Pengikut

Isnin, 28 Februari 2011

Tambah masjid atau tambah jemaah

Di sebuah masjid, seorang lelaki miskin bertanya kepada lelaki kaya mengenai isterinya. Lelaki miskin itu bertanya mengapa beliau hanya memiliki seorang isteri sedangkan beliau mempunyai banyak wang dan beliau juga mampu untuk berkahwin sehingga 4 orang isteri.

Lelaki kaya ini kemudiannya senyum dan menjawab. Bukanlah persoalan kuantiti berapa orang isteri yang harus menjadi persoalan sebenarnya. Sebaliknya dengan memiliki seorang isteri ini adakah kita mampu menjawab semua persoalan yang bakal ditanya di hadapan Allah kelak.

Sekali Lagi Rosmah Membazir

Gambar sekadar hiasan...

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi semalam. - Malaysiakini

Membazir duit rakyat yang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Bermewah - mewahan adalah perbuatan yang tersangat biadap jika ianya menggunakan wang rakyat. Jika di Mesir dan Tunisia, rakyatnya pasti sudah berang dengan perangai dan sikap pemimpin mereka ini. Tambah - tambah kalau dari isteri mereka.

PKR P.Pinang cabar kumpulan 97 tunjuk bukti

"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu," - Abdul Malik

NONEPKR Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 anggota dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di Georgetown supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya Abdul Malik Abul Kassim berkata jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian semua 97 anggota yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Gambar: Penyerahan Watikah JKKK Pulau Pinang

Program ini adalah bersempena dgn pelantikan Pengerusi & Setiausaha JKKK - JAWATANKUASA KEMAJUAN & KESELAMATAN KOMUNITI bagi penggal 2011/2012.

Bukan Hanya Umno-BN boleh tadbir Negara

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan Negeri sediakan BEST untuk atasi kesesakan Di P.Pinang


MENYUSURI sepanjang Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu (dulunya Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang) dari arah Batu Maung dan Bayan Lepas setiap hari memang cukup menyeksakan terutama bagi warga kerja di Industri Zon Bebas (FIZ), Bayan Lepas.

Dikenali sebagai koridor ekonomi utama Pulau Pinang ini, FIZ juga dilabel sebagai kawasan ‘sesak lalu-lintas’ terutama pada waktu puncak iaitu antara 8 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.

Merlimau: 'Gambar Bogel' Pemimpin Pakatan Disebar!!!



Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Rosmah naik helikopter bantu Najib Kempen di Kerdau

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

NONESelain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Chan didakwa tipu bekas PM dalam skandal PKFZ

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Chan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Kerajaan Negeri Kedah Hantar Pelajar Pulang dan Beri Wang Saku RM500

Kerajaan Negeri Kedah memberi khabar gembira kepada pelajar Mesir di Kedah apabila sanggup menanggung segala perbelanjaan balik pelajar ke Mesir di samping wang poket untuk setiap pelajar.

Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan demikian dalam satu perjumpaan dengan pelajar- pelajar Mesir yang berasal dari Negeri Kedah semalam.

Mahathir Adalah Pengkhianat Nombor Satu

Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

Najib Anti Islam

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar - National Review Online

Tiada kata yang dapat dihamburkan lagi kepada Najib. Tiada perasaan yang dapat dibayangkan dan diterjemahkan apabila perkataan ini keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia.

Yusuf Al-Qardhawi telah dihina oleh Najib. Najib menuduh ulama' besar dunia dan pemimpin utama Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Kenyataan Najib dan tuduhan jahat ini dihamburkan hanya semata mahu menjilat tapak kaki Amerika Syarikat. Siapa yang menjadi talibarut Amerika Syarikat? Anwar atau Najib?

Di Merlimau Ada Kondom Besar,Biar Betul?

Di Merlimau ada macam-macam alat bantuan promosi yang menarik daripada kedua-dua parti bertanding seperti banting, poster termasuklah paling menarik perhatian menara berkembar 'kondom angin'.

Untuk tatapan bersama, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika melihat kehangatan bahang PRK Merlimau petang semalam.

http://3.bp.blogspot.com/-hO0I27XIG_k/TWqnqXzprUI/AAAAAAAAGc4/hdue5S_uv3o/s1600/1.JPG http://4.bp.blogspot.com/-LI48wFHg4Is/TWqnECCn5kI/AAAAAAAAGcY/tUAb-L9VR2A/s1600/7.JPG
Seperti biasa, ada gambar-gambar calon.

