Pengikut

Ahad, 31 Januari 2010

Fitnah Bagaikan Malam Gelap Gelita.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari,
berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;-
(Riwayat Tirmidzi).

Fitnah akhir zaman ini, bukan lagi fitnah yang beerti menuduh insan lain tampa bukti, tetapi fitnah yang menyelubungi, membungkus, memerangkap semua insan, semua manusia melainkan hamba-hamba Nya yang di lindungi Allah.

Kita berdoa dan memohon supaya kita terelak dari fitnah yang sebegitu.Lalu marilah kita merenung pesanan hadis di atas. Mengapakah di umpamakan fitnah seperti malam yang gelap gelita? Malam yang gelap gelita, ialah malam yang kita takkan dapat melihat apa-apa, atau sesiapa pun di hadapan kita. Yang ada hanyalah kegelapan dan hitam yang pekat

Zaman yang kini kita hidup pun agak sama. Kita seolah-olah gagal mengenali apakah dan siapakah di hadapan kita. Insan yang ikhlas di perlekeh, insan yang khianat di beri kemuliaan. Insan yang alim di permain oleh insan yang jahil. Insan yang miskin di hina kerana kemiskinannya. Insan yang jahat perasuah di angkat menjadi pemimpin. Betapa gelapnya zaman, kerana fitnah yang menyelubungi, membungkus, menutup mata-mata manusia, kecuali orang-orang yang diberi perlindungan oleh Allah.

Adakala kita bertemu dengan insan yang bercakap tentang islam di siang hari, kemudian menghadiri majlis maksiat di malamnya. Konsert yang penuh dengan program maksiat di beri nama konsert amal seperti jom heboh dan sebagainya kemudian di panggil anak-anak yatim untuk di raikan. Adakalanya juga kita menghadiri pertandingan membaca al-quran di sebuah dewan. Di masa yang lain pula dewan tersebut digunakan untuk program maksiat, melalaikan, pergaulan bebas dan keingkaran kepada Allah.

Itulah fitnah akhir zaman. Itulah fitnah di ambang kiamat! Renungkanlah hadis ini,

Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini.” Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).”;- (Sahih Muslim 18.34)

Apabila membaca hadis ini, teringat saya satu peristiwa yang berlaku di zaman Abbasiyyah ketika fahaman muktazilah menguasai kerajaan dan khalifah. Imam Ahmad bin Hambal ditangkap dan ramai lagi ulama'2 besar di tangkap. Ketika itu Imam al-Bukhari balik ke bukhara kerana fitnah agama yang terlalu besar. Namun, gabenor bukhara juga di maklumkan telah menganut fahaman muktazilah lalu imam bukhari berdoa

Ya allah, jika hidup lebih baik bagi aku maka panjangkan umurku,namun jika mati adalah lebih baik bagiku maka matikan aku.

Lalu Allah mematikan Imam bukhari dan di makamkan di bukhara.

Zaman ini kita berhadapan dengan fitnah yang terlalu besar, gerun dan menakutkan. Paling menyedihkan ialah, orang-orang yang alim diam walaupun mereka mengetahui. Manakala orang alim yang bersuara dengan tegas, menegur dan membaca amaran Allah itu pula di tuduh dusta, jumud, dan berkepentingan.

Lalu terus jahillah orang-orang yang jahil, terus tersembunyilah kebenaran dan bermaharajalelalah fitnah dan kezaliman. Marilah kita renungkan kata-kata hebat seorang ulama mazhab, Imam Ahmad bin Hambal ketika di paksa untuk menerima ajaran al-quran itu baharu, lalu Imam Ahmad berkata

Sekiranya orang alim mendiamkan diri kerana menyelamatkan diri, orang jahil terus dalam kejahilannya maka sampai bilakah akan ternyata kebenaran.

Fikirkanlah mengapa kita terlalu sukar untuk melihat kebenaran yang tersembunyi, mungkin kerana kita di dalam malam yang gelap gelita.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

PR: Tragedi di ambang perkahwinan

Pakatan Rakyat telah berkonvensyen, di sana janji telah dipadu yang konvensyen tersebut sekaligus menjadi majlis merisik dan bertunang, satu majlis perkahwinan juga telah dipersetujui bersama akan dilaksanakan, dan Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua penanggahnya (atau mentara ikut bahasa utaranya).

Dalam kemeriahan, keghairahan dan semangat meraikan kelahiran satu ikatan, satu perkara penting nampaknya telah terlupa untuk dimasukkan sebagai agenda perbincangan, iaitu taklik perkahwinan, perkara yang PAS, PKR dan DAP tidak boleh melakukannya, jika dibuat juga maka secara automatiknya gugurlah talak, kata lainnya bercerailah Pakatan Rakyat ini.

Walaupun perkahwinan belum dimeterai secara sah, andai ada taklik perkahwinan ini, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi panduan untuk semua parti dalam komponen Pakatan Rakyat bertindak, apalagi dalam tempoh pertunangan yang bagai dikata orang-orang tua, sangat manis darahnya dan begitu banyak dugaannya ini.

