Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan

“Ya Allah , jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.

Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Najib bakal bersara jadi PM?

Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi.

Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000.

MCA berfahaman sempit

Tindakan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim dianggap sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

Perutusan Ramadhan AMK Permatang Pauh

Perutusan Ramadhan AMK Permatang Pauh
31 Julai 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Segala puji milik ALLAH, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam diucapkan buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Baginda insan agung yang terlalu berjasa buat kita, dengan jasanya dinikmati iman dan Islam.

Ribut luar biasa sambut Najib ke PD

Semalam majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) telah disempurnakan oleh Rosmah dan najib Tun Razak telah mendapat kejutan luar biasa.

Tidak pernah Port Dickson dilanda ribut sedemikan rupa tetapi semalam ribut teruk melanda Port Dickson. Pokok-pokok tumbang, kenderaan banyak yang rosak terutamanya dikawasan letak kereta di PUSASDA. Menurut saksi yang ada ditempat kejadian khemah di tapak program juga musnah berterbangan.

Bebas tahanan EO bukti pilihanraya makin dekat?

Kerajaan disaran supaya tidak sewenang-wenangnya mengenakan tuduhan yang tidak berasas terhadap rakyat negara ini, sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak mereka.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid dalam Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang, Penanti, petang semalam.

Mengulas mengenai pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan baru-baru ini setelah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu, beliau berkata, pembebasan mereka adalah kemenangan rakyat yang berjuang selama ini bagi menuntut keadilan dalam negara.

UMNO lebih bahaya dari Wahabi

Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu’, bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.

Mamak Ghani di kecam kerana coli dan seluar dalam

Mana-mana protes di penang kalau kita tak nampak muka Ghani memang tak sah... bagi Ghani semua yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang adalah salah dan menzalimi orang melayu...

Bermacam-macam hadiah yang diberi kepada ketua negeri P.Pinang sebagai simbolik tanda protes beliau kepada pentakbiran negeri P.Pinang, Akhirnya memakan dirinya sendiri... Beliau kini dikecam bebagai pihak... kerana tindakan bodohnya itu. (baca disini, sini dan dibawah ini)

Sabtu, 30 Julai 2011

17 Orang Botakkan Kepala Untuk Tuntut Keadilan

Seramai 17 orang di Pulau Pinang hari ini secara suka-rela mencukur rambut dan janggut mereka sebangai membantah penggunaan undang-undang kuku besi Ordinan Darurat (EO) yang membolehkan tahanan tanpa perbicaraan.

Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.

Kerajaan baru nak kaji kenaikan harga barang!!!

Dah berapa lama rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barang keperluan, baru hari ini Muhyiddin Yassin kata nak mengkaji langkah untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat... Mungkin selama ini Muhyiddin Yassin rasakan rakyat tak terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan akibat peningkatan harga petrol dan elektrik?

Muhyiddin: Kerajaan kaji kaedah atasi kenaikan harga barang

PAGOH, 30 Julai: Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Air Asia pindah ibupejabat ke Indonesia

Perpindahan ibu pejabat korporat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kuala Lumpur ke Jakarta baru-baru ini menggamit pelbagai tanda tanya di kalangan pemerhati ekonomi.

Sesawang Asia Sentinel melaporkan, perpindahan tersebut dikatakan menjadi satu tamparan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika ini giat memperkatakan soal tranformasi ekonomi negara yang didakwanya kian berjaya.

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama?

PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.

Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.

Rosmah perlu jawab dulu pembelian cincin RM24.45 juta

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta, sebelum menafikan ia sebagai fitnah.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Rosmah tidak memberikan jawapan berhubung maklumat diperoleh pada sistem Kastam di Raja Malaysia (KDRM), malah penafiannya hanya mengundang spekulasi.

“Saya tidak tuduh, Rosmah kena tampil kerana nama kamu ada tertera dalam skrin sistem Kastam. Bukan menepis dengan mengatakan itu semua fitnah,” kata Badrul atau popular dengan Chegu Bard.

Perhimpunan Agung Umno lebih awal

Perhimpunan Agung Umno ke-62 akan diadakan lebih awal, walaupun masa penangguhan belum genap 18 bulan sebagaimana yang diumumkan Disember tahun lepas, kata Presiden Umno.
Ia akan diadakan mulai 29 Nov hingga 3 Dis depan, kata DS Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Datuk Onn.

