Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

“…jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita,” katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia.”Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak,” katanya.

Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Fuhh..Jalur Gemilang Bakal Mewarnai Litar F1!!


Jalur Gemilang bakal mewarnai litar F1. Adakah anda tidak bangga ?


Jalur Gemilang menghiasi kereta lumba terlaju di dunia. Adakah anda tidak berasa bangga ?


Malangnya, inilah realiti sebenar kereta pasukan 'Lotus F1 Racing Team' (di manakah nama 1Malaysia/)


Inilah lambang pasukan F1 1Malaysia (macam lambang PAS ?)


Bagus hang Najib, hang sembang satu Malaysia...


UNDILAH BARISAN NASIONAL !!
F1 Di Dahulukan, Kroni Di Utamakan


dari blog:edyesdotcom

Sepakat desak, gugurkan pendakwaan Anwar

Kesan daripada perjalanan perbicaraan pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah muncul suara sepakat mendesak pendakwaan itu digugurkan. Siri perbicaraan itu sebenarnya telah membongkar nilai kehakiman yang bermotif politik dan tersasarkan daripada lunas keadilan sejagat.

Setelah Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu membuat keputusan muktamad menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan semua dokumen penting pendakwaan ke atasnya membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, maka beberapa urutan perbicaraan mahkamah telah diteruskan. Sehinggalah berlaku pula permohonannya untuk menggugurkan tuduhan Mohd Saiful ke atas Anwar di Mahkamah Rayuan. Sebelumnya, pihak Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menolak permohonan Anwar.

Setakat ini mahkamah telah tidak melayan permohonan Anwar atas tiga isu penting: minta mendapatkan akses dokumen pertuduhan ke atasnya, minta supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya, dan permohonan digugurkan pertuduhan ke atasnya. Sehubungan itu, permohonannya supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya yang difailkan pada 8 Februari akan didengar pada 25 Mac nanti. Anwar juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari yang telah menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan terhadapnya. Sementara tarikh perbicaraan rayuan itu belum ditetapkan.

Sepakat

Ekoran daripada itu, berlakulah beberapa desakan demi desakan beberapa pihak agar kerajaan dapat menggugurkan pertuduhan kali kedua yang tidak munasabah ke atas Anwar itu. Senarai pihak yang mendesak itu antaranya ialah ahli parlimen Australia, presiden PAS, menteri besar Kelantan, ahli senat Amerika Syarikat, bekas perdana menteri Kanada, penasihat seumur hidup DAP dan ulama dunia terkenal.

Ahli parlimen

Antara yang awal adalah 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.Surat itu berbunyi antara lainnya, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.

Ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.

Ahli senat

Ia kemudian disusuli kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.

Menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak peroleh selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia."

Bekas perdana menteri

Kemudian, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin dalam The Globe and Mail turut mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar.

Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan.

Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya.”

Presiden PAS

Sehubungan dengan kritikan pihak luar terhadap perbicaraan Anwar berkaitan tuduhan Mohd Saiful itu, terutamanya oleh pihak 50 ahli parlimen Australia, maka bagi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melihat sebagai ketempangan sistem kehakiman negara sehingga pihak luar mempersoalkan tuduhan dan pendakwaan ke atas Anwar.

Maka Presiden PAS memakai pertimbangan rasional dengan maksud, sekiranya kehakiman itu menepati nilai keadilan sebenar tidak mungkin pihak luar akan menegur amalan sistem keadilan di Malaysia.

Dua era kezaliman

Justeru itu, memahami konteks maklum balas tersebut, Anwar semacam berdepan dengan dua era kezaliman ke atasnya. Apabila dinilai kepada kehakiman yang pernah dilalui ketika era Dr. Mahathir kerana dituduh dengan pertuduhan yang sama seperti sekarang, pada akhirnya Anwar telah dibebaskan. Maka, pertuduhan ketika itu adalah sengaja dibuat dengan kerana motif politik.

Kini era Mohd Najib, tidak mustahil pertuduhan ke atas Anwar diulangi lagi. Memetik kata-kata John Kerry, tuduhan ke atas Anwar itu bermotifkan politik itu, maka wajarlah ia digugurkan.

Bersama meragui

Langsung, motif sebenar ahli parlimen Australia, John Kerry dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah manifestasi fakta yang secara bersama meragui realiti keadilan dalam kehakiman di Malaysia. Betapa, seluruh pihak di dunia dapat melayari kenangan apabila undang-undang jakun seperti Akta Keselamatan Negeri yang menangkap dan menahan ‘mangsa’ tanpa bicara adalah masih utuh dipakai sehingga ke hari ini.

Ditambah lagi dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak yang membelakangkan semangat perlembagaan dan suara demokrasi rakyat. Dikemaskan lagi dengan amalan fahaman jakun yang menepikan perjanjian tatkala menolak pembayaran lima peratus “cash payment” (royalti) hasil minyak di Terengganu dan Kelantan.

Selain daripada, banyak cerita yang masyhur mengenai kes-kes kehakiman yang tertangguh dan pendakwaan terpilih atas salah laku jenayah yang melibatkan individu berprofil VIP. Di samping turut tersebar banyak fitnah bahawa berlaku ‘campur tangan politik’ di dalam proses kehakiman di negara ini.

Menteri besar

Di atas nilai yang sedemikian, Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut tidak bersetuju dengan sistem kehakiman di negara ini yang dianggap tidak dapat mencerminkan keadilan sebenar apabila melayan tuduhan yang tidak masuk akal ke atas Anwar yang dibicarakan secara terbuka sehingga membuka aib orang kepada umum.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menegaskan, “apabila orang Australia pun turut sama membuat bantahan, ini bermakna mereka pun terasa dakwaan itu adalah karut.”

Penasihat seumur hidup

Menarik lagi, apabila ‘orang lama’ yang juga penasihat seumur hidup DAP, Dr. Chan Man Hin seperti mana dilaporkan Harakah turut menuntut agar pihak kerajaan menggugurkan segera dakwaan ke atas Anwar.

