Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Islam tak larang senamrobik di kawasan masjid

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

“Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalamrumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor, kononnya dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu.

Menurut Nik Aziz, soal Ahli Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

“Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid . . . kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid,” katanya.

"We can judge a book by its cover in certain cases"

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Macam nie lah saudara, Mungkin saudara kurang faham akan apa yang cuba disampaikan oleh sedari terbabit, "don't judge a book by it's cover" sebenarnye punya makna yang besar....” beginilah bunyi ayat yang saya terima dari seorang wanita apabila beliau mambaca aktikal bertajuk “Don't Judge A Book By Its Cover!" .

tambah wanita ini lagi “dan ingat lah pesanan Rasulullah SAW..."Allah don't judge u by ur appearance...but your heart is the most important.”

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

..."Allah tidak menyukai hamba2Nya yang melabuhkan kain kerana riak"...


Tambah beliau lagi

ingat cerita nabi luth...bukankah isterinya antara perempuan yang di laknat.. dan janganlah pula lupa akan Asiah...isteri firaun yang dijanji syurga untuknya...

Allah meletak perbezaan diatas kerana kita suka menilai melalui 'cover' (appearance),,,sedangkan hati manusia Allah jualah yang tahu...


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda

:Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Takkan ada sesuatu tanpa adanya penciptanya, takkan hamba tanpa tuannya, takkan ada pepatah tanpa kejadian sebaliknya dan realiti sebenarnya adalah betul “Don't Judge A Book By Its Cover!" .

Bagi pencipta novel kulit buku itu jaminan kepada sesuatu isi kandungan dalamannya. Saya bukanlah orang yang suka memegang novel menghayati isi ceritanya sebagai hobi dan kegemaran. Tapi tipulah kiranya tak penah membaca novel, malah ada yang sampai mengalir air mata.

Apa yang buat kita nak baca sesebuah novel, jalan cerita dalam cerita rekaan tu?
tajuk cerita yang buat kita tergerak hati nak membaca tiap baris tulisan pengarang.
Dekat mana tajuk tu?, dekat depan..! depan mana?, kulit buku...!
Tajuk je? Tak, gambar kulit depan pun..!, iYe? iYeee...

Kenapa?
sebab ada orang yang bukan main hentam saja untuk membeli sebuah novel.
tapi ada juga yang lihat pada kulit tu! ”Hiasan saja!”, hiasan tu kan penarik.
Kalau tidak takkan terjual emas di kedai tu.? maksudnya dunia ni suka berhias.

Mana nak cantiknya siti nurhaliza jika tak berhias, rumah akan kosong tanpa perhiasan perabotnya, bunganya, takkan bermakna mak datin tanpa intan permata di tubuhnya dan orang perempuan takkan berseri tanpa aksesorinya.

Tapi bagi mereka yang betul-betul meminati novel,semua itu tak penting, apa saja karya yang berjilid dibacanya. ”u name it” semua novel boleh di list kan.

Orang nak beli buah pun tengok cover juga! ada tak manusia beli durian yang dah ditebuk tupai? So penting ke luaran tu?, penting ke cover tu?. ”it's crystal clear IMPORTANT..especially” dalam dunia hari ini.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Isu yang nak dibangkitkan ialah isu wanita bertudung dan free hair, jelas lagi terang ianya adalah dua perkara yang berbeza. Istilahnya lain,sebutannya lain, ejaannya lagi la lain. Saudari yang membangkitkan isu dua sahabatnya yang menjual tubuh demi kemewahan dan yang seorang lagi yang berhijab dilihat taat pada yang Esa dan yang memakmurkan kalam ALLAH, kiranya saya berada di tempat sahabat itu, saya akan beranggapan kebaikan itu banyak berada pada yang berhijab kerana appearance yang di maksudkan oleh nya. Kerana personaliti dan perbuatannya adalah cerminan orang yang tergolong dalam mereka yang baik. sebaliknya pula bagi yang seorang lagi. Dan maaf itu adalah pada hati, hati tidak sama dengan appearance.

Apakah kemaafan yang dimaksudkan itu?, maaf untuk apa? kita perlu melihat pada kesilapan yang dilakukan demi memohon kemaafan. manusia itu tidak sempurna kecuali Rasullulah saw yang bersifat ma'sum dan yang sempurna itu ALLAH swt,tuhan yang satu harus ke yang berhijab dan memakmurkan tiap-tiap baris ayat ALLAH itu memaafkan kesilapan yang menghancurkan dirinya dan membahagiakan yang menjual tubuh? jawapannya ’PERLU!” kerana sifat pemaaf itu sifat yang mulia dan Islam itu tidak zalim oleh itu kemaafan itu senang diterima oleh yang bahagia dengan keputusan itu tapi sukar bagi yang menguris hati.

Kemaafan itu bergantung kepada kesilapan lihat lah apa kesilapan yang dilakukan oleh sahabat itu sebelum menghakimi kedua sahabat itu, jangan kerana kesilapan yang besar dilakukan oleh sahabat yang menjual tubuh lakukan kepada yang berhijab sehingga begitu sukar untuknya memaafkan dibandingkan dengan kemaafan yang diterima dari yang seorang yang hanya melalui kesilapan kecil yang dilakukan yang sememangkan tegar bagi seorang itu memaafi..

Cuba dilihat dari segi keimanan orang yang beriman Allah swt. kurniakan hidayat padanya ”now, let's compare” mana satu yang lebih memiliki ciri mereka yang mendapat hidayat dari Allah. Pemaaf yang menjual tubuh atau yang sukar memaafi yang berhijab dalam surah al-Anfal ayat 2-4 ada disebut:

"sesungguhnya org yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.apabil dibacakan kepada mereka ayat2Nya bertambahlah iman mereka dan kepada Allah jua mereka bertawakal. Mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka"

Kesan yang boleh kita lihat apabila seseorang itu mendapat hidayat Allah S.W.T adalah:

1. berlaku perubahan kearah kebaikan pada diri dan amalan yang dilakukan setiap hari
2. menyempurnakan amalan2 fardhu dan amalan2 sunat
3. bergaul dgn masyarakat dgn cara yang baik dan menunjukkan akhlak yang mulia
4. melaksanakan segala amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab
5. menjauhkan perbuatan mungkar dan maksiat.

Umumnya zina be’erti memandang perkara2 yang menimbulkan syahwat atau menghala pandangan kearah yang keji. manakala dari segi syarak zina ialah melakukan hubungan jenis antara lelaki dan perempuan tanpa melalui perkahwinan yang sah menurut syarak dan kita perlu ingat bahawa amalan berzina ini adalah di antara perkara yang boleh membatalkan iman dan ianya tergolong didalam dosa besar. ”which one do u think have d value of faith?” sendiri mau decide!

Kita bercakap pasal hati dan perasaan, kita pandai menuturkan kata tapi untuk mendalami kata-kata itu tegar kah kita?, siapa kita?, hamba Allah!. Kita semua tahu seorang hamba Allah itu tidak lari dari kesilapan. Namun Allah swt itu maha adil, kesilapan itu satu pengajaran.

"sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan,memberi kepada kerabat, dan Allah melarang daripada perbuatan keji,kemungkaran, dan kezaliman.Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran" -surah an-Nahlu ayat 90

Adakah Allah swt sengaja menjadikan masalah demi menyusahkan hambanya?

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya, yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA. Semoga tabah merebut rahmat dan kasih sayang NYA"

Kita lihat pulak apa maksud perempuan yang baik (solehah) :
1. sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T dan suami
2. tidak terlintas difikiranya untuk melakukan maksiat
3. sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri

Disini ”apperance” itu penting kerana identiti yang dimaksudkan akan memberi imej kepada umum. Kiranya identiti bertudung, sujud pada yang SATU, memakmurkan kalam Allah dimaksudkan seseorg kepada umum maka imej yang baik iaitu orang yang memandang akan memberi kan imej yang positif yang akan menentukan reputasi seseorg itu pada masa akan datang. mengekalkan kepositifan imej itu, seseorg itu bertanggungjawab samaada mahu mengekalkan reputasi tersebut atau sebaliknya ”it's take long times to build d image..but it's can be destroy only in couples of day juz bcoz of negative thing that happen” begitu juga sebaliknya.

Keimananlah yang mempengaruhi gerak geri seseorang. Iman membentuk kepercayaan kepada dosa dan pahala dan jika kepercayaan itu teguh berada dalam hati,maka apa jua yang bernama dosa akan dijauhi dan apa jua yang bernama pahala akan dikejar.

Iman manusia itu bertambah dan berkurang.Kerana itu jika seseorang itu membuat dosa,maka ketahuilah dia membuat dosa kerana ketika keimanannya menurun. Maka kitalah yang bertanggunjawab mengingatkan mereka tentang dosa dan pahala. Dengan harapan, ingatan kita itu mampu menaikkan keimanan mereka. Jangan cepat menghukum,"oh dia membuat dosa kerana tiada iman".Itu bukan tabiat orang yang ikhlas menegur.

Apabila beriman,umunya seseorang akan membuat amal soleh. Di dalam al-quran Allah selalu menyebut dalam firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka karena keimanannya…" Surah Yunus ayat:9

Persoalannya,mengapa beriman dan beramal soleh itu dipisahkan. Seolah-olah jika ada iman didalam hati seseorang,tidak semestinya amalannya itu soleh.

- "daripada Abi Zar r.a. katanya; ' aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "apakah
amalan yang paling baik disisi Allah?". Baginda menjawab ; " beriman kepada Allah
dan berjihad dijalan Allah."

- Dari segi bahasa, iman ialah mengakui dengan hati.Manakala dari segi syarak pula,
iman ialah percaya dengan hati dan berikrar dengan lidah serta beramal dengan
ajaran2 dan perintah Allah S.W.T yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

- dari penjelasan diatas jelas menunjukkan iman dan amal itu bergantungan.malah
dalam baris diatas perkataan iman menyusuri amal dan amal menyusuri iman.


