Pengikut

Jumaat, 30 April 2010

Pakatan saran Musa berundur untuk Pulih imej Polis

Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.

Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Keptan Komander Supretanden Ali bin Ahmad.

Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak Pengarah Jabatan juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM

Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.

Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata kenyataan Musa berbaur ugutan dan wajar untuk Musa meletakkan jawatan.

"Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab (apabila) rakyat memprotes kenyataannya, (malah) harus bersedia berundur," katanya.

Isnin lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati kena tembak oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan polis kira-kira jam 2 pagi.

Musa “Merajuk”Jika Rakyat Enggan Percaya Polis

Setelah berdepan dengan pelbagai kontroversi sejak menjawat jawatan ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kita terpaksa pula menjawab mengenai kes terbaru yang membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga yang mati ditembak polis.

Malah tekanan berikutan kes ini semakin hebat hinggakan beliau tidak lagi mampu menahan dirinya dan mengugut untuk menarik semua polis dari rondaan.Mengikut laporan the Star online dan the Malaysian Insider, beliau akan mengarahkan polis supaya tidak mengawas jalan raya jika rakyat enggan mempercayai polis dalam kes ini.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan ketika menghadiri kempen menderma darah di Bank Darah Nasional sempena Hari Polis Kebangsaan.

Kematian Aminulrasyid Amzah Isnin lalu menyebabkan kredibiliti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikecam hebat oleh pelbagai pihak.



Dari TVSelangor

PAS mahu KPN buat Kerja bukan buat ugutan

Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah.

PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja.

PAS yakin, lebih ramai anggota Polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu. PAS juga sedar bahawa hanya sebilangan kecil sahaja anggota Polis yang bermasalah. Tapi pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif.

Kita tidak mahu Polis hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Keselamatan rakyat kini menjadi keutamaan, dan Polis harus membantu dan membimbing rakyat agar dapat hidup dengan selamat.

PAS juga kesal kerana pihak Polis sebelum ini menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC.

Kerajaan yang mengantikan IPCMC kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun, ianya perlu disegerakan agar rakyat dapat mengadili anggota Polis yang melanggar undang-undang. Uniform Polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat. Jika Polis tidak bersalah rakyat tidak menghukum.

PAS berharap agar Ketua Polis Negara akan datang lebih profesional dan tidak cepat melatah dalam menghadapi apa jua situasi dan tekanan. PAS juga berharap agar Polis dapat memberikan perkhidmatan yang adil dan tidak tunduk kepada tekanan Menteri yang merupakan ahli Politik yang mempunyai kepentingan tertentu khususnya ketika musim-musim pilihanraya.

Diharapkan selepas ini KPN menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

CPO Selangor usah celupar, kami cuma bantu rakyat

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.

“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.

“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.



Oleh Anak Sengat

Sesiapa Tak Setuju Dengan Hukum Dan Syariat Allah Sila Keluar Dari Bumi Allah

setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?


Oleh: Tok Janggut

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud. Untuk Berita Penuh Klip Disini

Khamis, 29 April 2010

Wee Ka Siong menyelar polis kerana perlekehkan nyawa rakyat

Saya berasa kesal dengan kematian Aminulrasyid Amzah, dan marah kerana polis memperlekehkan nyawa rakyat. Remaja ini tidak seharusnya mati di tempat kejadian. Masa depan seseorang remaja terkubur begitu sahaja hanya kerana kesilapan polis ketika membuat tafsiran.

Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.

Isu remaja ditembak mati polis telah mencungkil perbincangan umum, terutamanya di laman sosial, Facebook. Tidak kurang pelayar internet yang menganggap bahawa polis membunuh mereka yang tidak berdosa.Kita ketepikan isu sama ada Aminulrasyid Amzah disyaki melakukan jenayah atau tidak buat sementara. Bagaimanapun polis tidak harus menembak mati remaja ini. Polis mempunyai banyak cara untuk menghentikannya, termasuk menembak dengan menghala ke atas, menembak ke arah tayar keretanya, tetapi bukan menembak ke arah seorang remaja berumur 15 tahun.

Saya amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

Saya(gambar kiri) amat yakin, Aminulrasyid Amzah bukanlah penjenayah yang terkenal dengan rekod buruknya, malah beliau tidak mempunyai rekod jenayah. Dalam keadaan sedemikian, saya anggap beliau cemas dan cuba melarikan diri kerana memandu tanpa lesen. Tetapi, polis seharusnya boleh menafsir pada ketika itu. Realiti membuktikan bahawa polis yang bertugas salah tafsir. Malah, hukum mati bukan jawapannya seandainya kesalahan memandu tanpa lesen dibawa ke mahkamah.

Sementara sesetengah pihak menyalahkan pengundi Cina tidak mengundi BN kerana tidak tahu bersyukur, kita seharusnya faham bahawa isu seperti Aminulrasyid Amzah adalah punca pokok mengapa Cina hilang yakin kepada kerajaan BN. Isu ini menjurus kepada hilang yakin rakyat terhadap polis, tidak kira warna kulit mangsanya, dan ini menyebabkan imej kerajaan terjejas.

Saya berharap, sementara kerajaan mengendalikan kes Aminulrasyid Amzah ini, kerajaan juga harus bertekad untuk memperkemaskan pasukan polis, termasuk menggunakan segala penyelasaian untuk memperbaiki imej polis, barulah meningkatkan kewibawaan kerajaan BN di kalangan rakyat.

*Wee Ka Siong ialah Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cinanya.

Kes Aminulrashid tuntut reformasi menyeluruh institusi polis

Kita baru sahaja dikejutkan dengan satu lagi kes tembakan polis, melibatkan Aminulrashid Amzah, pelajar 15 tahun yang meninggal dunia di Shah Alam. Kejadian terbaru ini sebahagian daripada 'insiden tembakan untuk membunuh' (shoot to kill) yang menjadi semakin serius akhir-akhir ini.

Saya hadir bersama-sama YB Yaacob Sapari, YB S Manikavasagam, dengan peguam-peguam keluarga Aminul, iaitu N Surendran, Latheefa Koya dan Puspawati Rosman ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 April lalu ketika keluarga pelajar itu membuat laporan polis terhadap insiden tersebut. Sukar membayangkan penderitaan yang dialami keluarga Allahyarham kecuali kita sendiri pernah melalui pengalaman serupa.

Aminul dimaklumkan keluar bersama rakannya dengan kereta Iswara kakaknya pada awal pagi 26 April. Menurut pihak polis, dia cuba melanggar pihak polis sebelum anggota polis menembak tayar kereta tersebut. Polis kemudian mendakwa menjumpai parang di dalam Iswara tersebut.

Rakan Aminul yang bersamanya memberi keterangan berbeza: mereka sedang pulang dari restoran, dan kebetulan memotong sebuah kereta polis yang kemudian mengejar dan menembak mereka. Kereta tersebut berhenti dan rakan Aminul cuba merangkak keluar tetapi ditendang dan ditumbuk ketika cuba menyerah diri. Dia kemudiannya melarikan diri sebelum membuat laporan polis kemudian.

Surendran juga menyangkal kenyataan pihak polis. Menurut Surendran, kenyataan Aminul cuba melanggar polis dan mempunyai parang di dalam keretanya adalah satu penipuan. Kesemua tembakan adalah dari belakang mangsa, termasuk tembakan yang membunuhnya. Polis kemudian mendakwa Aminul cuba melanggar mereka dengan mengundurkan Iswara yang dibawanya.

Keluarga dan jiran Aminul menganggapnya seorang remaja yang baik, rajin ke surau. Kakak Aminul pula menyatakan cuma payung, bukannya parang yang ada di dalam keretanya. Mungkin seperti remaja lain (termasuk diri kita dahulu) Aminul ada kenakalannya, tetapi adakah hukuman kenakalan dengan menembak bunuh?

