Pengikut

Selasa, 30 November 2010

Definisi Nazri Aziz Berbeza Dengan Umno,Perkasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini membawa definisi lain mengenai konsep ketuanan Melayu daripada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno dan Perkasa.

Menurut Nazri konsep itu adalah hanya untuk menzahirkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan.

Ia bukannya tentang orang Melayu, ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus masih wujud, kita akan menghormati mereka,” kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Definasi itu sekali gus menyanggah konsep Ketuanan Melayu tajaan Umno yang mengguna pakainya untuk menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB).

Dasar itu sendiri tidak dipertikaikan namun apa yang ditentang oleh ramai pihak ialah tindakan pemimpin Umno untuk menggunakan dasar berkenaan bagi memberi projek dan konsessi lumayan kepada kroni-kroni Umno.

Pada masa sama sebilangan besar orang Melayu terus merempat dalam kemiskinan dan kemunduran, khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah  dan warga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Nazri dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata ungkapan Ketuanan Melayu biasanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin sayap kiri Melayu untuk mendesak hak-hak orang Melayu, dicipta untuk melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu pada masa-masa lalu.

Justeru tegas Nazri, “Ketuanan Melayu” sama sekali tidak bermaksud orang Melayu adalah lebih unggul berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Tanpa merujuk kepada pemimpin Umno dan Perkasa, Nazri bagaimanapun mengakui bahawa ungkapan Ketuanan Melayu  seringkali digunakan oleh ahli-ahli politik untuk merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyifatkan golongan itu sebagai membawa “tahi lembu di kepala.”

Mereka ini pemimpin-pemimpin tidak berguna. Mereka ini ada tahi lembu di kepala. Mereka tidak tahu langsung apa itu (Ketuanan Melayu),” katanya.

“Bagaimana anda boleh mengatakan hanya kerana anda orang Melayu di negara ini, bermakna anda (lebih) unggul. Apa maksudnya?

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai berkata, konsep Ketuanan Melayu harus 'ditinggalkan' kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.


-TVs

Kurang Ajar Gelar Wan Azizah "pelacur politik"

Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik."

Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.

"Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu.

Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

"Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.

Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini.

"Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu," tambahnya.

Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau.

Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu.

Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu.

"Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan," katanya.

Bukan Islam Boleh Petik Ayat Al-Quran

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang lalu.

Menceritakan pengalamannya semasa berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, tokoh PAS itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Pada Kongres Nasional PKR itu, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Dilapor Bernama, PKR memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Dr M: Lupakan Bangsa jika ingin 1Malaysia berjaya

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Forum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog.

Rafidah kemudiannya menegaskan bahawa hubungan erat antara beliau denganDr Mahathir tidak pernah terjejas di sebalik percanggahan pendapat mereka berhubung isu Permit Import (AP) lima tahun lalu.
Tidak sehaluan

Rafidah sebaliknya menafikan laporan media yang mengatakan beliau dan Dr Mahathir sudah tidak sehaluan lagi dan beliau masih menghormati tokoh negara itu serta masih menghubunginya seperti biasa untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

"Seperti anda boleh lihat, memang (kemesraan) tak pernah luntur atau terjejas. Cuma kita bukan dalam Kabinet dah...tak ada la mesyuarat hari hari.

"Saya dengan Tun masih seperti biasa, saya masih menghubungi beliau, masih ke pejabat beliau, dan masih berjumpa dengan beliau dalam majlis-majlis sebegini," katanya.

Dalam forum ini, Dr Mahathir menyampaikan ucaptama dan turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan daripada perwakilan berhubung suasana politik, isu-isu semasa, dan sejarah kecemerlangan beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Pada 2005, Rafidah, yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjadi sasaran kecaman selepas Dr Mahathir membangkitkan isu berkaitan Permit Import kereta yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Rafidah dan Dr Mahathir saling membalas kenyataan berhubung isu kontroversi berkenaan hingga mendorong banyak pihak menyarankan agar Rafidah memohon maaf kepada Dr Mahathir berikutan kenyataan beliau yang mereka anggap mengguris hati bekas Perdana Menteri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai forum bertemakan "Menoleh ke Belakang Untuk Mara Ke Hadapan" itu, Rafidah yang juga penaung dan penasihat MEF berkata, program itu diadakan bagi memastikan pihak Malaysia dan Eropah saling memahami dasar yang dibawa masing-masing terutamanya dalam soal pelaburan.
Salah tafsir

Selain Dr Mahathir yang menyampaikan ucaptama, forum berkenaan turut menyaksikan penyampaian kertas kerja oleh Timbalan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, wakil dari Kedutaan Norway Ashild Kjok, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Datuk Iskandar Mizal Mahmood, dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Kesatuan Eropah David Jones.

"Tujuan forum ini adalah untuk mempereratkan lagi kaitan ekonomi antara kedua-dua pihak, dan juga untuk menjelaskan kedudukan negara kepada Eropah, kerana kadang-kadang salah tafsir mereka terhadap dasar kita mengakibatkan ketidakcenderungan pelancong untuk melawat, melabur dan menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Program sebegini diharap dapat membantu kerajaan memperjelaskan kedudukan Malaysia sebagai negara dinamik di rantau Asia dan Asean di samping menerangkan kepada Eropah tentang dasar-dasar mereka yang menjadi kebimbangan kepada kita," katanya.

Forum itu turut dihadiri 250 pewakilan terdiri daripada ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli akademik, dan pertubuhan pelajar dari dalam dan luar negara.

RON97 Naik Lagi 15 Sen..!

Kerajaan Barisan Nasional(BN) akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini, lapor Malaysiakini.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esok. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal pada tahap RM1.85 seliter.

Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95.

Langkah tersebut adalah antara beberapa 'pembaharuan' yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka mengurangkan beban subsidi kepada lima barangan keperluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembaharuan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun tidak semua syor yang diunjurkan dilaksanakan oleh kerajaan kerana bimbang langkah itu bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya Umno

Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan. Dan ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh tiga bulan.


