Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

2010-Tahun untuk menyerang Umno/BN.

InsyaAllah, jika masih ada nyawa dan matahari esok pagi bermakna kita diizinkan Allah untuk menikmati perjuangan untuk kesekian kalinya. Dan sinar 2010 sewajarnya dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua khususnya jentera dan pengerak PAS diseluruh dunia.Sedikit harapan dari saya. Semoga tahun 2010 dijadikan medan untuk menyerang Umno, membongkar segala kedurjanaan yang mereka lakukan dan berdakwah kepada saki baki ahli Umno yang mahu bersama Islam.

Diharapkan tahun 2010 tidak dijadikan medan untuk ahli dan rakan-rakan blogger menyerang kepimpinan hingga memberikan ruang luas kepada musuh menyerang dan memasuki kota kepercayaan kita.

PAS tidak pernah menutup pintu teguran dari ahli dan juga para penyokong. Tapi diharapkan semua teguran itu dibuat secara beradab dan melalui saluran yang betul.

Kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, maka kita tetap berharap agar ahli dan penyokong memberikan ransangan dan teguran yang membina bukan mencipta persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Membongkar kelemahan parti adalah sesuatu yang dituntut dalam membina kekuatan dalaman. Tetapi kalau pembongkaran itu dibuat dihadapan musuh, itu bermakna bunuh diri.

Sesama pimpinan juga harus bijak memainkan peranan politik mereka dan tidak menjadikan media dan kenyataan-kenyataan terbuka untuk memerangkap pimpinan lainnya.

Acap kali ahli menjadi bingung bila melihat kepimpinan saling berbeza pandangan dan membuat kenyataan-kenyataan yang memberikan beban kepada kepimpinan lain menyelesaikannya.

Kebijakkan politik menuntut PAS mempamerkan budaya kerja politik yang lebih profesional yang bukan sekadar mengulas tetapi menganalisis serta menyelesaikan permasalahan yang ada.

Seterusnya, PAS harus memperkukuhan sumbangan dalam Pakatan rakyat dan menjadi pemimpin kepada kebangkitan rakyat dalam membenamkan Barisan Nasional.

Jadikan tempat-tempat yang sudah dimenangi PAS sebagai kubu-kubu kuat dan pastikan asakkan berterusan dikubu-kubu BN diteruskan tanpa henti.

Akhirnya, kita harus memahami matlamat dan dasar parti sebenar-benarnya agar ia menjadi panduan kekal untuk kita terus mara ke hadapan. Kenali musuh kita yang sebenarnya. Serang dan kerjakan mereka dengan penuh keimanan bukan kerana nafsu atau dendam kesumat.

Kerana akhir tujuan dan matlamat kita adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia

Khairy gigit jari lagi!!

Selepas disebut-sebut bakal menyertai kabinet, nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin terpaksa menggigit jari apabila Perdana Menteri mengumumkan, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletakkan jawatan.

Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Kuching berkata, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

"Ya dari Sarawak. Kita sudah ada nama tetapi tidak boleh diumumkan lagi," kata Najib selepas merasmikan mesyuarat agung Sarawak Progressive Democratic Party's (SPDP) di Dewan Suarah 29 Disember lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 19 Mac 2008 lalu semasa Tun Abdullah masih Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya dikekal dalam kabinet apabila Najib ambilalih jawatan PM pada April lalu.

Pada 4 Disember lalu, Sulaiman mengumumkan, dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan alasa peribadi.

Najib kemudiannya menerima perletakan jawatan itu selepas berbincang dengan ayah Sulaiman, Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum itu, Najib disebut-sebut bakal membuat rombakan kabinet dan nama Khairy disebut-sebut bakal dilantik menjadi timbalan menteri.

Sebuah akhbar politik, Siasah melaporkan di muka depannya, Khairy bakal gigit jari lagi untuk menyertai kabinet. Akhbar itu mengaitkan serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Umno pimpinan Najib sebagai tanda-tanda bantahan Mahathir terhadap berita angin itu.

Ini kerana, sejak sekian lama, iaitu semasa Tun Abdullah, bapa mertuia Khairy adalah Perdana Menteri, Mahathir menjadikan Khairy sebagai sasarannya.

Selepas pemilihan Umno lalu, anak Mahathir, Mukhriz yang kalah di tangan Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pemenang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan.

Namun, Khairy yang menang Ketua Pemuda tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Apabila ura-ura Najib mahu membuat perubahan dalam kabinetnya, nama Khairy disebut-sebut bakal menjadi timbalan menteri. Turut melaporkan ura-ura ini adalah akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Apabila Sulaiman meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, nama Khairy sekali lagi disebut-sebut.

Namun dengan pengumuman Najib bahawa orang Sarawak akan menggantikan Sulaiman, Khairy nampaknya terpaksa menggigit jari lagi.

Hadiah tahun baru dari Kerajaan Barang Naik naik.

Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.


P/s:Dah Tak ada alasan lain dah... Harga Gula di pasaran DUNIA NAIK! itu saja yang menteri-menteri BN tahu... Tapi yang sebenarnya BN tue adalah parti Barang Naik!

Perutusan Tahun Baru 2010 DSAI.

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

ANWAR IBRAHIM

‘Zaman Joli Katak Sudah Berakhir’

Zaman ‘joli katak’ sudah berakhir dan wang ‘loteri minyak’ makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita,” katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai “hak berdaulat” untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya,” katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga,” katanya lagi.

Cukai Kad Kredit RM50, 1 Malaysia Rakyat Di Perbodohkan.

Salam 1Malaysia(Baca : Najib Lahanat),
Sebelum saya meneruskan artikel ini dengan panjang lebar, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kerajaan Najib menipu dan memerangkap rakyat Malaysia dengan cukai perkhidmatan kad kredit yang bakal dilaksanakan mulai esok. Kita harus bangkit menentang segala bentuk penindasan termasuklah cukai RM50 setiap satu kad kredit yang dimiliki.


Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama.

Bukankah sebenarnya kad kredit itu adalah kad hutang atau e-hutang? Berlainan dengan kad debit atau kad MEPS ATM, kad kredit membenarkan hutang secara terus dan memudahkan pengguna dari aspek mendahulukan duit sebenar. Namun kepenggunaan kad kredit oleh rakyat kebanyakkan lebih kepada membuat hutang dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan kebanyakkan harga barang keperluan melonjak sejak 2-3 tahun ini.

Mengapa kad kredit menjadi pilihan Rakyat Malaysia atau lebih tepat pilihan orang melayu? Kerana kad kredit memberi nafas kepada mereka yang memerlukan. Trend kad kredit digunakan oleh bangsa kita kerana ia memberi pendahuluan untuk segala jenis keperluan seperti membeli barang2 dapur, membeli keperluan anak kecil seperti susu dan lampin, menjadi kad minyak dan tidak kurang juga menggunakan kad kredit untuk servis dan baikpulih kenderaan.