Harus diingat juga, antara isi perjanjian Pakatan Rakyat selepas berkahwin nanti adalah mahu berumahtangga di istana impian bernama Putrajaya, bukan setakat mahu berbulan madu, tetapi mahu kekal di sana selama jodoh dikekalkan Tuhan! Hari ini situasinya, di Putrajaya sana ada keluarga lain sedang bermastautin, yang bernama Barisan Nasional. Sudah tentu Barisan Nasional yang sedang begitu selesa dan gembira di situ tidak dengan begitu mudah mahu berpindah dan mengizinkan Pakatan Rakyat memasukinya. Pelbagai akan dilakukan, santau angin, santau darah, hantu raya, pelesit, polong, semua akan dihantar… termasuk mungkin Azazil yang menyamar sebagai Jibrail.

Perkahwinan Pakatan Rakyat (saya tetap berdoa dalam seribu rintangan dan kepayahan, ia akhirnya tetap akan jadi kenyataan) bukanlah perkahwinan anak dara. PAS pernah berkahwin dengan Barisan Nasional dan Angkatan Perpaduan Ummah, DAP pernah berkahwin dengan Gagasan Rakyat, PKR pula kita semua maklum dari mana kebanyakan pemimpin mereka lahir, ya pemimpin seperti Zahrain Mohd Hashim itu… Sama ada janda atau balu, mereka ini datang dengan ramai anak, anak-anak yang harus didisiplinkan.

Taklik perkahwinan boleh melakukan ini, sebelum keadaan menjadi semakin parah ia harus diwujudkan segera. Tanpa ada sekatan dan batasan, sesiapa sahaja mudah merasa mereka adalah bos, mereka adalah ketua, apalagi jika adanya gelaran YB atau Majlis Pimpinan Pusat atau AJK Pusat atau Central Committee bersama nama mereka. Mereka seolah-olah punya lesen untuk layak dan berhak bagi melakukan apa sahaja, bercakap apa sahaja, tanpa ada perasaan bersalah dengan kesan yang timbul terhadap rumahtangga Pakatan Rakyat yang bakal dibina secara keseluruhannya.

Kerana senario sebeginilah mutakhir ini kita dihadapkan dengan perangai dan gelagat “anak-anak” Pakatan Rakyat yang tidak bersaudara kandung ini. Insiden-insiden ini bagi saya adalah tragedi di ambang perkahwinan Pakatan Rakyat, Hassan Ali dengan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor, Hassan Ali dengan Khalid Samad, Khalid Samad dengan Zulkifli Noordin, Zulkifli Noordin dengan ijma’ PKR Pusat, Zahrain Mohd Hashim dengan kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Azan Ismail dengan kepimpinan PKR Pahang di bawah teraju Fauzi Abd Rahman.

Mungkin benar bahawa wujudnya pertelingkahan-pertelingkahan ini adalah kerana masalah-masalah dalaman yang tidak terselesai sehingga sesetengahnya sudah merasa bosan untuk berada di meja rundingan. Mungkin juga benar wujudnya hantu-hantu yang merasuk atau santau-santau yang mengena. Tetapi yang lebih penting, kesemua peristiwa ini memberitahu masyarakat luar tentang lemahnya disiplin sesetengah kalangan pimpinan Pakatan Rakyat dalam berorganisasi, mereka jahil dengan hierarki kepimpinan, adakalanya tidak ada hormat sesama rakan seperjuangan, dan sikap jahil hierarki dan tiada hormat ini pula seringkali di hala ke khalayak awam sehingga mencetus krisis. Sebab itu bila pandangan profesional saya sebagai seorang perunding latihan diminta, saya sering menekankan yang Pakatan Rakyat memerlukan latihan intensif dalam pengurusan krisis dan pengurusan media.

Saya percaya Zaid Ibrahim yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkahwinan yang paling besar saya kira dalam sejarah politik moden Malaysia sedang sakit kepala sekarang. Di sebalik mimpi kegemilangan, insiden-insiden yang sedang berlaku berupaya mencetus tragedi. Rupanya tidak mudah untuk mensaudarakan “anak-anak” dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini. Mereka selama ini bermain di halaman berbeza walaupun biasa bertemu makan ais krim bersama. “Kebersamaan” mereka selama ini hanya pada perkara yang manis-manis sahaja… seperti bersama-sama disembur FRU. Hari ini mereka bukan sekadar diminta bermain bersama, tetapi juga tinggal serumah, menjadi adik-beradik.

Semua yang mengaku pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat (bukan sekadar pemimpin dan pendukung PAS, PKR, DAP, mahupun SNAP) semestinya berharap rumahtangga ini akan terbina dengan jayanya. Pertunangan yang penuh liku ini tidak seharusnya tersungkur di pelamin perkahwinan. Taklik perlu dilakar segera bagi dihadzam dan diperturunkan kepada “anak-anak” dan seluruh keturunan.

Saya secara peribadi cuma berharap yang baik-baik sahaja, selagi Muhajirin dan Ansar boleh disaudarakan selagi itulah saya melihat perkahwinan Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang munasabah dan perlu disokong. Sekarang ini saya sedang berkira-kira memilih kad yang sesuai bagi dihantar untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pakatan Rakyat. Moga ia menjadi kenyataan, amin.

