Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

DAP Masuk Surau ,PAS Masuk Kuil Umno Nak Kata Apa Pulak?



Adun PAS ziarah kuil Hindu



Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.

Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.

Hishamuddin patut cermin diri

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein patut mencermin dirinya sendiri sebelum menghukum dengan gelaran-gelaran tertentu, kata exco kanan Selangor Teresa Kok.

Teresa mempersoalkan daripada mana Hishamuddin mendapat hak sebagai pihak berautoriti dalam hal moral untuk menyifatkan orang lain sebagai 'kotor' sedangkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan hati terbuka masuk ke dalam surau kerana diundang.

"Beliau (Teo) sendiri telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak terbabit. Saya fikir Hishammuddin menggelarnya sebegitu hanya kerana beliau bukan Islam atau kerana beliau seorang perempuan," katanya.

"Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain."

Semalam, Bernama melaporkan Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Walaupun Hishammuddin (gambar)menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat"

Pemimpin Umno Kalau Tak Mahu Ke Masjid Jangan Pula Halang Peminpin DAP

SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu. Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala. Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini. Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan. Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?




Oleh: WFAUZDIN NS

Lim Guang Eng Sembelih Lembu Korban? Fitnah terbaru Umno


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama “PAS Beruk” mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline “Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??” adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri ‘tazkirah’ dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada ‘tazkirah’ bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.

Herman Samsudeen

Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Sumber DPPWP

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 oleh Setiausaha Agung DAP

Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka 2010 kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi kosong tanpa amalan. Tidak ada gunanya bercakap soal perpaduan kaum jika ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman. Tidak ada gunanya mengaku anti-perkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakan sikap benci-membenci antara kaum dan agama.

Saya ingin tegaskan bahawa DAP dengan penuh iltizam telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.

Malangnya, iltizam dan semangat DAP ini cuba dipatahkan oleh segelintir manusia yang tidak mahu melihat masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang.

Saya sendiri telah banyak kali menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin politik. Sahabat-sahabat saya dalam DAP seperti Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok serta para pemimpin PAS dan PKR turut menjadi mangsa pembohongan kumpulan-kumpulan rasis ini. Dan yang menyedihkan, tidak ada tindakan tegas daripada kerajaan Barisan Nasional yang kononnya mengaku tidak mahu tunduk kepada perkauman.

Pada kala DAP rapat dengan orang Melayu, golongan rasis telah memutarbelitkan niat murni kami untuk memupuk persaudaraan dengan orang Melayu. Di kala DAP menghulurkan salam silaturrahim kepada umat Islam di Malaysia, kumpulan rasis yang sama itu memutarbelitkan hasrat suci kami untuk bersahabat dan mengikat tali persaudaraan dengan umat Islam.

Pada kala DAP mengajak semua kaum di negara ini, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kumpulan-kumpulan rasis yang telah kehabisan modal terus membohongi rakyat untuk memastikan usaha perpaduan tulen ini gagal.

Mereka bertindak demikian kerana mereka sedar bahawa politik using secara pecah perintah dan syak-wasangka antara kaum sudah tidak diterima lagi. Mereka bimbang mereka tidak akan menjadi relevan lagi. Mereka takut kehilangan saki baki kuasa yang mereka pernah ada suatu ketika dahulu.

Erti Merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran, khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.

Merdeka bererti kita bebas daripada penindasan dan pengekangan hak. Merdeka bererti Malaysia bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat anti-rakyat dan anti-kebebasan.

Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman. Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut.

Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, sempena Hari Merdeka yang mulia ini, kami yakin rakyat akan membuat pilihan yang bijak dalam pilihan raya umum akan datang. Kami berjanji akan melaksanakan erti Merdeka yang sebenar untuk membebaskan rakyat daripada belenggu tekanan dan ketakutan.

Malah, apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, kami menawarkan RM1,000 kepada setiap warga emas, member perhidmatan wi-fi percuma untuk semua dan menghapuskan saman ekor. Ini hanya sekadar beberapa usaha kami untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.



*Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 oleh Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng.

Rujuk keputusan Majlis Fatwa: Jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 memutuskan bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat izin pengurusan masjid dan menjaga tingkah laku serta tidak mencemarkan kesucian masjid.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, keputusan muzakarah yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu wajar dijadikan garis panduan pihak berkuasa agama negeri dalam usaha mengelakkan kekeliruan.

Bagaimanapun, orang bukan Islam dilarang berdoa dan bertafakur mengikut cara agama mereka atau dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah di masjid atau surau.

Keputusan muzakarah amat jelas. Masalah perbezaan pendapat (berkenaan bukan Islam boleh atau tidak memasuki masjid) ini tidak berlaku di luar negara.

Di Malaysia, fikiran dicemari sentimen politik kepartian. Ia menyebabkan kita lupa kepada prinsip asas agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Di samping menjadikan keputusan muzakarah sebagai panduan, Wan Mohamad menasihatkan jawatankuasa masjid dan surau terus membuat rujukan kepada majlis agama negeri masing-masing.

Menurutnya, ini kerana majlis agama juga mempunyai garis panduan yang telah pun ditetapkan.

Sebelum membenarkan sebarang majlis dijalankan di masjid, jawatankuasa perlu rujuk kepada majlis agama supaya tidak berlaku apa-apa masalah.

Kita juga menggalakkan jawatankuasa menyediakan pakaian menutup aurat kepada pengunjung masjid dan surau seperti kain penutup kepala untuk wanita,” katanya.

Pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda, Kajang yang memberikan ucapan dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada surau tersebut mencetuskan kontroversi.

Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen Selayang,dari Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen pula dilaporkan memasuki ruang solat Masjid Al-Taqwa Selayang Baru untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil tujuh masjid dan 27 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

Anwar selar 'pelampau peralat sentimen'

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri P. Pinang Di Masjid Jamek Bagan Jermal

Sambutan meriah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng di Masjid Jamek Bagan Jermal.


YAB.Lim Guan Eng bertanya kepada YDP Pas Bukit Bendera Tuan Hj Halim mengenai perkembangan masyarakat di kawasan qaryah Masjid Bagan Jermal .

YB.Koay Teng Hai Adun Pulau Tikus turut hadir dalam program sumbangan kepada ibu tunggal,pelajar dan golongan miskin di sekitar kadun Pulau Tikus.

YB.Liew Chin Tong Ahli Parlimen Bukit Bendera turut hadir berbincang sesuatu dengan Ust.Musanif Ketua Cawangan Pas Tanjung Tokong.

Sebahagian Ibu Tunggal yang hadir pada hari itu.

Masyarakat Islam di Kawasan qaryah Masjid Jamek Bagan Jermal perlu mempertingkatkan alasan ibadat di bulan Ramadhan.Sirah Nabi Muhammad saw perlu diteliti dan difahami,golongan bukan Islam juga boleh hadir di Masjid,berbincang dan sebagainya.Kefahaman cetek umat Islam khasnya perlu dihakis dengan mempertingkatkan ilmu agama.Datanglah ke masjid tegasnya YDP Pas Bukit Bendera Tuan Hj Halim Salleh .

Tingkatkan Ibadat Puasa kepada umat Islam kata Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.

Ketua Menteri sarankan mana mana warga emas yang belum berdaftar dalam e-kasih sila daftar segera.Skim Kifalah juga disentuh dan berharap penduduk di kawasan kadun Pulau Tikus dapat menyertai dan berdaftar dengan Masjid Bagan Jermal dan Kadun Pulau Tikus.
Ketua Menteri berucap di kaki lima Masjid Bagan Jermal betul betul dekat dengan penerima sumbangan.

Rata -rata penduduk yang temui oleh saya selaku Pengerusi majlis pada masa itu amat terharu dengan sikap Ketua Menteri yang tidak pentingkan protokol,berdiri berucap berdekatan dengan kami kata salah seorang ibu tunggal .

Mahasiswa sokong tuntutan royalti Kelantan


PENDAHULUAN

Pada 1975, satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkaitan pemberian royalti kepada negeri Kelantan. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dibayar secara tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Royalti minyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009. Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion. Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion. Kerajaan negeri Kelantan telah menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.

Pada 8 Julai 2009,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan untuk lebih kredibiliti dengan kabinet membuat keputusan biarlah Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangan. Royalti telah dimanipulasikan dengan pemberian wang ehsan sejumlah RM20 juta yang sehingga kini tidak diketahui kemana perginya wang tersebut. Namun rakyat Kelantan tidak boleh menerima suatu permainan politik yang jelas membodohkan orang Kelantan.

Mahasiswa berasa bertanggungjawab untuk membawa isu royalti rakyat Kelantan ini sebagai agenda yang perlu kami bawa dan perjuangkan bersama rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu. Isu royalti ini melampaui sempadan politik kepartian dan bangsa, maka amat perlu untuk mahasiswa berpatisipasi untuk turut menyatakan pandangan dan tuntutan bagi isu ini.

Berlandaskan prinsip Islam dan civil society, melalui pembacaan dan penelitian fakta, maka kami terpanggil untuk menyuarakan pandang bersama-sama rakyat Kelantan.

Kenyataan Mahasiswa:

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Isu tuntutan royalti menjadi agenda besar seluruh rakyat Kelantan yang inginkan hak mereka untuk mendapatkan wang tersebut. Perjuangan menuntut royalti bukannya bersifat desakan, tetapi ianya bersifat tuntutan hak yang telah dirampas oleh pihak tertentu.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama sebanyak 0.2%.

Melihat kepada angka dan statistik tersebut, jumlah penduduk majoriti Kelantan adalah kalangan orang Melayu.

Mahasiswa juga melahirkan rasa hairan kenapa kerajaan sekarang yang dikemudi oleh sebuah parti melayu tidak memandang betapa perlunya untuk diberikan royalti kepada rakyat Kelantan yang sememangnya berada dalam ekonomi yang kurang baik.

Jumlah isi rumah miskin tegar di Kelantan ialah 10.6 peratus atau seramai 3,550 orang. Statistik 2008, jumlah penduduk Kelantan adalah 1,453 000. Dengan jmlah 1 billion yang dituntut, maka rakyat Kelantan mendapat manfaat berjumlah RM600 bagi setiap penduduk secara nisbahnya.

Dengan pemberian royalti juga, jumlah kemiskinan tegar sudah pasti dapat dikurangkan. Mahasiswa memandang berat sosio ekonomi rakyat yang sepatutnya sudah tidak timbul masalah kemiskinan tegar dikala negara sudah hampir munuju negara membangun sepenuhnya menerusi wawasan 2020.

Dengan tema rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pihak kerajaan pusat patut mempertimbangkan hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan “wang mereka” demi kegunaan sara hidup seharian. Kita juga menuntut agar suatu audit yang lengkap tehadap penyaluran royalti sekiranya diberikan kepada kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri gagal menyampaikan royalti tersebut kepada rakyat Kelantan, maka mahasiswa dan rakyat boleh memberikan hukuman yang setimpal pada pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya jika kerajaan pusat berdegil dengan pendirian tersebut, maka amat wajar rakyat untuk mahasiswa dan rakyat Kelantan memberikan pengajaran kepada sepatutnya pada pilihanraya akan datang.