Cukai RM50 untuk setiap kad kredit yang dimiliki adalah sesuatu yang wajib ditentang oleh setiap masyarakat. Ia tidak langsung mentafsirkan slogan 1Malaysia buatan Najib. Inikah konsep rakyat didahulukan? atau memang benar-benar rakyat didahulukan untuk membayar cukai tambahan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sedar bahawa kebanyakkan pengguna kad kredit bukan hanya dari golongan yang elit dan senang. Golongan pertengahan dan bawahan juga ada yang menggunakan kad kredit sebagai talian hayat dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan cukai tambahan ini juga, kerajaan seumpama bertindak zalim kerana menambahkan lagi bebanan 'interest charge' yang dikenakan setiap bulan. Walaupun ia hanya RM50, tetapi ia berlaku setiap tahun dan ia termasuklah tambahan RM25 untuk setiap kad tambahan yang kredit limitnya hanya satu.

Pengguna-pengguna kad kredit se-Malaysia seharusnya timbul rasa tersentak dengan cukai baru ini. Sedar atau tidak, ini adalah satu perangkap terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya. Cukai RM50 ini tidak sepatutnya dikenakan terhadap pengguna sedia ada. Kalau benar kerajaan ingin mengenakan cukai ini, adalah wajar untuk hanya dikenakan kepada pemohon-pemohon baru kad kredit.

Pengguna tegar kad kredit pastinya punya masalah untuk membatalkan penggunaan kad kredit kerana baki outstanding yang masih banyak itu perlu diselesaikan sebelum kad tersebut dibatalkan. Adalah tidak adil ia dikenakan terhadap pengguna sedia ada.

Saya percaya, ketegasan kerajaan menjalankan cukai perkhidmatan kad kredit ini mencerminkan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan cukai dengan sesuka hati. Ketirisan dan kebocoran dalam pemerintahan tidak dititik berat malah rakyat menjadi mangsa kerakusan Barisan Nasional merompak hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Hancur Hancur!!! Hancur BN!!

'Dari Port Dickson ke Mongolia'

Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Mongolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010.

Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja di negara ini malah negara luar.

Berucap pada pelancaran buku Perak Darul Kartun peringkat negeri Selangor di stadium Kajang malam tadi, beliau memberitahu mereka akan mengeluarkan satu produk buku kartun setiap bulan bagi memenuhi tuntutan masyarakat.

"Bulan Januari ni kita tengah buat sekarang, ceritanya Dari Port Dickson ke Mongolia, adalah..siapa yang tahu..tahu lah ceritanya," katanya sinis.

Pelancaran tersebut dibuat pada 'Karnival Rakyat, Jom Halal' bersempena sambutan Jubli Perak Pas kawasan Hulu Langat yang sedang berlangsung bermula 25 Disember lalu hingga 3 Januari ini.

"Apa yang berlaku di Malaysia ini banyak sangat benda kartun contohnya, isu katak di Perak, enjin jet boleh hilang..dan kami cuma menterjemahkannya dalam bentuk ini," katanya kepada hampir satu ribu hadirin yang hadir.

Selain pelancaran Perak Darul Kartun, beberpa lagi persembahan pentas turut berlangsung malam tadi termasuk bacaan sajak oleh Piyan Habib dan nyanyian oleh Ito (Blue's Gang).

Perak Darul Kartun adalah komik terkini hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartun ditarik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ogos lalu.

KDN juga bertindak menyerbu pejabat mereka dan berjaya merampas 408 naskhah Gedung Kartun termasuk plat percetakan.

"Mereka (KDN) boleh rampas majalah saya, buku saya, produk-produk saya, yang mereka tak boleh rampas, otak saya.

"Saya tetap akan melukis walaupun atas kertas tisu tandas," katnya ketika menceritakan kejadian rampasan pada hari ke tiga Ramadhan itu.

Perak Darul Kartun juga mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dengan harga pasaran RM10 senaskhah.

Bagaimanapun ianya hanya dijual dengan harga RM4 sempenan Karnival Rakyat berlangsung.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

"Kami tahu apa yang kami lukis, dan kami bukan pelukis upahan," tegasnya.

Rabu, 30 Disember 2009

Umno makin luput.

Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.

Najib Enggan Tubuh Suruhanjaya Bebas.

Keengganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri enggan menubuhkan suruhanjaya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada turut disoal siasat dan takut segala penyelewengan yang dilakukannya terbongkar.

"Ini satu permainan politik datuk Seri Najib.Beliau tidak mahu suruhanjaya siasat Dr Mahathir kerana beliau tahu jika suruhanjaya itu dibentuk, beliau akan terheret sama.

"Sudah tentu beliau juga akan dipanggil untuk disoal siasat mengenai peranan dan apa yang dilakukan sewaktu berada dalam Kabinet Dr Mahathir dan Pak Lah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib juga dilihat tidak pernah membela Dr. Mahathir sewaktu penulis buku yang berpengkalan di Singapura, Barry Wain mendakwa beliau membazirkan RM100 billion sewaktu pentadbirannya.

Sebaliknya Najib hanya berdiam diri ketika rakyat bercakap mengenai dakwaan penulis itu dalam bukunya bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan hanya membiarkan Dr. Mahathir turut menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan perkara yang sama.

"Sekarang ini Najib hanya membiarkan orang mempersoalkan keborosan pada zaman Dr. Mahathir di media-media artelnatif seperti blog dan sebagainya.Dr.Mahathir pula tuduh Pak Lah dan Najib hanya berdiam diri asalkan beliau tidak dikaitkan.

"Najib tidak pernah membela Dr.Mahathir apabila didakwa oleh penulis ini dan menolak penubuhan suruhanjaya bukan bermakna beliau membela Mahathir tapi hanya nak menyelamatkan diri supaya jangan ada orang turut mempersoalkannya," katanya.

Najib juga ujar Mahfuz terselamat dalam hal ini kerana berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada mempersoalkan pentadbirannya.

"Nampaknya Najib berjaya mengalihkan pandangan orang daripada mempersoalkan dirinya sebaliknya mempersoalkan Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir kemudiannya mengheret Pak Lah sama," ujarnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbirannya lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.

Dr. Mahathir sendiri turut mencabar Najib menubuhkan suruhanjaya itu.

Namun Najib semalam dilaporkan sebagai berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

Selasa, 29 Disember 2009

Umno Sepatutnya Keluar BN.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Isnin, 28 Disember 2009

"Dacing" Dah Tak Relevan

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. BERNAMA

p/s:

Ada dua isu. Yang pertama, tukar lambang dacing degan lambang yang ada kaitan dengan 1Mlaysia dan perkataan BN saja
Yang kedua, keahlian terus, ertinya tak melalui parti-parti komponen yang terlalu banyak politiking.

