Pengikut

Sabtu, 31 Julai 2010

Federalisme, perpaduan Melayu, pendakwaan Liong Sik...

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan persekutuan supaya menghormati kuasa yang ada pada kerajaan negeri masing-masing, dan tidak menganak-tirikan kerajaan negeri yang tidak diterajui oleh BN dari pelbagai sudut dan aspek pentadbiran.

"Dalam isu Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh Kerajaan Pusat, sepatutnya hak kerajaan negeri dalam mentabdir negeri dihormati. Kerajaan persekutuan sepatutnya menghormati kerajaan negeri yang memerintah. Begitu juga dengan Pegawai Kemajuan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan siapa sahaja penjawat awam yang berada di bawah tampuk pemerintahan kerajaan negeri."

"Apabila penghormatan ini tidak wujud maka berlakulah konflik sebagaimana yang terjadi kini di Pulau Pinang apabila kerajaan persekutuan mencampuri hal-ehwal Kerajaan Negeri secara terang-terangan," kata Yusmadi Yusoff di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai, semalam, berdepan dengan kira-kira 500 orang hadirin.

Yusmadi yang juga merupakan seorang peguam berkata, sebagai sebuah kerajaan persekutuan, dasar yang ada pada kerajaan negeri tidak harus dinodai dan disabotaj dengan memperalatkan penjawat awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi menggagalkan apa jua dasar dan sistem yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah oleh PR.

"Dalam isu pasir di Pulau Pinang, sudah ketara bagaimana kerajaan persekutuan cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu kecurian pasir di atas tapak Politeknik Balik Pulau."

"Walaupun mereka sedar ini adalah projek mereka dan berada di atas tanah milik kerajaan persekutuan, tetapi mereka cuba memainkan isu dengan menuding jari ke arah kerajaan negeri semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mencelarukan pemikiran mereka," ulas Yusmadi (gambar kanan).

"Namun begitu saya yakin semakin banyak keburukan yang BN timbulkan maka bertambah hilang keyakinan rakyat kepada mereka untuk terus menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang."

Pendakwaan Liong Sik tidak bawa makna

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan BN sudah berada dalam keadaan tenat dan nazak apabila pelbagai masalah sedang melanda parti pemerintah tersebut.

Beliau juga berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik tidak membawa apa-apa makna kepada PR.

"SPRM boleh menangkap siapa sahaja yang mereka mahu dan dibawa ke mahkamah, namun begitu belum pasti keadilan akan tercapai berdasarkan sejarah lampau yang pernah terjadi kepada mendiang Eric Chia."

"Selain daripada itu kebebasan yang tidak ada pada kebanyakan sistem perundangan dalam negara yang dikuasai oleh BN dan pemerintah menjadikan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan dalam setiap tindakan yang mereka ambil," kata Firdaus Jaafar.

Menurut Firdaus lagi, dalam tempoh 50 tahun pemerintahan BN dalam negara, gaji minima bagi rakyat negara ini masih jauh begitu rendah jika dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.

"Berleluasanya kegiatan rasuah dan korup, penindasan terhadap rakyat serta kenaikan harga barangan menjadikan kerajaan sukar untuk memberi khidmat yang terbaik bagi membela nasib rakyat."

"BN sudah muflis apabila mereka terpaksa mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap rakyat. Kenaikan harga barangan semakin lama semakin membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah," tambahnya lagi.

Firdaus Jaafar (gambar kiri) juga menyentuh isu penyatuan PAS dengan UMNO merupakan suatu perkara yang terpaksa dilakukan oleh UMNO dalam suasana yang terdesak apabila mereka sudah merasai keyakinan rakyat terhadap mereka semakin terhakis.

Penyatuan UMNO-PAS

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Husam Musa melontarkan cabaran, agar penyatuan puak dalam UMNO dilakukan terlebih dahulu sebelum penyatuan PAS dan UMNO dilaksanakan.

"Dalam UMNO Terengganu sendiri kita dapat lihat bagaimana ada puak Menteri Besar, Ahmad Said dan puak bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Ini semua adalah krisis dalaman yang serius melibatkan orang Melayu dan parti UMNO."

"Oleh kerana itu perjuangan yang hanya berlabelkan bangsa ini tidak akan membawa penyatuan. Sebaliknya membawa kepada kemusnahan yang tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada sistem pemerintahan negara. Oleh kerana itu sebelum UMNO melaksanakan pelan penyatuan dengan PAS maka adalah terlebih baik bagi mereka membetulkan saf dalam UMNO terlebih dahulu," katanya lagi.

Husam (gambar kanan) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan juga berkata, PAS mempunyai peluang yang lebih baik untuk memerintah negara dan sekaligus membawa PR ke Putrajaya apabila perjuangan PAS yang mengutamakan Islam itu adalah untuk semua golongan masyarakat yang ada dalam negara.

"Melalui Islam, orang Melayu, Cina, India dan semua keturunan yang ada akan bersatu. Jika bangsa dan perkauman yang diperjuangkan maka ia akan membawa kepada perpecahan yang hanya memperjuangkan hak bangsa masing-masing tanpa memberi keadilan kepada bangsa dan kumpulan masyarakat yang lain."

"Di bawah pemerintahan kerajaan BN yang ada sekarang skandal yang merugikan wang rakyat seperti PKFZ, Sime Darby, Pos Malaysia, FELDA dan pelbagai lagi memberi imej buruk kepada sistem pemerintahan yang ada pada BN. Mereka sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pemerintahan yang terbaik kerana jangka masa 50 tahun yang diberikan kepada mereka hampir lupus menjelangnya pilihan raya umum yang akan datang," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Yang Dipertua PAS kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.



*Nazar Hashim

Siri Jelajah Anwar Keseluruh Negara Bermula Di Perak

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh negara dalam program lawatannya yang akan bermula di negeri Perak semalam.

Koodinator Politik, Abdul Rahman Yusuf berkata program pertamanya adalah acara makan malam bersama rakyat di Cabang Bagan Serai Serai bagi menyampaikan mesej kepda pengundi kawasan itu walaupun ahli parlimen mereka melompat menjadi anggota Bebas, KEADILAN tetap mengambil berat kebajikan rakyat di sana.

"Anwar kemudiannya akan bergerak ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar iaitu kubu bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz untuk memberi ceramah berhubung isu dan perkembangan semasa. Ceramah Perdana itu akan diadakan di Bukit Chandan pukul 10 malam ini.

"Siri ceramah perdana yang diadakan bertujuan bagi merampas semula negeri Perak daripada tangan Umno-Barisan Nasional,
" jelas Abd Rahman.

Keesokan harinya, siri jelajah itu akan diteruskan ke selatan tanah air untuk program majlis makan malam dan pelancaran Pakatan Rakyat Batu Pahat, Johor.

"KEADILAN memberikan tumpuan ke negeri Johor selepas kita mendapati sambutan dari rakyat yang dikatakan kubu kuat Umno-BN itu sangat hebat dan luar biasa.

