan Muhyiddin ini ianya menjelaskan satu dua perkara kepada kita.

Pertamanya UMNO dan kerajaan persekutuan mengakui yang kerajaan negeri Kelantan ada hak ke atas royalty minyak seperti yang termaktub di dalam perjanjian yang ditanda tangani di antara pertronas dan rakyat negeri Kelantan pada bulan mei 1975 dahulu.

Keduanya sekarang kerajaan persekutuan mengakui yang hak itu boleh di perolehi jika PAS bersatu dengan UMNO dan isu itu diselesaikan setelah PAS bersama UMNO. Masalahnya perjanjian dalam perjanjian pada 27 hb Mei 1975 itu adalah di antara kerajaan dan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar PAS semasa itu iaitu Dato Mohamad Nasir.

Skandal NFC: Wanita Keadilan desak SPRM dan Polis jangan ‘double standard’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.

“Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan,” kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.

Wakil Rakyat Umno Cuba Gadai Tanah Melayu

Yang hairannya, percubaan menggadai tanah rezab Melayu kepada tauke ini berlaku SELEPAS UMNO hilang kuasa di Selangor.

Di bawah adalah dokumen2 berkaitan percubaan Satim Diman/UMNO Puchong menggadai dua bidang tanah rezab Melayu yang sebelum ini diletak di bawah nama "UMNO Bahagian Puchong

UMNO Bahagian Puchong yang dipimpin oleh Satim Diman telah mencuba untuk menggadai dua bidang tanah rezab Melayu dengan no kod HSD 247 141 dan HSD 247 142 kepada sebuah syarikat bukan bumiputra bernama "Lagi Gemilang Development Sdn Bhd".

Rabu, 23 November 2011

Kelantan bubar Dun ikut Pusat kerana tidak mahu ‘iblis syaitan’ tertumpu pada satu kawasan?

Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat, kata Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am, PAS dipetik oleh Harakahdaily berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Ibrahim Ali mahu undi tentera di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

Ketua PAC 'bosan' dengan siasatan awal ke atas NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

Azmi berkata demikian selepas PAC hari ini menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

"Sistem pengurusan perlu disemak semula, walaupun kementerian itu bercakap benar, rakyat juga sudah bosan, mereka tidak mahu lagi dengar (penjelasan itu)," katanya.

Tarik balik Akta Perhimpunan Aman!!!

Pakatan Rakyat mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rang undang-undang baru itu jelas menyekat kebebasan rakyat menyuarakan pendapat yang merupakan asas demokrasi.

“Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.