Baginya, kesan perbicaraan ke atas Anwar akan menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi negara berikutan pihak dunia luar akan mengenakan sekatan ke atas Malaysia seperti mana berlaku di Myanmar, apabila negara itu menahan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi.

Anwar boleh menjadi seorang lagi Aung San Suu Kyi kerana Anwar dilihat ancaman kepada Najib.”

Pandangan Dr. Chan itu dilihat menjurus kepada perspektif global yang turut mendedahkan wujudnya kesedaran komuniti antarabangsa tentang hakikat pendakwaan ke atas Anwar itu sebagai tindakan mengelakkan Anwar menjadi pencabar Najib sebagai Perdana Menteri.

Ulama dunia terkenal

Turut menggegarkan pelaksanaan kehakiman Malaysia dalam konteks pendakwaan ke atas Anwar ialah ulama dunia terkenal, Tokoh Maal Hijrah Malaysia bagi tahun 1431 Hijri, Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi.

Pihak Syeikh Dr. Yusof menggesa kerajaan menimbang untuk menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar kerana ia akan menjejaskan nama baik Malaysia di kalangan dunia Islam. Apatah lagi, pendakwaan itu dibuat dengan penuh keraguan, dan sekiranya wujud keperluan pendakwaan itu, ia hendaklah dilakukan di mahkamah syariah bukannnya mahkamah sivil.

Sewajarnya, kehakiman negara ini dapat memberi keadilan kepada Anwar yang berdepan dengan pendakwaan itu.

Serius

Apa pun, pihak kerajaan hendaklah memandang serius atas nilai-nilai keadilan dan ketelusan sistem kehakiman di negara ini. Atas pendakwaan melibatkan Anwar ini terbukti telah wujud suara pemimpin utama dari dalam dan luar negara yang menggesa supaya ia digugurkan.

Bermula dengan desakan pemimpin luar (ahli parlimen Australia, ahli senat Amerika Syarikat dan bekas Perdana Menteri Kanada serta Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi) dan pemimpin dalam negeri (Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr. Chan Man Hin) menjadikan kes pendakwaan ke atas Anwar kali kedua ini sebagai fokus antarabangsa.

Sehubungan itu, atas nilai kesejagatan keadilan, Anwar sewajarnya menerima pengadilan yang telus dan adil serta berteraskan syariah. Di sini relevan dan rasionalnya gesaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, dan Dr. Yusof al-Qaradhawi. Maka, ia harus diambil kira demi menyelamatkan maruah negara daripada amalan kehakiman yang rakus dan di luar konteks keadilan.

Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa adalah Maha Adil kepada sekalian hamba-Nya.


Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

UMNO Lancar Serangan Peribadi Terhadap Pemimpin-pemimpin PR

Semakin berkaliber seseorang pemimpin Pakatan Rakyat, semakin dahsyat serangan peribadi digunakan terhadap mereka.

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, tokoh ulama tempatan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak terlepas dari bidikan fitnah dan tohmahan palsu.

Malah, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kebelakangan ini turut menjadi mangsa serangan peribadi media arus perdana.

Bercakap soal itu, Anwar menganggap Umno BN bermain politik adu domba apabila parti itu sengaja memutar belit sesuatu isu sensitif bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Politik di bawah Umno politik adu domba. Hari itu di Pulau Pinang kemudian sekarang diulang lagi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dituduh sebagai Ketua Cina yang anti-Melayu.

"Ramai bertanya kepada saya mengapa sokong Cina sebagai Ketua Menteri, saya jawap dulu pun Cina Ketua Menteri, Koh Tsu Koon Cina bukan Ahmad Sukun (Tsu Koon),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar secara konsisten sedari dulu memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng biarpun Umno BN tidak pernah ketandusan ilham untuk cuba memecah belah perpaduan parti gabungan Pakatan Rakyat.

“Dengan itu, saya mewakili PR dan Keadilan akan sentiasa bersama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini.

Anwar juga menyifatkan serangan peribadi terhadap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah bukan sahaja tidak berasas, malah sebagai taktik psikologi untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Saya punya isteri Azizah cantik pun, dia mahu serang juga. Mereka kata Azizah tidak mahu sokong saya, mana tahu Azizah sokong saya atau tidak? Ini Utusan Malaysia memang jahat,” katanya.

Anwar juga hairan kerana Umno BN tergamak memfitnah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, kononnya mereka terlibat dalam rasuah, sedangkan umum mengetahui kedua-dua tokoh itu tidak mengambil sesen pun wang rakyat.

“Khalid pimpin Selangor, Lim Guan Eng pimpin Pulau Pinang, Tuan Guru Nik Aziz, 20 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, pakai baju pun tidak secantik saya. Tidak pernah ambil balak, tiada saham, tiada kontrak dan mereka hendak dakwa beliau atas rasuah?

“Pemimpin Umno yang mengambil banyak wang negara tetapi mereka terlepas dari hukuman undang-undang. Sebab itu, kita mesti melawan mereka, tukar sistem pentadbiran dan ambil alih Putrajaya,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini. -TVS

Hubungan kaum makin erat di era Pakatan

Hubungan di antara masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama semakin erat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina.

Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Ampang, malam tadi cukup menggambarkan sokongan masyarakat pelbagai kaum khususnya kaum Tionghhua kepada Pakatan Rakyat tidak luntur dan semakin utuh.

Mereka memenuhi Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di sini bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dun Chempaka, Jawatankuasa Penduduk Kampung, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor dan PAS Kawasan Pandan.
Menurut seorang penduduk yang ditemui, program tersebut merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan semenjak tahun 1974 dan beliau merasa sangat gembira.

Bermula pada jam 8.00 malam dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, antaranya Adun Chempaka, Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Li Shuok Jin ahli majlis zon 17 dan Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selepas itu, gimik perasmian sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa.

Kemudian, Iskandar Samad dan Li Shuok Jin diberi penghormatan membuka kain rentang yang bertulis bermaksud Harimau Garang Menghalau Kezaliman dan Sing Tiong Hwa menyambut Tahun Baru yang berharapan. (gambar atas)

Iskandar Samad dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa gembira dan terharu di atas sambutan yang sangat hebat oleh masyarakat Tionghua di sekitar situ.