P/s: PR adalah Gabungan baru, jika ada selisih faham diantara parti-parti komponen didalamnya boleh dikatakan pekara biasa. Parti komponen dalam BN yang sudah lama pun ada selisih faham malah kekadang tue lebih teruk tak diheboh pun! pikiaq sendiri la.

Implikasi penarikan pengharaman buku Sister In Islam

Setelah buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang diterbitkan pada 2005 diharamkan oleh (KDN) Kementerian Dalam Negeri, SIS (Sister In Islam) tidak mengalah begitu sahaja. Buktinya, pada 15 Dis tahun lepas, SIS memfailkan permohonan bagi membuat semakan penghakiman dan menamakan Syed Hamid sebagai responden. SIS dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi meminta agar pengharaman buku tersebut disemak semula dan seterusnya ditarik balik pengharamannya.

Hasil kajian dan tulisan berbentuk esei oleh cendekiawan liberalis itu dikumpul dan disatukan dalam buku tersebut yang kononnya membincangkan isu-isu agama dan kemaslahatan ummat. Lebih menghangatkan keadaan, buku tersebut disusun oleh ahli sosiologi bertaraf Profesor iaitu Profesor Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Dis tahun lepas, mendakwa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menyalahi Artikel 8(2), 10 (1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan

SIS mempertikaikan keputusan Menteri Dalam Negeri ketika itu yang pada pertimbangan mereka telah melakukan kesilapan. Mereka mendakwa pimpinan teratas dalam negeri tidak sanggup untuk menghadapai kritikan dan sindiran yang terkandung dalam buku ‘Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’ tersebut. Tambah mereka lagi, setiap esei kritikan dalam ‘karya agung’ itu mempamerkan hujah-hujah yang bernas dalam usaha untuk membantu memperbaiki sistem perundangan dan kehakiman Islam di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka mengaplikasikan liberalisme dalam tindakan mereka terhadap segala sesuatu. Jelas di sini kita lihat, alur Islam sebenar ingin diselarikan dengan fahaman liberal yang sememangnya mustahil untuk dilorongkan ke arah pembentukan akidah muslim sebenar.

Ruang penentuan menyaksikan peguam Kanan Persekutuan Noor Hishamuddin Ismail mewakili Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar dan peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS. Tanpa berselindung dengan tindakan pengharaman tersebut, Noor Hishamuddin menegaskan bahawa intipati buku tersebut hanyalah sekadar kritikan demi kritikan yang hanya bertujuan untuk mencemarkan kebenaran Islam semata-mata. Hal ini kerana setelah ditelusuri, penulis esei-esei kritikan tersebut sangat dan terang lagi bersuluh sekadar mentafsir Islam mengikut fahaman mereka sendiri dan bukannya mengikut panduan yang benar mengikut syariat Islam.

Kebimbangan ini sebenarnya menghantui ramai ulama dan cendekiawan Islam kerana serangan melalui dunia perbukuan amat besar impaknya. Tidak dinafikan lagi generasi buku mula subur berkembang dalam masyarakat dan skop pembacaan pula sungguh meluas. Penghayatan pembaca akan terfokus sepenuhnya pada bahan bacaan. Serangan secara halus ini merupakan cara paling efektif untuk mempengaruhi ruang lingkup pemikiran pembaca. Bagi golongan pembaca yang memilih untuk berguru dengan buku dan tiada alternatif lain dalam menerima sesuatu input, mereka akan menerima bulat-bulat segala butiran dan maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan tersebut.

Begitulah target SIS iaitu mempengaruhi minda masyarakat dengan membawakan sesuatu bahan bacaan yang kononnya memiliki nilai intelektual dan prestij kerana menonjolkan gelaran-gelaran tertinggi dalam bidang ilmu seperti Profesor dan sebagainya. Mereka berselindung di atas nama gerakan yang cakna hal ehwal agama untuk memesongkan akidah manusia. SIS berdiri dengan penuh gah untuk menegakkan benang yang basah. Jangan kita lupakan bagaimana mereka mahu campur tangan dalam setiap keputusan jemaah menteri, ulama dan mufti dalam menentukan keputusan berkisar tentang hukum-hakam Islam. Lihat kembali ideologi mereka tentang hukuman sebat Kartika, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Tindakan mereka mencerminkan tahap liberalism yang sangat tinggi menjalankan hukum agama secara membuta tuli.

Jadi secara kasarnya, penarikan pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' akan memberikan kemenangan besar buat mereka kerana pembaca yang cetek ilmu agama pasti tersalah tafsir tentang pelaksanaan hukum-hakam Islam. Selain itu juga, dengan adanya buku tersebut dalam pasaran, kedudukan dan pengaruh mereka semakin kukuh dalam masyarakat kerana mereka sudah semakin dekat dengan lapangan paling luas untuk menyebarkan dakyah liberalism tersebut.