"Kita akan memberikan tumpuan yang khusus dan memberikan lebih banyak pendedahan kepada rakyat di negeri Johor
," kata beliau.

Tambahnya lagi, walaupun pada pilihan raya umum Ke-12, Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan besar kepada Johor, kebanyakkan calon Pakatan Rakyat hanya kalah dengan majoriti kecil.

Ketua Pembangkang juga dijangka akan menyampaikan ceramahnya di Kampung Sungai Tongkang, Rengit.

Selepas itu, pada Ahad malam, beliau akan menyampaikan ceramah perdana di Taman Ehsan, Kepong bersama pemimpin KEADILAN yang lain.

DAP pecat ahli majlis MPK

DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.
Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP.

90% Rogol Babitkan Melayu

Scara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.

Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi.

Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sambil menyifatkan peratusan yang tinggi itu bukan kerana kaum itu sahaja yang terdedah kepada kes rogol, Kamal Affandi berkata kaum Melayu kini semakin terdidik berikutan menerima pelbagai program kesedaran dan motivasi pentingnya menjaga kehormatan diri dan berani mempertahankan diri yang seterusnya meruntuhkan tembok rasa “malu” yang banyak membelenggu golongan itu selama ini.

Kamal Affandi berkata beliau percaya banyak kes rogol yang berlaku membabitkan kaum lain tetapi tidak dilaporkan atas sebab dan kekangan tertentu.

Jawapannya mudah, kempen yang dibuat sebelum ini dalam bahasa kebangsaan dan majoritinya orang Melayu yang hadir mendengar ceramah dan motivasi itu, orang Melayu telah terdidik dengan bantuan dan perlindungan undang-undang mereka. Mereka semakin percaya kepada sistem keadilan jenayah dan kaum lain mungkin masih belum menganggap ianya (system jenayah) penting,” katanya.

Justeru, katanya, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara perlu mencari inisiatif untuk mewujudkan program motivasi yang sama kepada kaum lain di negara ini bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai jenayah rogol dan sistem perundangan di negara ini yang diwujudkan untuk melindungi setiap kaum yang teraniaya.

NGO perlu melakukan sesuatu, sebagai contoh kalau ceramah itu perlu dibuat dalam bahasa Tamil, buatlah dalam bahasa berkenaan agar ianya (maklumat dan pendedahan) akan lebih ‘sampai’ kepada golongan dan kaum yang disasarkan.

Sebelum ini pun kita lihat kalau ada pun program motivasi mesti ianya dibuat di tempat-tempat yang sofistikated, ada media yang membuat liputan, jarang-jarang yang sanggup pergi ke estet sebagai contohnya untuk memberikan ceramah atau motivasi, bagaimana motivasi itu akan sampai kepada semua kaum,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rogol yang kini banyak membabitkan golongan kanak-kanak, Kamal Affandi berkata sangat sukar untuk memberi pendedahan dan didikan kepada golongan itu kerana mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami apa yang disampaikan.

Untuk kanak-kanak terutama di usia tiga sehingga tujuh tahun memang sangat sukar kita nak terangkan kepada mereka tentang menjaga keselamatan diri sebagai contoh mereka berada di rumah sendirian dan kita memesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa dia berada berseorangan sebaliknya memberitahu berada bersama ibu bapa, tetapi mereka (kanak-kanak itu) akan berkata kenapa perlu menipu, kerana menipu itu adalah satu perkara yang tidak baik,” katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat perlu mencari ruang lain untuk mencipta langkah keselamatan terhadap golongan kanak-kanak antaranya mewujudkan kaunseling masyarakat.

Melaluinya, beliau percaya masyarakat terutama jiran tetangga akan menjadi lebih prihatin dan menjadi mata dan telinga kepada masyarakat yang lain terutama golongan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian setiap masa. – Bernama

FDI: Menteri Berbohong

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan,
" katanya.

Perogol Kanak-Kanak Patut Dihukum Mati

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali.

Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan,
" katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

--Bernama

Umno perlu direhatkan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil.

Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan.

Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.

"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi.

Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat.

Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau.

Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.

Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes.

"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli 274 kereta perisai yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya.

Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!

Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan Liwat DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya?

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah



-EDYESdotCom

Jins Shamsudin pula syor tiga parti digabung

Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka.
Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno.

Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.

Ibrahim berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.

Bagaimanapun PAS dan Umno menolak bulat-bulat idea Presiden Perkasa itu.

Kata pemimpin PAS dan Umno, kedua-dua parti yang berusia lebih enam dekad ini akan kekal dengan matlamat perjuangan masing-masing sambil menyifatkan idea yang dilontarkan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknya terpulang kepada Ibrahim dan Perkasa jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, kata pemimpin Umno dan PAS.

Apa yang penting sekarang adalah perpaduan Melayu iaitu orang Melayu mesti bersatu bererti parti-parti Melayu perlu disatukan.

“Kalau boleh orang Melayu ini duduk dalam satu parti tiada Umno, PAS dan PKR. Mungkin kita boleh tubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu
,” kata Jins.

Apabila ditanya mengenai keputusan PAS yang menolak kerjasama perpaduan dengan Umno, Jins berkata, ia bukan keputusan majoriti pemimpin parti Islam itu.

Yang tolak itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) sebab beliau yang bercakap. Lagipun beliau bukan pemimpin PAS kerana pemimpinnya adalah presiden.

“Beliau hanya menteri besar, ini bererti kita perlu dapatkan semua ahli PAS, berbincang dan minta apa pandangan mereka
.

Pada saya, Umno dan PAS mesti bersatu sebab PAS itu Melayu-Islam, Umno juga Melayu-Islam... bersatulah ini berdua barulah kita boleh pertahankan kuasa orang Melayu,” katanya.

Malah sebelum ini, Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Jins berkata perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu disebabkan terlalu banyak parti politik.

Di Malaysia ada 27 juta penduduk tapi kita ada 19 parti politik. Kalau di negara lain tidak sebegini banyak.

“Sepatutnya kita hanya perlu ada satu parti untuk setiap kaum Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Ini kerana apabila bilangan parti kecil maka hanya lima pemimpin sahaja, jadi tiada perpecahan,
” katanya.

Selain itu, Jins juga menggesa supaya orang Melayu tidak lagi berpecah hanya kerana perbezaan politik.

Sebagai orang Melayu kita perlu mempertahankan hak kita di negara ini baru kita boleh berkuasa.

“Kalau orang Melayu tidak bersatu, satu hari nanti kita bukan hanya hilang kuasa tetapi segala-galanya
,” katanya.




- The Malaysian Insider

Kerajaan Dakwa Dr Ling, Sebab Tidak Mampu Tutup Skandal

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tun Dr Ling Liong Sik didakwa berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebab kerajaan “tidak boleh lagi menutup sebarang skandal.

Anwar berkata, walaupun Pakatan Rakyat (PR) terus-menerus membangkitkan perkara berkenaan sejak empat tahun lalu, tetapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Setiap kali kami membawa isu ini, kami (Pakatan) dilabel sebagai antinasionalis.