Bukan kes asing

Lebih menakutkan lagi, kes yang menimpa pelajar 15 tahun ini bukan insiden terasing, tetapi melanda rakyat Malaysia yang lain.

Kejadian ini hampir sama dengan kejadian tembakan terhadap Norizan Salleh, 30, di Segambut tahun lalu. Dalam kes Norizan, dia bernasib baik terselamat daripada insiden tersebut untuk menyampaikan kisahnya. Dia mendakwa sebuah MPV menghampiri kereta yang dinaikinya bersama rakan-rakan. Secara tiba-tiba terdapat tembakan dari MPV ke arah mereka. Salah satu daripada lima tembakan tersebut terkena pada dadanya hingga darah mengalir tanpa henti. Apabila keretanya berhenti, polis menghalakan pistol kepadanya. Norizan yang tidak bersenjata meminta bantuan polis, tetapi ditendang dan dipijak belakangnya sehingga patah tulang rusuk. Dia pada masa itu dikepung 10 kereta polis.

Norizan kemudian dihantar ke hospital, dirawat selama 11 hari di bawah pemantauan polis. Sehingga hari ini dia tidak didakwa di mahkamah atas apa-apa kesalahan. Polis memaklumkan kepada hospital Norizan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan perlu menanggung kos perubatan RM20,000 sendiri.

Apabila Norizan membuat laporan polis terhadap insiden tersebut, tiada tindakan lanjut diambil. Malah rakan-rakan yang bersamanya turut mengadu diseksa oleh polis.

Polis mendakwa mereka mengesyaki sesuatu yang tidak betul terhadap kereta Norizan. Kereta peronda cuba menghentikan kereta tersebut, namun tidak diendahkan dan kereta Norizan memecut ke hadapan. Lebih banyak kereta peronda turut sama mengejar kereta Norizan. Sama seperti kes Aminul, polis mendakwa kereta Norizan cuba merempuh beberapa polis di jalan raya dan kemudiannya menjumpai senjata dalam kes Norizan.

Pada November 2009, kita dikejutkan pula dengan kes kematian Tawfiq Noorzan yang berusia 22 tahun di Perlis. Dalam kes ini bapa mangsa mendakwa Tawfiq digari sebelum ditembak polis. Pihak polis mendakwa cuba menembak kaki Tawfiq tetapi terkena dadanya apabila Tawfiq dikatakan hendak menyerang rakannya.

Sebelum kes Norizan dan Tawfiq ada lagi kes kematian enam orang di Kulim dan 5 di Klang di tangan polis secara aneh pada 2009. Kes kematian A Kugan di dalam tahanan pula berlaku pada Januari 2009.

Kesemua kes ini merupakan fenomena membimbangkan. Ya, polis mendakwa insiden ini berlaku ketika mereka menjalankan tugas memerangi jenayah. Namun fakta-fakta kes ini terlalu aneh. Dalam kes Norizan dan Aminul, bukankah polis sepatutnya menembak ke arah tayar kenderaan dahulu, bukannya kepada individu di dalam kereta? Kejadian kematian mangsa tembakan yang lain juga menimbulkan tanda tanya terhadap kesahihan fakta diberikan pihak polis.

Prosedur penggunaan senjata api oleh polis adalah jelas:



1. Mesti melepaskan tembakan ke udara terlebih dahulu
2. Sekiranya tidak berkesan, tembakan perlu dihalakan ke paras bawah pinggang, lebih tepat, kaki
3. Sekiranya masih tidak berkesan, barulah tembakan boleh dihalakan kepada penyerang.


Kuasa menyiasat Suruhanjaya Diraja

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan ini, seharusnya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan kuasa menyiasat kes-kes mangsa tembakan polis. Ini satu-satunya cara meraih kembali keyakinan rakyat terhadap institusi Polis Diraja Malaysia dan membolehkan ramai lagi anggota polis yang berkhidmat dengan baik meneruskan kerja mereka dengan terhormat. Panel siasatan yang diketuai Timbalan Menteri sebagaimana disuarakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn tidak mampu melihat isu ini secara menyeluruh dan mengembalikan keyakinan orang ramai.

Jika siasatan mendapati mangsa-mangsa ini dibunuh dengan sengaja, maka anggota polis yang bertanggungjawab mestilah didakwa atas tuduhan bunuh Seksyen 302 Kanun Jenayah.

Malah sekiranya cadangan Suruhanjaya Diraja tentang PDRM pada 2004 dahulu agar diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dilaksanakan, kita tidak perlu menubuhkan satu lagi Suruhanjaya Diraja (dan apa gunanya menubuhkan Suruhanjaya Diraja jika cadangannya terus tidak dihiraukan Kerajaan?). Padahal IPCMC bukan cadangan pembangkang, tetapi diketengahkan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah dan mantan Ketua Polis Negara Tun Muhammad Hanif Omar bagi memulihkan kewibawaan polis. Namun Kerajaan Persekutuan telah menolak cadangan tersebut.

Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan terhadap kewujudan IPCMC, selain meningkatkan kebajikan pihak polis dalam Dasar Bersama yang dilancarkan tahun lalu.

Kita boleh belajar dari pengalaman negara lain memperkenalkan reformasi dalam polis mereka. Sebelum ini, Royal Ulster Constabulary (RUC), pasukan polis di Ireland Utara – yang terperangkap di dalam pergelutan antara masyarakat Protestan dan Katolik – mempunyai imej yang negatif khususnya di kalangan masyarakat Katolik. Justeru sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan pada 1998 bagi mengatasi persepsi negatif yang membelenggu RUC.

Beberapa perubahan diperkenalkan berikutan laporan Suruhanjaya Bebas tersebut bagi meningkatkan kebertanggungjawaban dan kebebasan pasukan polis yang dinamakan Police Service of Northern Ireland (PSNI). Sebuah lembaga polis mentadbir PSNI manakala badan ombudsman (hisbah) ditubuhkan untuk mengendalikan sebarang aduan atau dakwaan salah laku anggota polis. Lembaga polis tersebut dianggotai semua parti politik dan juga individu yang dihormati bagi membolehkan semua masyarakat Ireland Utara dapat menerimanya. Sebuah Historical Enquiries Team (Pasukan Penyelidikan Sejarah) pula ditubuhkan bagi menyiasat lebih 3,000 kematian yang tidak diselesaikan ketika konflik di Ireland Utara antara 1968 – 1998.

Kita perlu memikirkan secara serius cadangan ini. Ketika kita berhadapan dengan insiden-insiden tragis ini, kadar jenayah terus serius. Saban hari saya menerima aduan dari penduduk DUN Seri Setia tentang masalah jenayah. Walaupun polis terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan saya cuba mengambil langkah proaktif sebab saya yakin semua perlu main peranan bagi menanganinya. Tidak semua kita mampu hidup dengan kawalan keselamatan peribadi atau kediaman berpagar. Saya anjurkan dialog cegah jenayah dan menggalakkan aktiviti Rukun Tetangga.

Saya mempunyai hubungan baik dengan ramai anggota polis dan mereka sering mengadu kepada saya tentang kekurangan anggota dan campur tangan politik pihak atasan. Namun ironisnya, cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menubuhkan sebuah pasukan Polis Bantuan telah ditolak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan selepas lebih setahun tiada jawapan walaupun kemudiannya dialu-alukan Menterinya, Hishamuddin.

Saya faham ramai anggota polis menjalankan tugas mereka dengan baik dan cuba sedaya upaya membanteras jenayah. Namun kejayaan ini hanya dapat dicapai dengan sokongan dan penyertaan masyarakat. Jika kewibawaan polis tidak dipulihkan mana mungkin masyarakat memberikan sokongan. Cuba kita bertanya pada diri sendiri, siapa mahu anak-anak mereka dibesarkan dalam keadaan mereka takut terhadap polis yang sepatutnya melindungi mereka? Sebab reformasi menyeluruh institusi polis bukan lagi pilihan tetapi adalah kemestian. Kita menantikan keazaman politik bagi menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh.