MAARUF CLUB UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Berpaksikan kepada sebuah negara yang menjadikan teras demokrasi sebagai tunjang kesepakatan bersama, maka adalah wajar untuk Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri memainkan peranan masing-masing berteraskan kepada semangat Perlembagaan. Pembahagian kuasa ini yang telah sekian lama diadaptasi di dalam sistem demokrasi berparlimen ini mestilah dipatuhi supaya wujud kesepakatan dan toleransi di dalam mengatur urus pentadbiran sesebuah negeri dan negara. Apa yang jelas, semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 memperuntukkan bahawa negeri-negeri akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai di dalam mana-mana negeri berkenaan. Oleh itu, mahasiswa berpendirian tegas bahawa perjanjian yang telah dimeterai antara Petronas dan Kerajaan Kelantan ini mestilah diakui kandungannya dan tidak dicabuli tanpa sebarang justifikasi yang absah lantaran wujud apa yang dilihat sebagai berkepentingan politik.

Mahasiswa menilai bahawa isu royalti Kelantan sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu melibatkan rujukan kepada proses undang-undang kerana kandungannya amat jelas dan mudah difahami, sebagaimana diperjelas oleh Tengku Razaleigh Hamzah, penggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan individu yang bertanggungjawab memperbadankan Petronas. Apa yang cukup dikesalkan, ada pula pihak luar yang terlebih sudu daripada kuah kerana memandai-mandai mentafsir peruntukan perjanjian tersebut seolah-olah penggubal draf tersebut salah dalam memahami kandungan yang ditandatangani.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

Kerumitan ini tidak wujud sewaktu Pertonas ditubuhkan pada 1974 dan hanya berbangkit selepas 1999. Contohnya, selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak, meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.

Hanya ketika pembangkang membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun dalam masa yang sama Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.

Amat menyesali hakikat ini, mahasiswa menggesa pihak Kerajaan mematuhi perjanjian asal yang telah dimeterai secara persetujuan bersama ini kerana permainan tarik tali sebegini pada akhirnya hanya akan merugikan rakyat terbanyak yang bakal mendapat faedah secara langsung. Mahasiswa juga berpendirian bahawa pemberian wang ihsan kepada agen Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada Negeri Kelantan adalah ralat dan menyalahi semangat demokrasi kerana rakyat Kelantan telah membuat pillihan Kerajaan secara sah melalui sistem demokrasi untuk mengurus atur dan mengawal selia segala perkara berkaitan kepentingan mereka. Oleh itu, jika Kerajaan masih berdegil untuk mematuhi perjanjian ini, mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk mengajak dan memobilisasi seluruh anak muda bagi menolak corak pentadbiran sebegini yang jelas tidak bersifat mesra demokrasi dan menyalahi peruntukan perundangan.

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mahasiswa Universiti Putra Malaysia khususnya PMIUPM juga turut menyokong dasar dan hak-hak tuntutun negeri Kelantan bagi isu royalti minyak ini. Kami memandang serius hal ini dari aspek keadilan kepada rakyat dan juga integriti sebuah kerajaan sebagai “Federal Government” yang bertanggung jawab terhadap negeri-negeri di bawah naungannya.

Konsep keadilan dan ketelusan pemerintahan sebuah kerajaan menjadi dasar utama memastikan nasib rakyat terbela dan juga menjamin masa depan negara yang maju. Inilah asas perjuangan mahasiswa yang mana menjadi semak dan imbang kepada pemerintah negara.

Dalam isu tuntutan royalti,mahasiswa memandang bahawa kerajaan sepatutnya menolak ketepi agenda politik parti dan memfokuskan pada isu kebajikan rakyat terlebih dahulu.Jika tidak,amanah sebagai pemerintah negara sudah semestinya diabaikan kerajaan pusat.

Timbul juga beberapa keraguan pada kami yang mana jika benar apa yang dikatakan oleh kerajaan pusat iaitu royalti bukan milik kerajaan negeri Kelantan, tentunya tidak ada kenyataan dari Ku Li iaitu MT UMNO sendiri yang juga orang penting dalam menggubal dasar Petronas dahulu dan juga Tuan Haji Hassan Ahmad, bekas bendahari Petronas yang terang-terang menyokong tuntutan royalti untuk kerajaan Kelantan.

Selain itu, jika kerajaan pusat juga benar ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan dan juga kerajaan negeri,kenapa duit yang dikatakan sebagai ‘wang ehsan’ itu tidak terus diberikan kepada kerajaan negeri tetapi ianya hanya disalurkan kepada JPP(Jabatan Pembangunan Persekutuan).Sudah tentu kerajaan negeri tidak dapat menggunakan dana ini untuk tujuan pembangunan yang dirancang diperingkat negeri.

Oleh itu,sekali lagi kami selaku mahasiswa menegaskan kepada kerajaan, samada pusat atau negeri, bahawa keadilan dalam pemerintahan perlu menjadi satu amanah yang besar dan dijaga dengan betul.Sebagai pemimpin negara,perlu menunjukkan contoh integriti yang tinggi dan baik kepada semua lapisan masyarakat samada pekerja sektor awam dan swasta,mahasiswa sebagai pelapis pimpinan negara serta masyarakat am khususnya.Inilah menjadi kayu ukur sejauh mana mampunya kerajaan pemerintah sekarang mampu mentadbir negara dengan baik.