Beliau juga berjanji, Pakatan Rakyat akan terus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Selepas ini kita akan memberi bermacam-macam lagi untuk rakyat, tapi sekiranya dapat tawan satu Malaysia kita akan beri 'the best' lagi untuk rakyat," katanya yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kalau kita berbeza tidak semestinya kita bergaduh, yang penting kita mesti erat perpaduan di antara kita,” tambahnya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang hadir agak lewat turut diberi peluang menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.


Katanya juga, rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza ideologi politik mesti saling faham memahami di antara satu sama lain.
Pemuda PAS pula mengedarkan risalah perutusan Tahun Baru Cina Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kepada semua masyarakat Cina di situ. (gambar)

Malam itu turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, persembahan daripada orkestra Cina, kompang, urami, sketsa dan persembahan nyanyian daripada Mr. Yau, Juara Karaoke Kampung Baru, Ampang pada tahun lepas.

Selain itu, Iskandar turut memberi angpau kepada kanak-kanak yang hadir.

Pertunjukan bunga api turut mewarnai program pada malam tersebut.

Akhir sekali, para jemputan dan semua yang hadir menyanyi dan bergambar beramai-ramai.

Sabtu, 27 Februari 2010

Biar Betoi..YB Zul Akan Masuk umNO/BN dan Ku Li Akan Masuk PKR/PR

Kau kesana aku kesitu.. adil kan.!!
Mungkinkah sehari dua lagi akan berlaku satu pertukaran Ahli Parlimen antara BN dan PR..

Adakah ini boleh diertikan dengan penukaran suka sama suka atau merujuk kembali sistem barter yg diamalkan dizaman dahulu kala..

Produk PR

Kita sudah maklum bahawa didalam PR khususnya PKR terdapat seorang MP yg begitu menyesakan dada serta menyempitkan ruang pernafasan PKR serta PR..dan MP itu tidak lain tidak bukan YB Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baharu...

Umum juga telah tahu bagaimana YB Zul ini berjaya menyesakan dada serta menyempitkan ruang pernafasan PKR dan segala keperitan yg dialami oleh PKR bakal diubati setelah kepulangan YB Zul dari Korea atasan urusan "misteri" yg memaksa untuk beliau hadiri

Maka dengan tindakan pemergian YB Zul ke Korea itu..PKR juga "terpaksa" "memaksa" Lembaga Displin PKR utk bersidang di awal mac ini dengan kewajiban YB Zul mesti turut serta setelah pulang dari Korea..

Dan ramai sudah meneka YB Zul bakal "dikeluarkan" dari padang politik PKR..namun sebelum tiupan wisel penamat yg ditiup oleh Lembaga Displin PKR..segala kemungkin boleh berlaku..samada "bebaskan" diri sendiri atau "dibebaskan" oleh PKR dengan bermaruah..

Produk BN

Isu royalti atau "cash payment" 5 % yg menjadi idaman Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja memeningkan Kerajaan Pusat pimpinan Najib Razak tetapi turut sama menyebabkan UMNO bagaikan diluah mati anak ditelan mati bapak..

Segalanya berpunca dari keinginan Ketua Pembangkang dan juga pimpinan PR yg merasakan perlunya penglibatan KU Li utk menduduki kerusi Pengerusi Kaukus Royalti Minyak Negeri Kelantan..

Kepantasan degup jantung UMNO yg sudah tua itu diluar dari kebiasaan dan boleh mengundang serangan sakit jantung apabila mendapat berita bahawa Ku Li amat suka sekali serta bersetuju utk bersama-sama memperjuangkan Royalti Minyak buat rakyat negeri Kelantan..

Belum pun sempat reda degupan jantung yg luar biasa itu...UMNO turut diserang strok yg hampir melumpuhkan separuh badanya apabila menyaksikan Ku Li dengan wajah yg begitu manis berada disisi Menteri Besar Kelantan di sebuah ceramah yg dihadiri puluhan ribu rakyat Kelantan di Stadium keramat Sultan Muhamad ke 4 di Kota Bharu..memperjelaskan "Hak Rakyat Kelantan terhadap Royalti Minyak"..

Setelah itu..apabila Ku Li menyaksikan bahawa UMNO semakin parah maka diubatinya dengan lafaz bahawa beliau (Ku Li) masih lagi ingin menyambung hayat UMNO dengan kenyataan "Aku Masih Setia Kepada Perjuangan UMNO"..

Akujanji yg dilafazkan oleh Ku Li itu rasanya sukar ditelan tanpa rasa pahit oleh UMNO dengan mudah..

Ini kerana Ku Li adalah pengasas Semangat46 yg kuat memperjuangankan perjuangan UMNO sebelum ianya diharamkan...dan UMNO yg wujud sekarang adalah UMNO Mahathir...

Rasanya Ku Li amat arif bab-bab perjuangan Umno dulu dan Umno sekarang..

Dan keyakinan bahawa Ku Li setia dengan perjuangan UMNO lama dan bukan perjuangan Umno sekarang peninggalan Mahathir kepada Najib..

Akhirkata

Dengan akujanji Ku Li yg setia kepada perjuangan Umno wajarkah kita membayangkan bahawa Ku Li akan membakar akujanji itu dengan menyertai PKR setelah PKR dan PR sekali lagi menyaksikan Anwar ke Sungai Buloh..

Atau kita akan menyaksikan pertukaran yg penting tercatat buat sejarah Malaysia apabila penukaran MP diantara BN dan PR..

Ini kerana jika berlakunya penukaran suka sama suka ini ...boleh menyebabkan semua pihak baik PR dan BN boleh tidur lena sehari dua malam...

Kedua-dua pihak akan mendapat peluru buat menembak kembali....PR boleh gunakan Ku Li utk menikam BN dan BN boleh menggunakan YB Zul utk merejam PR..adil bukan..

