Pengikut

Jumaat, 30 September 2011

Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini

Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Najib belum jawab kos selenggara rumah RM49 juta

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin- masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria- dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

Khamis, 29 September 2011

"Saya tak gentar amaran Perkasa"

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

Rais kata video 'Undilah' tak disenangi rakyat?

Datuk Seri Rais Yatim kata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi rakyat... iis.. iis.. klip video"Undilah" bukan mengganggu-gugat sesiapa, malah klip video itu cuma menyedarkan rakyat supaya mengundi... "Rakyat tak senang atau pun PEMIMPIN UMNO yang tak senang?"

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Ali Rustam hentam Kerajaan Kelantan boleh pulak?

Sandiwara Umno kerapkali tidak menjadi kerana akhirnya ia sekadar satu bahan picisan atau lelucon kalau diamati secara mendalam. Isu Lim Guan Eng kononnya memberi gambaran negatif terhadap negeri Johor, khususnya daripada segi keselamatan juga satu lelucon yang tersangat slapstik.

Jenaka seumpama ini sudah ketinggaln zaman. Kerap kali sandiwara Umno dan BN ini menempelak semula diri sendiri. Ketua Menteri Pulau Pinang sama sekali tidak berbuat demikian. Meskipun dinafikan satu persatu rekaan-rekaan terbaru terus menjelma yang mengambarkan betapa terdesaknya Umno-BN.

Selepas menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, kitaranya (seperti biasa) akan menerjah pada DAP.. dan target Umno-BN (jika terhadap DAP) ialah Lim Guan Eng.

Pakatan sebulat suara menangguhkan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Demi menghormati konsensus dan dasar bersama Pakatan Rakyat, gagasan itu sebulat suara menangguhkan keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, implimentasi sebuah undang-undang perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat parlimen.

"Peruntukan pelaksanaan (Hudud) hanya selepas pindaan dilakukan terhadap perlembagaan.

Selasa, 27 September 2011

Surat khabar cina dah pandai menipu rakyat!

SAHABAT pembaca menghantar gambar keratan akhbar cina yang dilihat begitu jelas menipu para pembacanya menggunakan gambar.

Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Hudud yang baik berjaya diburukkan

NONEDalam demokrasi, perlaksanaan sesuatu undang-undang atau dasar tertakluk kepada suara majoriti. Tanpa sokongan ramai, ia melahirkan penolakan. Hasilnya, kejayaan yang diimpi, tetapi kegagalan menjadi realiti.

Kita tidak boleh sekadar berharap sesuatu impian yang baik sekadar tercapai. Tetapi, lebih dari itu, impian yang baik hendaklah kekal diamalkan. Inilah tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Oleh sebab itu, dalam kitab al-Muwafaqat tulisan Imam As-Syatibi, dinukilkan tindakan Umar Abdul Aziz yang tidak terus melaksanakan Islam secara total sejurus mengambil tampuk pemerintahan.

Isnin, 26 September 2011

Utusan Malaysia hina Hudud


KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI : Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai Pemuda Umno dan NGO Melayu/Islam.. tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?

Ramai artis wanita kita sudah bertudung

Selepas Siti Nordiana bertudung kini , pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas dikatakan beberapa kali mengalami mimpi buruk .

Isu Hudud: Pemimpin Pakatan tolong ‘tutup mulut’

Komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat Rabu ini.

Arahan ini dikeluarkan berikutan pendirian bersama yang akan dibuat pimpinan Pakatan Rakyat lusa.

Perkara itu diumumkan pada sidang media petang ini, yang disertai Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan rakan sejawatannya dari PKR Saifuddin Ismail Nasution serta Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Rumah terbuka AMK, JKKK dan Penyelaras Kadun


Rumah terbuka AMK Permatang Pauh, Penyelaras Kadun Seberang Jaya, JKKK Tenggiri dan Siakap meriah dengan kehadiran penduduk berbilang kaum ke majlis ini.

Ahad, 25 September 2011

Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Pmtg Tengah, Pmtg Pauh

Permatang Pauh: Gambar-gambar sekitar rumah terbuka Pakatan Rakyat Pmtg Tengah

Ahli Majlis Johari Kassim bersama Ahli Dewan Negara Dato'Mustafa serta isteri

Umno peralat hudud demi politik

Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius, kata Ketua Pembangkang Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, lebih malang lagi, apabila media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

Guna Islam untuk tolak Islam?

Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat

Dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983)

‘keris Umno tikam tuan’

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat “keris makan tuan” apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

“Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

Pakatan perlu adakan mesyuarat khas bincang isu hudud

DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini.

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Sabtu, 24 September 2011

‘Takut hudud seperti takut hantu’

Nik Aziz Nik Mat membidas kumpulan yang menentang pelaksanan hukum hudud.

Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat – DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.

Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Oleh Dato’ Seri Anwar

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Khazanah negeri dikaut sebelum pemerintahan kembali pada PR

Dahsyat la puak-puak Umno-BN Perak sekarang ni. Dia orang kini tengah sibuk ‘memunggah’ khazanah negeri seberapa banyak yang mungkin sebagai persediaan akan tewas dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Kerana memikirkan, inilah peluang untuk ‘rembat’ segala kekayaan negeri sebelum kembali jadi pembangkang di negeri Perak.

Patutlah beriya sangat merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, sehingga sanggup membeli ADUN bermasalah dari PR semata-mata dapat jadi kerajaan sementara sebelum PRU-13 agar segala kekayaan negeri dapat dipunggah dan diagih kepada kroni dengan seberapa segera yang mungkin.

Warkah Mamu buat PM Najib

Dear Najib Razak (sila baca dengan loghat utara),

Mamu dengan rasa rendah diri menulis warkah ini untuk tatapan tuan Perdana Menteri, dan juga sebagai rekod bahawa apabila sejarah negara ini berdepan dengan perubahan, Mamu telah turut bersuara dan memberikan pandangan. Mamu berharap agar warkah yang tidak seberapa ini boleh diambil sebagai iktibar untuk kemaslahatan kita bersama.

Terlebih dahulu Mamu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada tuan Perdana Menteri, memandangkan haritu Mamu tak berkelapangan nak pi makan briyani di Permatang Pauh. Hujan lebat, Mamu semput, tak tahan sejuk. Maka ucapan maaf zahir batin Mamu titipkan untuk Tuan Perdana Menteri, isteri tercinta dan anak-pinak sekalian. Semoga Tuhan menerima amal ibadat kita semua di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Najib: Kerajaan pusat tetap halang undang-undang hudud

Tiada ‘lampu hijau’ laksana hudud, tegas Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Jumaat, 23 September 2011

Isu Hudud dimainkan petanda pilihanraya sudah dekat

Isu pelaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihan raya.

Kemunculan semula isu pelaksanaan hukum Hudud yang dimulakan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) menandakan pilihan raya umum (PRU) sudah hampir tiba.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berkata, isu pelaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihan raya.

Soi Lek takut hudud kerana videonya?

UMNO di dalam keadaan tersepit, tekanan kawan membuatkan UMNO sekarang sudah boleh digelar Pak Sanggup atau makan nasi kangkang? Selama ini tohmahan UMNO kepada kerajaan PAS Perak beberapa hari yang lalu sebenarnya tidak berasas. PAS Tunggangan DAP, tetapi DAP parti multi racial, bagaimana pula UMNO? Tidak jelaskah kini UMNO tunggangan MCA yang nyata parti Cina Malaysia.

Benar kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Kata dulang paku serpih, mengata orang rupanya diorang yang lebih. Pekung sudah tidak dapat ditutup. Keaiban UMNO yang tidak dibongkar akhirnya terbongkar dek gang-gang UMNO yang semakin lama semakin curiga terhadap UMNO. Keris bogel rupanya menghala ke kanan dan ke kiri tidak lagi disarung kondom hanya kerana sudah merasakan banyak kemaluan dihidangkan.

Dirogol kekasih dari Facebook

Gara-gara keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya dua bulan lalu menerusi Facebook, seorang remaja perempuan 14 tahun dirogol suspek sebanyak dua kali. Menurut Ketua Polis PautanDaerah, Asisten Komisioner Azham Othman, kejadian berlaku Sabtu lalu, selepas pelajar sebuah sekolah agama di sini itu keluar makan bersama suspek berusia 17 tahun.