TUNTUTAN BERSAMA

1. Berikan hak royalti yang sepatutnya kepada rakyat Kelantan tanpa ada sebarang diskriminasi

2. Jangan tipu rakyat yang sudah maklum tentang fakta dan isu royalti yang berlaku

3. Besikap adil kepada rakyat Kelantan tanpa mengira batasan politik kerana kita rumpun 1Malaysia

4. Mahasiswa akan membawa isu ini ke kampus sekiranya ia tidak diselesaikan secara berhemat

Justeru kami mewakili mahasiswa dan juga rakyat Kelantan menyatakan secara tegas pendirian kami bahawa isu royalti bukanlah agenda politik kepartian, kerana ia adalah hak yang perlu dituntut. Turut sama dinyatakan dalam sidang media ini beberapa tuntutan penting dari pihak kami agar diberi perhatian sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan

Presiden

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Pasir Puteh Kelantan

Muhammad Zaki Bin Sukery

Presiden

Maaruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

Kota Bharu Kelantan

Abdul Razak bin Omar

Presiden

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia ( PMIUPM )

Kota Bharu Kelantan

Mohd Khairul bin Abdullah Halim

Presiden

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia ( PMIUTM )

Kota Bharu Kelantan

Wan Baihaqi bin Wan Abd Rahman

Presiden

Persatuan Pelajar Islam Universiti Tenaga Nasianal ( PPI UNITEN )

Tumpat Kelantan

Sokongan bersama:

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Ikatan Study Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM)

Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim Universiti Kebangsaan Malaysia (PERDANA)

Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PERDANA)

Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM)

Makluman media:

1-Kami akan serahkan memorandum kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Kelantan pada majlis hari raya mahasiswa bersama MB pada hari raya ke-4 nanti.

2-Gerakan diperingkat anak muda akan dimulakan. Isu ini adalah maslah rakyat, mahasiswa akan bersama-sama rakyat memperjuangkan isu ini.

3-Penerangan dan penjelasan isu royalti akan diadakan diperingkat kampus dari masa ke semasa.

4-Pergerakan kami bukan hanya didokong oleh persatuan anak Kelantan, tetapi kebetulan 5 orang presiden persatuan mahasiswa islam di 5 buat universiti utama adalah ANAK JATI KELANTAN. Ahli dalam semua persatuan kami boleh mencecah 5 ribu orang yang mendaftar. Sekiranya kerajaan pusat tidak mengambil serius isu ini, kesannya lebih parah pada pilihanraya yang akan datang.

5-Perjuangan kami adalah untuk rakyat, dan ini adalah perjuangan patriotik untuk mengambil balik hak rakyat kelantan yang telah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.



-Mahasiswa

Isnin, 30 Ogos 2010

Kita Buat dulu Baru Najib Nak ikut!

Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Kerajaan Pusat ujarnya, pasti akan meniru langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi sebagaimana langkah mengharamkan judi bola dan bantuan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM400.

"Bila kita bertindak dulu, Najib pun ikut. Itulah kelebihan kita. Rakyat patut sokong kerajaan yang bertindak dulu kerana tanpa tindakan berkenaan Kerajaan Pusat sukar untuk menyalurkan bantuan seperti mana hari ini," ujarnya.

Sebagai sebuah kerajaan yang berhemah sambungnya, peruntukan tetap diberikan kepada semua kaum dan agama berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik memilih bulu.

Seorang Lagi ADUN Wanita DAP Masuk Masjid!!

Panas! Itulah yang boleh diperkatakan terhadap gambar wakil rakyat pembangkang ini. Biar pun isu panas susulan kes Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching berada dalam dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral belum berakhir. Kini satu lagi kejutan berlaku, gara-gara tindakan wakil rakyat DAP. Namun, sekali ini ia agak berbeza dan pastinya memberi tamparan hebat kepada puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Kini heboh dilaman facebook gambar YB Hannah Yeoh (foto), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya pula masuk ke dalam sebuah masjid di ibu negara. Menurut sumber beliau dipercayai hadir untuk program Iftar Ramadhan disamping menyampaikan sumbaangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah dekat sini.

Apa yang menarik, gaya dan penampilan beliau mengalahkan pemimpin wanita UMNO yang kononnya Islam itu sendiri. Dengan mengenakan baju kurung Melayu dan bertudung, YB Hannah dilihat sungguh anggun bergaya untuk bersama rakyat disitu.

Jika sebelun ini, YB Teo Nie Ching dipertikaikan kerana masuk ke dalam masjid kemudian berucap di ruang solat utama tanpa menutup aurat. Kini segalanya jauh berbeza sama sekali. Dengan penampilan yang penuh adab dan tatasusila itu, apakah akan ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan orang bukan Islam masuk ke dalam surau-surau dan masjid seperti yang digembar-gemburkan sekarang ini.

Malah, penampilan YB Hannah Yeoh dilihat lebih Islamik daripada sebilangan besar pemimpin Wanita UMNO yang kononnya mahu bercakap soal Islam itu sendiri. Kini, terbukti bahawa puak-puak UMNO BN mula "terdiam membisu" tanpa sebarang hujjah lagi untuk mempertikaikan "larangan orang bukan Islam" masuk ke dalam rumah Allah itu.

Ternyata lidah mereka kelu tanpa sebarang kata-kata melihat apa yang berlaku ini. Soalnya sekarang, apakah mereka mahu terus meracau dan mahu mempolitikkan isu ini agaknya?

YB Hannah Yeoh sempat bergambar kenangan dengan muslimat yang hadir

Sesungguhnya apa yang berlaku ini pasti akan membuatkan puak-puak UMNO tidur tak lena. Mereka kononnya ingin memainkan isu ini bagi membuktikan bahawa pemimpin DAP menghina agama Islam. Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, pemimin Cina dalam DAP lebih memahami dan menghormati kesucian agama Islam itu sendiri.

Melihat aksi YB Hannah ini, terkadang kita merasa sudah tiba masanya perpaduan sesama rakyat Malaysia itu menjadi agenda dan pokok utama Pakatan Rakyat. Perpaduan yang dicanang-canangkan dalam UMNO tidak mungkin akan berlaku kerana mereka lebih berselera untuk menggunakan "bangsa" sebagai alat perpaduan. Walhal, Islam itulah sepatutnya yang paling utama. Inilah yang berlaku, apabila Islam difahami maka orang bukan Islam tiada masalah dengan Islam.

Cuma, puak-puak UMNO yang gunakan media mereka untuk menakutkan rakyat sebenarnya.





Dari Pahang Daily

Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Nik Aziz



p/s: Teo Sudi memahami Islam tapi pemimpin Umno! nak ke?

Bonus Kakitangan Awam Hujung Tahun Dibatal?

Pemberian sumbangan khas RM500 kepada kakitangan dan pesara kerajaan sempena perayaan Adilfitri mungkin menyebabkan bonus pada hujung tahun ini terpaksa dibatalkan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata ada kemungkinan besar bonus kepada kakitangan awam pada hujung tahun akan dibatalkan kerana kerajaan menganggap ia telah diberi awal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Pemberian bonus bukanlah satu agenda utama Najib, kerajaan hanya akan beri bonus pada hujung tahun sahaja tetapi bagi menutup perasaan malu bila negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan bonus kepada kakitangannya beliau juga terpaksa berbuat demikian.

Disebabkan perubahan rancangan saya pasti pemberian bonus pada hujung tahun ini akan dibatalkan kerana ia telah diberikan pada musim perayaan kali ini," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri masing-masing.

Najib terpaksa mengumumkan pemberian khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menutup malu setelah Pulau Pinang lebih awal berbuat demikian dengan sumbangan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri.

Ini pula diikuti oleh Selangor yang mengumumkan sumbangan kepada kakitangan awam begeri sebanyak RM500 dan Kedah yang memperuntukkan RM3 juta untuk tujuan yang sama.

Keputusan Najib membabitkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM934.6 juta kepada 1.24 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Perdana Menteri merasakan begitu tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat kehadapan dalam mengutamakan kebajikan rakyat.

"Najib sebenarnya tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus hari raya sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan membuat pengumunan yahg sama walaupun berada dalam keadaan tertekan dengan kedudukan kewangan dan ekonomi sekarang.

"Saya tidak menolak pemberian bonus tersebut dan ia adalah satu langkah terbaik untuk kakitangan awam mahupun yang telah berpencen mendapat peruntukkan tambahan bagi menghadapi hari raya nanti. Bagaimanapun apa yang perlu Najib juga lihat adalah nasib pekerja yang bukan kakitangan kerajaan yang tidak mendapat apa-apa bonus hari raya.

"Satu perkara yang kita perlu ingat setiap kali pemberian bonus dilakukan ialah isu kenaikan harga barang keperluan. Apatah lagi bila tibanya hari raya nanti, barangan keperluan perayaan sudah pasti meningkat. Bagi kelompok kakitangan kerajaan yang mendapat bonus sudah pasti tidak menimbulkan beban tetapi bagaimana pula mereka yang bukan kakitangan kerajaan," tegas Azan.

Kata Azan, pekerja sektor swasta yang merupakan golongan majoriti kini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan menjelang musim perayaan tanpa sebarang sokongan kewangan daripada pihak kerajaan.

Pemberian sumbagan khas RM500 juga dilihat sebagai tindakan Najib untuk mengambil hati kakitangan kerajaan yang sudah hilang keyakinan terhadap pentadbirannya yang diselubungi pelbagai masalah dan kepincangan.

"Najib cuba mengambil hati kakitangan awam yang kebanyakannya sudah hilang keyakinan terhadap beliau dari isu kerugian Sime Darby, isu saman terhadap Felda sehingga kepada skandal kapal selam Scorpene. Rakyat tahu kepincangan besar berlaku sejak Najib mengambil alih kuasa dan pemberian bonus ini sebagai umpan beliau untuk menutup mulut rakyat.

"Rakyat berterima kasih dengan pemberian bonus tersebut tetapi nilai RM500 bukanlah satu jumlah yang dapat dibeli oleh Najib bagi mengambil hati rakyat untuk menunjukkan beliau pemimpin yang memahami kehendak rakyat. Jelas rakyat tahu mana yang terbaik untuk mereka membuat pilihan," kata beliau lagi

Teo Hadir Satu lagi Majlis Di Surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.


Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

Larang Bukan Muslim Memasuki Masijid-Surau Tidak Logik

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar fakta Islam tidak “dimangsakan” dalam keghairahan ahli-ahli politik hendak menghentam musuh masing-masing khususnya berhubung isu mengunjungi masjid atau surau.

Justeru kata Bekas mufti Perlis itu, dalam negara yang penduduknya majmuk, orang bukan Islam tidak harus dihalang daripada memasuki masjid atau surau kerana ia penting bagi mereka memahami Islam.

Soal beliau, jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan Muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, “bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka.”

Asri (gambar) memberikan pandangan ini ketika Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz.

“Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan.

“Jika kita enggan menerima mereka (bukan Islam) masuk, itu persoalan lain,” kata Asri dalam tulisan terbaru blognya di bawah tajuk “Bukan Muslim, Masjid Dan Mainan Politik”.

Bagaimanapun kata beliau, tindakan menggambarkan kepada bukan Islam bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham.

“Islam ala Melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?” kata beliau.

Jelas beliau, para ahli fekah berbeza pendapat tentang hukum bukan Muslim masuk ke dalam masjid.

“Namun, majoriti ahli fekah termasuk dalam Mazhab al-Syafii berpendapat bahawa bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu.

“Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam.

“Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri,” katanya.

Dengan merujuk kepada hadis al-Bukhari dan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi, Asri berkata, “kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan.”

“Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; Muslim dan bukan Muslim,” kata beliau.

Asri menambah, di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum Muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam.

“Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-Taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara Muslim dan bulam Muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam.

“Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput Muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan.

“Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?” katanya lagi.

Asri juga berkata, beliau amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan manakala Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing.

“Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya.

“Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam,” kata beliau.

Tegas beliau, politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan, persepsi dan prejudis.

“Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak,” katanya lagi.

Tambah beliau, orang politik datang dan pergi dan begitu juga parti politik.

“Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia.

“Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar,” katanya.

Justeru kata Asri, Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka.

Katanya, bukan Islam bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini.

“Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu.

“Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan Muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan.

“Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas,” katanya.

Nurul Izzah mahu mohon permit akhbar harian ‘Utusan Rakyat’

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bercadang mahu menerbitkan akhbar harian — Utusan Rakyat — ketika Kementerian Dalam Negeri masih belum memperbaharui permit akhbar mingguan terbitan partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wakil rakyat PKR penggal pertama ini berkata, surat hasrat untuk menerbitkan akhbar itu telah pun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Saya minta sokongan menteri agar permohonan ini dipercepatkan,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider.

Kini pasaran tempatan mempunyai akhbar harian Bahasa Malaysia Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, KOSMO dan Metro.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, permohonan itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

Bagaimanapun kata beliau, butiran pengurusan penerbitan itu akan diputuskan kemudian.

Kami akan memutuskan soal hak milik dan butiran lanjut kemudian,” kata beliau.

Menurut Nurul Izzah, pegawai kementerian ada memberitahunya bahawa permit penerbitan akhbar harian itu akan diluluskan jika pihaknya memenuhi kesemua syarat yang dikenakan.

Permit penerbitan perlu diperbaharui setiap tahun.

PAS pernah membuat permohonan sedemikian pada 2000 menggunakan nama Purnama tetapi telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri.

Nurul Izzah muncul dengan idea ini ketika Kementerian Dalam Negeri belum memperbaharui permit akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang diterbitkan setiap minggu.

Suara Keadilan juga telah diberikan surat tunjuk sebab ekoran penerbitan edisi akhir Jun lalu dengan tajuk muka depan “Felda Bangkrap”, yang mendakwa agensi itu kini berada di ambang muflis.

Dua lagi komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PAS juga pernah berhadapan dengan masalah permit penerbitan diperbaharui.

Bagaimanapun Harakah dan The Rocket telah menerima permit masing-masing akhir Julai dan dua minggu lalu.

Kedua-duanya dikenakan syarat hanya boleh dijual kepada ahli masing-masing dan premis masing-masing, bukannya secara terbuka.

Nie Ching temui Nik Aziz

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.

Kenapa Rakyat Tak Kibar Bendera?

BARU-baru ini wartawan media arus perdana membuat tinjauan di ibu kota Kuala Lumpur, bersempena dengan kehadiran bulan Ogos yang juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan.

Selama dua jam wartawan tersebut duduk di jalan utama di tengah-tengah kesesakan di pusat bandar, didapati tiada satu pun kenderaan awam yang memasang bendera Malaysia. Yang ada hanyalah teksi dan kenderaan perniagaan. Itu pun tidak banyak, jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Daripada hasil tinjauan tersbut, boleh disimpulkan bahawa semangat kemerdekaan di kalangan rakyat kian luntur dan amat berkurangan.

Ia adalah manifestasi daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional, memupuk 'mood' rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan negara kali yang ke-53.

Seolah-olahnya bulan merdeka tidak ada apa-apa makna bagi rakyat. Sunyi sepi seperti rakyat tidak berminat hendak menyambut hari merdeka.

Sudah tentu hasil tinjauan ini, merunsingkan penganjur utama majlis sambutan kemerdekaan iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Kegagalan Rais

Rais sebagai menteri yang menjaga media, gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau gagal kerana sejak beberapa bulan ini, dan sepanjang bulan ogos, media arus perdana, kerja utama mereka menghentam Pakatan Rakyat tanpa henti, sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempromosi sambutan kemerdekaan.

Mana ada masa hendak promosi merdeka, jika sepanjang masa digunakan untuk memaki hamun, melaga-laga dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Secara reverse psikologinya, media 'tali barut' Umno-Barisan Nasional hanya mempromosi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid Ibrahim, Karpal Singh dan ramai lagi.

Rakyat semakin kenal pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Keburukan yang dicanang setiap hari, hanyalah membuatkan rakyat semakin tidak percaya, menimbulkan rasa muak dan menyampah terhadap Umno-BN.

Oleh itu, hasil daripada kegagalan ini, amat menyukarkan Rais. Bagaimana nanti Rais hendak terangkan kepada Kabinet, khususnya Perdana Menteri.

Apakah kerana sekarang ini bulan puasa? Sehingga rakyat begitu sibuk beribadah sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa memasang bendera negara?

Atau apakah kerana semangat patriotisme di kalangan rakyat semakin menurun? Mengapa fenomena ini berlaku, harus diperhalusi perspektifnya.

