Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

Rakyat terus ditindas kerana pemimpin boros

Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas sedangkan negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54, rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup membebankan sedangkan pemimpin berkuasa dengan sewenangnya membelanjakan wang untuk kepentingan tertentu.

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan dikeluarkan hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, saban hari rakyat dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung sara hidup seharian, tetapi jutaan ringgit terus dibelanjakan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.

Justeru kata beliau, PKR akan terus memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat. Juga akan terus membina nilai moral dan akhlak dalam pemerintahan yang telus dan efektif.

Selasa, 30 Ogos 2011

Populariti Najib merosot tanda rakyat beralih kepada Pakatan - Anwar

Kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang, sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” Barisan Nasional.

“(Tetapi) saya optimistik jika Pakatan bekerja keras untuk menjelaskan isu dan melihat pada prestasi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, saya percaya rakyat akan memilih (Pakatan),” kata Anwar kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di sini.

Kajian Merdeka Center salah, Populariti Najib makin meningkat - Rais

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau (gambar) menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

Ramadan, didik erti kerendahan diri

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tempoh sepanjang Ramadan ibarat sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hari dan sabar menanggung ujian di kalangan umat Islam.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri, Ketua Pembangkang berkata, menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan satu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Allah s.w.t dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.

“Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan al-Quran.

Isnin, 29 Ogos 2011

DAP nafi minta 6 kerusi PKR di Pulau Pinang

Desakan ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor yang mahu PKR menyerahkan sekurang-kurangnya enam kerusi kepada pemimpin Melayu DAP tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat parti itu, kata pengerusinya Karpal Singh.

Malah, menurut Karpal (gambar) kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan tidak wajar.

"Kenyataan Zulkifli dibuat secara spontan yang tidak signifikan,” kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar.

Rakyat mahu pembaharuan pilihan raya, 48% ‘kritik’ cara Kerajaan halang Bersih

Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.

Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.

Populariti Najib terus susut - Merdeka Center

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya.

Wajah Nik Aziz diconteng salib

Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib.Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu, berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

Perlu Tahu: Siapakah Sir Henry Gurney?

Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Perutusan Aidilfitri - AMK

29 Ogos 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hari ini, kita telah menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita menyambut Aidilfitri dan bertakbir sebagai satu tanda kemenangan dan kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah swt.

Ahad, 28 Ogos 2011

Salahkan pemimpinnya BN, bukan sistem BN - Dr M

Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan.

Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti.

Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Apa yang dikata Mat Sabu adalah tepat dan benar

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

DAP jangan 'besar kepala seperti Umno'

DAP telah ditegur kerana meminta kerusi tambahan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat - PKR - untuk membolehkan calonnya dari kalangan orang Melayu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata pemimpin Melayu DAP yang membuat permintaan itu baru-baru ini, tidak bijak berbuat demikian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka tidak lama lagi.

Lesen di monopoli kroni BN punca inflasi

Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN.

"Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau.

Badrul: SPRM soal siasat pengurus hingga 3 pagi berkenaan cincin Rosmah

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menemubual seseorang, A, Krishnan, yang namanya telah muncul di paparan gambar pangkalan data Kastam yang menunjukkan pembelian cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa sebagai dibeli oleh Wanita Pertama itu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas mengapa SPRM menemubual Pengurus Operasi itu, sama ada untuk mengetahui siapa yang membongkar cerita urus niaga atau untuk menyiasat jika cincin itu memang telah dipesan oleh Rosmah dan mengapa cukai tidak dikenakan ke atasnya.

"Saya mendapat tahu dari sumber-sumber saya bahawa berikutan laporan saya, pegawai-pegawai SPRM pergi ke KLIA untuk menyiasat perkara itu. Mereka telah menahan A Krishnan selama berjam-jam sebelum melepaskan beliau pada pukul 3 pagi" kata Badrul dalam blognya (skrol ke bawah)

FBI ada hubungan dengan Taib?

NGO barat meningkatkan tekanan ke atas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat supaya memutuskan hubungan mereka dengan pemilik bangunan yang disewanya, Wallyson Inc kerana dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

NGO berpangkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) dan Projek Borneo yang berpangkalan di San Francisco telah menulis kepada Pengarah FBI Robert Mueller bagi membatalkan kontrak sewa FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle, yang menempatkan ibu pejabat FBI bahagian Seattle yang dimiliki oleh Wallyson.

Surat itu juga meminta biro berkenaan untuk menentukan sama ada pelaburan keluarga Taib di Amerika Syarikat adalah selaras dengan undang-undang anti-pengubahan wang haram di negara tersebut, kata BMF dalam satu kenyataan pada hari Khamis lalu.

Dr Tony Tam Kem Yam Presiden Baharu Singapura

Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik ini, memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awalpagi Ahad selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undiyang sah.

Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus. Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Sumbangan Ramadhan dan Majlis berbuka puasa bersama Anak yatim di Surau Al-Usrah

Sumbangan kepada anak-anak yatim sempena kedatangan syawal tidak berapa lama lagi di Surau Al-Usrah Kubang Ulu, Penanti.