Itu cadangan penjenamaan semula parti "dacing" dari Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ertinya dacing dah outdated. Tak relevan. Selepas ini ahli-ahli parti dacing akan tersipu-sipu malu nak kibarkan dacing, ia telah usang dan boleh dilongkangkan.

Antara Scorpene dan Ghadir, Mana Lebih Baik?

Saya nak pengunjung blog ini membandingkan antara dua buah kapal selam, yang mana lebih hebat sekiranya kedua-duanya bertempur. Mana lebih baik antara Scorpene dan Ghadir? Anda nilaikanlah sendiri.

Scorpene Buatan Perancis - RM3.4 Billion untuk 2 bijik

Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan modern dan kelengkapan perang enam tiup peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak. Peluru berpandu ini anti kapal permukaan dan terpedo antikapal selam.

Ianya berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya








Ghadir Buatan Iran - saya estimate RM50juta setiap satu.

Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik











Baiklah, kita andaikan sebijik Ghadir harganya RM50juta merujuk kepada saiz dan kualitinya.

Scorpene yang berharga 1.7billion setiap satu ditempah sejak tahun 2000 dan salah satu daripada dua bijik yang diorder telah sampai ke perairan Malaysia pada July 2009. Lagi sebijik mungkin tahun depan.

Malaysia telah menghabiskan 3.4Billion atau sebenarnya hampir 4Billion jika termasuk komisyen yang syarikat Razak Baginda dapat. Penterjemah bahasa peranchis ketika itu ialah Altantuya, yg cuba minta sedikit habuan daripada 500juta tersebut.

Daripada 3.4Biliion, kita boleh beli 68 bijik kapal selam buatan Iran (sekiranya estimate saya tepat sebijik = RM50juta).

Bayangkan, 2 biji kapal selam diserang oleh 68 bijik mini-kapal selam. Atau, apa yang 2 bijik kapal selam dapat cover dalam perairan Malaysia nie berbanding 68 bijik kapal selam? 10 di Selat Melaka, 10 di Laut China Selatan, 20 di Laut Sulu dan selebihnya 28 bijik kapal selam di selat tebrau mengelilingi rakan kita Singapura.

Bayangkan jer la...

Teknik untuk mengalihkan isu.

Di dalam politik, teknik untuk “mengalihkan isu” adalah penting untuk memastikan seseorang pemimpin atau ahli politik terus bertahan. Hari ini isu yang hebat diperkatakan adalah mengenai kes kehilangan dua enjin jet pejuang yang bernilai RM 100 juta. Tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, Utusan Malaysia digunakan untuk mengalihkan daripada isu enjin jet hilang kepada isu perkauman lapuk.

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan artikel tulisan Dr. Mohd Riduan Tee, yang lebih Melayu daripada orang Melayu. Biasalah, di Malaysia, yang separuh Melayu seperti “mamak” atau Cina Muslim akan jadi lebih Melayu daripada Melayu. Artikel seperti ini memang sengaja disiarkan untuk mendapatkan reaksi.

Akhirnya reaksi pun diberi oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan agar isu ini terus panas sehingga ada laporan polis dibuat terhadap Dr. Mohd Riduan Tee. Apabila laporan polis dibuat, maka akan berpanjanganlah isu ini.

Apabila isu ini berpanjangan, maka orang ramai akan terlupalah isu kehilangan enjit jet pejuang. Begitulah taktik mereka.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia sedang berada dalam keadaan ketakutan. Inilah yang mereka takutkan. Dikatakan enjin jet pejuang tersebut bukanlah di Amerika Selatan atau Argentina.

Dikatakan enjin jet pejuang berada di sebuah negara yang tidak disukai dan menjadi musuh kepada Amerika Syarikat masa kini.

Sebab itu isu mahu dialihkan agar isu kehilangan jet dapat ditutup dengan cepat. Lebih banyak dibongkar lebih teruk kena menjawab dengan “Uncle Sam”.

Pernahkah anda terfikir, kenapa tiba-tiba NST bocorkan berita kehilangan jet itu?

Tepuk dada, tanya selera.


- Amin Iskandar

Lakonan Umno Tidak Menjadi Di Selangor.

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Sekali dengar dan menyaksikan pemberitaan mengenai kumpulan ini seolah mengambarkan betapa Pakatan Rakyat sudah dalam keadaan benar-benar tersepit dan dalam keadaan bahaya akibat dari himpunan haram yang dihalalkan oleh Umno itu.

Namun suka saya ingatkan bahawa inilah sebenarnya tembelang dan satu tindakan bodoh yang semakin meneggelamkan Umno di negeri Selangor khususnya.

Tindakan Umno menaja sekelompok yang sangat kecil jumlahnya itu untuk kononnya menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak bersetuju dan mendesak dengan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar’ sebenarnya memberi isyarat yang jelas itu adalah permainan dan slogan yang dimainkan Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kumpulan yang sekecil itu adalah kumpulan yang sama sekali tidak boleh mengambarkan itulah hasrat dan perangai ahli PAS yang kononnya bencikan sangat kepada pakatan Rakyat. Sebaliknya itulah kebimbangan Umno yang dibawa oleh kumpulan itu.

Umno dan BN lah yang sangat takut dan bencikan Pakatan Rakyat, apalagi periuk mereka nanti akan diisi dengan pasir bila mereka kalah dan tersungkur nanti.

Kejayaan Pakatan Rakyat melangsungkan satu Konvensyen kali pertama yang bersejarah dan ianya berlaku di Selangor menambahkan lagi kebimbangan Umno dan BN.

Kekuataan Pakatan Rakyat yang menjadi pilihan utama rakyat sehingga sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar ucapan bahawa pada PR ke 13 Pakatan Rakyat akan menduduki Putra Jaya, itulah sebenarnya pokok persoalan dan kebimbangan Umno dan BN sehingga mereka nampaknya sudah semacam sudah hilang pedoman dan melakukan apa saja langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat walaupun dalam banyak hal rakyat sebenarnya menilai dan mentertawakan Umno dan BN yang sudah “tua” dan “nyayok” itu.

Slogan 3 PM Malaysia Yang Merugikan Rakyat.

ZAMAN Tun Mahathir rakyat telah digembar gemburkan dengan 'wawasan 2020' . Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi di highlight kan 'Islam Hadari' . Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengiklankan pula cogankata '1Malaysia' . Anwar Ibrahim dengan 'masyarakat madani'. Lain pemimpin lain mottonya.

Wawasan 2020 sudah luput dari ingatan rakyat seperti luputnya kuasa Dr. Mahathir dibumi Malaysia. Wawasan 2020 Mahathir cuma memberi satu harapan kosong kepada rakyat Malaysia menanti janjinya bahawa pada tahun 2020 semua rakyat punya rumah sendiri, punya pekerjaan, punya kereta proton saga sendiri, punya niaga sendiri pendek kata tiada rakyat Malaysia yang miskin lagi.