Gagal fahami erti patriotik sebenar

Dalam konteks kenegaraan, semangat patriotik sememangnya harus wujud, dalam jiwa dan minda rakyat, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Semangat patriotik bukan sahaja harus ada pada kaum Melayu, malah kaum Cina, India dan sebagainya harus wujud. Kaum Cina dan India dalam negara kita adalah warganegara Malaysia, mereka bukan lagi seperti datuk nenek moyang yang datang dari negara China ataupun India.

Patriotisme adalah semangat yang penting tidak harus dikesampingkan.

Sehingga dalam Islam diperjelaskan bahawa 'mencintai negara adalah sebahagian daripada iman (kepercayaan).'

Memahami semangat partriotik dari sudut bahasa, patriot ialah orang yang mencintai dan mempertahankan negara.

Patriotik ialah bersifat patriot. Begitu secara mudahnya. Menyebut cinta, pasti semua orang tahu apa itu cinta. Cinta menuntut kepada pengorbanan.

Sehingga ada pepatah Melayu mengungkapkan gambaran bagi orang yang bercinta begitu hebat sehingga 'lautan api pun sanggup direnangi.'

Justeru dalam soal semangat patriotisme, bagaimana pula dengan semangat cintakan negara? Apakah cukup sekadar lafaz dan kata-kata ikrar yang dilaungkan dalam majlis sambutan hari merdeka? Apakah cukup dengan pemasangan bendera pada kenderaan atau pada dinding-dinding bangunan?

Apakah cukup dengan sambutan kemerdekaan saban tahun pada tanggal 31 Ogos? Cukupkah dengan letupan bunga api menjelang detik 12 malam dan esoknya, dengan segala macam perbarisan dan pertunjukan?

Maka adakah berduyun-duyun rakyat dikerah atau yang hadir menyaksikan perbarisan dan pertunjukan sempena hari kemerdekaan, benar-benar mempunyai semangat patriotisme? Atau mereka hadir kerana ianya suatu sambutan pesta sahaja?

Kata orang tua-tua kita, 'tak kenal maka tak cinta'. Kenalkah kita dengan negara kita yang tercinta ini? Atau sekadar kenal namanya Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu?

Jika kita singkap kembali sejarah kemerdekaan. Seolah-olahnya Malaya atau Semenajung Tanah Melayu diberikan kemerdekaan secara mudah, iaitu melalui satu perjanjian.

Sedangkan di merata ceruk dunia lain, harga kemerdekaan terpaksa dibayar dengan begitu mahal sehingga menumpahkan darah para pejuang.

Apakah kita sudah merdeka?

Fenomena ini sebenarnya, mengajak kita merenung kembali, apakah negara kita benar-benar sudah merdeka, dalam erti kata merdeka yang sebenarnya?

Atau merdeka kita cuma pada nama, pada hal rakyat masih terus dijajah?

Maka, bersempena bulan kemerdekaan tahun ini, khususnya, anak-anak muda perlu disedarkan dengan hakikat kemerdekaan sebenar.

Persoalan ini amat sensitif. Tetapi mahu tidak mahu sejarah harus dikaji semula, didalami dan diperhalusi. Betapa kebenaran, yang sangat pahit itu harus dibongkarkan.

Pejuang-pejuang sebenar yang terdiri daripada ulama-ulama besar dan pejuang-pejuang Melayu tulen, yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah harus ditonjolkan. Nama-nama mereka harus diabadikan sebagai pejuang kemerdekaan sebenar, dalam ertikata menentang penjajahan British.

Kita harus meletakkan nama pejuang sebenar di tempatnya, bukan nama-nama 'tali barut' British yang bertopengkan pejuang kemerdekaan.

Mungkinkah selama ini rakyat diperbodohkan dengan sejarah yang ditulis oleh pihak yang berkepentingan? Sudah tiba masanya kebenaran diungkapkan dan rakyat disedarkan.

BN bukan pejuang sebenar kemerdekaan

Hakikatnya, Umno, MCA dan MIC melalui Perikatan (ditukar jadi BN), mendapat kuasa secara mudah kerana mereka dipercayai penjajah British.

Mereka harus mengakui bukan mereka sebenarnya yang menjadi pejuang tulen kemerdekaan.

Tetapi isunya di sini, bukan soal pejuang kemerdekaan semata-mata. Saban tahun rakyat melihat, sambutan kemerdekaan digunakan oleh kerajaan untuk mempromosikan BN.

Sambutan kemerdekaan digunakan untuk mempupuk kesetiaan terhadap kerajaam Umno-BN, yang pada hakikatnya waktu ini tidak diterima sebilangan besar rakyat.

Oleh itu, kita tidak mahu sambutan kemerdekaan negara semakin hambar kerana rakyat semakin tidak menyenangi BN lagi.

Sehingga wujud anggapan bahawa mereka yang memasang bendera Malaysia hanyalah mereka yang menyokong BN sahaja. Malangnya buat Umno-BN, yang mendakwa mereka mempunyai berjuta-juta ahli, kenderaan milik pemimpin, ahli dan penyokong mereka sendiri pun tidak memasang bendera.

Entah mengapa berlaku sedemikian. Apakah mereka malu menaikkan bendera negara kerana takut dilabel Umno-BN sedangkan majoriti rakyat sudah pro Pakatan Rakyat?

Yang jelas, fenomena ini adalah hasil kegagalan Rais dan Umno, MCA, Gerakan serta komponen BN keseluruhannya.

Mereka bukan sahaja gagal memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat, malah di kalangan pemimpin dan penyokong BN juga mereka gagal.

Hampir semua parti utama komponen BN diasaskan di atas nasionalisme. Tetapi idealisme nasionalis yang menjadi asas parti mereka sekian lama, semakin gagal dan luntur.

