Pengikut

Isnin, 30 November 2009

Doa' Bala Untuk Najib dan kuncunya Umno Betul dan Tepat

Isu DOA untuk musnahkan (bala) untuk perdana menteri Malaysia Datuk Najib dan kuncunya dalam Umno yang dibacakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Rakyat Kelantan adalah wajar dan tepat. Walaupun ditegur oleh ulama umno dan mufti Perak Tan Sri Harrusssani Zakaria yang satu waktu dulu terkenal mengatakan ribuan umat Islam keluar ugama Islam atau murtad. Tapi isu murtad hilang selepas mungkin "didoakan" oleh mufti tersebut dibawa arus dan tenggelam. Tidak ada penyelesaian isu murtad. Umat Islam dan generasi Islam hancur dan murtad sudah tidak menjadi isu nasional.

Seluruh akhbar arus perdana dan media tv dan eltronik serta media maya menghemtam Tuan Guru Datuk Nik Aziz menteri besar Kelantan keran berdoa bagi memusnahkan atau musibah pada perdana menteri Malaysia DS Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam umno.
Naib presiden Umno DS Dr, Zahid Hamidi menteri pertahanan Malaysia membidas kisah baca doa dengan menuduh Nik Aziz nyanyuk. Malah pemimpin Umno dan pengampu Umno ada yang berkelususan ugama menudah Nik Aziz sesat dan ulama sepatutnya tidak bertindak sedemikian.

Dalam hujah Ilmu Islam ada dua kumpulan ulama dalam dunia. Satu ulam yang jahat dan suka sangat mengambu kerajaan dan pemerintah demi perut dan kedudukan. Kedua ada ulam yang bail dan betul berdasarkan ilmu yang ada pada dirinya, Tidak megampu kerajaan dan mengeluarkan pendapat yang bertersakan alquran dan sunnah. Di Malaysia cukup banyak ulama atau orang yang ada ilmu islam bersekudukkan sekular dan Umno melawan Islam.

Isu doa yang yang war-warkan oleh pemimpin Umno, Tuan guru tetap mempertahankan doanya. Nik Aziz ada hujah yang cukup kuat. Umno dan Najib telah tipu seluruh rakyat Malaysia dan Islam dalam hal royalti minyak. Jelas Najid menipu dan merompak dan ada niat jahat .

DSAI Akan Berada Di Mahkamah Jalan Duta Esok, 1 Disember 2009

Esok DSAI akan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta berkenaan dengan kes 377B dan permohonan mengenepikan pertuduhan tersebut:

Tarikh: Hari Selasa, 1hb Disember 2009

Masa: 9.00pagi

Tempat: Mahkamah Tinggi(jenayah) Aras 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pejabat Dato’Seri Anwar Ibrahim

Jumaat, 27 November 2009

Besarnya Istana ADUN BN!

KUALA NERUS - Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat, nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus ‘ustaz’ mengalahkan ‘raja’.

Istana’ milik wakil rakyat tersebut dibina di Kampung Banggol Tok Jiring berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Seorang kontraktor memaklumkan kepada Buletin, kos keseluruhan hartanah tersebut bernilai lebih RM1 juta.

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang ‘wakil rakyat biasa’ yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, boleh mengumpul kekayaan semewah itu dan layak memiliki sebuah Istana.

Namun, di kalangan komuniti kontraktor, pemimpin serta ahli Umno di Dun berkenaan sedia maklum dan cukup mengenali wakil rakyat tersebut digelar sebagai ‘Adun 10 persen’.

Bahkan, banyak laporan yang diterima, masalah kesusahan dan kemiskinan rakyat dalam Dun yang diwakilinya kurang dipedulikan.

Baru-baru ini, beliau yang pernah terlibat dalam kumpulan wakil-wakil rakyat BN ’10 Budak Hitam’ serta menjadi seteru kepada Menteri Besar, telah menisytiharkan ‘perdamaian’.

Tindakan Adun tersebut dilihat umum bukanlah ‘ikrar taat setia’ kepad Ahmad Said, tetapi mahukan perlidungan di bawah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.

Justeru itu, apakah benar ‘istana’ Adun tebabit adalah dibina hasil simpanan gaji serta elaunnya?

Adakah tindakan berbaik-baik dengan Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri adalah usaha beliau bagi menutup sebarang isu penyelewengan serta salahguna kuasanya!

Muhyiddin Cuba Gagalkan Tuntutan Royalti Kerajaan Kelantan

Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.



Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas.

Kaukus Parlimen yang ditubuhkan bukannya untuk kepentingan parti tetapi ia adalah satu tindakan bersama ahli parlimen tanpa mengira parti dalam sesuatu isu yang membabitkan parlimen dan dalam hal petroleum ini ia amat bertepatan kerana ia dibentangkan di parlimen sebelum ini”ujar beliau.

Sebelum ini pihak pembangkang juga sering bersama kerajaan dalam sesuatu isu yang berkaitan negara dan juga luar negara seperti dalam isu menentang kezaliman Israel terhadap Palestin,bantuan bencana alam dan sebagainya.

Husam juga berharap selain dari Ku Li yang menyertai Kaukus Parliemen ini,wakil-wakil rakyat dari negeri lain yang terlibat dalam isu petroleum juga patut menyertainya kerana ia melibatkan hasil sesebuah negeri.

Menyentuh tindakan Muhyiddin yang mengganggap Ku Li melanggar prinsip BN,Husam berkata ini tidak timbul kerana Kaukus Parlimen sememangnya melibatkan semua ahli Parlimen dan Muhyiddin boleh dianggap tidak menghormati institusi Demokrasi Berparlimen.

Sebelum itu,Husam telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 32 penerima dalam kategori sumbangan sosio –ekonomi kepada Armalah,Orang Kurang Upaya dan mangsa kebakaran dengan melibatkan RM 14 ribu yang telah mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Bharu.