250 Atau 50 Ahli PKR Lembah Pantai Keluar Parti?

250 ke 2500 India keluar PKR di Lembah Pantai

Utusan Meloya 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahad, 27 Februari 2011

Jika Rakyat Ditekan Tidak Mustahil Asia Akan Terikut Mesir

Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

Saya Tak Minta Lahir Sebagai Melayu, Asalkan Saya Seorang ISLAM

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

“Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,” katanya.

Si FLOM yang tak mahu melawan

Dia nak melawan apa lagi... dah memang apa yang dia dah buat tu memang tak betul ...


Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.

Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.

Bob Lokman berkempen di Merlimau

Pas tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai Pas pada 19 Februari lalu.

Tok Ki Det Sasau Terlampau..!!!


Mahathir sudah semakin sasau. Sasaunya bukan main-main. Sasaunya begitu agresif sekali. Sasaunya macam babi gila.... menyondol-nyondol.
Mangsa yang menjadi sasaran sondolannya ialah dua musuh utama dia di Malaysia. Mereka ialah dua orang pemimpin Melayu iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Pakatan Desak Najib Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Tumbang di Serawak

Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Salahkah Pas ubah nada perjuangannya?

Sewaktu isu PAS mahu utamakan orang Melayu dimainkan media arus perdana, ramai yang bertanya kepada saya tentang pendirian Pas itu. Saya tidak berminat untuk mengulas isu itu kerana tidak tahu isu sebenar. Pada fikiran saya, sesuatu isu yang dimainkan oleh media perdana mengenai parti pembangkang, belum boleh dibuat pegangan. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Hal ini berdasarkan pengalaman lampau. Yalah, kalau perkara itu betul dan menguntungkan parti pembangkang, buat apa disiarkan secara meluas. Mereka tentu sudah tahu, isu yang akan dimainkan itu boleh membawa kepada kemerosotan keyakinan orang Melayu kepada Pas. Tetapi mereka mungkin lupa, orang Melayu zaman sekarang bukan seperti orang Melayu zaman penjajah dahulu.

Hipokrasi Umno

SATU - Kalau Syeikh al-Qardawi menerima cadangan perlantikannya sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin suatu masa dahulu, adakah kerajaan Malaysia akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau?

Saya berani berkata tidak, bahkan tidak sekali-kali. Serangan Najib kepada Ikhwan dan tokoh ulama itu yang dibantah oleh pimpinan PAS membuktikannya.

Daphe Iking kini ‘Dahlia Daphne’

DAPHNE memilih nama Dahlia sebagai nama Islamnya. Ujar personaliti televisyen popular ini, telekung dan sejadah adalah peralatan pertama yang dibelinya sebagai persediaan bertukar agama. “Pengalaman bertukar agama adalah yang paling indah,” ujar si bunga baru, Dahlia.


“Ikan di laut, asam di darat, kalau dah jodoh, bertemu jua. Saya minta maaf banyak-banyak sebab suami saya, Joe (nama panggilan) adalah seorang yang sangat privasi. Dia tak suka kalau cerita tentang hal ehwal rumah tangga kami dihebohkan,’’ reaksi awal pelakon jelita ini tatkala diminta mengulas tentang status perkahwinan barunya yang berusia sebulan lebih.

Ikatan sah bersama Azmi Abdul Rahman yang dibina atas dasar cinta itu berlangsung pada 8 Januari 2011 di kampung halamannya, Keningau, Sabah.

Sabtu, 26 Februari 2011

Gempar: Ribuan Ahli PAS & PKR Keluar Parti.

Habislah PAS dan PKR kali ini.

Menjelang mana-mana PRK (terkini Kerdau dan Merlimau) atau PRU maka berbondong-bondonglah diberitakan ahli PAS dan PKR serta pemimpin kedua-dua parti ini yang akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Saya tidak pernah mengira tapi kononnya sejak beberapa tahun yang yang lalu mungkin telah belasan ribu ahli PAS & PKR yang diberitakan oleh media perdana serta portal pro Umno yang menyertai parti tersebut.

Srikandi Salut Kepada Mahasiswa

Srikandi KEADILAN memberi salut kepada golongan mahasiswa yang memperlihat keinginan untuk berubah dan semangat untuk menentang ketidakadilan di kampus.

Namun, Ketuanya, Siti Aishah Shaik Ismail kesal dengan sikap pentadbiran universiti yang tidak adil dengan mengenakan polisi tertentu bagi mengekang kebangkitan dan kemaraan mahasiswa.

“Pilihan raya kampus harus memperlihat kematangan pihak yang menguruskannya, bukan dijadikan ruang salah guna kuasa untuk memenangkan calon yang didukung HEP dan parti pemerintah.

