Pengikut

Khamis, 30 September 2010

Najib Mula Terdesak Tarik Pelabur Luar

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau CheGuBard menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagai terdesak, sehingga terpaksa membuat kenyataan yang mengeliru dan melucukan di luar negara, dalam usahanya untuk menarik pelabur masuk ke negara ini.

CheGuBard mengulas laporan Bernama mengenai lawatan Najib ke Amerika Syarikat bagi promosi dan dialog Program Transformasi Ekonomi, bersama Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir dan hal ehwal luar terkemuka di New York.

Dalam usahanya memenangi hati pelabur luar, Najib ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di sana berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil berkata, salah seorang kakitangan kakitangan Anwar lah yang memfailkan satu laporan terhadap beliau.

"Satu dunia tahu tentang kenyataan Najib di televisyen. Hari pertama dia kata, dia tidak ada kena mengena dan tidak kenal dengan Saiful Bukhari. Hari kedua, dia kata Saiful datang untuk minta biasiswa. Hari ketiga dia kata, Saiful datang kerumahnya menemui dia dan isterinya dan mengadu diliwat.

"Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu tentang perkara ini, tapi seluruh dunia tahu tentangnya. Kini, Najib sendiri yang terpaksa menjawab isu ini, dan kelihatan rejim ini sangat tertekan," kata CheGuBard, menyebut Saiful Bukhari Azlan sebagai kakitangan yang dimaksudkan oleh Najib.

Terdahulu,usahawan Britain Sir Richard Branson dilaporkan sebagai berkata, kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang sedang berlangsung kini memberi kesan ke atas Malaysia.

Branson pada 27 September itu juga berkata, kes liwat itu sekaligus mematahkan semangat pelabur yang mahu melabur di negara ini.

Mengambil kira prinsip itu, CheGuBard mendakwa, Barisan Nasional tidak punya pilihan, selain dari terus mempergunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan Anwar.

CheGuBard berkata, selain dari isu fitnah kedua yang dilontar terhadap Anwar, antara perkara yang mempengaruhi pertimbangan pelabur untuk datang ke sesebuah negara adalah suasana pasaran semasa, ketelusan pentadbiran, sistem mahkamah dan jaminan keadilan.

"Jika kita gagal memberikan jaminan dan gagal memberikan keadilan, ini akan menyebabkan para pelabur semakin lari. Ini bukanlah disebabkan oleh kita (rakyat Malaysia), tetapi kerana rejim yang mempergunakan seluruh jentera kerajaan termasuk mahkamah demi mengekalkan kuasa," jelas

CheGuBard menambah, pelabur hanya akan melabur di negara di mana wujud suasana yang kondusif, terjamin dan selamat, namun perkara ini gagal dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalannya, Najib sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan pasukannya juga sangat lemah. Kita kena ingat sebelum ini, Najib pernah beberapa kali membuat kenyataan yang dilihat cuba menipu rakyat Malaysia mengenai kedudukan ekonomi di negara ini.

Zaid Jangan Bandingkan KEADILAN Dengan Umno

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.

Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatan ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan Umno.

Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno. Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.

Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan “agenda reformasi” beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.

Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.

Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.

KEADILAN ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.

Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya - Umno-BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.



Oleh Dr Lee Boon Chye


*Penulis ialah Ahli Parlimen Gopeng dan Naib Presiden KEADILAN.

Sandiwara Umno warga emas pulangkan wang 'haram'

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Umno Lebih Islamik, Jom Pakat-Pakat Masuk Umno!!!

MARILAH kita beramai-ramai pakat isi borang Umno mulai sekarang. Ini adalah kerana Umno kini lebih `Islam' dari PAS dan Umno kini teramatlah `anti judi, arak, rasuah dan semua kemungkaran'. Apa yang berlaku di P.Pinang sekarang adalah menunjukkan Umno ingin tegakkan `Negara Islam'. Ada harapan `hudud' akan dilaksanakan oleh kerajaan Umno/Bn.

Begitulah jika kita melihat politik Umno sekarang. Di P.Pinang walaupun di perintah oleh DAP, Justify Fullmereka menuntut agar judi dihapuskan. Ini menunjukkan betapa `Islamik'nya Umno kerana semua kerajaan negeri di bawah Umno/Bn telah pun menghapuskan judi. Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengeluarkan lesen judi, apatah lagi pusat judi. Pusat Judi terbesar di Genting itu dibina oleh PAS, PKR atau pun DAP.


Kerajaan P.Pinang telah menjawab isu wang hasil judi ini, namun Umno masih mengharapkan penjelasan lebih dari itu kerana `otak lembu' memang sukar mahu faham. Umno sebenarnya lupa setiap kali mereka menyerang Kerajaan Negeri P.Pinang, peluru serangan kembali ke muka pemimpin mereka. Najib nampaknya serba salah dengan tingkah laku pemimpin Umno P.Pinang kerana mereka menyerlahkan lagi perangai Umno sejak Umno ditubuhkan.

Jelas, Umno kini tiada peluru hidup untuk menyerang PR. Mereka kini terpaksa menggunakan `peluru kosong' atau kartus kosong untuk menyerang. Meskipun kartus kosong jika ditembak akan berbunyi kuat juga, tapi tidak akan dapat membunuh musuh. Semakin hampir pilihanraya semakin sesak nafas Umno untuk mencari modal menyerang PR. Mereka sanggup memperbodohkan diri mereka kerana mereka fikir rakyat juga bodoh seperti mereka. Siapa yang mahu isi borang Umno sekarang? Jika mahu, syaratnya tahan dulu rasa mahu muntah anda.





Oleh: WFAUZDIN NS

Suami Mati Setelah Ambil Wang Ehsan (Haram)?

Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ehsan yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.- Malaysiakini

Bicara Edyes:-

Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ??

Kalau diikutkan kebodohan ini, semua penjawat awam harus memulangkan semua gaji yang telah mereka terima kerana duit yang mereka terima itu sumbernya telah bercampur dengan cukai dari perniagaan judi. Kepada penerima wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh memulangkan semula wang yang telah diberi oleh kerajaan pusat, dan bayar balik bagi wang yang telah dihabiskan sebelum ini.

