Pengikut

Ahad, 30 Oktober 2011

Pelabur bukan takut undang-undang Islam tapi takut pada BN?

Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Blogger Umno Penipu - Koh

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"BN Adalah Pemerintah Terbaik" - Muhyiddin

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain. - Muhyiddin

Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.

Chua Soi Lek Hina Islam..!!!

Ketika kempen PRK DUN Tenang sedang rancak berjalan Presiden MCA, Parti yang menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional telah menunjukkan kejahilan atau ketidak prihatinan beliau tentang ajaran agama Islam.

Dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, Chua secara sarkastik membuat perbandingan antara cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.

Kerajaan P Pinang beri 260 huffaz anugerah

Seramai 260 para huffaz Negeri Pulau Pinang menerima pengiktirafan kerajaan negeri tahun ini berbanding tahun lalu 180 orang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim berkata, ia satu kebanggaan buat Pulau Pinang kerana berjaya mendidik dan melahirkan para hafiz dan hafizah yang boleh membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang berkehendakan 'Satu Keluarga Seorang Hafiz'.

"Insya Allah hasrat satu keluarga seorang hafiz akan berjaya sekiranya mereka yang menghafal Al Quran bertambah saban tahun. Walaupun baru empat tahun diperkenalkan slogan berkenaan menerusi Ijtimak Huffaz namun sudah ada kesanya," kata beliau semasa berucap dalam ucapan alu-aluan majlis Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang kali ke 4 yang diadakan di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Rakan Najib di belakang TV kabel terbaru?

Ahli perniagaan Datuk K.K. Eswaran (gambar), yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan individu di sebalik usaha terbaru perkhidmatan televisyen kabel kendalian Nilamas Corporation Sdn Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada separuh pertama tahun depan, demikian menurut sumber-sumber industri.The Malaysian Insider difahamkan bahawa syarikat itu, yang dijangka membelanjakan RM2 bilion akan mencabar Astro, penyedia perkhidmatan televisyen satelit, untuk mendapatkan bahagiannya dalam pasaran tempatan.

Syarikat itu akan dikenali sebagai Asian Broadcasting Network Sdn Bhd dan jenama baru ini bakal dilancarkan bulan depan.

“Datuk Kenneth Eswaran merupakan orang di belakang usaha ini dan hubungan beliau dengan keluarga pertama telah membolehkannya memperoleh kelulusan awal lesen yang diperlukan,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

Anya Corke mungkin saman UMNO

Juara catur Hong Kong berumur 21 tahun telah mendapati dirinya di tengah-tengah kempen pencalitan politik di Malaysia, selepas gambarnya di internet digunakan untuk mengkaitkan anak lelaki seorang ahli politik dengan serangan seksual.Lahir di Amerika Syarikat dan berpendidikan di sekolah Kennedy dan West Island, Anya Corke (gambar) tidak pernah pergi ke Pulau Pinang, tidak pernah bersekolah di Malaysia dan tidak pernah bersua dengan orang yang dituduh, Marcus Lim Whai Khai, anak lelaki kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun.

Corke, seorang pelajar falsalah dan satera Russia di Wellesley College di AS terkenal sebagai empat kali juara catur Hong Kong; dia adalah seorang chess grandmaster semenjak tahun 2004.

Jadikan nasib Gaddafi pengajaran, jangan abai mandat rakyat

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu nasib dialami bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutama pemimpin negara agar tidak menjadikan kekuatan sebagai tunjang pemerintahan dan mengabaikan amanah rakyat.

Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, peristiwa pembunuhan Muammar dan kejatuhan pemimpin-pemimpin Arab yang lain, sejak awal tahun ini, seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutamanya pada pemimpin negara agar tidak menggunakan kuasa kekuatan semata-mata untuk memaksa rakyat.

Muammar (gambar) terbunuh selepas ditangkap Khamis lalu di sebalik kebangkitan rakyat sejak Februari lalu.

KWSP lulus pinjaman tanpa jaminan RM55.10 bilion

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status ‘meragukan’.

Ketuanya, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

Kereta perisai Malaysia RM7.55 bilion, 6-7 kali lebih mahal

Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

“Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

Khamis, 27 Oktober 2011

Satu lagi projek kerajaan BN/Umno untuk hancurkan akhlak muda-mudi

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal dilaksanakan pada 22 November ini di Genting Highlands iaitu ‘menghancurkan akhlak muda-mudi, anak remaja dan pelapis anak bangsa negara’ sebagai persediaan mengekalkan kuasa kerajaan BN dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Anak muda merupakan tunjang negara di masa akan datang dan juga penentu tampuk pemerintahan dan dianggarkan 7 juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu siapakah yang meneraju kerajaan selepas PRU ke-13 akan datang.