'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang wujud satu gerakan dalam Umno mahu PM Najib berundur sebagai PM.Kalau dulu semasa era Pak Lah Badawi sebagai PM ada gerakan mahu Pak Lah berundur sebagai PM yang diketuai bekas PM Tun Mahathir , pada ketika ini wujud gerakan yang sama dalam kepimpinan Umno mahu Najib berundur sebelum pru 13 menyusul.

Jika di Libya , Muaammar Gaddafi Presiden Libya dihambat keluar daripada pegang jawatan Presiden Libya oleh pihak pemberontak yang dibantu askar Nato keadaan yang sama kini wujud dalam Umno satu pakatan yang boleh lah dikatakan 'Pakatan Nato Umno' yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM.

Kritikan demi kritikan yang tajam menikam oleh pemimpin Umno termasuk barisan kabinet Najib sendiri , begitu juga dengan golongan agama yang pro Umno dan kerajaan menambahkan berat kilo agar Najib berundur sebagai PM.Bekas PM Tun Madey yang mahukan Najib jadi PM gantikan Pak Lah dulu , kini tidak lagi bersuara menyokong kepimpinan Najib.

Ulama tak perlu berpolitik - Ahli Majlis Tertinggi Umno

SHAH ALAM - Umno tidak perlu menubuhkan sebuah majlis khas untuk meletakkan ulama, kerana prinsip Umno terbuka dan tidak mempunyai kasta bagi melabelkan seseorang individu.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Idris Haron berkata, ulama di dalam parti sama seperti ahli parti lain.

“Jika berdaftar sebagai ahli Umno, mereka sama seperti ahli Umno lain, bezanya cuma mereka mempunyai kepakaran di dalam ilmu agama.

Hanya doa senjata akhir hadapi BN - Nik Aziz

PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.Pautan

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

DAP mahu enam kerusi PKR Pulau Pinang?

Adakah pemimpin DAP Pulau Pinang tamak...?

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Harussani pertahan kenyataannya: Kerajaan BN rasuah tidak amanah

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah.

“Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam negara,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Bercakap dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini, Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada mengingatkan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.

DNA 'Lelaki Y' Bukan Anwar

Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.

Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.

Fuziah bidas TV3

Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Che Rosli Che Mat yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (gambar), yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar meminggal Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang disiarkan pada malam kelmarin.

DAP akan letak calon Melayu

Bagaimanapun calon dan kerusi yang ditanding hanya akan diputuskan selepas rundingan pembahagian kerusi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa parti itu akan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.

“Kita pasti mempunyai calon Melayu untuk pilihan raya umum,” kata Lim ketika ditemui di dalam majlis iftar DAP yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Walau bagaimanapun, jumlah calon Melayu tidak didedahkan.

Air mani Saiful dalam dubur sendiri?

Bagaimana air mani Saiful sendiri boleh berada di duburnya...???

Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.

Khamis, 25 Ogos 2011

Adakala..

Entah kenapa jemari ini bagai merintih. Merintih dalam lautan.
Lautan yang tidak berpenghujung bukan??? Maka terhasillah...

Terbongkarnya usaha jahat ‘membunuh’ kerjaya politik Anwar

Selepas usaha pakatan rahsia Anwar-Najib pada tahun 1998 tidak kesampaian kerana Anwar Pautanterlebih dahulu dihumbang ke penjara gara-gara tuduhan liwat yang dihadapinya, Najib bersendirian dan membiarkan sekutu pakatan rahsianya itu di penjara.

Rahsia pakatan Anwar-Najib ini telah dibongkarkan oleh bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Malott (gambar) baru-baru ini. Bermula dari situlah, kerjaya politik Anwar cuba ‘dibunuh’ dengan konspirasi tertinggi dari pihak atasan.

SPR akui pengunaan dakwat kekal lebih baik dari biometrik

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi

Bakal pramugari Garuda diarah tanggal pakaian dan diraba?

JAKARTA 25 OGOS : Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara, lapor Bernama.

Janda melayu minta bantuan gereja kerana ‘desakan hidup’

Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Perogol bersiri diburu...

Memerhatikan dan mengacukan pisau ke leher serta kemudiannya mengikat mangsa sebelum dirogol dengan rakus menjadi modus operandi seorang lelaki berusia 20-an menodai gadis-gadis sunti di beberapa daerah di negeri ini.

Sehubungan itu, pihak polis kini sedang giat memburu lelaki berkenaan yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan 19 kes rogol membabitkan daerah Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlam Lazim berkata, perogol bersiri itu dikatakan menjadikan pelajar dan pekerja wanita yang tinggal di asrama sebagai sasarannya.

Islam bukan milik orang Melayu saja - Huda Chew

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.

Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.

“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

Kalau Majlis Fatwa pun Umno tak endah, lu fikirlah sendiri

Seperti program Debat Ilmiah yang lalu, debat bertajuk “Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti ?” juga telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat.

