Pengikut

Khamis, 30 Jun 2011

SPR dakwa Pakatan sudah risau kebangkitan BN

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Oleh itu kata beliau, parti-parti komponen berkenaan akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Di separuh pertama tempoh pascapilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan bersiri di beberapa pilihan raya kecil, tetapi kedudukan itu digantikan oleh kemenangan di pihak BN sejak pertengahan 2009.

Tanah KTMB Akhirnya Jadi Milik Singapura?

Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak
boleh dipertahan,” katanya kepada Keadilandaily.

Wang Zakat: PR Mahu Parlimen Bertindak Terhadap Mashitah

Pakatan Rakyat mahu Parlimen menyiasat Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana didakwa memberi kenyataan mengelirukan bersabit isu penggunaan wang zakat secara haram oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata Mashitah harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana memberi kenyataan bercanggah di Parlimen mengenai isu wang zakat itu.

Mashitah mendakwa wang zakat diguna untuk membayar yuran guaman bagi kes membabitkan pertuduhan Qazaf yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rabu, 29 Jun 2011

Pilihan Raya Umum Tahun Ini, Satu Kemungkinan?

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membayangkan kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal sekalipun Perdana Menteri tidak secara khusus memberi isyarat demikian semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Saya rasa jangkaan rakyat (untuk pilihan raya awal) adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian ketika diminta mengulas mesej Datuk Seri Najib Tun Razak kepada para pemimpin BN negeri.

Menteri, polis jangan atasi parlimen

Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Polis Akan Tahan Sesiapa Sahaja Terlibat Dengan BERSIH

Polis akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini.

Beliau berkata antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.

Risalah palsu strategi baru halang Bersih

Risalah palsu berwarna kuning yang dilekatkan pada kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini merupakan strategi baru untuk menghalang Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mengedar risalah palsu itu adalah tindakan jahat, dengan tujuan melakukan provokasi.

Menurutnya, kenyataan risalah tersebut memfitnah Bersih dengan meletakkan slogan “Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang” dan “Buktikan Kita Mampu Seperti Libya”.

Umno perkuda polis halang ceramah BERSIH di P. Pinang

Polis Pulau Pinang memberi amaran mengenai tindakan keras yang akan diambil terhadap pihak yang menyertai dua perhimpunan haram yang dijadual berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong dan Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 8 malam esok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua perhimpunan yang akan diadakan esok mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

"Polis mendapat perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret iaitu (mengikut) Seksyen 98, Kanun Prosedur Jenayah, notis pemberitahuan mengenai larangan (mengadakan perhimpunan haram itu) yang diserahkan kepada pihak penganjur dan ditampal di kedua-dua lokasi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bersih 2.0: Tindakan polis tahan aktivis prakejatuhan Umno-BN

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini, adalah prakejatuhan Umno-BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.

Tiada Sebab Pertubuhan Silat Mesti Musuhi Peserta Bersih

Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya,” demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.

400 peguam sedia bantu peserta BERSIH jika di tangkap

Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Pautanjika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

“Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih,” kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

Hishammuddin: Baju Bersih 2.0 haram?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih, 9 Julai.

Justeru, beliau mempertahankan tangkapan polis ke atas rakyat yang memakai baju Bersih 2.0.

“Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

‘Ambil tindakan terhadap Omar Din’

Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

“Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita,” tambah Nurul

Hmmm... tak payah nak dihairankanlah kenyataan Omar Din tu.. kan anak dia Megat Zulkarnain Dato' Megat Omardin tu Ketua Pemuda UMNO Gombak juga EXCO Pemuda UMNO... sikit sebanyak terpaksalah juga dia bercakap bagi membolehkan UMNO terus berkuasa..

UMNO diresapi komunis?

Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam “Komunis resapi Bersih” dengan dakyah ciptaannya: “Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan”.

“Pada tahap membimbangkan” kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.

Isytihar darurat untuk halang Himpinan Bersih 2.0

PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata PKR Selangor menjangkakan demikian memandangkan tindakan yang ditunjukkan pihak berkuasa kini "ke arah itu."

"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu.

PKR tuntut penjelasan Hishammuddin

PKR menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden UMNO, berhubung tindakan sekumpulan 200 ahli Pemuda parti itu berdemonstrasi di pekarangan ibu pejabat PKR di Tropicana Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, malam semalam.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, apa membuatkan pihaknya tidak berpuas hati ialah terdapat sebuah balai polis hanya kira-kira 40 meter dari pejabat PKR.

“Namun saya tidak melihat sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berkenaan.

Kerajaan BN habiskan RM750j wang rakyat untuk PLKN

Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.

Bersih 2.0 bukan untuk Anwar ke Putrajaya

Tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong parti pembangkang sudah bermula apabila Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar bersama 30 orang lagi dari Parti Sosialis Malaysia sudah ditahan manakala ramai lagi orang yang dilihat sebagai penyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga ditahan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran yang pihak berkuasa tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara jika terlibat dengan Bersih 2.0 walau pun buat sementara pihak berkuasa akan menggunakan akta dan undang-undang lain untuk memastikan perhimpunan ini tidak berlaku.