-Malaysiakini

Hishamuddin, Azizah Dan Raja

KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.

Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.

Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.

Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.

Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.

Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?

Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.

Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.

Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.

Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?

Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.

Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki.


Dari
M S O

Habislah orang Melayu Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

“Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

“Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo’ Lo’ berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.
Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan ‘memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.

Masjid diperbesarkan


Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan ‘booth’ di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu


Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo’ Lo’ lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

“Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential,” katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

Ketuanan Islam : Alternatif yang enggan difikirkan?

1. Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .

2. Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor . Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

3. Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

4. Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .

UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .

Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .

Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .

[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .

Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .

Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .

5. Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka. Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya



- [Harakah Daily]

PR Perlu Jelas Kepada Umum Berkenaan 'Ketuanan Rakyat'

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu menerangkan dan memberi penjelasan kepada rakyat negeri masing-masing mengenai konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diangkat bersama Pakatan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik Umno memutar belitkan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengenai isu meninggalkan ketuanan Melayu.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, segala data dan fakta mengenai kegagalan konsep yang dibawa Umno dapat dilihat.

"Begitu juga dalam isu ini, tanggungjawab utama kerajaan negeri ialah untuk menegaskan pendirian kita mengenai 'ketuanan rakyat ini,' kerana nampaknya polemik atau wacana ketuanan melayu itu juga diputar belitkan oleh kelompok Melayu yang kaya dan rasuah," katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Resolusi Shah Alam yang dikeluarkan hasil persidangan ini juga membawa kepada hubungan lebih rapat dalam melawan serangan dari kerajaan pusat.

Malah satu badan media antara negeri Pakatan Rakyat bakal ditubuhkan untuk menghakis serangan media Barisan Nasional(BN).

"Negeri-negeri ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat, secara rasmi mereka kemukakan ketetapan yang diluluskan kepimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi dasar Pakatan Rakyat supaya tak ada usaha khianat dari Umno, pimpinan atau media mereka untuk cuba merosakkan institusi ini sepertimana dilakukan sebelumnya untuk menimbulkan kecurigaan," ujarnya lagi.

Anwar mahukan agar hubungan akrab antara parti dan ahli biasa terjalin di peringkat bawah bagi memastikan tiada ruang kelemahan dapat dieksploitasi BN.

"Saya tidak sangat runsing dengan serangan tapi saya setuju dengan Kit Siang bahawa tiba masa dan ketikanya untuk memastkan muafakat dan keakraban kita dalam parti cukup mantap. Kita tak mungkin dipatahkan dari serangan luar, kita mungkin sedikit lemah dan tergugat kalau kita menimbulkan sedikit syak dan wasangka dari dalaman maka kami kepimpinan mengesyorkan kerjasama dari peringkat negeri," Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.



-TVs

Jangan anggap isu Ketuanan Melayu akan jana aliran undi

Isu Ketuanan Melayu yang tercetus semula membabitkan PKR dan pesaingnya Umno, di sebalik cakap-cakap akan adanya pilihan raya umum ke-13 awal tahun depan, dilihat tidak akan mengganggu gugat sokongan akar umbi, sekali gus menyebabkan perubahan arah aliran pengundi, kata penganalisis dan pemerhati politik.

Para pengundi termasuk kaum Melayu lebih memfokus untuk melihat hasil dasar-dasar membabitkan rakyat di kedua-dua peringkat kerajaan negeri persekutuan dan negeri, dan akan terpikat dengan kenyataan-kenyataan retorik seperti isu Ketuanan Melayu.

Pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong mereka telah melancarkan serangan terhadap PKR dengan dakwaan kononnya telah mengkhianati kaum sendiri ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar orang Melayu meninggalkan penggunaan perkataan Ketuanan Melayu atas alasan ia memperdayakan orang Melayu sendiri.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kenyataan Presiden PKR itu boleh dilihat sebagai satu langkah strategi bagi Umno untuk mengambil pendirian tegas, yang kemungkinan akan menyebabkan sikap menyampah di kalangan pengundi bukan Melayu.

“Saya tidak melihat ia akan menjadi satu isu. Mungkin di kalangan pengundi Melayu kawasan luar bandar tetapi tidak di kalangan pengundi-pengundi bandar yang berpelajaran dan khususnya tidak di kalangan pengundi-pengundi muda,” kata beliau.

Sivamurugan berkata, pilihan raya umum 2008 telah mengubah pemikiran pengundi di mana sokongan bulat-bulat bukan lagi satu norma.

“Pengundi-pengundi lebih rasional dan mahu melihat pelaksanaan GTP, ETP, konsep 1 Malaysia.

“Mereka mahu melihat dasar-dasar ini diterjemahkan dalam bentuk aktiviti dan program di peringkat bawah,” kata beliau.

“Saya melihat mengapa Wan Azizah (gambar kanan) berbuat demikian adalah kerana mahu mendapatkan semula sokongan bukan Melayu dan mengalih pandangan daripada apa yang berlaku ketika pemilihan parti,” katanya lagi.

Katanya, PKR telah kehilangan sokongan daripada kalangan bukan Melayu selepas beberapa calon termasuk bekas pesaing jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim muncul dengan dakwaan bahawa pemimpin utama parti bercampur tangan dalam soal pemilihan.

Sehubungan itu menurut Sivamurugan, setakat ini kedua-dua parti berkenaan dilihat hanya bergantung pada kelemahan masing-masing dengan harapan ia akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah Sivamurugan juga berkata kemungkinan isu “Ketuanan Melayu” akan menjejaskan PKR sendiri kerana pengundi-pengundi muda mahu melihat lebih banyak pencapaian dalam pelaksanaan agenda reformasi termasuk di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat. “Bagaimana dengan hasilan pilihan raya umum ke-13, ia masih satu teka-teki,” kata beliau.

