Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.
Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.


Sumber malaysiakini

Sudah Masanya Untuk Terminate APCO !!!

Jika sebelum ini rakyat sentiasa di depan dalam kempen memboycot produk dan hasil yahudi israel, kerajaan Malaysia pula membuat perhitungan tersendiri dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat berkaitan yahudi, malah membelanjakan sejumlah 77juta!!

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan menolak keras tindakkan Israel dalam keganasan terbaru seperti di bawah;

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Saya juga difahamkan masih belum ada lagi sebarang condemn terhadap serangan tidak berhati perut yahudi ini!! Adakah ini juga berkaitan dengan penglibatan APCO ??


Rakyat Malaysia pun ada dalam fleet yang diserang. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan konvoi tersebut, biarpun kita tidak mampu untuk membantu secara fizikil. Fikirkanlah masa depan bangsa ini !

PKR Hampir “Karam” ATAU Fairuz Yang Sudah “Tenggelam”

"Sepatutnya beliau tutup mulut saja. Sebenarnya sudah tidak ada keperluan untuk dia berkata apa apa mengenai PKR ,samada perkara buruk mahupun baik..Beliau sudah tidak mempunyai apaapa kepentingan dalam parti PKR. Kecuali beliau sudah ada perjanjian dengan Najib , sebagai balasan di atas imbuhan sebanyak RM2juta seperti yang dikatakan Anwar

Sesungguhnya dengan duit sebanyak itu dan senarai projek yang memanjang yang diberikan Najib , barangkali 7 keturuanannya tidak habis makan , kalau kena cara beliau menguruskan duit.
Jadi , kesimpulannya ada baik nya beliau mendiamkan diri saja kini. Daripada bising , orang akan membuat tuduhan dan andaian negatif yang pelbagai.

Tak usah lah beliau mengambil berat lagi soal PKR. Samada dia hendak karam , atau tenggelam atau terbakar sekali pun , itu bukan urusannya lagi.


Kata beliau krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR) kini kian meruncing dan parti itu hanya menunggu masa untuk “karam”.

"Jika dulu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tohmahan bahawa ”kapal Umno” akan menerima nasib seperti ”Titanic” tapi hakikatnya kini, itulah nasib yang akan dialami PKR tidak lama lagi,” .

Mohammad Fairus berkata, Anwar kini berada dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai anggota Melayu yang lari keluar PKR kerana bosan dengan tindak-tanduk dan janji palsu pemimpinnya.

Jelasnya, kini Penasihat PKR itu menaburkan pula janji menggunung untuk memberi kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua kepada orang Cina setelah PAS ditawarkan untuk jawatan timbalan pertama jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Untuk Berita Penuh Klip Disini

Hari ini , bukan PKR yang hamper ‘karam’ seperti yang dikatakan sdr mohd fairuz.

Beliau barangkali tidak berapa cerdik menilai prestasi semasa PR , yang terdiri dari PKR , PAS & DAP. PKR walaupun tewas di PRK P 094 Hulu Selangor , tetapi undi orang – orang Cina meningkat , malah bilangan undi yang diperolehi oleh Zaid Ibrahim tidak pun berkurangan.

Manakala di PRK P212 Sibu pula , DAP menang bergaya dengan hampir 80 pengundi Cina bersama PR , selain pertambahan pengundi Melayu Melanau dan Iban.

Adakah bodoh benar sdr mohd fairuz menilai minat dan sentimen rakyat kini. Sebenarnya realiti nya agaknya beliau yang kini sudah ‘tenggelam’.

Tenggelam bersama – sama duit haram hasil melacurkan diri. Duit bayaran hasil lendir dan peluh pelacur dan kerja – kerja melacur.

Ahad, 30 Mei 2010

PKR Harus Di 'Bedah Siasat'

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke-6 yang dilangsungkan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) menyaksikan 38 pembahas meluah rasa terbuku di lubuk hati dengan 'bedah siasat' bagi memantapkan organisasi parti.

Perbahasan ucapan dasar presiden dan usul bermula petang semalam dengan pembuka laluan oleh perwakilan mewakili tuan rumah, anggota parlimen Tanah Merah, Amran Ghani. Setiap pembahas diberi masa 10 minit untuk berhujah.

Pembahas terakhir pada nombor ke-38, perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussin yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kongres kali ini menyaksikan perwakilan PKR begitu teruja dengan bait-bait bahasa puitis apabila hampir semua pembahas tampil dengan pantun. Begitu juga ucapan lima perwakilan mewakili kaum pagi semalam bangun bersama rangkap-rangkap pantun.

Situasi itu ternyata berjaya mencuit perwakilan dan pemerhati yang memenuhi ruang tempat berlangsung kongres. Lebih menarik lagi apabila perwakilan bukan Melayu dari kaum Cina, India dan Sikh juga petah berpantun.

Seorang perwakilan merakamkan ucapan tahniah kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail kerana berjaya mengadakan kongres yang dianggap terbaik setakad ini.

Selain Dewan Konvensyen, pemerhati dan petugas media disediakan ruang khas yang agak selesa di sebelah dewan utama untuk mengikuti kongres tersebut.

Biar pun terpisah dengan dinding, namun kemudahan televisyen litar yang disedia membolehkan
pemerhati dan petugas media mengikuti kongres tanpa perlu berada di dewan utama. Ruang tempat
petugas media juga disediakan dengan pelbagai juadah makanan.

Selangor jadi tumpuan

Kongres selama dua hari juga menyaksikan keprihatinan tinggi ramai perwakilan terhadap kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR di bawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Rata-rata perwakilan berminat menyentuh isu Selangor.

Abas Awang dari Pahang mahu kerajaan Selangor menjanakan modal insan seperti dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerajui Kementerian Pelajaran pada 1988.

"Kepentingan melahirkan modal insan begitu penting bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri melalui institusi pendidikan yang ada di Selangor sekarang," katanya yang juga bekas Pengarah Pelajaran Selangor.

Dengan nada berseloroh juga beliau memperli kerajaan Selangor apabila 10 projek yang dikemukakan kepada kerajaan negeri melalui Penasihat Ekonomi Negeri di mana empat ditolak dan enam di KIV.

Wakil Serikandi, Farah Afzan Haridi meluahkan rasa tidak senang apabila mendakwa tidak ada pemimpin daripada Pakatan Rakyat tampil membantu empat pelajar UKM yang sedang berdepan dengan tindakan pihak pentadbir.

Katanya, ketika mereka berdepan dengan kesusahan demi memperjuangkan kebenaran, tidak ada pemimpin Pakatan yang tampil membantu sehingga bertindak bersendirian untuk mengadu kepada Suhakam.

Beliau juga mencadangkan Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Industri Selangor yang diterajui kerajaan negeri mewujudkan modul khas pendidikan mengenai reformasi bagi mendedahkan pelajar tentang sejarah politik negara.

Farah yang lantang bersuara juga mencadangkan diwujudkan sebuah kolej universiti politik khas bagi melahirkan pemimpin pelapis berwibawa di kalangan anak-anak muda PKR pada masa akan datang.

Dekati anak muda

Amiruddin Saari wakil AMK mahu pemimpin PKR tidak hilang fokus bagi mengajak anak-anak muda kekal bersama dengan parti itu dan Pakatan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.

"Biar pun ada minat untuk bersama kita, namun masih ada sifat malu-malu mereka untuk menyertai AMK," katanya.

Pada ucapan yang agak teratur dan bersahaja itu Saari menuntut diadakan pilihan raya yang lebih telus dan adil di negara ini, sambil mengemukakan beberapa tuntutan kepada SPR.

Beliau mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu.

Selain itu menuntut diadakan pendaftaran pemilih secara automatik dan SPR diletak di bawah parlimen bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang.

Perwakilan Terengganu, Dr Sazali Hassan tidak mahu perwakilan PKR menjadi agenda kongres bagi menghentam sesama sendiri kerana musuh sebenarnya ialah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Beliau juga memberitahu PKR di Besut berjaya mengadakan program bersama PAS dengan pelbagai aktiviti tanpa perlu menunggu arahan daripada presiden kedua-dua parti.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan mahu pemimpin PKR Pusat turun ke Terengganu bagi membantu agenda untuk merampas semula negeri itu daripada BN.

"Malaun" Dapat 2juta Dari Najib Untuk Lompat Parti

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.

Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.

"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.

Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.

"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.

Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan.

Guan Eng sedia ke mahkamah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) sedia ke mahkamah sekali lagi jika tindakan beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak memberi kebenaran untuk operasi judi bola sepak bertentangan dengan undang-undang.

"Kalau tindakan saya ini salah, saya rela masuk penjara sekali lagi," kata Setiausaha Agung DAP itu di hadapan puluhan ribu rakyat di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Guan Eng mengulas kenyataan timbalan menteri kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya ketika melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu ketika berucap dalam cerrtamah perdana di sini.

Turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa di majlis ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam yang diadakan di sini.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri.

Ekoran kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Kumpulan Berjaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi itu beroperasi.

"Sukan tetap sukan, ia tidak boleh dirosakkan dengan elemen judi. Judi akan jatuhkan kualiti sukan kita. Saya sedia ke mahkamah sekali lagi untuk mempertahankan perkara ini," tegas beliau.

Guan Eng turut mengimbau kembali kegemilangan bola sepak di negara ini semasa Mokhtar dahari bergabung dengan Soih Chin Aun dan Santokh Singh.

"Ketika itu, kita pernah menewaskan Korea Selatan. Sekarang di mana Korea Selatan? Mereka sudah ke separuh akhir piala dunia. Sekarang negara kita di tempat ke 142 di dunia. Kalau judi bola ini kita benarkan, ke mana mutu bola sepak kita selepas ini?" kata Guan Eng.

Mana tak bankrap 9 tahun lagi.

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahun.


Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semoga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. Malah bukannya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bankrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

Sabtu, 29 Mei 2010

Tiada laporan SPRM, bakal diedah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti kukuh diperoleh yang menunjukkan wakil-wakil rakyatnya yang lompat parti ditawarkan RM2 juta dan kontrak lumayan.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum berhubung bayaran dan perjanjian kontrak yang didakwa ditawarkan kepada pemimpin mereka.