Berapa lagi Aminul, Tawfiq, Norizan dan Kugan harus membayar dengan nyawa mereka bagi kita melihat reformasi ini menjadi realiti?



Oleh NIK NAZMI NIK AHMAD

Perangi rasuah, usah biar jerung terlepas

Sekiranya anda menerima rasuah RM100, anda dalam bahaya. Ada sebab untuk anda tidak tidur, lebih-lebih lagi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa anda di mahkamah. Kemungkinan anda disabitkan kesalahan – dan dijatuhkan hukuman – adalah tinggi, hampir 100 peratus.

, sekiranya anda dituduh terlibat dalam rasuah bernilai RM1 juta, atau ratus-ratus juta, anda tidak semestinya dalam bahaya. Sementara menunggu perbicaraan anda boleh terus hidup dalam kemewahan: rumah besar, kereta besar, makan angin luar negara, dan kalau nasib baik boleh kahwin dua. Ada kemungkinan anda didapati tidak bersalah, dan akhirnya dilepaskan begitu sahaja.

Contoh: Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam awal tahun lalu, dan di akhir perbicaraan telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000. Jika dia gagal membayar denda tersebut dia akan dipenjara 10 bulan.

Kesalahannya, seperti pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, ialah dia telah secara rasuah menerima wang tunai sebanyak RM150 (Ringgit Malaysia seratus lima puluh sahaja) daripada seorang pelanggan untuk mempercepatkan proses pemasangan telefon di rumah pelanggan berkenaan.

Saya tidak akan menyebelahi kepada mana-mana perasuah. Setiap orang mesti menentang rasuah, tidak kira walaupun yang diterima hanya seringgit. Hatta setengah sen pun jika diterima secara rasuah, tetap salah. Sekiranya yang melakukan rasuah setengah sen itu orang Islam, dia tetap berdosa. Oleh itu hukuman yang telah dijatuhkan hakim ke atas juruteknik tersebut, adalah wajar.

Satu contoh lagi: Seorang kenamaan telah dibawa ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah beratus-ratus ribu ringgit, sebagai imbuhan kerana meluluskan satu projek pembangunan hartanah bernilai beratus juta ringgit. SPRM yang membuat dakwaan tersebut, setakat rencana ini ditulis, masih berputih mata sebab Yang Arif mendapati tidak ada ‘prima facie’ untuk kes tersebut.

Mahkamah telah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Undang-undang patut dipatuhi. Sekiranya tidak cukup bukti, tuduhan sehebat mana pun susah untuk lekat. Orang kenamaan yang dituduh rasuah itu tersenyum hingga ke telinga. Harap-harap SPRM akan merujuk kes ini ke mahkamah yang lebih tinggi, supaya kalau betul rasuah telah dilakukan, hukuman mesti dilaksanakan.

Walau tidak disebutkan nama yang terlibat, apa yang saya contohkan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang diperoleh dari SPRM. Lagi pun ini bukan rahsia. Semua orang boleh melihat contoh-contoh ini, juga senarai panjang kes-kes lain yang telah dihadapkan ke mahkamah, secara ‘online’. Lawatilah laman web rasmi SPRM di Klip Disini
. Sama-samalah kita membenci, dan memerangi rasuah.

Pada hemat saya rasuah sama seperti pelacuran, sama juga seperti perjudian. Kita sudah menubuhkan bermacam agensi untuk memerangi pelacuran, tetapi pelacuran merebak di merata-rata tempat. Bukan rahsia lagi bahawa sebahagian wanita warga asing yang masuk sebagai pelancong menggunakan visa ketika tiba (VOA), akhirnya dibawa ke rumah-rumah pelacuran. Kita ada berbagai agensi melawan judi, tetapi judi haram berleluasa hingga di bawah tangga.

Rasuah kita pun sentiasa membiak, melibatkan bukan sahaja anggota polis berpangkat rendah, kerani, dan tukang cari fail, tetapi juga orang-orang politik berkelas tinggi, ketua pengarah, CEO, tauke kecil, tauke besar, hatta menteri. Ulang: hatta menteri! Ini pun bukan rahsia lagi, dan bukan baru terjadi setahun dua ini.

Dulu ada Badan Pencegah Rasuah (BPR), kemudian tukar nama menjadi Biro Siasatan Negara (BSN), kemudian tukar semula kepada BPR, dan akhir sekali menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sudah berapa kali nama ditukar, orang ramai masih mengeluh, dan bertanya benda yang sama: Kenapa yang masuk ke jaring hanyalah ikan bilis, ikan jerung terlepas.

Pelik, biasanya orang menjaring, memukat, menjala, atau melukah, yang akan melekat dan tersangkut adalah ikan-ikan besar, termasuk penyu, dugong dan buaya tembaga. Ikan-ikan kecil seperti seluang atau anak sepat dapat meluluskan diri. Ini bukti bahawa jaring rasuah berbeza betul dengan jaring nelayan!

Tidaklah saya memperkecil dan memperlekah SPRM dan agensi-agensi melawan rasuah sebelum ini. Sebenarnya mereka – tidak kira BPR atau SPRM – telah bekerja hempas pulas, tidak kira siang atau malam, untuk menyiasat dan mencari bukti. Malah, sejak dulu lagi kita telah diberitahu banyak kes besar – antaranya melibatkan beberapa menteri dan bekas menteri – telah dilengkapkan fail siasatan. Tetapi sampai sekarang orang ramai masih menunggu bila mereka akan didakwa? Atau, apakah fail mereka akan terus ditutup?

Tidak kira seluang atau ikan paus, kita perlu memerangi rasuah habis-habisan, dengan menjayakan ‘Kempen Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah’ yang baru dilancarkan di seluruh negara dua hari lalu



Oleh ABD JALIL ALI

Nik Aziz setuju dakwaan Zaid

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong dakwaan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenyataannya yang mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan memandangkan perkara yang sama pernah berlaku di negeri ini.

“Saya yakin dakwaan itu kerana depan mata saya sendiri di Kelantan ini orang bagi duit terang-terang.

“Itu bukan cara demokrasi dan cara Islam. Itu cara UMNO, cara nafsu. Jadi kalau timbul masalah duit itu, memang saya percaya,” katanya selepas hadir pelancaran kumpulan dikir barat Sri Halaqat negeri di sini.

Beliau berkata, UMNO terpaksa guna duit kerana mereka tidak ada hujah bila berdepan dengan Islam.

“Bila berdepan dengan Islam, UMNO tak boleh buat apa melainkan guna ISA, guna ugut, guna duit. UMNO ini parti duniawi. Parti dunia, dia tak kira dalam kubur jadi apa, di padang mahsyar nak jadi macam mana.

“Inilah kecelakaan pemikiran orang Islam sekarang. Satu kecelakaan saya ulang. Bila berdepan dengan benda ini dia tak boleh nak buat apa. Sepatutnya UMNO menyerah kalah, menyerah kepada kebenaran,” katanya.

Rabu, 28 April 2010

Satu Berita Tiga Cerita

Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.

By Anak Sungai Derhaka


Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan.

Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa
turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.

Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?. Untuk Berita Penuh Klip Disini

Keadilan untuk AminulRashid !!!

Apa perasaan anda kalau peristiwa seumpama ini terjadi pada adik kandung sendiri?? Apa perasaan anda jika ia terjadi kepada anak kesayangan anda?? seorang budak 15 tahun ditembak mati oleh polis diraja Malaysia!!!Untuk Berita Penuh Klip Disini


Dari edyesdotcom

Kalahkah PR?

Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah.
Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka.

Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.

Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.

Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.

Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya.

Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini.

Namun apakan daya SPR hanya ‘boneka’ kepada BN dan haknya terbatas kepada kehendak BN yang jika benar-benar SPR bebas dan berkecuali dalam segenap segi pasti keadaan ini akan merugikan BN.

Jikalau inilah makna proses pilihanraya di Malaysia yang keadaanya berat sebelah sudah tentu penguasaan mereka ke atas pengundi begitu besar sehingga menyebabkan Datuk Zaid calon PKR kemungkinan akan hilang deposit dan kalah dengan malunya namun jika dianalisa keadaan dan corak pengundian segala ‘sampah’ yang ‘dilonggokkan’ kepada pengundi tidak menjadi malah tidak berbaloi pulangannya. Buktinya Datuk Zaid mendapat 23,272 undi dan tewas dengan 1725 undi sahaja! Malah undi kepada Datuk Zaid berbanding sebelumnya yang diperolehi oleh Datuk Zainal iaitu 23,177 menunjukkan undi duluan tidak lari banyak.

Implikasi kepada keputusan ini amat besar kepada proses demokrasi di negara ini seolah-olah pihak kerajaan hari ini tidak peka bahawa taktik ini sudah kolot dan ketinggalan zaman, rakyat tidak lagi menjadi ‘mulut-mulut’ yang ‘ternganga’ menerima apa sahaja yang disuapkan kepad mereka secara paksa.

Bukankah masanya keputusan PRK yang kali ke sebelas ini menuntut kerajaan hari ini insaf dan bertaubat?

Analisa undi mengikut kaum pula menggambarkan sesuatu yang amat membimbangkan BN, bak ungkapan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, “Gembira dalam gelisah.”

Memang kegelisahan itu ada kewajarannya kerana PKR mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh BN yang merupakan landasan perpaduan parti politik berbagai kaum berumur hampir 36 tahun dibandingkan PR yang hanya 2 tahun.

Pun demikian undi kaum Cina membuktikan penolakan mereka kepada gagasan BN kerana BN hanya mendapat 5,164 undi di kawasan padat Cina berbanding PR yang mendapat 7,194. Perbandingan dahulu menunjukkan Datuk Zaid mendapat 6 kali ganda sokongan iaitu 344 majoriti undi Cina berbanding 2,030 sekarang.

Bukankah ini isyarat yang mengerunkan BN. Sepatutnya BN yang berbangga dengan gagasan perpaduannya berjaya meraih sokongan orang Cina namun kemaraan PR sebagai parti yang lebih berwibawa memikul perpaduan ini merupakan cabaran terbesar BN untuk PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini seolah menggambarkan BN dan konsep perpaduannya tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia.

Peningkatan undi Cina sebagai kontranya membawa kebimbangan kepada PR terhadap undi Melayu yang gagal ditembusi Datuk Zaid. Kebanyakan Felda dan beberapa perkampongan Melayu seolah-olah menolak dan belum lagi yakin dengan kemampuan PR membawa aspirasi Melayu dan Islam.

Walaupun PAS bertungkus lumus di tempat dominon Melayu ini tetapi sentiment kuat pengharapan kepada Umno yang menjadi tonggak BN masih tebal. Walaupun demikian isyarat ini tidaklah sangat membimbangkan jika dibandingkan dengan undi Cina yang diperolehi kerana Datuk Zaid berjaya meningkatkan undinya di Kalumpang dan beberapa kampong Melayu yang lain. Bagi PAS trend ini iaitu Melayu masih tidak menyokong PR perlu diambil peringatan penting kerana dalam persaingan politik PR dan BN, PASlah yang akan berhadapan dengan majoriti Melayu dalam Pilihanraya yang akan datang.

Selagi PAS tidak berjaya membawa aspirasi Melayu dalam kerangka PR sebagai wahana masa depan politik negara selagi itulah corak pengundian kaum tidak akan berubah dan ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk terus berkuasa dan keseimbangan kaum akan terbahagi kepada bukan Melayu sokong PR dan Melayu akan terus sokong Umno, keadaan ini tidak baik untuk masa depan politik negara dan kemungkinan Umno terdesak untuk menggunakan sentiment perkauman amatlah tinggi untuk meneruskan hegemoni Melayu supaya terus berkuasa.

Akhirnya undi rosak rendah berbanding dengan 2008 sekaligus menjawab peningkatan undi kepada BN kerana kemungkinan undi rosak yang tinggi dahulu dapat diselamatkan melalui P. Kamalanathan kali ini.

Begitu juga undi Pos 767 undi pergi ke BN manakala hanya 120 kepada PKR dan ini tidaklah mengejutkan kerana isu undi pos ini terus dipertikaikan ketelusannya oleh PR. Apa pun MIC mendapat sedikir oksijen untuk bernafas walaupun saya yakin hanya sementara.

Kemenangan ini tidak membayangkan masyarakat India kembali menyokong MIC tetapi yang pasti Umno terus mendominasi undi Melayu dan trend ini tidak baik untuk PR jika rancangannya untuk ke Putrajaya terus membara. Jadi kalah atau menang bukanlah isunya tetapi apa yang penting ialah pengajaran untuk memperkemaskan strategi untuk PRU ke 13. Tahniah kepada pengundi HS kerana membawa mesej besar kepada penulisan ini!



Oleh Mujahid Yusof Rawa

Ezam Mohd Nor akan dilantik Senator

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.




Dari malaysiakini

Selasa, 27 April 2010

Jangan Mengalah Zaid

Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.

Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Dalam keadaan sedemikian, Zaid terpaksa berdepan dengan formula lama Barisan — tawaran wang dan projek yang bernilai lebih RM60 juta. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana sekali lagi memainkan peranan untuk berkempen bagi pihak Barisan, termasuk mengecam dan mengutuk Zaid habis-habisan.

Mungkin bagi Barisan, terutamanya Umno, yang selama ini terkapai-kapai sejak pukulan hebat pilihan raya umum 2008, mereka telah menemui semula kekuatan untuk menghadapi Pakatan — kembali kepada cara mempergunakan media arus perdana, jentera kerajaan dan tawaran berjuta-juta ringgit (baca: wang rakyat).

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Lebih separuh pengundi kaum India membuat pilihan yang sama untuk Barisan tetapi pengundi Cina tetap memihak kepada Zaid dengan memberi lebih 70 peratus sokongan kepada Pakatan.

Dalam hal ini, mungkin tidak memeranjatkan melihat selera majoriti pengundi Melayu di Hulu Selangor. Selain janji-janji wang dan projek berpuluh juta ringgit, serangan peribadi serta fitnah terhadap Zaid turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu.

Mungkin bagi pengundi Melayu yang memilih Barisan, soal sama ada Zaid seorang yang berprinsip dan tegas dalam menentang rasuah serta ketidakadilan tidak menjadi penentu utama. Mungkin mereka juga belum dapat memahami usaha Zaid dan aktivis-aktivis Felda yang mahu mengembalikan hak milik tanah kepada peneroka dan bukannya berterusan menjadi pekerja kepada korporat gergasi itu.

Lagi pula, melalui peranan media arus perdana, kebanyakan Melayu yang memilih Barisan mungkin merasa lega apabila melihat calon barisan P. Kamalanathan mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kenyataan wakil MIC itu yang menyokong perjuangan kumpulan ultra-Melayu Perkasa. Sehinggakan namanya dijual kepada pengundi Melayu sebagai “Kamal” dan bukannya Nathan sebagaimana nama singkat panggilan biasa.