Rasanya jika andaian ini benar-benar terjadi ia bukan sahaja mencatatkan sejarah politik Malaysia malah ia turut juga menyaksikan kemusnahan Umno secara drastik setelah musnah separuh apabila Anwar dinyah dari BN dan juga Umno...dan PR langsung tidak ada kesan dengan pemergian YB Zul..

Beranikah Umno mengambil risiko ini dengan merelakan kepergian Ku Li ....sama-sama kita saksikan ...dah tak lama dah..

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini.

Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang tetapi ialah untuk menanamkan perasaan benci di kalangan pengundi melayu di negeri-negeri lain. Kerana umno sedar dengan demografi dan kerusi di Pulau Pinang sukar untuk mereka mengambil balik negeri tersebut, walaupun Umno sapu bersih di kawasan Melayu.

Dengan timbulnya isu perarakan maulid Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak golongan yang belajar agama dalam Umno untuk tampil memberikan hujah dan hukum berhubung isu perarakan maulidur Rasul dan bertafakur dihadapan tugu negara. Pada masa ini Umno sengaja menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam di negara ini dengan memainkan isu perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang, tanpa memberikan kefahaman kepada ahli mereka tentang hukum syiar berkenaan diadakan. Umno menjadikannya bahan politik dan menjaja di seluruh negara seolah-olah perarakan berkenaan adalah sesuatu yang wajib dan menjadi sunnah Rasulullah. Ramai kalangan ahli Umno yang tidak tahu sejarah sambutan Maulidur Rasul ini.

Di antara fakta sejarah mencatatkan bahawa sambutan ini mula diadakan secara rasmi oleh ipar kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi, iaitu Muzaffaruddin Gekburi, yang menjadi penguasa daerah di Irbil, Syria Utara. Sambutannya dibuat secara sederhana dengan majlis doa dan majlis selawat. Kemudian Sultan Salahuddin mengangkat sambutan ini keseluruh pelusuk Kerajaannya dengan niat untuk menyemarakkan syiar agama dan bukannya perayaan yang bersifat ritual semata-mata. Sultan Salahuddin juga mengunakan perayaan berkenaan untuk membangkitan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah dan memberikan semangat kepada tentera Islam yang dipimpinnya untuk menghadapi perang Salib ketika itu. Sambutan pertama diadakan oleh Sultan Salahuddin pada 1184 (580 H) dengan mengadakan pertandingan sayembara puisi khas untuk Rasulullah. Pertandingan ini dimenangi oleh Syekh Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang menulis puisi panjang bertajuk 'Iqd Al-Jawahir (ertinya kalung permata). Puisi inilah yang dibukukan dan dipanggil oleh orang-orang Melayu sebagai buku Barzanji yang diambil sempena nama penulisnya.

Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walaubagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini pernah mengharamkan majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul yang didalamnya wujud percampuran antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun Fatwa itu dilanggar dan hingga kini masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan terutamanya dalam sambutan diperingkat Kebangsaan dan Negeri. PAS bertegas agar umat Islam menunaikan perkara wajib iaitu mengikuti Sunnah Rasulullah dan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan hidup berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah.

Kita lihat sahaja, setiap kali ada sambutan dan perarakan, wang rakyat akan dihabiskan untuk menempah baju baru kepada peserta perarakan dan mengundang penyanyi-penyanyi untuk berhibur sedangkan tidak semua rakyat dapat hadir ke dalam majlis itu. Sebaiknya wang berkenaan digunakan untuk membantu fakir miskin yang masih wujud dinegara ini. Tidak mengapa jika perarakan tidak diadakan kerana boleh digantikan dengan program lain seperti kuliah, berzanji dan majlis-majlis lain yang melibatkan rakyat kebanyakkan diseluruh pelusuk Masjid dan surau dinegara ini.

PAS pelik kenapa Umno begitu bersungguh memainkan isu ini sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata dan teliga melihat Presiden mereka setiap tahun bertafakur di hadapan tugu negara yang sebelum ini difatwakan sebagai perbuatan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ke mana dokumen keputusan Majlis Fatwa itu disimpan. Kenapa ahli-ahli Umno tidak bangkit berdemo atau mengadakan bantahan bila pemimpin umno bertafakur di hadapan tugu negara setiap tahun.

PAS menghargai jasa anggota keselamatan negara, dan mahu jasa mereka itu dikenang dengan Kerajaan memperbanyakan bantuan kepada waris-waris mereka dan bukannya menghabiskan duit membeli bunga untuk dikalungkan pada patung tugu yang tidak bernyawa itu. PAS menyeru kepada ahli Umno supaya mendalami Islam dan bukannya mengambil Islam mengikut keperluan mereka dan membuang sebahagian hukum Islam untuk kepentingan politik mereka.


Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Setianya KU LI Dengan umNO.

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahmand, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.

Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.

Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.

Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat . Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti?

Hak Melayu Terhakis?

Benarkah hak Melayu dicabar dan terhakis? Hak yang mana? Oleh siapa dan bagaimana ia berlaku, jika ianya berlaku?

Atau adakah semua ini dongeng orang politik yang mahu memperalatkan orang Melayu untuk melanjutkan karier politik mereka? Ketuanan Melayu



FEB 26 — Isu yang sering diperkatakan, terutamanya, sejak Mac 2008 adalah hakisan dan cabaran terhadap “hak Melayu”. Cabaran serta hakisan terhadap “hak melayu” ini ditonjolkan sebagai datang daripada kumpulan bukan Melayu dan yang seangkatannya iaitu “Melayu liberal”.

Benarkah hak Melayu dicabar dan terhakis? Hak yang mana? Oleh siapa dan bagaimana ia berlaku, jika ianya berlaku?

Atau adakah semua ini dongeng orang politik yang mahu memperalatkan orang Melayu untuk melanjutkan karier politik mereka? Ketuanan Melayu

Konsep “ketuanan Melayu” hari ini sudah menjadi celaru dengan pelbagai takrif dan fahaman oleh pelbagai pihak. Pada amnya, yang dimaksudkan ialah dominasi orang Melayu di dalam medan politik.