Memetik hujah peguam Kanan Persekutuan Noor Hishamuddin Ismail, beliau yakin buku tersebut bakal mengganggu ketenteraman awam kerana mempertikaikan hal-hal agama sewenang-wenangnya. Sebaliknya, tulisan-tulisan dalam buku tersebut bersifat menghukum dan menghentam hukum-hakam Islam yang sememangnya sudah tersedia lengkap dan tiada cacat celanya. Maka di sini kita melihat kebodohan mereka terserlah kerana tidak merujuk dengan betul sumber sahih iaitu Al-Quran dan hadis. Jika adapun diselitkan dalil-dalil dari sumber tersebut, mereka sudah pun bersedia dengan cara memutarbelitkan hujah agar sepadan dengan ideologi yang dibawa. Jadi, akidah para pembaca yang cetek dalam ilmu agama berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' akan menjadi senjata halus yang dapat menarik sebilangan besar golongan berintelektual tinggi tanpa fahaman agama yang sebenar. Hal ini kerana, peguam yang mewakili SIS mengatakan bahawa buku tersebut merupakan kritikan bersifat akademik dan tidak menyentuh langsung soal akidah. Jadi, dengan menyisipkan keyakinan ini, ramai golongan intelektual akan cuba untuk mendekati himpunan ‘karya agung’ ini untuk mencari kefahaman tentang Islam. Padahal buku tersebut merupakan tafsiran semata-mata tentang takrif Islam. Jika kita perhatikan, penggerak dan ahli-ahli SIS adalah dalam kalangan manusia yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Mereka inilah yang menggerakan ideologi liberalism dan menyebarkannya pada masyarakat pertengahan. Sememangnya golongan masyarakat pertengahan akan menerima apa sahaja yang dikatakan oleh golongan ‘cendekiawan’ tersebut, melainkan mereka punya pegangan akidah yang kukuh. Secara harfiahnya, kita pasti akan mempercayai golongan ilmuan dalam memahami sesuatu.

Tuntasnya, pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' merupakan jalan terbaik untuk kita menyekat agenda-agenda SIS daripada tegar menyebarkan dakyah-dakyah mereka. Kali ini mereka memilih medium penulisan setelah bertahun-tahun lantang bersuara, selepas ini tidak diketahui medium apakah lagi yang akan digunakan seoptimumnya. Kita perlu bersedia setiap masa dengan melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar tidak mudah terjebak dengan manusia-manusia yang memusuhi Islam ini.

Nuraini Ruzi,
Aktivis SPAQ (Skuad Penyelamat Aqidah)
Pulau Pinang.

Pro-Mahasiswa selar menteri perlekeh siswa

Pro-Mahasiswa (Pro-M) menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapan ‘tidak matang’ dan ‘tidak boleh terima kekalahan'.

Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada perikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya.

Jika begitu, kata beliau sebenarnya Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataan tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai.

Di samping itu, beliau menyifatkan ulasan beberapa akhbar tabloid sama ada elektronik mahupun media cetak, Kosmo dan Mstaronline.com yang melaporkan keputusan yang tidak lagi diputuskan secara sah dalam pilihan raya kampung (PRK) kali ini berbaur penghinaan terhadap tindakan mahasiswa.

Akhbar yang melaporkan kenyataan palsu dan tidak beretika tesebut hanya mahu menimbulkan persepsi baik terhadap proksi Umno di kampus khususnya di Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Pro-M UM mendesak mereka menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada mahasiswa.

Katanya, walaupun di UM, pro-M hanya mendapat 17 kerusi manakala bebas 3 kerusi dan Pro- Aspirasi mendapat 21 kerusi, bukan bermakna Pro-M tidak berpuas hati dengan pencapaian itu.

Tambahnya, Pro-M sudah lama melalui masa-masa kalah dan juga masa-masa menang sebelum ini.

Dahulu kita kuasai MPMUM kemudian kita kalah 4 tahun berturut-turut disebabkan sistem yang teruk sehingga mengenepikan aspek keadilan kepada mahasiswa.

Pro-M sudah banyak bergenang air mata dengan kekalahan sebelum ini tetapi Pro-M tidak pernah lemah semangat dan terus berjuang sehingga diberi kemenangan yang sebenar.

Buat apa kita menang dalam sistem yang teruk menindas mahasiswa, tidak mengapa kalah, yang penting prinsip dipertahankan,” tegasnya dalam kenyataan.

Menurutnya, Pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhdap apa sahaja yang berlaku.

Katanya, Pro-M tidak bias kepada mana-mana pihak, yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.


Tambahnya, dalam konteks PRK di UM kali ini, pihaknya berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan.

Ujarnya lagi, dalam masa yang sama PRK UM berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.

Atas perkara itu , jelasnya Pro-M terus bingkas bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada NC untuk menyiasat dan menangguhkan segala keputusan pilihan raya yang sebelum ini telah diumumkan.

Oleh yang demikian, katanya tidak ada mana-mana pihak mendakwa dirinya kalah mahupun menang, lebih-lebih lagi mahu bercita-cita membentuk kabinet dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, mahasiswa adalah generasi pertengahan di mana jiwa dan roh semangat juangnya tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak kerana sekali mereka bangun, apa sahaja boleh terjadi.

Jadi jangan perlekehkan mahasiswa, jangan pandang rendah pada mahasiswa.

Menang, kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan,” tegasnya.

Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan

Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu.

Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan.

Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu.

Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya.

Ada Ahli Parlimen Pakatan akan lompat???

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insidersebentar tadi.

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dariPulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.

Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.

Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.

The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.

Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”

Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.

p/s: Nak Lompat ke BN,nampak sanggat mereka (Ahli Parlemen atau ADUN)hanya memikir kepentinggan diri bukanya RAKYAT.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

Jumaat, 29 Januari 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

Polis Sabotaj Sambutan Thaipusam Kerajaan Selangor

Kkerajaan negeri Selangor diarah merobohkan pentas yang telah disiap-dibina untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves .

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar (bawah) berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

"Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini," kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian
daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi
.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat.

Kelantan Berhak Dapat Royalti, Bukan "Wang Ehsan"..!





Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi dan mengikut maklumat yang aku (TP) dapat, majoriti yang hadir ke majlis Forum Wang Ehsan anjuran UMNO ialah para pendidik yang dikerah supaya menghadirkan diri.




Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.



Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.



Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.



Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.






Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri.






p/s:
Lawan Tetap Lawan... Takbirr..

Khamis, 28 Januari 2010

Zambry bermain dengan perang haram

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.

Umno Punca Ketegangan Agama

Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat.

(GAMBAR: Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia)

Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga.

Kalau kita tidak suka pada ajaran agama lain, kita tidak boleh menghianati, kalau buat jahat kita kena dakwah dia," katanya.

Sikap Umno yang menolak dasar Islam dalam perjuangan mereka juga jelasnya telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Sedangkan Islam lebih luas dari kefahaman itu.

Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam, sepatutnya sejak awal lagi mereka membuang perjuangan kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 200 ketua-ketua pelbagai agama di Hotel New Pasific, di sini tengah hari tadi.

Apa yang dilakukan sekejap tadi (majlis mahabbah) sebenarnya untuk meneruskan kefahaman, persaudaraan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian sebahagian dari cabang kerja-kerja Islam,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menghimpun semua ketua-ketua agama di Kelantan dan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau menggunakan kesempatan tersebut bertemu ketua-ketua agama lain dengan mengunjungi dari meja ke meja diiringi anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu berkata, program mahabbah yang dianjurkan ini sebagai menzahirkan hidup bermasyarakat rakyat pelbagai anutan agama dan kaum.

Ianya symbol keamanan masyarakat di negeri ini dan mudahan akan menjadi ikutan di negeri-negeri lain,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Perunding Agama Budha, Kristian, Hindu dan Sikh, Kalanalagan dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Herman Sastri.

Di Kelantan sahaja lebih 30 ketua-ketua agama dari rumah ibadat Budha, Hindu dan Sikh hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Pemuda UMNO Dipercayai Jadi Dalang Membakar Gereja

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (foto), akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum. Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian UMNO kesemua mereka yang didakwa terlibat. "Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda UMNO bahagian Gombak dan bahagian Ampang. "Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli UMNO dalam kes terbabit. Saya lihat trend hari ini, survival UMNO itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama. "Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini. Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk. "Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

p/s: Perkara ini memang sudah kami dedahkan sejak dari awal lagi. Rasionalnya, tidak mungkin penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan kerja tersebut. Bukankah ia sesuatu yang berbahaya dan hanya mereka yang dilindungi sahaja tergamat melakukannya.

Soalnya sekarang, kumpulan manakah yang begitu teruja dengan isu khalimah Allah ini sebenarnya?. Bukankah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Perkasa, Pribumi, Pakida dan sebagainya. Kebanyakkan ahli-ahli mereka bukankah terdiri dari kalangan ahli UMNO itu sendiri. Maka itulah kita tidak hairan mereka sanggup melakukan perbuatan tersebut.

Cerita Babi!

Salam hormat


Di sini ada cerita kes kecurian. Ceritanya adalah seperti di bawah;

Dalam sebuah kampung, ada sepasang kawan yang agak karib. Sorang nama Poji dan sorang lagi nama Isa. Dua-dua orang nie masih lagi tak bekerja, asyik lepak kedai kopi janda milah main dam haji berpapan-papan.

Mereka ini adalah penyokong tegar parti UMNO memandangkan kedua-duanya bercita-cita menjadi 'juara rakyat'. Bagi Poji dan Isa, tiadalah parti lain yang boleh membimbing Malaysia ini ke jalan yang benar.

Pada sebelah malamnya, seperti biasa mereka merayap-rayap untuk mencari rezeki terpijak. Mereka menuju ke rumah Pak Husin yang kini berada di Kuala Lumpur melawat anak cucunya di sana.

Sampai di depan reban belakang rumah Pak Husin, Isa bersuara...

"Jie, sungguh ko demo royak nie... lampu rumoh pok husin kocak dok nyala tuh..."

"dok soh runsing la, takdok oghre lahh rumoh dio nie.. pok husin kocak lepah doh di KL nue... huk aloh" Poji memberi jaminan kepada Isa...

Mereka pun mulakan kerja, mencuri ayam Pak Husin... Setelah dapat sorang seekor mereka pun pulang sambil menyanyikan lagi "hoi hoi ya hoi"...

Esoknya, ketika Isa sedang mengasah parang untuk sembelih ayam yang dicuri, Poji menyapa Husin...

"demo nok wat gapo pare tu...?"

"nok sembelih aye lah..."


"bakpe mu nok sembelih behngong? buke ke aye tu hok kita curi? pulah jo lah pale aye tu... demo sembelih pun hare jugak".....