Saya jugak tidak mengatakan yang wanita bertudung itu 100% baik, didalam aktikal yang bertajuk Bertudung belum tentu menutup aurat. Rasanya sudah dijelaskan.

"Dan barangsiapa datang kepada Rabbnya dalam keadaan beriman, lagi
sungguh-sungguh beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang
memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia), " Surah Thahaa ayat:75


Walaupun tanpa iman,adakah manusia membuat amal soleh? Ya! Tetapi Allah tidak menerima amalannya. Begitulah jua orang yang beriman (bertudung) tetapi tidak perbuat amal yang soleh tetap tidak diterima. Kerana itu menjadi tugas kita terhadap orang yang beriman,ingatkanlah mereka jika mereka melakukan kesilapan. Teguran kita bukanlah bererti kita "judge" mereka sebagai tidak baik tetapi teguran itu bererti kita sedar akan tabiat iman pada manusia yang menaik dan menurun. Dan Allah swt juga menhakimi hambaNya melalui amalan perbuatan dan amalan seseorang itu adalah menjadi tanggungjawab sendiri. hal ini terbukti kerana :

1. anggota badan manusia sendiri seperti mata, kaki, tangan kecuali mulut menjadi saksi
terhadap perbuatannya di akhirat
2. Allah S.W.T menugaskan malaikat Rakib dan Atib di kiri dan kanan manusia untuk
menulis amalan mereka
3. amalan baik dan jahat, sembunyi dan nyata dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat

"sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat
balasannya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya
dia akan melihat balasannya pula"-surah al-zalzalah ayat 7-8


4. setiap manusia akan ditimbang amalan mereka dengan neraca Mizan di akhirat kelak
5. nikmat di syurga atau azab di neraka dirasai oleh setiap individu manusia tanpa
mengira kedudukan dan keturunan.


"Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memberi kepadanya petunjuk nescaya is akan melapangkan dadanya untuk (memeluk islam).Dan barangsiapa yang dikendaki Allah kesesatannya,nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah2 ia akan mendaki lelangit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman"

Kita tidak boleh menetapkan waktu terhadap kitaran naik dan turunnya iman. Kerana itu tegur-menegur,mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran itu perlu dan amat dituntut. Renunglah firman Allah

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. " Surah Al-Imran ayat:104

Ma'aruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan Munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah-olah meraguinya?

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam



Dari
D’Perbatasan

Khamis, 30 Disember 2010

Mike Bidas Fitnah Rasis Gobala

Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) semakin “liar” hari ini apabila mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MIC dan penyokong Barisan Nasional(BN) untuk melontar fitnah berbentuk rasis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gobala memperhebatkan serangannya terhadap Ketua Umum PKR itu setelah beliau tidak dilantik menjadi naib presiden PKR susulan pemilihan parti bulan lalu.

Ahli Parlimen itu mengecam keputusan PKR melantik peguam dan aktivis masyarakat N.Surendran dan sebagai naib presiden PKR.

Beliau mendakwa Surendran dilantik walaupun beliau bukan ahli PKR, malah membuat tuduhan sebelum ini bahawa peguam muda itu tidak berjasa kepada kaum India.

Hari ini Gobala sekali lagi mensasarkan Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri bersama oleh wakil Pemuda MIC S. Subramaniam dan wakil Gerakan Anti Samy Vellu K.P. Samy di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Kehadiran Gobala bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional itu dilihat petanda jelas beliau mencabar PKR untuk mengenakan tindakan displin terhadap beliau.

Beliau diuar-uarkan akan menyertai parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim pada bulan depan.

Pada sidang akhbar pagi tadi, Gobala sekali lagi menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh.

Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya.

"Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor.

Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya.

"Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau.

Manikavasagam berkata Gobala tidak berpegang kepada kebenaran apabila menuduh anwar anti-Hindu.

"Siapa cakap Anwar anti-Hindu? Saya diberi bertanding di Kapar, kalau Anwar anti Hindu tidak akan beliau namakan saya calon untuk pilihanraya 2008. Sivarasa (Rasiah) bertanding juga. Kalau dia anti India, tidak ada seorang pun yang akan bertanding. Gobala pun tidak akan bertanding. Saya rasa tidak benar. Saya pun tidak tahu apa YB Gobala fikir,"kata beliau.

Manikavasagam menggesa Gobala supaya menerima keputusan parti melantik Surendran sebagai naib presiden dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti.

"Saya pun kecewa tapi ini keputusan parti, Presiden dan Ketua Umum. Kecewa memang ada, saya setuju Gobala, Xavier, Sivarasa dan Suresh kecewa, kami semua bertanding. Tapi ini keputusan daripada parti, kita kena akur dan terima. Saya terima," kata beliau

Hakikat ialah Surendran layak untuk memegang jawatan itu kerana rekodnya sebagai seorang aktivis dan peguam yang banyak membantu masyarakat terpinggir.

"Surendren memang seorang yang rajin, selalu perihatin isu masyarakat. Dia layak. Saya yang bawa dia masuk dalam parti,” tegas Manikavasagam.

Baju ketat: Keluarkan senarai 'Ok tak OK'

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama

Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.

Rogol amah: Najib, Pak Lah tolong jawab

Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.

Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

Dengan klu yang dilemparkan, beberapa nama menteri sebelum ini kini tertumpu hanya kepada satu nama sahaja.

Biarpun dokumen tersebut menghitamkan nama menteri yang didakwa terlibat, namun dengan pelbagai usaha mereka kini mendakwa sudah mendapat jawapan berhubung misteri siapa disebalik status jawatan menteri itu.

"Mantan PM Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kenapa terus zzzzz? Bangun la hari dah senja. Ini kes berat libatkan menteri, maruah negara bangsa dan agama.

"...tak kan nanti sampai orang kata kenapa simpan perogol dalam jamaah menteri Malaysia," ulas bloger Misaimerah dalam blognya.

Keghairahan dan kesungguhan mencari siapa menteri yang dimaksudkan itu terus mendapat perhatian mereka apatah lagi dalam keadaan negara dalam mood perang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang Januari ini.

Semua kelompok bloger ini yakin isu tersebut mampu menjadi senjata ampuh khususnya kepada Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan PRK Tenang, malah juga untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan berlangsung Mac atau April tahun hadapan.

"Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK Dun Tenang.

"Sesiapa saja yang dituduh mesti dibawa ke muka pengadilan...apatah lagi yang didakwa ini adalah seorang pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat," tulis bloger Anak Sungai Derhaka.

Biarpun kredibiliti WikiLeaks itu dipertikai, namun tindakan Umno BN yang mengajak rakyat mempercayai pendedahan berhubung isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memakan diri apabila rakyat juga 'terpaksa' percaya bahawa benar seorang menteri BN telah merogol amahnya.

Jika sekalipun WikiLeaks tidak boleh dipercayai, namun pendedahan sokongan oleh pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita, Migrant Care dan bloger Tukar Tiub, sudah cukup untuk rakyat mempercayaai bahawa ianya memang wujud.

Namun yang lebih wajar dipercayai adalah pendedahan sepucuk surat aduan daripada adik mangsa yang menceritakan secara jelas apa yang berlaku yang juga didedahkan dalam laporan Harakahdaily sebelum ini.

Sehingga kini juga, belum ada mana-mana pihak khususnya dari pimpinan Umno BN yang berani mengulas isu tersebut.

Penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sangat ditunggu-tunggu semua pihak.

"Tunggu dan tunggu, kita tunggu apa yang akan berlaku.

"Siapa akan kena saman?," tulis bloger Tukar Tiub merujuk laporan Harakahdaily yang turut disiar di blognya.

WikiLeaks: Akhbar, pemimpin berperangai macam Yahudi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis laporan Muslim)


SELEPAS Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilondehkan semahu-mahunya oleh sejumlah media akhbar arus perdana berhubung isu WikiLeaks, ada pemimpin Umno berlagak bertanya; “apa reaksi PAS, sahabat Anwar berhubung pendedahan ini?” Tentunya mereka mengharapkan PAS akan mengutuk Anwar berhubung ‘salah laku’ berkenaan.

Namun, tindakan jahat media dan pemimpin ini memakan diri, mereka menghebohkan apa didakwa salah laku Anwar, bagaimana dengan diri mereka pula? Ada kata WikiLeaks tentang pemimpin Malaysia (tidak berkebolehan), salah laku PM Najib Razak (kes Altantuya?) dan bekas PM Dr Mahathir Mohamad? Pandai pula Najib cepat-cepat berkata pemimpin Malaysia cekap-cekap belaka tetapi membisu pula dalam isu Altantuya.

Menyembunyi sebahagian perkara dan mendedahkan sebahagian perkara adalah perangai orang Yahudi. Orang Yahudi dikenali menyembunyikan sebahagian kandungan kitab Taurat dan mendedahkan sebahagian yang lain. Mereka memberitahu perkara yang menguntungkan diri sendiri tetapi menggelapkan perkara yang mereka akan rugi. Apakah pihak ini mendapat ilmu itu daripada perunding APCO?

Bagi orang Islam dalam menghadapi ledakan berita, mereka hendaklah mengambil iktibar daripada Ayat 6, Surah Al-Hujurat yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Apakah petugas media massa yang ‘all out’ mahu melondehkan Anwar tidak pernah membaca atau cuba memahami ayat ini? Kini kecelakaan bukan menimpa kepada orang yang difitnah tetapi kembali kepada orang yang memfitnah. Semakin banyak pihak tidak percaya kepada media massa dan pemimpin pembohong dan pendusta ini, harga diri jatuh teruk ke dalam longkang, diri diklasifikasikan sebagai hipokrit atau munafik, hidup bermuka-muka demi sedikit habuan dunia.

Berhubung hal munafik ini, bukan saja orang Islam saja memperkatakannya. Tidak lama dulu, penulis Noel F D’Oliveiro menulis dalam akhbar 'The Sun': "Hipokrasi (bersifat munafik) adalah kejahatan tahap tertinggi dalam masyarakat kita. Ia wujud dalam diri kita dan dalam semua peringkat masyarakat, dalam kelas atasan dan rendah. Kita semua biasa dengan sifat munafik ini - dalam politik, pengiklanan, media massa, perubatan dan paling menyedihkan dalam agama."