Kalau dominasi orang Melayu dalam politik yang dimaksudkan sebagai “ketuanan Melayu”, ia bukan sahaja TIDAK terhakis, tetapi menjadi lebih kuat. Dalam tahun 2009, jumlah penduduk diMalaysia dianggarkan seramai 28.3 juta. Hakikatnya ialah orang Melayu menjadi majoriti Negara ini dan dianggarkan akan menjadi hampir 66 peratus dalam 10 tahun nanti. Kalau di masukkan sekali bumiputera, kemungkinan angkanya ialah hampir 70 peratus. Melayu campur bumiputera memang majoriti. Apa implikasinya?

Pertamanya ialah, merekalah yang akan menjadi penentu utama dalam menentukan budaya politik serta halatuju politik dalam Negara ini. Perkara ini jelas sejak Merdeka di mana di dalam Alliance Party dan kemudiannya Barisan Nasional, di mana parti politik dominan ialah Umno — iaitu parti Melayu. Parti politik yang kedua terbesar yang menjadi Pembangkang juga didominasi oleh Melayu dengan PAS.

Pemain utama di dalam politik nasional sentiasa orang Melayu dan dari perspektif ini, ungkapan ketuanan Melayu ialah satu slogan kosong orang politik untuk memperalatkan orang Melayu.

The main players in national politics have always been Malays and hence, from this perspective, the issue of ketuanan Melayu is a mere slogan, a tool for the politicians to manipulate the Malays.

Begitu juga kalau kita lihat sejak penubuhan Umno baru dan Semangat 46, politik orang Melayu semakin matang di mana mereka sudah berani untuk mengasingkan diri daripada Umno. Saya katakan matang kerana di dalam arena politik, orang Melayu sudah berani untuk mencuba pendekatan selain daripada pendekatan Umno (pertamanya ialah dengan dengan penubuhan PAS).

Amboi..Khairi Nak Mengajar KU LI !

KJ Ketua Pemuda Umno yang masih belum layak jadi Menteri dalam kabinet Najib `merantau' ke Kelantan pula. Di Negeri Serambi Mekah tersebut, KJ bukan bercerita pasal royalti minyak tetapi ingin menjual `tahi minyak'. Ketua Pemuda yang disabitkan dengan rasuah politik wang ini diketahui sebagai pengukir sejarah Ketua Pemuda yang lemah dan tidak berpengaruh. Sewajarnya beliau tidak diberi apa jua jawatan di dalam kabinet Najib.

Di dalam Umno yang sedang `nyawa-nyawa' ikan sekarang ini, Ketua Pemuda bukan sahaja mesti pandai bercakap atau berpidato, tetapi sekurang-kurangnya dilihat bijak menarik golongan muda khususnya untuk bersama dengan parti berlambangkan `keris telanjang tanpa sarung' itu. KJ ternyata gagal di dalam hal ini, bahkan beliau tidak berupaya menarik sokongan padu di kalangan Exco dan JK Pemuda Umno itu sendiri. Bukan rahsia lagi bila mana terdapat suara-suara di peringkat Pemuda Umno yang mahukan beliau meletakkan jawatan akibat kegagalan ini.

Berada di bumi Kelantan, KJ tiada sasaran untuk Tok Guru Nik Aziz kerana tokoh Ulamak itu bukan tandingannya. Akhirnya beliau menyerang Ku Li tokoh veteren Umno yang telah lama berjuang dan mengenali Umno semenjak KJ memakai `pampers' lagi, KJ tiada hujah untuk menyatakan Ku Li bersalah kerana tidak sependapat dengan pimpinan Umno berkaitan royalti minyak di Kelantan. Oleh kerana tiada hujah akibat kebebalan Ketua Pemuda ini, maka dituduhnya Ku Li ingin menjadi `Hero'. Lihat berita di akhbar Sinar hari ini. Tidakkah KJ tahu sebenarnya Ku Li bukan bercita-cita untuk menjadi Hero, tetapi rakyat Kelantan telah pun mengiktirafnya sebagai `Hero' di dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Umno tidak perlu mengiktiraf Ku Li sebagai Hero kerana Ku Li telah pun menjadi Hero setelah begitu lama menjadi `Gurkha' di dalam Umno.

Siapa pula `Gurkha' Umno sekarang? Jika ada yang merasakan KJ amat sesuai dinobatkan sebagai `Gurkha' Umno, saya boleh bersetuju dengan pandangan itu. Jika ada pula yang berpandangan KJ lebih layak menjadi `pencacai' kepada Umno sebaris dengan Ezam raja sesumpah, pandangan itu pun saya rasa lebih tepat. Hakikatnya hayat politik KJ semakin di penghujung cuma menanti saat Pemuda Umno `menyepak' menantu Pak Lah ini keluar. KJ akan mendapat nasib yang seakan sama dengan bapa mertuanya itu.

Protes laksana GST di ibu negara bulan depan

Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim mengalu-alukan kehadiran beramai-ramai rakyat negara ini menyertai protes terhadap keputusan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di ibu negara pada 15 Mac ini.

Kata beliau, protes akan diadakan di pekarangan bangunan Parlimen yang bersidang mulai pertengahan bulan depan.

"Bantahan ini bukan untuk cetuskan sebarang permusuhan, tetapi demi untuk membela kebajikan rakyat.

Terutamanya rakyat bawahan yang berpendapatan rendah, petani, nelayan termasuklah ibu-ibu tunggal.

Kita rasa bertanggungjawab terhadap kesan pelaksanaan GST terhadap mereka. Maka kita tidak akan biarkan rakyat terus ditekan dan ditipu dengan semudah itu oleh kerajaan pemerintahan,” kata beliau pada majlis penerangan mengenai GST.

Majlis tersebut diadakan di Medan Ilmu dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Senator Mumtaz Mat Nawi dan Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman.

Pada majlis berkenaan Mohd Nasir mendedahkan pelaksanaan GST akan mengakibatkan 80 peratus rakyat Malaysia mengalami penurunan pendapatan dan kualiti hidup selain melebarluaskan lagi jurang antara kaya dan miskin rakyat negara ini.