Katanya, suspek datang menjemput mangsa di rumahnya di Kampung Panji pada pukul 8.30 malam.

KITA: Zaid ke timur ahlinya ke barat

KITA - Ketuanya kehulu ahli-ahlinya ke hilir.

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa ‘consequence’ kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan ‘impressive’ penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak ‘familiar’ dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Datuk Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat KITA adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

TPM kata rakyat Selangor 'terseksa' bawah Pakatan

Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin kata rakyat Selangor 'terseksa' bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Mana tak 'terseksa'... rakyat dapat air percuma , surau dan masjid makmur, banyak program-program membantu rakyat telah diwujudkan kerajaan Pakatan Rakyat seperti khairat selangor, saguhati masuk universiti dan banyak lagilah itu yang TPM kata 'terseksa' kot?

Sebenarnya TPM tu malu nak katakan yang Rakyat Selangor jauh lebih selesa dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat...


Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin berharap masyarakat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sebuah sekolah di Meru petang ini.

"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor.

SKMM perlu tarik balik pengharaman video Undilah - Izzah

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menarik balik larangan video ‘Undilah’ yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, beliau amat terkejut membaca berita bahawa SKMM mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) itu.

Beliau berkata, ketika pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara “demokrasi terbaik” di dunia, tindakan SKMM itu jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya.

Pakatan Rakyat tidak berpecah kerana hudud

"Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa," kata bekas Timbalan Ketua AMK, - Faris Musa.

Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, demikian tegas beberapa pemimpin PRK dan PAS hari ini.

“Hudud tidak kena dengan orang bukan Islam. Tidak ada sebab mereka takut dengan hudud.

“Dan DAP tidak boleh marah kepada hudud itu. Biarlah PAS buat hukum itu di negeri yang dia berkuasa,” kata bekas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa.

Putrajaya arah haramkan klip Undilah

SKMM melalui e-mel kedua-dua Astro dan Media Prima Bhd, mengarahkan mereka tidak menyiarkan klip video yang mempromosikan hak untuk mengundi yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo kerana Ku Li bercakap mengenai negara yang mempunyai masalah dan juga kerana ia memaparkan beberapa pemimpin pembangkang.



Selain dari Tengku Razaleigh, video ini juga mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan tokoh-tokoh pembangkang Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, Shah Alam MP Khalid Samad dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pulau-pulau di Sabah bakal dijual oleh kerajaan BN?

BN Sabah digesa henti penjualan pulau serta-mertaKEADILAN mendesak kerajaan Barisan Nasional di Sabah menghentikan penjualan pulau-pulaunya serta-merta, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), parti itu, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menegaskan, penjualan itu mengundang ancaman keselamatan di negara ini.

“Kita mendesak kerajaan Sabah umumkan siapa pemilik pulau-pulau itu dan mungkinkah ia diberi kepada kroni,”

Khamis, 22 September 2011

Najib dan Rosmah ‘demam’ bila berdepan dengan Anwar

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, justeru itu kedua-duanya memfailkan permohonan untuk mengetepikan sapina supaya hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah II itu.

“Mereka (Najib dan Rosmah) takut dedahkan penglibatan mereka dalam konspirasi ini. Mereka hanya berani tuduh tapi tak berani tampil diri sebagai saksi di mahkamah.

SPR daftar 80,000 warga asing sebagai pengundi?

Bekas Ketua NGO Malaysia untuk Pilihan Raya bebas dan Adil (Mafrel) mengakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rahman memainkan peranan mendaftarkan pengundi dengan kad pengenalan palsu.

Abd Malek Hussin berkata, jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi itu adalah RM80,000 iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan kabel WikiLeaks iaitu sebanyak RM60,000.

Bagaimanapun Malek berkata WikiLeaks tersilap memetik kenyataannya bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah.

Anwar sokong Kelantan laksana hukum hudud

Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan sokongannya kepada Kelantan yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan undang-undang hudud sambil berkata perundangan yang diusahakan oleh kerajaan PAS itu melindungi hak bukan Islam.

Ketua Umum Pakatan Rakyat menekankan bahawa perikatan itu tidak membincangkan perkara tersebut dan ia merupakan pandangan peribadi beliau.