Dan, sekarang sejak mereka tidak boleh menafikan perkara itu, mereka mendakwa (Dr) Liong Liong Sik,” kata beliau pada ceramah di sini malam tadi.

Kata Penasihat PKR ini, MCA mendakwa PR sebagai pembohong kononnya menyebarkan isu yang tidak benar apabila setiap kali membawa skandal PKFZ.

Di negara ini orang kaya boleh buat apa sahaja. Malah mereka boleh membunuh seseorang dan bebas,” katanya pada ceramah dihadiri kira-kira 350 orang di dewan Beng Sean Seah meskipun hujan.

Dr Ling, bekas menteri pengangkutan dan bekas presiden MCA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap tuduhan menipu kerajaan berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.

Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Kabinet dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.

Bagi pertuduhan utama, Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sampai tujuh tahun, dengan denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan alternatif, Dr Ling dituduh menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Akhir tahun lalu empat orang telah didakwa berhubung skandal itu.

Jumaat, 30 Julai 2010

KJ vs Ibrahim Ali Ahad ini

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.

Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Sebelum itu, Khairy menulis dalam Twitternya: "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".

Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda.

Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini.

Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim.

Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan.

Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain.

Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'.

Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA.

Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.

“Hubungan Romantis”: Pandangan Para Peguam

Beberapa peguam berpandangan imej Jabatan peguam Negara tercemar ekoran dakwaanya bahawa seorang anggota pasukan pendakwaan terlibat dalam hubungan romantis dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun sebahagian lagi berpandangan peranan timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes tersebut hanyalah kecil kerana mereka hanya mengambil nota semasa perbicaraan.

Baljit Singh Sidhu (kiri) berpendapat dakwaan itu benar-benar menggoncang jabatan tersebut secara serius.

Tuduhan itu serius dan tak nampak baik untuk pendakwaan. Ia mengarah kepada isu integriti pasukan pendakwaan,” katanya ketika ditemui.

Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan bahawa DPP tidak bertika dan tidak profesional kerana mempunyai hubungan dengan pengadu.

Baljit yang juga seorang pensyarah berkata, peranan DPP berkenaan Farah Azlina Latif adalah kecil bukan satu isu.

Fakta bahawa beliau sebahagian daripada pasukan pendakwaan kekal dan ia tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Baljit bagaimanapun memuji tindakan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengeluarkan daripada pasukan pendakwaan terhadap kers Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan tanggapan negatif.

Bagaimanapun seorang peguam kanan yang mahu namanya dirahsiakan sambil ketawa berkata, perkara ini hanya boleh terjadi di Malaysia.



Dari Malaysiakini

Ceramah Sempena Perhimpunan Pekerja 2010 (P.Pinang)



Ceramah Sempena Perhimpunan Pekerja 2010 & Wacana Pekerja Pulau Pinang






Tarikh: 30/7/2010 ~ 1/8/2010
Tempat: Dewan Kompleks Sukan MPSP
Kepala Batas P.Pinang
Masa : 9.00 Malam




1- 30 Julai 2010 (malam ini)

YB. Yusmadi Yusuf
YB. Dato Husam Musa
YB. Ust Firdaus Jaafar


2- 31 Julai 2010 (sabtu malam)

YB. Ust Salleh Man
YAB. Lim Guan Eng
YB. Hj Mohamad Sabu


3- 1 Ogos 2010 (ahad pagi)

Wacana Pekerja P.Pinang ke-5
Bersama Penal Jemputan:

YB. Prof. P.Ramasamy
Tuan Haji Anuar Tahir
YB. Zainuddin Mohd Yusof


4- 1 Ogos 2010 (ahad malam)

YB. Dato Mahfuz Omar
YAB. Dato Seri Azizan Razak
YB. Ng Wei Aik
Peguam Rosidi Hussain



Jangan Lupa Pakat-Pakat Mai Tengok noo.........!!!


-Amir DarkJustice

Haramkan DAP !!

Wahai ostad al-fadhil Zul Nordin, kenapa DAP yang nak diharamkan, bukan JUDI sukan?

Halal atau haram, duit elaun ribu-ribu ringgit sebagai ahli parlimen yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat ? Atau adakah ianya HALAM mengikut takrifan ulama UMNO ?

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang prinsip, letaklah jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu baru boleh cerita fasal prinsip sesungguhnya kau tak layak digelar wakil rakyat kepada pengundi Kulim Bandar Baharu.

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang halal dan haram, halalkan dahulu mata pencarian yang mencurah-curah setiap bulan. Sesungguhnya kepercayaan pengundi KBB telah dikhianati tanpa rasa malu dan segan, menyuruk disebalik pengetahuan ilmu agama, malah menyalahgunakannya.

Aku letih nak bicara hal Kulim Bandar Baharu, tunggu sahajalah nasib Ahli MP ini pada PRU akan datang. Apakah diberi laluan oleh BN untuk bertanding? atau gagal segagalnya seperti seorang peguam gagal.

Bacalah artikel yang terbit oleh Zul Nordin di sini, maka anda dapat lihat kata-kata yang terpacul itu saling tak tumpah seperti orang-orang UMNO yang meniup semboyan perkauman. Dengan 13 Mei diungkit-angkat, DAP nak diharamkan. Apakah kita juga perlu haramkan Zul Nordin??

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...




Dari: edyesdotcom

Saiful Nak Bersumpah Lagi!!

Saifool, penghias muka depan akhbar pengampu dan penipu apabila perbicaraan Kes Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim bersambung tak lama dulu. Saiful digambarkan sebagai seorang yang kuat beribadat sehingga dahinya lebam-lebam.

Ada seorang kawan saya yang menjadi penyokong kuat Umno dulu kini selamanya pernah berkata, tak mungkin Saiful cakap bohong, engkau tengok dahinya hitam kuat sujud.Saya tak menjawab, malas nak layan buang masa dan tenaga. Dalam hati saya kata benggali jual kacang putih dahinya lagi hitam dari si Saiful.

Lihat lah dahi hitam Saiful, beliau amat memahami hati fikiran Melayu, asalkan dahi hitam, menunjukkan dirinya alim, kuat sembahyang. Kalau Melayu mudah ditipu, maka akan dapat sokongan kuat untuk memburukkan nama Anwar Ibrahim. - Ini satu strategi skript UMNO.

Hari ini kisah si dahi hitam keluar lagi. Kali ini dakwaan skandal seks (berzina le tu) dengan salah seorang pendakwaraya kes ini iaitu Farah Azlina Latif. Nampaknya Saiful boleh hitamkan dahinya, begitu juga Farah yang bertudung, nampaklah Melayu akan anggap wanita yang bertudung semuanya alim, taubat dan bersih.. sekarang isu kontraversi ini Saiful akan hitamkan Farah jua.

Tanya lah Saiful beranikah bersumpah dengan al quran di Masjid, dan buktikan diri tiada lakukan zina bersama Farah?? kalau PRU dimenangi oleh PR, dubur Saiful akan hitam akibat dirogol dalam penjara.