Najib, tidak menghuraikan sebab musabab walaupun digamit pelbagai tanda tanya di kalangan wartawan.

Difahamkan, langkah itu telah dibuat dengan mengambil kira penentuan tarikh pilihan raya umum ke-13. Mungkin pengumuman itu berjaya mengelirukan ramai mengenai ramalan tarikh pru13

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Jumaat, 29 Julai 2011

SPR Setuju Tetapkan Tempoh Berkempen Lebih Panjang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke 13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama.

Cubaan polis membunuh di KL Sentral, KEADILAN kemuka video

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Ghani bawak coli dan seluar dalam nak kasi KM?

Hari ini Mamak yang paling popular dalam Penang bawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Puncanya ialah kerana kerajaan negeri dikatakan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar..

GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Cincin RM24j : SAMM Tolak Penafian

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

MCA marah DAP utamakan Melayu

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil, kata Pengerusi Pergerakan Wanita MCA negeri - Tan Cheng Liang

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pautan

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

Enam pemimpin PSM ditahan bawah Ordinan Darurat bebas

Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini.

Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini.

“Ya, maklumat yang saya terima menunjukkan mereka sudah dibebaskan,” kata peguam itu.

Norman, Memey bebas tuduhan khalwat

Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey, dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur daripada pertuduhan khalwat hari ini.

Mereka ditangkap khalwat tiga tahun lalu.

Keputusan itu yang dibuat oleh Hakim Syarie Salehan Yatim turut dikongsi pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.

“Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan syukur kepada Allah kerana perkara ini berlaku terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu.

Rosmah enggan layan dakwaan pembelian cincin bernilai RM24 juta

Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. “Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah…. apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

Najib Kata: Cina dan India 'jangan buta sejarah dan tak kenang budi'

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat terutama Cina dan India mengenang jasa Barisan Nasional yang didakwanya bersikap terbuka sehingga tertubuhnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri turut menasihati mereka supaya "jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi" dengan apa yang dinikmati, dibawa oleh kerajaan pusat yang diteraju Umno sejak merdeka.

"Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini.

ADUN Penaga elok kosongkan premis jangan berdolakdalik

Datuk Azhar Ibrahim hendaklah mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak berdolak dalik lagi kecuali mengosongkan bangunan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, yang merupakan premis dbina atas tanah kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Johari Kassim (gambar) berkata, Adun Penaga itu jelas menyalahgunakan kedudukannya dengan terus menguna bangunan berkenaan yang dibina di atas tanah kerajaan negeri, meskipun beliau bukan lagi mewakili kerajaan yang memerintah.

Malaysia jadi tumpuan pengeluar arak dunia!


MENYEDARI kehebatan Malaysia yang menduduki tangga ke sepuluh peminum arak paling banyak di dunia, rujuk sini [Peminum arak], nampaknya pengeluar arak dunia mula beralih tumpuan untuk mengaut keuntungan di negara ini.

Khamis, 28 Julai 2011

Dulu FLOM..kini DSR?

Selepas laman web Pejabat Wanita Pertama Malaysia atau F.L.O.M ditutup pada 27 Januari lalu, ia digantikan pula dengan laman web baru yang dinamakan DSR atau ‘Datin Seri Rosmah’.

Halaman khusus dalam laman web Jabatan Perdana Menteri itu boleh dilayari melalui alamat di http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/

SPR ada kuasa laksana tuntutan Bersih

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws),” kata Aziz.

Rosmah minta peruntukan lebih untuk Permata

Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan, Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu di luar bandar untuk ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Muhyiddin jumpa 100 MP, tanda Najib bakal disingkir

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.

Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.

Siapa yang dapat keuntungan di sebalik kaedah biometrik?

Macam biasa la, kalau ada projek baru, dah tentu poket kroni penuh. Itu perkara biasa yang sinonim dengan pemerintahan sekarang. Lihat aje dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), banyak keuntungan yang boleh dikaut melalui program berkenaan. Seragam peserta, tender membekal makanan peserta, projek membina tempat latihan dan sebagainya, semuanya ada masyuk maa..