Ia juga diakui oleh Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini tidak ada. Banyak fail belum disiasat (SPRM). Belum ada laporan dibuat,” kata beliau pada sidang media selepas perasmian Kongres Nasional Keenam PRK di sini hari ini.

Anwar mendedahkan perkara itu menerusi satu kenyataan semalam dan kemudian pada ceramah di Tanah Merah malam tadi.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya Wan Azizah berkata, beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta dan dijanjikan kontrak.

Selain itu, mereka turut diberikan kontrak, dakwanya tanpa menyebut pihak yang bertanggungjawab membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, kata beliau, isu pemimpin PKR lompat parti menjadi pengajaran dan mampu menyelamatkan parti daripafa anasir negatif.

Ukuran pemilihan pimpinan harus lebih ketat... PKR akan melaksanakan program tarbiyah atau latihan terhadap pemimpin,” katanya.

Wan Azizah berkata, Umno masih meneruskan strategi rakus, ganas dan jahat selain menggunakan jentera, dana dan media untuk menyerang PKR.

Berulangkali mereka mentalkan pimpinan dan parti kita. Kita akan dikasarkan tahun 1999; dilenyapkan 2008 dan kini juga hingga Selangor mahu dirampas dan ditumpaskan.

Alhamdulillah, setiap kali mereka mengherdik; kita muncul lebih kuat dan mantap — membujur lalu melintang patah,” katanya.

Beliau memberitahu, mutakhir ini muncul lagi kisah wakil rakyat dan pimpinan kecil melompat keluar kononnya dengan pelbagai alas dan murni.

Sayurgia diingat, ada yang keluar duku melalak kuat kerana ukuran upah bergantung kepada kuat serangan.

“Namun, penyokong parti dan rakyat arif dengan gelagat pengkhianatan bermakan upah
,” katanya.

Kata Wan Azizah, penyakit ini berjangkit kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi dari derita dan pengorbanan rakyat.

Didesak, mereka didakwa rasuah — maka lari menyelamatkan diri. Ada yang pohon kontrak dari negeri; ada yang membuat tuntutan berlebihan. Manakala pimpinan parti bertegas, mereka lompat parti.

Kini pekung busuk terhidu; fakta akan didedah. Insya-Allah kita akan mendedahkan keterangan harga upah Ahli Parlimen yang melompat RM2 juta dan kontrak.

“Demikian telatah pengkhianat — bicara soal prinsip tetapi isikan temolok sendir
i,” katanya.

Sambil melontarkan persoalan sama ada perkembangan tersebut mampu memantapkan PKR, Wan Azizah juga menjawab dengan berkata: “Ya — kerana bukan saja parti diselamatkan dari anasir negatif; tetapi ia adalah pengajaran buat kita.”

Oleh itu kata Wan Azizah, ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat manakala bakal calon harus mengikuti program terbiyah atau latihan.

Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa?

“Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi — tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan
,” katanya.

Alahai Ariff Shah... Awat buat kenyataan macam ni?



Buat yang tidak tahu, Ariff Shah ialah ADUN Seberang Jaya dari UMNO yang merupakan pembangkang di Pulau Pinang, jadi sebagai pembangkang kebanyakkan pandangan mereka adalah bertentangan dengan pendapat kerajaan negeri Pulau Pinang..

Beliau merupakan seorang Wakil Rakyat yang amat mudah untuk didekati dan disenangi oleh kebanyakan penduduk DUN Seberang Jaya, keprihatinan beliau sebagai Wakil Rakyat memang tidak dapat dinafikan.

Sering menghabiskan hujung minggu beliau dikedai-kedai kopi yang terdapat di dalam DUN Seberang Jaya,meluangkan masa untuk bersama rakyat.

Amat sukar untuk ditandingi oleh sebarang Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat..

Tapi kalau bila Kerajaan Negeri dah memutuskan untuk mengharamkan judi bolasepak di Pulau Pinang, Bagus la tu..sejajar dengan perintah Allah, tak payahla kata bermain politik pulak.. Ariff Shah... Aridd Shah YB parti sapa ntah!!


Ariff Shah - Pulau Pinang 'main politik' haram judi bola
Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.
ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".

"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

"Tapi nampaknya mereka seperti bermain politik," katanya merujuk kepada keputusan kerajaan negeri itu yang hanya mengharamkan premis judi bola, yang pemberian lesennya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Namun, beliau segera menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Lim membuat keputusan itu mengikut Perkara 101 (v) Akta Kerajaan Negeri di mana majlis tempatan diberi kuasa untuk menangani isu-isu mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan perbandaran.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak semalam, Lim berkata, negeri itu ingin mempromosikan "gayahidup yang lebih sihat dan lebih bertanggung jawab" untuk semua keluarga di Pulau Pinang, dan kerana itu memutuskan untuk melarang kegiatan tersebut.

Khamis lalu, beberapa majlis tempatan di Selangor turut mengambil langkah membekukan pengeluaran lesen premis judi yang menawarkan judi pertaruhan bola sepak.