Husam berharap dengan sumbangan tersebut mereka yang menerima akan menjadikan ia sebagai modal untuk membuat sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan dan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok, beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.

Khamis, 26 November 2009

krisis MCA Tidak dapat Diselesaikan Oleh Pemimpin Parti Politik Wang.

Terlebih sudu dari kuah, mungkin ia dapat menggambarkan peringatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah sekarang.

Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.

Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.

"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.

"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.

Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.

"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.

Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Perutusan Eid Al Adha Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut eid al adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

Rabu, 25 November 2009

Anwar menang saman NSTP.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

Hasan Ali MB Selangor? - Entry Copy & Paste.

Terpulang kepada pengunjung nak baca kat blog edyes atau blog Perisik Rakyat. Entry ini saya copy and paste sebijik2 dari blog mereka. Nilailah berita ini dengan bijaksana :-


Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT !


Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan


(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.

Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani" menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "

Selasa, 24 November 2009

Pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Di sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri.

Tinjauan terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.


"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Ong Tee Kiat Akan Masuk PKR?

Menurut sumber dalaman parti MCA , Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat telah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, daruk Seri Najib Tun Razak agar tidak mencampuri urusan dalaman Parti MCA.

Sumber itu menyebut pelan yang di cadangkan oleh Najib tidak di persetujui oleh Ong yang mahukan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di buat.

Sumber itu menyebut jika Najib meneruskan hasrat untuk mencampuri urusan MCA dan mebuat EGM, Ong tidak teragak-agak keluar dari MCA dan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ong dikatakan tidak mahu EGM di adakan kerana tidak yakin mampu untuk mempertahankan kerusi Presiden parti.

Beliau juga dikatakan telah berjumpa dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekarang ini Ong di percayai berada di London untuk berjumpa dengan salah seorang kenalan rapat Anwar. Waulaupun begitu tidak pasti apa sebab pertemuan itu di buat.

Jika benar Ong menyertai PKR ini akan memberi satu pikulan dan pepecahan yang hebat dalam MCA.

Pergolakan ini akan menyebabkan sokongan terhadap BN semakin merundum dan ia pasti akan mebuatkan Najib tidak lena tidur memikirkan apa yang akan bakal berlaku.

Ahad, 22 November 2009

Lawan Umno tapi fikrah sendiri bonsai

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan, mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakkan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini, kita ditakut-takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir sekali dengan api neraka.

Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya, dia akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar, kita terima sebagai fakta. Apabila telah bersunat, bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai berasmara dan berinternet, maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah daripada pandangan karut-marut yang didengari ketika membesar.

Membuang dan membakulsampahkan segala karut-marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan menyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat, keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah seseorang bonsai.

Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.

Dalam suasana politik kita, budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya proses monolog – jalan sehala – apabila si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali.

Pelbagai sumpah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita di zaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk
menapis atau bertanya.

Sayugia diingatkan, ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat, untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau pengembangan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ia menjadi ejen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolog sehala tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong.

Lihat bagaimana monolog televisyen sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil daripada budaya mendengar ini, ramai warga terlali dan terlalai daripada membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir daripada susuk yang tidak lagi menggerakkan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah, maka mamai akan menyerang. Gejala ini tidak menghairankan.

Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai, maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion, bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan, bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk mengenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa-apa kerja politik.

Gagal mengenal kontradisi sosial, maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi. Justeru dalam kerja politik, wajib diketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekunder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa-larau dan porak-peranda – raba sana, pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan dibaca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud, berapa ratus kali pun diklik, yang muncul hanya angka 404. Inilah dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, ujikaji di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul.

Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang daripada mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama.

Begitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita, banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya, rakyat Sabah dan Sarawak ingin bebas daripada cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini kontradiksi di kalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita eksploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis
Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika sedang
mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru-harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak, maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan.

Semua ini adalah asas taktik dan strategi politik yang paling minimum.

Inilah pentingnya memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji, bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama.

Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika, bukan pendukung utama. Dalam politik, yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup.

Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama daripada sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digodam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu daripada kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan - tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu.

Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan burger kerana terdengar cerita adanya gelatin tidak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan MacDonald dan Burger King. Inilah tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tidak
kesampaian untuk berfikir.

Bukan Zulkifli Noordin Atau Hasan Ali.

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikaitkan dan disangkutkan dengan beberapa tokoh dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak-anak sekolah selalu dipaksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa kejadiannya.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak-babak sejarah agar ia dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas daripada hanya mengenali nama orang, nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifestasi daripada babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini, kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas daripada peranan sejarah susuk-susuk ini.

Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah tetapi ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus dijajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta-juta orang China.

Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok.

Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.

Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.

Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.

Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.

Lapan tiga dua kosong kosong lapan (832008) menjadi contoh bagaimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.

Jika ada politikus, YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk - merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam.

Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

Jika Zulkifli Noordin (ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu) atau Hassan Ali (exco kerajaan Selangor) menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya, maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat.



Jika Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang) menganggap susuk dirinya begitu penting, maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial, tidak ada satu susuk yang penting.

Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah dibeli, tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin.

Apabila ombak rakyat sudah sampai – semua akan lingkup.

Dalam arus perubahan yang kita lihat pada tanggal 832008 dahulu adalah contoh orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan, tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.

Betul, rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul, rakyat boleh ditipu dengan pelbagai helah. Betul, rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap di mana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.

Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu daripada kebenaran, tidak ada yang lebih kompak daripada yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan - ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laungan "lawan" dan "berjuang", maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.

Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada minggu pertama dan minggu kedua ketika Anwar Ibrahim dibuang daripada kerajaan dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti "dia mentor saya", "saya anggap Mahathir sebagai bapa..." dan lain-lain. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.

Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad.

Tetapi apabila slogan "lawan tetap lawan" muncul, maka ratusan, ribuan anak muda mula turun ke jalan-jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia.

Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.

Melaungkan perlawanan terbukti lagi dalam kes Musa Hitam. Ketika Musa dibuang, dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa akan terus menjadi Tun tikus. Begitu juga nasib Anwar. Jika ketika dibuang dahulu dia tidak melaungkan perlawanan, dia juga akan menjadi Dato Seri tikus-tikus.

Tetapi waspada, jika Musa dan Anwar menikus, ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si polan menjadi tun tikus, maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.

Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih daripada itu.

Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.

Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus-putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang-bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.

Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis mat malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

Tetapi yakinlah, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.

Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi Bila PM Lulus Lesen Judi!

Dalam masa tidak sampai setahun Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan, sebanyak 3 lesen judi baru telah dikeluarkan



.(Gambar - Anwar menandatangani plak perasmian pejabat baru PKR Cabang Kuala Nerus)


Jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek yang berkata, pendapatan dari aktiviti perjudian digunakan untuk kebajikan rakyat, telah ditolak dan ditentang oleh wakil-wakil bukan Melayu dan bukan Islam.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata demikian, mendedahkan perbahasan di parlimen baru-baru ini, ketika berucap dalam ceramah sempena perasmian pejabat PKR Cabang Kuala Nerus, di Taman Desa Solehah, Jalan Kelantan disini, kelmarin.


Dunia betul-betul sudah terbalik sekarang, orang Melayu Islam Umno luluskan judi, wakil-wakil bukan Melayu, bukan Islam menentang,”ujarnya.

Beliau turut mencabar, dimanakah golongan Ustaz-ustaz dalam Umno yang tidak berkata apa-apa atas tindakan kerajaan, meluluskan lessen-lesen judi baru itu, dan meningkatkan aktiviti ‘haram’ tersebut.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Anwar hadir dan menutup Majlis Konvensyen PKR peringkat negeri Terengganu di Seberang Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Pengerusi PKR Negeri, Hj Abdul Rahman Yusof dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Undang-undang Di Malaysia

Secara ringkas saya ingin mengulas berita yabg disiarkan oleh ' The Malaysian Insider ". Ianya berkaitan dengan tindakan kerajaan PR Selangor dimana MBnya Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan men'declassify'kan report punca tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Rupanya laporan ini adalah rahsia dibawah OSA ( legasi si Madir ).


Menurut laporan itu punca tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah dikenal pasti disebabkan oleh paip pecah.

Saya tertanya-tanya 'setakat memberitahu rakyat (khususnya penduduk Bukit Antarabangsa) bahwa berlaku ' paip pecah ' dikawasan kediaman mereka itu, adakah paip pecah ' rahsia kerajaan?'

Ini adalah kerana Timbalan Menteri di JPM Datuk Liew Vui Keong mendakwa MB Selangor itu telah melakukan tindakan diluar bidang kuasanya kerana yang boleh 'declassify'kan rahsia itu hanyalah Kementerian Kerja Raya.

Sungguh aneh ketua sebuah negeri dianggap telah melakukan kesalahan besar kerana memberitahu tentang paip pecah.

Jangan berdiam diri jika mahu perubahan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja.

"Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat.

"Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing," kata Anwar dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

"Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat perubahan," katanya.

Bagi beliau, perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada Umno-Barisan Basional.

"Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.

Menurut beliau, tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain.

"Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu," katanya lagi.

KeUNIKAN MALAYSIA

DiMalaysia memang banyak keunikkan dan kepelikkan dan kerana keunikkan inilah maka ramai pelancong berminat untuk datang melancong ke Malaysia.

Mari kita lihat beberapa contoh antara keunikan Malaysia :

1. Orang yang merompak boleh lepas bebas,tapi orang yang melaporkan ada orang merompak boleh kena tangkap,kena dakwa dan ada peluang cerah untuk masuk penjara.

2. Orang yang membunuh adalah dianggap mulia dan tidak bersalah,tetapi orang yang melaporkan bahawa ada orang kena bunuh dan sipolan adalah pembunuh memang ada harapan untuk kena tangkap,kena dakwa dan silap-silap kena hukum gantung.

3. Orang yang membangkitkan isu perkauman tidak diapa-apakan tetapi sebaliknya orang yang melaporkan orang yang mengapi-apikan perkauman boleh ditahan dibawah ISA.

4. Orang yang memberi dan menerima rasuah memang tidak akan ditangkap tetapi orang yang melaporkan bahawa ada orang yang memberikan rasuah boleh kena tangkap,boleh kena dakwa dan silap haribulan boleh kena penjara.

5. Orang yang berbohong dan dah mengaku bahawa dia berbohong dilepaskan tanpa dikenakan sebarang tindakkan tetapi orang yang mempertikaikan keputusan tidak mengambil tindakkan kepada orang yang berbohong boleh kena tindakkan.

Begitulah menariknya Malaysia negara kita yang tercinta,dan pastinya perkara-perkara tersebut tidak terdapat dinegara-negara lain didunia ini kecuali negara Malaysia nan indah ini.Unik memang cukup unik.

Adalah lagi beberapa keunikkan yang memang tidak terdapat dinegara lain,mari kita lihat beberapa contoh yang lebih unik dan lebih pelik,ia itu sebagaimana berikut :

1. Badan Kehakiman diketuai oleh orang yang jelas2 mengaku mengamalkan rasuah dan masih selambe je memegang jawatan tersebut tanpa rasa malu tanpa rasa hina.

2. Polis kita pulak dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan penyangak-penyangak yang berada ditahta pemerintahan.

3. BPR cuma menjadi pak turut,bila ada laporan rasuah dia buat pekak,hakim terang2 dah mengaku pernah mengamalkan rasuah dia buat sadin je,alasannya sebab tak de laporan,tapi bila Tok Guru Nik Aziz mengaku pernah ada yang cuba sogok beliau,BPR pun laju je terkam turun ke Kelantan untuk siasat.