“Bagi saya, pada umumnya, secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan,” kata beliau (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

'Undi PKR untuk kuatkan Melayu di P Pinang'

Umno, satu-satunya parti komponen BN yang mempunyai 11 kerusi DUN di Pulau Pinang, sering mengadu bahawa kerajaan negeri 'pimpinan DAP' kurang perwakilan Melayu.

Dengan hanya dua exco Melayu - kedua-duanya dari PKR - Umno mengkiaskan seolah-olah Pulau Pinang sebenarnya diwakili DAP yang didominasi pemimpin Cina - dan bukannya kerajaan Pakatan Rakyat.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman,bagaimanapun, menyerahkan kepada masyarakat Melayu untuk memperbetulkan keadaan demi kepentingan mereka sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan pada 2013.

'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

Kenyataan Tun Melucukan dan Najib diminta tarik surat halang pelaksanaan hudud

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

Bubarkan Parlimen "Selepas Bentang Bajet 2012"

Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini.

Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam
Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya d
i Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi.

60 % Remaja Perempuan Malaysia Hilang DARA?

Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.

Ini merupakan kenyataan yang harus kita hadapi dan kenyataan yang begitu memalukan bagi rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam.Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaatkan mereka tetapi lain yang diharap,lain yang dibuatnya.

Rabu, 21 September 2011

"Polis sudah siasat Papa Gomo?"

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo?," tanya ahli majlis MBPJ.

Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.

Halimey Abu Bakar berkata, laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.

Najib tak "Cool"

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'.

60,000 IC palsu hanya sebahagian kecil

KEADILAN Sabah menyifatkan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengeluarkan 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah, hanya Pautansebilangan kecil.

Ini kerana sebelum ini ramai pimpinan di Sabah mendedahkan jumlah yang lebih besar melibatkan projek IC pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia termasuk kenyataan Aktivis hak asasi, Dr Chong Eng Leong bahawa 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di negeri itu sehingga 2005.

"Miss Bikini Malaysia" Apakata MB dan Mufti Perak?

Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.

Fitnah Liwat: Najib, Rosmah takut ke mahkamah?

Najib, Rosmah buat permohonan tolak sepina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Sel Putik Bukan Dari Dubur Saiful?

Saksi ke empat, konsultan Molekular Genetesis, Dr Brian Mcdonald terus memberi sebab mengapa DNA "lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mungkin bukan Anwar.

Brian turut menegaskan kemungkinan bahawa sampel putik yang diberikan kepada pihak makmal tidak diambil dari dubur Saiful.

Ini berikutan katanya pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur 'differential extraction" dalam ujiannya hingga menimbulkan keraguan DNA yang ditemui mungkin berasal dari sperma sel 'epitelium' (kulit).

Klip Video Baru Tanda Mereka Terdesak

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap tindakan pendedahan satu lagi klip video oleh blogger UMNO sebagai tindakan terdesak untuk memfitnah Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah episod 'sumpah laknat' yang cuba dijalankan sebelum ini gagal.

Wan Azizah menyatakan betapa tindakan itu diambil setelah kegagalan pihak tertentu cuba memburukkan nama Anwar yang juga suami beliau dengan pelbagai fitnah dan tohmahan selain berhadapan kes liwat di Mahkamah.

"Kenapa mereka keluarkan video seks, sekarang keluarkan sedutan keluar lif itu? Sebab kes ini tak menjadi. Rakyat tak percaya. Kes sumpah Datuk Trio itu juga tidak betul dan dapat kita menangkis dan beri hujah bahawa itu tidak benar dan fitnah semata. Mereka ibarat desperado yang nak mempertahankan kekuasaan mereka," kata beliau kepada TV Selangor semalam.

Parti Kita Makin Bergolak

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu e-mel kepada Bernama pada Rabu, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

Selasa, 20 September 2011

SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu - Wikileaks

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

Penasihat agama MB Terengganu maut dalam kemalangan

Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta yang dipandu pemandu bekas setiausaha Parlimen itu bertembung dengan sebuah kereta lain yang dikatakan terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Bekas timbalan menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata ketika kejadian Allahyarham dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu pagi ini.