Itulah sebabnya kita dapati Perdana Menteri yang juga Presiden Umno-BN telah melakukan perubahan drastik pada imej dirinya konon dia berjiwa rakyat muda apabila dilaporkan turut berkongsi pentas dengan para artis menari dan berjoget dalam Konsert Suara Kami anjuran Astro beberapa bulan lalu.

Pergolakan BN membimbangkan Muhyiddin menjelang PRU-13

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau bimbang dengan berbalahan yang berlaku dalam komponen BN yang berlaku pada hari ini. Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi BN itu ialah masalah ‘intra-party’ dalam komponen itu nampak serius sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba.

Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan.

MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak ‘winnable’.

Zul Kulim dah jadi naib presiden Perkasa?

Sebelum ini ramai yang melihat jangka hayat YB Zulkifli Noordin, Kulim didalam bidang politik tanahair seperti nyawa-nyawa ikan menanti detik 'kematiannya'. Namun masih ada NGO penjilat pungkok Pak janggoat bebas ini mengambilnya sebagai naib presiden. Seperti yang dilaporkan MKini dibawah...

...Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru. Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip. Usul berkenaan diluluskan sebulat suara. Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Mokhtar Samad.

Kek Enot pula cetus kontroversi

Baru reda menerima kecaman akibat mengeluarkan kenyataan salah mengenai hukum Hudud, pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah sekali lagi menimbulkan kontroversi dan rasa tidak senang orang ramai.

Kali ini Enot, 32 yang menjalankan perniagaan kek bertindak "berani" apabila menghasilkan kek berbentuk tubuh wanita yang hanya berpakaian dalam.

Gambar kek tersebut dimuat naik di laman Facebook Enot sendiri beberapa minggu yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada rakan facebooknya.

Kabinet tidak berhak terima laporan audit

Tindakan Ketua Audit Negara menyerahkan laporan Audit 2010 kepada kabinet, menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.Ini kerana, katanya, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya hanya perlu mengemukakan laporan berkenaan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat.“AG tidak mengikut apa yang ditetapkan, amalan ini mengatasi perlembagaan,” kata Pakar Perlembagaan itu.

Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya tindakan Ambrin menyerahkan laporan itu kepada jemaah menteri, menyebabkan berlaku kelewatan sehingga 17 hari selepas Belanjawan 2012 dibentangkan di parlimen.

Guan Eng beri Umno 48 jam tarik balik dakwaan anaknya cabul pelajar

Lim Guan Eng beri Umno tempoh 48 jam untuk menarik balik dakwaan dibuat menerusi laman web rasminya kononnya anak lelaki beliau telah mencabuli seorang pelajar perempuan satu kelasnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan beliau akan membuat laporam polis jika laman web parti teras Barisan Nasional (BN) itu gagal berbuat demikian.

Lim (gambar) berkata beliau dan isterinya tersinggung dengan serangan bertubi-tubi daripada parti itu sejak kebelakangan ini.

Rabu, 26 Oktober 2011

Perlu Tahu: Itu bukan ketirisan tetapi keuntungan!

Membaca Laporan Ketua Audit Negara(LKAN) setiap tahun umpama membaca "Laporan Keuntungan UMNO " . Setiap tahun terserlah ketirisan demi ketirisan di seluruh negara.

Umum tahu, setiap projek kerajaan samada tender terbuka maupun tertutup tidak dapat tidak syarat utamanya "mesti lagi wajib" orang UMNO, kroni maupun suku sakat BN. Itu realiti.

Apabila berlaku ketirisan di mana-mana Kementerian seperti harga laptop RM3,000 menjadi RM24,00 atau skrudrive dari RM30 menjadi RM230.00. Itu belum membabitkan kem tentera, penjara, balai polis, makmal komputer sekolah.

Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kegagalan Transformasi Najib

PautanPendedahan Laporan Ketua Audit Negara menjadi bukti dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak gagal dengan pengumuman pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan yang ternyata janji-janji tersebut masih belum dipenuhi.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat kerajaan mendedahkan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran.

Selasa, 25 Oktober 2011

CheguBard ramal PRU13 pada 11.11.11?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.

Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

Cyber Trooper Umno: Tak habis-habis dengan gambar tipu, Nik Aziz difitnah pulak!