Bengapnya Raja Katak Ini!!!

BETAPA bengapnya raja katak Berahim Ali yang mendakwa Perhimpunan Bersih adalah untuk menyelamatkan Anwar. Kalau sudah tidak ada hujah dan fakta, patutnya raja katak ini duduk diam-diam jangan buat kenyataan yang meloyakan seperti itu.

Apa lojiknya satu perhimpunan untuk berarak ke Istana Negara menyampaikan memorandum berkaitan sistem pilihanraya dengan menyelamatkan Anwar? Seandainya rakyat dikerah untuk berhimpun setiap kali Anwar dibawa ke mahkamah, mungkin ada lojiknya tuduhan raja katak tersebut.

Majlis Peguam atau Ibrahim Ali, siapa 'bastard'?

Sedapnya mulut Ibrahim Ali sebut orang lain `Bastard' (anak haram). Dia tuduh Majlis Peguam `double standard', kita pun boleh kata dia `double standard' jugak pasal dia menang kerusi dipinjamkan oleh PAS, tetapi hentam PAS macam nak gila. (baca di sini)

Majlis Peguam rata-ratanya cerdik, bukan macam Ibrahim Ali raja katak yang kerjanya mengampu siang malam. Jadi, diantara Majlis Peguam dan Ibrahim Ali siapakah sebenar`Bastard'?.

Selasa, 28 Jun 2011

Klip terbaru Datuk T Serang Datuk Johari pulak..

Hairan kenapa klip video kali ini boleh dihasilkan dalam warna? sedangkan klip video sebelum ini yang menungjuk si pelakunya seiras Datuk Seri Anwar dalam bentuk hitam putih! Anda tidak merasa curiga dengan dua rakaman yang dibuat oleh trio Datuk T ini? Bagi saya rakaman ini salah satu untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar dimata rakyat Malaysia.-DP

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Satu klip video baru muncul di Internet hari ini — menyerang kredibiliti Datuk Johari Abdul — dengan mendakwa wakil rakyat itu meminta “ganjaran” RM1 juta daripada trio Datuk T, beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan si pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.

Arahan pemimpin tertinggi Umno punca tindakan polis

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berhubung kenyataannya mengenai Perhimpunan Bersih 2.0.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, pimpinan KEADILAN dan peguam dari lawyers For Liberty (LFL), tiba di IPD berkenaan untuk dirakam percakapannya pada jam 5 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas keterangannya diambil, Anwar berkata arahan pimpinan atasan Umno punca polis tidak berlaku profesional dengan menekan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung penganjuran perhimpunan 9 Julai ini.

Dua Naib Presiden KEADILAN antara disiasat polis?

Beberapa hari menjelang Perhimpunan Bersih 2.0, Polis meneruskan tekanan dengan memanggil pimpinan KEADILAN untuk disoal siasat atas dakwaan menghasut dan menyokong perhimpunan itu.

Dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran hari ini di panggil memberi keterangan, selain Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan peguam hak asasi, Fadiah Nadwa Fikri.

Mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Najib: kerajaan tetap akan laksanakan cukai GST

Satu lagi Project Kerajaan Barisan Nasional untuk bebankan Rakyat...

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

“Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan,” kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Jangan sampai rakyat benci sikap polis

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

Ramai lagi pemimpin BERSIH akan ditangkap sebelum 9 Julai

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan lebih ramai pemimpin BERSIH 2.0 akan ditangkap sebelum perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau undang-undang lain bagi menahan pemimpin BERSIH bagi melindung kedudukan dan kepentingan Umno-BN.

RM160,000 sebulan bayar Bil elektrik PM, TPM?

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Pemuda Umno Kepung Pejabat PKR

Sekumpulan pemuda yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Lokman Noor Adam berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 300 pemuda yang berpakaian merah berlambang "Patriot" ini berhimpun di hadapan bangunan yang terletak Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11.20 malam tadi lengkap dengan bendera UMNO dan melaung slogan mengutuk PKR dan mendakwa PKR sebagai dalang di belakang himpunan Bersih 2.0 itu.

Ingat! Kita semua akan dihisab di Akhirat nanti.

Polis suatu kerja mulia. Menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Jika berlaku kecurian, pembunuhan dan pergaduhan, polislah tempat rujukan utama rakyat.

Di Malaysia, polis berada dalam dua alam. Pertamanya, di alam kepolisan sejati. Rakyat pandang mulia polis yang berada di alam ini. Mencegah jenayah dan bertindak betul, cepat dan amanah.

Satu lagi alam polis ialah alam kepolitikan. Alam inilah menimbulkan kebencian rakyat. Bersikap "double standard" apabila bertindak. Lebih mengikut telunjuk orang politik. Banyak kes dan isu boleh dijadikan bukti.

Kerajaan Pemerintah Takut Kuasa Rakyat

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap tuduhan dan provokasi terhadap penyokong dan mereka yang memakai baju Bersih sebagai tidak masuk akal dan menunjukkan betapa Kerajaan takut dengan gerakan rakyat ini.