Ia bermula dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada hari Selasa, dan diikuti oleh Selayang dan Ampang Jaya.


Dari Anak sungai derhaka

Cerita MATI Yang Sudah Pasti


Cerita mati, satu cerita yang jarang-jarang orang nak bercerita, jarang-jarang diperbincangkan, almaklum ajelah cerita yang tak seronok. Sebagaimana tak seronoknya menghadiri majlis kematian suram muram dan hambar, tak dapat nak melaram dangan koleksi-koleksi fesyen berjenama terpaksa pulak memilih set-set selendang sekadar menutup sebahagian kepala. Ah... lecehnya, tak semacam majlis perkahwinan penuh ceria, riang ria gembira... melaram dengan pelbagai gaya paling kurangpun majlis rumah terbuka tak kurang juga hebatnya.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti, kalau dulu kita masih punya nenek mungkin hari ni mereka telahpun pergi.. kalau dulu kita masih punya seorang ibu tapi mungkin hari ni tiada lagi ya! semuanya akan beransur hilang dan pergi itulah hakikat yang pasti kita akan lalui di sepanjang perjalanan hidup ini.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti.. cerita pasti yang kita jarang hiraukan. Yang kita jarang rasakan mati itu hanya akan datang bila-bila sahaja dan lebih jarang lagi kita rasakan di sanalah kehidupan kita yang hakiki abadi. Apa yang kita rasakan, esok pasti akan datang untuk kita mengutip segala apa yang di depan mata untuk kita mengambil segala apa yang kita rasakan hak kita atau mungkin kita juga telah terambil hak orang lain.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti, hari ini kita bergembira ceria menyambut hari kelahiran kita mungkin yang ke 27, 29, atau yang entah ke berapa kali, tanpa pernah kita terpikir setiap tahun yang meningkat pasti akan menghampirkan kita pada kematian. Andai takdir hidup kita 60 tahun sahaja dan hari ini tika ini kita menyambut ulangtahun kita yang ke 40, ini bermakna kita berseronok gembira merayakan betapa kita hanya punya 20 tahun sahaja untuk menemui Allah. cukupkah untuk kita bersedia segalanya dengan hanya 20 tahun sahaja? dan itu andai benar telahan kita. Bersediakah kita andai esok atau lusa sahaja? tepuk dada tanya pada Iman.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti. Ada yang bertanya apa sangatlah diceritakan tentang mati. Ada apa dengan sebuah kematian? Sekadar cerita-cerita menakutkan, cerita-cerita menggerunkan, kisah sedih sebuah perpisahan atau mungkin sebuah cerita menyekat pembangunan? Ingat!!!.. dengan mengingati akan kematianlah sebenarnya seseorang akan menjadi manusia amanah, akan menjadi manusia yang cemerlang gemilang dan terbilang bukan temberang.

Dengan mengingati matilah sebuah negara akan membangun pesat dan makmur. Seorang guru tidak akan meninggalkan kelasnya. kerana dirinya tahu setiap detik dan ketika akan dipersoalkan oleh Allah di sana. Seorang polis tidak akan mengambil rasuah kerana keyakinan akan disoal oleh Allah disaat kematiannya. Seorang menteri mahupun Perdana Menteri tidak akan berbohong kepada rakyat andai benarlah mengingati sebuah kematian. Siapapun kita, pasti akan berhadapan dengan persoalan demi persoalan di hadapan Allah di saat kematian nanti. Sesungguhnya!!!... dengan mengingati mati kita tidak perlu diawasi.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti, masuk pula cerita yang tak ingat mati. Yang tak ingat mati!!! Siapa tu ada ke? Mereka yang kehulu kehilir berkepit tanpa mengenali kalimah 'mahram' tanpa rasa silu dan malu, mereka yang melakukan maksiat, mereka yang tidak mengira halal dan haram, mereka yang berpakaian tapi telanjang di jalanan. Ingat matikah mereka itu?.

Atau mungkin kadangkala kita sendiri terlupa akan kematian? Terlena dengan buaian duniawi yang menyapa, terleka dengan lambaian television dari sinetron ke sinetron dari Indonesia ke Thailand, Filipina dan berakhir nun jauh di Mexico, hinggakan solat tidak keruan. Antara fantasia dan realiti... Ingat matikah kita?

Cerita MATI Yang Sudah Pasti. Argh.. bercakap soal tak ingat mati ni tak akan habis. Ya, lambaian dunia terlalu manis. Kalau tidak masakan ramai yang kecundang di penghujung usia. Renung-renunglah pada sirah, banyak terdapat kisah-kisah, moga hati rasa terkesan dan akan matilah dalam iman. Amin.

"Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan, kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita "

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

-AmirDarkJustice

Ulama Umno bakar kapal

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!



Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
____________________________________________________________________________________

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

'YB Lompat' mula kepanasan

Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Pepatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah.

Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini.

Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN.

Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihan raya kecil parlimen dalam tempoh terdekat.

Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

Jumaat, 28 Mei 2010

Negara bankrap kerana rasuah, bukan subsidi

Sementara rakyat diugut untuk menolak subsidi agar tidak menyusul jejak Greece yang bankrap, muncul pula seorang pemuda berumur 20-an tahun yang membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu secara biasa saban hari, dedah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd.Akin.

Shamsul Iskandar (gambar kanan) memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu, atau RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari.

Menurut Shamsul Iskandar, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.

Malah, Shamsul Iskandar mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak.

Demikianlah pendedahan Shamsul Iskandar ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, Kelantan, hari ini. Beliau mengulas selanjutnya dalam sidang media yang diadakan selepas itu.

Negara bankrap kerana korup

"Negara bukan bankrap sebab subsidi rakyat, sebab pemimpin korup," Shamsul Iskandar lantang menyangkal kenyataan Pemandu Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala semalam, yang meramalkan Malaysia akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun yang akan datang seandainya subsidi kerajaan diteruskan.

"...dan pemimpin korup akan kita tolak dalam pilihan raya umum akan datang!" Kata-katanya menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 400 orang, termasuk 328 orang perwakilan AMK.

Shamsul Iskandar menyusul dengan gesaan agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada Jho Low proksi kepada sesiapa.

Bukan itu sahaja, Shamsul Iskandar juga menggesa agar SPRM menyiasat bekas PM Mahathir Mohamad, yang dituduh oleh Barry Wain dalam bukunya, Malaysian Maverick bahawa RM 100 bilion terhangus dalam zaman pemerintahan PM keempat kerana rasuah. Ketua AMK ini turut mendesak agar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disiasat kerana hubungannya dengan APCO.

Subsidi: Najib ugut rakyat

Dalam sidang media yang diadakan kemudiannya, Shamsul Iskandar menyelar PM merangkap Menteri Kewangan Najib yang meminta agar rakyat memilih antara pengurangan subsidi dengan bankrapsi.

"Malah, Dato Najib (gambar kanan) secara terang-terang buat ugutan. Minta rakyat buat pilihan. Nak jadi negara seperti Greece dalam sembilan tahun akan datang atau menolak subsidi. Ini pada saya ugutan kepada rakyat. Not fair (tak adil)."

Malah ketika ditanya wartawan sama ada pilihan raya harus dijalankan lebih awal, memandangkan negara yang ditadbir kerajaan sekarang sedang menuju ke bankrapsi, Shamsul Iskandar menjawab, "Problem dengan kita ialah, tarikh pilihan raya ini adalah ilham Perdana Menteri. Itulah masalahnya."



Oleh Lim Hong Siang

Jangan guna ISA dalam persaingan politik

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyindir penggunaan Akta Keselamatan Negara (ISA), penangkapan dan penahanan musuh politik sebagai pendekatan yang digunakan oleh mereka yang ketandusan akal.

Sambil berseloroh bahawa Kelantan mempunyai KTC (Kelantan Trade Centre), berbanding PWTC (Putra World Trade Centre, juga ibu pejabat UMNO), Menteri Besar Kelantan ini berkata, "Bersaing (itu) fikrah manusia..."

"Kita bersaing (dalam politik)...tapi jangan guna ISA, jangan tangkap orang..."kata beliau sebelum menamatkan amanat ringkasnya yang disampaikan kepada lebih 300 orang anggota Angkatan Muda Keadilan, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, tengahari ini.

Dalam amanat ringkasnya kira-kira lima minit, Nik Aziz mengimbas sejarah bagaimana Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Yahudi. Nik Aziz menjelaskan selanjutnya bahawa umat manusia sekadar penumpang di bumi, maka perlu membuat persetujuan politik agar membentuk satu suasana yang aman untuk kehidupan.

"Kita pijak bumi orang lain, bukan kita buat, Allah buat. Kita bernafas dengan udara yang orang lain buat, Allah yang buat. Dalam udara yang kita bernafas ini lengkap dengan asam garam untuk membolehkan jantung kita, paru-paru kita hidup. Ada nama oksigen, ada nama nitrogen...semua ramuan ini Allah yang bacuhkan...," katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan bagaimana PAS sebagai parti politik membuat perjanjian dengan Barisan Nasional, Semangat 46 dan kini bersama Pakatan Rakyat. Beliau menyangkal tuduhan UMNO yang menyelar PAS kerana bekerjasama dengan DAP, sedangkan UMNO pula bekerjasama dengan MCA.


Oleh Lim Hong Siang

Majlis Kerajaan Tempatan Boleh Halang Judi Sukan!!

Selangor dan P.Pinang telah mula mengorak langkah. Bermula di Petaling Jaya, pihak PBT boleh menghalang perniagaan judi sukan daripada menjadi jualan di premis judi ekor masing-masing.

Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu. Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan sudah tentu kuasa menolak permohonan tersebut ada pada majlis tempatan.

Jika semua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mengamalkan dasar menolak judi sukan melalui PBTnya, sudah pasti kita dapat mengekang separuh dari semenanjung Malaysia dari terjebak dalam judi sukan yang merosakkan kesihatan mental dan mencemar semangat kesukanan.

Pastikan majlis tempatan di serata daerah mengikut jejak langkah P.Jaya, Ampang Jaya dan Selayang untuk bertegas tidak meluluskan perniagaan judi sukan, tambahan daripada perniagaan asal iaitu judi berbentuk loteri.

Syabas dan tahniah juga dirakamkan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Harap semua Menteri Besar, berbesar hati untuk mengikut jejak Ketua Menteri P.Pinang terutamanya MB yang beragama Islam
- agama yang menolak judi sepenuhnya !

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Ada Bukti Kukuh Wakil Rakyat Keluar diTawar RM2 Juta

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.“Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya,” kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata selama ini acapkali “kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak.”

Katanya. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Bagaimanapun tegas Penasihat PKR itu, kini pihaknya sudah memperoleh bukti berkenaan.

Selasa lalu The Malaysian Insider memetik sumber daripada kalangan pemimpin parti itu melaporkan PKR bercadang untuk mendedahkan perkara itu dengan terperinci dalam Kongres Nasional Keenamnya bermula semulama.

Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Tanpa menyatakan bila maklumat itu diperolehi, Anwar berkata, bukti kukuh itu akan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat insha-Allah,” katanya.

Anwar akan menghadiri Kongres Nasional Keenam peringkat pusat yang bermula esok.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu Anwar tidak menjelaskan sama ada pendedahan melibatkan Ahli Parlimen atau ADUN ataupun kedua-duanya sekali.

Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider awal minggu ini berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

Menurut pemimpin itu, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.

Tiga Ahli Parlimen lain ialah Bagan Serai, Nibong Tebal dan Wangs Maju.

Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.

Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat

Oleh G Manimaran

Aku Pun Tak Tahu

Balik sahaja dari kursus 15 hari aku dikejutkan dengan berita harga petrol mungkin naik lagi pada tahun ini. Aku pun tak tahu macam mana agaknya aku untuk menghadapi tekanan harga petrol baru ini. Tentu sekali dengan harga baru ini kos hidup akan meningkat lagi bertambah lagi bebananku. Aku pun tak tahu macam mana agaknya reaksi rakyat Malaysia selepas ini mungkinkah akan berlaku lagi demostrasi jalanan atau mungkin ekonomi akan merundum sekali lagi.

Melihat kepada keadaan semasa terutamanya kehidupan dibandaraya besar seperti Kuala Lumpur atau lembah klang tentu sekali menjadi beban yang teruk kerana penghuni disini bukan sahaja menghadapi harga baru petrol malah kemungkinan besar, tol di lebuhraya juga mengenakan harga baru dan yang pasti semuanya meningkat. Aku masih ingat lagi semasa zaman pak lah dengan kenaikan harga petrol kerajaan berjanji akan meningkatkan mutu pengangkutan awam dengan membina laluan baru LRT dengan menghubungkan kawasan-kawasan utama di Lembah klang tetapi semuanya tinggal janji. Apa merisaukanku ialah ada kemungkinan pemilik-pemilik lebuhraya akan melobi kerajaan supaya projek tersebut dilengah-lengahkan kerana kesannya lebuhraya-lebuhraya akan hilang punca pendapatan kerana kemungkinan aliran kereta akan berkurangan kerana pemiliknya akan bertukar ke pengakutan awam.

Aku pun tak tahu macam mana agaknya Malaysia akan meneruskan survival kehidupan dengan kerajaan yang lemah seperti sekarang. Apa yang pasti, rakyat hendaklah bersatu hati supaya pilihanraya akan datang dapat memilih kerajaan yang betul.

Negara Muflis Sebab Subsidi ??

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala berkata “ Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,”

Beliau menambah, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.
Inilah antara keyataan seorang pemimpin sebuah kerajaan yang diomongkan sebagai kerajaan yang mengutamakan rakyat dan pencapaian diutamakan.

Kenyataan seumpama ini mungkin diterima oleh majoriti rakyat era 60an dimana rujukan rakyat hanya bertumpu kepada utusan meloya dan RTM.Pada hemat saya mungkin Pak menteri terlupa bahawa hariini akses maklumat dan fakta sangat mudah dicapai dan majoriti rakyat lebih maklum bahawa subsidi di kebanyakan negara eropah dan timur tengah lebih baik dari Malaysia.Kita tak perlu pergi jauh ,lihat sahaja jiran kita Brunai yang mana kerajaan kita yang bermurah hati menghadiahkan ah dua telaga minyak.Rakyatnya bukan sahaja dapat subsidi bahkan pelbagai kemudahan lain termasuk biasiswa .

Realitinya Pak menteri dan penasihatnya yang terdiri dari pegawai yang pakar terlebih maklum apakah faktor utama negara kita terjerumus dalam krisis hutang akibat dari defisit belajawan sedangkan kita kaya dengan hasil petroleum,minyak sawit dan pelbagai lagi hasil bumi disamping kedudukan geografi yang strategik ekonomi/pelaburan di tengah aliran dua kuasa dagang besar.Apakah yang kita kurang dibandingkan Singapura ?

Langkah menhentikan subsidi adalah methodologi kebelakang yang diaplikasikan sebagai jalan pintas natijahnya akan mencetuskan implikasi buruk kepada sosio ekonomi Negara.

Sebagai sebuah kerajaan yang dinamik sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dalam menadaptasi hasil negara secara berhemat dengan mempraktikkan urustadbir yang efektif.

Majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan dakwaan isu penyalahgunaan harta negara dan pecah amanah .Saya mengambil contoh angaran perbelajaan kontak pembelian kapal selam RM5.382 bilion dan jet sukhoi RM4.94 bilion.Ini tidak termasuk kelemahan tadbiran,ketirisan disamping wang untuk membeli undi dalam setiap piliharaya kecil disamping ,memberi habuan kepada wakil rakyat yang hendak melompat, .Jika dicampur secara total setiap tahun berbilion-bilion hasil negara dibazirkan untuk projek yang bermotokan “ 1 Malaysia poket & kuasa ku diutamakan ,pencapaian dikesampingkan”

Hari-hari berlalu rentetan kerugian diumumkan dan pelbagai dakwaan penyelewengan diketengahkan namun perompak berskala besar ini tetap bebas meragut seluruh hasil bumi negara.sebaliknya subsidi yang amat diperlukan rakyat bawahan menjadi mangsa .apbila Negara bedepan krisis hutang yang dicipta oleh pentadbir yang korup dan tidak cekap.Sedangkan faktanya pengurangan subsidi akan mencetuskan satu impak social ekonomi yang lebih besar kepada Negaraku yang tercinta.

Kesimpulannya sebarang langkah pengurangan subsidi adalah jalan terakhir dan Malaysia perlu bangkit memastikan urustabir dana Negara dilaksanakan secara berhemah tanpa dicemari unsur-unsur negatif.



Oleh: bukitkeplu

Khamis, 27 Mei 2010

Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi

PAS melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihan raya kecil.

Lesen Judi

Tahun lepas pendapatan cukai judi negara merosot kepada RM 1.199 bilion berbanding 2008 dimana Kerajaan mengutip RM 2.32 bilion. Najib sebagai Perdana Menteri mengunakan defisit ini sebagai salah satu faktor bagi memberikan kelulusan semula kepada Berjaya Group untuk menjual tikel judi bola sepak piala dunia tahun ini dengan harapan mereka boleh mendatangkan hasil cukai yang tinggi.

Pelbagai lapisan rakyat dan organisasi menentang keputusan ini tetapi Najib memekakkan telinganya. Ulama’-ulama’ dan Menteri Agama Umno juga diam berkematu. PAS membantah dasar ini dan mengajak rakyat bangkit menentangnya.

Mansuh Subsidi?

Seterusnya, desakan memansuhkan subsidi oleh pihak FOMCA juga dijangka diambil kesempatan oleh Kerajaan. Kerajaan kini mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi gula, elektrik dan minyak. Ini pasti akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat dan industri makanan dan pengangkutan dalam negara kelak.

Jika benar subsidi ini dimansuhkan, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. Ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang. Oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. Penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat.

GST bebankan rakyat

Najib sebagai Perdana Menteri juga dilihat begitu tekad untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Hal ini tidak dibincang secara mendalam dalam parlimen dan belum ada sebarang kertas dibentangkan kepada ahli-ahli parlimen. GST hanya dibincang dalam kabinet dan kerajaan terdesak untuk mengaut keuntungan segera dari rakyat melalui cukai ini.

Jika GST diperkenalkan, kos hidup rakyat akan meningkat bagi semua lapisan dan mereka terdesak untuk menampung perbelanjaan rutin mereka. Kerajaan perlu jelaskan apakah GST ini dan senaraikan barang serta perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Kini rakyat risau kerana kadar pendapatan dalam negara masih lagi rendah, walaupun Kerajaan mahu mewujudkan dasar pendapatan tinggi buat rakyat namun dengan dasar GST ini, pendapatan tinggi itu tidak memberikan makna apa-apa.

Harga Minyak Naik?

Seterusnya, spekulasi mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 15 sen lagi dilihat sebagai satu usaha Kerajaan untuk melihat reaksi rakyat pada masa ini. PAS yakin Kerajaan BN mahu melihat sentimen rakyat dalam isu ini. Mereka sengaja menyebarkan khabar ini seperti sebelum ini dan akhirnya menaikan secara mendadak. Mungkin bukan 15 sen, mungkin lebih lagi.

Apa yang pasti, tidak ada mana-mana rakyat yang setuju jika minyak dinaikkan pada masa sekarang sedangkan Kerajaan begitu mudah menghadiahkan Brunei dua telaga minyak bernilai RM 320 bilion. Jika Malaysia pertahankan blok L dan M ini, sekurang-kurangnya negara mampu memliki sebahagian hasil dan sumber minyak dari kedua-duanya.

Namun amat mengecewakan jika kesilapan kerajaan ini menyebabkan mereka menghukum rakyat dengan kenaikan 15 sen harga minyak. PAS berharap agar perkara ini tidak berlaku dan Kerajaan perlulah menyusun perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara secara berhemah.

Rakyat tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu. Hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi kelam kabut. Budget yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK.

PAS mengingatkan Najib bahawa judi itu haram. menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan, perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.

PAS menyeru agar semua jentera penerangan diperingkat negeri-negeri dan seluruh Pakatan Rakyat turun ke lapangan rakyat berceramah dan mengedarkan risalah maklumat mengenai hal ini. Kita tidak mahu Najib menjadi Maharaja tanpa singahsana yang dengan sesukahatinya membuat keputusan atas nama Perdana Menteri dan Kabinetnya tanpa merujuk Parlimen. Apa guna kita berpilihanraya sekali dalam 5 tahun jika wakil rakyat yang dipilih dan institusi parlimen tidak dihormati Najib.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat
.

Mengapa Melayu ditipu Melayu?

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam. Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insya-Allah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihan raya. Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “ ( oleh ularnya yang sama ).

Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM Umno menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .

Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN ! “ GOD IS THE GREATEST !



Dari Harakahdaily

Ezam buat tuduhan jahat

Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.

Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.

“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei
,” katanya.

KOTA BHARU: Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.


p/s: Senator Ezam... satu hari nanti anda dimakan SUMPAH!

Rabu, 26 Mei 2010

PR Belum Cukup Dampingi Melayu

Pakatan Rakyat tidak harus rasa selamat dengan undi Cina, justeru mengambil mudah sokongan orang Melayu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang – PKR, PAS dan DAP – tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit “penyelarasan”.

Pada tahun 1999, lonjakan undi Melayu tinggi. Saya baca analisis, mereka tulis di kampung, konservertif, (golongan) Melayu sokong Umno.

Itu jelas ‘memori jangka pendek’, sebab pada tahun 1999 orang Umno boleh berubah kerana maklumat itu sampai. Sekarang kita tengok kelemahan kita sebab maklumat tak sampai,” kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Anwar berkata pihaknya tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mendakwa bahawa pilihan raya di Malaysia dicemari rasuah dan tekanan daripada Umno sebab “itu sudah diketahui”.

Menyentuh soal ‘kemerosotan’ undi Melayu di Hulu Selangor pada 25 April lalu apabila PKR tewas kepada BN, Anwar berkata keputusan itu tidak terlalu membimbangkan.

Kalau itu keputusan pilihan raya kecil, dalam pilihanraya umum kita menang,” katanya yakin.

Pekerjaan, ekonomi, ‘maruah sebagai umat

Beliau menambah, kecuali di dua kawasan Felda – Sungai Buaya dan Sungai Tengi – undi Melayu secara keseluruhannya meningkat.

Corak yang sama menurutnya turut dikenalpasti dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei apabila undi Melayu/Melanau meningkat daripada 13 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh berkempen dua minggu sahaja.

Maknanya kita harus terima kenyataan, kita belum cukup kuat usaha mendampingi mereka.

“Kita tertumpu pada bandar pinggir dan bandar isu yang disenangi oleh orang bandar. Kita harus tahu juga ada isu desa yang harus diketengahkan
,” katanya.

Tambahnya, isu tersebut antaranya soal peluang pekerjaan, ekonomi dan “maruah sebagai umat” yang perlu ditangani.

Sementara itu, menyentuh hasrat Pakatan menembusi Sabah dan Sarawak, Anwar berkata kemenangan di Sibu membuka langkah yang besar kepada gabungan pembankang di kedua buah negeri itu.

Sekarang menjadi tugas timbalan perdana menteri turun padang, perdana menteri turun tiga, empat hari. Ini mesej bahawa mereka (BN) hilang sokongan dan (terpaksa) guna pelbagai helah dan ancaman untuk mendapatkan kerusi.

Peluang: Saya tidak tahu

Kita sudah melangkah dengan besar di Sibu. Jadi, kita kena kerja kuat,” katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, sepanjang lebih seminggu berkempen di negeri Kenyalang baru-baru ini, beliau melihat pemimpin Pakatan di peringkat negeri daripada parti yang berbeza bekerjasama dengan baik mengetengahkan isu-isu tempatan.

Saya optimis lihat pengalaman mereka bekerjasama di Sarawak. Mereka buat dengan baik.

“Saya bukan maksudkan (pemimpin kanan Pakatan) Ustaz (Datuk Seri) Hadi (Awang), Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Wan Azizah (Ismail), saya cakap tentang (pemimpin) peringkat negeri,
” katanya.

Enggan memberitahu sasaran kerusi yang diletakkan di negeri itu, Anwar juga kelihatan tidak mahu bercakap banyak tentang peluangnya kali ini.

Saya tak tahu. Tetapi kita lihat orang Iban, Melayu/Melanau dan Cina kita ada anjakan besar. Lagi pun sepanjang perjalanan politik saya, saya tak beritahu berapa kerusi yang akan diperoleh.

“Dekat dengan pilihan raya nanti saya beritahulah, walaupun kamu semua tak percaya apa yang saya katakan pada 2008
,” katanya sambil ketawa.



Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Siasat 'pengkhianatan' Negara

Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini
.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja,
" katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.

Tiada perbincangan

Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"Akhirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura
).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi
," katanya lagi.