Katanya, pelaksanaan GST tidak ubah sebahagian daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk memindah bebanan cukai daripada golongan kaya dan korporat kepada rakyat biasa.

“Langkah demikian adalah langkah memijak kepala rakyat, bukan langkah untuk mengangkat taraf hidup rakyat ke arah yang lebih stabil.

"Kita rakyat mesti faham sungguh-sungguh konsep akan dilaksanakan dalam GST ini.

“Ingat dan faham, sesungguhnya GST akan memiskinkan lagi rakyat miskin,” katanya.

Sementara itu Saifuddin dengan nada serta gaya bahasa yang mudah menerangkan GST terpaksa dibuat kerana kerajaan Malaysia tidak ada duit akibat keborosan, ketirisan termasuklah rasuah.

“Semua rakyat akan kena dengan GST ini. Tak kira kamu orang susah ke, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hatta ibu-ibu tunggal sekali pun,” katanya.

Rang undang-undang GST akan dibaca buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula 15 Mac ini.

Oleh Mohd Zuharman

Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.


Dari:Malaysiakini

Jumaat, 26 Februari 2010

Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.

"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.


"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.

Mahasiswa pulau aktiviti anjuran MPMUM

Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) mengambil keputusan untuk memulaukan 'kabinet' baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dibentuk oleh kumpulan pro-Aspirasi (pro-A).

17 calon pro-M yang menang pada pilihan raya kampus yang lalu juga tidak hadir pada majlis perlantikan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor kelmarin.


Bantahan itu bertujuan menyatakan pendirian mereka bahawa pilihan raya kampus pada 28 Jan lalu tidak dijalankan secara telus dan adil. Ia juga sebagai tanda protes berhubung keengganan pihak pro-A untuk menghormati kemenangan pro-M pada peringkat kerusi umum.

Mohd Fadzil Jamal, wakil mahasiswa pro-M untuk kerusi umum, memberitahu Malaysiakini bahawa semua wakil dari kumpulan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MPMUM.

“Kita, wakil pro-M yang menang, tidak akan mengiktiraf kabinet baru yang dilantik. Ini bermakna kita akan boikot,” katanya.

Tetapi, kita akan terus berjuang untuk isu mahasiwa,” tambahnya.

Dia juga berkata, 17 wakil pro-M akan membentuk satu kabinet bayangan untuk bersaing dengan pro-A.

Kabinet bayangan ini akan dinamakan sebagai “Majlis Perwakilan Pro Mahasiswa UM”(MPPMUM) dan Fadzil telah dipilih sebagai presidennya.


Fadzil juga menjelaskan antara sebab utama untuk pemulauan itu ialah kerana pro-M telah dinafikan hak untuk mengambil tempat dalam majlis tertinggi MPMUM walaupun mereka menang lapan daripada sembilan kerusi umum.

Kita anggap apa yang berlaku adalah tidak adil. Kita telah menang 8 daripada 9 kerusi umum, tetapi hanya dilantik sebagai ahli jawantankuasa untuk biro-biro,” katanya.

“Kita nampak ini macam satu penghinaan terhadap undi mahasiswa.”

Bagi MPMUM, wakil mahasiswa dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti. Kerusi umum akan dipilih oleh semua mahasiswa dalam kampus, manakala kerusi fakulti hanya dihadkan kepada satu fakulti sahaja.


Pada pilihan raya kampus pada 28 jan lalu menyaksikan pro-A yang mengakui sebagai penggerak mahasiwa berjaya merampas balik UM dengan memenangi 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi pro-M, walaupun pro-M menang lapan daripada sembilan kerusi umum.

Kumpulan pro-M berasa yang tidak berpuas hati terhadap keputusan itu dan mendakwa sistem e-undi yang pertama kali digunakan membuka ruang untuk penyelewengan.

Pada kemuncak bantahan itu, keesokan harinya, ratusan penyokong pro-M mengepung bangunan canselori dan menuntut naib canselor, Datuk Ghauth Jasmon supaya membatalkan keputusan pilihan raya dan mengadakan pemilihan baru.

Walaubagaimanapun, pihak universiti menolak rayuan pro-M dan menafikan sistem baru ini mempunyai kelemahan.

Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul

Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.

Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)

Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.

Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.

Paul Martin- Speak Out For Anwar Ibrahim

From The Globe And Mail
Anwar Ibrahim is a former deputy prime minister of Malaysia. After having differences of opinion with prime minister Mahathir Mohamad in 1998, he was removed from office, charged with sodomy and corruption – charges condemned worldwide as an attempt to remove him from politics – and imprisoned for six years. After his release in 2004, he became the leader of a coalition of opposition parties that is successfully challenging the ruling coalition’s power. Mr. Anwar has now been charged again with sodomy, a charge that has again been condemned worldwide.

I have known Mr. Anwar well since the period when we each served as finance ministers for our respective countries. He is deeply committed to democracy, justice and the rule of law. And I have watched with horror how he has been treated in Malaysia because of that commitment. His initial imprisonment was seen worldwide as politically motivated. Amnesty International regarded him as a prisoner of conscience, jailed for the non-violent expression of his political opinion. After his release in 2004, he redoubled his campaign, attracting thousands to his public rallies, with the result that the historic 2008 election returned an unprecedented number of opposition candidates to Parliament. He now poses a threat to the government in the next national elections, expected in 2013 – the real reason for the latest charge.

His trial, which began Feb. 2, is widely seen as not meeting international standards for a fair trial. The former Anwar political aide who is making the sodomy accusation was reportedly seen with leading ruling coalition figures prior to the filing of the charge; Mr. Anwar’s lawyers have been denied access to vital prosecution documents; and the trial has been transferred to a higher court whose judges are seen as linked to the ruling coalition’s main party. It is small wonder that Michael Danby, chair of Australia’s parliamentary subcommittee on foreign affairs, has charged that Malaysia’s legal system is being manipulated to drive Mr. Anwar out of politics. Mr. Danby has said that Asian democrats were “flabbergasted” by the charges and that “everyone in Malaysia, and everyone in the international legal community, knows that Anwar is innocent of these charges.”