Hanya yang nyata barisan pemimpin UMNO/BN yang kaya-raya dan yang tidak pernah mengenal erti sebenar kemiskinan. Kerana kuasa yang ada ditangan mereka membolehkan mereka menggali seberapa banyak harta waima dari segala bentuk sumber hatta dari wang rakyat Malaysia.

Selagi akaun-akaun mereka tidak penuh, selagi itulah mereka akan bekerja keras bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Itulah pengertian definisi WAWASAN 2020 bagi pemimpin UMNO/BN dibawah jajahan Dr Mahathir, pemimpin yang kita dengar orang kata diktator itu pada zamannya.

Islam Hadari, kononnya Abdullah Ahmad Badawi mahu jadi 'hero orang Islam' mahu merubah Islam sebagai Islam yang berkemajuan, Islam yang canggih, Islam yang moden. Seolah olah Islam itu diturunkan oleh Allah swt dalam Al-Quran sebagai tidak berkemajuan, tidak canggih dan tidak moden dizaman Rasullullah saw.

Abdullah Ahmad Badawi lah yang menghadarikannya. Bila hari ini Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berkuasa lagi maka Islam itu kembali mundur kerana Najib tidak menghadarikannya lagi.

Tapi jika dilihat dari aspek lain, Islam Hadari apa yang cuba Abdullah Ahmad Badawi cuba ketengahkan ? Pemimpin bagaimanakah yang tidak tegar menegur bilamana kekhilafan berlaku di depan mata ?

Sebagai seorang pemimpin yang bermotifkan kepimpinan Islam Hadari, adalah menjadi suatu tanggungjawab baginya memperbetulkan kesilapan, bukan hanya memandang guna mata sahaja.

Kelembikan dan ketidak-tegaran menegur dan membimbing akhirnya memakan dirinya sendiri apabila terdapat pemberontakan dalaman dikalangan menteri kabinetnya yang berani mencabar beliau supaya meletakkan jawatan secara terang-terangan.

Dimanakah maruahnya sebagai seorang Ketua Pemimpin ? Nampak sangat beliau tidak ada harga dikalangan rakyat dan menteri-menterinya sendiri ?

1Malaysia apa ini? Cogankata kah atau satu projek untuk rakyat kah? Semua orang tidak tahu. Cuma rakyat diberi tahu bahawa "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Timbul soalan, apa benda yang rakyat sudah dahulukan? Apa sudah pencapaian yang diutamakan? Semua kabur tidak jelas. Yang jelas suruh rakyat bersatupadu menyokong UMNO/Barisan Nasional untuk menguatkan pengaruh Najib sambil menggamit sokongan rapuh dari Big Maminya.

Setelah Najib wujudkan 1Malaysia. Ini seolah olah menggambarkan sebelum Najib jadi Perdana Menteri negara kita ini ada 13Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia meliputi 11 Negeri Negeri dalam Semenanjung.

Jadi, Najib lah sebenarnya sebagai hero Malaysia kerana berjaya menjadikan 1Malaysia daripada dulunya 13Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cogankata "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan'. Di mana kesahihan cogankata ini ? Apakah sumbangan yang mereka berikan kepada rakyat ?

Tariff elektrik, minyak, barangan asas keperluan rakyat kosnya meningkat naik. Rakyat pedalaman dan luarbandar banyak yang semakin kesempitan hidup. Apa yang telah BN 'dahulu'kan kepada rakyat ?

Yang nyata, bilamana ada pilihanraya kecil, barulah rakyat di 'hulurkan' dengan tujuan supaya undi rakyat kampung di'hadiahkan' kepada calon UMNO/BN.
Seperti dalam dialog wayang Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang "dua untuk aku satu untuk kau". Begitulah hakikatnya. UMNO/BN hulur, rakyat harus 'bayar' balik dengan pangkahan undi BN calon mereka.

Timbul persoalan, apa kah sebelum Najib jadi Perdana Menteri, halatuju Barisan Nasional dulu bukan rakyat didahulukan? Tidak ada pencapaian diutamakan semasa BN memerintah dulu?

Kalau itulah maknanya 1Malaysia seolah olah selama ini BN telah bermain politik songsang kepada rakyat Malaysia? Jadinnya "Tipah Double Tertipu Lagi? ".

Memang pada dasarnya, rakyat Malaysia telah lama ditipu dan di perdayakan oleh kepimpinan UMBO/BN. Cuma masih ada rakyat yang 'kabur' dan suka diperdayakan oleh UMNO/BN. Di hulurkan RM100-200, mereka segera lupa akan kesengsaraan mereka.

Mereka lupa huluran RM100-200 cuma mampu bertahan sehari dua sahaja ekoran kos kehidupan rakyat meningkat hari demi hari tanpa mereka sedari. Golongan inilah yang harus kita buka minda dan mata mereka untuk melihat kebenaran yang terselindung disebalik lakonan-lakonan pemimpin UMNO/BN.

Wawasan Anwar Ibrahim, "Masyarakat Madani" dalam satu negara penduduknya berbilang bangsa dan fahaman agama mahu dimajukan. Tiada bangsa dalam negara Malaysia ini merasa kerugian.

Ada kah bangsa Melayu mahu kerugian? Jawabnya TIDAK. Cina, India, Bumiputera Islam dan bukan Islam mahu kerugian? Jawapan yang sama TIDAK. Bagusnya masyarakat madani semua dibantu tidak pilih bulu, semua bangsa tidak ketinggalan dalam mengecapi arus kemajuan rakyat madani.

Jadi, kalau semua suku bangsa rakyat Malaysia beruntung dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, apa masalahnya?

Berbanding dengan Kerajaan UMNO/BN yang cuma untung adalah pemimpin pemimpin, orang orang besar, dan kroni kroni mereka sahaja. Kamu rakyat kampung dapat apa? Bukan kah itu suatu kerugian kepada semua bangsa dalam Malaysia?

Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berita kehilangan 2 jet tentera Malaysia. Bagaimana dan mengapa ini berlaku ?

Kita semua tidak percaya ini kerja pencuri dan perompak jalanan yang ada di negara ini. Waima geng perompak terbesar pun tak mungkin bisa melakukannya.

Kerja-kerja ini hanya boleh di lakukan oleh 'orang-orang tertentu' yang pangkatnya bukan satu paku tapi berpaku-paku. Kita juga tidak mungkin dapat percaya kalau kerja-kerja ini di lakukan oleh anggota tentera yang berpangkat rendah.

Apakah Jenderal-Jenderal tentera yang ada di Malaysia ini tidak cukup makan ? Gaji mereka kurang besar kah ? Banyak pertanyaan demi pertanyaan timbul ekoran kehilangan misteri ini . Atau mungkinkah kita boleh pinjam 'AHLI NUJUM@DATUK KENNETH' untuk merungkai misteri kehilangan ini ?

Persoalaannya, siapa yang lakukan ? Dan bagaimana ianya di lakukan tanpa disedari atau pura-pura tidak disedari ?

Banyak kemungkinan dan persoalan timbul. Ini menampakkan betapa lemahnya sistem kawalan anggota tentera kita. Untuk menjaga jet tentera pun mereka tidak mampu, bagaimana kita dapat mempercayai keupayaan mereka untuk mempertahankan negara yang kita cintai ini ?

Yang paling kita kesali, perkara sebegini berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO/BN dimana Kementerian Pertahanan, Menterinya Dato Seri Najib Tun Razak, orang UMNO/BN.

Banyak desah-desus di kedai kopi kini mula mencurigai keselamatan negara ini dan kini mereka dapat melihat kepincangan pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang semakin luas kelihatan.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO/BN, sudah-sudahlah mencari kesalahan Pakatan Rakyat. Perbaiki dahulu kelemahan dan kemusnahan dalaman UMNO/BN sebelum sibuk mencanangkan kelemahan Pakatan Rakyat.

Tapi, yelah, macam mana mau kerja untuk rakyat sedangkan Ahli-Ahli Parlimen kita sibuk mencari jodoh di kalangan artis-artis muda dan jelita.

Tercabar juga rasa mereka bilamana melihat pengantin baru Bung Mokhtar dengan Zizie. Apa pun, selamat pengantin baru Bung Mokhtar, lepas ni dalam Parlimen tidak boleh lagi bising-bising, hilang nanti seri pengantin !

Yang penting bukan pasal kawin yang jadi isu disini, rakyat perduli apa Raden Moktar nak kawin 3 atau 4 artis, tapi yang penting YB.

Raden Muktar telah menafikan dalam TV3 bahawa khabar angin itu cuma diada adakan. Ini namanya Wakil Rakyat PEMBOHONG. Si-pembohong mana boleh percaya jadi wakil? Tentu sekali janjinya pada rakyat pun beliau sanggup BERBOHONG?

Ahad, 27 Disember 2009

YB Law Choo Kiang berhijrah...
















Semalam tercipta sejarah di Dewan Chong Kuang Sg Bakap di mana buat julung kalinya program Forum Perdana Ma'al Hijrah telah diadakan bertajuk HIJRAH MEMBENTUK PERIBADI UMMAH.


















Ahli Panel:
1. Ustaz Ismail bin Kamus (digantikan dengan Ustaz Dr Jamnul Azhar)
2. Ustaz Dr Badrul Amin bin Baharom
3. Ustaz Mahizam bin Md Lazim
Pengerusi Forum: Ustaz Anuar bin Hussain (turut digantikan kerana terima amaran dari Kementerian Pelajaran)

Anjuran:
Surau Tmn Murai Jaya, Simpang Ampat, SPS
JKKK Simpang Ampat, SPS
dengan kerjasama:
MMK Pembangunan Luar Bandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
















Kehadiran muslimin dan muslimat dalam dewan dan ramai lagi di luar dewan.
















Kaum berketurunan Cina juga turut hadir. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang peristiwa serta pengajaran Hijrah.


















YB Law Choo Kiang (4 dari kanan gambar) selaku Adun Bukit Tambun merangkap Exco Kerajaan Negeri turut hadir dari awal hingga akhir. Inilah bezanya YB Pakatan Rakyat berketurunan Cina dengan YB BN.

YB Law Choo Kiang bukan sahaja hadir mengikuti Forum Perdana malah beliau turut menyumbang RM5,000 untuk menjayakan program ini.

Ustaz Badrul Amin berpesan agar peristiwa Hijrah ini bukan hanya untuk mendengar satu cerita tetapi yang lebih penting pengajaran dari peristiwa Hijrah. Mengapa Allah tidak permudahkan sahaja Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menghantar borak seperti peristiwa Israq dan Mikraj?

Di antara pengajarannya adalah :-
1) Dalam perjuangan strategi perlu ada memerlukan pengorbanan.
2) Dalam perjuangan orang muda amat diperlukan seperti Saidina Ali yang baru berusia 12 tahun sanggup menggantikan tempat tidur nabi diketika Nabi mahu dibunuh.
3) Dalam perjuangan orang bukan Islam juga diperlukan seperti Abdullah Uraiqit yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi dari Mekah ke Madinah.
4) Dalam perjuangan wanita juga diperlukan seperti Asma' Abu Bakar yang sanggup menyedia dan menghantar makanan ketika nabi di gua Thur selama 3 hari.

Sewajarnya umat Islam di semua peringkat pada hari ini menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat banyak bergantung kepada potensi anak muda.

Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika anak muda dididik dengan akidah dan akhlak yang mantap bukan dengan hiburan yang terlampau.

Semalam saya tercari-cari juga di mana 2 orang anak muda Pembantu Khas YB Law Choo Kiang. Tak nampak pun mereka atau mungkin kerana ramai saya tidak berkesempatan bertemu dengan mereka.

Saya bimbang juga bila tengok YB Law Choo Kiang tanpa 2 Pembantu Khasnya seolah-olah macam kehilangan 2 enjit pesawat F-5E..he..he..

p/s: Semoga Hijrah tahun ini lebih bererti...kepada perokok...bila nak berhenti merokok?

Jika Umno "Menjual, Ayuh Kita Membelinya"

TERNYATA, Umno Selangor di bawah Najib teramat lemah untuk merampas kembali Selangor dari PR. Apatah lagi kebijaksanaan DS Anwar yang cepat-cepat `bertakhta' di Selangor selaku Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 nampaknya membuatkan misi Umno untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor semakin malap. Umno sedar, tanpa bantuan PAS mustahil buat Umno untuk menapak kembali di negeri terkaya itu. Sebelum ini berbagai usaha telah dilakukan oleh Umno untuk menarik perhatian rakyat Selangor kononnya Umno lebih baik mentadbir negeri itu dari PR.

Semua muslihat telah dilakukan oleh Umno dengan bantuan media pencacai mereka. Mereka memulakan dengan isu penyelewengan kononnya yang telah berlaku di Selangor oleh MB Khalid sehinggakan membuat cerita lawak tentang isu lembu korban. Isu ini tidak laku malah ditertawakan dan mereka bermain pula dengan `kepala lembu' yang diarak. Isu ini memakan diri sendiri. Wah, tiba-tiba Umno menjadi parti pejuang Islam apabila memainkan isu arak dan judi di Selangor dan buat-buat lupa siapa yang melulus kemasukan arak dan lesen judi terbesar di negara ini. Ini semua ditertawakan oleh rakyat Selangor yang bijak, cuma yang bodoh sahaja terhangguk-hangguk dengan cerita lawak Umno ini.