Ideologi perjuangan BN gagal bukan kerana asas perjuangan mereka tidak baik, tetapi pemimpin mereka sudah jauh menyimpang akibat diselaputi dengan ketamakan dan terpalit dengan pelbagai skandal.

Oleh itu, pemimpin Umno-BN harus faham, bahawa, apabila rakyat enggan memasang bendera, bukan kerana rakyat tidak patriotik, tetapi mereka enggan dilihat bersekongkol dengan BN.

Jika keengganan rakyat memasang bendera Malaysia dilihat sebagai kegagalan Umno-BN memupuk semangat patriotisme, ianya adalah kerana,rakyat berasa suasana pemerintahan BN tidak lagi kondusif dari sudut agama, politik, ekonomi dan kemasyarakat.

Maka dengan itu, fenomena ini menuntut Pakatan Rakyat untuk bersedia menerajui dan memimpin rakyat mencintai negara Malaysia. Rakyat harus menunjukkan semangat cinta negara dengan menyelamatkan Malaysia dari cengkaman 'penjajahan' Umno-BN dengan mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Hanya dengan cara ini, hari sambutan kemerdekaan akan kembali meriah dengan semangat patriotisme yang tinggi di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, insya Allah.




Oleh Rashidi Hasan

Umno Macam Beruk Telan Mercun

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.

Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.

Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain

Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.

Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.

"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.

Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.



Oleh Mohd Sabri Said

Ahad, 29 Ogos 2010

Fitnah: Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Halang bukan Islam masuk masjid canggah fatwa

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.
Fatwa itu memutuskan pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat telah ditentukan.

PKR mengeluarkan kenyataan ini ketika pemimpin mereka, Bendahari William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang pula menjadi serangan atas alasan memasuki Masjid At-Taqwa di Selayang Baru.

Pertengahan minggu lalu, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching menjadi tumpuan kontroversi selepas berucap di Surau Al-Huda, Kajang.

“Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain.

“Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty hari ini.

Hakikatnya, menurut beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

“Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya.

“Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini,” katanya.

Menurut beliau, sewajarnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

“Apatah lagi ia memang telah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil kerajaan negeri Selangor.

“Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan,” kata beliau sambil menambah, ia juga satu gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

“Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.

“Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan,” katanya.

Muhd Nur menambah, pihaknya sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno.

“Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

“Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut dalam batu.

“Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan,” katanya.

Jelas beliau, itulah menjadi keyakinan PR kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Kata beliau, bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.

“Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Tiada Ambang Merdeka, hormati kemuliaan Ramadhan

Buat kali kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan program 'Ambang Merdeka' sebagai menghormati bulan Ramadhan yang sedang dihayati oleh umat Islam seluruh dunia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau yang lazimnya diamanahkan merancang program sedemikian menegaskan, keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bererti tidak menghayati saat-saat kemerdekaan tetapi kerana bulan Ramadhan bulan mulia, ia hanya disambut pada keesokan hari seperti pembarisan.

"Tahun ini merupakan tahun kedua kita tidak mengadakan sambutan ambang merdeka untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Jangan ada pihak pula mencetuskan isu kerajaan negeri tidak hormati kemerdekaan kerana di siang hari pembarisan tetap dilaksanakan," jelasnya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadhan anjuran Lajnah Penerangan PAS di Tapak Ekspo, Seberang Jaya malam tadi.

Namun bagi sektor swasta ia disambut seperti biasa bagi mengenang kembali sejarah silam perjuangan Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat merdeka sebanyak tiga kali menandakan bendera Malayan Union diturunkan.

Lagipun, katanya kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya sambutan sebegitu tidak dibuat.

Apa yang penting sekarang, ujarnya rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran wajar mengukur tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu '1Malaysia Menjana Tranformasi' .

Katanya, jika mahukan tranformasi berlaku, rakyat Malaysia usah lagi berpeluk tubuh tetapi bersama menjulang usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada piliharaya umum ke 13 kelak untuk membuktikan tranformasi benar-benar menjadi kenyataan.

Tambahnya, bukan sekadar slogan rakyat disuruh melakukan perubahan sedangkan jiwa rakyat dibelenggu dengan hutang negara yang maskin bertambah.

"Akibat pembaziran Kerajaan Malaysia, setiap rakyat termasuk bayi yang baru dilahirkan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,700. Apakah dosa bayi yang baru lahir walhal semuanya perbuatan kerajaan yang boros, " tegasnya.

Bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 nanti, katanya tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara maju yang bankrap apabila banyak pelabur asing keluar dari negara ke Indonesia dan Thailand.

Ini kerana, katanya pelabur yakin dengan ketetapan dasar atau polisi negara berkenaan walaupun sesiapa yang memerintah berbanding dasar di Malaysia yang senantiasa berubah mengikut gaya masing-masing.

"Di mana hilangnya Islam Hadhari ciptaan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila dia bersara dan tidak mustahil slogan 1Malaysia pun akan hilang dari sebutan rakyat ketika mana individu lain pula memerintah menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mana Ada Orang Macam Lim Guan Eng Dalam MCA Dan Gerakan!

Pemimpin MCA, Gerakan, PCM..ada ke ikut perangai Lim Guang eng yang mesra rakyat ini. Semestinya jawapannya tidak. Memang pemimpin BN lebih bermatlamatkan duit, daripada tolong rakyat..Semoga Allah beri hidayah kepada Lim Guang Eng ini... Amimm...


1. KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer,Ustz,Shobri Arshad,Tn Hj Ali.






2. Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa"






3. Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa,Butterworth.






4. Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.






5. Majlis buka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Halaman Masjid Kampung Bahru, Jalan Air Itam.








-Dperbatasan

" Sumber Klip Di Sini”