Pemerhati politik James Chin juga melahirkan pendapat yang senada bahawa isu Ketuanan Melayu tidak akan mengalih sokongan kepada kedua-dua parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun menurut beliau, pandangan Dr Wan Azizah itu akan membawa peralihan yang akan signifikan semasa pilihan raya umum ke-14 khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda.

Kata beliau, mesej itu akan mendapat penerimaan baik di kalangan pengundi generasi muda dan pengundi-pengundi berpotensi yang kebanyakannya banyak membaca dan mengembara.

Kata beliau, mereka tidak akan menerima hujah bahawa orang Melayu sahaja akan menerajui.

“Keseluruhan konsep Ketuanan Melayu ialah mereka mesti nombor satu dalam semua bidang (tidak kira), dalam politik, dalam ekonomi, sosial,” kata beliau.

Justeru ahli akademik dari Monash University ini memuji kerana Dr Wan Azizah merupakan pemimpin pertama dari parti dominan Melayu itu, sejak 1970-an, menyeru akan dihentikan hujah mengenai konsep Ketuanan Melayu, satu konsep yang dipercayai berasaskan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan Wan Azizah adalah sesuatu yang bersejarah dari segi standard rakyat Malaysia. Ia kali pertama sejak 1970-an. Tiada pemimpin Melayu lain berbuat demikian. Mesej yang beliau mahu sampaikan ialah Umno-BN adalah parti politik rasis,” kata beliau lagi.

“Apa yang beliau cuba hendak sampaikan konsisten dengan pendirian PKR sejak 10 tahun lalu.

“PKR menggambarkannya sebagai parti pelbagai kaum. Ia satu penegasan semula perkara itu, tetapi tiada pihak yang datang dan bercakap mengenainya,” kata beliau.

Dalam pada itu, penganalisis Prof A. Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bukan sesuatu yang baru.

“Sebenarnya banyak pihak sudah mengatakan perkara itu. PAS sebagai contoh, telah menolak Ketuanan Melayu sejak (era) (bekas presiden) Fadzil Noor lebih satu dekad lalu.

“Dan, kita tahu bahawa ungkapan ini tiada kaitan dengan kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan. Ia satu terma yang dibawa oleh Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1986,” kata beliau.

Abdullah merupakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kok Lanas serta pernah mengetuai New Straits Times Press.
Aziz juga berkata, kenyataan Dr Wan Azizah itu satu langkah strategi untuk meletakkan Umno dalam kedudukan defensif dan untuk mendapatkan semula sokongan di kalangan orang Melayu dan kawasan bandar dengan menarik Umno agar mengikut “rentak” mereka.

“Bagi saya, ia satu usaha untuk mengekalkan pengundi-pengundi bukan Melayu dan memberitahu orang Melayu bahawa Umno boleh dicampakkan,” kata beliau dengan menambah, Umno sebagai parti lama sudah hilang tapak sebagai penjaga dan pelindung orang Melayu.

Sebagaimana dikatakan oleh Sivamurugan, Aziz juga mengatakan bahawa orang Melayu pada keseluruhannya lebih berminat untuk melihat bagaimana Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri akan melaksanakan dasar-dasar awam dan tidak terbawa-bawa dengan isu Ketuanan Melayu.

Isnin, 29 November 2010

Perkasa Pelacur Murahan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan UMNO.

Menurut Shamsul serangan dan tuduhan Perkasa yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai 'pelacur politik' dan 'Pengkhianat' kerana menolak konsep 'ketuanan melayu' yang dibawa UMNO jeles menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin Keadilan ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira perkasa juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

Perjuangan perkasa ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publiciti murahan," kata Shamsul kepada TV Selangor, petang tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah dalam sebuah sidang media mengecam kedua-dua pemimpin PKR terbabit atas alasan mereka dilahirkan dan mendapat kesenangan menerusi konsep 'Ketuanan Melayu'

Arman juga mendakwa kononnya Wan Azizah dan Azmin sebagai 'kacang lupakan kulit.'

PKR semalam mengangkat konsep ketuanan rakyat dan bangsa bermaruah bagi menggantikan konsep ketuanan melayu yang telah terbukti gagal kerana digunakan Umno bagi menguntungkan orang-orang tertentu sahaja.

Menurut Shamsul, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.


-TVs

Sepanduk Palsu "Wang Judi"

PAS Pulau Pinang membuat laporan polis di Kepala Batas berhubung penemuan beberapa kain rentang dan sepanduk yang mendakwa parti itu menentang pemberian 100 ringgit oleh kerajaan negeri kepada warga emas kerana dikaitkan dengan sumber perjudian.

Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim mendakwa kain rentang berlogokan parti pas, yang dijumpai dibeberapa lokasi itu memaparkan logo kerajaan negeri serta gambar perlumbaan kuda dengan perkataan 'kami tak nak wang judi', bukan milik parti pas dan berunsur fitnah.

Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Ada pihak cemburu dan mereka cetuskan pelbagai propaganda untuk burukkan imej Pakatan Rakyat,” katanya kepada media.

Beliau menyifatkan serang demi serangan yang diterima kini membuktikan keupayaan kerajaan pakatan rakyat mentadbir negeri ini semakin berkesan dan diterima rakyat.

Sebelum ini kerajaan negeri pimpinan guan eng dikatakan menggantikan nama ketua menteri dengan nama Agong semasa khutbah Jumaat serta gambar 'palsu” yang menunjukkan beliau menyembelih lembu untuk upacara korban.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri dituduh memberikan bantuan 100 ringgit kepada warga emas dan 1,000 ringgit untuk belanja pengkebumian dari hasil yang dicurigai, termasuk kemungkinan ianya hasil perjudian.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Malik Kassim kemudiannya menafikan kerajaan negeri menggunakan dana haram untuk diagihkan kepada warga emas dinegeri itu.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri mengasingkan hasil kutipan cukai halal dan haram dalam pengurusan kewangan negeri sebelum diagihkan kepada rakyat jelata.