Harus diingat, walaupun kerajaan mengasingkan hasil cukai judi dari Genting, Toto, Magnum dan juga dari bursa saham umpamanya, tetapi dari sudut keseluruhannya kerajaan tetap mempunyai duit haram dalam poketnya. Duit yang disimpan dalam poket itu tetap duit haram, duit yang disimpan di bawah bantal itu juga asalkan ia adalah hasil judi maka ia tetaplah haram walaupun diasingkan.

Saya berikan satu contoh. Seorang kaki judi yang kaya dengan hasil judi tetapi tidak pernah membeli makanan dari sumber judi, tidak pernah membeli minuman dari duit judi yang diasingkan - Adakah kaki judi ini dikirakan suci dan tiada yang haram dalam darah dagingnya?

Judi? Hasil judi ?

Pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri KOMTAR Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas.

Justeru itu, di manakah rasionalnya duit yang seratus ringgit itu harus dipulangkan? Ini adalah gimmik politik yang paling busuk! Jika anda perhatikan gambar di atas, semua duit yg dipulangkan seolah-oleh baru dikeluarkan dari mesin ATM, semua warga emas tersebut memegang wang baru yang tiada cacat celanya(tidak komot). Adakah duit ini dari poket UMNO sendiri? atau dari Reezal Merican ?

Seperkara yang begitu menyedihkan apabila ada seorang makcik yang menangisi pemergian suaminya beberapa hari lalu setelah mengambil wang ehsan Pulau Pinang. Apa yang sedih bukan mengenai kematian suaminya, tetapi yang sedih ialah bila makcik ini menyalahkan duit wang ehsan sebagai punca ajal suaminya. Sedih apabila makcik ini tidak mempercayai qadak dan qadar, mujur dia tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai punca suaminya meninggal dunia.

Untuk pengetahuan semua, daripada peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri, hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan dan telah diagihkan kepada 107,720 warga emas. Adalah menjadi satu musibah yang besar sekiranya semua 107,720 warga emas itu meninggal secara tiba-tiba kerana telah menerima wang ehsan Pulau Pinang.

Kepada makcik yang kehilangan suami tersayang, janganlah tambah penderitaan anda dengan memesongkan akidah sendiri. Kita memahami perasaan kehilangan suami, tetapi janganlah perasaan sedih itu ditafsirkan dengan pemikiran yang sempit kerana mungkin 107,719 orang warga emas penerima wang ehsan negeri pulau masih hidup.

Sebenarnya saya merasa agak sebak apabila memikirkan, keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh LGE menawarkan RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas negeri P.Pinang telah dihina dan disabotaj sedemikian rupa, kerana takutnya kerajaan pusat terhadap potensi LGE sebagai pejuang rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menonjolkan resamnya yang tidak langsung boleh diubah iaitu sentiasa ingin melihat kesusahan rakyat supaya kesusahan itu memaksa rakyat meminta-minta dari mereka (BN) sedangkan kerajaan P.Pinang hari ini memberi apa yang mereka (BN) tiada !

Hasrat untuk mengagihkan hasil keuntungan yang diperolehi dari pentadbiran yang telus dan tidak bocor, telah dijadikan sebagai sumber politik sempit pihak yang cemburu terhadap pencapaian negeri pembangkang, di mana ia tidak pernah dilakukan selama Barisan Nasional memerintah - Memulangkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat !

Oleh itu, saya mencadangkan agar nama 40 orang tarbus yang memulangkan dan tidak mahu menerima wang ehsan (tetapi sanggup menerima rasuah UMNO?) agar di'blacklist'kan nama mereka dari senarai penerima tahun hadapan. Bayangkan, sekiranya mereka hidup 30 tahun lagi, maka mereka akan rugi RM3ribu duit ikhlas sebuah kerajaan yang survive di atas penjimatan yang bijak.

Kepada sesiapa warga emas yang tidak mahu menerima wang ehsan, sila jangan mendaftar sebagai penerima tahun hadapan. Hari ini mungkin jumlah yang diberi adalah RM100, siapa tahu jika kerajaan P.Pinang memperolehi lebih banyak penjimatan pada masa akan datang, jumlahnya boleh jadi RM500 setahun? maka meloponglah orang bodoh piang yang menolak rezeki.

Moral of the story, orang yang bodoh selalu rugi !


Oleh EDYES

Keputusan Mahkamah Sanggah Dakwaan PR Hasut Peneroka

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) supaya membuat pembayaran tanam semula kepada 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 membuktikan bahawa dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat menghasut peneroka adalah tidak benar.

Sebelum itu, Hakim Datuk Mariana Yahya semalam membuat keputusan mengarahkan Felda membuat pembayaran sebanyak RM1,700 seekar bagi pembayaran tanam semula walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Mengulas kemenangan tersebut, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak) Mazlan Aliman, berkata ini membukti perjuangan para peneroka yang tertindas dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) dan bayaran tanam semula akhirnya membuahkan kejayaan.

"Saya bersyukur kerana perjuangan mereka dalam menuntut hak akhirnya berjaya. Ini membuktikan perjuangan Anak adalah benardan bukan seperti dituduh pemimpin Umno.

"Kemenangan menyangkal dakwaan Ahmad yang menuduh Pakatan Rakyat yang menjadi dalang menghasut peneroka supaya membuat tuntutan khususnya berhubung isu KPG dan bayaran tanam semula.

"Ini memberikan isyarat kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya merendahkan sedikit ego dan tahap kesombongan dan mendengar rintihan penoka yang selama ini tertindas. Tuduhan yang mengatakan peneroka tidak tahu apa-apa dan dihasut oleh Pakatan Rakyat adalah tidak betul," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Ketika ditanya berhubung rancangan Anak selepas ini, Mazlan berkata beliau akan meneruskan lagi perjuangan bagi menuntut hak peneroka dalam isu tersebut.

"10 Oktober depan, kita akan melancarkan Anak khususnya bagi Lembah Klang dan kita mengharapkan agar anak-anak peneroka yang berjumlah hampir 800,000 orang akan turut bersama untuk membantu kita.

"Daripada jumlah itu, terdapat 10,000 orang anak peneroka ini terdiri daripada golongan profesional dan kebanyakkan daripada mereka telah menghubungi saya untuk turut sama membantu," tambah beliau.