Semua keadaan ini sepatutnya membakar semangat Zaid untuk terus berkhidmat dan berjuang. Apatah lagi beliau dengan bantuan aktivis Felda telah pun mengemukakan cadangan awal untuk mereformasikan sistem rancangan tanah itu supaya generasi kedua dan ketiga Felda dapat menjadi tuan di atas tanah sendiri. Isu ini perlu dibawa ke peringkat nasional, dan lebih baik lagi, dibincangkan bersama di peringkat pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Begitu juga hasrat Zaid untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli yang selama ini terbiar di bawah Barisan. Ia bukan soal setempat kerana ia memerlukan reformasi nasional, sekurang-kurangnya orang asal ini yang lebih awal mendiami ibu pertiwi diberi taraf sama rata dengan Bumiputera.

Berdasarkan dua pengalaman pilihan raya, Zaid yang pernah menang di bawah lambang Umno di Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004 perlu menjadikan Hulu Selangor sebagai pengajaran dan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, kekalahan di Hulu Selangor perlu dianggap sebagai satu langkah ke hadapan untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan yang lebih hebat dalam pilihan raya umum nanti.

“Sama seperti Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor); beliau kalah dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007. Tetapi beliau kembali menang pada 2008. Kekalahannya di Ijok telah menjadi satu platform kepada kita untuk menawan kerajaan negeri Selangor. Biarlah Hulu Selangor menjadi Ijok yang kedua kepada kita,” katanya.

Tak kurang pentingnya ialah suasana pasca-Hulu Selangor akan memberi peluang kepada Zaid untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu, bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Setelah dihamburkan dengan kata-kata fitnah dan kempen kotor dari mereka yang mengakui diri Melayu dan Islam, tidak banyak lagi yang boleh mereka contengkan peribadi Zaid yang jauh lebih berprinsip dan tegas dalam membela keadilan dan hak berbanding para pemimpin Umno.

Lapan hari untuk berkempen sememangnya tidak cukup. Tanpa perlu mengalah, Zaid kini mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama masyarakat, khususnya orang Melayu, bagi menjelas dan memperincikan apa yang diperjuangkannya bersama Pakatan Rakyat.

Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal barulah mesra dan sayang.



Oleh Wan Hamidi

Menang BN Dalam Duka, Kalah Keadilan Dalam Tenang

PKR TUMBANG! Itulah tajuk utama Utusan Malaysia hari ini yang menunjukkan seolah-olah Parti Keadilan Rakyat @ KEADILAN ini seolah-olah telah kalah dan tumbang diseluruh negara!

Kekalahan yang dialami oleh KEADILAN merupakan proses biasa didalam sesebuah pilihanraya apatah lagi didalam pilihanraya kecil (PRK) seperti di P094 Hulu Selangor semalam.

Kita menerima setiap kekalahan itu dengan rasa tawadduk dan terbuka kerana semua orang sedia maklum bahawa pilihanraya kecil adalah pilihanraya yang akan menjadi tumpuan diseluruh negara. Justeru itu, kekalahan seumpama ini bukanlah sesuatu yang perlu kita ratapi segala-galanya.

Bertanding di atas tiket pembangkang adalah seumpama mengambil risiko ‘bermain bola diatas padang yang tidak rata’. Ibarat kata orang ‘kekalahan kepada Barisan Nasional (BN) itu sudah pasti tetapi sekiranya kita menang terhadap mereka Barisan Nasional lebih-lebih lagi didalam PRK itu adalah bonus’.

Kenapa saya berkata sedemikian? PRK adalah medan untuk BN memunggah segala jenteranya ke sesuatu pilihanraya kecil diatas nama kempen pilihanraya. Tanpa mengambil kira kadang kala perbuatan mereka yang secara terang-terangan menyalahgunakan jentera dan pelbagai agensi kerajaan maka sudah pastilah perlawanan ini diibaratkan kita bermain bola di atas padang yang tidak rata.

Itu tidak mengambil kira lagi kesangsian kita terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang timbul akibat senarai daftar nama pengundi yang sentiasa berubah tanpa memaklumkan kepada pengundi walaupun itu hak mutlak SPR untuk berbuat demikian.

Dengan undi yang diperolehi oleh calon BN sebanyak 24,997 berbanding calon KEADILAN 23,272, majoriti yang diperolehi oleh P.Kamalanathan ini sebanyak 1,725 sebenarnya tidaklah menunjukkan bahawa itu sebagai satu kemenangan yang cukup besar berbanding dengan apa ‘yang ditaburkan’ oleh BN di sepanjang 8 hari berkempen!

Apa lagi yang tidak di berikan dan di janjikan oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya terhadap pengundi di Hulu Selangor tempohari? Dengan berbagai ‘tawaran menarik’ oleh pelbagai agensi dan jabatan apakah dengan undi majoriti sebanyak 1,725 itu sudah cukup besar dan setimpal untuk BN perolehi?

Sepatutnya BN mendapat majoriti yang lebih besar lagi iaitu sebagai contoh 10,000 undi keatas dan barulah ianya benar-benar dikatakan BN itu telah di mula di terima kembali oleh rakyat. Setakat majoriti 1,725 ini apakah benar menunjukkan slogan ‘1MALAYSIA’ serta kepimpinan Najib sebagai PM telah benar-benar di terima oleh rakyat negara ini?

Kemampuan KEADILAN memperolehi undi yang besar dengan pelbagai isu, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap calon KEADILAN Dato Zaid Ibrahim seperti isu ‘arak’, ‘judi’, ‘calon orang luar Hulu Selangor’ dan sebagainya, undi yang diperolehi sebanyak 23,272 oleh Zaid didalam pilihanraya kecil ini adalah merupakan kemenangan moral yang pasti memberi impak yang maksima buat Zaid untuk menang dipilihanraya umum yang ke 13 nanti di Hulu Selangor.

Percayalah, kekalahan Zaid di pilihanraya kecil Hulu Selangor ini adalah hampir sama dan mirip kepada kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007. Kalau kita ingat kembali bagaimana Khalid yang kalah di sekitar undi 1000 lebih ketika itu tetapi akhirnya menang semula dengan majoriti yang cukup besar di pilihanraya umum ke 12 2008 lalu.

Hulu Selangor Buktikan BN Sudah Tidak Ada Harapan

Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.

Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.

"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.

Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.

"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.

Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.



Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan

Majoriti Tipis, Menang BN Tak Berbaloi

Kemenangan tipis Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam tidak berbaloi dengan wang yang dihabiskan ratusan juta ringgit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN sekurang-kurangnya menghabiskan RM65,000 untuk setiap 1,725 majoriti yang dimenangi mereka.

Apatah lagi seluruh jentera kerajaan digunakan BN termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun hasil yang diperolehi langsung tidak memadai.

“Lebih dari RM100 juta dihabiskan oleh BN untuk memenangi majoriti tipis di Hulu Selangor: iaitu sebanyak RM65, 000 untuk setiap orang.

“Puluhan menteri berkempen setiap hari, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekali lagi melanggar etika tanggungjawab mereka untuk memastikan pilihanraya adil, dan polis melakukan dooble standard kepada penyokong PR malah ada laporan bahawa mereka menghalang beberapa pengundi melaksanakan tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Jumlah majoriti tipis itu kata Anwar, menunjukkan BN tidak pernah belajar dari pilihan raya umum Mac 2008 lalu di mana rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa.

“Ini bermakna bahawa Barisan Nasional tidak belajar apa-apa sejak pilihanraya umum pada Mac 2008. Pembunuhan karakter, perkauman, rasuah dan keganasan digunakan untuk membantu mereka memenangi pilihanraya kecil. Tapi rakyat tidak akan tertipu,” katanya.

Pakatan Rakyat jelasnya tidak pernah putus semangat berdepan dengan segala penyalahgunaan kuasa BN sepanjang pilihan raya.

Malah katanya akan terus berusaha memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan tanah-tanah Rancangan Felda.

“Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor. Kita banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai,” katanya.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh jentera Pakatan khususnya dari PAS dan DAP yang memberikan sokongan padu kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya berterima kasih kepada petugas dari Pakatan Rakyat termasuk rakan-rakan kita dari DAP dan PAS yang menyokong calon PKR di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

“Puluhan ribu penyokong PR bergabung dengan kami untuk untuk membuktikan setiap rakyat mempunyai hak untuk keamanan, keadilan, dan kemakmuran.

“Saya bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah dipaparkan. Komitmen anda untuk mengubah kepada yang lebih baik,” katanya.



Oleh Hazayani Zakaria

Ahad, 25 April 2010

Rasuah Menang di Hulu Selangor!

Saya terima kekalahan pilihanraya kali ini dengan hati terbuka..

Tahniah rasuah, andalah juara sebenar mewakili lahanatullah...

untung jadi orang felda... dapat la sorang seribu... korang tunggu la lagi 49 PRK untuk dapatkan balance 49ribu tu... berapa lama sangat boleh tahan ringgit yang seribu tu?

doa2 la felda lain pun akan dikurniakan by-election.. atau buy-election....

Tahniah BN... Tahniah UMNO...

Tapi Ingat Perjuangan Kami Belum Berakhir...

Menagih Kemenangan Yang Dijanjikan

Assalamualaikum warahmatullah...

Firman: Allah s.w.t.
Dan menjadi kewajiban Kami menolong orang-orang yang beriman.” (ar-Rum: 47)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menjanjikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman atas musuh-musuhnya. Sebuah janji yang pasti akan didatangkan kepada kita semua, orang-orang yang beriman.

Allah s.w.t. telah menolong Rasul-Nya pada perang Badar, Perang Ahzaab, dan peperangan-peperangan yang lain yang pernah beliau lakukan. Demikian pula, Allah telah menolong para sahabat Rasulullah s.a.w. sepeninggalan beliau dalam menghadapi musuh-musuh mereka, sehinggalah Islam tersebar luas ke segenap lapisan dan pelusuk dunia.

Kaum muslimin akan selalu mendapat pertolongan Allah walaupun banyak mengalami tragedi dan musibah. Memang, kesudahan yang baik pasti akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman iaitu mereka yang benar-benar teguh dalam memegang keimanan dan ketauhidan dalam setiap ibadahnya, doanya, dan setiap apa jua perkara di dalam perjalanan hidupnya.

Al-Quran mengisahkan bagaimana keadaan kaum muslimin pada saat Perang Badar. Jumlah mereka sedikit, dan kelengkapan perang mereka juga berada pada tahap minima. Namun, mereka selalu yakin kepada Allah, sehingga mereka pun berdoa kepada Allah agar memberi mereka kemenangan. Firman Allah swt:

“(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.” (al-Anfal: 9)



Allah memperkenankan permohonan mereka, iaitu dengan menurunkan malaikat untuk berperang bersama mereka. Para malaikat itu ikut memenggal kepala orang-orang kafir dan memancung jari-jemari mereka. Di mana Allah menerangkan lagi di dalam firmannya:

(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (al-anfal: 9)



Akhirnya kemenangan pun berpihak kepada orang-orang yang beriman.

Firman Allah swt:
Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ali Imran: 123)



Dan doa Rasulullah s.a.w. ketika Perang Badar adalah (maksudnya):

“Ya Allah, seandainya Engkau hancurkan kelompok-kelompok orang-orang Islam ini, nescaya tidak ada yang menyembah Engkau lagi di bumi ini.” (Hadis Riwayat Muslim)



Akan tetapi, kita menyaksikan pemandangan di beberapa negara Islam, bagaimana kaum muslimin tidak mampu mengalahkan musuh-mush mereka. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah puncanya sehingga umat Islam menjadi sedemikian lemah sekali? Apakah kerana Allah mengingkari janjinya?

Sudah tentu tidak!!! Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya...

Namun sebaliknya, kitalah yang perlu bertanya kepada diri kita sendiri, “Apakah kita telah melakukan selaras kehendak Allah bagi mendapatkan janji Allah itu?”

Sebenarnya, pada kesempatan yang ada ini kita perlu bertanya kepada para pejuang “berlabel Islam” kita... sudahkah mereka memenuhi prasyarat-prasyarat di mana agar pertolongan dan janji Allah itu turun.

Di antara prasyarat-prasyarat itu adalah:

1 – Mereka perlu mempersiapkan diri dengan bekal keimanan dan ketauhidan yang sebenar dan sahih. Dan itulah sebenarnya bekalan yang digunakan oleh para salafus-soleh di zaman Rasulullah s.a.w. sudahkah bekalan ini, mereka persiapkan?

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar: 3)



2 – Mereka harus melakukan usaha-usaha yang gigih untuk menggapai kemenangan yang mereka harapkan, sebagaimana diperintahkan oleh Allah dalam firman-Nya:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal: 60)



3 – Mereka perlu sentiasa berdoa dan memohon kemenangan kepada Allah semata-mata, selama perjuangan berlangsung (tidak berputus asa). Dan tidak memohon pertolongan selain dari kepada Allah s.w.t. Mereka perlu mencontohi Rasulullah s.a.w. di dalam berdoa di mana Rasulullah hanya menujukan doanya itu kepada Allah semata-mata. Firman Allah swt:

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? dan mereka menakutkanmu (Wahai Muhammad) Dengan Yang mereka sembah Yang lain dari Allah. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya. (az-Zumar: 36)



4 – Mereka mesti bersatu padu, saling mengasihi dan mencintai di antara satu sama lain, serta meletakkan semangat yang kukuh di dalam dada-dada mereka. Di bawah petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. (al-Anfal: 46)



Sudahkah wahai sahabat dan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam melakukan hal-hal asas seperti yang demikian itu?

Ketika umat Islam tidak mahu mempedulikan lagi ke-sahihahan aqidah mereka, mengabaikan perintah-perintah agama mereka, meninggalkan kepentingan ilmu pengetahuan (baik dalam hal agama mahupun ilmu-ilmu lain yang bermanfaat), dan meninggalkan petunjuk Rasulullah (melalui hadis-hadis yang sahih), mengabaikan petunjuk al-Quran, maka... mereka pun akan diabaikan oleh Allah dari mendapat pertolongan yang dijanjikan, sehinggalah mereka benar-benar komited dalam tindakan mereka. Apakah kalian masih tidur...

Ingatlah janji Allah:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)



Berkata Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan, di dalam kata pengantar kitab Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql tentang ayat di atas (an-Nuur: 55) sebagai berikut:

Sebagaimana yang telah diisyaratkan (oleh Allah s.w.t.), tidak akan tercapai, kecuali setelah memperbaiki aqidah mereka dengan beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya. Dan mereka berkeinginan untuk mendahulukan adanya Daulah Islamiyah sebelum membersihkan negara dari aqidah-aqidah berhala, seperti penyembahan orang mati dan kebergantungan terhadap kuburan (serta masih bersama memenangkan aqidah selain daripada aqidah ahlus sunnah (syi’ah, muktazilah, khawarij, sufi, dll.) – tambahan penulis). Padahal hal tersebut tidak jauh berbeza dengan penyembahan terhadap Latta, Uzza, dan Manaat dan yang lainnya. Bahkan lebih dari itu, mereka mencari sesuatu yang lain yang mustahil adanya.