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara

Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.


-Hrkh

Kerana Memilih ALLAH, Ezam Masuk UMNO ?

APABILA DS Wan Azizah menyebut bahawa DS Anwar adalah anugerah Allah kepada kita, dan disokong pula oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana DS Anwar telah melalui berbagai ujian dan fitnah demi membela rakyat, maka merasa sakit dihati pemimpin-pemimpin Umno. Paling terluka sekali adalah bekas anak didik DS Anwar sendiri yang kini `mencari sesuap nasi' dari periuk Umno iaitu Ezam raja sesumpah.

Ezam sesumpah menyangkal bahawa DS Anwar anugerah Allah, tetapi sebaliknya ia adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan rakyat samada memilih Allah atau DS Anwar. Bahkan, beliau berkata beliau telah lulus ujian tersebut. " Kata Ezam, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya melepasi ujian tersebut dengan memilih Allah SWT daripada bekas ‘bos’ beliau sendiri." (AgendaDaily)

Oleh kerana Ezam sesumpah memilih Allah SWT, maka mamat kotak ini memilih Umno. Hebat sungguh parti pilihan Ezam sesumpah, mungkin padanya Umno lebih hampir dengan Allah daripada Apco. Ezam sesumpah memilih Umno kerana beliau memilih Allah SWT, sebab itulah segala lesen judi dan arak terbesar diluluskan oleh Kerajaan Umno/Bn. Dan, kerana Ezam sesumpah memilih Allah lah maka Ezam sesumpah menjadi Senator lantikan Najib yang mahukan `Hub Hiburan' di negara ini. Tahniah, Ezam.

Ezam sesumpah butakan mata dan telinganya dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di dalam mahkamah tentang kes liwat DS Anwar sekarang. Ezam sesumpah tidak peduli bagaimana DS Anwar mahu agar kesnya dibicarakan mengikut Syarie walaupun ada Menteri Umno yang menghalang kes tersebut dari dibicarakan. Ini adalah kerana Ezam sesumpah memilih Allah, maka Mahkamah Syariah tidak perlu bicarakan kes liwat. Sekali lagi Tahniah, Ezam.

Raja Sesumpah ini terus berhujah kununnya Tun Mahathir sememangnya tahu benar perangai buruk DS Anwar itu, sebab itulah beliau memecat DS Anwar. Cuma, Ezam sesumpah `terlupa' mahu bercerita bagaimana Tun Mahathir memujuk DS Anwar meletak jawatan secara terhormat. Mungkin juga Ezam sesumpah terlupa kisah bagaimana tarikh kejadian Liwat 1 telah dipinda sebanyak 3 kali di dalam mahkamah kerana terkantoi apabila tarikh tersebut bangunan atau apartmen tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu belum pun siap lagi. Ada Ezam sesumpah cerita kisah ini di dalam ceramahnya. Mustahil, ada.

Oleh kerana memilih Allah lah, Ezam sesumpah kini berada `satu kelambu' dengan Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita Umno yang fail rasuahnya dahulu didedahkan oleh Ezam sesumpah sehingga beliau masuk penjara. Akhirnya, Ezam sesumpah melutut di dalam parti Umno, Rafidah tertawa riang. Tahniah Ezam.


Dari
WFAUZDIN NS





Membujur Lalu Melintang Patah.. Lawan Tetap... Lawan

"Third Party", Menteri tak tahu kesusahan rakyat

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan 'third party' kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

"Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

"Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus," kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

"Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

"Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

"5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi," katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan "third party" kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

"Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya.

Dulu Sokong Sekarang Bantah?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini menyokong kini berubah pendapat pula melahirkan kebimbangan terhadap cadangan pembinaan projek mega menara warisan setinggi 100 tingkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah, beliau memberi amaran pula kepada kerajaan BN bahawa cadangan pembinaan projek mega berkenaan akan memburukkan lagi kemelesetan pasaran hartanah di Lembah Klang.

Menjawab soalan dari hadirin di persidangan Mengimbas Kembali Wawasan 2020 di sini, beliau berkata," Jika anda bertanyakan kepadda saya mengenai pembinaan menara tersebut, saya tidak fikir kita memerlukannya.

"Saya nampak banyak papan iklan hartanah untuk disewa dan dijual ketika saya bersiar dan ini menunjukkan kita ada terlalu banyak bangunan yang kosong, katanya lagi.

Mahathir, sebelum ini menggesa kerajaan supaya mendapatkan pandangan umum menngenai cadangan projek berkenaan malah turut menyokong projek berkenaan kerana mendakwa ia bakal memberi kesan sampingan yang baik kepada ekonomi.

Beliau juga mengakui mempunyai pandangan berat sebelah terhadapa perkara ini memandangkan pembinaan menara berkembar Petronas adalah hasil cadangannya dan beliau tidak mahu bangunan lain membayangi menara berkembar tersebut sebagai bangunan tertinggi di negara ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 awal bulan lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015.

Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut.

Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

Umno Punca Masalah Di Negara

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati matlamat dalam agama yang dianuti dalam memperjuangkan hak rakyat oleh Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Umno cuba melaga-lagakan parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

"Saya nak tanya....adakah Umno alat MCA? Pas mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini ditterima baik oleh DAP.

Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA..ataupun MIC? Tidak boleh sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" kata beliau.

Menurut Nik Aziz lagi, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira samada mereka beragama Islam ataupun bukan islam.

Beliau mengambil; contoh expo Cheng Ho yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu dan Cina.

Di Expo tersebut, ujarnya, kaum Cina dan Melayu turut mengambil bahagian dan saling membantu menjayakan expo terbabit tanpa sebarang perasaan wasangka atau was-was walaupun ia dianjurkan bai eraikan seorang tokoh sejarah dengan bertemakan Islam.