"Kami nampak intimidasi Polis terhadap penyokong Bersih sebagai tak masuk akal. Ingat, apa yang berlaku kepada penyokong berseih, berlaku kepada rakyat Malaysia. Sesiapa pun boleh kena kerana ini. Kenapa tak boleh berjumpa kami dan berbincang macam mana nak buat ketiga-tiga himpunan ini berlangsung dengan baik.

Datuk Ambiga Sreevenasan disiasat selama kira-kira dua jam, bermula jam 2 petang semalam, berhubung perhimpunan yang akan dijalankan pada 9 Julai depan.

Alasan Polis Dakwa Aktivis PSM Sama Dengan Ops Lalang 1987

Alasan mengaitkan 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan usaha menghidupkan fahaman komunis mengingatkan masyarakat kepada Ops Lalang pada tahun 1987, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, kerajaan yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada ketika itu cuba memerangkap kepimpinan pembangkang dengan tuduhan yang sama.

Walhal jelas beliau, situasi tegang yang wujud pada waktu itu dipercayai berpunca daripada isu perkauman yang timbulkan oleh Umno sendiri membabitkan Datuk Seri Najib Razak selaku Ketua Pemuda dan Tan Sri Lee Kim Sai dari MCA.

Semua dah "kena", kecuali PAS

Menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, UMNO dan Polis semakin "galak" cipta suasana tegang untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Antaranya :

1) Arah barua-barua mereka buat laporan polis di seluruh negara. Mereka kerahkan NGO pro Umno seperti pertubuhan belia untuk membuar laopran polis membantah perhimpunan.

Anwar Ibrahim pula diarah ke Balai Polis esok!

Maklumat yang baru sahaja diterima, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields. Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan Perhimpunan Bersih. Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok, 28hb Jun 2011, Hari Selasa Jam 5.00 petang.

Panggil lah berapa ramai orang yang Polis nak panggil, siasatlah berapa ramai Polis nak siasat. Tangkaplah berapa ramai pun Polis nak tangkap. Kami tahu Polis sekadar menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketua mereka yang menjadi alat gerombolan penyebar video lucah, United Malays No Otak.

Isnin, 27 Jun 2011

RM49 juta biayai kediaman Najib?

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Kita perlu mempersuci demokrasi, bukan keruhkannya

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik.

Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung Perhimpunan Bersih, 9 Julai.

Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Belanja lawatan Najib, Rosmah RM17 juta

Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri ROsmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Apa ada dengan UMNO, BN?

Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amal konsep itu.

Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi.

Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP.

Tubuh boleh dipenjara - pemikiran tetap bebas

Saya sudah kurang keyakinan yang UMNO akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang UMNO mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai. UMNO hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishamudin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.

Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.

Siapa Perlu Tonjolkan Diri Sebagai Anak Jantan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

Dihalau keluar masjid pakai baju Bersih

Harakahdaily hari ini melaporkan kejadian salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas menghalau seorang pemuda yang ingin menunaikan solat, semata-mata kerana memakai baju T Bersih.

Laporan itu memetik Blog Pemuda Pas Sepanggar yang melaporkan kejadian itu turut dilihat seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid itu.

(gambar kejadian berkenaan)

SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini.

Malah katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.

Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak.

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan"

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.

Umno Kedah gugur Yusmawati, Jasmi ditangkap khalwat

Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

“Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Bersih uji imej Najib dan sokongan untuk pembangkang

Perhimpunan besar-besaran Bersih pertama pada 2007 telah menjejaskan dengan teruk imej kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Liputan media dalam dan luar negara yang meluas telah meletakkan kerajaan pada masa itu dalam keadaan defensif, terutama dengan munculnya rakaman-rakaman tindakan keras pihak berkuasa terhadap peserta demonstrasi.

Media antarabangsa dari Australia ke Amerika Syarikat membuat liputan yang memalukan kepada kerajaan Abdullah.

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:

Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Najib, saya tahu apa kamu buat di PD

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

BERSIHkan Malaysia : Buat Anak Muda!

Tinggal 2 minggu sahaja lagi perhimpunan raksasa yang bakal dihadiri oleh ratusan ribu rakyat bakal berlangsung. 2007, kita berjaya mengumpulkan kira – kira 100,000 rakyat. Apakah tahun 2011 kita berjaya?

Ya, dengan izin Allah kita pasti berjaya. Anak – anak muda harus bangun dan bangkit menyuarakan perasaan marah kita dan benci kita kepada penipuan yang dilakukan oleh BN dan kuncu – kuncunya. Apa guna usia muda kalau kita tidak pedulikan masa depan Negara kita. Apa guna tenaga masih gagah tidak digunakan untuk Negara. Apa guna masa muda jika tidak terlibat dalam lipatan sejarah Malaysia. Apa guna usia muda anda semua?

Bersih 2.0: Tentera mungkin dikerah

Inilah kesempatan untuk menangkap kesemua Pemimpin perbangkang tanpa bicara seperti yang dilakukan dalam ops lalang...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang.

Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai.

Ahad, 26 Jun 2011

Anwar berkemeja kuning sokong Bersih 2.0

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.

Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning.