Pengikut

Rabu, 30 Jun 2010

Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan pemimpin Umno BN yang begitu tunduk kepada kehendak negara luar membahayakan keselamatan negara.

Justeru, pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi agen kepada Brunei dan Singapura apabila tidak tegas dalam tindakan untuk mendapatkan blok L dan M serta tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Tanjung Pagar.

"Secara jelas saya katakan bahawa ramai di kalangan pemimpin Umno sebenarnya adalah agen Brunei dan agen Singapura dan ini dilihat sangat bahaya kepada masa depan negara kita apabila pemimpin-pemimpin negara kita ini lebih menjadi agen Brunei dan Singapura," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Di dalam dewan sebelum itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke-10 peringkat kementerian gagal menjawab soalan beberapa wakil Pakatan Rakyat mengenai isu Pulau Batu Putih, pemberian blok L dan M kepada Brunei, dan tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan ternyata tidak konsisten dalam hal berkaitan kedaulatan negara dan dengan mudah menyerahkan milik negara kepada negara asing.

"Jelas daripada jawapan timbalan menteri tadi kerajaan tidak konsisten dalam hal-hal berkaitan persoalan kedaulatan negara. Contohnya, bila jawab tentang Pulau Batu Putih tadi memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara di samping menjaga hubungan baik dengan negara jiran supaya penyelesaian dibuat secara aman tapi tidak berbuat demikian dalam kes tanah KTMB di Tanjung Pagar," katanya.

Ujarnya, kerajaan begitu bangga apabila berjaya mendapatkan Pulau Batu Putih tetapi dengan mudah menyerahkan blok L dam M dan tanah KTMB Tanjung Pagar yang jauh mendatangkan keuntungan kepada negara dan yang lebih penting melibatkan kedaulatan negara.

"Tadi secara jelas yang dibanggakan adalah batuan tengah yang dikatakan keputusan mahkamah yang menunjukkan kemenangan kepada Malaysia.

“Apa yang kita nak pertahankan batuan tengah yang hanya bagi hasil untuk tangkapan ikan tapi kalau dapat pertahankan blok L dan M, hasilnya sangat lumayan kepada negara,
" katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (Gambar Kanan)yang juga kesal dengan jawapan timbalan menteri itu berkata, isu blok L dan M yang ditimbulkan mereka bukan isu ekonomi semata-mata tetapi turut melibatkan keselamatan negara.

"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.

"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara,” ujarnya.

Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.

"Kerajaan Umno BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara.

"Sisi berfikir kerajaan ialah untung dahulu baru maruah. Kita mengambil sikap menyerahkan itu bagi saya satu dasar yang salah sikap yang salah dan akhirnya merugikan kita," katanya.

YB Zul Tidak Ketahuan Dah

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.

Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?



Oleh WFauzdin NS/TKO.com

Selasa, 29 Jun 2010

Terima kasih untuk Vincent?

Terkini, Vincent menyalahkan Pakatan Rakyat kerana menyebabkan kerajaan BN menarik balik keputusan mengeluarkan lesen judi sukan kepada syarikatnya minggu lalu.

Menyalahkan tindakan PR bermaksud membenarkan tindakan BN. Dia pernah memerli PAS dengan katanya, “Adakah kerana mereka tidak boleh bertaruh?” apabila PAS secara jelas membantah pemberian lesen judi tersebut.

Bagi Vincent, tindakan PR membantah judi adalah salah sementara tindakan BN memberinya lesen itu adalah betul. Sifir mudahnya ialah, BN + Judi = Betul.

Vincent taikun judi. Samada judinya dilesenkan atau tidak, itu tidak menjadi soal. Judi tetap diteruskan walau pun tanpa lesen. Cuma, kerajaan tidak turut mendapat hasil apabila judi itu tidak dilesenkan. Dan, Vincent pula mengaut keuntungan judi secara ‘haram’.

Vincent mahu judi dilesenkan untuk membolehkannya menyumbang kepada kerajaan BN. Kerana kemaruk duit, judi itu pun bersedia dilesenkan. Bagi kerajaan BN, asalkan dapat duit, rakyat rosak binasa pun tidak mengapa.

Vincent juga tahu, judi merosakkan. Tetapi orang bisnes sepertinya tidak memikirkan itu semua. Duit lebih penting. Untuk menjustifikasikan perniagaan judinya, dia meuar-uarkan untuk menyumbang hasil judi itu untuk membela rakyat susah.

Kerajaan BN pula bersedia rakyatnya yang susah disenangkan dengan duit judi yang melimpah-ruah itu. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, lesen pun bersedia dikeluarkan.

Mujurlah rakyat Malaysia lebih cerdik. Walau pun mereka susah, mereka tidak rela senang dengan wang judi Vincent. Mereka tidak rela memenuhkan poket mereka dengan wang ‘halal’ judi berlesen Vincent.

Vincent lupa, bantahan judi bukan datang daripada orang PR sahaja tetapi daripada semua orang. Apabila dia marahkan PR kerana membantah lesen judi, sebenarnya dia marahkan rayat Malaysia.

Inilah ‘faedah’ judi. Judi mengayakan kerajaan yang zalim dan taikunnya. Judi tidak pernah mengayakan orang susah. Judi tidak pernah mengeluarkan rakyat mana-mana negara pun daripada kemiskinan tegar.

Taikun judi menjadi kaya dengan mencekik leher dan menghisap darah kaki judi. Tanpa sedar, kaki judi berasa mereka bakal kaya dengan judi, padahal mereka sebenatnya mengayakan taikun judi.

Orang ramai boleh berterima kasih kepada Vincent. Tindakannya menyalahkan PR mendedahkan pekung sebenar Umno. Rupa-rupanya Umno sangat berharap agar negara ini berpeluang kaya dengan duit judi Vincent.

Bagi Vincent tindakan kerajaan negeri pimpinan PR tidak membenarkan judi sukan adalah tindakan zalim. Dalam rayuannya dia berharap kerajaan PR bersikap adil dalam isu ini.

Maksudnya, dia memuji negeri BN yang bersikap adil dengan membenarkan judi sukan beroperasi di negeri-negeri tadbiran mereka.

Pernahkah perompak memuji polis? Apabila perompak memuji polis, tentu ada yang tidak kena dengan polis. Tetapi apabila perompak marah dan menyalahkan polis, itu tandanya polis berada di pihak yang benar.

Ironinya, apabila Vincent, taikun judi marah dan menyalahkan PR, maknanya PR berada di pihak yang benar. Vincent tidak marahkan Umno, tidak menyalahkan Umno dalam isu ini. Mengapa?

PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat?

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di Wilayah Persekutuan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Dalam menjawab segala penipuan yang di gembar - gemburkan oleh Media - media pro - UMNO yang mana Azmin cuba nak gulingkan Menteri Besar adalah satu fitnah dan tohmahan dari UMNO dan Barisan Nasional.

Ini Kerana pada ketika Azmin Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang sahaja yang menyuarakannya.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir
Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid seperti penipuan yang di mainkan oleh Media - Media UMNO.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu,
" katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”

Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Seperti Biasa UMNO akan membangkitkan perkara - perkara yang langsung tak berhubung - kait dengan dengan rombakan semula PKR oleh itu segala cerita - cerita penipu mahu di hebohkan pada 1 malaysia yang kononnya kita mahu mengguling MB sedangkan ramai di antara kita telah di beritahu dengan jelas kita kongres nasional yang lalu yang mana kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid di kritik oleh ahli - ahli PKR sendiri.

Inilah reformasi yang cuba di bawa oleh PKR yang mana ahli - ahli PKR berhak mengkritik kiranya terdapat kelemahan dalam sesuatu pentadbiran atau kepimpinan.Tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional,jika terdapat mana - mana ahli yang cuba mengkritik pentadbiran dan kepimpinan mereka maka ahli itu di cantas dan di cemuh.

Bermula dari itu budaya politik bunuh - membunuh yang ada dalam UMNO mesti di hapuskan dalam PKR.UMNO akan membunuh mana - mana ahlinya yang cuba mengkritik atau cuba tunjuk pandai tetapi KR memberi peluang mana - mana ahli menegur kepimpinan jika ada kelemahan.

Dan kini tindakan di ambil hasil dari teguran itu untuk memperbaiki organisasi dan memperkasa kan parti.Rugi lah rakyat 1 malaysia kalau tak pilih PKR dalam PRU - 13 nanti kerana kami lebih telus dan adil berbanding UMNO.


p/s:-PKR telah sedar dari kesilapan dan kini mengatur semula semua saf - saf dan rejimen tempurnya,ini amat tak di senangi oleh geng United MuNkEeE yang kini berdepan dengan dengan pertempuran Najib - Mahathir,ibrahim ali - Khairy .

apabila PKR mengatur semula semua rejimen - rejimennya maka united MuNkEeE semakin bimbang dan cuba menyorok di sebalik jubah ulamak - ulamak upahannya..........

itu pun dah sampai hari ni diorang habis idea apa nak kelentong pada 1 malaysia..kah..kah..kah..kah...kah..kah

Isnin, 28 Jun 2010

Mahasiswa Jangan Jadi Ulama Dunia - TG Nik Aziz

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- سورة آل عمران:18

Yang bermaksud :
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis
• Presiden Pesatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysa (PMKUM) bersama ahli-ahli jawatankuasanya
• Pengarah Program, Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) bersama ahli-ahli jawatankuasa urusetia program
• Saudara saudari mahasiswa mahasiswi yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul di Majlis Anugerah Darul Naim (MADANI 10) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada pagi ini. Kalungan tahniah saya rakamkan kepada urusetia program yang telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana dijemput untuk hadir seterusnya menyampaikan ucapan perasmian pada pagi ini.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Saya difahamkan bahawa majlis hari ini diadakan khusus untuk menyampaikan anugerah kepada individu-individi yang telah banyak merencana aktiviti bermanfaat demi pembangunan persatuan dari semua aspek. Saya yakin bahawa individu yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari ini telahpun membuktikan segala komitmen dan mencurahkan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi di dalam memastikan aktiviti persatuan berjalan dengan lancar ke arah akhirnya meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Suka saya nyatakan bahawa pemberian anugerah bukanlah satu perkara yang asing di dalam Islam. Allah SWT telah memperkenalkan budaya apemberian anugerah di atas kemuliaan dan kecemerlangan serta ilmu yang dimiliki. Ini disebut di dalam al-Quran apabila Allah SWT memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam as di atas kelebihan ilmunya mengatasi para malaikat.

Firman Allah SWT :

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) – سورة البقرة

Yang bermaksud : Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu,

Allah berfirman:
"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan bagaimana Nabi Adam AS telah diajar dengan pelbagai jenis ilmu oleh Allah SWT sebagai nikmat pertama yang diterima oleh manusia. Kemampuan untuk belajar dan mengajar ini merupakan keistimewaan yang hanya ada pada manusia dan tidak ada pada makhluk yang lain hatta para malaikat.

Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu untuk dikembangkan dengan lebih meluas. Berasaskan kepada kelebihan inilah, Nabi Adam AS telah menerima aanugerah daripada Allah SWT berupa perintahNya kepada para malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam.

Ini merupakan anugerah yang pertama yang diterima daripada Allah SWT kepada manusia bagi menunjukkan pengiktirafan terhadap kebolehan manusia menerima dan menyampaikan ilmu. Ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi juga menunjukkan pengisytiharan daripada Allah SWT bahawa penyaksian bahawa Dialah Tuhan yang layak disembah diakui olehNya sendiri, para malaikat serta orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan.

Ia menunjukkan ketinggian golongan yang diberikan ilmu oleh Allah SWT. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan, apa jua anugerah yang diterima pada hari ini bukanlah sesuatu yang hakiki. Semahal manapun anugerah yang diberikan, ia tidak dapat menandingi anugerah yang paling besar yang menanti di akhirat kelak iaitu syurga Allah SWT. Oleh yang demikian, belajarlah, bekerjalan dan berilah sumbangan bukan untuk anugerah yang diperolehi di dunia tetapi untuk anugerah yang dijanjikan di akhirat.

Jika ini berjaya diyakini oleh kita semua, Insya-allah, kita tidak kecewa jika tidak diberikan anugerah, tidak merajuk jika sumbangan tidak dihargai, tidak lari jika usaha kita dinafi. Bukankah kita sering membawa firman Allah SWT di dalam surah at-tin :

قَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6)

Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahsiswi yang dikasihi sekalian.

Ilmu, kemahiran dan segala macam pemberian yang datang daripada Allah SWT tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT menuntut untuk diamalkan. Oleh yang demikian saya ingin mengingatkan agar kita semua sentiasa meneguhkan niat untuk melakukan amal yang soleh sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Ilmu yang tinggi tanpa disertai dengan amalan yang soleh tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Selain menjadi seroang yang soleh, kita juga dituntut menjadi seorang yang musleh (مصلح). Soleh ertinya baik, musleh ertinya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Menjadi soleh barangkali tidaklah terlampau payah, tetapi menjadi seorang yang musleh bererti menempah kesukaran dan kepayahan di dalam hidup.

Saya menyatakan peringatan ini kerana saudara-saudari masih di alam pengajian, masih belum terserempak dengan onak ranjau yang merintangi perjuangan, masih belum terjumpa duri-duri tajam yang melukakan sepanjang perjalanan, masih belum bersua dengan binatang-binatang buas yang sentiasa menanti masa membaham mangsa.

Demi Allah yang merajai kerajaan Langit dan Bumi, telah terbukti di dalam lembaran sejarah, para ulama yang diberikan ilmu yang tinggi oleh Allah, akhirnya berpaling ke belakang menjadi duri dalam daging mengoyakkan helaian ilmu yang dimiliki dan menjual prinsip demi sedikit habuan. Ada juga golongan ulama yang kurang bijak dalam mengatur siasah, akhirnya tertipu dengan mainan politik murahan golongan sekular, lalu menjadi alat politik tanpa mereka sedari. Saya mengungkapkan pesanan ini agar saudara-saudari tidak terjerumus di dalam lembah yang penuh ranjau itu. Kerana sekali saudara-saudari terjebak ke dalam, sukar sekali untuk bangkit dan bangun kembali.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Sejarah telah menukilkan bahawa telah lahir golongan yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah SAW sedangkan merekalah yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah SWT. Justeru, al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah membahagikan ulama kepada ulama akhirat dan ulama dunia atau ulama su’. Golongan ulama su’ inilah yang menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW, telah muncul ketua munafik seperti Abdullah bin Ubay, yang mengepalai golongan munafiqin merosakkan dakwah Rasulullah SAW sedangkan mereka tahu dengan sebenar-benarnya bahawa invididu yang mereka tentang ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Lalu lahirlah daripada silibus perjuanga munafiq ini projek-projek yang lahirnya nampak baik dan murni namun hakikatnya bertujuan untuk memusnahkan Islam.

Muncullah projek Masjid Dhirar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dimusnahkan. Walaupun namanya masjid, tetapi tujuannya untuk memecahbelahkan. Lalu menjadi tanggungjawab para ilmuwan sekalian untuk mengenal dengan pasti yang mana satukah projek masjid dhirar dan yang mana pula tidak. Ini penting agar para ilmuwan yang akan muncul sebagai golongan ulama tidak terperangkap dengan politik dhirar tanpa disedari.

Saudara-saudari, mahasiswa dan mahasiswi yang dikasihi sekalian.

Akhir kata, saya berharap supaya saudara-saudari sekalian dapat memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT pada hari ini untuk menimba ilmu dan juga pengalaman sebanyak mungkin. Dunia hari ini tidak lagi menuntut lahirnya mahasiswa yang menggenggam segulung ijazah semata-mata, tetapi mahasiswa yang mampu berinteraksi dengan masyarakat.

Segulung ijazah hanyalah merupakan pengiktirafan akademik namun belum membuktikan saudara-saudari mampu menyumbang kepada masyarakat. Oleh yang demikian, bahagikanlah masa sebaik mungkin di antara tuntutan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan mengasah kepimpinan dan kemahiran urus tadbir. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Saya sudahi dengan

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTAN
- PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH DARUL NAIM (MADANI 10) -
PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN UNIVERSITI MALAYA

PADA : 27 JUN 2010
BERTEMPAT DI HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU, KELANTAN
JAM 10.30 PAGI


Teks dibacakan oleh YB Dr Mohd Fadzli bin Dato Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan

Kuasa rakyat ubah keputusan kerajaan

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak malam semalam. Ini merupakan satu keputusan yang tepat dan memenuhi hasrat dan permintaan rakyat Malaysia. Ia juga membuktikan pandangan yang telah dilontarkan oleh DAPSY dan pertubuhan lain yang menentang pemberian lesen tersebut memang ada asas yang kukuh dan hujah yang meyakinkan.

Keputusan ini dilihat sebagai kesan kebangkitan kuasa rakyat yang dicetuskan oleh "tsunami politik 8 Mac 2008". Suara rakyat tidak lagi dapat diketepikan oleh pimpinan kerajaan seperti dahulu dan mampu mengubah keputusan dan pendirian kerajaan dalam sebarang isu termasuk isu lesen perjudian sukan ini.

Walaupun secara umumnya keputusan ini dialu-alukan, namun persoalan yang timbul ialah mengapa keputusan pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan bukannya mesyuarat Kabinet? Apakah Majlis Tertinggi UMNO yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional? Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?

Amat jelas sekali bahawa yang menjagi penentu segala keputusan dalam kerajaan ialah UMNO dan bukannya Barisan Nasional. Kuasa hegemoni UMNO dalam Barisan Nasional semakin menonjol dan parti-parti komponen yang lain hanya berperanan sebagai "penghias" semata-mata. Pandangan daripada MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain adalah tidak relevan sama sekali.

Pucuk pimpinan MCA, MIC dan PPP telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap pemberian lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports sebelum ini. DAPSY ingin mempersoalkan apakah pendirian mereka sekarang? Atau sokong sahaja sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO?

*Kenyataan Media oleh Anthony Loke Siew Fook selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah, pada 26 Jun 2010.

UMNO Buat Lawak Bodoh

Riuh rendah UMNO berkokok ke seluruh negara mengatakan 100 orang ulama akan menjadi ahli mereka. Alih-alih hanya 40 orang yang muncul bersama Najib. Rakyat ingat kesemua 40 orang itulah ulama muda yang masuk UMNO. Rupa-rupanya sebahagian besar daripada mereka bukan nak masuk UMNO tetapi terperangkap dalam majlis itu kerana kebetulannya masa itu juga mereka nak jumpa Najib untuk selesaikan hal yang bersangkutan dengan tuduhan terlibat dengan JI. Kesempatan itu digunakan oleh UMNO untuk melancarkan propaganda mereka.