The presence of so many foreign embassies attending Mr. Anwar’s show trial is a clear expression of international concern. This is an issue on which the world must speak out.

If his country is to take its place among the progressive nations of the world, it is crucial that the politically motivated charge against Mr. Anwar be dropped and that he be free to pursue his vision of a democratic Malaysia, properly respectful of human rights and international law.

Paul Martin is former prime minister of Canada.


Bekas PM Kanada pula gesa kes liwat Anwar digugur

Selepas anggota perundangan dari Australia dan Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan mereka berhubung perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian yang sama diambil oleh bekas perdana menteri Kanada Paul Martin.

Martin, menerusi tulisannya dalam “Globe and Mail” Kanada semalam, menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Jika negara ini (Malaysia) mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang bermotifkan politik terhadap Anwar digugurkan dan beliau bebas untuk meneruskan visinya melahirkan Malaysia sebuah negara demokratik, yang menghormati hak asasi dan undang-undang antarabangsa,” kata Martin sambil berkata, beliau mengenali Anwar ketika kedua-dua mereka memegang jawatan menteri kewangan.

Martin merupakan perdana menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi ahli Parlimen selama 20 tahun dan menteri kewangan dari 1993 hingga 2002.

Dalam tulisannya Martin berkata, kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengikuti perbicaraan Anwar adalah tanda keprihatinan masyarakat asing tentang kes dikenakan ke atas beliau, yang kedua sejak 1998.

Ini adalah isu yang dunia mesti (bangun untuk) bercakap,” kata beliau dalam tulisannya dengan tajuk “Speak Out for Anwar Ibrahim’s Sake”.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.

Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,” kata Kerry dalam kenyataan dikeluarkan di Washington awal minggu lalu.

Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia agar kes Anwar digugurkan.

Bagaimanapun tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik.

Maulid Nabi S.A.W Peringatan Memerangi Fitnah

Satu ketika apabila ditanyakan kepada Sayidatina Aisyah ra, “bagaimanakah akhlak Nabi SAW itu?”

Dijawabnya, “akhlak Nabi SAW itu Al Quran.”

Pastinya pada diri dan perjalanan hidup Muhammad SAW itu ada mutiara-mutiara bekemerlipan yang meruntun kita mengutipnya buat keberhasilan dan keberuntungan semua.

Keyakinan ini diperkukuh dengan ayat Al Quran bahawa Nabi SAW itu adalah ikutan yang baik; “uswatun hasanah.” Baginda telah membentangkan kepada kita umat manusia petunjuk dan pedoman agar menyeru ke arah kebaikan serta menolak kemungkaran.

Kedatangan Baginda seumpama arus deras, menyerbu fitnah, sirna kebejatan, sekaligus membawa keamanan kepada mereka yang berlomba-lomba mendapatkan kebaikan.

Selawat dan Salam buat Rasul junjungan serta ahli keluarga Baginda.

ANWAR IBRAHIM

Khamis, 25 Februari 2010

"Datuk Rais Jangan Menyebuk"

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhak untuk mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapi beliau.

Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah tertumpu kepada stesen Radio Televisyen Malaysia milik Kerajaan Pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.

Kalau dia tanya saya, saya nak tanya dia pula, layak atau tidak dia menjadi Menteri Penerangan? Kalau dia fikir dengan kuasa yang ada dia boleh aturkan semua di negara ini, minta dia aturkan RTM dulu,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini, kelmarin.

Sementara itu, ketika dalam ucapannya, Anwar berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak 'mengganggu' tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

Menurutnya, beliau sentiasa berdoa supaya ujian terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di Selangor kerana sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya,” katanya.

Sebelum ini, Dr Rais berkata, beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.

Petronas Untuk Rakyat

Parlimen akan bersidang sekali lagi mulai pertengahan Mac ini. Salah satu perkara penting yang saya harap Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat akan bangkitkan ialah memberitahu rakyat tentang tindakan Barisan Nasional yang menidakkan pembahagian hasil minyak dan gas di antara negeri dan Petronas. Isu ini bukan saja terbatas kepada hak-hak negeri seperti Kelantan terhadap hasil tersebut tetapi juga merangkumi soal pengurusan Petronas itu sendiri. Apakah pendirian pihak pengurusan Petronas dalam soal tuntutan negeri Kelantan? Petronas disebut sebagai syarikat bertaraf antarabangsa yang mempunyai pengurusan bertaraf dunia, yang tidak tunduk kepada telunjuk politik. Kalaulah ini benar, maka inilah masanya Petronas menunjukkan kebebasannya membuat keputusan. Tetapi mengapa Petronas diam membisu?

Hakikatnya, Petronas mesti tunduk kepada arahan Perdana Menteri. Inilah kuasa yang diberi kepada PM di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Tujuan asal dibuat begitu ialah supaya pengurusan Petronas tidak dipengaruhi oleh pihak politik yang lain seperti UMNO; maka sebab itulah arahan PM saja yang perlu diikut. Model pengurusan seperti ini yang juga sulit dalam banyak hal, sesuai pada masa Tun Razak tapi tidak wajar lagi di zaman anaknya kini. Jauh beza anak dengan bapa. Tun Razak mahu Petronas dijaga untuk kepentingan anak cucu rakyat Malaysia, bukan saja kepada kerajaan yang memerintah. Tun Razak tidak akan membenarkan orang orangnya mengambil kesempatan meraih untung dari Petronas. Dia juga tidak boros orangnya. Tapi anaknya jauh berbeza. Semasa Najib jadi Menteri Pertahanan, perbelanjaan Kementerian Pertahanan melambung 160 % di antara tahun 2001 dan 2008. Sejarah akan berulang kalau rakyat tidak berhati-hati. Rakyat bimbang dengan apa yang akan dibuatnya dengan Petronas.