Isu ini mula-mula disiarkan dalam Malaysia Today. Peguam DSAI, Sivarasiah memberitahu wartawan bahawa mereka mempunyai maklumat berhubung dengan dakwaan itu.Tak pasal-pasal, Farah Azlina Latif hari digugurkan dari pasukan pendakwaan.

Kita boleh tanya anak mamak. Mukhriz botak , adakah artikel RPK hanya 40 % benar? yang lain tipu belaka? Ini lah, bukti bukti menteri di Malaysia berotak lembu, tiada tahu komen dan tidak menggunakan otak berfikir dengan logik.- Anak Mami



Daripada blog MaGeeMar
Sumber Berita Disini

Mustapa Menteri Bodoh Cuba Pertahan Kejatuhan FDI

Malaysia di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional diramalkan bakal terperangkap dalam kawah ekonomi yang paling dalam disebabkan pelaburan langsung luar negara (FDI) yang menjunam kepada paras terendah di kalangan negara Asia Tenggara.

Ini ditambah pula dengan sikap Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dianggap bodoh kerana memberi alasan tolol berhubung kejatuhan teruk FDI.

Mustapa memberi kenyataaan tidak masuk akal apabila berkata kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus adalah kerana kerajaan memilih pelaburan asing yang berkualiti sahaja.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (gambar) yang membidas sikap Mustapa berkata negara sebenarnya berada dalam kedudukan yang paling membimbangkan apabila Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan Malaysia kehilangan 81 peratus FDI pada tahun lepas.

"Mustapa memperbodohkan dirinya sendiri apabila takut memberikan fakta sebenar negara yang akan mengakibatkan terkubur Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kerajaan Umno-BN cuba menyelewengkan fakta tetapi malangnya 30 peratus rakyat Malaysia sudah mengetahui apa itu FDI. 30 tahun yang lalu, kita boleh bermegah dan dianggap harimau ekonomi di Asia Tenggara tetapi malangnya Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan pelabur asing
," tegas Azan ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut beliau, Malaysia pada satu masa dahulu menjadi destinasi dan syurga pelaburan asing tetapi semenjak tahun 1999 selepas tragedi pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, situasi ekonomi menjadi bertambah buruk apabila buat pertama kalinya negara mencatatkan belanjawan defisit.

"Ini merupakan kesilapan dasar dan polisi yang diamalkan kerajaan Umno-BN semasa itu yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi parah. Selepas itu, satu demi satu negara menarik keluar pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan sistem yang diamalkan oleh parti memerintah semasa itu," jelas beliau lagi.

Apa yang memburukkan keadaan katanya, kenyataan bekas Ketua Polis Negara yang berkata 41 peratus anggota polis terlibat dengan rasuah serta Umno-BN menganugerahkan projek sehingga individu tidak layak sekali pun mampu menjadi kaya-raya dengan merampas hak rakyat.

"Apa yang kita alami sekarang adalah keadaan di mana ekonomi mengalami kejatuhan yang paling teruk yang dipanggil sebagai 'spiral downward'. Malaysia akan mengalami keadaan ekonomi yang paling tenat jika perkara ini berlaku," ujar beliau.

Dalam pada itu, Azan juga menyelar sikap Mustapa yang mengambil mudah isu kejatuhan teruk FDI dan menyifatkan kebodohan menteri itu sebagai kebodohan kelas satu.

"Pada masa beliau cuba menyelamatkan bosnya demi kepentingan politik dan kroninya, beliau sepatutnya tidak perlu berselindung pada hal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula ketika ini dikhabarkan akan pergi bercuti akibat tidak mampu berdepan dengan tekanan," Azan.

Sebelum itu, Mustapa dilihat cuba menutup kelemahan kerajaan Umno-BN dengan mempertahankan fenomena aliran masuk FDI yang tidak kondusif di Malaysia berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Menteri penipu, kabinet ditipu?

Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

"Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri
.

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

"Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

"Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar," katanya.

Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

"Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah 'dakwa Ling, sindir Mahathir'.

"Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu
," katanya.

Khamis, 29 Julai 2010

Liong Sik Kena Cekup, Najib Cabut Lari

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti segera sehingga 10 Ogos depan adalah bagi mengelak daripada menjawab perlbagai persoalan yang bakal timbul daripada pertuduhan menipu terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Shamsul berkata walaupun pada prinsipnya beliau mengalu-alukan tindakan terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu namun berharap ia bukan satu "pertunjukan" semata-mata seperti di dalam kes rasuah membabitkan mendiang Tan Sri Eric Chia di mana akhirnya mahkamah membebaskan beliau.

Liong Sik, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

"Saya yakin, ramai lagi pimpinan Umno-Barisan Nasional yang terlibat di dalam skandal ini dan mendesak supaya mereka juga turut di tuduh.

"AMK mendesak supaya kerajaan menghentikan segera pembayaran pampasan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan bayaran pampasan yang lainnya sekira ada sementara menunggu keputusan kes ini.

"AMK juga mendesak supaya Tun Dr Mahathir turut disiasat segera berdasarkan apa yang didedahkan sebagai penyelewengan sebanyak RM100 bilion seperti didedahkan oleh Barry Wain di dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,
" kata Shamsul dalam komen beliau.

Shamsul menegaskan rakyat berasa kecewa dengan sikap Najib yang lari meninggalkan negara di dalam keadaan di mana petualang yang menggelapkan wang rakyat didakwa.

Liong Sik juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Beliau didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Najib yang tersepit

Mulanya saya mahu tinggalkan sekejap isu sekitar karenah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak habis-habis itu, juga hal permit penerbitan Suara Keadilan dan Roket yang belum diperbaharui, serta halatuju dan program KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen) bagi melobi dimansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Ya ... banyak lagi isu di luar sana yang wajar disinggung waktu ini, misalnya kembang-kempis perpaduan PAS-Umno, kes saman ekor yang mengundang amarah rakyat atau sensasi pengguguran Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Abdul Latif dari pasukan pendakwaan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ramai beranggapan polemik kebebasan akhbar tidak menyentuh secara langsung kehidupan seharian rakyat yang makin terhimpit dan tersepit sekarang; ia hanya menarik minat pengamal media bebas, manakala kalangan wartawan media propemerintah pun seperti buat tak kisah saja.

Senario politik baru

Malah khabarnya ada segelintir aktivis media baru (laman web, blog dan seumpamanya) menganggap ia bukan isu mendesak kerana, bagi mereka, akhbar bercetak sudah ketinggalan zaman dan makin susut pengaruh dan tandus kredibilitinya.

Justeru, imiginasi rakyat dikatakan sukar "menangkap" isu berkenaan, apatah lagi untuk menggembleng kekuatan bagi menentangnya, sepertimana berjaya diusahakan melalui demonstrasi besar-besaran dalam isu tuntutan pilihan raya Bersih, mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), atau membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).