Pandai sungguh UMNO buat lawak bodoh. Akhirnya orang tahu juga. UMNO tidak pernah serius dengan hal-hal keagamaan. Pasal ulama pun nak buat lawak. Entah berapa orang yang masuk kita pun tak tau. Yang masuk tu pulak bukannya hebat pun. Member satu fakulti pun tak kenal apatah lagi rakyat. Macam ini pun UMNO sanggup dan tak rasa malu nak buat.

Siang-siang lagi mereka telah diberi kata dua supaya tidak buat yang bukan-bukan. UMNO tetap akan kata politik suku, agama suku. Anak mantan mufti pun hanya kata dia nak berdakwah dari dalam UMNO, tak lebih dari itu. Maka jangan haraplah UMNO akan berubah. Dia pegawai kerajaan. Mana boleh aktif dalam politik. Jadi ahli biasa bolehlah. Ahli biasa boleh buat apa. Melukut di tepi gantang. UMNO hanya menang sorak dalam hal ini. Mereka tetap juga tolak Islam walau banyak mana pun ulama masuk ke kem mereka.

Mungkin dia kejar benda lain. Oleh sebab dia UMNO, mudahlah dapat profesor madya dan kemudian profesor bila ada title doktor nanti. Apabila ada isu berkaitan agama, wartawan utusan dan berita harian akan cari dia untuk buat komen. RTM, TV3, dan lain-lain pun akan cari dia untuk diwawancara. Itulah peluang untuk jadi popular macam artis. Jika itulah perkiraannya, pendeknya akal mereka walaupun belajar tinggi-tinggi!!!

Ahad, 27 Jun 2010

Gamis mahu pensyarah diambil tindakan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.

Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.

Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.

Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu.

Tindakan Pulau Pinang betul

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai ‘negara Islam’ yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.

"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.

Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.

Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.

Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.

Felda saman tak jawab soalan

Tindakkan kerajaan dan Felda nak saman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.Rakyat kususnya Peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali

Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 felda tak menerima apa apa bayaran kedalam akaun felda.Rakyat nak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang rm2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda.Yb. Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga felda beritahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula.Sedangkan semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.Rakyat dan peneroka menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian menara felda dari syarikat Naza.Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah,felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak tipu melayu.Itu lah sahaja yang diungkap oilh pemimpin kerajaan umno/Bn.

Sejak menjawat PM Malaysia Najib tidak mengambil langkah membersih dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan padanya scorpine,Altantuya,judi bola dan kini felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.

Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan olih suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.



Oleh YB Dato' Mahfuz Omar

40 Ulama Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno,
" jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.



p/s:Umno dah HAbis Modal... Dulu Depa jugak pakat2 tutup sekolah agama Rakyat!

Sabtu, 26 Jun 2010

Yang Membuatkan Aku Berfikir


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buatkan aku berfikir...Dengan apa? Dan untuk apa?

Terlalu kerap kita melihat hiburan itu ialah untuk berhibur. Sekerap itu jugalah kita ditipu dan dipermainkan oleh hiburan.Terlalu banyak ragam hiburan, sukan, muzik, filem, majalah, dan juga bahan bacaan membanjiri segenap ruang hidup sehingga memaksa saya bertanya berkali-kali,"berhibur untuk apa?"

Hiburan dalam islam salah satunya ialah nasyid. Saya meminati nasyid kerana ia membuatkan saya berfikir! Bagaimana nasyid boleh membuat seseorang berfikir? Senikatanya! Iramanya mungkin simple, slow, tetapi menusuk ke kalbu. Irama atau lagu menghampiri hati dan mengetuknya lalu memeluk erat hati tersebut. !Irama dan lagu,apabila ia dipisahkan maka akan matilah perasaan,akan gagallah senikata untuk sampai kepada hati dan hanya berdengung dibibir telinga. Percayalah,dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang menyentuh hati dan memaksa insan untuk berfikir.

Sebelum menulis apa-apa,sering saya bertanya kepada diri sendiri,bagaimana cara terbaik untuk membuatkan insan berfikir? Inilah tugas penulis. Tidak hanya memikirkan tentang panglipur lara, jenaka kosong, atau kisah-kisah yang tiada apa-apa kepentingan untuk ditulis. Apabila al-quran dibuka,kita biasa menemui ayat-ayat yang diakhiri dengan "bagi kaum yang berfikir"atau"supaya kamu berfikir".

Seorang Ustz pernah dalam laman webnya berkata

Menulis bukan untuk memberiTAHU, tetapi ingin menyuntik MAHU, agar dapat berusaha mencapai MAMPU!

MAHU apa? Mampu untuk apa? Mahu untuk berfikir,dan mampu untuk faham dan bertindak? Mungkin!

Seandainya kita menyedari,islam mengajar kepada penganutnya,berhibur bukan hanya untuk merawat masalah hati. Islam mengajar berhibur juga boleh menyuntik perasaan mahu berfikir! Jika bangsa arab menjadikan syair itu sebagai hiburan dan alat media,maka datangnya islam telah melahirkan penyair-penyair yang mampu membuat insan berfikir akan kebesaran Allah swt,kebenaran agamanya,kehidupan yang sementara dan perjuangan.
Dalam mukashafah al qulub(penenang jiwa) karya imam al-ghazali,terdapat banyak syair-syair yang ditulis yang membawa insan untuk berfikir. Antaranya ialah


Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya aku menyesal jua
Bila dunia pergi dia merasai rugi
Bila dunia datang, keinginan terus meninggi

Ibnu Bisam berkata:
Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh,tapi dirindukan.

Syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin abdul Aziz
Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pun kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan
persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupan haiwan-haiwan


Sukar untuk dinafikan,dakwah sememangnya memerlukan kudrat yang cukup kuat untuk membuatkan insan berfikir. Dan untuk seseorang berfikir,dakwah perlu sampai kepada hatinya! Kerana itulah,bahan dakwah samada penulisan, tayangan, ceramah, dan sebagainya perlulah diselitkan unsur emosi supaya ia mampu menyentuh hati.

Saya tertarik setiap kali pergi ke panggung wayang. Penonton biasanya akan pay 100% attention kepada cerita. Sampaikan kalau filem itu terlalu menarik,sanggup untuk tidak ke tandas. Tidakkah orang-orang dakwah sedar potensi ini? Atau juga orang seni yang ingin berdakwah,ambillah kesempatan ini untuk menyampaikan mesej islam dan ketuhanan.

Seringkali juga saya berbincang dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini,ramai yang bersungguh-sungguh untuk terjun ke bidang tertentu diatas nama dakwah. Ada yang bersungguh mempelajari animasi, programming, dan sebagainya diatas nama dakwah. Paling kurang untuk menyumbang sedikit sebanyak usaha dan keringat untuk mengembalikan semula kegemilangan islam. Banyaklah idea-idea menarik seperti membuat islamic animation, islamic movie, drama dan sebagainya. Tidak kurang ada yang teruja untuk membuat permainan komputer yang menyemai semangat berjihad! Pentas dakwah ini terlalu luas dan bukan terhad kepada mereka yang berstatus ustaz sahaja.

Jika pentas hiburan mampu diselitkan kedalamnya unsur dakwah yang mampu menyentuh hati dan membuat insan berfikir,itulah bentuk hiburan yang terbaik. Mungkihkah ianya terlalu berisiko? Mungkin...berisiko jika tidak kena gayanya.

Paling tidak pun saya ada altenatif disini. Menulis. Sejauh mana ia mampu menyentuh hati dan memujuk pembaca untuk berfikir,serahkahlah pada Allah swt.

Renungkan kata-kata ini :

Hati ibarat tanah, dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

-AmirDarkJustice

Dasar Flip-Flop Yang Menguntungkan

Alhamdulillah, dengan kehadiran 40 ulama tong minyak ke dalam UMNO, maka DS Najib terus membatalkan pengeluaran lesen judi sukan serta merta.

Difahamkan juga walaupun pada mulanya terdapat perbezaan pendapat, setelah perbincangan dalam mesyuarat tertinggi UMNO, akhirnya telah diputuskan sebulat suara bahawa pengeluaran lesen judi sukan tidak akan diteruskan. Di atas perkiraan agama dan perkembangan politik, keputusan positif ini dicapai.

Beberapa parti komponen yang sebelum ini membodek menyokong perlaksanaan judi sukan sebagai tanda permuafakatan Barisan Nasional telah 'agak' terperangkap dengan flip-flop terbaru regim Najib.

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." - Najib

Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan dalam isu judi sukan ini?

Saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kebijaksanaan kerajaan dalam isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali. Hari ini, kerajaan umpama bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea itu hadirnya dari sesusuk menteri! Pada masa yang sama, iaitu tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Perdana Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan yang tiada galang ganti.

Rakyat Malaysia seharusnya boleh menghidu tujuan utama flip-flop ini dicanang-canang. Baca dan fahamilah rentetan situasi di bawah;

1. Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST. Kemudian setelah 6 bulan, kerajaan mengumumkan GST tidak akan dilaksanakan kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. - Apakah ada kredit untuk kerajaan daripada situasi ini?

2. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak)

3. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan?

4. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). - maka di manakah kreditnya untuk kerajaan dalam isu serba flip-flop ini?

5. Kerajaan mengumumkan akan membina Parlimen yang baru di Putrajaya. Kemudian, di atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara, kerajaan mengumumkan untuk hanya berpindah ke PICC.

6. Kerajaan mengumumkan pengeluaran lesen judi sukan atas alasan bodoh perjudian haram tidak dapat dibanteras, dan hari ini kerajaan mengumumkan pula, tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan di atas perkiraan agama. Apakah Kerajaan UMNO-BN itu sebenarnya mahu rakyat melihat regim ini baik kerana membatalkan hasrat menghalalkan judi sukan, setelah dikenalpasti sebagai pelopor judi?

Perhatikan semua situasi di atas. Mungkin ada banyak lagi situasi sama yang tidak sempat saya senaraikan.

Pokoknya ialah, kerajaan bertindak flip-flop supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan ia sebenarnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang harus dilakukan tanpa mengumumkan perkara yang membelakangkan rakyat. Contohnya judi sukan, ia tidak langsung perlu diperkenalkan malah judi sedia ada patut dibekukan dari pengeluaran premis baru.

Dengan pengumuman hari ini (penangguhan perlaksanaan judi sukan), kerajaan UMNO-BN ingin dilihat sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan merekalah petualang sebenar - di atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak flip-flop demi survival UMNO dalam jasad kerajaan, yang tinggal separuh penggal untuk digadai segala yang ada.


edyesdotcom

Akhirnya Kerajaan UMNO BN Membatalkan Kelulusan Lesen Judi Sukan !!

Walau pun agak terlambat mengeluarkan keputusan, namun kami ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan PM Najib Razak kerana akhirnya akur akan kehendak rakyat agar tidak meluluskan lesen judi bola. Keputusan ini juga selaras dengan laungan keramat Najib bahawa "rakyat didahulukan". Mana yang baik kita perlu sokong, agar sekurang-kurangnya kerajaan yang ada peka dengan kehendak rakyat itu sendiri. Biarpun sebelum ini hanya pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) sahaja yang beriya-iya benar mahu tindakan tegas diambil oleh kerajaan.

Kini nyatakan bantahan tersebut telah mendapat sokongan daripada banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga dari kalangan parti UMNO sendiri. Malah, terbaru Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan kenyataan yang sama terhadap isu ini. Sebelum itu UMNO Johor, Kedah dan Perak telah awal-awal lagi menyatakan bantahan mereka.

Keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen judi bola kepada Ascort Sport Sdn Bhd itu telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Dalam satu kenyataan, Najib menegaskan bahawa memang terdapat perbezaan pendapat tentang isu ini sebenarnya namun akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Malah keraaan katanya bertindak membatalkan keputusan mengeluarkan lesen judi sukan tersebut berdasarkan kepada pertimbangan agama dan kesan politik jangka panjang parti itu.

Dengan keputusan ini ia secara jelas mematikan suara mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang cuba untuk campur tangan supaya lesen judi bola itu diluluskan kepada proksinya Vincent Tan. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa isu ini bukanlah hanya untuk kepentingan politik semata-mata, malah ia menjangkau batasan agama dan peradaban sesuatu tamadun itu sebenarnya. Malah, memang tidak ada ajaran mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan dan menggalakkan penganutnya berjudi.

p/s:- Cuma, besarlah harapan kita agar keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini adalah ikhlas dan bukan sekadar retorik politik semata-mata. Kita tidak mahu nanti, ada keputusan lain "under table" yang diberikan kepada pihak yang berkenaan setelah mereka mengemukakan rayuan atau pun desakan oleh dalaman pemimpin karat UMNO seperti Mahathir, Rafidah dan lain-lainnya. Dengan pembatalan ini, maka adakah NGO Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diteruskan pada 3 Julai ini agaknya.

Adalah lebih elok ia ditanggungkan dulu untuk melihat perkembangan seterusnya. Apapun, kini terbukti apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat supaya kerajaan batalkan hasrat tersebut akhirnya diterima jua. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan UMNO BN kini sudah mula sedar betapa hebatnya suara rakyat. Sewajarnya dalam apa jua perkara pun, rakyat amat perlu didahulukan.



Dari PDO

Jumaat, 25 Jun 2010

Friends of Pakatan ditubuh di London

Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.

Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan.

Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana.

Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challenges anjuran Islamic Unity Forum di London.

Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London.

Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International.

Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham.

Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London.

Dr Mahathir kepala judi negara

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! Itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..."

3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?

7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]

8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .

9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .

11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .

12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .

13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .

____________________________________________________________________

Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .
____________________________________________________________________

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO

a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad

j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta

k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Dr Mahathir kepala judi negara

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! Itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..."

3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?

7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]

8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .

9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .

11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .

12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .

13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .

____________________________________________________________________

Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri .
____________________________________________________________________

UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO

a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.

b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.

c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.

d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.

e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.

f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)

g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.

h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.

i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad

j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta

k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.

l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Khairy Dah Menyerang..Mat Monggol dan Parpu Kari !

Pemuda UMNO hari ini secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini,

Pemuda UMNO membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut
.

Fulamek!!! ini baru betul pemuda berani.................

Nampaknya setelah sekian lama Khairy di "tindas" dan di "buli" barulah nampak sekarang dia berani melawan dan melancarkan serangan keatas Mat Monggol dan Isteri Rosmah.Nampaknya ini satu perkembangan yang amat baik sekali.

Kalau Tak dapat Geng semenanjung kini Khairy berjaya mengumpul geng - geng dari sabah untuk di jadikan sebagai satu lagi puak penentang dalam geng United MuNkEeE.Kini di lihat apa sahaja dasar mat monggol telah di bantah keras oleh khairy.

Bila merasakan diri semakin terpinggir kerana Mat Monggol di lihat lebih suka "memanja" kan "Pahlawan Kotak" (Ezam mat Noor) daripada orang sendiri.Sekarang Khairy dah tahu kelemahan Mat Monggol pasal satu dunia dan satu eropah dah tahu kes Mat Monggol.

Khairy ada duit, apa nak kisah.....Geng - geng puak penentang kini di kumpul dengan lebih ramai untuk menghasil gerakan penentang kepada mat monggol.

Dah Pastinya Khairy akan gasak gilerr...babi.Apakah ada haram jadah yang pasti nya tak senang dengan kebangkita Khairy ini.Kalau ada yang tak senang kita pasti sudah tahu orang itu tak lan tak bukan adalah Salim si Parpu Kari,kerana selama ini dia lah yang paling anti sekali dengan Khairy dan akan menyekat khairy habis - habisan.

Dalam pada masa yang sama satu lagi barua mat monggol yang tak lain tak bukan adalah berahim katak kini melancarkan konfrantasi dengan ketua puak penentang itu,yang mana berahim katak ini melalui PERKOSA telah mengingatkan Pemuda UMNO pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.
Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...,
" tegasnya.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan.

Sebaliknya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata
," katanya.


Dari TKO

Ahmad Maslan Mahu Tunjuk Jaguh

Seolah-olah mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan yang ada, maka hari ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan kononnya pihak terbabit menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi terbabit pada minggu lepas. Dalam satu kenyataannya, Menteri UMNO yang menjaga Felda iaitu Ahmad Maslan (foto) berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam handalan yang akan dilantik (jangan guna Karpal Singh sudahlah).

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang disaman ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan yang lainnya terdiri daripada Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda), Dr.Tan Kee Keong (Pengerusi Biro Antarabangsa PKR) dan Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu). Turut bakal disaman ialah pemilik permit dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan. Saman itu dikeluarkan berikutan satu artikel muka depan akhbar terbabit yang bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel keluaran sama.

Malah, Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa kononnya pembangkan dengki dengan kejayaan Felda yang baginya merupakan projek pembangunan tanah bersepadu yang paling berjaya di dunia. beliau juga menegaskan Felda memilik ladang terbesar didunia dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas.

p/s:- Apa yang pasti tindakan saman ini sememangnya amat dinantikan oleh kesemua yang terbabit. Ini kerana, banyak pendedahan dan bukti-bukti kukuh tentang "lingkupnya Felda" bakal dapat didedahkan secara lebih teratur lagi di mahkamah nanti.

Tindakan saman ini sudah pasti akan membuka "pekong Felda" sebenarnya. Justeru itu, Ahmad Maslan harus berhati-hati biarpun beliau kini terdesak untuk mempertahankan agensi tersebut. Malah, kerugian Felda sehingga mencecah RM3 bilion seperti yang didedahkan oleh kementerian terbabit di parlimen baru-baru ini juga amatlah mengejut serta mengecewakan kita sebenarnya.

Banyak lagi rahsia besar pasti akan didedahkan selepas ini. Dalang yang terlibat disebalik masalah yang melanda agensi itu perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya.


Dari PDO

Khamis, 24 Jun 2010

JI Hanya Gimik Politik Umno

Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum
,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara mendakwa kumpulan militan, Jemaaah Islamiah warga asing dikesan menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrutkan remaja dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berkeyakinan isu JI yang digegerkan sekarang sekadar satu gimik politik pemimpin Umno setelah menyedari sokongan rakyat merosot.

Tengok apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nik Abdullah Arshad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA tanpa ada sebarang alasan munasabah.

”Mereka ditahan di bawah ISA hanya direka-reka kesalahan bagi menghalalkan kerajaan bertindak
,” ujarnya.

Sementara itu Dewan Ulamak PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan JI.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, situasi yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan berada dalam dilema yang amat sangat sehingga terpaksa mencipta isu baru bagi mengalih perhatian rakyat.

Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan kewibawaan dan keilmuan seseorang. Begitu juga tenaga akademik di IPT cuba dibabitkan dengan isu tersebut sedangkan kerajaan tiada bukti bagi mempertahankan dakwaan,” ujarnya.