154 ahli Wanita PKR Ipoh Barat masuk Umno

errr.. Akak bukan ke tahun lepas akak keluar parti? 154 ahli wanita keluar parti... mesti Umno Negeri Perak makin kuat... agak-agak bila zambry berani...bubar DUN?


Sekumpulan 154 anggota sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.

Diketuai bekas naib ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim.

Presiden PAS gesa Najib bertaubat

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

Menteri Mana Terlibat Dengan Gay?

SAYA tidak percaya dengan berita ini tetapi itulah yang saya dengar. Seorang menteri kabinet terlibat dengan kegiatan gay. Berita menggemparkan ini akan disiarkan dalam sebuah tabloid minggu depan.

Kita harap selepas akhbar berkenaan mendedahkan isu ini ia akan mendapat perhatian Najib Razak. Laporan ini kena siasat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kabinet Najib tampaknya begitu mengambil besar mengenai kebersihan batang tubuh para menterinya. Baguslah...

Perbetulkan BN dahulu

“Perbetulkan Barisan Nasional (BN) dahulu. Proses demokrasi diamalkan di negara ini perlu direformasikan sejajar arus perubahan melanda dunia pada masa ini."

Demikian kata Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang semasa majlis pengumuman calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, malam kelmarin.

Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti

PKR mendakwa lima pemimpin cabang parti itu di Pahang dipujuk untuk 'lompat' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, selain diri mereka, pemimpin berkenaan turut dipujuk untuk membawa bersama kira-kira 500 penyokong.

"Selain wang, mereka turut dijanjikan projek jika membuat pengisytiharan seperti yang dikehendaki," katanya.

Jumaat, 25 Februari 2011

Pegawai Penerangan diminta siap sedia hadapi PRU13

Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul mengingatkan kakitangan jabatan itu menggandakan gerak kerja sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Banyak pihak mengandaikan PRU-13 akan diadakan pada masaterdekat. Oleh itu Jabatan Penerangan sepatutnya sudah menekan butang kecemasan, melihat kepada prestasi PRU-12 lalu secara keseluruhannya,” katanya pada perhimpunan bulanan jabatan itu di sini hari ini.

Gambar: Demo Anti Gaddafi Di Kedutaan Libya

Anwar kesal Najib label Yusuf Qaradawi sebagai pengganas

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Datuk Seri Najib Razak memusuhi Islam apabila melabel Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas dan pelampau.

“Najib menyelar gerakan Ikhwan kerana terlibat dengan keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Prasangka ini mewakili sikap musuh Islam,” kata Ketua Pembangkang itu melalui twitternya.

Amaran Buat Utusan!!! (video)

Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?

Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

Sekian lama perjuangan Erdogan untuk memeartabatkan semula Islam di Negara Turki yang meletakkan dasar sekulrisme sebagai dasar suci yang dikawal tentera Negara. Sehingga mempersoalkan isteri pimpinan yang berjilbab. Hatta mengharamkan pelajar wanita menutup aurat memasuki kawasan university. Pernah menarik kerakyatannya apabila Ahli Parlimen yang memenangi pilihanraya tetapi berkeras untuk menutup aurat. Turki sebagai pengamal sekular kelas pertama.

Alhamdulillah kini ada tampak sedikit demi sedikit perubahan. Ketegasan Erdogan dalam beberapa isu yang menyentuh barat dan Israel jelas menggambarkan sikap islamiknya. Sikapnya dengan isu Palestine juga jelas.

Bulu, Siswa dan Malaysia: Sebuah Catatan Penting

Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan. Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta. Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka. Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah. Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com. Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti. Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Himpunan Bersih sekali lagi

Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

Wanita Umno Jasin Tutup Bilik Gerakan Di Merlimau

Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau , Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya. Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ. Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Apabila "Kangkung" di celur di UPM !

Mahasiswa telah bangkit! Kebangkitan yang bermaruah .Suasana di UPM baru-baru ini "seolah-olah" di Dataran Tahrir Mesir!

Seperti orang Arab di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Bahrain, Maghribi dan Jordan, mahasiswa di negara ini telah melihat "wajah" mereka yang sebenar di "cermin".