Saya tidaklah sampai ke peringkat untuk merendah-rendahkan keupayaan rakyat Malaysia menanggapi isu-isu kritikal, apatah lagi senario "politik baru" semakin mendapat tempat dalam masyarakat, bermula daripada pilihan raya 1999 lagi, dan begitu mengakar kukuh dalam pilihan raya ke-12 dua tahun lalu.

Persoalan yang dahulunya nampak abstrak dan dilihat tidak kurang menarik minat pengundi Melayu, seperti isu kebebasan kehakiman, hak asasi, kepentingan golongan minoriti, sudah mula difahami dengan baik. Teriakan reformasi 1998 memulakan babak baru itu.

Darjah keaktifan penyertaan rakyat terhadap isu-isu sosio-politik semakin tinggi, termasuk melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil, selain parti-parti siasah. Meskipun pengaruh pembangkang merosot teruk dalam pilihan raya 2004, namun kesedaran yang bercambah dengan pantas itu sukar disekat lagi.

Tekanan Najib dan implikasi terhadap pilihan raya

Proses pendemokrasian atau peluasan ruang sivil tumbuh selaras dengan pertumbuhan pesat kelas menengah, kemajuan ICT dan terobosan globalisasi, peningkatan urbanisasi serta penghayatan hidup beragama.

Apa pun, saya tetap melihat bahawa tekanan menyeluruh dan terancang oleh pemerintahan Dato' Seri Najib Razak terhadap tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat (Harakah, Suara Keadilan dan Roket) mampu mengundang implikasi politik yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Benar, Harakah sudah diperbaharui permitnya - setelah gagal berada di pasaran untuk satu keluaran - tetapi dengan penguatkuasaan syarat-syarat "karut-marut" dan "ugutan" terhadap peruncit di premis awam, oleh KDN, bermula pertengahan Julai lalu, hak PAS sebagai sebuah pertubuhan berdaftar dengan keahlian lebih sejuta orang telah dinafikan.

Mempersudutkan Harakah sekadar untuk "ahli-ahli PAS" serta hanya boleh dijual "di pejabat urusan dan markas parti sahaja", dan amaran KDN akan mengambil tindakan keras jika melanggar pantang-larang itu mengggambarkan terdapat fenomena "counter democratization" di Malaysia.

Parti perlu berinteraksi bebas dengan pengundi

Setiap perdana menteri yang baru menaiki singgahsana takhta mempamerkan dengan bangga gimik melonggarkan sekatan terdahulu, tetapi tanpa perlu menunggu lama, belangnya menyerlah apabila menyerkup kembali sisa-sisa kebebasan dengan peraturan lebih ketat. Senario pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib adalah contoh nyata.

Bukankah PAS, juga KeADILan dan DAP, merupakan parti politik yang dijamin bebas bergerak memperluaskan pengaruh di kalangan rakyat, dan kemudiannya dibenarkan bertanding dalam pilihan raya (yang sepatutnya bersih, bebas dan adil), bagi memilih kerajaan baru dan "menjatuhkan" regim terdahulu?

Agar rakyat dapat membuat pilihan yang tepat, setiap parti mesti boleh berinteraksi sebebasnya dengan pengundi, bagi menjelaskan manifesto, sikap dan pendirian terhadap apa jua isu dan dasar-dasar yang ingin dibentuk. Saluran perhubungan itu, terutama media, tidak boleh diganggu dengan seribu satu peraturan "karut-marut" yang bercanggah dengan prinsip asas demokrasi.

Memperkecilkan semua lidah rasmi parti Pakatan Rakyat sebagai "sebuah akhbar yang berkonsepkan surat berita parti yang berperanan memaklumkan kepada ahli-ahlinya mengenai maklumat aktiviti parti" - seperti peraturan baru yang dipaksakan KDN - juga merupakan satu lagi syarat yang menodai amalan kebebasan bersuara, selain menonjolkan rasa takut pemerintah terhadap potensi saingan politiknya.

Keadaan ini lebih buruk daripada situasi "padang permainan tidak sama rata" apabila realitinya seolah-olah Umno-BN langsung tidak membenarkan "pemain lain" masuk ke padang!

Pakatan Rakyat ke Putrajaya

Najib cukup menyedari bahawa tugasnya untuk melangsungkan survival kuasa Umno-BN cukup perit, malah seperti bakal menemui "jalan mati". Pilihan raya umum ke-13 memang genting buat kedua-dua, BN dan Pakatan. Inilah peluang terbaik rakyat memilih kerajaan alternatif.

Selepas majoriti dua pertiga BN dinafikan di Parlimen dan penguasaan ke atas lima negeri (antara yang termaju di negara ini), target seterusnya Pakatan hanya satu: Berpindah ke Putrajaya! Dan ini merupakan matlamat yang rasional dan mudah diterima akal, tidak seperti impian pembangkang sebelum ini yang pernah dipersendakan sebagai "menunggu kucing bertanduk".

Kita lihat pelbagai kaedah dilakukan, dengan peruntukan dana awam yang cukup besar (mewabakkan lagi amalan rasuah dalam kerajaan), untuk menjinakkan hati rakyat kembali bersama pemerintah, namun setakat ini "teori pendulum" tidak nampak akan berulang.

Memang diakui bahawa setiap pilihan raya pertama yang diterajui perdana menteri baru (seperti Tun Abdul Razak, dalam 1974; Dr Mahathir, 1982; Abdullah, 2004) menunjukkan prestasi membanggakan BN, tetapi saya yakin fenomena "politik baru" telah menamatkan tradisi itu. Najib tidak berpeluang untuk menikmatinya.

Walaupun ada pihak menyanggah pendapat bahawa majoriti pengundi Melayu masih bersama Umno - merujuk pilihan raya April 2008 - saya lebih suka agar pandangan itu diterima dahulu agar mudah membentuk strategi menawan kelompok terbesar ini.


Pelampau Melayu yang tidak realistik

Najib tentu mengakui bahawa harapannya lebih tertumpah kepada pengundi Melayu sepertimana pengundi Cina menjadi penyelamat kepada Dr Mahathir pada 1999. Trend masyarakat Cina yang bangkit sederap memprotes melalui kertas undi dalam pilihan raya lalu dijangka berterusan. Difahamkan mereka selesa dengan kepimpinan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan begitu terkilan dengan tindakan "merampas kuasa" di Perak.

Kewujudan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali, dan sokongan terbuka akhbar Melayu yang dikawal mutlak Umno kepadanya, seperti Utusan Malaysia, makin memburukkan suasana. Faktor Dr Mahathir yang menyusahkan Abdullah dahulu turut tidak membantu.

Walaupun Dr Mahathir pernah dikagumi pengundi Cina, terutama dalam pendekatan ekonominya,bagaimanapun selepas bersara dan kini dilihat agak dekat dengan Najib, imejnya begitu mengelirukan; ada kalanya beliau seakan-akan "pelampau Melayu" yang tidak realistik, mungkin mahu mengulangi era penentangannya terhadap pemerintahan Tunku Abdul Rahman khususnya pasca tragedi 13 Mei 1969.