Isa garuk kepala...


Rancangan jahat dua sahabat karib ini diteruskan lagi. Kali ini kelaku mereka lebih berani, memecah masuk rumah Pak Husin.

Sampai dalam rumah, mereka curi apa sahaja yang senang di bawa asal boleh dijual kerana tiada barang kemas yang dijumpai.

Isa terlihat senaskah Al-Quran yang begitu cantik dijadikan hiasan di atas meja yang teletak di tepi dinding.

"Hok nie kalu jual buleh pitih nie"... Isa kemudian mencari sesuatu untuk dibuat alas...

"demo carik gapo nie?" Poji bertanya kerana heran melihat Isa yang mundar mandir.

"Kawe cari kain nok buat lapik"

"nok buat lapik gapo behngong?"


"kawe nok curi Quran yang cantik molek nie, tapi kawe takdok air sembahye, sebab tu kawe nok carik lapik nok angkat Quran nie..."

Poji pulak yang garu kepala...

KESIMPULAN - PERSOALAN : Kenapa kepala babi yang diletakkan dalam halaman Masjid Taman Datuk Harun itu dibungkus dengan plastik? Malas nak samak tangan yang memegang/membawa?

Aku rasa payah jugak orang cina nak masuk Masjid tu, biar waktu malam atau waktu pagi buta pun...

Cerita di atas direka khas oleh edyes, tidak ada kene mengena dengan sesiapa yang bernama Poji ataupun Isa. kah kah kah kah...


Oleh: edyesdotcom

Rabu, 27 Januari 2010

Lompat Parti Demi Jawatan MENTERI !!!

Inilah Tujuannya !!!!

Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Bukan satu yang nak melompat... tak tau lah berapa! ;

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Baca berita di bawah dari Malaysiakini;

Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.

Rakyat Perlu Waspada Dengan Manipulasi Isu Perkauman dan Agama

Saya konsisten menyatakan betapa pencemaran mesjid, gereja dan rumah ibadat yang berterusan amat membimbangkan. Rakyat harus waspada dengan muslihat individu atau gerombolan yang mewakili kalangan terdesak menghasut rakyat dengan memperalatkan isu kaum dan agama.

Tindakan polis dan Menteri Dalam Negeri membuat penangkapan ramai dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri amat dicurigai. Adalah dikhuatiri langkah tersebut adalah percubaan mengalih perhatian dari gerombolan terlibat. Kami membantah keras penggunaan ISA dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam menangani kemelut kini, kami ulangi saranan agar pertemuan antara kaum dan agama dianjurkan di setiap peringkat agar permasalahan ini tidak membarah di kalangan masyarakat.

Mengulas soalsiasat polis ke atas Azizah semalam, saya kesal kerana setelah dua tahun, Azizah masih disoal siasat polis bersabit kes fitnah terhadap saya.
Pendakwa heboh kononnya siap dengan kes yang kukuh sejak tahun lalu. Tetapi selepas 25 Januari pun mereka masih mengganggu keluarga saya.
Alhamdulillah Azizah dapat menempuh dugaan tersebut dengan yakin. Didoakan semoga khianat mereka akan terbongkar dan muslihat mereka gagal.

ANWAR IBRAHIM

Masjid Dicemar Dengan Kepala BABI!

Hari ini negara sekali lagi digemparkan oleh satu serangan yang tidak bermoral oleh orang yang sangat tidak bertanggungjawab.

Apakah tindakkan susulan dari polis dan kerajaan? Pencemaran agama seumpama ini harus dipandang keras oleh semua pihak.

Terdetik dalam hati ini, adakah serangan-serangan ke atas rumah ibadat setakat ini gagal menimbulkan huru-hara maka satu bentuk serangan baru dilancarkan?

Huru-hara akan menguntungkan satu parti. Saya percaya rakyat Malaysia boleh 'adept' segala bentuk ancaman yang boleh mengundang rusuhan-agama ini dengan rasional dan yang penting - memelihara keamanan! Ini akan merencatkan rancangan jahat satu pihak.


Soalan : Adakah ini kerja budak-budak nakal juga?


Dibawah Keratan Berita dari: Melaysiakini

TERKINI dikemaskini 12:05am Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Mahkamah Tinggi Tetapkan 19 Mac Ini Untuk Mendengar Permohonan Khairy Ketepikan Penghakiman Ingkar Saman Fitnah Oleh Anwar !!

Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah. Penolong Pendaftar Kanan A Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K Vasanthi. Pada 4 Disember, 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal hadir di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonan pada 20 Februari, 2009 untuk mengenepikan perintah itu. Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September, 2007 mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak. Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyatakan kenyataan memfitnah yang dibuat oleh Khairy telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007. Beliau mendakwa kenyataan Khairy itu menggambarkan yang beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mementingkan perjuangan orang Melayu dan hak mereka, dan bahawa beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Beliau juga berkata, Khairy telah membuat kenyataan itu untuk memberi gambaran yang beliau (Anwar) adalah ejen politik kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, dan juga bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya. Beliau mendakwa Khairy mempunyai niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan itu yang semuanya adalah bohong, tidak berasas dan tidak benar. Selain memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejennya daripada mengulangi kenyataan.


p/s: Terkadang kita naik hairan dengan tindakan Khairy yang cuba mengenepikan saman fitnah yang dibuat oleh Anwar terhadap dirinya itu. Jika beliau benar-benar anak jantan dan yakin akan kebenaran segala apa yang diucapkan itu, maka kenapa beliau harus takut serta gusar berhadapan dengan Anwar di mahkamah. Ternyata kini, mereka semua mula tidak yakin akan kekuatan diri sendiri.