Tak ada modus operandi lain dah ke para blogger dan Cyber Trooper upahan Umno-BN ni. Asyik skill yang sama je nak perbodohkan rakyat Malaysia. Nampak sangat mereka ni terlalu merendah-rendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia sehingga menggunakan cara yang sama untuk berbohong demi mendapat kepercayaan rakyat.

Tak habis-habis dengan cara siar gambar ntah apa-apa. Mereka duk suka-suka hati je cilok gambar orang yang tak ada kena mengena dengan tuduhan yang mereka lemparkan. Kalau sekali, mungkin orang ada prasangka tapi kalu asyik hari-hari benda yang sama je cara berbohong, naik muak jugak rakyat.

Anak Lim Guan Eng pun dah kena dengan blogger upahan Umno-BN ni. Tak pasal-pasal pemain catur dari Hong Kong jadi mangsa fitnah kena raba buah dada. Baca sini.

Isu saman Umno Pulau Pinang: Keadilandaily pertahan laporan

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dan laman web, Keadilandaily mempertahankan kredibiliti laporannya bertajuk ‘Nafi terlibat demo ganas, Pengerusi Umno Pulau Pinang berbohong- Guan Eng’ yang disiarkan Julai lalu.

Bercakap kepada Keadilandaily, Ketua Pengarangnya, Fazallah Pit mengesahkan pihaknya menerima surat tuntutan saman daripada Jahaberdeen & Co, mewakili Umno Pulau Pinang, pada 20 Oktober lalu.

Fazallah berkata, pihaknya mempertahankan kredibiliti laporan berkenaan yang memetik kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertarikh 3 Julai 2011.

Nasionalis punca murtad

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.”Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

“Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Projek lembu RM250j gagal: Suami Shahrizat ada kepentingan

KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

FRU, Polis Dijangka ‘Muncul’ untuk halang Mahasiswa

Mahasiswa bakal mewujudkan gelombang besar pada malam ini bermula 7 petang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razab, pihaknya meramalkan hampir 2,000 mahasiswa sekitar Lembah Klang bakal turun pada malam ini berikutan campur tangan polis dalam isu pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari.

“Polis campur tangan dalam siasatan… Jadi malam ini kita hantar memorandum kepada ‘ketua polis’ (Datuk Seri Hishammudin Hussein).”

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Pandai sungguh kerajaan Pusat (BN) urus kewangan Negara

Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan perbelanjaan beberapa agensi kerajaan tidak diurus dengan baik sehingga berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kewangan negara.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan dikeluarkan berkata, antaranya adalah perjanjian kontrak antara Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan sebuah syarikat konsesi di bawah Giatmara.

Laporan mendedahkan, Giatmara telah melantik syarikat itu melalui tender tertutup telah melakukan transaksi pesanan terhadap pembelian bernilai RM38.97 juta.

Isnin, 24 Oktober 2011

UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng RM30 juta

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Utusan dilarang ke DUN P. Pinang

Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia tengah hari tadi dilarang dari membuat liputan mengenai perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Speakernya Datuk Haji Abdul Halim Hussain bertindak demikian ekoran pihak akhbar yang dikaitkan dengan Umno itu tidak hadir untuk memberi keterangan pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang ditetapkan dewan.

Abdul Halim berkata Utusan sepatutnya memberi keterangan mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh mengubah suai rumahnya yang menelan belanja RM1.5 juta.

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala dapat rumah berharga RM500,000

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

Pakatan batal GST jika memerintah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

NONEKatanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

“Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan,” katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Ahad, 23 Oktober 2011

Pemimpin Terus Bermewah Rakyat Dipaksa Bayar GST

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

Beg tangan Rosmah mengapa Nazri senyap?

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

Tanpa Hudud : Remaja Perempuan Rela Ditiduri Seramai Mungkin Lelaki

Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetik Harakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.

‘Kalau Rakyat Dah Meluat, Pemimpin Besar Pun Jatuh Juga’

Tumbangnya pemimpin dunia seperti Muammar Gaddafi adalah peringatan kepada sesiapa sahaja agar tidak takbur dan sombong dengan kuasa.

Ini kerana, jawatan ialah amanah yang datang dengan tanggungjawab, bukan semata-mata kuasa untuk mengumpul kekayaan diri sendiri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau Allah takdirkan rakyat bangkit, orang seperti Mubarak dan Gaddafi pun diheret juga,” kata Anwar dalam perjumpaan dengan masyarakat Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Kampung Permatang Janggus, hari ini.

Sabtu, 22 Oktober 2011

SMM Terkejut Ahli Parlimen Pakatan Muncul?