Kisah tabung Balkis, kisah rumah Khir Toyo dan lawatan Balkis yang melibatkan dana yang besar terus dilupakan oleh mereka. Laporan Selcat yang siap dengan bukti serta saksi langsung tidak menjadikan pemimpin Umno semakin cerdik malah mereka terus dengan kedunguan mereka. Kini, mereka mencari rakan untuk bersama mereka agar impian mereka untuk merompak kekayaan negeri Selangor tercapai. Mereka tidak lagi percaya kepada rakan kongsi mereka seperti MCA atau MIC yang semakin tenat itu. Umno kini lebih yakin bahawa PAS sahaja yang boleh membantu mereka untuk merampas kembali Selangor.

Maka, dikatakan akan ada memorandum untuk diserahkan kepada PJ PAS Selangor Dr Hassan Ali agar PAS keluar dari PR. Lawak ini mungkin penghujung segala lawak oleh Umno dalam edisinya tahun ini. Persoalannya, memorandum itu berharga atau tidak buat PAS? Jika PAS Selangor merasakan memorandum itu berharga dan bernilai, ambillah dan ucaplah terima kasih kepada Umno. Tetapi jika PAS Selangor merasakan memorandum itu tidak ubah seperti `helaian kertas tandas', maka letakkan sahaja memorandum itu di dalam tandas-tandas awam di Selangor untuk digunakan. Jimat sedikit peruntukan tandas-tandas awam di Selangor.

Kita akan melihat samada Dr Hassan Ali punyai keberanian atau tidak berdepan dengan Umno Selangor ini. Kewibawaan Dr Hassan Ali berdepan dengan `badut-badut' Umno itu nanti akan membuktikan komitmen beliau selaku PJ PAS Selangor. Apakah PAS Selangor serta rakan-rakan di dalam PR di Selangor akan bertindak balas sepertimana di Kelantan dengan menghimpunkan berpuluh ribu orang untuk menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Selangor sekarang tidak boleh dipermainkan? Pemimpin PR Di Selangor boleh berfikir untuk bertindak sedemikian kerana apabila Umno berani `menjual', ayuh, kita mesti `membeli'nya.

Ayuh, PR Selangor kita berhimpun dan tunjukkan kepada Umno betapa kita tidak semurah yang mereka sangkakan. Sekali Umno terkena, InsyaAllah, mereka akan cerdik sedikit selepas ini.

-WFAUZDIN NS

Kita akan siasat "Tok dalang" disebalik demonstrasi.

PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.

Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebelum ini, ada satu maklumat diterima melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu.

Satu sumber memberitahu bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

-Hrk

Bukan Ahli PAS Yang Desak Keluar Pakatan.

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.


"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Sabtu, 26 Disember 2009

Zahid Hamidi Tikam Najib Razak

Kehilangan dua enjin jet F-5E mengesahkan kita bahawa negara dan Datuk Seri Najib Razak telah hancur.

Pertama, sistem pertahanan lemah dan loggar. Kedua, Najib Razak ditikam oleh 'Orang UMNO'.

Datuk Seri Zahid Hamidi telah membocorkan maklumat kepada media agar Menteri Pertahanan ketika itu dan sekarang adalah Perdana Menteri dipersalahkan rakyat dan ahli UMNO-BN

Perangkap Buat Hassan Ali.

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor. (Harakahdaily)

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan. Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat. Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

Tamak, penindasan bawa keburukan

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tahun 2009 menyaksikan rakyat di negara ini menerima kesan buruk akibat krisis kewangan yang melanda dunia.

Katanya, episod itu menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street atau tempat lain, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri.

Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal,A Christmas Carol. Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya,” katanya.

Anwar berkata demikian pada perutusan Hari Natal dan Selamat tahun Baru yang dipetik dari laman blog beliau, semalam

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan.

Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya,” katanya.

Beliau berkata, tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya menandakan permulaan bagi tahun 2010.

Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun, cita-cita dan keazaman itu disusuli dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat.

Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal.

Penulis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kenyataan itu tidak munasabah kerana pegawai pangkat rendah tidak akan mampu melarikan enjin seperti itu tanpa bantuan pihak atasan.

Menurutnya, Ahmad Zahid mungkin cuba menjaga maruah dan kewibawaan pihak tentera, tetapi caranya tidak kena pada tempatnya.

Walaupun kes ini cuba dirahsiakan kepada umum, akhirnya akan terbongkar. Persoalannya apakah benar hanya pegawai lain-lain pangkat yang terlibat dengan kes itu atau ada dalang di sebaliknya?

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, pihaknya perlu menyiasat pegawai tertinggi, termasuk jeneral, berhubung kes itu dan ini membuktikan bukan saja pegawai LLP terlibat, tetapi juga pegawai atasan,” katanya.

Beliau berkata, sikap Ahmad Zahid yang cuba meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah, seolah-olah cuba menyembunyikan kesalahan pegawai atasan.

Mohd Sayuti berharap tidak ada tindakan untuk ‘melindungi jerung dan membiarkan bilis menjadi mangsa’.

Kenyataan Ahmad Zahid tidak munasabah kerana jika tiada pegawai tertinggi yang terlibat kes itu tidak akan berlaku kerana pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa pegawai atasan tentera tidak terlibat secara langsung atau tidak dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E itu.

UMNO Mahu Desak PAS Selangor Keluar PAKATAN RAKYAT.

Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Jumaat, 25 Disember 2009

Dr Mahathir Suruh Siasat Pak Lah.

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.


Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Mungkin ada lagi yang lesap.

DAP tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi aset dan maklumat rasmi milik kerajaan hilang dan diseludup keluar disebabkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak telus.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, ketirisan, penyelewengan dan pecah amanah ini berlaku bukan sahaja membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tetapi pihak yang sebati dengan gejala negatif itu.

Insiden kehilangan enjin pesawat TUDM ini hanyalah salah satu daripada banyak perkara yang tidak diketahui rakyat.

Jika enjin pesawat tempur yang bersaiz besar untuk kegunaan pertahanan negara boleh hilang, bagaimana dengan kelengkapan senjata bersaiz kecil dan juga maklumat keselamatan negara?,” katanya.

Menurutnya, jika sistem kerajaan ditadbir baik, perkara tidak betul seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 tidak akan berlaku.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penyiasatan berhubung kehilangan enjin pesawat tempur itu memakan masa dan hanya dihebahkan setelah dua tahun kehilangannya disebabkan terdapat usaha untuk menutup kes itu daripada disiasat.

Kita yakin, jika kes berprofil tinggi ini disiasat dengan telus dan teliti, kemungkinan banyak lagi kes berkaitan akan timbul, yang akhirnya membuka pekung pentadbiran kerajaan.

Rakyat seharusnya membuka mata dan menilai pemimpin yang dipilih untuk melindungi rakyat," katanya.

Beliau mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyifatkan kes kehilangan enjin pesawat tempur sebagai tugas penyiasatan yang rumit dan banyak tekanan, sedangkan penyiasatan masih belum berjalan.