Sekarang pasal penggunaan kaedah biometrik dalam pilihanraya konon bagi mengelak mengundi dua kali bagi seorang pemilih. Walaupun belum pasti akan keberkesanannya dan dapat belum tentu dapat menyelesaikan masalah pertindihan mengundi, tapi suruhanjaya pilihanraya (SPR) terlalu ‘excited’ untuk menggunakannya.

Selepas Wardina Safiyyah kini Ustaz Zamri diambil tindakan oleh TV9

Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

Nik Aziz harap Malaysia menang

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

Muhyiddin janji semua MP BN dapat RM100,000 duit rakyat menjelang Aidilfitri

Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Pemuda Umno Akur Tuntutan Bersih 2.0 Relevan

Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu terus memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak yang sebelum ini seolah-olah tidak mengakui tuntutan gabungan NGO itu, kini bersedia menimbang dan memperhalusinyPautana.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid mengakui penambahbaikan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil.

Beliau turut bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pihak Bersih dalam dialog umum dan terbuka serta diskusi melibatkan pihak lain dalam menuju ke arah matlamat itu.

Rabu, 27 Julai 2011

Video Bersih 2.0 versi polis tak laku

Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

'Malang' Sungguh Nasib 40 Ulama Muda Umno.

Tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan 40 ulama muda Umno dengan fahaman Wahabi dan terorisme kelmarin disifatkan sebagai habis madu sepah dibuang, walaupun sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, antara tindakan itu ialah apabila kumpulan ulama terbabit menyerang PAS berhubung isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor serta menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

"Tidak semena-mena, setelah Ulama' Muda Umno mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas," ujarnya.

Wanita Islam dilarang jadi GRO

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar itu pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di Kuantan hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral, 10 ditangkap

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Adun Penaga tuduh kerajaan Pulau Pinang 'rakus'?

Motif Datuk Azhar Ibrahim menuduh kerajaan Pulau Pinang bertindak rakus wajar dipersoal walaupun arahan pengosongan Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga yang dikuasainya telahpun diputuskan oleh Mahkamah sendiri.

Tuduhan liar itu disuarakan selepas Hakim Datuk Rohana Yusof pada Selasa lepas menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara yang mengeluarkan arahan mengosongkan premis Pusat Komuniti Adun Penaga terbabit.

"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang PAS yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

Najib harus diundurkan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaann yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Nik Aziz sokong PAS tolak biometrik

Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH."

"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebuah akhbar harian semalam membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik".

PAS tetap tolak biometrik

PAS berpendirian bahawa Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) wajar menggunakan dakwat kekal berbanding sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berpendirian bahawa penggunaan sistem biometrik bukan penyelesaian terbaik mengatasi isu pengundi hantu.

“PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya semalam.

Rakyat sudah tidak percaya pada SPR - Saifuddin

Lapan tun-tutan Bersih 2.0 tidak timbul jika semua semua pihak di negara ini mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.

Kes Ketuk ketampi bogel 2005: Kerajaan bayar pampasan pada mangsa

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

Mangsa, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari dalam saman pemulanya ke atas kerajaan Barisan Nasional, menuntut RM10 juta sambil menyifatkan polis yang terbabit 'adalah tidak adil' kerana menyebarkan rakaman terlampau secara terbuka sehingga mengaibkannya.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan hari ini mengarahkan mereka yang terbabit termasuk kerajaan Barisan Nasional BN membayar sejumlah pampasan yang enggan didedah pada pengetahuan umum.

Selasa, 26 Julai 2011

Padan Muka Wan Ahmad Kena "BOO"

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar (gambar) hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereevasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.

Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.

MPSP dulu hampir bankrap tapi sekarang terbaik

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh diibaratkan sebagai 'mayat' kerana terpaksa ditampung selalu oleh kerajaan negeri bagi membantu 'hayat'nya.

Ia boleh dianggap hampir bangkrap. Pernah MPSP kehilangan wang sebanyak 230 juta tanpa dikesan.

Namun, kini dengan dipimpin oleh seorang wanita, Puan Maimunah Shariff, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh kerajaan tempatan ini sehingga menjadi kebanggaan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Sudah 54 tahun merdeka tapi kita masih dikongkong - Prof Datuk Dr Shamsul

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.

Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

Wakil SPR Kena ‘Boo’

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau juga kena ‘boo’ beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.