“Barangsiapa mencari kemuliaan, tanpa ada usaha yang keras, maka telah hilanglah usia akibat mencari kemustahilan” (Rujuk; Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, karangan sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly)

Di dalam tafsir al-‘azim, oleh al-Hafidz Ibnu Katheer, diterangkan bagaimana dakwah nabi yang bermula dengan dakwah tauhid yang mana ummat berada dalam kesengsaraan pada awalnya (penindasan puak kafir), akhirnya berjaya mendidik ummat pada masa itu (para sahabat – pembinaan generasi salafus soleh) sehingga mampu menguasai (menang) ke atas Mekah, Khaybar, Bahrayn, dan seluruh wilayah semenanjung Arab dan Yamen; dan mereka berupaya mengambil Jizyah daripada Zoroastrians di Hajar dan daripada beberapa wilayah di sempadan Syria; dan seterusnya berjaya mengadakan hubungan (menundukkan) wilayah yang lain seperti Byzantium, Mesir, dan lain-lain... dan kegemilangan pemerintahan ini berterusan sehinggalah ke zaman khalifah yang seterusnya... (Rujukan: surah an-Nuur: 51-55, Tafsir Ibn Kathir, english Edition, Terbitan Darussalam)

5 – Binalah aqidah yang benar dan bersihkanlah segala bentuk kesyirikan, kekufuran, dan penyelewengan aqidah dengan sebenar-benarnya, dengan:

- Tidak berjuang bersama-sama orang-orang (yang jelas) yang menentang Allah s.w.t. dan tidak berkompromi dengan kaum yang menyelisihi Allah dan Rasul-Nya. (rujuk 59: 14 & 16)

- Mendahulukan dakwah aqidah (sebagai keutamaan), bukan dakyah politik kepartian. (rujuk 23: 52-53)

- Bersatu dengan berpegang kepada sunnah Rasul-Nya walaupun sehingga terpaksa menggigitnya dengan geraham-geraham. (al-hadis – Sahih: imam az-Zhahabi)

- Tidak mengambil jalan dakwah yang terang-terang menyimpang dari jalan yang dibawa Rasulullah s.a.w. (20: 123, 3: 103)

- Menyeru ummat kepada aqidah yang sahih dan bukan kepada Daulah Islamiyyah tanpa asas aqidah. (16: 36, 7: 59, 65, 73, 85)

- Tidak banyak tanya (dalih) kepada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. (24: 51)

- Menjaga adab sebagai pejuang dan pendakwah Islam. (3: 159)

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (an-Nuur: 51)

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (an-Nuur: 52)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujuraat: 1)



Perjuangan “berlabel Islam” yang disertakan kesyirikan di dalamnya dengan meninggalkan (mengabaikan) petunjuk yang sedia ada (Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya), percayalah... ia pasti gagal, dan hanya menambahkan lebih banyak penyimpangan...

Rujukan:



- al-Firqatun Najiyah, Sheikh Muhammad bin Jamal Zainu.
- Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, Sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly.
- At-Tauhid Lish-shaffil Awwal al-‘Aliy, Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.
- Meluruskan Kesalahfahaman Dakwah Salafiyah, Sheikh Nashiruddin al-Albani.
- Tafsir Ibn Kathir, english Edition, Terbitan Darussalam.



Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Sabtu, 24 April 2010

Katak Revolusi !

Salam Reformasi,

Bermacam jenis serangan peribadi dilemparkan terhadap calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Antaranya adalah beliau dituduh sebagai kaki tonggang arak, dan tidak kurang juga yang membandingkan Zaid dengan katak-katak pasca Feb 2009.

Katak yang melompat demi mendapatkan tempat yang lebih baik untuk memanggil hujan, untuk mendapatkan tempat yang lebih popular, untuk melompat kerana projek ali-baba melalui syarikat dua ringgitnya tidak mendapat laluan, adalah katak-katak yang busuk dan menjijikkan. Begitu juga dengan katak yang melompat kerana tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kecil, katak yang melompat demi menyelesaikan masalah peribadi dan juga bakal katak yang melompat kerana tawaran jawatan menteri penuh mahupun menteri besar.

Saya setuju sekiranya Zaid Ibrahim diambil kira sebagai seorang katak yang melompat, dari UMNO kepada PKR, dari BN kepada PR, dari lembah kekufuran kepada menghidupkan revolusi perjuangan. Untuk itu, Zaid dikira sebagai katak yang melompat. Berbanding dengan lompatan padu demi tawaran berjuta-juta yang berlaku hingga runtuhnya kerajaan Perak melalui coup detat, terdapat perbezaan di antara lompatan Zaid Ibrahim dan gerombolan katak yang diketuai Ibrahim Ali.

Ketika itu, Zaid Ibrahim masih seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau memegang portfolio untuk satu kementerian yang digabungkan ke dalam JPM iaitu Kementerian Undang-Undang. Portfolio tersebut dipegang oleh beliau sebagai seorang menteri penuh iaitu sama tarafnya dengan Menteri di JPM yang lain seperti Nazri Aziz si penyangak teksi. Sebagai Menteri Undang-Undang, sudah pasti Zaid bukanlah calang-calang orang kerana portfolio ini amat menitik-beratkan keadilan sejagat.

Apabila Zaid Ibrahim melihat ketidak-adilan berlaku dalam kementerian yang mengutamakan keadilan, yakni melihat kementeriannya sendiri dicemari, apabila undang-undang itu diperuntukkan mengikut tafsiran yang menguatkan cengkaman pemerintahan kuku-besi, maka beliau menyunsung arus meninggalkan binatang-binatang yang mengagungkan undang-undang rimba. Zaid Ibrahim meninggalkan jawatan menteri penuh demi untuk bersama rakyat bagi menentang sebarang bentuk kezaliman. Dari seorang menteri penuh, kini menjadi rakyat biasa kerana ulitan wang, kebendaan dan jawatan tidak mempengaruhi beliau untuk membenarkan kepincangan terus berlaku dalam definasi keadilan.

Arakian transformasi Zaid Ibrahim daripada UMNO kepada PKR, mereka yang fakap itu mendakwa ia satu lompatan sang katak. Lazimnya berbeza kali ini, katak yang berjuang menentang ketidak-adilan seharusnya disanjung. Sepertimana tawaran DSAI untuk menumbangkan kerajaan pusat pada tanggal 16September. Lompatan 916 sekiranya berlaku adalah lompatan yang mulia, demi rakyat, bangsa dan agama yang selama ini ditindas secara perlahan tatkala menekan oleh kerajaan pemerintah!

Kini seharusnya rakyat bersatu lebih erat menentang Barisan Nasional yang kini ditelanjangkan oleh Anwar Ibrahim melalui pertalian Kerajaan 1Malaysia dengan APCO oneIsrael. Lihatlah klip-klip usul perbahasan di parlimen yang mencerminkan betapa kerajaan dengan panik dan tergopoh-gapah merujuk Anwar kepada jawatankuasa parlimen atas kesalahan mengelirukan Dewan Parlimen. Sedangkan menteri yang sepatutnya memberi penjelasan tidak pernah sama sekali menjawab persoalan APCO-Israel secara terus.

Bahkan, Ahli parlimen BN yang lain juga bagaikan kaku tidak melawan walaupun whip Azmin Ali dalam sesi perbahasannya dengan jelas mengatakan UMNO menyokong Israel melalui APCO dan mendedahkan keselamatan kedaulatan negara kepada agen Israel. Sudahlah menteri yang terbabit tidak muncul untuk menjawab persoalan, Ahli Parlimen BN yang lain juga tidak mampu menangkis malah tidak bangkit mempertahankan UMNO apabila parti itu dituduh sebagai sekutu yahudi melalui APCO!

Sepertimana yang kita sedia maklum, yahudi dan Israel adalah satu perkara yang sangat sensitif apabila dikaitkan dengan satu-satu individu mahupun badan pertubuhan. Kebisuan ahli parlimen UMNO ini menunjukkan mereka umpama tidak mampu menentang arus kezaliman kerana sayangkan jawatan dan kedudukkan. Tidak seperti Zaid Ibrahim yang mempunyai kekuatan dan pedoman untuk meninggalkan UMNO.