Bagi menghadapi pendedahan WikiLeaks ini, sesetengah pemimpin bermuka-muka. Kononnya merekalah orang baik, pesaing mereka tersangat jahat. Mereka cuba memberitahu rakyat pemimpin ini jahat, kononnya hanya merekalah yang baik ‘dulu, kini dan selamanya’. Segala kebobrokan diri masing-masing disimpan kemas dalam peti besi, namun mayat dalam peti akan mengeluarkan bau, lambat-laun rakyat akan tahu juga.

Media massa terutama akhbar pekat asabiyah, juga berperangai macam Yahudi. Ingatkan Yahudi cukup samseng, menganiaya orang Palestin, rupakan akhbar asabiyah ini lebih samseng lagi, kalau seseorang itu dianggap musuh, dia tetap musuh ‘dulu, kini dan selamanya’ dan mahu dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

Di sebaliknya, orang yang mahu dibodeknya, diperkatakan akan ‘kesucian’nya dan hal ini akan dipertahankan; segala ‘dosa’nya disembunyikan, yang ada pada dirinya hanya mutiara kebaikan saja.

Sehubungan itu apa saja yang didedahkan melalui WikiLeaks akan ‘manusia suci’ ini, tidak sepatah ayat pun keluar, rakyat mahu dikunci mati hati mereka, biarlah mereka mati tenggelam dalam kejahilan; asalkan mereka dapat makan sudah cukup, sedangkan pemimpin bersenang lenang, kerap bercakap mengenai projek berbilion-bilion ringgit.

Dunia sudah berubah; namun media massa jenis ini dan pemimpin yang didukungnya mahu terus menjajah minda rakyat dengan slogan ‘dulu, kini dan selamanya’. Jika minda rakyat dikongkong, selama itulah mereka berupaya berkuasa, melanjutkan legasi penjajahan ke atas kumpulan yang lemah.

Namun kali ini bukanlah penjajahan berbentuk lama seperti orang Eropah menjarah bumi Asia tetapi penjajahan sesama bangsa. Inilah penjajahan paling bahaya, sejarah telah membuktikannya.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w. bukan mahu membebaskan kota Makkah daripada penjajah Rom atau Parsi tetapi membebaskannya daripada cengkaman dan kejahatan orang sesama bangsa. Baginda menukarkan kuasa daripada orang Arab Jahiliah kepada orang Arab yang hanya tunduk kepada Yang Maha Esa!



Oleh Lanh Sr

Syatan Sudah Memenuhi Diri Manusia

SEPOTONG ayat dalam surah al-Baqarah berbunyi; "di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit ke atas mereka." Untuk mengetahui ayat itu lebih jelas dan panjang buka Quran dan belek tafsirannya. Saya ringkaskan apa yang dimaksudkan oleh ayat itu bahawa dalam hati orang jahat (fasik, munafik, kafir dsbnya), sudah sedia ada penyakit. Penyakit itu sudah berkarat di dalam hatinya dan sukar untuk dihapuskan.

Ada kebencian, ada prejudis, ada keegoaan dan ada rasa bijak dan rasa pandai melangit. Orang seperti ini lebih banyak menyusahkan daripada menguntungkan. Kalau dalam sebuah jemaah atau pertubuhan mereka perlu dinyahkan. Pemikiran mereka juga sempit dan matanya memandang orang lain semua tidak betul.

Mereka sebegini juga selalu merasakan mereka bijak, hebat dan pandai. Konon akulah pejuang nombor wahid. Akulah pembela yang benar. Dan aku... bukan orang yang mencari makan dalam kocek seluar dan baju tembus para pemimpin. Kononnya aku bukan pengemis, walahl mereka lebih hina daripada pasangan buta yang mengemis di kedai-kedai mamak pada waktu malam.

Orang ini ada di mana-mana. Tidak kira dalam wadah dan medan perjuangan apa saja. Mereka seperti pelesit yang bersumpah dengan Tuhan untuk menganggu anak cucu Adam sampai ke akhir zaman. Awas dengan orang seperti ini. Mereka tidak mudah ditunduk, sebab dalam jiwa mereka ada elemen syaitan yang tidak lut dijilat api.

Mereka ini juga pandai mengambil kesempatan. Mereka akan menceduk dan mengulas mengikut kehendak mereka apa juga maklumat. Mereka tidak peduli apakah yang mereka perkata itu benar atau sebaliknya. Janji ia boleh digunakan jadi peluru menembak orang lain. Selepas tembak trima upah boleh pergi cari kedai Arab untuk makan nasi mendi dengan kambing panggang.

Sesungguhnya orang-orang begini sangat kejam, lebih kejam daripada syaitan. Mereka meletakkan kuasa untuk gonggong nafsu di atas kepala mereka. Lupa kepada soal pahala dan dosa. Mereka tidak sedar dalam aktiviti mereka untuk membela perjuangan, membela kelompok mereka, mereka ditakhtai dengan dosa melimpah.

Saya rasa mereka yang melakukan ini sedar akan apa yang saya maksud ini. Orang bijak masakan tidak sedar bahasa kiasan atau pun perumpamaan. Terkilas ikan di atas sudah dapat tahu jantan atau betina. Benih dalam telor juga diketahui apakah jantan atau betina. Saya percaya mereka sedar.

Tidaklah saya berharap kalau mereka sedar mereka akan insaf dan berhenti dari melumuri tangan mereka dengan darah walaupun mereka harus keringkan darah jahat yang mengalir di hujung jari mereka. Tetapi saya tidak berifkir begitu sebab dalam fuad mereka sendak dengan dendam kesumat.

Sudah jadi lumrah manusia suka melakukan kerja syaitan. Terbiah syaitan mudah melekat di sanubari mereka daripada tarbiah Rasullulah yang menyuruh bersangka baik dan menjauh fitnah memfitnah di antara satu sama lain. Dan sesungguhnya syaitan itu amatlah kejam. Kakdang saya bertanya sendiri untuk apa mereka mengaku sebagai manusia muslim?



-Mohd Sayuti Omar

Apabila Karpal puji PAS parti paling berdisiplin

Konvensyen Pakatan Rakyat minggu lalu pasti meninggalkan kenangan manis - dan lebih penting pendorong semangat, sekali gus menyuntik kelegaan - buat petugas ketiga-tiga parti komponen. Selain merumuskan beberapa tindakan perlu dan pengumuman program 100 hari sebagai permulaan reformasi menyeluruh sekiranya mendapat rakyat, perhimpunan itu dilihat dapat memantapkan lagi persefahaman dan persepakatan ketika suhu politik negara makin menggelegak.

Ramai pemerhati merasakan tempoh persidangan terlalu singkat dan perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya dua atau tiga hari, sepertimana muktamar tahunan PAS dan kongres KeADILan. Pakatan tidak harus terikut-ikut dengan Konvensyen BN yang juga dilangsungkan dalam masa sehari, malah lebih teruk, hanya 15 tahun sekali!

Banyak persoalan yang perlu diperincikan dan dibahaskan oleh lebih ramai perwakilan. Dengan itu, ucapan ketua-ketua parti misalnya, dapat diteliti dan diambil manfaat secara lebih menyeluruh. Suara pimpinan di pelbagai peringkat perlu didengar kerana merekalah yang bakal berdepan masalah dan kesulitan jika rumusan yang diambil tidak menepati kehendak rakyat. Bukankah selepas pilihan raya umum ke-12 suara rakyat menjadi begitu dominan berbanding kenyataan pemimpin atasan.

Lebih penting lagi, konvensyen tersebut bukan saja menjadi medan perbincangan untuk meluluskan ketetapan yang sudahpun diputuskan lebih awal, namun apa yang berlaku di luar jadual rasmi -- bukannya di pentas pidato -- yang membolehkan interaksi lebih intim di antara aktivis parti, dapat memantapkan lagi jentera di peringkat akar umbi.

Bukanlah sesuatu yang mengaibkan untuk kita mengakui bahawa masih ada salahfaham yang mungkin menyelinap di kalangan pendukung parti yang berbeza. Tidak mudah meresapkan elemen kemesraan dan saling fahami-memahami jika mereka masih dipetak-petakkan. ("Saya tidak begitu bimbang dengan hubungan akar umbi. Mereka nampak lebih ikhlas mahu memacu perubahan bagi menyelamatkan Malaysia. Yang saya runsing, kalau masih terbuku rasa tak puas hati dan tidak percaya antara satu sama lain di peringkat pimpinan lebih tinggi," keluhan seorang perwakilan yang mahukan sebarang kecurigaan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan wajib ditangani secara ikhlas dan terbuka).

Dan ia memerlukan ruang lebih selesa, mungkin secara santai dan tidak formal, untuk merongkai segala kecelaruan dan "salahsangka". Ada juga yang mengingatkan bahawa jika disebut "salahfaham", usah mengaitkannya hanya kepada hubungan PAS dan DAP - yang dahulunya dilihat umpama "dua kutub berbeda yang begitu sukar disatukan" - tetapi juga meliputi semua parti dalam Pakatan.

Malah, di ambang kejayaan sebagai "kerajaan menanti" ini, jangan diremehkan sekiranya timbulnya "pertembungan" di antara KeADILan dan DAP, disebabkan kedua-duanya mungkin tertumpu kepada konstituensi yang bertindan. Bukankah politik itu, antara lain bermakna, pengagihan nilai yang terhad sedangkan permintaan dan tuntutannya begitu tinggi?

Pilihan raya umum ke-13, walaupun dijangka begitu getir dan paling sengit untuk BN dan Pakatan beradu kekuatan, ia turut berupaya menyumbang kepada ketegangan dalaman parti, berpunca daya tarikan yang begitu memikat. Pemilihan calon mungkin bukan isu besar dalam PRU12 kerana tiada yang berani menduga BN akan berdepan pukulan yang begitu hebat. Masing-masing parti juga lebih bersedia bertolak-ansur menyerahkan kerusi kepada "rakan-rakan komponen" (yang belum pun terbentuk ketika itu). Suasana itu dijangka berbeda dalam pilihan raya akan datang.