Sabtu lalu, media melaporkan kehilangan sebuah enjin pemintas F-5E TUDM bernilai hampir RM50 juta daripada Gudang Material Udara (Matra1), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih.

Umno P.Pinang Cuba Beli Hati Pengundi Melayu.

Perebutan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang antara Gerakan dan Umno hanyalah bertujuan untuk meraih semula simpati daripada masyarakat Melayu yang kebanyakannya sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada mereka.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man,(Gambar) apa yang dilakukan oleh Umno pada tahun ini adalah episod drama ulangan sepertimana yang telah mereka lakukan pada tahun 1986 yang lalu.

"Pada pilihan raya umum tersebut Umno telah berjanji untuk mendapatkan kerusi Ketua Menteri sekiranya memenangi kerusi dalam pilihan raya tersebut.Tetapi mereka tidak juga berjaya menjadikannya sebagai satu kenyataan.

"Kini propaganda yang mereka lakukan pada tahun-tahun terdahulu dilakukan sekali lagi semata-mata untuk meraih sokongan yang sudah pudar dikalangan masyarakat Melayu khususnya.

"Namun begitu apa yang berlaku dalam BN Pulau Pinang tidak akan membawa apa-apa perubahan senario politik di negeri ini.Rakyat sebenarnya sudah faham dan menyedari taktik yang digunakan oleh Umno dan Gerakan dalam meraih sokongan setelah kepercayaan rakyat kepada mereka semakin terhakis," katanya.

Menurut Mohd Salleh lagi tindakan Umno menggesa Gerakan supaya memberikan kerusi Pengerusi BN kepada mereka sudah tidak relevan lagi kerana rakyat tidak mudah untuk menerima mereka lagi setelah melihat kepada bentuk kepimpinan yang lemah dan tidak telus oleh kepimpinan BN sebelum ini.

Negara Boleh Hancur.

Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi.

Sebelum itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor menganjurkan majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10, semalam.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Raja Lumu, di Muzium Selangor dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A Samad Said yang turut menyampaikan ucapan, Bendahari Gapena, Haji Hamzah Hamdani yang yang menyampaikan ucaptama dipengerusikan oleh Dr Ibrahim Ghafar.

Turut menyerikan lagi majlis berkenaan adalah Penggiat sastera dan budaya Melayu, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim, Dr Ami Masra, Ahmad Sarju dan ramai lagi termasuk penuntut-penuntut Universiti seperti MSU.

Saya sebagai anak Selangor merasa bangga dan terharu kerana setelah nama-nama besar sastera dari lain menerima anugerah ini, saya memang tertunggu-tunggu, bilakah agaknya penulis dari Negeri Selangor akan menerima anugerah Sasterawan Negara ini.

Syukur dengan keizinan Allah SWT saya telah terpilih untuk menjadi Sasterawan Negara pertama yang datang dari Selangor,” jelas Dr Anwar dengan perasaan terharu.

Majlis Bicara Tokoh Sasterawan Negara dan di sebelah petang diadakan Seminar Penulisan Kreatif dan Variasinya ini dirasmikan oleh Exco Selangor, Puan Rodziah Ismail dan penutup oleh Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Kedua acara ini adalah program pertama anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah naungan Sultan Selangor yang perasmian kewujudannya akan dilakukan pada Mac 2010 nanti.

Dalam pada itu, seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menghadiahkan sebuah rumah sebagai ganjaran kepada Datuk Dr Anwar sebagai sasterawan pertama dari negeri ini.

Untuk rekod, Datuk Dr. Anuar Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera pada 1973 dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya.

Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Kini sebagai Dekan di Aswara, Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.

Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Antara pencapaian beliau di bidang sastera adalah Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Perjalanan Terakhir (1971), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran.

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983), Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus dan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan

Enjin Kapal Selam Pula Hilang !

TELUK SEPANGGAR: Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita berita kehilangan iaitu enjin kapal selam yang sedang berlabuh di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar.

Kehilangan enjin kapal selam itu disedari setelah pegawai pemerintah kapal selam cuba untuk 'start engine' berkali-kali namun tiada langsung tindakbalas dari bilik enjin kapal selam. Setelah diusul periksa, perajurit laut mendapati kedudukan enjin kapal selam tersebut telah tiada ditempat asal lantas melapurkan kejadian yang tidak diingini ini kepada pegawai pemerintah.

Kini kapal selam tersebut tersadai dengan ketiadaan enjin yang bernilai setengah Bilion itu. Sumber risikan mendapati kemungkinan enjin tersebut telah dicuri oleh orang-orang monggol sebagai sebuah 'pampasan'. -Butusan Malaysia

DPerbatasan-p/s: Hahaha..Lawak-Lawak Tapi Tidak Mustahilkan jika satu hari nanti ini pula akan berlaku...

sila hayati berita di bawah;

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Khamis, 24 Disember 2009

Misteri Dan Realiti Kehilangan Enjin F-5E TUDM

KEHILANGAN dua enjin persawat F-5E milik TUDM terus menjadi bualan di mana-mana saja. Mereka yang sebelum ini buta dan jahil mengenai hal ehwal pesawat dan ketenteraan kini sudah mulai mengetahui dan mengenalinya serba sedikit.
Isu kehilangan secara misteri dan realiti dua enjin itu memaksa mereka mempelajari lebih dekat mengenai peralatan perang khasnya nama-nama kapal perang untuk dijadikan bahan bercakap.

Bagus juga enjin pesawat dan lain-lain peralatan lain bernilai lebih RM100 juta itu hilang setidak-tidak ia memberi ilmu kepada orang ramai.

Dalam memperkatakan isu ini, orang ramai melahirkan rasa terkejut dan anih atas apa yang berlaku. Mereka merasa anih kenapa peralatan perang boleh hilang begitu mudah sedangkan ia dijaga dengan rapi. Jika boleh diibaratkan kepentingan dan maruah senjata milik negaranya itu samalah dengan 'senjata' milik kita di mana ianya dijaga dan dibawa ke mana-mana hatta ke jamban tanpa sedikitpun diabaikannya.

Kata menteri pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi kejadian itu dilakukan oleh pengkhianat negara! Memanglah yang melakukan perbuatan tidak bermoral penyagat dan petualang. Kalau benar begitu orang jadi terkejut mengapa musuh begitu mudah menyelinap masuk ke dalam zone pertahanan dan menyonglapkan dua enjin berkenaan. Kenapa begitu rapuh pertahanan kita dirempuh oleh musuh? Tidak kiralah musuh itu dari kalangan tentera sendiri ataupun orang luar.

Meneliti kepada kejadian ini timbul juga pertanyaan, apakah berlaku sebotaj dalam pertahanan kita. Musuh masuk ke dalam zone pertahanan keselamatan kita dan mencabut enjin serta merosakkan kapal terbang? Tujuannya bila kita bersiap sedia hendak menggunakannya ia tidak boleh digunakan.