Solidariti Mahasiswa Malaysia menerusi jurucakapnya, Ahmad Shukri Kamaruddin petang ini terkejut dengan kehadiran beberapa MP daripada pihak pembangkang dalam himpunan mahasiswa bantah pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari petang Jumaat.

Menurut Ahmad Shukri dalam satu kenyataannya, beliau sendiri tidak menyangka YB Nurul Izzah, YB Tian Chua turun bersama rakyat dan mahasiswa bantah tindakan pihak pentadbiran UIAM.

SMM tidak jemput

“Saya mewakili SMM terkejut dengan hadirnya MP-MP Pakatan dan kami sebenarnya memang tidak tahu kenapa mereka datang.

Tarik balik penggantungan Aziz - Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

PRU-13: PKR letak lebih ramai calon muda, muka baru

PKR akan meletakkan lebih ramai calon muka baru, yang muda dalam pilihan raya umum ke-13 dengan mereka yang hendak menjadi wakil rakyat harus ada latar belakang pendidikan kukuh — mereka seharusnya merupakan profesional atau separa profesional.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia merupakan formula bagi PKR menghadapi pilihan raya umum ke-13 — di mana calon yang muda dan berkelayakan akan menggantikan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa.

“Kami akan membawa orang yang muda, calon yang berkemahiran dengan tiada liabiliti politik,” kata beliau ketika ditemui di sini.The Malaysian Insider difahamkan bahawa kepimpinan kebangsaan PKR sudah memulakan perbincangan dengan wakil rakyat-wakil rakyat semasa pihaknya berhubung keperluan membawa “darah baru” berhubung beberapa kerusi.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Lawatan DSAI ke Permatang Pauh

Lawatan Dato'Seri Anwar Ibrahim ke Permatang Pauh, Dato'Seri Anwar sempat memberi tazkirah di Masjid Pmtg Janggus sebelum menunaikan solat sunat Jumaat bersama penduduk.

Menu rakyat: Najib je dapat RM4 tapi rakyat kena RM6?

Yang kaya lagi kaya, yang miskin makin tertindas. Itulah realiti yang ditempuhi rakyat di negara ini ketika 50 tahun lebih negara sambut merdeka.

Lebih malang lagi, rakyat mempunyai pemimpin yang rakus dan kuat berbohong untuk menguruskan pentadbiran negara.

Rakyat sekadar didekati bila tiba musim pilihanraya, bila dah habis pilihanraya, ‘sepahnya’ dibuang jauh-jauh. Kesengsaraan hidup rakyat tiada siapa mempedulikannya.

Ribuan Demo Sokong Aziz Bari Di UIA


Zul Nordin Jahil Undang-Undang Islam?

Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai ‘fakta’ untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.

Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita ‘rempah-ratus’ tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Malaysia kilang fitnah?

Malaysia kilang fitnah - sekarang sudah sampai keperingkat antarabangsa.

Pemimpin UMNO dan BN sangat hebat melakukan fitnah dan sekarang sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Anya Corke seorang pelajar Wellesley College AS semalam menyfatkan fitnah yang di sabitkan terhadap dirinya sebagai satu insiden yang sangat hina dan mengejutkan.

Pelajar perempuan kelahiran Amerika ini menyatakan yang dia tidak pernah mengenali anak Guan Eng dan sesiapa sahaja di dalam keluarga Guan Eng itu. Anya menambah dia tidak pernah diperkosa oleh sesiapa dan lawatan terakhirnya keMalaysia ialah tujuh tahum yang lalu.

Anya Corke merasa simpati terhadap anak Guan Eng yang telah dijadikan mangsa fitnah itu yang dipalitkan dengan dirinya yang beliau tidak pernah berjumpa, mengenali dan mendengar nama yang disebutkan oleh pemfitnah itu.

Khamis, 20 Oktober 2011

Ada yang tak kena dengan HIMPUN

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Katanya, walaupun tujuan murni perhimpunan yang bertemakan memelihara aqidah umat Islam itu adalah sesuatu yang wajar namun, beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” katanya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara dipetik oleh Harakahdaily.

Selasa, 18 Oktober 2011

Hutang negara mungkin cecah RM1 trillion???

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

HIMPUN tiada kaitan dengan Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali

Penganjur ‘Himpunan Sejuta Umat’ yang dijadualkan Sabtu ini memberi jaminan majlis berkenaan tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Dalam kenyataan media hari ini, pengerusi bersama, perhimpunan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas.

Fitnah II: Empat saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar

Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka dipanggil pendakwa untuk mencabar keterangan saksi ketujuh peguam bela, Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran kecederaan tulang belakang yang dialaminya.