Rakyat, termasuk orang Melayu, semakin bijak menilai. Membakar sentimen perkauman tidak akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan, sebaliknya boleh mengundang padah buat semua.


Propaganda Media

Selama mana kita mahu dipermainkan oleh elit penguasa seolah-olah kita mesti merebut-merampas hak bangsa lain untuk hidup lebih sempurna? Miskin sangatkah Malaysia sehingga sesuatu bangsa seolah-olah hanya boleh survive dengan menindas kaum lain? Walhal, berdasarkan skandal kewangan negara yang hangus puluhan bilion, negara kita cukup kaya bukan saja untuk menampung kepelbagaian warganya, malah meliputi pendatang luar.

Najib tidak jemu-jemu cuba mencuri sokongan masyarakat bukan Melayu, antaranya, melalui konsep 1-Malaysia dan beberapa langkah "liberalisasi", tetapi beberapa pilihan raya kecil menunjukkan pengundi Cina tidak mudah diumpan.

Dalam masa sama, hanya mengharapkan orang Melayu terus menjadi penyelamat bahtera BN adalah risiko cukup tinggi. Usah perkecilkan kematangan berpolitik mereka walaupun tiada perubahan jelas di Hulu Selangor dan Bagan Pinang.

Propaganda media yang mendakwa nasib orang Melayu terancam di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mungkin boleh menyentuh emosi kemelayuan, tetapi apabila tersingkap realiti, ia boleh menelanjangkan pembohongan tadi dan memberikan kesan lebih buruk buat Umno. Rekod parti itu menerajui kerajaan sejak merdeka adalah catatan sejarah yang membuktikan orang Melayu tetap ketinggalan sedangkan pemimpin Umno merangkul pelbagai keistimewaan.

Mungkin situasi awal lebih memihak Umno tetapi dengan usaha berterusan PAS mendekati rakyat, serta berupaya menjelaskan perkara sebenar terhadap kemusykilan yang sengaja diada-adakan, selain imejnya yang cukup positif sebagai penerajui kerajaan Kedah (dan Kelantan selama lebih 20 tahun), posisi Umno sebagai parti utama orang Melayu boleh menggelongsor.

Yang penting informasi, sebagai kuasa sakti alaf ini, dan cara ia diolah, harus langsung tanpa sensor kepada masyarakat Melayu. Orang Melayu yang bermaklumat dan berpengetahuan tinggi diharap tidak mudah lagi menelan fitnah media tradisional yang dikatakan semakin mendekati tarikh luputnya itu.

Kesepakatan PAS-KeADILan-DAP lebih ampuh

Mungkin Najib percaya majoriti orang Melayu masih terpengaruh dengan media yang dikawal mutlak pihaknya, seperti televisyen dan akhbar, sedangkan internet tetap terbatas di bandar. Justeru, akhbar seperti Harakah dan Suara Keadilan, harus disekat atau paling tidak jualannya dipastikan "tidak membahayakan".

Dengan lingkungan mencengkam itu, sudah tentu Najib tidak bersedia mempertaruhkan kedudukan dan maruahnya, hanya demi mempamerkan imej terbuka dan sederhana.

Dr Mahathir yang merasakan bakal terjunam dengan pengaruh hebat Anwar pada 1998 ternyata tidak sanggup menunggu nasib buruk yang menimpa rakannya, Suharto di Jakarta, lalu merencanakan konspirasi menjatuhkan timbalannya. Begitulah juga Najib. Asakan Pakatan cukup berbisa. Kesepakatan PAS-KeADILan-DAP, yang lebih ampuh berbanding Barisan Alternatif dahulu, mesti dipecahkan.

Orang yang terdesak, seperti Najib, dan parti yang biasa mewah-selesa dengan nikmat kuasa seperti Umno-BN, akan melakukan apa saja untuk mempertahankan takhta. Jangan hanya sekadar menunggu tindakan luar biasa tidak terduga mereka untuk melakukan serangan balas.




Oleh Ahmad Lutfi Othman

Fail PKFZ dibuka Kembali: VIP Itu Ialah Tun Ling Liong Sik !!!

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puah Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.

Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta. Mkini

Akhirnya 'Ikan Jerung' naik ke darat !!

Dari dulu dah disebut-sebut, baru hari nie tangkapan dapat dibuat !

Apa yang dihairankan oleh bekas menteri pengangkutan dan bekas presiden MCA dengan jumlah ikat jamin yang bernilai RM 1 juta itu ? Sedangkan wang rakyat yang dirembatnya melebihi 2 ribu juta!! di ulangi, 2000 juta !

Kalau kurang satu juta, masih ada RM 1999 juta !!

Pasti lepas nie banyak lagi yang akan terbongkar !!

Soalan cepu emas :- ADAKAH INI ADALAH DI ANTARA FAKTOR PM KITA BERCUTI ??

Azwan Ali KUTUK Saiful..

Cuba baca apa kata-kata dari Azwan Ali kepada Saiful yang aku copy n paste dari blog Azwan Ali ini..

Tuesday, July 27, 2010
IDEA BANGANG KONSERT NORA DI MAJLIS TILAWAH! TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !

"Sapa lah punya idea bangang jemput NORA ...nyanyi di MAJLIS TILAWAH??? Kenapa tak buat KONSERT NORA jer??? Eh hello....majlis MULIA...apa KEJADAH panggil artis KAK BANGANG ooi??? Dah habis IDEA ker??? Kalau Lagu...sesuai dengan MAJLIS tak pa...ni LAGU SYOK SENDIRI....harapkan LIRIK pasal PEDOMAN !!! Perrah.....dah lah nyanyi PUN MIMING !!!! Buang karen....BUAT MALU MALAYSIA...sebagai TUAN RUMAH!!!!"

Hambik ko......PADAN KAN MUKA penganjur dik dik nun !!!! Diva Azwan Ali setujuuuuu.......
ADA AKU KISAH??? Ada berani???? Jawap lah.........Hai PM MISAI PUTIH??? Apa CER???



Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!

'Eh hello HANJJJ ooi....KO masuk mahkamah....MENUDUH ORANG MELIWAT juborin bangkai ko pun....tak abis lagi....ADA HATI MAIN ASMARA !!! Sah sah SATU DUNIA tahu....betapa hilangnya maruah KO....mengaku KENA SUNTOT kannn??? Kes pun belum selesai...KO TAK ABIS ABIS....CARI PUBLISITI MURAHAN !!! Apa jenis manusia ko ni HA??? Tak payah NAK COVERINA lah KAK SAIFULWATI ooi....BUANG KAREN jerrrr! SEDEYYYY!!! '

'Padan si BETINA GAREK tu pun....KO TU....konon bertaraf penting katanya!!! TIMBALAN PENDAKWARAYA....!!! Eh MINAH ooi.....DAH HABIS JANTAN ker TULIN ker...atas muka bumi ni ....untuk KO BERNAFSU???? Tolong lah.....!!!! SEMPAT lagi ni.....??? Memang HAPRAK punya BETINA....padan kena PECAT !!! Ko lah ???? TIMBALAN PENDAKWARAYA BUTA !!! Bekas kena SUNTOT pun...KO PERABIS ya???? 'Dan kecoh semalam....TIMBALAN PENDAKWARAYA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM...kena PECAT! Sebab GILA MAIN ASMARA dengan si KENA SUNTOT KOW KOW (sebagaimana dakwaan hanjj dia lah) SI GEBUZZZ ....SAIFUL Bukhary AZLAN !!!