Sehubungan itu juga, pada hari yang sama, beliau akan turut melancarkan penubuhan alumni bekas pekerja Felda di bangunan Ibupejabat PAS Kuala Lumpur bagi bersama-sama memberikan penerangan kepada masyarakat berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda di seluruh negara.

Pemimpin Umno-BN Mimpi Hilang Kuasa Pada PRU-13

Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini dan Umno pula kelihatan semakin fobia dan ekstrim dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya Barisan Nasional akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.

Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong Umno. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.

Kembalinya Umno kepada perjuangan ultra-Melayu adalah kesan langsung daripada kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum 2008. Keadaan yang sama memperlihatkan PAS kembali kepada perjuangan negara Islam pada 2004 apabila Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk ketika itu.

Namun sentralisasi ini ada kelemahannya. Di dalam usaha memperkuatkan kembali parti maka segala persefahaman diantara sahabat politik akhirnya terbantut. Dan sokongan hasil daripada penggabungan dalam BA terhakis.

Situasi sama kini berlaku kepada Umno. Di dalam mencari penyelasaian kekalahan BN pada 2008, mereka kembali kepada perjuangan Melayu mereka tanpa mempedulikan persefahaman MCA dan MIC.

Maka timbullah isu 'Hak Melayu' dan 'Kedaulatan Islam Melayu' yang menghancurkan setiakawan antara tiga sekawan yang dahulunya dilihat sebagai 'Sekukuh Gunung Tahan'.

Kini MCA dan MIC hanya berpura-pura sesama-sendiri bersahabat dengan Umno dan Umno pula dilihat terus menerus menyerang kaum-kaum selain Melayu didalam usahanya menawan kembali 'base-support' mereka iaitu orang Melayu.

Kini MCA dan MIC hampir lumpuh diserang ahli mereka sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa BN sendiri yang akan menghancurkan BN, dan hakikat ini dilihat dalam percaturan terakhir BN dalam menghadapi PEMILU yang akan datang.

PR atau Pakatan Rakyat tidak lagi dilihat sebagai 'gabungan lemah' malah persepsi rakyat kini melihat mereka sebagai 'Government-in-Waiting'.

Pelbagai taktik digunakan Umno seperti rasuah sehingga tumbangnya kerajaan Perak, membuka semula kes Anwar dan menahan pimpinan mereka.

Namun ini adalah gerak longlai terakhir rejim zalim yang tersalah arah, dan PR akan mengorak langkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya.

Umno mengatakan bahawa tujuan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Saya dan jutaan rakyat yang akan mengundi Pakatan Rakyat turut bersetuju dan berikrar akan melakukan apa jua untuk memastikan beliau ke sana.

Kenapa pula Umno tidak tertanya-tanya mengapa boleh pula Rosmah 'tergila-gila'kan gelaran First Lady? sehinggakan membuat 'First Ladies Summit' di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh mereka yang turut 'tergila-gila'kan gelaran yang sama? Perlu kita ingat beratus negara menolak pelawaan Rosmah itu kerana mereka tahu penyertaan mereka memberikan legitimasi kepada Rosmah dan mereka tidak mahu dipergunakan untuk tujuan politik.

Ayuh kita berlaku adil dan letakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai.





Dari Putera kemuning

Tak Ada Masa Nak Layan Perkasa

Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menganggap cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) untuk mengadakan rundingan meja bulat antara orang Melayu di dalam KEADILAN, PAS dan Umno sebagai satu pelawaan biasa dan tidak perlu diperbesar-besarkan

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata pada ketika ini, KEADILAN dan PAS mempunyai agenda yang lebih penting dan lebih utama daripada itu.

"Saya berpendapat adalah lebih baik KEADILAN dan PAS memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting daripada menerima pelawaan Perkasa untuk mengadakan perbincangan meja bulat berhubung isu orang Melayu.

"Kita menganjurkan supaya Perkasa meneruskan sahaja kerja buat mereka dalam lapangan yang mereka percaya.

"KEADILAN pula dalam konteks tersebut akan memfokuskan isu-isu utama seperti persiapan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang serta memperkukuhkan organisasi," ujar beliau.

Pada masa yang sama, KEADILAN kata Ahli Parlimen Machang itu akan memperhebatkan lagi siri penerangan kepada rakyat terbanyak.

"Dalam kata lain, saya berpendapat pelawaan Perkasa itu sebagai pelawaan biasa dan tidak perlu diberikan tumpuan dan perhatian," ujar beliau.

Ahad lalu, Wira Perkasa Kedah mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda PAS dan Angkatan Muda KEADILAN bagi membincangkan beberapa isu yang disifatkan menjadi penyebab perpecahan Melayu.

Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.

Kuasa Barat Dokong Pemerintahan Negara Islam Yang Zalim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap kuasa-kuasa Barat yang menutup sebelah mata terhadap pemerintahan zalim di beberapa negara yang menindas secara terang-terangan hak asasi manusia atas alasan mempromosi demokrasi.Anwar menyelar sikap ini yang dilihat sebagai hipokrit di mana kuasa Barat menyokong negara yang menindas rakyatnya sendiri tetapi pada masa yang sama mengecam tindakan serupa di negara lain.

"Anda tidak boleh berkata," berikan kami sokongan anda dalam perang melawan terorisme dan kami tidak akan campur tangan dalam hal dalaman anda. Polisi 'anda garu belakang saya, saya garu belakang anda' mungkin bagus untuk diplomasi realpolitik tetapi ia adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan menegakkan demokrasi dan kebebasan.

"Malangnya inilah pendekatan bersikap hipokrasi kepada demokratisasi yang kita lihat di kebanyakan negara islam yang hidup dalam merana di bawah sistem demokrasi palsu. Pemerintahan sebegini diselaputi dengan imej demokrasi yang muluk tetapi pada hakikatnya penuh dengan kedurjanaan, kezaliman dan ketidakadilan.

"Demokrasi seperti ini menggunakan seluruh apparatus negara dan mengeksploitasi dana rakyat demi agenda serta kepentingan peribadi mereka. Mereka merompak perbendaharaan negara, merampas kawasan tanah prima dan bernilai tinggi dan menganugerahkannya kepada kaum kerabat, kroni serta mengambil jutaan ekar hutan dara dan mentransformasinya kepada tanah yang kontang dan tidak berguna," kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Why Islam and Democracy are destined to coincide' di Brussels Selasa lalu.