Dianggarkan 500 orang telah menyaksikan debat yang membariskan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Fathul Bari Mat Jahaya, Ulama Muda Umno. Program anjuran Karangkraf diadakan pada Rabu 24 Ogos di Auditorium kompleks Kumpulan Media karangkraf Shah Alam. Moderatornya ialah Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Syabas dan tahniah pada penganjur, Moderator yang profesional dan adil serta Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu tenang, mantap dan bersahaja dalam penyampaiannya. Audiens dapat merasakan keikhlasan dari setiap pandangan serta jawapan beliau!

Remaja dicekup ketika lepas rindu

‘Dia baru balik dari Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), kami dah lama tak jumpa, mungkin kami berpeluk sebab rindu ustaz’, demikian pengakuan dua remaja yang dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp).

Ketika ditahan pada jam 3.20 pagi itu, kedua-duanya duduk di tepi pantai yang agak gelap dan jauh daripada pandangan orang awam.

Namun lokasi mereka berjaya dijejaki penguat kuasa Jaipp apabila dalam keadaan gelap kelihatan sebuah motosikal dan dua helmet, tetapi yang menjadi tanda tanya apabila penguat kuasa tidak dapat melihat sesiapapun di lokasi berkenaan.

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor Peluk Islam

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.

Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.

Ada lagi artis melayu popular belai anjing

Lepas sorang..sorang ‘orang kita’ tergila-gila nak ‘dakap’ anjing. Tak sangka dah sampai tahap ini dah masyarakat negara ini apabila yang salah tidak lagi dianggap salah. Di mana perginya nilai keislaman yang dimiliki masyarakat kita selama ini. Bukan saja bela tapi sewenang-wenangnya pula dibelai, diusap dan dipegang tanpa lagi rasa segan dengan sengaja tanpa ada tujuan perubatan dan sebagainya.

Baru-baru ini, heboh diperkatakan seorang artis senior popular begitu mesra bermain dengan anak anjing. Dilaporkan gambar artis yang beragama Islam yang memegang anak anjing itu tersebar meluas di beberapa laman gosip dan blogger.

Khalid Samad akan saman Papa Gomo

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sehubungan itu Khalid (gambar) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan “perjuangan.”

“... bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

Rabu, 24 Ogos 2011

Melayu berpecah disebabkan Najib lemah - Harussani

Tan Sri Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.

Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.

Waran tangkap akan dikeluarkan kepada Najib, Rosmah jika gagal hadir ke mahkamah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.

Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.

Siapa yang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tak sampai sebulan yang lalu, Lim Guan Eng dituduh rasis kerana menyebut tentang cita-cita UMNO yang mahu merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional berjaya merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat.

Guan Eng telah dikecam hebat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai agenda jahat untuk memecahbelahkan perpaduan BN di negeri itu.

Malah, Teng yang merupakan orang kuat Gerakan di Pulau Pinang menegaskan bahawa: “’BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN, selain UMNO. Malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat.”

‘Saya tak perlu mohon maaf’ - Chegu Bard

"Saya tidak perlu memohon maaf tetapi sebaliknya Rosmah Mansor perlu beri penjelasan" - Chegu Bard

Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan isu cincin bernilai RM24.45 juta.

Ini berikutan permohonan maaf oleh akhbar Indonesia, Kompas baru-baru ini yang memetik laporan media cetak dan elektronik di negara ini yang mempersoalkan bagaimana dan di mana Rosmah mendapat cincin semahal itu.

Najib pinggir Melayu lantik 3 senator dari MIC

Laporan The Malaysian Insider (TMI) kelmarin menyebut kerajaan Najib telah melantik tiga lagi sebagai anggota Dewan Negara bergelar senator.

Ketiga-tiga senator itu ialah pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, V Subramaniam, yang diterima semula oleh Datuk G Palanivel selepas dipecat oleh kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu tahun lalu.

Selain Subramaniam, ketua Wanita MIC Selangor, S Bagiam dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai turut dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Saya pernah halang Mahathir ‘pecat dan jangan tuduh Anwar liwat’ - Harussani

Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun jelas Mufti Perak (gambar) ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas

MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.
Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Selasa, 23 Ogos 2011

Ambil pedoman kejatuhan Gaddafi

Parti pemerintah dinasihatkan supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi agar peristiwa serupa tidak berlaku di negara ini.Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (gambar) berkata, fenomena yang melanda negara Timur Tengah itu sepatutnya membuka mata pemerintah bahawa rakyat kini menuntut sistem demokrasi dalam pentabdiran sebuah negara.

Sehubungan itu, beliau memberitahu parti pemerintah haruslah bersedia mengadakan pilihan raya dan membiarkan rakyat menentukan pemimpin yang mereka inginkan untuk mentadbir negara.

“Pemerintah tidak boleh mengukuhkan undang-undang sendiri kerana rakyat sudah menentukan keinginan mereka… malah kekuatan tentera dan polis juga tidak dapat menghalang kehendak rakyat,” katanya ketika dihubungi.