Oleh itu,katanya kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" ujar beliau lagi.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang baru berlaku baru-baru ini untuk menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, tegasnya jelas menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja melayu asalkan matlamat mereka mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Lebih Maju Bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat

Kontraktor Melayu di negeri ini berjaya memenangi lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri sekaligus membuktikan bahawa mereka boleh bersaing dan berdaya maju.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

Menurut Lim, ia menyanggah dakwaan negatif seumpama itu selama ini dan juga mmembuktikan keberkesanan sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.,

Menurutnya lagi, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil juga telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.



-TVs

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

Umno Terkedu Bila Azmin Ditabalkan Timbalan Presiden PKR

PERTAMANYA, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memelihara Kongres PKR yang baru berakhir dengan jayanya. Apa yang kita bimbangi bahawa Kongres kali ini gagal dilaksanakan akibat `tangan-tangan' pengkhianat parti yang bersekongkol dengan pihak musuh dan media pencacai untuk memporak-porandakan Kongres kali ini, namun Alhamdulillah, mereka gagal di dalam misi jahat mereka.

Tahniah, saya ucapkan kepada YB Azmin yang telah ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR, sekaligus membuatkan Umno teramat dukacita di atas kemenangan pejuang gigih ini. Begitu juga kepada YB Nurul Izzah, YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua dan YB Mansor yang juga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden. Saya amat bersyukur juga apabila Dr Badrul Amin Bahrom berjaya terpilih di antara yang menduduki kerusi MPP dengan undian kedua tertinggi. Beliau mempunyai harapan cerah di masa akan datang untuk ditabalkan ke jawatan yang lebih tinggi lagi.

YB Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya semalam, Azmin mendapat 19,543 undi. Syabas diucapkan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi yang ditandinginya namun beliau berjaya melalui pertarungan yang dikatakan `kontroversi' itu sehingga ke akhirnya. Keberanian, keikhlasan dan kejujuran beliau menunjukkan beliau sememangnya tokoh yang bakal bangkit di suatu masa nanti. Bukan mudah untuk seseorang berani menegur parti dan pimpinan demi keutuhan parti. Sdr Mustafa Kamil telah berjaya melakukannya.

Kesemua mereka yang bertanding kali ini sebenarnya adalah pemenang dan telah berjaya menangkis dakwaan Umno bahawa PKR akan berpecah dan berkubur selepas ini. Walaupun saya kecewa dengan kekalahan Chegu Bard yang bertanding kerusi Ketua AMK, namun saya masih menganggap beliau adalah idola anak muda yang berani dan jujur di dalam perjuangannya membantu parti. Mungkin terdapat beberapa pihak atau kumpulan yang menyokongnya termasuk saya, melakukan langkah yang silap sehingga dilihat seperti `menentang' parti, menyebabkan imej Chegu Bard terjejas pada pandangan parti, diharapkan Chegu Bard sudi memaafkan. Mungkin, terlalu kuat kita menyokong seseorang sehingga orang yang kita sokong itu mendapat kesulitan.

Adalah menjadi harapan kita agar parti sentiasa memberikan keadilan kepada kita semua termasuk calon-calon yang tewas kali ini. Selagi mereka tidak melanggar disiplin parti dan menghidupkan amalan kebebasan bersuara secara beradab, maka parti tidak harus memandang serong kepada mereka.


Oleh: WFAUZDIN NS

Jambatan Bengkok bakal dibina di KL?

Melihat kepada perangai Dr. Mahathir sejak beliau serah jawatan PM, beliau tetap akan berpolitik ,merungut, membebel macam "orang tua lama" dan akhirnya segalanya akan berakhir sunyi sepi apabila Malaikat Izrail "mengunjungi" beliau.

Terkini Dr Mahathir masih bercakap tentang jambatan bengkok. Dakwanya pembangkang dapat kerusi di Johor kerana Pak Lah tidak teruskan projeknya membuat jambatan bengkok untuk ganti Tambak Johor.

Barangkali semakin lama lanjut usia semakin fikiran bercelaru dan menghampiri peringkat nyanyuk. Inikah mungkin detik yang sedang dan akan dialami Dr Mahathir sebagai balasan Tuhan terhadap kezalimannya sepanjang 22 tahun memerintah negara?

Apakah Dr Mahathir tidak melihat keadaan sekelilingnya. Sudah ramai rakan-rakannya di"sapa" Malaikat Izrail. Terkini mendiang Lim Chong Eu.

Mengapa beriya-iya Mahathir masih menyebut tentang jambatan bengkok? Barangkali hidup diambang sore bagi Mahathir tiada makna jika jambatan bengkok tidak dibina atau roh Mahathir di pusara nanti tidak tenang tanpa terbinanya jambatan bengkok?

Pelik juga melihat perangai seorang "negarawan" yang tergila-gila sebuah jambatan bengkok.

Eloknya PMNajib membina jambatan bengkok di Kuala Lumpur. Antara Pusara Pahlawan di Masjid Negara terus menghubungkan Pusara Negara di Tugu Negara.

Persoalannya sekarang, manakah lokasi idaman Mahathir untuk disemadikan samada Pusara Pahlawan atau Pusara Negara? Pusara Negara lebih mahal lagi harganya RM144,000 sebuah. Cumanya tiada "aircond" je !

Apa yang penting, PMNajib kena bina jambatan bengkok supaya "negarawan" itu tidak kempunan di akhir hayatnya!


-Tok Pepijat

Ahad, 28 November 2010

Amaran Kit Siang Pakatan boleh hilang Selangor di PRU-13

Lim Kit Siang memberi DAP Selangor amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.

Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.

“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim (gambar) ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Lim memberikan amaran ini di sebalik persaingan sengit antara kem diketuai oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan kem pimpinan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim.

Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.

“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Kata beliau, baru-baru ini selepas pilihan raya kecil serentak Galas dan Batu Sapi, Dr Mahathir memberitahu bahawa BN berupaya untuk menawan satu atau dua negeri daripada penguasaan PR atas alasan pembangkang berada dalam kelam-kabut tetapi BN tidak mampu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kata Lim, bukan sesuatu yang rahsia satu dua negeri yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebenarnya merujuk kepada Selangor.