Dalam ucapannya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertahankan ideologi Islam yang berteraskan kepada konsep keadilan dan mempromosi keamanan dan perpaduan sejagat.

Beliau mengecam golongan yang menggunakan nama Islam untuk melakukan kezaliman dan penindasan ke atas orang Islam di negara yang kononnya mengaku mengamalkan sistem Islam.

"Mereka yang mengkritik Islam berkata ia bukan sahaja membenarkan malah menggalakkan pengikutnya untuk melakukan keganasan atas nama jihad. Ini pendapat yang mengarut. Mereka turut menggunakan ayat Al-Quran untuk menyokong pendapat mereka. Memang ada, tapi mereka mentafsirnya secara ekstrim. Sebaliknya, hakikat sebenar ialah Islam melarang keganasan dan terorisme kerana ia mendokong prinsip kesederhanaan dan perlindungan nyawa dan keselamatan. Ini tersirat di bawah doktrin maqasid al-Shari’ah, satu instrumen yang amat penting dan signifikan untuk memajukan masyarakat Islam.

"Bagaimanapun ia telah dipinggirkan dan diketepikan. Melalui doktrin ini umpamanya, jihad adalah seruan kepada umat untuk mentaati tiang agama dengan berbuat amalan baik dan menjauhi kemungkaran, menegakkan keadilan, menganjurkan amal jariah dan membantu golongan lemah dan terpinggir.

"Ia bukannya laungan untuk berperang, apatah lagi melakukan kerosakan dan membunuh. Lebih penting, jihad menggalakkan orang Islam mewujudkan keamanan dan melindungi kesucian nyawa dan harta benda. Ini merupakan prinsip yang selari dengan desakan demokrasi," jelas beliau lagi.

Anwar menjelaskan mereka yang menyeru kepada keganasan dan terorisme atas nama jihad tidak mendapat sokongan terhadap aliran Islam yang mereka reka.

Mengambil contoh Indonesia di mana semasa dua pilihan raya umum yang lepas memperlihatkan rakyat negara itu menolak secara mutlak golongan radikal yang menunggangi atas tiket jihad.

Kata beliau, perkembangan ini penting untuk menyanggah pemikiran bahawa demokrasi di dalam negara majoriti orang Islam senang dipengaruhi oleh ekstremis dan radikal.

Malah kata Anwar, Islam menggalakkan umatnya mempertahankan kesamarataan, keadilan dan maruah insan.

Jika keganasan dan terorisme disebar luaskan oleh umat Islam atas nama Islam maka yang dipersalahkan pengikutnya dan bukan agama.

Menyalahkan Islam tidak akan menyelesaikan masalah selagi puncanya tidak diatasi dan diselesaikan.

Tambah Anwar, Turki adalah contoh baik di mana pemimpinnya memegang taat kepada prinsip asas kenegaraan Islam: modernis, sederhana, progresif dan toleransi dengan keadilan dan negara hukum sebagai motto pemerintahan.

Anwar berkata referendum baru-baru ini yang menyokong perubahan asas kepada perlembagaan untuk mengukuhkan demokrasi adalah bukti jelas.

Dalam hal ini pemimpin Turki amat berlawanan dengan pemimpin autokratik dan diktator di sesetengah negara Islam yang terus menafikan rakyat nikmat demokrasi dengan mengamalkan sikap ekstrim.

"Jadi hakikatnya serangan ke atas kebebasan dan demokrasi bukan datangnya dari Islam walaupun kebanyakan yang melakukannya adalah orang Islam. Indonesia dan Turki membuktikan demokrasi bukan sahaja diterima malah amat penting dalam Islam. Sebaliknya musuh Islam bukan dari demokrasi tetapi adalah kezaliman, rasuah, tirani, dan ketamakan.

"Kebebasan dan demokrasi adalah sebahagian daripada kebenaran hakiki yang membezakan antara makhluk di bumi ini. Isu sebenar bukannya Islam dan demokrasi ditakdirkan selari tetapi samada golongan yang berkuasa di negara Islam akan menghormati kebebesan dan demokrasi, memartabatkan undang-undang dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat. Jika ini tidak berlaku adalah wajib bagi kita merealisasikannya dan itu satu perjuangan yang wajar.

"Kemodenan Islam di Asia Tenggara dicerminkan oleh adaptasi prinsip kebebasan dan demokrasi untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas. Dari segi ini peralihan rantau ini kepada demokrasi menyanggah ide Islam dan demokrasi tidak selari.

"Tindakan menyamakan Islam dengan sikap tidak toleransi dan keganasan pun tidak mempunyai asas dalam realiti. Orang Islam memerintah Sepanyol berkurun lamanya dan ini disahkan oleh rekod sejarah sebagai bukti jelas kepada toleransi dan semangat hidup muafakat antara orang Islam, Kristian dan Yahudi.

"Di Asia Tenggara, pedagang dan ahli Sufi menyebarkan agama melalui stail dakwah akomodatif yang menarik minat penganut yang pada masa sama mengekalkan aspek signifikan budaya pra-Islam. Ini menjelaskan bagaimana kepelbagaian budaya dan agama wujud dalam negara bermajoriti Islam," tegas Anwar dalam ucapannya.

Anwar berkata adalah penting merubah kekakuan aliran idealogi yang menjurus kepada persepsi bahawa ajaran Islam adalah kaku dan eksklusif.

Hakikat bahawa Islam mampu mengadaptasi kepada keadaan sekeliling menunjukkan sifat inklusifnya.

" Bagi memastikan negara Islam bergerak ke arah memartabatkan demokrasi berperlembagaan dan menterjemahkannya kepada realiti, adalah penting mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, memastikan pemisahan kuasa dan menjamin kebebesan hak sivil termasuk membenarkan penglibatan wanita dalam arean politik.

"Pendakwaan bersifat kedengkian, penahanan rambang, dan salahguna apparat negara untuk mengekang musuh politik mestilah dihapuskan. Reformasi ini mesti dilaksanakan, jika tidak harapan pertembungan Islam dan demokrasi hanyalah satu fatamorgana," kata Anwar.

Sumbangan RM100 bukan wang haram

Jangan khuatir dengan wang RM100 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada warga emas, khususnya yang beragama Islam.

Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh berkata RM100 bukan ‘wang haram’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Ia adalah ‘hadiah’ Kerajaan Negeri kepada sumbangan dan pengorbanan warga emas di Pulau Pinang selama ini. Saya kesal dengan dakwaan UMNO yang memfitnah Kerajaan Negeri dengan taktik ‘politik murahan’,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

“Peruntukan RM20 juta disediakan untuk program ini. Kita masih mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat pembayaran peringkat seterusnya.

“Oleh itu, saya minta UMNO jangan cuba kelirukan rakyat dengan tuduhan yang tidak benar. Ini hanya menggambarkan sikap mereka yang berkepentingan dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Boon Poh juga berkata Kerajaan Negeri menyasarkan 10,000 lagi warga emas berusia 60 tahun ke atas berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebelum Khamis ini (30 September) untuk fasa kedua ‘Program Warga Emas’.

“Penyaluran wang ehsan RM100 adalah hadiah simbolik Kerajaan Negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan’,” katanya.

Rabu, 29 September 2010

UMNO kutip semula wang warga emas RM100

Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat.

Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.

Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.

Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.

Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu. :- Sharpshooter



Sumber Dari Blog pro umno






Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.

Komen Branson Indikator Jelas Perlu Reformasi Sistem Keadilan Negara

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kenyataan Branson berhubung kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi indikator jelas buat Umno-Barisan Nasional untuk melaksanakan reformasi sistem keadilan di negara ini.

"Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson, usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-Alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Datuk Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

Dr Wan Azizah menegaskan tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini, jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia terhadap imej Malaysia.

"Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

"KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya," ujar beliau.

Ku Li Dijangka Sokong Calon Pas

Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik. Biasanya dia melihat suasana dan realiti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong Pas kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas isu berlainan, Harun berkata Pas Terengganu akan mengadakan satu konvensyen peringkat negeri pada 22 Okt ini.

Konvensyen dua hari itu bagi memantapkan kefahaman anggota sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.



Bernama

Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Cina pun boleh jadi calon PAS di Galas


Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

- Bernama

PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang

Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambil alih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.

"Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50.

"Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.

"Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, "ujarnya lagi.

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

"Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.

"Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, " tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pakatan Rakyat Kedah Disaran Kekal Agihan Kerusi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah disaran mengekal agihan kerusi pada pilihan raya umum ke-12 (PRU 12) pada 2008 bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang
kerana formula agihan itu dianggap terbaik.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah, Zamri Yusof berkata PKR tidak wajar tunduk pada desakan sesetengah pihak agar menyerahkan mana-mana kerusi yang ditandingi mereka kepada parti lain dalam pakatan.

"Setakat ini formula pengagihan kerusi itu diterima Majlis Presiden Pusat sebagai yang terbaik," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Zamri kata demikian sebagai mengulas isu kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang dimenangi PKR menerusi calonnya Zulkifli Noordin.
sebelum dipecat Mac lalu manakala Zulkifli mengumumkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Pas Kulim, Hassan Razak dilaporkan berkata kesemua 42 cawangannya menuntut agar kerusi tersebut diserahkan kepada Pas untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Ketua AMK cabang tersebut Mohd Khairul Azmi Rosli tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

(Bernama)

Penjarakan Anwar Lebih Utama Daripada Pacu Ekonomi Malaysia

Umno lebih mengutamakan parti berbanding kepentingan negara apabila tidak berbuat apa-apa walaupun bersetuju dengan pandangan antarabangsa betapa kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjejaskan imej Malaysia.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong percaya semua ini dilakukan bagi meranapkan karier politik Ketua Pembangkang itu yang diterima semua lapisan kaum dan agama hingga mengancam kekuasaan pemimpin parti pemerintah itu.

"Ada kemungkinan Muhyiddin bersetuju kes fitnah II ini mengganggu aliran kemasukan pelabur asing tetapi bagi kerajaan Umno-BN, kepentingan parti lebih diberi keutamaan berbanding kepentingan negara termasuk ekonomi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui kes konspirasi kedua itu mencalar imej negara di persada antarabangsa.

Jutawan Kumpulan Virgin, Richard Bronson sebelum ini membuat kenyataan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbuat sesuatu supaya pertuduhan terhadap Anwar digugurkan kerana ia merosakkan reputasi Malaysia di mata dunia.

Setiausaha Antarabangsa Parti Tindakan Demokrat (DAP) itu tidak menaruh harapan untuk kerajaan menerima pandangan Richard kerana Umno Barisan Nasional sejak dulu akan melakukan apa sahaja untuk menghancurkan perjuangan yang diketuai Anwar.

"Keutamaan politik kerajaan Umno-BN adalah untuk menghancurkan calon Perdana Menteri Pakatan rakyat supaya tiada lagi individu yang mampu diterima segenap lapisan rakyat negara ini,” katanya.

Chin Tong berkata, masyarakat dunia sedia maklum betaoa Malaysia bukan lagi negara mengamalkan demokrasi tulen, jauh sekali menghayati semangat perundangan
"Sungguhpun Anwar adalah Ketua Pembangkang tetapi beliau terpaksa menghadapi kes sebegini . Tidak hairanlah negara ini dianggap tiada 'rule of law'," kata beliau.

Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan Umno-BN Pada PRU-13

Mahasiswa yang dicengkam dan ditindas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bakal memastikan Umno-Barisan Nasional tersungkur pada Pilihan raya Umum Ke-13 nanti.

Peguam kanan dan pakar Perlembagaan Dr Samarudin Rejab berkata mahasiswa yang ditekan dan ditindas dengan akta tersebut akan bangkit menentang sebagaimana sebelum Auku diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekang kekuatan mahasiswa.

Katanya, Auku digunapakai oleh Umno-BN bagi memastikan pergerakan pelajar dapat dikekang dalam usaha membonsaikan intelektual pemikiran golongan itu daripada menyampaikan buah fikiran yang kritikal.

Contohnya dalam kes 'UKM4' yang membabitkan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan sains politik, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan mereka terhadap penggunaan Auku dalam pendakwaan ke atas mereka.

Mereka di dakwa melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu tetapi menafikannya atas alasan kehadiran mereka di kawasan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan pengumpulan mahkumat untuk kursus yang diambil.