Samalah seperti pendedahan Ezam Md Noor tentang kotak rasuah, wang RM3 billion serta aset jutaan ringgit yang dimilik oleh Anwar. Sehingga ke hari ini, mereka masih terkial-kial mencari bukti semua itu. Akhirnya, kes liwat juga yang digunakan sebagai senjata untuk menjatuh serta mengaibkan Anwar. Walhal, rakyat Malaysia keseluruhannya sudah tidak percaya lagi sandiwara politik UMNO ini sejak Anwar didapati tidak bersalah dalam kes liwat I dulu.

Jangan Jadi Mangsa kepada agen Provokator, serangan ke atas masjid-masjid

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.


Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.


Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.


Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
27 Januari 2010

Selasa, 26 Januari 2010

Anwar dibenar pinda pembelaan saman KPN

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenar membuat pindaan dalam pembelaannya pada kes saman yang difailkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan berhubung siasatan insiden mata lebam
Ketua Pembangkang itu pada 1998.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, A.Kaveeta dalam kamar.


Peguam Anwar, S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa anak guamnya itu akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut.

Anwar membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontingen Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes kerangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim
Noor, pada 1998.

Musa dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai 2008 mendakwa tuduhan itu adalah tidak berasas dan tidak benar dan telah menjejaskan reputasi, imej, ketulusan dan nama baiknya terjejas di kalangan masyarakat umum dan dalam kapasiti profesional beliau.


Beliau menafikan berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum.

KPN nafi salahgunakan kuasanya

Beliau juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat terhadap Anwar.

Musa berkata Anwar telah secara berniat jahat membuat laporan polis itu terhadapnya dan Abdul Gani selepas menghadapi tuduhan liwat.


Ketua Polis Negara itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, faedah sebanyak lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.

Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutannya.

Selain ganti rugi, Musa juga memohon satu perintah injunksi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atau ejennya daripada mengulangi menerbit perkataan-perkataan berunsur fitnah tersebut.

Anwar dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 24 Okt 2008 berkata laporan polis dibuat adalah bersifat perlindungan mutlak dan justifikasi.

- Bernama

PKR arah Zulklifi 'tutup mulut'

Biro politik PKR hari ini mengeluarkan arahan 'tutup mulut' ke atas ahli parlimen kontroversialnya, Zulklifi Noordin, sementara menunggu keputusan jawatankuasa disipilin yang dijadualkan tidak lama lagi.

Biro politik yang berkuasa itu bermesyuarat tengahari tadi bagi menentukan nasib ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu yang dibidas kerana membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.

Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kenyataannya yang dianggap membelakangkan parti.

Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpakasa dibatalkan.

November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

PDRM Terperangkap Dalam Percaturan Politik Pemerintah

Polis terperangkap dalam percaturan Umno-BN dan terpaksa menggunakan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menghentikan ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kerinci, baru-baru ini.

Dikecam dari pelbagai sudut, polis bertungkus-lumus menepis kritikan dengan alasan mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah ‘lari tajuk’ dalam ucapannya kepada lebih 2,000 penduduk Kerinci malam itu.

Rakyat bagaimanapun merasakan campurtangan pemerintah dalam rapat umum Pakatan Rakyat ini adalah hipokrasi kerana polis dilihat tidak bermaya menangani tunjuk perasaan ‘pijak kepala lembu’ dan ‘kalimah Allah’.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata alasan’lari tajuk’itu mengundang pelbagai persoalan mengenai peranan dann tanggungjawab polis.

Itu bukan kerja polis. Samaada kita lari tajuk atau tidak, itu bukan kerja mereka. Apa maksudnya kita lari tajuk ? Apa yang kita boleh cakap atau kita tidak boleh cakap ?,” katanya.

Rapat umum Anwar Ibrahim di Lembah Pantai Ahad lalu berakhir dalam kekecohan apabila pihak berkuasa diketuai OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib naik ke pentas dan menghalang acara itu dari berlangsung.

Anwar akur dengan permintaan polis, seraya membacakan doa untuk mengakhiri acara malam itu. Polis bagaimanapun enggan berganjak, menghalang bacaan doa dan merampas mikrofon itu.

Perbuatan ini mendorong pengiring keselamatan mengerumuni mantan Timbalan Perdana Menteri itu melindunginya dari kekasaran polis.

Terkejut dengan keangkuhan itu, 2,000 rakyat yang berhimpun bertakbir dan melaungkan reformasi mendesak pihak berkuasa untuk berundur dan mengecam campurtangan pemerintah.