Kesimpulannya, Hassan Merican sudah tidak ada lagi dalam Petronas. Sekurang-kurangnya dia dianggap CEO dan Presiden Petronas yang lebih bebas dan berkebolehan tinggi. Apa akan terjadi kepada Petronas sekarang? Siapakah yang ada dalam Badan Penasihat yang berani mempertahankan integriti pengurusan Petronas kalau PM sudah membuat arahan? Cara pengurusan dan kuasa luas PM dalam Akta 1974 itu sudah tidak sesuai lagi dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan perniagaan global .Biarlah Petronas lebih bertanggung jawab, lebih telus dan lebih mementingkan generasi akan datang daripada kepentingan UMNO dan BN . Ini lah tuntutan politik naru tanah air.

Saya amat berharap supaya Ahli-Ahli Parlimen kita berjuang bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Petronas dari bahaya akan datang; bahaya yang sedang dicipta oleh kepimpinan UMNO dan BN sekarang. Kita jangan lupa pesanan orang tua tua agar jangan pagar yang makan padi. Isu ini bukan sekadar untuk kepentingan Kelantan saja. Ia adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dan masa depan anak cucu kita.

oleh:zaid ibrahim

SPRM akan dakwa Tok Guru Nik Aziz di mahkamah!

SPRM melalui kenyataan media terkini mereka memberi isyarat jelas bahawa Tok Guru Nik Aziz akan diheret ke mahkamah dan didakwa dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah. Kenyataan akhbar dan ulasan disertakan.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sudah selesai menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya, berkata kertas siasatan itu kini berada di Bahagian Pendakwaan untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan kini berada di Bahagian Pendakwaan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi."

-tamat-

Isyarat bahawa pendakwaan akan dibuat cukup ketara kerana kertas siasatan dinyatakan dengan jelas sudah berada pada Bahagian Pendakwaan. Sekiranya tiada cadangan hendak mendakwa, tentulah ayat seperti ' kami mendapati tiada kes' akan digunakan.

Lucu, pelik dan misteri apabila seorang ulamak zuhud yang tinggal di teratak buruk hendak diseret ke mahkamah dan didakwa oleh SPRM sedangkan kepimpinan rasuah pemimpin UMNO yang tinggal di rumah berjuta-juta tidak disentuh langsung.

Nampaknya, memang tepat ramalan penganalisis politik bahawa sesudah Anwar Ibrahim dilanyak cukup-cukup di mahkamah, Tok Guru dan kepimpinan PAS juga akan diserang sama. Nampaknya, kepimpinan Najib bertekad meniru cara kepimpinan Tun Mahathir yang memimpin cara keras.

Jangan lupa, 'those who live by the sword, dies by the sword'. Mereka yang hidup dengan pedang, akan mati kerana pedang".

Takutlah kamu kepada Allah. Menjadi kewajipan kami golongan muslimin menewaskan golongan munafiqin.. Wassalam

Mempertikai Hukum ALLAH Digalakkan Dalam UMNO

Apabila seseorang samada membincangkan, menceramahkan apatah lah lagi mempertikaikan sesuatu hal yang masih dalam proses perbicaraan di mahkamah Malaysia Boleh - ianya menjadi satu kesalahan besar dan boleh di siasat malah didakwa di bawah Akta Hasutan. Ini yang berlaku dalam kerajaan Islam Hadhari One Malaysia..!!

Apabila seseorang samada membincangkan, menceramahkan malah mempertikaikan sesuatu hal yang telah ALLAH SWT jadikan hukumNya di dalam Al Quran Nur Kareem, ianya tidak dianggap salah oleh kerajaan Islam Hadhari One Malaysia..!!

Kalian baca dua insiden berikut:


Petang tadi di Parlimen Polis menyoal siasat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang bulan lalu. Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan kerana berceramah kepada orang ramai dan menyentuh isu-isu penting seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar, kes Altantuyaa dan beberapa isu penting lain dan amalan rasuah,"

Kalau saya katakan KPN adalah balaci Umno, nanti banyak pula pencacai Umno yang menangis pilu kerana anjing belaan mereka dihina..!!!

Menurut Sivarasa, beliau disoal siasat kerana menyentuh perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari Azlan di liwat.

Menurut Sivarasa, beliau telah bertanya kepada pihak polis, apakah kesalahannya sehingga mereka disiasat, jawapan yang diberi ialah kandungan ceramah mereka dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Sivarasa mencabar polis supaya membuktikan ucapan beliau adalah kesalahan undang-undang dan beliau membidas taktik untuk menyoal siasat beliau.

Pelik kan, Kerajaan Juara Rakyat!! Bila ada yang ingin menyampaikan perkara benar, itu jadi satu kesalahan dan wajib disiasat.

Dalam kerajaan Barisan Nasional, menceritakan sesuatu yang benar adalah salah..!! Merencanakan komplot rasuah untuk jawatan Ketua Hakim Negara, tidak salah dan tidak perlu disiasat..!!

Malaysia may organize an international conference on the issue of caning and whether it is an appropriate punishment for women under Islamic law. Women’s Minister Shahrizat Abdul Jalil said in a statement seen Tuesday that she would seek Cabinet approval to hold such a conference.

Women and other rights groups say the caning of Muslim women is cruel, degrading and discriminatory.

Shahrizat Abdul Jalil mempertikaikan HUKUM ALLAH, itu tidak salah dan tidak perlu disiasat dalam kerajaan Islam Hadhari..!! Eh eh... ada lagi ke Islam Hadhari ni? Lupalah pulak, ke mana perginya Imam Besar mazhab songsang ni.

Saya ingin mencadangkan kepada Shahrizat Jalil; sebelum dia mengadakan konferen untuk membincangkan hukum dan ketetapan yang telah tersurat di dalam kitab Allah, Al Quran Nur Kareem, tolonglah belajar untuk tutup aurat terlebih dahulu...!!!

-TKO

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar

Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

Ekslusif Gambar Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah,kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Gambar-gambar ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.

Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah Insya-allah.


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ...!!


Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam .

"Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami".

Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.



Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW.



Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW



Jubah Rasulullah SAW



Sandal Rasulullah S.A.W

Cop surat rasmi Rasulullah SAW.


Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.



Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW


Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.


Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW


Bendera Rasulullah SAW


Topi perang Rasulullah SAW


Busur panah Rasulullah SAW




Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.


Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW


Kongsikan bersama teman-teman. Jazakallah.