Malah dalam ucapannya, Lim juga mengulangi seruan Yong agar semua pihak merapatkan kerjasama untuk memastikan PR boleh mengekalkan kuasa di negeri Selangor.

Lim juga meminta perwakilan menghantar mesej perpaduan dan memastikan kemenangan ahli-ahli DAP yang berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor pada pemilihan parti hari ini.

“Mesej itu akan tercalar jika pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak menerima mandat dan sokongan penuh daripada konvensyen,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberikan jaminan bahawa calon-calon yang tewas akan terus diberikan peranan dalam parti.

Pemimpin parti peringkat Perak dua minggu lalu menyaksikan kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu habis oleh kumpulan Ngeh-Nga.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menawarkan Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, jawatan naib pengerusi negeri itu tetapi ditolak.

Kedua-dua Selangor dan Perak mempunyai cawangan terbanyak dan ahli teramai dalam DAP.

Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

“Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

“Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita,” katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

“Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.


-the malaysian insider

Umno Gagal Martabatkan Melayu

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno sebenarnya gagal mempertahankan hak orang-orang melayu disebalik keangkuhan mereka mendabik dada bahawa kononnya parti pejuang sejati memartabatkan kaum Melayu di negara ini.

Anwar menambah, Umno bersembunyi disebalik kegagalan mereka itu dengan cuba menakutkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR khususnya akan menyebabkan kedudukan mereka terhakis jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600 ribu rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

Statistik kajiselidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu...jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan melayu," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7, di Dewan Sivik MBPJ petang tadi.

Beliau turut menyelar Umno kerana masih gagal mempertahankan hak orang melayu walupun sudah diberi kepercayaan memerintah negara lebih 50 tahun.

Anwar turut menyeru barisan baru kepimpinan parti supaya berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama ahli parti lain dalam merealisasikan usaha parti terbabit mahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya..dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," katanya lagi.

Oleh itu, sambung beliau lagi kongres berkenaan adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha PKR dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.

Azmin: Sedia Kerjasama Dengan Pihak Mendukung Perjuangan Rakyat

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu bersedia untuk menjalin kesefahaman mana-mana pihak yang mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dalam usaha memastikan saingan jitu terhadap Umno-Barisan Nasional(BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Justeru beliau berkata parti mengambil sikap terbuka kepada faktor “third force” yang cuma diungkit oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai kononnya kuasa baru yang menolak dasar-dasar PKR dan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak pasti apa yang Najib rujuk sebagai 'third force' ini. Tapi tentunya 'third force' ini akan menganggu gugat tujahan pada pilihanraya akan datang. Kita akan membuka perbincangan terbuka dengan mana-mana kumpulan untuk pastikan tahap kefahaman," jelas Azmin dalam siding akhbar selepas kongres.

Menjawab soalan pemberita, Azmin menjelaskan beliau akan memikul tanggungjawab memastikan aduan-aduan bersabit pemilihan parti diambil tindakan segera demi mempertahankan kewibawaan parti.

Beliau berkata tidak timbul soal mana-mana pihak cuba membalas dendam terhadap pihak lain namun aspek displin akan menjadi keutamaan dalam sebarang tindakan yang diambil oleh parti.

"Ini bukan proses 'witch hunting'. Apa yang penting adalah untuk mendisiplinkan anggota dan pemimpin sendiri. Aduan akan dipantau.Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Biar Jawatan kuasa Pemilihan(JPP) dan lembaga disiplin meneliti," kata beliau.

Boleh Serang Saya Tetapi Jangan Serang parti

Boleh serang saya tapi jangan serang parti saya, tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail.

Bercakap dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7 di sini, Saifuddin menjelaskan beliau tidak kisah dituduh sebagai pengatur dan manipulator dalam Pemilihan 2010 bagi memenangkan 'orang-orang' tertentu.

Saifuddin menganggap PKR yang dianggotai hampir 400 ratus ribu ahli dari pelbagai latar belakang yang menarik.

"Saya tak boleh biarkan parti ini diserang, sebab saya hargai kepelbagaian watak dalam parti ini.

"Mana nak cari parti seperti ini, sebab itu Saifuddin boleh diserang tapi parti keadilan sekalipun tak boleh diserang," kata beliau.

Ahli Parlimen Macang dan tonggak reformasi itu dilihat sebagai antara pemimpin yang paling bewibawa dan tidak gemarkan kerenah berpolitik. Oleh kerana itu beliau diangkat menjadi Setiausaha Agung PKR dan tanggungjawab utamanya ialah menyusun pemilihan parti yang membabitkan hak mengundi untuk kira-kira 400,000 ahli.

Bagaimanapun segelintir individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim menyerang Saifuddin secara peribadi dalam cuba menghakis kredibiliti pemilihan berkenaan.

Saifuddin tegas mengatakan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Merujuk kepada barisan kepimpinan yang dipilih oleh akar umbi, beliau berkata mereka harus memastikan hala tuju parti sejajar dengan aspirasi ahli.

"Dari 20 MPP, 15 daripadanya adalah muka baru. Isyarat apa yang akar umbi hendak beritahu? Lapan daripada mereka juga di bawah 40 tahun...dan dua daripada Naib Presiden adalah wanita," kata beliau.

Saifuddin juga mengulas mengenai demonstrasi oleh kira-kira30 orang semalam diketuai oleh S. Kottapan. Beliau berkata parti mempunyai bukti salah laku displin bekas Setiausaha PKR Selangor itu dan akan mengambil tindakan susulan.

Nurul Izzah mahu PKR muncul parti bermaruah (Ada Video)

Nurul Izzah Anwar yang hari ini disahkan sebagai naib presiden baru PKR mahu parti berusia 11 tahun ini menjadi sebuah pertubuhan yang bermaruah, yang dapat membezakan antara personaliti dan prinsip perjuangan.