Begitulah yang ada diMalaysia,aku pun kadang2 tak tau nak komen apa lagi dengan situasi yang berlaku dinegara kita tetapi aku hanya mampu berdoa semuga keunikkan dan kepelikkan ini akan segera lenyap dan keadaan akan kembali adil,itulah harapan aku dan aku yakin ianya juga merupakan harapan semua rakyat malaysia yang mempunyai akal yang sihat.

Jumaat, 20 November 2009

Kita Harus Bangkit Untuk Menghancurkannya!!

Kita mesti bangkit untuk menghancur- kannya. Ya! Rakyat perlu bangkit untuk menghancurkan pertualang dan pengkhianat rakyat dan negara. Siapakah pertualang dan pengkhianat itu? Hanya satu jawabannya = UMNO/BN. Jangan ditanya apakah sumbangan rakyat kepada 'Wakil Rakyat' tetapi rakyat mesti bertanya apakah sumbangan bakti 'Wakil Rakyat' kepada rakyat.


Rakyat telah lelah mengangkat mereka menjadi wakil rakyat dan mereka memang berkeinginan untuk menjadi wakil dengan sejuta satu sumpah dan janji. Sekarang takta dan kuasa telah diberi, rakyat menanti, menunggu dan mengharap apakah janji tertunai? Apakah sumpah terlaksana?

Semalam di Lake Club, Kuala Lumpur, sekitar 20 blogger telah bersama DSAI. Bicara dalam santai. Mengasak dan mendesak dalam kelembutan. Indahnya berdiskusi berlantaikan hemah dan bersendikan budi.

Antara yang hadir termasuk Saudara Haris Ibrahim, Zorro, Isa aka IkutSukaAku, Matsamankati aka Perak Express, Prof Abdul Wahab Arbain, Art Harun, Din Merican, Eddieputra dan beberapa yang lain.

Saya tidak ingin mengulas secara terperinci apa yang dibicarakan tetapi cukup sekadar saya menyatakan bahawa keperihatinan DSAI terhadap sumbangan para blogger amat dihargai.

Saya memohon maaf kepada Saudara Anwar Ibrahim, Saudara Eekmal, YB Tian Chua dan rakan-rakan blogger yang hadir kiranya bicara saya dalam tempoh pertemuan hampir 3 jam itu ada yang agak keras atau terkasar.

Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, percayalah segala pandangan dan kritikan yang telah saya lontarkan terus kepada saudara adalah semata-mata kerana keyakinan saya bahawa banyak perkara yang saudara boleh lakukan tetapi saudara masih terlalu menyimpan sentuhan itu.

Cukup Anwar, cukup!! Cukup segala kelembutan dan 'terlalu memberi muka' kepada anai-anai parti dan musuh negara. Anai-anai parti wajib kita bongkarkan bongkahnya dan penyek-humbankan sarangnya. Musuh negara wajib kita selongkar umbinya dan bersama rakyat kita hancurkan mereka.

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia - Tuan Guru Nik Aziz ke 42

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.




Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politisi, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah "AA Gym" Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.

Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas antara lain, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku "The 500 Most Influential Muslim 2009" adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut. (ln/isc)

Khamis, 19 November 2009

Nazri Aziz 'Bakal Raja Lawak Musim ke 3'?

Satu lagi lawak sekupang. Kalau tak tahu nak jawab, dah kering air liur, dah pening-pening lalat, dah tercunggap macam dikejar ular tedung, lain kali letaklah jawatan Menteri tu.

Ramai lagi yang tahu undang-undang boleh jadi Menteri, sekarang PM pun selalu tekankan KPI. Kepetahan bercakap pun KPI diamabil kira, bukan setakat petah saja, apa yang diucap mestilah betul dan 'make sense', kalau tidak lebih baik masuk Raja Lawak musim 3 nanti.

Walaupun 'law' bukan bidang saya, tapi nada suaranya berbunyi macam budak kecil sedang marah kepada kawannya, 'Kalau kau pandai kat buatlah sendiri, ah ah...'

Ini bukan mesyuarat kompang, di mana orang yang tugasnya tukang pikul kompang boleh wakili ketua kompang hadiri mesyuarat. Hatta mesyuarat antara surau pun, mana boleh tok siak wakili Pengerusi Surau hadiri mesyuarat. Biar betul pak Menteri. Takkan pak Menteri boleh arah AG begitu je, 'Hey AG, you suruhlah Karpal wakili Kerajaan dakwa si Lingam tu. Bolehkan, kan kan.'

Senangnya hidup, semacam dia lebih besar pada AG pulak. Setahu saya, Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Ber'fatwa'lah Menteri itu, 'If Karpal is willing to represent the A-G, I will persuade the AG to engage Karpal to prosecute on the behalf of the government. Let him charge ... the government has no reason to defend Lingam.'

Menteri tu menerangkan, 'Lingam’s action may have been “morally wrong” but stressed that federal prosecutor could not charge him because there are no specific laws against it. Give me a section under any Act to charge Lingam. Give me an offence.'

Mahyudin Yassin berbohong di sana sini.

Assalamualaikum Selawat dan Salam ke atas Junjungan

Sejak kemenangan besar BN di PRK Bagan Pinang, nampaknya semakin rancak berbohong di sana sini.Berbagai isu yang diulas Mahyuddin tidak terlepas dari pembohongan.Selesai PRK Bagan Pinang Mahyuddin berkata sokongan rakyat kepada BN sudah kembali meningkat tanpa sedikitpun mengambil kira bahawa jumlah pengundi di Bagan Pinang terlalu kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk negeri.Itu belum diambil kira penipuan dan taburan wang ringgit yang banyak di sana.


Kemudian ,ketika di Kedah Mahyuddin mula memperlekehkan kemampuan kerajaan PR Kedah sambil berkata beliau bimbang apa yang sudah dirancang oleh BN sebelum PRU 12 dulu tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan PR yang kononnya didakwa tidak berupaya sehingga LKS sendiri sudah menyuarakan rasa tidak yakinnya terhadap kerajaan PR( aku tidak pasti betul atau tidak LKS berkata demikian).

Mahyuddin kemudiannya menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan Kedah akan menjadi seperti Kelantan yang masih miskin kerana sudah lama di perintah oleh PAS.

Inilah antara siri siri pembohongan Mahyuddin yang terlalu jelas menunjukkan kedangkalannya sebagai pemimpin nombor dua negara.Rakyat masih lagi mahu dijadikan lembu yang dicucuk hidung oleh Mahyuddin.Apa sebenarnya yang sudah di rancang oleh kerajaan BN sebelum PRU 12 dulu?dan apa yang nak dilaksanakan?Semua lapisan masyarakat sudah tahu yang telah dirancang oleh kerajaan BN dulu ia itu rancangan merompak rakyat, oleh itu kalau rancangan sebegini tidak dapat dilaksanakan maka yang rugi ialah pemimpin UMNO bukannya rakyat.Perkara ini sudah jelas di mata rakyat tetapi Mahyuddin dengan bantuan media perdana negara masih lagi mahu membohongi rakyat.

Begitu juga pembohongan yang nyata mengenai kemiskinan di Kelantan.Mahyuddin tanpa disedari melondehkan kelemahan kerajaan persekutuan selama ini yang menafikan hak kerajaan Kelantan menerima gran tahunan persekutuan.Hari ini rakyat sudah faham bahawa gran tahunan itu adalah amanah yang dipegang oleh kerajaan persekutuan bukan harta mereka.Ianya mesti diagihkan kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah.Tetapi bagi BN/UMNO, hak tersebut perlu dirampas dari kerajaan Kelantan pimpinan PAS.Oleh itu mereka merancang untuk merampas hak ini menerusi penubuhan JPP yang diketuai oleh ketua lanun UMNO.Akibatnya, rakyat Kelantan terlopong melihat jutaan ringgit di rompak oleh para lanun ini.

Kemudian pemimpin BN/UMNO terus menerus mendakwa Kelantan adalah negeri yang miskin,kerajaan PAS Kelantan tidak tahu mentadbir dan tidak tahu untuk cari duit tetapi yang disembunyikan ialah fakta bahawa rakyat Kelantan membayar sebahagian besar cukai mereka kepada kerajaan persekutuan bukannya kerajaan negeri.Jadi perkara ini jelas, rakyat Kelantan membayar cukai kepada kerajaan persekutuan tetapi hasil cukai tersebut diberikan kepada lanun lanun UMNO dan tinggallah kerajaan Kelantan kekurangan peruntukan setiap tahun untuk membangunkan Kelantan.Hasilnya pula, UMNO terus mendakwa Kelantan ialah negeri yang mundur.

Mahyuddin nampaknya meneruskan dakwaan ini sambil mengaitkan Kedah kepada kemungkinan yang sama.Tidakkah di Kedah kerajaan persekutuan melakukan perkara yang sama?Bagaimana Mahyuddin dapat meneruskan agenda pembohongan bodoh ini?Kata Mahyuddin lagi ketika di Manik Urai, rakyat berjumpanya untuk mendapatkan peruntukan membaiki Masjid dan kerajaan persekutuan meneruskan usaha membangunkan Manik Urai sekalipun tewas.Apakah Mahyuddin ingat rakyat boleh dilembukan begitu sahaja? Sebagai pemimpin atasan negara, menjadi tanggungjawab Mahyuddin menjaga setiap kebajikan dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira di mana dan fahaman politik mereka.Ini adalah kerana rakyat yang menentang kerajaan turut membayar cukai kepada kerajaan.Perkara yang senang beginipun cuba diputar belit oleh Mahyuddin.Jadi kalau Kedah menjadi seperti Kelantan, itu bukan salah kerajaan PR yang dipilih rakyat tetapi kesalahan kerajaan persekutuan yang nyata dan jelas.Rakyat Kedah seperti rakyat kelantan juga membayar cukai kepada kerajaan persekutuan dan Mahyuddin berbohong ketika menyatakan kebimbangannya bahawa Kedah akan menjadi seperti kelantan.

Mahyuddin juga tidak menyedari bahawa sekarang ini rakyat semakin tahu dan jelas tentang wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Kelantan tetapi tidak dibayar kerana sebab sebab antara lain kebimbangan UMNO kepada kemungkinan Kelantan menjadi negeri yang kaya atau mungkin terkaya di Malaysia.Justeru sekiranya Kelantan menjadi negeri yang kaya, kemungkinan besar UMNO akan merana dan kerajaan persekutuan bakal ditekan dengan segala pembangunan yang dapat dilaksanakan di Kelantan.Skim imbuhan takafur yang diperkenalkan di Kelantan beberapa tahun dulu sudah cukup memeritkan UMNO.

Tetapi Mahyuddin sengaja tidak mahu menyebut perkara ini tetapi sebaliknya menggunakan alasan manik Urai untuk menyebarkan pembohongannya.Satu lagi fakta yang Mahyuddin abaikan ketika membuat dakwaan dan pembohongan ini ialah dalam senarai, Terengganu tersenarai sebagai negeri yang lebih miskin dari Kelantan sedangkan Terengganu juga dikenali sebagai Kuwait Malaysia.Tetapi Mahyuddin tetap selamba ketika membuat dakwaan dan pembohongan ini.

Mahyuddin semacam tidak sedar bahawa dia telah melondehkan keburukan kerajaan BN dengan pembohangan ini.Mana mungkin sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum yang diperintah oleh UMNO menjadi lebih miskin dari Kelantan yang diperintah oleh PAS.Oleh itu dakwaan kemungkinan Kedah menjadi seperti Kelantan hanya satu gurauan yang tidak membawa apa apa makna.Mahyuddin yang berbohong tanpa mengambil kira gelombang rakyat yang mahukan kebenaran kembali ditegakkan.