Dr Samarudin yang juga bekas Presiden Kesatuan Pelajar Institut Teknologi Mara di tahun 1970an berkata, Umno-BN akan berdepan dengan jumlah mahasiswa yang celik maklumat begitu besar dan signifikan yang mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun ditekan begitu rupa oleh Auku sejak hampir 40 tahun, pergerakan pelajar di peringkat universiti tidak lemah, masih dinamik dan ada kekuatan kerana jumlahnya yang besar. Misalnya, jika sebuah universiti mempunyai 5,000 pelajar, jika 10 buah universiti, di situ sudah ada 50,000 pelajar.

"Sekarang ini, di Malaysia kita ada kira-kira 20 hingga 30 buah institut pengajian tinggi awam termasuk swasta. Ini adalah jumlah yang sangat besar, bermakna lebih kurang 100,000 hingga 200,000 pelajar dan mereka ini adalah satu kekuatan yang tidak boleh diketepikan.

"Dalam konteks demokrasi dan pilihan raya, mereka inilah bakal pengundi yang signifikan tetapi dari segi kepimpinan, mereka ini tersekat oleh kerana adanya Auku yang menyekat pergerakan mereka," ujar beliau.

Menurut Dr Samrudin lagi, rakyat Malaysia yang telah mencapai syarat umur untuk mengundi dalam proses demokrasi tidak kira sama ada pelajar, pekerja atau pun masyarakat umum berhak mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi kerana hak tersebut telah diberikan oleh Perlembagaan Negara.

Kenyataan Rasis BTN Cerminan Wajah Sebenar Umno

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan berbaur perkauman yang ditiupkan Biro Tatanegara (BTN) dengan menghina masyarakat Cina dan India melambangkan watak sebenar pemimpin Umno sekaligus mendedahkan mereka sebagai golongan berfahaman ekstrim lagi menjijikkan.

Beliau merujuk kepada ucapan seorang pegawai kanan BTN yang menggelar rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin lalu.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah mereka yang sebenar Umno. Mereka akan menjadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrim dalam memainkan isu perkauman," katanya di Ibu Pejabat PAS semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata insiden terbaru yang dilaporkan juga mengulangi tindakan rasis pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka 2 Februari lalu.

Nasir didakwa mengeluarkan kenyataan menghina masyarakat Cina dengan melabel 'wanita jual tubuh', manakala kaum India pula dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

Salahuddin berkata slogan 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno hanyalah bagi menutup wajah sebenar parti yang diterajui beliau.

"Mereka tidak pernah mencuba untuk kikis peribadi diri mereka yang sebenarnya.

Sepatutnya, kalau konsep 1Malaysia itu di bawa dengan falsafah, semangat dan roh yang dapat diturunkan kepada semua peringkat akar umbi Umno, saya yakin ianya suatu perkara yang boleh mereka fahami tetapi kita lihat satu kesilapan yang berulang, tak cukup dengan Datuk Nasir Safar yang membuat satu kenyataan yang memalukan.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia, itulah wajah sebenar Umno," katanya.

Sehubungan itu beliau melahirkan keyakinan rakyat pelbagai kaum tidak mengira Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kini telah menyedari akan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.

Umno Iri Hati Program Bantu Rakyat Miskin Pakatan Rakyat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno-Barisan Nasional yang cuba mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas sebanyak RM100 yang diberikan setiap tahun.

Menurut beliau, Umno-BN sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri dengan mendakwa program itu dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, Umno-BN mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar.

Jelasnya, taktik jahat tersebut bertujuan semata-mata untuk menggagalkan program Kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada usaha Umno mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

"Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas.

"Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas," kata Guan Eng dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Beliau membidas dakwaan pemimpin Umno berkata wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.

"Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.

"Urus tadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009," jelas beliau.

Oleh itu tambah beliau, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan.

Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

"Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, Umno-BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk mereka, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

"Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! Umno jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan," tegas Guan Eng lagi.

Beliau berkata selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram.

Bukti Umno kononnya adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

"Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

"Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh Umno-BN dalam 51 tahun.

"Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam. Malahan, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam," ujar Guan Eng.

Beliau turut mengingatkan bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin Umno-BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?.

"Bukankah lebih salah dan haram untuk Umno-BN luluskan lesen judi bola? Atau adakah mereka berdendam dengana Kerajaan Negeri yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik mereka untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain," soal Guan Eng.

Tambahnya, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan yang disebut tadi.

"Mereka sebenarnya iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan," kata beliau lagi.

Ku Li tak tanding tapi lalui situasi sukar di DUN Galas

Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai “Ku Li” akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan “bakal keputusan” pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

“Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

“Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa,” kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup “menarik” dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

Kes itu telah difailkan di mahkamah 30 Ogos lalu.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh

Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan

parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.

Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau percaya bahawa Tengku Razaleigh akan membantu kejayaan BN di Galas, Aziz menambah, ia kenyataan strategi dalam ‘memerangkap’ gerak-geri pemimpin veteran menghadapi pilihan raya kecil.

Sebelum ini PR juga pernah meminta Tengku Razaleigh mengetuai kokus isu-isu berkaitan dengan minyak dan hubungan negeri dan persekutuan.

MUhyiddin meminta Tengku Razaleigh berfikir dengan mendalam sebelum memilih tawaran tersebut.

Kit Siang Ingatkan PR Sedia Hadapi PRU-13 Dalam Enam Bulan

Lim Kit Siang memalu gendang pilihan raya apabila mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi PRU ke-13 yang akan diumumkan seawal-awal enam bulan dari sekarang.

Ini berdasarkan kepada gesaan Menteri Besar 'Mahkamah' Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyeru semua komponen Barisan Nasional membuat persediaan bagi mengadapi kemungkinan PRU mengejut awal tahun depan.

"DAP dan Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-13 dalam masa enam bulan lagi," kata beliau semasa berucap pada majlis Hari Keluarga dan Pesta Makanan DAP Canning di Dewan Bulan Sabit, Ipoh Sabtu lalu.

Kit Siang berkata dalam tempoh 18 bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan tiga inisiatif iaitu dasar 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru serta Program Transformasi Ekonomi (PTE) RM1.4 trilion yang mensasarkan ekonomi nilai tambah yang tinggi menjelang 2020.