Puteri Reformasi ini berkata PKR adalah sebuah parti yang bermaruah seandainya kepimpinan parti jujur dan berjuangkan berdasarkan prinsip nilai murni yang tinggi.

“Kita telah pun memilih barisan kepimpinan tetapi yang lebih penting ialah apa yang akan menjadi pilihan rakyat? Rakyat akan memilih parti yang bermaruah, bersedia dan berkebolehan untuk diberikan amanah memerintah dan membangunkan negara.

“Oleh itu adakah Parti Keadilan Rakyat parti yang bermaruah? Parti yang bersedia? Parti yang berkebolehan? Kita adalah parti bermaruah, seandainya kita jujur dan berjuang berdasarkan prinsip nilai murni yang tinggi dan bukan berdasarkan personaliti sahaja.

“Kita mesti membezakan antara personaliti dan prinsip yang dibawa personaliti. Parti Keadilan Rakyat hanya prinsip dan bukannya personaliti yang mesti diinstitusikan dalam parti kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di sini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata amalan politik nilai murni secara jujur akan dapat diteruskan sekiranya PKR mampu menggamit harapan rakyat dan imaginasi rakyat untuk melahirkan Malaysia yang lebih baik.

“Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang bersedia seandainya kita belajar daripada proses pemilihan yang baru berlangsung melalui pelaksanaan langkah-langkah susulan yang dapat meleraikan keresahan anggota.

“Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang berkebolehan seandainya kita meremajakan dan menawarkan kepimpinan yang bukan sahaja mahir, beramanah tapi juga berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan asas perjuangan parti.

“Marilah kita berganding bahu, marilah kita bersatu, marilah kita bersama menjiwai politik harapan dan pembebasan demi melahirkan Malaysia yang lebih baik,” kata naib presiden paling muda ini.

Turut dipilih sebagai naib presiden ialah Tian Chua, Fuziah Salleh dan Datuk Dr Mansor Othman.

Sabah Dan Serawak Tidak Di Abaikan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa ahli PKR dari Sabah dan Sarawak akan diberikan jawatan dalam barisan pimpinan yang baru.

Ini kerana pengumuman pemilihan ahli pimpinan pusat yang baru jelas menunjukkan hanya dua wakil daripada Sabah yang mengisi jawatan untuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) manakala tiada langsung wakil Sarawak yang berjaya merebut sebarang jawatan MPP.

Dalam pemilihan itu, wakil Sabah Roland Chia Ming Shen memperoleh 7,095 undi manakala Christina Liew memperoleh 5,707 undi.

Berikutan itu, Anwar memberi jaminan pemimpin tertinggi akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik untuk menempatkan wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan pimpinan.

"Perwakilan Sabah dan Sarawak tidak ada tapi jangan bimbang.. Kita akan pastikan perwakilan Sabah dan Sarawak akan terus kuat dalam parti.

"Kita beri jaminan mereka akan diberi tempat dalam pimpinan dan ini akan dibincangkan dalam Biro Politik dalam amsa terdekat," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata isu memperkukuhkan parti di Sarawak adalah agendanya yang terpenting buat masa ini memandangkan pilihan raya negeri itu dijangka Mac tahun depan.

Beliau berkata pihaknya bersama barisan pimpinan yang baru akan merancang untuk turun ke Sarawak pada 14 Disember depan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri.

"Negeri pertama yang akan turun adalah negeri Sarawak. Kita akan atur proram dua minggu dalam bulan Disember untuk bantu Sarawak menyiapkan segala jentera bagi menghadapi pihan raya," katanya.

Beliau turut meletakkan keyakinan bahawa parti itu sudah pun bersedia kerana menganggap ahlinya sudah pun ‘terlatih’ semasa mengendalikan proses pemilihan peringkat cabang dan MPP sejak tiga bulan lalu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota parti yang memberi sokongan kepada saya untuk teruskan kepimpinan parti sebagai timbalan presiden yang baru.

"Saya bertekad dan berazam untuk bersama pemimpin meneruskan agenda reformasi ke Putrajaya berdasarkan empat prinsip iaitu keadilan untuk semua, kepedulian rakyat, keharmonian kaum serta ketinggian moral," katanya.

Syed Husin Ali Cadang Wan Azizah Sebagai Canselor Unisel

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali menolak cadangan supaya beliau dilantik sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Cadangan itu sebelum ini disuarakan perwakilan Srikandi Farah Afzan Faridi dalam Kongres Nasional hari ini yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkannya kerana mendakwa ianya datang daripada pelajar Unisel sendiri.

"Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada saya selama lebih lapan tahun untuk sama-sama memimpin parti…bermacam pujian dan sanjungan yang tak perlu diberikan, saya tolak bulat-bulat cadangan srikandi yang suruh saya jadi canselor Unisel.

"Ada orang yang lebih layak iaitu presiden parti kita (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) saya ucapkan terima kasih kepada yang beri cadangan," katanya dalam ucapan sesi penggulungan hari ini.

Farah ketika sesi perbahasannya pagi tadi berkata cadangan itu hadir daripada pelajar-pelajar universiti terbabit.

Malah memandangkan Datin Seri Rosmah Mansor sudah meletakkan jawatan maka cadangan agar Syed Husin Ali sebagai calon canselor pula muncul ketika sesi perbahasan itu.

Syed Husin yang merupakan pemimpin vateran dalam parti itu berkata turut menekankan kepada anggota serta pimpinan agar tidak mengwujudkan perjuangan tanpa penindasan terhadap kaum.

"Cinta saya terhadap parti sudah memuncak..tak salah mana-mana kaum perjuangkan hak kaum masing-masing..saya salah perjuangan hak kaum untuk kepentingan segelintir pihak kaya. Maka perjuangkanlah hak kaum tanpa menindas hak kaum lain," katanya.