Diva Azwan Ali amat SETUJUUUUU........ADA AKU KISAH???

Melayu mundur jika Umno kalah

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menggertak supaya orang Melayu jangan mengundi PAS atau PKR yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana kononnya menggadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun, kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya.

Rakyat, ujarnya wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Terengganu sebelum tewas pada pilihan raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah, adakah gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik.

Jawapannya, kata beliau pasti lebih cemerlang berbanding Umno dan BN kerana pentadbiran mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan fakta dan penipuan.

"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.

Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.

Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.

Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.

"Kekasih Saiful", Farah Membatalkan Perkahwinannya

Farah Azlina Membatalkan Perkahwinannya?



1. Dua hari lalu, Abdul Gani, pada sidang akhbarnya, mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Anwar.

Persoalan - Mengapa Farah Azlina digugurkan serta-merta setelah pendedahan dilakukan oleh Raja Petra ?


2. Beberapa bulan lalu, Farah pernah dipindahkan dari Bahagian Rayuan dan Perbicaraan kepada Unit Jenayah Komersial di bawah Bahagian Pendakwaan setelah dinaikkan pangkat. Farah Azlina pada mulanya bukan sebahagian daripada pasukan asal pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar tetapi dibawa kemudiannya selepas seorang daripada timbalan pendakwa raya yang ditugaskan mengambil nota perbicaraan meletakkan jawatan.

Persoalan yang harus difikirkan - Mengapa timbalan pendakwa raya yang asal (sebelum digantikan oleh Farah Azlina) meletakkan jawatan? Adakah kerana tidak mahu bersubahat dengan pasukan pendakwaan??


3. Sebelum kejadian itu iaitu sebelum pembongkaran oleh Raja Petra, Farah Azlina dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan tetapi membatalkannya seminggu sebelum tarikh yang dijadualkan itu. Sebab pembatalan itu juga tidak diketahui.

Persoalan - Mengapa perkahwinan Farah Azlina dibatalkan seminggu sebelum ia dilangsungkan ? Adakah ianya berkait rapat dengan hubungai romantis antara Farah dan Saiful ??


4. Difahamkan, sumber dari Suara Keadilan menyatakan bahawa Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Persoalan - Mengapa terlalu kalut untuk cepat berkahwin? Adakah suatu kebusungan yang hendak disembunyikan??


Sumpah laknat yang dihamburkan oleh Saiful Bukhari telah memakan diri. Mungkin jika peristiwa ini berlaku di zaman para nabi, pastinya si pesumpah akan mendapat balasan secara 'cash' dengan kuasa Allah.

Tetapi di zaman ini, sumpah yang makan tuan itu ditunjukkan dalam bentuk yang mengaibkan peribadi seperti ditangkap khalwat dengan pelajar di bawah umur, dan mungkin juga didapati 'mengandungkan' seseorang ketika masih mempunyai ikatan pertunangan dengan orang lain.

Personaliti media yang bernama Janna Syariza harus tampil menyatakan status pertunangan mereka. Ini bertujuan untuk membersihkan nama Janna dari terus terlibat dengan kebobrokan sebuah pasukan yang cuba menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam apa jua kosnya.

Saudara dan saudari sekalian, mungkin apa yang kita lihat hari ini dan apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini kesemuanya adalah berbentuk peribadi. Jika diikutkan, apa perlu untuk kita mengambil pusing perihal peribadi yang sedang hangat diperkatakan? Apakah rasionalnya?

Maka perlulah diingat bahawa, pertuduhan yang dilempar kepada DSAI juga sangat-sangat peribadi dan juga sangat mengaibkan. Seorang anak muda yang diberi kepercayaan supaya suatu hari nanti menjadi orang yang berguna kepada rakyat akhirnya menuduh tuannya dengan tuduhan yang tidak masuk akal - Kononnya diliwat ketika punya kekuatan untuk melawan.

Masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari harus menjadi rasional untuk dibicarakan kerana ia telah menyebabkan keperibadian seorang pemimpin dicalar sehabisnya hingga mungkin bakal menamatkan karier politik seorang pejuang.

Oleh demikian, keperibadian 'orang yang menuduh' iaitu Saiful Bukhari perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi orang yang dituduhnya merupakan seorang pemimpin yang punya kredibiliti, kedudukan dan punya karisma. Jika benar Saiful diliwat, hingga dibawakan kepada kita sebuah sumpah lakhnat tujuh keturunan sejurus sebelum PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008, maka perjalanan yang dilalui oleh Saiful sepatutnya lebih dipermudahkan.

Apalah perlunya perbicaraan kes liwat DSAI ini diteruskan sekiranya orang yang menuduh tidak mempunyai moral setulus dahi legamnya. Sama-sama kita lihat di manakah berakhirnya konspirasi yang semakin kucar dan kacir, adakah ia berakhir di Sungai Buluh atau berakhir di Putrajaya. Mohon petunjuk dari Allah...

Akhir kata, masih ingatkah kita akan sumpah lakhnat yang dilakukan oleh DS Najib suatu masa dulu? Apalah balanya yang bakal dituruti sekiranya sumpah ini memakan tuannya, adakah ia berbentuk kekalahan teruk pada PRU akan datang? Sabar-sabarlah kita nantikan...


Oleh EDYESdotcom

Perkara no 1, 2 dan 3 merujuk kepada laporan Malaysiakini. Manakala perkara no 4 merujuk kepada Suara Keadilan.

‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau
,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini
,” kata beliau ketika mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti
,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.




Dari:The Malaysian Insider

Rabu, 28 Julai 2010

Subsidi untuk rakyat dipotong, Subsidi untung IPP dikekalkan

Baru-baru ini, Petronas merungut kerana terpaksa menanggung beban subsidi gas sejumlah RM116 bilion, malah menyatakan harapannya agar kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan subsidi secara beransur-ansur. Di samping itu, sementara Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan potongan subsidi minyak, gas dan gula, subsidi kepada korporat dikekalkan sebaliknya, memberi manfaat yang terbesar kepada penjana kuasa bebas (IPP).

Sesetengah orang menuding jari terhadap IPP, lantaran daripada double standard yang diamalkan oleh PM Najib dalam isu subsidi. Dalam satu kenyataan oleh Persatuan IPP pada 21 Julai 2010, mereka menafikan bahawa IPP menerima manfaat daripada subsidi gas, sebaliknya mendakwa bahawa manfaat ini disalurkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.