Satu lagi pembohongan baru Mahyuddin ialah kenyataannya bahawa pembangkang atau PR turut menyokong gagasan 1Malaysia.Seolah Mahyuddin mahu memberitahu rakyat bahawa gagasan 1Malaysia yang masih belum menjadi dasar kerajaan ini turut dipersetujui oleh PR dan kerajaan sudah melakukan sesuatu yang betul.Pembohongan yang haprak.Mahyuddin nampaknya mahu rakyat percaya bahawa gagasan 1Malaysia yang bertujuan menyatukan semua kaum ini adalah usaha BN sedangkan rakyat sudah tahu dan faham dengan slogan gabungan parti parti pembangkang yang kemudianya membentuk PR sebelum PRU 12 dulu.Slogan "BERSATU MENJATUHKAN BN" ternyata berjaya menyatukan semua kaum ketika itu dan secara tidak langsung gagasan 1Malaysia sudah terbentuk dan gagasan 1Malaysia ini berkembang pesat lama sebelum Najib memperkenalkannya.

Maknanya, PR tidak membantah gagasan ini bukan bermakna PR bersetuju dengan kerajaan BN tetapi kerana gagasan ini sudahpun diperkenalkan oleh PR walaupun tanpa nama dan publisiti.Untuk apa nak bantah sesuatu yang sudah dibuat?Bukankah itu kerja buang masa namanya? Tetapi Mahyuddin mengambil kesempatan ini dengan berbohong kononya PR turut bersetuju dengan gagasan kerajaan ini.Namun Mahyuddin dan pemimpin kerajaan BN lainnya tidak pula pernah menyebut bilakah gagasan ini akan dijadikan dasar negara?Bagaimana peruntukan perlembagaan negara mengenai hak istimewa orang melayu boleh diselaraskan dengan gagasan yang akan dijadikan dasar negara ini?

Apa sebenarnya matlamat gagasan 1Malaysia tidak pernah diperjelaskan kerajaan sedangkan PR sudah lama menjelaskan kepada rakyat bahawa perlembagaan negara tidak akan diusik tetapi menjelaskan bahawa setiap rakyat yang susah akan dibantu dan kalau yang susah itu kebetulan orang melayu maka orang melayulah yang akan ditolong, begitu juga kalau yang susah itu orang India maka orang Indialah yang akan ditolong.Tetapi gagasan 1Malaysia hari ini nampaknya masih lagi menjadi lagu dan promosi iklan yang entah apa apa? Beranikah Mahyuddin atau mana mana pemimpin BN menegaskan bahawa gagasan ini akan dijadikan dasar negara dengan melibatkan peruntukan perlembagaan?

p/s:Apalagi Tok Mahyudin.. sahut jee cabaran tue...

Selasa, 17 November 2009

Pengerusi SPR Patut Calonkan Di DUN Kota Seputeh Wakili UMNO/BN.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan DUN Kota Siputeh diistiharkan kosong. Maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan. Pemimpin Umno@BN membisu barangkali hilang punca atau terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

Tetapi nampaknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang seperti tidak dapat menerima hakikat dan keputusan berkenaan.

Beliau berkata akan merujuk hal berkenaan kepada Peguam Negara dan pada hari Jumaat ini rayuan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi. Apakah skrip di Perak akan berulang?

Kegelisahan Abdul Aziz terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mudah difahami.

Ini kerana Abdul Aziz juga bertindak melangkaui kuasa Speaker Di Perak apabila menolak kekosongan 3 kerusi Dun di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Banyak lagi tindakan dan dasar yang diperkenalkan oleh Abdul Aziz sejak menjadi Pengerusi SPR seolah-olah menjadi jurucakap dan mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN.

Jika begitu situasinya saya mencabar Abdul Aziz untuk meletak jawatan dan menjadi calon Umno di Kota Siputeh.

Che Det Dah Mula Dah!

Akhirnya apa yang dijanka menunjukkan kebenarannya.

Mahathir sebenarnya dengkikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang ikhlas berjasa pada rakyat dengan elaun tetap RM1.00, Mahathir juga inginkan jawatan kerana kantungnya sudah kosong dan perlukan isian baru. Isiannya sudah pastilah wang rakyat yang banyak bertaburan, projek2 kosong, balak dan hutan belukau.

Dengan mengarahkan askarnya, Pengerusi Risda yang banyak terhutang budi kepada Mahathir, Rahim Tamby Chik hari ini menyarankan Najib Razak untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan persekutuan.

Sudah pastilah saranan ini berbau arahan terus dari Mahathir demi mengembalikan cengkamannya setelah didiamkan oleh Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib Razak.

Mahathir terkenal sebagai negarawan yang menyumbang kepada pertubuhan pesat negara memerintah Malaysia dengan kuku besi, kronisme, rasuah dan amalan diktator. Di bawah pemerintahannya, 4 orang Timbalan Perdana berkhidmat dengan 3 daripadanya ditendang.

p/s: Tun Udahlah bawak-bawak beribadat pulak!

Isnin, 16 November 2009

Mari Kita Taja Najib Naik Haji

Mengapa tidak ada orang yang sanggup menaja Najib dan isterinya naik haji.Najib memang mampu naik haji setiap tahun kalaupun tidak ditaja oleh sesiapa. Begitu juga dengan TGNA, kalau dia mahu berbuat demikian tetapi mengapa tiada orang yang sanggup menaja Najib tetapi sebaliknya pada TGNA.

Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji.

Mari kita membuat andaian:

Seseorang yang mahu menaja Najib secara terang atau tersembunyi mempunyai niat-niat tertentu yang boleh dipertikaikan.

Kedua, jika tidak mempunyai apa-apa niat, penaja akan berfikir untuk apa dia menaja Najib dan isterinya naik haji kerana belum tentu Najib dan isterinya akan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Ini kerana selain dari kurangnya ilmu agama, Najib dan isteri juga tidak akan ada masa untuk belajar bab haji ini.Penaja akan merasa membazirkan wang ringgit saja.