PR Rangka Manifesto Untuk PRU Ke-13

Pakatan Rakyat(PR) sedang menggubal manifesto demi memperkuatkan dasar bersama tiga parti komponennya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.

"Kita mahu memberi keutamaan kepada isu-isu yang lebih penting seperti memperkasakan Pakatan, membentangkan manifesto yang jelas, memperhalusi dasar bersama, dan proses rundingan kerusi pilihanraya," kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata persoalan siapa akan menjadi Perdana Menteri sekirangnya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya akan diputuskan apabila sampai masanya.

"Saya fikir buat masa ini Pakatan mahu memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan gagasan itu dan menggubal manifesto yang jelas serta menghuraikan dasar-dasar yang didokong bersama, di samping menggariskan kritera dalam soal pengagihan kerusi," tambah Saifuddin,

"Ini yang menjadi keutamaan sekarang dan bukan soal siapa menjadi Perdana Menteri,," ulas Saifuddin.

Ditanya berkenaan peluang PKR dalam PRU yang akan datang, Saifuddin yakin partinya dapat mengekalkan 31 kerusi Parlimen yang dimenanginya kini.

"Kita berasa yakin. Sebelum ini, kita menang 31 kerusi Parlimen, dan kita kalah tipis di 12 kerusi. Strateginya adalah untuk mempertahankan 31 kerusi dan menang di 12 kerusi itu. Kita tahu yang PKR mempunyai sokongan yang amat kuat di Selangor, maka itu akan mencerminkan kekuatan kita," katanya yakin.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bagaimanapun memberi amaran parti itu perlu membuat lebih banyak persediaan sebelum menemui pengundi.

"Saya fikir sebagai ahli parti, sudah jelas masih ada perkara yang perlu kita perbaiki seperti keberkesanan jentera, jumlah sebenar member (ahli)aktif yang membuang undi, dan mengenalpasti calon untuk pilihanraya umum nanti.

"Saya percaya kita sudah faham bahawa kita belum fektif sepenuhnya di semua medan pertarungan, tetapi kita ada kelebihan tersendiri, dan itu adalah faktor yang kita perlu tumpukan," kata Nurul Izzah.

Islam Lebih Baik Menjadi "TUAN" Daripada Melayu

UCAPAN Presiden PKR, DS Wan Azizah sewaktu berucap di Kongres PKR semalam yang menariknya apabila beliau berkata `tinggalkan saja ketuanan Melayu'. Tentunya perkataan ini akan dijadikan modal besar Umno walaupun Umno sendiri gagal untuk meletakkan Melayu sebagai `Tuan' yang sebenar-benarnya `Tuan'. Maka, PKR akan dilabelkan sebagai `anti-Melayu' selepas ini.

Pada saya buat apa Melayu menjadi tuan kalau Melayu sendiri tertindas? Seronok apanya menjadi tuan kalau yang kaya raya di dalam lima terkaya di negara ini pun bukan Melayu? Untung sangatkah menjadi tuan kalau tulisan jawi yang dulunya terkenal sebagai tulisan orang-orang Melayu kini sudah tenggelam? Bukan MCA atau DAP yang melupuskan tulisan jawi ini dahulu. Jika mahu tahu, cuba tanya veteren-veteren Umno sezaman dengan Khir Johari.

Sepatutnya atau sewajibnya menjadi tuan di dalam negara ini adalah orang-orang Islam yang mengamalkan Islam dengan meletakkan Islam sebagai panduan dan hukum tertinggi di negara ini. Ini bermakna tiada ketuanan Melayu, tiada ketuanan Cina atau India atau apa jua kaum, melainkan meletakkan Islam sebagai tuan. Apabila Islam menjadi `tuan', percayalah, semua kaum dan agama lain akan terpelihara.

Jika begitu keadaannya, maka kita tiada pilihan lain melainkan memilih parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Setakat ini, hanya PAS sahaja sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar parti dan jika PAS berkuasa di Pusat, maka dasar negara ini akan berubah dari dasar peninggalan penjajah kepada dasar Islam. Di waktu itu, tiada satu kaum pun yang boleh mendakwa mereka `tuan' kepada negara ini.

Saya ditanya di dalam satu komen, mengapa saya menyokong PKR jika saya percaya PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Saya menyebut, oleh kerana saya sokong PAS lah maka saya juga menyokong PKR. Ini adalah kerana PKR juga menyokong PAS di dalam perjuangan mereka. Seandainya PKR tidak lagi mahu menyokong PAS, maka saya pun tidak akan menyokong PKR, malahan saya akan tentang PKR setakat termampu. Selagi PKR membuat ketetapan bahawa semua ahli dan penyokongnya hendaklah menyokong atau membantu PAS, selagi itulah saya akan membela PKR juga.

Mudah bagi saya, jika mengundi atau menyokong PAS sebagai berpahala, maka mustahil menyokong PKR yang ingin membantu PAS akan mendapat dosa. Saya percaya kepada pahala yang akan diberikan oleh Allah kerana Allah sendiri memberi jaminan pahala kepada mereka yang berbuat amalan yang baik termasuk menyokong mereka yang berbuat baik. Masakan Allah akan memungkiri janji? Apa yang penting, betulkan niat kita terlebih dahulu dengan ikhlas kerana Allah.

Justeru itu, ketuanan Melayu hanyalah `lagu dan irama' untuk melalaikan kita semua agar segelintir pemimpin Melayu yang zalim, rakus, rasuah dan kaya raya ini akan terus mendakap kuasa yang mereka miliki sekarang. Sebab itulah selama 50 tahun lebih mereka mendakwa negara ini tuannya adalah Melayu, hakikatnya kita lihat di mana Melayu sekarang berada? Kalau sudah Melayu pun mereka gagal martabatkan, jangan ditanya soal Islam.

Oleh: WFAUZDIN NS