Saya tetap bersikap kritis dengan sebarang kemelut dalaman Pakatan, biarpun nampak kecil dan terpinggir. Pengundi kali ini bukan lagi berhasrat untuk memilih barisan pembangkang yang kuat bagi memecahkan hegemoni BN; justeru apa jua yang menganggu kosentrasi mereka semasa pengundian mesti diambil berat. Paparan media, yang dikawal mutlak BN, bagi menonjolkan jurang dan pertelingkahan di antara ketiga-tiga parti, selain hal-hal yang kelihatan remeh-temeh, jangan dipandang mudah, tetapi tidaklah sampai ke tahap merencatkan agenda utama yang telah disusun.


Selain itu, pengiktirafan terbuka Karpal Singh, Pengerusi DAP, bahawa "PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti" turut mendapat perhatian ramai dalam pertemuan bersejarah di Kepala Batas itu.

"Saya lihat hanya dua isu besar dalam konvensyen," ujar seorang penerbit berita TV, "iaitu sikap berubah Karpal terhadap isu Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan tawaran Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari Pakatan Rakyat jika memerintah." Beliau mencadangkan kepada saya agar Harakah memberikan tumpuan kepada dua isu berkenaan dengan memberikan perincian dan penjelasan lebih lanjut.

Apa pun, saya lebih tersentuh dengan pujian Karpal, yang menyifatkan PAS parti sebagai parti yang paling berdisiplin. Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengakui kelemahan partinya sendiri.

"DAP pernah ada seorang di Perak, KeADILan pun ada ramai (keluar parti)," tambahnya di hadapan ribuan peserta konvensyen.

"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti. Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," tegas Karpal sambil mengaitkannya dengan kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak. Pengerusi DAP itu juga menegur Anwar Ibrahim. Walaupun sebagai pemimpin utama dalam Pakatan, tapi kadangkala Anwar juga silap dalam membuat keputusan.

Teguran dan saling mengingatkan ini wajar dijadikan tradisi dalam Pakatan. Amalan menyapu sampah ke bawah karpet hanya memarakkan lagi "api dalam sekam".

Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut mendapat pujian apabila sedia melakukan koreksi: "Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu."

Manakala kesediaan Anwar memohon maaf di atas "kesilapannya" tambah memaniskan lagi majlis penutup konvensyen yang penuh bermakna itu.


-Ahmad Lutfi Othman

 Mahfuz, Anwar puji corak permainan Harimau Malaya

Para pemimpin Pakatan Rakyat turut mengambil peluang mengucapkan tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak negara yang akhirnya mengakhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia, walaupun tewas 2-1 di gelanggang lawan semalam namun berjaya merangkul kejuaraan selepas mengatasi Skuad Garuda Indonesia dengan agregat 4-2.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar kiri) yang teruja dengan kemenangan itu terus menghadiahkan sebuah ‘pantun’ beliau kepada skuad bola sepak negara semasa dihubungi Harakahdaily.

“Kita kalah bermaruah, menang tanpa rasuah… sehinggakan keputusan tidak dapat dicatur penjudi-penjudi bola,” katanya sambil menambah bahawa kehebatan skuad negara terbukti apabila pihak lawan Indonesia gagal menjaringkan gol di Bukit Jalil, akan tetapi mereka dapat menjaringkan gol di tempat lawan.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa kedua, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil rembatan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik, sepakan penalti Firman Utina berjaya dinafikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kanan) pula, beliau yang kini di luar negara berkata beliau hanya mampu mengikuti perkembangan perlawanan akhir AFF di Twitter, yang dikatakannya sungguh meriah.

“Di sebalik acara padat, saya sebolehnya cuba ikuti juga perkembangan perlawanan lewat Twitter yang nyata meriah sekali. Tahniah atas sokongan padu rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi semangat.

Ternyata K. Rajagobal telah meletakkan prestasi pasukan Harimau Malaya ke satu tahap yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga ianya membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011,” ujarnya selepas mendapat berita kemenangan skuad negara.

Kenapa Bertindak Begini Wahai Sahabat?


Pada malam terakhir EXPOMUDA anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Samsul Iskandar telah turut hadir. Hadir bagi menunjukkan sokongan moral terhadap program yang dilaksanakan oleh AMK Negeri Pulau Pinang itu sebagai Ketua AMK Pusat.

Pada malam tersebut juga beberapa orang individu yang mempunyai kaitan dengan AMK Pulau Pinang telah menerima SMS.. kandungan SMS itu disalin semula dibawah..


PERLETAKAN RASMI JAWATAN SETIAUSAHA AMKPP

Salam perjuangan adalah dengan ini, saya Syed Mikael Rizal Aidid berkuatkuasa dari hari ini, Ahad 26 Disember 2010 akan meletakkan jawatan saya sebagai Setiausaha AMKPP dengan serta-merta.

Surat akan saya serahkan kepada Ketua AMKPP pd esok hari. Ini berikutan keputusan yg telah dibuatoleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Ini bukan perkara ‘halai-balai’. Tapi ini soal PRINSIP! Selagi keputusan siasatan oleh pihak JPP terhadap ‘kemenangan luar biasa’ Sam di Sabah belum selesai, secara realitinya, Shamsul Iskandar BELUM BOLEH DIIKTIRAF sebagai Ketua AMK Pusat yang sah! Akhir kata, saya ucapkan kepada semua penyokong2 tegar Sam,‘Selamat Maju Jaya’ & enjoy your EXPO!


Dan pada hari Selasa 28 Disember 2010, Berita Harian edisi cetak pula telah menyiarkan ‘Ketua AMK Tasek Gelugor letak jawatan’ di mukasurat empat.

Butterworth: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor, Syed Mikael Rizal Aidid meletak jawatan sebagai Setiausaha AMK Pulau Pinang bersama dua lagi ahli jawatankuasa negeri itu.

Tindakan itu kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akim memberi ceramah di Expo Anak Muda di Padang Awam Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, kelmarin.

Khabar angin mengenai perletakan jawatan Syed Mikael bermula menerusi penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang turut diterima oleh Berita Harian.

Syed Mikael ketika ditunjukkan SMS itu oleh Berita Harian mengesahkannya.


EXPOMUDA yang dimaksudkan oleh Syed Mikael itu sebenarnya bukanlah satu program yang mahu menjana keuntungan semata-mata, pada dasarnya ia diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan seluruh Ketua-Ketua AMK dari setiap Cabang di Pulau Pinang yang baru memenangi jawatan tersebut dalam Pemilihan 2010 yang lalu.

Mengumpulkan dengan tujuan mengeratkan atau merapatkan saf diantara AMK-AMK seluruh Pulau Pinang. Juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK itu dengan pimpinan parti.

Selain itu ianya juga untuk merapatkan hubungan antara mereka dengan Penjaja-penjaja yang melibatkan diri dalam program tersebut.

Program tersebut cuba menampilkan sesuatu yang berbeza, berbagai aktiviti telah disusun untuk menarik minat anak muda..

EXPOMUDA ini adalah anjuran bersama diantara AMK Negeri Pulau Pinang dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Namun begitu segala perbelanjaan bagi menjayakannya datang dari AMK Pulau Pinang.

Kesemua program telah diatur setelah perbincangan diadakan antara AJK-AJK yang terbabit..

Berbalik kepada SMS perletakan jawatan Syed Mikael diatas, beliau berkata berikutan keputusan yg telah dibuat oleh pihak j’kuasa program EXPOMUDA yg tetap mahu menjemput Sdr. Shamsul Iskandar ‘Ketua AMK Pusat’ untuk berucap di program tersebut pada mlm ini.

Manakala Berita Harian pula melaporkan beliau meletakkan jawatan kerana kecewa dengan Timbalan AMK Permatang Pauh, Afzal Khan menjemput Ketua AMK , Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi ceramah di Expo Anak Muda.

Biarpun terdapat percangahan diantara SMS yang dihantar oleh Syed MIkael itu dengan apa yang dilaporkan oleh Berita Harian, persepsi yang timbul dari sini ialah satu persepsi yang negative terhadap Angkatan Muda Keadilan.

Ianya memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa memang wujud atau berlaku perpecahan dalam AMK , perpecahan yang berlaku kerana Pemilihan yang lalu yang telah menjadikan AMK terbahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong Sam manakala satu lagi menyokong Chegu Bard. Perpecahan yang perlu disimpan sesama ahli dan bukannya didedahkan kepada umum..

Selain itu ianya juga adalah bercanggah sama sekali dengan tujuan EKSPOMUDA itu diadakan , iaitu untuk mengeratkan hubungan diantara Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Pulau Pinang itu dengan Pimpinan Parti.

Mengenai perletakkan jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang pula, sebagai Bekas atau Mantan Setiausaha Syed Mikael seharusnya tahu bahawa apa sahaja jawatan yang melibatkan perlantikan adalah terbatal atau terhenti setelah Pemilihan bermula, dan samada lantikan itu disambung atau tidak ianya adalah terletak diatas budi bicara Ketua AMK Negeri yang baru.

Jadi dalam perkara ini Syed Mikael hanya memangku jawatan Setiausaha AMK Pulau Pinang sehingga dilantik semula oleh sesiapa sahaja yang diperkenankan oleh AMK Pusat sebagai Ketua AMK Pulau Pinang, oleh itu tiada sebarang Jawatan yang diletakkan oleh Syed Mikael sebenarnya.

Agak aneh bila Syed Mikael berkata beliau meletakkan jawatan kerana protes akan kehadiran Sam, sedangkan kehadiran Sam itu telah dibincangkan sesama AJK.. yang beliau sendiri adalah sebahagian dari AJK.

Pada mesyuarat yang pertama nama Sam telah dicadangkan untuk menutup secara rasmi program tersebut, namun Sam memberikan jawapan agak lewat bagi membolehkan AJK-AJK menyusun semula program, jadi nama Sam telah tidak tersenarai dalam sebarang aktiviti program.