Lain-lain keterkejutan dan keanihan ialah kenapakah siasatan dan tindakan ke atas kehilangan itu lambat diambil tindakan? Menurut laporan enjin itu hilang sejak tahun 2007 lagi. Satu laporan polis telah pun dibuat dua tahun lalu. Menurut Peguam Negara, Abdul Ghani Patail pula kertas siasatan mengenai kes itu akan dipulang kerana tidak lengkap. Penjelasan Ghani itu menunjukkan siasatan sudah dijalankan?

Soalnya kalau ia tidak lengkap kenapa ia baru sekarang nak dipulangkan? Apakah ada persefahaman antara Peguam Negara dengan Polis dalam hal ini agar melewatkan siasatan mengenai kehilangan itu. Atau apakah hal ini ada sangkut paut dengan penyambung kontrak Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya tamat beberapa bulan lalu.
Lebih rewel lagi seperti mana kata Zahid, Peguam Negara telah meminta segala dokumen dan laporan mengenai keadaan enjin itu dan ke mana destinasi asalnya. Bila Ghani baru minta bermakan kes ini baru hendak disiasat (semula)?

Apabila siasatan tidak selesai dan tidak lengkap dan pencuri gagal dibawa ke mahkamah ini bermakna siasatan itu dibuat ala kadar saja. Jadi keadaan ini menyebabkan orang mempunyai ruang dan modal untuk berandaian sehingga kepada mungkin ada usaha dipihak tertentu cuba hendak menyembunyikan kes kehilangan ini. Kenapa?

Prasangka akan terus menjadi-jadi. Mungkin disebabkan kerana ia melibatkan pihak atasan hatta menteri maka ia disembunyikan. Ingat kejadian ini berlaku semasa Najib Razak jadi menteri pertahanan. Apakah ianya ada kaitan dengan Najib sendiri?

Persoalan lain juga timbul kenapa ia didedahkan hari ini. Semasa Zahid pula menjadi menteri. Zahid dikenali sebagai anak buah Najib? Atau memang sudah ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua menyebabkan Zahid tidak dapat menyekat desakan agar kes ini didedahkan? Apakah ada konspirasi senyap untuk menjatuhkan Najib?

Malam tadi saya minum bersama seorang bekas pegawai tinggi tentera yang berpangkal Kolonel pernah terlibat dalam pembelian peralatan perang tentera. Saya mengambil peluang menanyai mengenai beberapa prosuder mengenai pembelian, penjagaan dan penyelenggaran peralatan perang.

Menurutnya adalah mustahil kalau kehilangan dua enjin itu tidak dapat dikesan sejak awal-awal lagi. Ini kerana katanya setiap barangan tentera yang masuk ke inventori ianya direkod dan dikawal rapi. Bukan saja enjin kapal terbang bahkan sebatang paku pun ia direkod dan diketahui ke mana ia dibawa. Peralatan tentera begitu sophisticated sekali.

Kerana itu katanya dia yakin, sangat yakin kehilangan itu sudah pun diketahui awal-awal lagi. Kalau pun menteri tidak tahu, ketua tentera mesti tahu. Atau setidak-tidaknya pegawai tinggi yang bertanggungjawab mengawal logistik tentera sudah pun mengetahuinya. Di dalam tentera katanya ada satu psukan khas yang dinamakan risik. Pasukan ini bertanggungjawab membuat risikan dalaman dan luaran. Dan apa juga peralatan perang kalau tidak ada perintah dari atasan tidak ada sesiapa yang berani mengeluarkannya kerana risikonya tinggi.

Berdasarkan pengalaman Kolonel itu kemungkinan kes kehilangan membabitkan orang atas termasuk peringat menteri dan perdana menteri sendiri. Bagaimana pun Zahid sudah membuat penafian kes itu tidak membabitkan pegawai tinggi tentera dan ia hanya melibatkan pegawai lain-lain pangkat (LLP) sahaja. Buat sementara kita terimalah dulu apa yang dijelaskan Zahid.

Tetapi sekali lagi berdasarkan penjelasan bekas pegawai tentera itu penafian Zahid itu boleh dipertikaikan. Apakah dalam hal ini Zahid cuba menyembunyikan sesuatu kerana ingin menyelamatkan seseorang? Sebaliknya kalau Zahid ada niat begitu kenapa beliau tidak mengawal agar kes ini tidak pecah? Atau Zahid sendiri pun sudah tidak berdaya menahanan asakan bagi mengelakkan dirinya sendiri dibabitkan dengan kehilangan itu?

Disebabkan kes ini sudah terdedah dan Najib sendiri memberi pengakuan tidak akan melindungi sesiapa, maka kita serahkan kepada polis. Kita berdoa supaya polis menjalankan tugas dengan baik dan telus. Siasatlah dengan jujur dan rasa tanggungjawab kepada negara berlandaskan kepada keimanan dsn bukan nasihat isteri. Kalau polis, peguam negara dan sesiapa saja terlibat dalam menyelesaikan kes ini mengenepikan semagat itu maka negara bukan saja kehilangan dua enjin tetapi banyak lagi enjin akan hilang mungkin termasuk juga 'telor' menteri dan perdana menteri turut hilang.

Mengenai arahan Zahid supaya bloger tidak membuat spekulasi mengenai hal ini ia bukan mudah untuk dipatuhi. Bloger atau penulis mereka meriwayatkan apa saja yang menjadi sunggutan alam dan maklhluknya. Selagi alam memperkatakan apa saja isu termasuk isu kehilangan dua enjin itu maka selama itulah bloger akan menulis dan mengulas dengan akal, pengamatan dan firasat siasatannya sendiri.

-Oleh Mohd Sayuti Omar

Rabu, 23 Disember 2009

Pakatan Perlu Pulihkan ‘Maruah’ Politik Negara

Pakatan Rakyat (PR) perlu memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengembalikan maruah kepada perjuangan politik negara ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang kini bersama Parti Keadilan Rakyat, salah satu komponen PR berkata, cabaran ikatan itu sekarang ialah membuktikan muafakat sejati di antara pelbagai kaum.

Dengan merujuk kepada kejayaan penganjuran konvensyen sulung PR Sabtu lalu, Zaid berkata PR perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama.

Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua,” kata beliau dalam blognya.

Beliau menambah setiap kaum di negara ini juga perlu membuktikan bahawa mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina.

Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi.

Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia,” kata beliau lagi.

Zaid menambah apa yang bakal menjadi cabaran kepada PR bukanlah menangani dakyah Umno semata-mata tetapi seperti kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, “kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja.”

Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut.

Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza,” katanya.

Beliau menambah, Dasar PR sendiri yang dipersetujui tiga parti komponennya merupakan satu paradigma baru dalam politik negara.

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu Umno dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan.

Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain.

Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam,” katanya.

Pun begitu, kata beliau, yang paling ketara dan jelas ialah PR telah pun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok teras.