Ketiga,dikuatiri juga oleh penaja (tentunya orang UMNO) kiranya Najib dan isterinya menunaikan haji tajaannya dan beroleh haji mabrur, Najib akan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar di dalam pemerintahannya ( Insya Allah ).Ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong-penyokong Najib yang mengharapkan Islam tidak akan ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Keempat, sekiranya Naib dan isteri melanggar peraturan hal-hal haji dalam ibadah yang dilakukannya,dan tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu akan kesalahannya ( kerana kurangnya ilmu agama yang berkaitan )dikuatiri dosa yang dilakukannya itu akan ditanggung bersama oleh penaja.

Jadi kesimpulannya, kita jangan taja Najib dan isterinya pergi menunaikan haji.Hal ini berlaku sebaliknya sekiranya kita mahu menaja TGNA naik haji. Sebenarnya di dalam kehidupan kita seharian kini, memang ramai di kalangan kita yang menaja orang tertentu menunaikan haji tetapi tidaklah menjadi isu besar.Baru-baru ini saja nampaknya kes ini menjadi isu negara. Oleh itu mari kita taja orang-orang kuat SPRM naik haji supaya mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah ( Insya Allah ).

Baca keratan akhbar seterusnya.

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan

19 tahun Kelantan lulus KPI dengan cemerlang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Pemuda Umno Angkuh.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.

"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz.

"Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.

Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

"SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing.

"Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.

Guan Eng nafi bantu fakir miskin Islam di tokong

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negerinya memberikan sumbangan kepada fakir miskin Islam di tokong sebagaimana yang disebarkan melalui SMS.

Guan Eng berkata, fitnah sebegini bukan pertama kali berlaku tetapi telah berlaku sebelum ini untuk memberikan gambaran buruk kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng, jika benarpun ada sumbangan yang diberikan di tokong sebagaimana yang didakwa ia bukan sumbangan kerajaan negeri tetapi oleh orang persendirian.


(Gambar hiasan: Lim Guan Eng [baju puteh] 'berbuka puasa' dengan Adun Permatang Pasir)

"Semua sumbangan kerajaan negeri kebanyakannya dibuat di dewan orang ramai. Kita tidak pernah bagi sumbangan kepada orang Islam di tokong tetapi kita pernah buat dalam masjid," katanya.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang menyebarkan sms kononnya bantuan fakir miskin Islam oleh kerajaan DAP Guan Eng mesti dibuat di tokong cina.

Hari ini (semalam), menurut sms itu, 15 November jam 9.30 pagi bantuan fakir miskin Islam dari Tasek Gelurgor diberi di Tokong Telok Air Tawar.

"Untuk fakir miskin Bagan di Tokong depan mahkamah," menurut sms yang disebarkan itu.

"Saya harap rakyat tidak percaya dengan sms ini kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan buat diskriminasi kaum dan akan layan semua kaum dengan samarata," kata Guan Eng.

Beliau menganggap pihak musuh yang cuba menyebarkan fitnah ini, namun beliau tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab.

"Siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya," kata beliau lagi.

Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Di Kota Seputeh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

Ahad, 15 November 2009

Tindakan Tegas perlu Ke Atas Hassan Ali

Untuk kali ini, penulis dengan berat hati, bersetuju dengan saranan beberapa pihak supaya diambil tindakan tegas terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, termasuk untuk 'merehatkan' beliau dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor.. ini 'ijtihad' semasa penulis..jika sebelum ini, penulis hanya memilih untuk berdiam diri, atau berkecuali dengan sesetengah pihak yang mendesak beliau meletak jawatan, tapi utk kali ini, penulis akur dan bersetuju dengan mereka..

Pertemuan Hassan-Nasarudin bersama blogger

Ianya bermula dari sesi perjumpaan dialog bersama para blogger tempoh hari..jika sebelum ini, penulis boleh berbaik sangka terhadap mereka berdua berkaitan isu UG atau kerajaan Perpaduan.. firasat penulis kuat mneyatakan mereka berdua tidak akan sesekali memasuki umno atau teringin untuk menyertai Umno, tindakan mereka itu hanyalah antara tindakan/pandangan yang bersifat peribadi..

Tetapi, segalanya berubah semenjak program pertemuan mereka bersama blogger. disinilah segalanya bermula.. daripada perkara yang tidak pernah diketahui, akhirnya diketahui, daripada perkara yang sulit akhirnya menjadi bahan sebaran umum, daripada persepsi positif kepada mereka, akhirnya berubah kepada negatif!

Dengan tersebarnya rakaman audio pertemuan Hassan Ali dan para blogger termasuk dari Umno tempoh hari, ternyata ia bukan meredakan keadaan, bahkan semakin menyesakkan keadaan.. Ia sebenarnya bukan satu tindakan yang bijak sama sekali.. rupanya tindakan sedemikin bukannya untuk menyelesaikan masalah, mahupun meredakan polemik yang timbul, tetapi semakin menambah parah kepada jemaah.. satu persatu isu baru timbul hasil dari perjumpaan bersama blogger tersebut!

Bakal membawa bencana

Terus terang penulis katakan, penulis sudah dapat menghidu perjumpaan tersebut bakal mendatangkan malapetaka kepada PAS..apa tidaknya, saranan Presiden supaya pemimpin PAS tidak menjadikan media termasuk media baru sebagai pentas untuk meluahkan perasaan, berbalas kritikan, dan sebagainya tidak diambil endah mereka berdua.. apatah lagi tarikh perjumpaan dengan blogger tersebut sudah hampir dengan tarikh mesyuarat khas PAS. kenapa tidak ditunggu sahaja mesyuarat itu utk meluahkan perasaan dan membela diri.