Jika benar kerana protes akan kehadiran Shamsul Iskandar, Syed Mikael meletakkan jawatan sewajarnya ia dilakukan sebelum EKSPO bermula, iaitu selepas perbincangan bagi menyusun agenda selesai bukan pada malam terakhir Shamsul Iskandar akan hadir.

Sepatutnya sebagai seorang ahli PKR, dalam mempertahankan Prinsip sendiri tidak salah rasanya kita menunjukkan sedikit rasa hormat kepada Shamsul Iskandar yang pernah memimpin AMK jka kita tidak boleh atau mahu mengiktiraf beliau sebagai Ketua AMK Pusat.

Tunjukkanlah rasa hormat itu biarpun sedikit sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong tegar Sam dalam menyambut dan meraikan kehadiran Chegu Bard bersama SAMM dari Negeri Sembilan itu.

Prinsip memang perlu dipertahankan, namun dalam mempertahankan Prinsip itu, kita sewajarnya melihat dalam kerangka politik yang lebih besar , kita juga sewajarnya menoleh kebelakang mengingat kembali apakah tujuan kita bersama PKR.

Melihat juga kepentingan pihak manakah yang kita perjuangkan selama ini, kepentingan diri sendiri atau kepentingan rakyat yang mengharapkan perubahan.

Aku juga menyokong Chegu Bard dalam pemilihan yang lalu, aku juga terkilan melihat dan membaca cerita-cerita tentang penipuan yang berlaku. Kecewa juga kerana menunggu hasil siasatan JPP yang masih tak kunjung tiba.. Kecewa juga bila melihat penafian membabi buta oleh SUA PKR..

Namum begitu bagi aku.. siapalah aku jika dibandingkan dengan hampir separuh dari rakyat Malaysia yang mengharapkan akan perubahan terlaksana dalam Negara ini…..



-Anak Sungai Derhaka

Rabu, 29 Disember 2010

PEROGOL:Senang cari.....Menteri kita tidak ramai.

Menjelang tahun 2010 melabuh tirai, tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat memalukan iaitu satu dakwaan yang dibuat oleh Badan NGO Migrant CareIndonesia terhadap Menteri Senior Malaysia semasa zaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

Jika ianya benar dakwaan itu yang sudah diketahui sejak 2007 oleh Jabatan Perdana Menteri, Kedubes Indonesia dan Kedubes Amerika di Jakarta sudah pasti memalukan dan mencemarkan imej Malaysia di kaca mata dunia Islam. Mengapa tidak?

Bukankah ketika itu kempen Islam Hadhari rancak dikempenkan.

Timbul persoalan mengapa Kerajaan Indonesia juga turut "menyapu " kes ini di bawah karpet? Berbeza dengan cara Kedubes Indonesia begitu cepat dan peka dengan kes amah-amah yang disiksa oleh majikan Malaysia. Adakah Kedubes juga turut takut kerana membabitkan Menteri Senior Malaysia?

Kes ini perlu disiasat setelus-telusnya. Pihak Indonesia dan Malaysia perlu bertindak segera. Ini membabitkan imej dan moral. Pendakwaan perlu disegerakan.

Keselamatan untuk si mangsa perlu dimaksimakan. Patutlah si mangsa sangat takut dengan kes ini dibongkarkan kerana si mangsa baru setahun pengeboman Altahtunya berlaku.

Nampaknya Kabinet Menteri kita penuh "warna-warni".

Siapakah agaknya Menteri Senior kita yang menghiasi "warna-warni" terakhir menjelang 2010 melabuh tirai?

Yang pastinya ianya bukan Samy Vellu dan JJ !


Oleh: Tok Pepijat

YB Gobala Menjerit Seperti `MABUK TODI'?

MEMBACA laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, ternyata YB Gobalakrishnan terlalu kepingin dirinya dipecat dari PKR. Beliau secara terus terang menyerang kepimpinan DS Anwar dengan menuduh Ketua Umum PKR tersebut secara terbuka sebagai tidak berlaku adil. Malangnya, YB Gobala tidak menyebut secara terperinci atau bukti ketidakadilan DS Anwar di dalam kenyataannya itu melainkan menuduh secara rambang sahaja.

Adakah PKR tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden yang dilantik suatu bukti bahawa DS Anwar tidak berlaku adil? Apakah perlantikan N.Surendran seorang pejuang hak asasi yang mewakili kaum India di dalam PKR juga menunjukkan DS Anwar pilih kasih? Bagaimana pula dengan tokoh ternama lain yang tewas di dalam pemilihan PKR baru-baru ini tetapi tidak dipilih oleh DS Anwar? Mengapa mereka tidak menuduh DS Anwar tidak berlaku adil? Mengapa YB Gobala sahaja yang terjerit-jerit macam mabuk todi?

Beliau membangkitkan isu kuil orang-orang India. Tidakkah beliau tahu orang-orang Islam juga sekarang mempunyai masalah dengan tempat ibadat mereka dan sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PKR yang berugama Islam terjerit-jerit seperti YB Gobala. Mereka semua faham isu tersebut mesti ditangani segera, dan ada ketikanya mereka perlu bertolak ansur bagi mengatasi masalah tersebut.

Kita mahu bertanya YB Gobala berapa banyak kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan atau dibakar di bawah Kerajaan Negeri PR? Jika setakat kuil dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, YB Gobala juga mesti tahu Masjid dan Surau bagi orang-orang Islam juga akan dipindahkan sekiranya terdapat keperluan. Apa yang penting, pihak pemerintah mesti berbincang terlebih dahulu kepada semua penduduk agar sebarang tindakan yang bakal diambil difahami sepenuhnya oleh mereka. Mengapa YB Gobala meletakkan isu kuil ini ke atas kepala DS Anwar untuk menuduh beliau seolah-olah anti kaum India?

Nampaknya YB Gobala mula belajar dari YB Zul Kulim Bandar Baru yang sengaja mencari sebab untuk dipecat. Apakah YB Gobala merasakan beliau terlalu hebat sehinggakan PKR terlalu sayang untuk melepaskannya? Atau, YB Gobala sudah merasakan semenjak Sammy Vellu bersara dari Presiden MIC, harapan beliau agak cerah untuk kembali kepada MIC? Mungkin juga YB Gobala terlalu rindu untuk bersama semula dengan Dato Zaid Ibrahim Presiden KITA dan merasakan ada harapan untuk memegang jawatan penting di dalam parti yang mempunyai keahlian 300 orang itu? Jika itulah harapan YB Gobala, kita minta beliau berambus sahaja dari PKR.


Oleh: WFAUZDIN NS

APCO: Kembali Kepada Asas Perbincangan

Penglibatan serius APCO dalam pentadbiran Perdana Menteri adalah bukti paling jelas tentang kemunafikan Umno-Barisan Nasional.

Selama lebih satu dekad, mereka memekakkan negara ini dengan propaganda bertali-arus bagi menggambarkan saya sebagai agen Yahudi, sambil secara diam-diam mengupah firma yang termaklum kerana hubungan kuatnya dengan perisik dan institusi politik Israel untuk menguruskan salah satu fungsi paling berpengaruh di pentadbirannya iaitu mesej dan komunikasi.

Maka itu, sebahagian besar bantahan saya ketika pertama kali membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat ditujukan pada sikap hipokrik dan kecuaian Perdana Menteri yang mengupah firma dengan rekod lampau seperti APCO.

Amat wajar apabila ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan berterus-terang tentang sejauh mana keterlibatan APCO dalam penggubalan dasar-dasar dan komunikasi di bawah Perdana Menteri ketika ini.

Ada banyak catatan tersediia untuk tatapan umum sedia untuk mengesahkan rekod lampau APCO yang tidak sihat yang berkhidmat dengan regim-regim yang berkecenderungan untuk menekan hak-hak asasi manusia dan ruang demokrasi.

Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) telah menulis dua artikel dengan panjang lebar mengenainya (“APCO: In Mercenaries We Trust” dan “APCO & Najib: Beneath the PR Veil”).

Kedua-dua artikel ini; disiarkan oleh Malaysiakini memberi wawasan tentang kerja-kerja APCO dan hubungan eratnya dengan regim-regim atau penyebab-penyebab yang dianggap merugikan kemajuan demokrasi dan kepentingan awam.

Maka itu, isu ini sama sekali bukannya mengenai soalan mudah tentang siapa yang mencetuskan 1Malaysia. Ia mengenai soal memastikan kerajaan hari ini bertanggungjawab di atas perlakuan tidak terurusnya dalam membelanjakan wang awam (anggaran RM77 juta bagi satu tahun perkhidmatan) yang mengupah firma bagi membina imejnya sendiri.

Lebih penting lagi, ia membabitkan sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri yang menolak rekod lalu APCO dan potensi risiko keselamatan yang ditimbulkan olehnya.

Malangnya, Umno-Barisan Nasional tidak pernah bersedia untuk berdepan dalam kedua-dua isu kritikal ini. Ia bertindak keras sejak awal lagi sehingga akhirnya membawa kepada penggantungan empat ahli Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia menginjak-injak setiap etika dan norma yang termaklum termasuklah proses alami yang membenarkan seorang tertuduh untuk mengemuka dan mempertikaikan kesnya di hadapan sebuah panel yang adil dan saksama.

Hakikat bahawa saya tidak dibenarkan untuk mengemukakan bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen memperlihatkan tujuan Perdana Menteri bagi mengelak isu-isu asas tentang akauntibiliti dan kelalaian pihaknya dalam mengupah APCO. Akhirnya, Umno-Barisan Nasional mencipta satu lagi sejarah pertama Dewan Rakyat apabila ia merancang penggantungan kami tanpa bahas dan berdasarkan surat ringkas penafian dari APCO.

Kuasa Surat APCO

Saya juga harus menjawab dakwaan terbaru Umno-Barisan Nasional yang hanya dengan sepucuk surat penafian dari APCO dan satu kenyataan dari Robert M Shrum sudah menjadi bukti yang tidak dipertikai bahawa APCO tidak terlibat dalam konseptualisasi 1Malaysia; dan 1Malaysia tidak pernah diadaptasi dari kempen One Israel.