Khamis, 24 Februari 2011

Kelantan biaya semua pelajarnya balik ke Mesir

Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Desakan PR Berhasil Kerajaan Pusat Ambilalih PLUS

Tindakan kerajaan untuk mengambil alih lebuhraya PLUS menunjukkan desakan Pakatan Rakyat selama ini berhasil dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan yang disediakan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkefly Ahmad ketika dihubungi TV Selangor berkata, prinsip yang lebih penting adalah kerajaan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Plus Expressway Bhd (PEB) dalam satu mesyuarat agung tergempar (EGM) semalam memutuskan untuk menerima tawaran ambil alih oleh gabungan UEM Engineering Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib Razak Bagi Nasihat Pada Gaddafi

Nasihat Najib Razak Kepada Gaddafi Umpama 'Mengata Dulang Paku Serpih'


"Mengata dulang paku serpih, nasihat orang dia yang lebih" itu peribahasa yang digunakan oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua bersabit nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahukan pemerintah Libya tidak menggunakan kekerasan bagi menumpaskan bantahan orang awam di negara itu.

Tian berkata Najib Razak harus terlebih dahulu membendung keghairahan polis Malaysia melepaskan gas pemedih mata dan memukul rakyat setiap kali mereka berkumpul membantah pelbagai isu berkepetingan awam sebelum mengeluarkan nasihat sedemikian.

Sapa Kata Kerajaan BN Naikkan Harga Minyak?

Tue la..hempa dok kata kerajaan BN kerja naik harga Minyak...
Mana ada, Kerajaan BN cukup prihatin dengan masalah Rakyat...
Kita harus bangga kerana dapat kerajaan yang baguih... menteri-menteri buat keje iklas untuk Rakyat... dengan slogan 1 Malaysia Rakyat di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan...

-D'Perbatasan


Kerajaan kekalkan harga RON95 dan diesel, kata Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

“Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternative lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

Pakatan Rakyat anjur bantahan anti-Gaddafi esok

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian. Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

Najib letak kalungan bunga di makam Kemal Ataturk

Sebelum ini Tun Mahathir mengejutkan kita apabila sanggup mengambil Penghancur Islam Mustafa Kemal Ataturk sebagai contoh pejuang yang berjaya menyelamatkan Islam di Turki demi mempertahankan fahaman sekular dan ketuanan Melayunya[Tun Mahathir].

Kemudian akhbar rasmi kerajaan, Utusan Malaysia juga turut menggemparkan kita apabila membuat laporan yang menggambarkan penghancur Islam Mustafa Kemal Ataturk (Laknatullah alaih) sebagai "hero" [Utusan Malaysia].

Isu Pluralisme Agama Tidak Berbangkit

Isu pluralisme agama tidak berbangkit di negara ini kerana semua umat Islam sedar dan yakin bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam.

“Ini adalah keyakinan umat Islam dan bukan menjadi masalah di negara ini. Yang menjadi masalah adalah penghayatan ke atas agama,” kata anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis dekat sini.

Penakut Yang Teragung

Dahulu kala, ketika pemerintahan As-Sultan Muzaffar Shah 1 (Merong Mahawangsa), ada satu daerah yang bernama SerbaBoleh. Ada pun di daerah tersebut struktur yang tersendiri. Ada dewan daerah. Ada dua kelompok yang sedang membuktikan siapa yang layak memerintah.

Kelompok pertama menggunakan lambang keris kontot manakala satu lagi menggunakan lambang purnama penuh. Tujuan mereka lambang - lambang tertentu hanyalah untuk memastikan mereka berbeza. Jika mengikut sumber dahulu - kala nama pertubuhan yang menggunakan lambang keris kontot adalah Pertubuhan Ketuanan Masyuk Bersatu manakala yang kedua tidaklah dikenalpasti. Biasalah sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang.

Ikut Islam sepenuhnya

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Allah SWT menjadikan dunia sebagai tempat permainan, gurau senda, penipuan, kesombongan, dan bermegah-megahan. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Luqman 31:33 yang bermaksud: "Janganlah kamu mahu ditipu oleh kehidupan dunia."


Syukur ke hadrat Illahi, kita dipanjangkan usia, maka dapatlah kita menyambut dan memperingati ulang tahun keputeraan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. pada Selasa, 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 yang lalu.

Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah

Rakyat seharusnya sedar dan yakin dengan keupayaan diri sendiri bahawa merekalah yang berhak membuat keputusan dalam mendepani masalah bukannya meletakkan semua harapan kepada Barisan Nasional, jelas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung kesedaran rakyat untuk membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya kecil.

Anwar gesa dunia Islam, PBB henti segera pembunuhan di Libya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekerasnya tindakan kejam yang dilakukan pemerintah Libya yang melakukan tindakan pembunuhan ke atas rakyatnya yang menentang kerajaan.

Anwar menggesa dunia Islam dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera menghentikan pembunuhan tersebut.

“Kita mengutuk keras tindakan pimpinan Muammar Gaddafi kerana terus menindas dan mendera rakyat serta mendoakan rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang zalim dan rakus.