Menurut Persatuan IPP, dalam model operasi IPP yang sedia ada, harga gas ditetapkan oleh kerajaan, dan gas ini dibekalkan kepada IPP. Dalam hal ini, IPP yang menandatangani kontrak dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), hanya berperanan sebagai pembekal eletrik, dan tidak terlibat dalam hal ehwal pengguna.

PPA yang berat sebelah

Bagaimanapun, kenyataan Persatuan IPP ini hanya benar secara luarannya. Sememangnya IPP tidak memperolehi manfaat kewangan secara langsung daripada subsidi gas ini, tetapi IPP telah mengaut keuntungan yang besar secara tidak langsung daripada subsidi gas ini. Pada hakikatnya, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) antara kerajaan, TNB dengan IPP menjadi punca kepada mekanisme subsidi ini.

Seandainya dilihat dari struktur sektor bekalan elektrik secara menyeluruh, TNB adalah pembekal elektrik yang utama, dengan kira-kira 60% aset kilang penjana elektrik di Semenanjung Malaysia, dan 55% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia. Sementara itu, IPP menguasai 40% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia, di samping 5% yang selebihnya dimiliki SESB di Sabah dan SESCo di Sarawak.

Sektor elektrik merupakan pengguna terbesar dalam pasaran gas semulajadi. Menurut laporan kewangan Petronas pada tahun 2009, 59.7% gas semulajadi disalurkan kepada sektor elektrik, dan kira-kira dua pertiga daripadanya pula dibekalkan kepada IPP. Jikalau dilihat mengikut nisbah, IPP merupakan unit penerima subsidi gas yang terbesar dalam sektor elektrik.

Menurut maklumat daripada laporan kewangan Petronas pada tahun 2007, Petronas telah menanggung beban subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion untuk sektor elektrik mulai tahun 1997. RM27.6 bilion (47%) daripadanya dibekalkan kepada IPP, sementara TNB memperolehi subsidi gas sebanyak RM21.2 bilion (37%). Malah, RM9.4 bilion (16%) yang selebihnya, dikongsi oleh perusahaan kecil dan sederhana, bidang komersial dan rumah tangga. Jelas, IPP memperolehi subsidi gas yang tertinggi.

Petronas kini membekalkan gas semula jadi kepada sektor elektrik pada harga RM6.40 per mmBtu (Million Metric British Thermal Units), selepas subsidi. Menurut harga antarabangsa pada pertengahan Julai, harga pasaran gas semulajadi adalah USD 4.39 atau RM14/mmBtu. Dengan kata lain, IPP membeli gas semula jadi dengan harga RM7.60 (55%) lebih rendah daripada harga pasaran, selepas subsidi yang sudah tentu tidak kecil angkanya.

Subsidi menguntungkan IPP

Seandainya mengikut kenyataan Persatuan IPP, manfaat daripada subsidi akan dialihkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism. Pada hakikatnya, keadaan tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan. Setelah membeli gas semulajadi dengan harga yang lebih rendah dari pasaran, IPP tidak membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga rendah, sebagaimana yang dijangkakan. Sebaliknya, IPP menjual elektrik dengan harga yang lebih tinggi kepada TNB, lantas mengaut keuntungan berganda daripadanya.

TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi, kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP. Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik. Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.

Lebih-lebih lagi, syarat-syarat yang berat sebelah dalam PPA telah mencungkil pertikaian. Jeff Rector, seorang pengkaji dari Universiti Stanford di bawah The Program on Energy and Sustainable Development, pernah mengemukakan satu laporan berjudul The IPP Investment Experience in Malaysia pada tahun 2005. Menurut laporan tersebut, syarat take or pay yang digariskan dalam PPA menyatakan bahawa TNB bertanggungjawab untuk membiayai kuasa elektrik IPP, sama ada bekalan tersebut diperlukan atau tidak.

Menurut laporan ini, kesemua IPP fasa pertama menjana kuasa elektrik dengan gas semulajadi, yang dibekalkan Petronas secara khususnya. Syarat PPA menyatakan bahawa risiko kenaikan kos gas semulajadi ditanggung sepenuhnya oleh Petronas. Malah, dalam PPA untuk IPP fasa pertama, bekalan elektrik ditetapkan pada harga antara 13.7 sen dengan 15.5 sen per kilowatt-hour, jelas lebih tinggi daripada kos yang dihasilkan TNB sendiri.

Harga ini ditetapkan dengan mengambil purata anggaran inflasi untuk tempoh 21 tahun. Maka dengan ini, untuk beberapa tahun pada peringkat awal secara khususnya, IPP akan mengaut keuntungan yang besar, dan keuntungan akan berkurang apabila sampai ke peringkat akhir tempoh 21 tahun ini. Malah, IPP berpeluang untuk menjelaskan kos permulaannya (modal) pada peringkat awal tempoh 21 tahun ini, dan terus menikmati keuntungan setahun demi setahun kemudiannya.

Selain itu, Jeff Rector mendedahkan bahawa lima buah IPP fasa pertama dijamin dengan pulangan 20%, dalam perjanjian konsesi ini. Tetapi, IPP ini memperolehi pulangan yang lebih tinggi pada akhirnya.

IPP menjadi beban TNB

Manfaat sebagaimana yang disebut di atas tidak dikecapi oleh IPP fasa kedua, apabila PPA menyatakan bahawa risiko kos kenaikan harga bahan bakar ditanggung bersama oleh TNB dan IPP. Namun demikian, syarat take or pay tetap dikekalkan, iaitu TNB wajib membeli kuasa elektrik daripada IPP, sama ada perlu atau tidak. Syarat inilah yang menjurus kepada masalah 40% lebihan kapasiti elektrik (unutilized capacity), yang dihadapi oleh TNB.

Jelas, IPP menjadi beban TNB. Dalam satu wawancara bersama Business Time, yang disiarkan pada 2 Mac 2009, bekas Ketua Pegawai Kewangan TNB, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata, setinggi 80% kos operasi TNB dalam laporan kewangan tahun 2008 digunakan untuk membiayai IPP, perlombongan arang dan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas. Antaranya, RM8.7 bilion digunakan untuk membiayai IPP, dengan RM4.8 bilion daripadanya untuk bekalan elektrik.

Izzaddin Idris berkata, TNB akan memperuntukkan RM5 bilion untuk hasilan kuasa elektrik pada tahun kewangan 2009, dan kos ini dijangka akan bertambah pada masa depan.

Ringkasnya, dalam isu subisidi gas dan bekan elektrik, IPP menjadi penerima manfaat terbesar, sementara Petronas, TNB, kerajaan, malah rakyat perlu menanggung kerugian akibat daripadanya. Subsidi tidak menguntungkan rakyat, yang sebaliknya perlu menanggung kosnya kerana penyelewengan dalam hasilan elektrik.




*Neo Chee Hua , edisi bahasa Cina. Analisa asal dalam edisi bahasa Cina disiarkan pada 23 Julai 2010.