Dalam proses biasa mahkamah undang-undang, “bukti” sedemikian perlu diuji melalui pemeriksaan silang bagi memastikan ia boleh diyakini dan dapat diterima untuk tujuan sesuatu kes. Tidak ada mahkamah atau jawatankuasa parlimen yang bereputasi teguh yang akan menolak sebarang kes dan membuat penghakiman berat sebelah semata-mata dengan berlandaskan dua pucuk surat yang dikemukakan oleh pendakwa.

Dengan menggunakan logik Umno-Barisan Nasional yang sama tadi, kenyataan bersumpah yang dibuat oleh P. Balasubramaniam di atas tuduhannya terhadap hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Sharibu seharusnya diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

Begitu juga, dua perjanjian yang ditandatangani oleh APCO masing-masing dengan kerajaan Malaysia dan Israel yang saya miliki perlu diterima sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan tentang hubungan di antara kempen 1Malaysia dengan kempen lain yang APCO atau pegawainya pernah lakukan sebelumnya.

Mujurlah, proses undang-undang dan keadilan alami yang ditadbir dengan cara paling adil akan menetapkan bahawa setiap bukti yang dibawa tertakluk kepada ujian tertinggi.

Atas alasan inilah saya bersuara lantang dalam kritikan saya kerana Umno-Barisan Nasional bertegas untuk mengelak sebarang ujian tentang hubungannya dengan APCO hingga ke tahap dengan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dari meneruskan langkah sewajarnya dalam menjalankan peranannya.

Maka itu, pendedahan Umno-Barisan Nasional tentang dua dokumen tersebut tidak lebih daripada mainan terancang media bagi memastikan tidak ada ujian ke atas “bukti” yang didakwa dimilikinya. Siapa saja yang sudah biasa dengan sejarah Umno-Barisan Nasional dalam merancang kempen pembunuhan karakter yang sering melibatkan reka-cipta “bukti-bukti palsu” sememangnya akan merasa sketik dengan penghakiman terakhir media ini.

Pada akhirnya, negara ini harus kembali ke persoalan asas yang begitu ingin dihindari oleh Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak.

Persoalan paling asas muncul dari satu laporan oleh portal berita The Insider Malaysia bertarikh 28 Julai 2009 bertajuk “Money Being Splurged To Boost Image of Najib’s Administration”. Saya siarkan semula isi-isi pentingnya yang tidak pernah dinafikan secara rasmi oleh Perdana Menteri:

“Sudah diketahui bahawa perkhidmatan APCO Worldwide telah dibawa oleh Omar Mustapha, pembantu dekat PM yang baru-baru ini terlibat dalam kontroversi di atas cadangan pelantikannya ke lembaga syarikat minyak nasional Petronas.

APCO Worldwide diketahui sudah mempunyai pejabat rasmi berpusat di pejabat Najib semenjak hari-hari awal pentadbirannnya.

APCO dan lain-lain pakar perhubungan awam dari Amerika Syarikat juga telah membantu Najib melakar strategi 100 harinya. Ini termasuk slogan 1Malaysia dan lain-lain platfom utama pentadbirannya.”

Jika ini memang benar, Perdana Menteri mesti bersedia untuk menjelaskan lain-lain isu asas – sikap sesuka-hatinya dalam menggunakan wang pembayar cukai bagi mengupah sebuah firma semata-mata untuk kebaikan partinya, terutamanya pihak yang mempunyai rekod lampau yang begitu meragukan yang boleh menggugat keselamatan negara.


* Penulis ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Tahun Baru, Harga Barang Pun Akan Baru

Rakyat negara ini dijangka akan menyambut kedatangan tahun baru 2011 dengan perasaan yang kelat berikutan wujudnya tanda-tanda awal berlakunya kenaikan harga barangan pengguna pada awal tahun nanti.

Spekulasi kenaikan harga susu sejat dan susu krim di antara 20 sen hingga 30 sen pada permulaan tahun baru juga semakin bertiup kencang pada masa ini.

Sebelum ini sebuah syarikat pengeluar susu sejat dan krim mendakwa kenaikan harga gula akan turut memberi implikasi kenaikan harga produk keluaran mereka berikutan gula sebagai salah satu bahan utama produk mereka.

Kesan berantai kenaikan harga daripada langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan kerajaan itu dijangka turut memberi kesan terhadap harga makanan dan minuman oleh pengusaha restoran.

Manakala tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar negeri Selangor pula mendapati bekalan minyak masak dalam paket 1kg semakin berkurangan, keadaan yang sama sebelum berlakunya kenaikan harga gula pasir sebelum ini.

Ketika beberapa peniaga yang memberitahu mereka telah kehabisan bekalan minyak masak, beberapa peniaga lain pula terpaksa menghadkan pembelian kepada satu paket sahaja untuk setiap pelanggan.

Minyak masak juga merupakan antara barangan yang tersenarai dalam pelaksanaan langkah rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Memetik berita yang disiarkan oleh sebuah stesen tv swasta malam tadi, bekalan kelapa turut mengalami kekurangan yang ketara di beberapa tempat di Semenanjung khususnya di sebelah Pantai Timur dan mengakibatkan kenaikan harga santan.

Harga bahan api dijangka naik lagi

Sementara itu, Gabenor OPEC Iran, Mohammad Ali Khatibi dalam satu kenyataannya dalam laman sesawang Shana, Kementerian Minyak semalam, menjangkakan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa akan mencecah US$100 setong.

Harga komoditi utama dunia itu telah mencecah paras tertingginya semenjak 2008 dengan US$95 setong pada Jumaat lalu, sebelum ditutup pada harga US$93 pada hari yang sama.

Berdasarkan formula apungan harga minyak yang diguna pakai oleh kerajaan, kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ini akan mempengaruhi harga pengguna bahan api itu di pasaran tempatan.

Pada masa ini harga bahan api terbabit pada setiap liter ialah RM1.90 bagi petrol Ron 95, RON97-RM2.30, diesel-RM1.80 dan gas petroleum cecair (LPG)-RM1.90 bagi setiap kilo gram.

Rasionalisasi subsidi beri kesan kenaikan inflasi 2011

Sementara itu, dalam satu laporan yang diterbitkan oleh CIMB Research sebelum ini, Pemotongan subsidi akan memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI).

Menurut Ketua Ekonomi CIMB, Lee Heng Guie langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kenaikan inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011 dan pengguna akan menerima kesannya.

"Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011 dan kesannya akan lebih dirasai pada tahun itu.

"Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Selasa, 28 Disember 2010

Umno Retak Dan Sukar Cari Pemimpin Baru (Video)

Senarai baru ketua badan perhubungan Umno negeri yang diumumkan semalam mencerminkan kegagalan Umno untuk mencari pemimpin pelapis dan sebaliknya menonjolkan perpecahan dalam parti itu.

Keengganan Perdana Menteri Najib Razak memberi laluan kepada pimpinan Umno Selangor menerajui badan perhubungan negeri menunjukkan beliau tidak mempercayai kebolehan Menteri Asas Tani dan Industri Noh Omar.

Di Perlis, keputusan untuk mengekalkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa sebagai pengerusi Umno negeri di kritik oleh Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Mantan Menteri Besar Perlis itu menyifatkan Md Isa sebagai duri dalam daging dan berkata beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menerima perlantikan itu.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata secara keseluruhan senarai kepimpinan baru Umno mencerminkan sebuah parti yang masih bergolak dengan politik dalaman.

" Sepatutnya rakan-rakan pimpinan Umno di negeri Perlis harus akur bahawa dengan meletakkan Shahidan sebagai Timbalan, bahawa Datuk Najib memang tidak berhasrat untuk melihat Umno negeri Perlis itu aman," katanya.

Shahidan menyifatkan Md Isa sebagai pemimpin lemah yang gagal menyatupadukan ahli-ahli Umno di Perlis.

Malah Shahidan membidas Najib kerana tunduk kepada tekanan luar untuk mengekalkan Md Isa sebagai pengerusi Umno di Perlis, akhbar The Star melaporkan.

Di Selangor, Mahfuz berkata najib mengambil keputusan untuk kekal sebagai pengerusi badan perhubungan kerana mahu memastikan negeri itu dirampas balik oleh pemerintah.

" Saya melihat bahawa dengan Datuk Najib terus memegang kerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, ada satu perancangan dengan unsur-unsur jahat dan tidak demokratik untuk dilakukan ke atas negeri Selangor, " kata Mahfuz.

Jangan Benarkan Khusrin Masuk Pejabat Sebagai Tanda Protes

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan Datuk Khusrin Munawi masuk ke dalam pejabat setiausaha kerajaan negeri selama sebulan sebagai tanda protes.

Cadangan ini diajukan oleh Nizar berikutan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam tanpa merujuk kepada kerajaan negeri yang dianggap bertujuan untuk mencapai kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri Khalid menggunakan kuasa dia untuk mengunci dan anggota keselamatan jangan membenarkan Khusrin masuk selama satu bulan ke pejabat dia.

"selepas kunci bilik tu dia kena keluarkan, Tan Sri Khalid keluarkan satu nota kepada Datuk Khusrin supaya tidak masuk ke pejabat SS dan hanya duduk di rumah, dan kerja dia hendaklah dipangku oleh orang lain," katanya yang dihubungi TV Selangor hari ini.

Nizar mengemukakan cadangan ini kerana khuatir apa yang berlaku di Perak akan berulang lagi di Selangor dan cadangan tindakan ini dilakukan bagi menyelamatkan tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, UMNO-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara dua ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan satu ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Nizar juga menolak tindakan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.

"Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebab dia sebagai menteri besar, mestilah diberikan keputusan ataupun ruang untuk memilih orang yang dia boleh berkerja sebagai SS walaupun dia ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan," katanya.

Nizar turut memberitahu jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, mungkin akan terdapat campurtangan dari kerajaan Pusat dalam membuat keputusan mesyuarat Exco.

"Apa saja keputusan-keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat exco, kita sepatutnya SS akan keluarkan arahan dan laksanakan yang diputuskan dalam mesyuarat exco dia lengahkan, dia tak buat.

"kemudian apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan dari mesyuarat exco," ujar Nizar.

Mohd Khusrin, 54 tahun, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang bersara pada hujung minggu ini, dilihat sebagai pegawai kanan yang kontroversi ketika menerajui JAIS.

Di bawah terajunya JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat turut dilarang memberi ceramah di masjid-masjid Selangor.

JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Apa erti ketuanan Melayu jika bahasanya ke kubur?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu dan bapamu." (Surah an-Nisak, ayat 36)


SEORANG wartawan muda bertanyakan saya bagaimana mahu menulis berita mengenai ketuanan Melayu. Saya katakan, tidak perlulah menulis subjek itu secara am kerana ia amat luas tetapi fokuskan kepada bidang tertentu, tentunya akan terdedahlah temberang dan tembelang pihak terbabit – siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya.

Pada artikel kali ini saya fokuskan kepada bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi tetapi malang sekali selepas negara merdeka lebih separuh abad, pihak berkuasa baru-baru ini terpaksa melancarkan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Bayangkan sebuah negara berdaulat lebih 50 tahun lalu, terpaksa melancarkan kempen bahasa di kalangan rakyat sedangkan perkara itu sewajarnya sudah lama beres.

Kempen adalah bertujuan mempromosi sesuatu yang baru, tetapi apabila bahasa Melayu terpaksa dikempenkan, ertinya bahasa ini tidak ‘dituankan’ atau didaulatkan di negara ini. Demikianlah bahasa Melayu diperlakukan sedemikian rupa sehingga merempat di negara sendiri. Oleh itu, apa erti dilaung-laungkan ketuanan Melayu jika bahasanya sendiri beransur-ansur dikuburkan?

Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di di institusi pengajian mulai tahun 2003 oleh Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berkuasa dulu adalah bukti jelas tiada ada keyakinan kepada bahasa kebangsaan. Tindakan Dr Mahathir disokong oleh juak-juaknya dan ini menggambarkan betapa tidak pedulinya pemimpin Melayu terhadap salah satu aset ketuanan Melayu yang mereka laung-laungkan iaitu bahasa Melayu. Siapa pengkhianat kepada bahasa dan bangsa Melayu?

Jika bahasa Melayu tidak dimajukan sebagai bahasa ilmu, bagaimana orang Melayu mahu diperkasakan? Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang menjadi maju sedangkan bahasanya mundur, tidak digunakan di persada dunia keilmuan. Jika diimbau tamadun dunia, orang Arab pada zaman keemasan Islam maju kerana bahasanya maju sehingga begitu banyak perkataannya menjadi pinjaman tamadun lain, orang Inggeris maju seiring dengan bahasanya, demikian juga pada masa kini, orang Jepun dengan bahasanya, orang Korea dan orang Jerman dengan bahasa masing-masing.

Oleh itu adalah luar biasa jika orang Melayu dapat menjadi maju dengan bahasa Inggeris. Penulis yakin orang Melayu golongan atasanlah yang dapat mengaut faedah dengan dasar ini dengan merujuk negara sedang membangun yang mengutamakan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang kehidupan seperti India dan Filipina, sebagai contoh.

Benar, India maju dalam sebahagian hal, tetapi siapa sebenar yang mendapat manfaat? Sebahagian kecil rakyat India berjaya hebat dalam bidang teknologi tetapi majoriti penduduk negara demokrasi terbesar dunia ini, terus kekal miskin dan merempat. Demikian halnya di Filipina, sejumlah kecil berjaya sedangkan yang lain terus menderita dihimpit kemiskinan. Apakah pemimpin Melayu mahu sebahagian kecil Melayu maju dan kaya raya sedangkan majoriti rakyat terus hidup miskin dan merana?

Selain bahasa, identiti kebangsaan negara semakin lama semakin terhakis. Hampir keseluruhan cara hidup, identiti kebangsaan menuju kepunahan. Mungkin ada yang meletakkan kesalahan kepada perkembangan global atau dunia tanpa sempadan, tetapi benarkah demikian 100 peratus?

Kalau dulu kedengaran juga suara memperjuangkan bahasa kebangsaan dan pelbagai isu berkaitan identiti kebangsaan, nampaknya suara-suara itu sudah tenggelam 'bersama tenggelamnya' penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Jika adanya suara-suara yang menyatakan rasa tidak senang dengan bahasa iklan dan iklan yang mengambil model 'Pan Asia', hari ini suara-suara itu 'semakin tenggelam' dan dirasakan tidak relevan lagi. Malah iklan menonjolkan budaya terlalu asing (seperti ketika zaman Roman) menguasai siaran TV.

Sekalipun hari ini bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah 'menongkat langit' tetapi bahasa Melayu sudah menuju saat 'ke kuburan', gara-gara sikap gelojoh sesetengah pemimpin negara menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Jika ada pemimpin negara bercakap besar mengenai bahasa Melayu yang bersifat global, yang mungkin akan diterima di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Asean, di institusi pengajian tinggi di Rusia atau China, mereka sebenarnya tidak menyedari bahasa itu bukan bahasa Melayu Malaysia tetapi bahasa Melayu Indonesia.

Universiti-universiti utama dunia termasuk di China, Korea, Belanda dan Amerika juga menawarkan pengajian bahasa Melayu (Indonesia) manakala diplomat asing di Kuala Lumpur dan Jakarta (terutama dari Amerika dan Rusia), fasih berbahasa Melayu Indonesia.

Bahasa Melayu akan hilang kepentingannya sama seperti hilangnya penggunaan tulisan jawi dari bumi yang pernah menggunakan nama 'Tanah Melayu' ini. Kata-kata hikmah Hang Tuah 'takkan Melayu hilang di dunia' mungkin boleh diletakkan di 'Keretapi Tanah Melayu' saja. Maaf, penulis kelihatan terlalu kasar dalam membicarakan isu ini.

Sekalipun hilang pengaruhnya di 'Tanah Melayu', bahasa Melayu dipercayai akan terus berkembang pesat di bahagian dunia lain. Ini kerana bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan 12 bahasa utama dunia yang mempunyai lebih 100 juta penutur.

Daripada 6,000 bahasa di dunia, bahasa Melayu berada di tangga kesembilan dengan lebih 150 juta penutur. Ini termasuk lebih 50 juta orang yang bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.

Sebagai bahasa utama dunia, pejuang bahasa Melayu sebenarnya mempunyai landasan kukuh untuk mempertingkatkan bahasa ini sehingga ia boleh diterima sebagai bahasa rasmi pertubuhan serantau seperti Asean sehingga ke peringkat antarabangsa seperti PBB.

Malangnya bahasa Melayu/Malaysia dipersempitkan penggunaannya di bekas bumi bernama 'Tanah Melayu'. Pemimpinnya yang bergegak gempita dengan ketuanan Melayu, tidak yakin bahasa Melayu/Malaysia dapat dijadikan bahasa ilmu atau lingua franca.

Jika dalam isu bahasa saja, pemimpin Melayu ini sudah ‘fail’ (gagal), apalah diharapkan untuk mereka berjuang dalam bidang lain? Mereka hanya melayukan orang Melayu kebanyakan sebaliknya menggemukkan tembolok sendiri, kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu! Apa makna ketuanan Melayu sedangkan bahasa Melayu sendiri sudah hampir ke kubur?




Dari Lanh Sr.

Nik Aziz Mahu Mereka Yang Memfitnahnya Mohon Maaf

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10,di sini, hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

-BERNAMA

1Malaysia Gagal

1Malaysia walaupun niatnya baik tapi bagi kesemua rakyat Malaysia merasakan ianya projek yang gagal sama sekali. Jutaan telah dilaburkan, namun hasilnya tetap busuk. Walaupun pelbagai iklan telah dikeluarkan, namun rakyat Malaysia tetap tidak menerima konsep ini yang tidak jelas hala tujunya.

Rakyat Malaysia sekarang mentaliti mereka bukan seperti mentaliti kuno Perkasa dan rakan - rakannya. Mereka boleh menerima sahabat - sahabat mereka yang terdiri daripada bangsa bukan Melayu. Tapi mereka menolak 1Malaysia bukan kerana semata - mata isu politik. Semuanya kerana kebebalan Najib yang menaikkan harga barang secara mendadak. Mereka atau kita semakin tersepit semuanya kerana kenaikan harga barang. RM10.00 tidak bermakna pada hari ini. Gaji tidak naikkan. Semuanya menyesakkan otak kita.

1Malaysia tidak bermakna jika kita yang dipaksa menerima kesan kenaikkan harga minyak, barang, dan keperluan lain. Pak - pak menteri, Perdana Menteri, Rosmah dan lain - lain yang mendapat subsidi tidak akan dan mustahil untuk merasai kesusahan rakyat. Mereka cukup pandai berbicara Rakyat Didahulukan. Tapi sekarang rakyat berkata dalam diri mereka sendiri, apakah yang didahulukan. Poket kitakah? Kita sekarang ditipu bulat - bulat. Najib dan Rosmah membodohkan kita. Apakah kita mahu menjadi bodoh?

Kita tidak bodoh. Kita pasti akan menghumban BN. Semuanya kerana idea 1Malaysia yang telah gagal sama sekali. Dari ugutan otak kuno PERKASA hinggalah pemuda Umno yang kuno, semuanya telah menggagalkan 1Malaysia. Ugutan yang berbaur perkauman. Ugutan dengan menggunakan agama suci Islam (namun segala tindak - tanduk mereka tidak mewakili Islam). Apakah ini bererti 1Malaysia itu berjaya? Tidak.