“Bila polis mencelah menyatakan ceramah itu diluar tajuk. Tajuk apa ? Tujuan bertemu rakyat adalah bermesra dengan rakyat. Berkasih sayang dengan rakyat. Dari segi tugas. dari segi masalah penyelewengan. kalau tidak apa yang mahu kita ceritakan ?,” kata Ahli Parlimen Kota Damansara, Nasir Hasyim.

“Yang penting adalah suasana terkawal. Tidak ganggu ketenteraman awam. Tidak jejaskan keselamatan awam. Prinsip saya yang harus ditegaskan. Saudara Anwar hanya pertahankan diri dia,” kata Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub.


Dari TV Selangor

Zambry Serta Exconya Bagai Cacing Kepanasan Kerana Takut Nizar Bubarkan DUN Jika Beliau Menang Di Mahkamah 9 Februari Ini !!

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu. Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin (foto)?. Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini.

Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya. Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat. Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.

Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah. Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya. Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu.

Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka. Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan. Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini.

Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu. Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini. Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini. Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?. Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.


P/s: Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini. Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat. Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula. Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka.

Isnin, 25 Januari 2010

Tindakan Zulkifli Nordin 'bantu' Umno

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno", kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

"Tindakan melalui blog atau media yang dilakukan Zulkifli bukanlah kali pertama. Ini perkara yang serius," tambahnya.

Beliau diminta mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS, Khalid Samad kerana berkata, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.

Dalam aduannya di balai polis Jalan Masjid India Kuala Lumpur kelmarin, Zulkifli percaya kenyataan Khalid berunsur hasutan serta menghina sultan, DUN Selangor dan umat Islam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Husin mempersoalkan tindakan Zulkifli itu kerana menurutnya, perkara itu tidak pernah disuarakan melalui saluran dalaman apabila berpeluang.

"Bila ada perbincangan dalaman (berhubung isu Allah), Khalid (pun) datang, lebih kurang 100 peserta hadir, (tetapi) beliau (Zulkifli) tidak cakap sepatah pun," katanya.

Sehubungan itu, Syed Husin menambah, tindakan terhadap ahli parlimen kontroversi itu akan diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR yang akan bersidang esok.

Ditanya pendirian pembangkang berhubung enakmen yang mencetuskan perbalahan di kalangan pemimpin pembangkang, Dr Syed menjawab ringkas: "Itu dia (Zulkifli) punya alasan saja."

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis terbaru terhadapnya itu.

"Saya tidak hendak layan dah isu ini," katanya kepada Malaysiakini.

Selain Syed Husin, tindakan Zulkifli turut dibidas pelbagai pihak dalam PKR, termasuk ketua umumnya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah di Hulu Klang semalam.

Kemasukan Nazree, petanda Pakatan Rakyat dipercayai golongan muda

Pengumuman yang dibuat bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Yunus untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat dialu-alukan banyak pihak.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, penyertaan Nazree ke dalam PKR itu membuktikan golongan muda masih memandang tinggi perjuangan Pakatan Rakyat.

"Kita ucapkan tahniah kepada beliau, seorang pemuda yang mempunyai karisma dalam memperjuangkan demokrasi dan anti korupsi di negara ini.

"Kemasukan beliau ini membuktikan Pakatan Rakyat sebagai parti yang diminati dan dipercayai golongan muda," katanya ketika diminta mengulas kemasuka Nazree ke dalam PKR 25 Januari lalu.

Penyertaan Nazree yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) membawa aspirasi golongan muda yang mahukan ketelusan, keadilan dan pendemokrasian yang sihat di negara ini, kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Sehubungan itu, penyertaan Nazree ini diharapkan akan menambah rencah kepada perjuangan KeADILan dan juga Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, katanya.

Kemasukan Nazree diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, 24 Januari lalu.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Mengulas penyertaannya ke dalam KeADIlan, Mohd Nazree berkata ia adalah kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR juga bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau.

Shahrizat berdendam selepas kalah

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil berdendam dengan kekalahannya dalam pilihan rayta umum lalu kepada anak beliau, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai.

Atas sebab itulah sehingga kini, beliau masih belum boleh memberikan sebarang ceramah di kawasan Parlimen itu, dakwa Anwar.

Malam tadi, Anwar telah dihalang dari meneruskan ceramahnya selepas 20 minit berucap di atas pentas di tanah PKNS, Kampung Kerinchi bersama dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim.

(GAMBAR: Polis bernama Wan Bari naik ke pentas ceramah Anwar di Kerinchi malam tadi dan meminta Anwar turun dan hentikan ceramah - gambar Malaysiakini)

"Entah mengapa sejak kemenangan kita tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno," kata Anwar dalam blognya mengulas tindakan polis malam tadi.

Dalam kejadian malam tadi, seorang pegawai polis bernama Wan Abdul Bari bersama beberapa anggota telah naik ke atas pentas meminta Anwar berhenti memberikan ucapan selepas kira-kira 20 minit Anwar berucap.

Ekoran itu berlaku ketegangan antara Anwar dengan Wan Bari sehingga 10 minit di atas pentas itu. Anwar dihalang dari terus berucap hatta berdoa. Beliau diminta turun dari pentas dengan segera.

Menurut Anwar, dalam pengalaman beliau berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, beliau belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields itu.

"Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan.

"Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

"Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh," tulis beliau dalam blognya.

Namun, Anwar menulis, "Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!"