Oleh demikian, marilah kita sama-sama memastikan kemenangan Zaid Ibrahim si katak revolusi demi memberi tekanan kepada kerajaan yang telah dikenalpasti sebagai anasir yahudi. Dalam sejarah, seorang pemimpin revolusi terkenal juga telah meninggalkan keempukkan kerusi menteri demi menyebarkan fahaman sosialisnya di hutan belantara. Zaid Ibrahim juga meninggalkan keempukkan kerusi tersebut, bagi menetang kezaliman sejagat.

RE-FOR-MA-SI !!
TAKBIR!!!





Revolusi perjuangan tidak akan berakhir, dan ia benar-benar bermula ketika jatuhnya sebuah kerajaan zalim!

Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang” keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.

“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang” kata Said.

“Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil” tambah beliau lagi.

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.

“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu

“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

“Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.

Hulu Selangor: Pesanan Terakhir..!!

"Kepada semua pemilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.Ingat pesanan ini:
Walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel.

Kalau anda cintai agama dan sayangi negara, umno dan Barisan Nasional wajib dihancurkan...!!! Mereka adalah agent Yahudi yang nyata...!!

Kalau Yahudi Israel zalim terhadap umat Islam Palestin, Umno/BN terutama presidennya lebih kejam dan zalim daripada Zionis harami..


Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Lihatlah betapa zalimnya seorang perdana menteri sunggup membuat ugutan terhadap rakyatnya sendiri..? Apakah sekiranya rakyat tidak menyokongnya maka berbillion wang rakyat itu akan disonglapkan untuk agihan para kroni mereka..??

Wahai pengundi Hulu Selangor, saya ulangi pesanan... walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!!


HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.

Umno/BN takut poster gergasi Teoh Beng Hock

Takut ‘mood’ pengundi Cina pergi kepada Pakatan Rakyat, beberapa pemuda yang mendakwa diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan untuk menurunkan sehelai kain rentang gergasi mendiang Teoh Beng Hock di Kuala Kubu Baru menuju Batang Kali.Sejurus kain rentang tersebut diturunkan, Lee Kai Loon, Ketua Penerangan AMK meminta kumpulan terbabit menjelaskan atas arahan siapa gambar gergasi mendiang Beng Hock tersebut diturunkan.

Mewakili kumpulan terbabit, Saiful Rizza berkata, beliau mendapat arahan rasmi daripada Pegawai Daerah (DO) Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk menurunkan gambar gergasi tersebut.

Namun, beliau gagal memberikan nombor telefon Nor Hisham tersebut apabila segelintir orang tempatan berbangsa Cina mendesak beliau untuk bercakap sendiri dengan pegawai daerah tersebut.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut dilihat berkali-kali menafikan bahawa kumpulannya itu sebenarnya membantu secara tidak langsung jentera Umno/BN di Hulu Selangor.

Suasana tiba-tiba menjadi kecoh apabila rakan-rakan Saiful bertindak mahu merampas kain rentang gergasi yang sedang dilipat oleh beberapa penduduk tempatan terbabit.

Melihat kejadian itu, Kai Loon sekali lagi tampil mempersoal kewajaran mereka menurunkan gambar Beng Hock.

“Mengapa takut dengan gambar Beng Hock? Kawan saya ini sudah mati dibunuh.

Kenapa perlu takut dengannya? ” beliau bertanya sambil diperhati oleh Tuan Wai, pegawai polis.

Menurut Saiful, kain rentang tersebut berunsur provokasi serta tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, iaitu Datuk Zaid Ibrahim (Pakatan Rakyat) dan P. Kamalanathan (MIC).

Dakwa Kai Loon lagi, alasan yang diberikan Reza itu adalah tidak munasabah kerana gambar mendiang Beng Hock hanya satu saja di situ.

Sedangkan, menurut Kai Loon, gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh didapati di sepanjang jalan di Parlimen Hulu Selangor, walaupun kedua-dua pemimpin BN tersebut bukanlah calon di P.094.

Tambah Kai Loon lagi, gambar gergasi itu dinaikkan oleh orang tempatan yang mungkin tidak berpuas hati dengan inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis sendiri ketika menyiasat kes kematian misteri mendiang Teoh sebelum ini.

Mendengar hujah Kai Loon, Saiful bersama empat pegawai yang lain membatalkan niat untuk merampas kain rentang gergasi tersebut.

Mereka kemudiannya meninggalkan tempat kejadian tanpa membuktikan bahawa tindakan mereka menurunkan kain rentang tersebut adalah atas arahan rasmi pegawai daerah.

Seorang warga emas, Yap Ah Peng, 56, yang sejak dari awal menghalang kumpulan terbabit menurunkan gambar gergasi mendiang Teoh memberitahu Harakahdaily bahawa beliau telahpun menasihat kumpulan terbabit supaya tidak menurunkan gambar gergasi Teoh.

“Ini orang Cina punya agama, kalau satu orang sudah mati, dia punya semangat tidak boleh dikenang.

“Maka, orang awam tidak boleh ganggu ganggi (gambar) dia sebab itu kita sudah memberi amaran kepada dia supaya jangan turun gambar kita naikkan,” ujarnya.

Seorang penduduk tempatan, Ah Sang yang lain pula memberitahu Harakahdaily bahawa tulisan Cina pada gambar gergasi Beng Hock tersebut bukanlah berunsur provokasi.

“Tulisan itu adalah ‘Berilah keadilan kepada Teoh Beng Hock’ dan ‘Siapa dia pembunuh sebenar mendiang Teoh’,” ujarnya.

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin dalam suatu kenyataan media yang lain turut bersetuju dengan beberapa pertikaian oleh penduduk terbabit.

“Gambar ini bukan PKR yang naikkan, bukan BN yang naikkan, kalau selepas ini rakyat nak naikkan gambar (mendiang) Altantuya (sebagai) mesej protes pada pihak tertentu sekalipun, baik SPR, BN dan Pakatan Rakyat tidak boleh halang. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kali ini, ia mungkin protes pihak tertentu saja,” jelas beliau.

Jumaat, 23 April 2010

‘Pilihan raya kecil paling teruk, kotor dan korup’

Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menganggap pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad ini sebagai “paling teruk, kotor dan korup” selain membabitkan politik wang luar biasa di pihak Barisan Nasional (BN).

“Perkara membeli undi ini bukan pertama kali, cuma kali ini jumlahnya agak luar biasa yang ditawarkan BN kepada pengundi.

“Kalau wang menjadi penentu keputusan, saya rasa BN akan menang 222 kerusi.

“Sepanjang terlibat dalam politik saya lihat ini pilihan raya yang paling teruk, paling, paling kotor dan paling agresif yang dilakukan BN bagi memperoleh kemenangan,” katanya ketika sidang media di pusat media PKR, Kuala Kubu Baru pagi tadi.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu percaya walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya ia akan dapat diatasi.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencabar calon BN, P. Kamalanathan untuk berdebat dengan calon Zaid di bawah tajuk “Isu Keselamatan Negara” esok.

Zuraida berkata debat tersebut akan dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia dan Jemaah Islam Malaysia di Padang Awam Hulu Bernam pada pukul 8.30 malam.

“Saya cabar Kamalanathan untuk hadir. Jika Kamalanathan seorang calon yang berkeyakinan dia perlu tampil untuk menunjukkan kewibawaannya dalam mengetengahkan isu keselamatan negara,” katanya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beberapa ahli panel akan turut serta pada majlis debat berkenaan termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Zaid berkata beliau sedia berdebat dengan sesiapa sahaja bagi termasuk pemimpin-pemimpin Umno seperti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Oleh Syed Mu’az Syed Putra