1Malaysia sekarang sudah dipandang sinis. 1Malaysia terpaksa dibebankan dengan kenaikan harga barang demi memuaskan nafsu Rosmah. Demi memuaskan nafsu serakah pemimpin Umno yang membolot projek sebanyak mungkin dengan harga yang tidak masuk akal. Apabila keborosan nafsu syaitan oleh Rosmah dan pemimpin Umno, maka ini melenyapkan terus nilai positif 1Malaysia. 1Malaysia gagal dan busuk di mata rakyat. Dalam dunia ini jika menyusahkan rakyat, pasti akan mendatangkan penentangan.

Penentangan ini semakin membara. 1Malaysia semakin dibenci oleh rakyat. 1Malaysia semakin dianggap menyusahkan rakyat. 1Malaysia semakin dianggap oleh rakyat sebagai alat untuk menyusahkan rakyat. Alat untuk menaikkan harga barang, alat untuk menaikkan harga minyak.

Tahun 2011 merupakan tahun yang bakal menimbulkan aksi penentangan yang ketara. Semuanya kerana rakyat pasti harga pasti akan melambung naik. Dari peralatan sekolah hinggalah soal makan minum di rumah. Semuanya naik sedangkan gaji tidak naik - naik. Gaji naik RM10.00, harga barang naik 2 kali ganda. Tertekan. Apa tanggungjawap kita? Mahu jadi bodoh atau cerdik?

Ubah sebelum parah...

TOLAK BN!!




Dari dragsuperstar

Pelabur Kurang Najib Sibuk Pertahan Kuasa

Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.

“Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan,” kata beliau.

Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.

“Sama seperti pelbagai hingar-bingar dan kebisingan Najib dalam bidang ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang gagal menarik minat pakar-pakar ekonomi dan para pelabur dan menyebabkan mereka diingatkan supaya mengurangkan pelaburan, apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu juga gagal menarik perhatian rakyat.

“Tindakan mengambil pemain import seperti Farid ke JPM amat jelas membuktikan Najib menggelabah dan Apco Worldwide pula gagal menjalankan kerjanya untuk mempromosikan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu walaupun lebih dari RM70 juta wang rakyat dibazirkan kepada firma milik Yahudi Zionis itu,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun yakin Ahmad Farid tidak akan mampu mencapai keinginan Najib untuk mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu.

Konsep tersebut diharapkan oleh Najib dapat membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“1Malaysia yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu bukan TV hiburan yang penuh dengan pelbagai cerita menarik dan persembahan nyanyian yang mudah mengasyikkan orang ramai.

“Berapa banyak program yang sudah basi seperti Jom Heboh yang mahu dibuat oleh Ahmad Farid? Adakah setiap malam menjelang pilihan raya akan diisi dengan program Jom 1Malaysia pula?

“Benda-benda mengasyikkan seperti itu mungkin menarik minat muda mudi Melayu seperti yang berlaku dalam program-program Jom Heboh. Tetapi kaum lain yang semakin kecewa dengan api perkauman Umno tidak berminat pun dengan hiburan-hiburan seperti itu,” katanya.

Ketika ditanya tentang desas-desus bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pelbagai program untuk menghadapi “kempen cara Ahmad Farid” termasuk menggunakan kepakaran mereka yang pernah berkerja dengan orang kuat TV3 itu, Mahfuz enggan mengulas.

Mengapa Melayu Berpolitik Mengikut Sentimen?

Tendensi pengundi Melayu memberi undi untuk mengangkat sesebuah kerajaan berpandukan sentimen adalah satu percaturan yang silap. Kesilapan berlaku apabila mereka malas mengangkat darjat akal. Akal yang menjadi aset paling berharga dalam diri manusia dipenyek oleh nafsu sehingga nafsu mendapat ruang udara yang begitu selesa untuk membuat percaturan bagi pihak tuannya. Nafsulah yang mencipta sentimen dan melenyapkan kewarasan budi..

Mana mungkin seseorang itu dapat mencipta keputusan yang bijak dengan berpandukan sentimen?

Mengundi ialah kerja politik yang amat penting dalam sistem demokrasi. Sebelum mengundi, masing-masing sudah memahat simbol parti yang akan dipangkah. Simbol itu bukan dipahat sebaik Parlimen atau DUN dibubarkan. Malah bagi sesetengah orang pahatan itu telah berpuluh tahun usianya. Kalaulah pahatan itu besi, maka sudah berkarat besi itu.

Ada pengundi Saluran 1 berkata, “Pakcik dah pangkah dacing sejak kapal layar lagi.” Kapal layar itu merujuk kepada Parti Perikatan sebelum tertubuhnya Barisan Nasional. Seolah-olahnya sejak merdeka hingga alaf baru ini, dunia tidak pernah berubah. Bagi mereka UMNO sentiasa moleh sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Mereka tidak dapat membezakan kepimpinan Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dengan kepimpinan Tun. Dr. Mahathir, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib. Apalagi untuk mereka sedari bahawa UMNO sebenar telah lama berkubur. Yang ada sekarang ialah UMNO Baru yang dibuang perkataan ‘Baru’nya.

Sejak dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir, UMNO bukan lagi berjuang untuk rakyat. Mereka juga tidak layak dipanggil wakil rakyat. Sebahagian besar ADUN atau AP-nya adalah wakil perut dan kroni. Mereka mengaut keberuntungan ekonomi yang tidak pernah berkecukupan. Mereka mencari sekawah lauk konon untuk dijamu bersama rakyat. Namun senduk mereka cukup besar untuk mengaut segala isi yang lazat-lazat maka ditinggalkanlah untuk rakyat yang mengundinya kuah agar dapat dihirup beramai-ramai. JKKK-lah yang menjadi tukang membahagikan kuah itu. Sempat juga JKKK merasai seketul dua daging yang ditinggalkan oleh wakil-wakil mereka.

Sikap politik masyarakat Melayu lebih berpaksikan sentimen terutamanya golongan tua dan golongan pengundi luar bandar. Mereka menyokong UMNO/BN macam golongan muda dan golongan bandar menyokong pasukan bolasepak. Menjadi satu fenomena bagi golongan ini memuja pasukan Manchester United (MU), Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Pasukan bolasepak gergasi ini tiada kena-mengena pun dengan harta dan jatidiri rakyat Malaysia. Namun mereka yang gila bola boleh saja bersengkang mata kerana menunggu perlawanan yang melibatkan pasukan pujaan mereka. Mereka rela berhabis duit mengumpul jersey, mafla dan logo kebanggaaan EPL itu. Apabila pasukan pujaan mereka menang, mereka tidak mendapat apa-apa pun. Seduit pun tidak dihulurkan oleh juara EPL kepada mereka. Hendak dibanggakan pun tak layak dan dketawakan orang. Bila pula mereka membuat MOU dengan pasukan itu?

Inilah analogi sikap pengundi yang meletakkan sentimen sebagai asas sokongan mereka. Mereka buat parti politik bagaikan pasukan bolasepak. Mereka bertindak dalam pilihanraya seperti tindakan penyokong fanatik bolasepak. Mana mungkin begini? Di manakah letaknya akal yang waras? Mengapa diperbodohkan diri sendiri?

Menyokong dan memilih pasukan bolasepak tidak melibatkan dosa dan pahala. Siapa-siapa pun secara peribadi boleh meminati pasukan itu dan ini walaupun tanpa sebab yang konkrit. Itu diharuskan sahaja selagi pasukan yang disokong itu tidak membawa imej yang bercanggah dengan Islam. Malah kini telah pun heboh isu simbol syaitan dan minum keras yang terpapar pada jersey pasukan-pasukan berkenaan. Ini bermakna dalam hal sukan pun kita kena teliti agar tidak syirik atau rosak akidah sedangkan sukan pada dasarnya diharuskan oleh syarak.

Apalagi dalam hal politik dan memilih pemimpin. Semestinya melibatkan dosa pahala dan nasib diri serta generasi. Penulis tertarik dengan perbahasan pemuda kampung dalam isu hudud. PAS memperjuangkan hudud manakala UMNO menolak hudud dengan pelbagai alasan.

Kata pemuda itu sebagai konklusi perbahasannya, “ Agama saya kata orang mencuri mesti dipotong tangannya”. Dia berkata demikian kerana oponennya berkeras menolak hukum hudud. Pemuda yang mempertahankan hudud itu menggunakan ‘agama saya’ tidak ‘agama Islam’. Ini yang menarik bagi penulis. Apabila oponennya bertanya, “ Apa agamamu?” Pemuda itu menjawab, “Islamlah.” Lalu oponennya yang mendokong perjuangan UMNO berkata,“ habis, kau seorang saja Islam?” Maksudnya, aku juga Islam macam kamu. Lalu pemuda itu berkata lagi, “Agama aku kata pencuri perlu dipotong tangan. Agamamu kata pencuri sesuai dipenjara. Mana sama agama kita? Kalaulah agama kita sama tentulah hukumnya juga sama.”

Demikianlah satu misalan yang jelas bahawa politik PAS dan UMNO melibatkan hukum dosa dan pahala. Apalagi dalam memilih pemimpin. Tentulah perlu dipilih pemimpin yang jujur, tidak rasuah, boleh memimpin demi kebahagiaan dunia sampai ke akhirat yang kekal abadi. Mana boleh pilih pemimpin kaki rasuah, kaki perempuan, kaki botol, kaki tipu dan kaki sapu.

Kesimpulannya, masyarakat mestilah memilih parti dan mengundi bertolak dari keimanan di dada ( meskipun sedikit) dan disinari oleh akal yang bermaruah lagi bijaksana. Kita akan ditanya di akhirat kelak tentang amalan dan tindakan kita. Sebelum sampai di sana, di dunia ini pun kita inginkan kesejahteraan dan kemakmuran untuk diri dan terutamanya anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Kesilapan kita memilih pemimpin bererti kita meletakkan nasib anak-anak kita dalam bahaya, gejala sosial yang menakutkan dan kesesatan hidup yang nyata. Janganlah berpegang kepada dakyah UMNO bahawa hidup hanya sekali sedangkan Islam mengajar kita bahawa hidup dua kali iaitu, sekali di dunia sekadar 60 tahun dan sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Ya, ingat-ingat sesungguhnya hidup ini dua kali, bukan sekali.