"Bagaimanapun kesemua langkah besar Najib telah gagal untuk dilaksanakan melihat kepada respons lemah Bursa Malaysia terhadap PTE.

"Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tutup 1,469 poin pada hari Isnin, meningkat 6.30 mata kepada 1,475.99 pada hari Selasa apabila PRE dilancarkan. Tetapi menjelang penghujung minggu dagangan pada hari Jumaat, KLCI jatuh 28.80 mata kepada 1,451.19 poin.

"Terlalu sedikit keyakinan rakyat terhadap PTE setelah dua inisiatif Najib diserang dan seterusnya dimusnahkan.

"MEB yang dilancarkan pada 30 Mac lalu diserang bertubi-tubi sehingga Najib terpaksa menjarakkan dirinya dengan mengatakan MEB bukanlah keputusan muktamad kerajaan tetapi sekadar usaha percubaan sekumpulan pakar yang melihat dari perspektif global!," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Tambah beliau, dalam kedua-dua perkara, individu yang mengetuai serangan terhadap program Najib tidak lain tidak bukan adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak faham konsep 1 Malaysia dan kesan buruk MEB jika dilaksanakan.

Kata Kit Siang lagi, dasar 1Malaysia umpamanya masih belum dibuktikan sebagai polisi negara yang mengamit komitmen penuh serta kesetiaan daripada anggota Kabinet Najib dan pentadbiran kerajaan sendiri.

Ini terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan secara terbuka bahawa beliau 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian' dan hanya satu sahaja Menteri Kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz yang bersedia menyatakan sebaliknya sejak 18 bulan lalu.

"Terbaru, Mahathir meningkatkan retoriknya mengenai bangsa dan agama malah memberi amaran orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.

"Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab daripada seorang yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan mewar-warkan konsep Bangsa Malaysia seiring dengan Wawasan 2020.

"Jika Pakatan Rakyat berkuasa yang akan hilang kuasa dan pengaruh ialah golongan Umnoputra sementara rakyat Malaysia terbanyak - Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban akan diperkasakan," tegas beliau lagi.

Kit Siang juga berkata Dr Mahathir telah menyerang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melalui kempen tidak beretika dan tidak jujur dengan memburuk-burukkannya hanya kerana beliau adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat yang popular sebelum rampasan kuasa haram Umno-BN.

Malah Dr Mahathir menunuduh Mohammad Nizar sebagai alat DAP dan mendakwa pentadbiran Nizar dianggap kerajaan negeri Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia.

"Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas kerana tidak ada siapa pun yang menganggap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebagai pentadbiran Cina - ia adalah kerajaan negeri rakyat Malaysia dan diterima baik oleh semua kaum di negeri ini.

"Cara Mahathir memfitnah Nizar sama sepertimana beliau memburuk-burukkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lebih 40 tahun dahulu, yang mana akhirnya Mahathir terpaksa meminta maaf dari Tunku.

"Sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir sepatutnya berhenti daripada mengamalkan politik perkauman dan agama," kata beliau lagi.

Maki Hamun Dan Mencarut Jadi Makanan Perkasa

Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya.

– Bernama


P/S:-

Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampau batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.

Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap.
- Greenboc

Selasa, 28 September 2010

GEMPAR 500 Ahli PAS Keluar Parti Di DUN GALAS!!!

Kira-kira 500 ahli PAS keluar parti di DUN Galas kerana tidak yakin dengan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri dari beberapa orang Ketua Cawangan dan ahli-ahli PAS yang sudah lama berjuang dengan PAS.

Salah seorang jurucakap kumpulan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka sudah muak dengan PAS dan kerajaan negeri kerana hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mentadbir dan tidak tahu buat kerja.

Ini adalah antara contoh berita-berita yang sudah pasti akan dimuatkan di dalam media pengampu BN tidak lama lagi sebagai bahan kempen BN untuk meraih sokongan rakyat di DUN Galas.

Selain dari berita di atas kemungkinan tajuk-tajuk berita lain ialah :-

a) Kelantan negeri mundur
b) DUN Galas tiada pembangunan
c) Ramai orang miskin di DUN Galas

dan sebagainya ..............

p/s: Jangan terkejut ini cuma contoh tapi tunggulah kemunculan penipuan dan pembohongan media pengampu BN tidak lama lagi.

Batal Kes Konspirasi II

Ahli seumur hidup DAP, Dr Chen Man Hin percaya keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu melonjakkan pelaburan langsung asing (FDI) negara.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau mengingatkan Presiden Umno itu supaya berhati-hati dan mengambil kira pendapat masyarakat antarabangsa.

“Kami memberi amaran, masyarakat antarabangsa tidak akan diam berdiri dan berpeluk tubuh melihat orang yang tidak bersalah cuba dipersalahkan dan dihukum penjara.

“Jika tidak, FDI yang turun 81 peratus pada 2009 akan jatuh lebih jauh lagi, malah mungkin ada pelaburan sifar, yang bererti berakhirnya Model Ekonomi Baru dan 1 Malaysia,” katanya lagi.

Terkini, seorang lagi tokoh perniagaan antarabangsa, Richard Branson menasihati Najib betapa imej Malaysia di mata pelabur tercalar berikutan pertuduan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore; Pengerusi IMF, Stiglitz; bekas Editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain dan bekas Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, John Croft , semuanya mengutuk konspirasi terhadap Anwar.

Walaupun Najib hanya memiliki kuasa eksekutif dan secara teknikalnya tiada kuasa dalam sistem perundangan tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional dikatakan ada 'pengaruh tersendiri' bagi membatalkan pertuduhan itu, jika mahu.
Sehubungan itu, Dr Chen menyarankan Najib segera membatal pertuduhan berkenaan jika mahu pelabur asing menanam modal di negara ini sekali gus membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Kritikan demi kritikan di persada antarabangsa jelas menunjukkan dunia mengecam tindakan kerajaan terhadap Anwar,” katanya dan menambah, DAP sentiasa mengkritik sebarang bentuk konspirasi terhadap Anwar.

Malaysia Lebih Untung Jika Tidak Ada Perbicaraan Anwar

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi menimbulkan keraguan mengenai tahap sokongannya kepada Datuk Seri Najib Razak apabila berkata Malaysia tentunya berupaya menarik lebih banyak pelabur jika tidak ada pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini,” tambah Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata kes Anwar tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.

Muhyiddin mengulas kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia dan meminta Najib untuk campurtangan bagi memastikan keadilan untuk mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat sebagai cubaan lemah untuk mempertahankan kritikan antarabangsa dan di dalam negara terhadap Najib dalam menangani isu pendakwaan Anwar atas tuduhan liwat.

Ramai pihak menganggap tuduhan itu mempunyai motif politik, lebih-lebih lagi selepas pengadu Saiful Bukhari Azlan mengaku berjumpa Najib dua hari sebelum membuat laporan polis.

Najib pada mulanya enggan mengaku berjumpa dengan Saiful tetapi kemudian mengubah nada selepas perjumpaan itu didedahkan dalam blog-blog dan portal berita.

Pendakwaan terhadap Anwar diteruskan walaupun pemeriksaan pakar mendapati tidak ada tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaan kononnya beliau mangsa liwat.

Peguam Anwar juga gagal mendapatkan keterangan yang diberi oleh Saiful kepada polis atau sampel bahan bukti lain untuk menyediakan pembelaan anak guam mereka.

Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan untuk menggugurkan kes itu walaupun menerima bahawa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan pendakwaraya kes itu.

Semua ini menguatkan persepsi bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik yang meperalatkan polis dan badan kehakiman.

Muhyiddin sebelum ini dilihat sebagai memperlekehkan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Najib apabila berkata beliau menganggap dirinya berjiwa Melayu lebih daripada anak Malaysia.

Dari RM

PKR menjadi parti "focus" di Malaysia

Bukalah mana-mana akhbar beberapa hari ini. PKR menjadi parti focus surat-surat khabar tu, berita tv tak usah kiralah, Awani sungguh ghairah mengeluarkan berita keburukan PKR, dan jangan kira lagi TV 1 dan 3.

Kalaulah berita-berita ini boleh dipakai, PKR sudah pun hancur. Tidak ada lagi PKR. Apa yang berlaku didalam PKR seolah-olah parti itu sudah ditalqinkan oleh TV dan surat-surat khabar ni.

Wah, bukan main Muhyiddin Yassin, berbicara tentang demokrasi, kononnya PKR tak mengerti demokrasi, Menteri-Menteri lain dan MB Perak nampak begitu puas kononnnya apa yang berlaku didalam PKR adalah kemusnahan PKR dan dengan sini memperli PKR.

Inilah kekuatan PKR sebenarnya. 1 anggota 1 undi, dan pemimpin berhak menawarkan diri sebagai calon. Mereka tegak diatas kekuatan sendiri, mereka tidak bertanding diatas imej orang lain, mereka bukan kroni mana-mana pemimpin.

Kalau dilihat didalam pertandingan ke jawatan Timbalan Presiden, 7 nama pemimpin sudah dicalonkan, ini menunjukkan bahawa tidak ada arahan dari mana-mana pihak untuk penentuan calon dan akar umbi di seluruh Negara membuat pencalonan mengikut selera mereka. Kita tidak macam UMNO, arahan supaya orang yang tidak menurut kehendak pimpinan tidak boleh dicalonkan sehingga Tengku Razaleigh yang popular diperingkat akar umbi tidak mendapat pencalonan kecuali dari Bahagian Gua Musang sahaja.

Mahathir yang pernah menawarkan diri untuk menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagiannya pun gagal mendapat tempat kerana adanya arahan supaya Mahathir tidak menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Perwakilan parti itu di Kuala Lumpur.

Pencalonan untuk jawatan-jawatan didalam PKR adalah terbuka. Datuk Zaid Ibrahim bukan sahaja dicalonkan untuk Timbalan Presiden bahkan beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Kalaulah dikatakan ada arahan, takkanlah Datuk Zaid boleh dicalonkan oleh akar umbi sebegitu sekali.

Azmin Ali juga dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP.
Zuraida Kamaruddin dicalonkan untuk Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita dan AJK Wanita. Fuziah Saleh dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP.
Rodziah Ismail dicalonkan untuk Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wanita dan Anggota MPP.
Anwar dicalonkan untuk Presiden dan Wan Azizah dicalonkan untuk Presiden dan Timbalan Presiden.

Itulah budibicara akar umbi yang membuat pencalonan mengikut pertimbangan mereka melalui roh demokrasi yang berteras didalam PKR.

Selepas ini terserah kepada pemimpin-pemimpin itu samada mahu bertanding ke jawatan-jawatan yang mereka dicalonkan atau menolak sebarang pencalonan, itu bererti dia menggunakan haknya sebagai anggota, bermakna sesiapa saja anggota PKR boleh mencalonkan, boleh dicalonkan, boleh menerima pencalonan dan boleh menolak pencalonan. Itulah roh demokrasi kalau Muhyiddin Yassin mahu belajar erti demokrasi yang lohor.

Mengenai kekecuhan di beberapa cabang, ini membayangkan bahawa memang ada "teething problem" kerana inilah parti politik pertama di Malaysia yang memberikan hak satu anggota satu undi.

Dan apa yang mahu dilakukan oleh PKR untuk membenteras politik wang jelas berjaya, tidak seperti UMNO hingga hampir ribuan pemimpin dipelbagai peringkat terlibat dengan rasuah politik.

Pengalaman pertama pemilihan secara "direct" ini mematangkan anggota-anggota PKR, dan juga mematangkan organisasinya. Kelemahan yang ada sudah dikenalpasti, pindaan-pindaan tertentu memperbaiki perjalanan pemilihan agar dapat mengatasinya sedang dikaji dengan aktifnya oleh Setiausaha Agung parti, dan PKR akan menjelma sebagai parti politik yang kukuh, kuat, berdisiplin dan mengamalkan demokrasi yang lohor dan tulen.

UMNO akan kekal sebagai parti yang mundur dari segi roh demokrasinya.

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.



Dari RM

DALAM PKR ! MASIH ADA VIRUS UMNO

Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan.

Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!!

Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara.

Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya?

Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS.
Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan.

Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari!

UMNO Jangan Takutkan Orang Kampung

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

“Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

“Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

“Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,” katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

“Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

“Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

“Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

“Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka,” katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

“Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini,” katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

“Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

“Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja,” tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

“Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman,” katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.




Dari Malaysiakini