Yang kedua mengenai apa sebab mereka berdua menjemput blogger dari kalangan Umno menyertai perjumpaan tersebut? apa tujuan mejemput 'musuh' untuk membincang masalah dalaman parti? tak lain dan tak bukan ia adalah satu kesilapan besar mereka berdua. lihatlah sekarang, segala minit perjumpaan itu kini tersebar dengan meluas dan berada di dalam genggaman Umno..paling mendukacitakan, banyak rahsia dan perkara sulit parti didedahkan di dalam perjumpaan itu!

Persoalan seterusnya ada penulis catitkan disini.. sebahagiannya,


1. Apa tujuan pihak penganjur menjemput para blogger dalam membincang/menjawab isu UG/EGM ini? bukankah Presiden sudah mengarahkan isu ini tidak sepatutnya diwar-warkan dalam media termasuk media baru?

2. Kenapa dijemput blogger dari kalangan penyokong Umno/BN dlm membincangkan masalah dalaman PAS?
Membela diri atau 'Melepas diri'?



Ya, mungkin pada firasat mereka (Hassan-Nasarudin), tindakan sedemikian (mendedahkan pelbagai perkara termasuk tentang baiah taklid) adalah untuk mempertahankan diri dari dituduh agen umno, akan mnyertai Umno dan sbegainya.. pada pandangan mereka, dengan berbuat sedemikian, tuduhan terhadap mereka menyertai Umno adalah satu pendustaan sama sekali.

Tetapi ternyata mereka tersilap membuat percaturan.. Apakah mereka berdua sedar, jika apa yang didedahkan mereka di dalam pertemuan itu adalah bersifat sulit, kenapa mesti mereka menjemput blogger dari kalangan Umno untuk bersama2 dlm program tersebut? apakah tidak terdetik pada fikiran mereka, akan ada pihak (yg menyertai perjumpaan itu) yang akan memcahkan rahsia suatu ketika nanti?bukankan kebanyakan isu yg didedahkan dalm perjumpaan itu adalah merupakan rahsia dan amanah parti, makna kata perkara yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum, termasuk isi perbincangan sesama pemimpin dan sumpah laknat?

Penulis pernah menyatakan.. antaranya,

3. Program dialog ini difahamkan sebagai program tertutup. Apakah bermaksud ianya suatu yang bersifat sulit/rahsia (tidak boleh didedahkan kepada umum kecuali atas izin dan sebab tertentu), atau pun ia sememangnya untuk tujuan penyebaran?

Sumpah Laknat @ sumpah Talak 3

Penulis juga sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut apabila mendengar berita berkaitan sumpah atau baiah taklid cerai talak 3 ini.. berdasarkan ilmu penulis setakat ini, ia adalah suatu perkara yang tidak masuk akal dan tidak boleh diterima sama sekali.. andai pun ia boleh diterima oleh penulis sebagai suatu cara utk menunjukkan pengorbanan seseorang terhadap perjuangan parti, diluar sana terdapat 100 orang tidak bersetuju dgn cara ini..100 nibah 1..100 yang membantah, 1 yang bersetuju.. ya, PAS telah menempah kekalahan dan kecundang jika memilih sifir atau nisbah ini..

Kerana itulah penulis amat lega dan senang apabila pihak atasan parti menjelaskan ia bukanlah satu dasar parti.. ia bukanlah keutamaan dan metod sumpah taat setia yang dibawa oleh parti.. penulis bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pimpinan atasan PAS yang membantah idea dan tindakan ini, baik dari presiden, pemuda2nya, musryidul amnya dan lain2nya..

Adapun yang di'bocor'kan oleh Hassan dan Nasarudin pada pertemuan dengan blogger tempoh hari adalah, ia adalah kes terpencil yang tidak memperlihatkan keseluruhan PAS itu.. walaupun lagak kenyataannya seolah2 semua peringkat pemimpin PAS mengamalkan sumpah cerai talak 3, tetapi ternyata kenyataan beliau itu adalah bersifat persepsi semata-mata, serta berlebih2an.. buktinya, terdapat perkataan 'saya fikir' dan tiada disertakan asas dan bukti dakwaan..

Seperti yang dijelaskan PAS Pusat melalui setiausahanya, Mustafa Ali, PAS tidak menafikan bahkan mengakui wujudnya perkara itu (bersumpah cerai talak 3), tapi itu adalah kes yang begitu terpencil dan dilakakan oleh beberapa individu sahaja, ia bukanlah dasar yang dibawa parti ..ada pun yang diamalkan PAS sejak sekian lama, adalah sumpah taat setia berbentuk 'sumpah laknat', bukan 'sumpah cerai talak 3' !!

Dan begitu jugalah firasat penulis..jauh disudut benak fikiran penulis, perkara itu (baiah talak tiga)bukanlah dasar PAS. ia dicetuskan oleh beberapa org individu dalam PAS utk menunjukkan sokongan yg padu kepada PAS.. sebagaimana wujud pandangan yang bersifat 'jemaah', dan pandngan yang bersifat peribadi, begitu juga dalam melakukan sumpah taat setia ini, ada yang bersifat jemaah (berdasarkan dasar parti), dan ada yang bersifat peribadi (menambah sesuatu ayat dalam sumpah taat setia itu untuk menunjukkan pengrbanan besar kepada parti)..so, itu hak mereka..

Apa pun, perkara ini bukanlah yang mahu dijelaskan secara panjang lebar oleh penulis..apa yg ingin ditekankan disini, mereka berdua telah menjatuhkan imej PAS secara keseluruhan..mana mungkin mereka yang mendedahkan rahsia parti kepada khalayak umum dilepaskan dari sebarang tindakan.. ia semacam mendedahkan kelemahan dan kekuatan jentera perang kepada pihak musuh.. ternyata ia sesuatu yang sukar diterima sama sekali.

Untuk yang terakhirnya, penulis dengan ini, bersetuju dengan saranan beberapa pihak, suapaya 'direhatkan' mereka berdua dari jawatan tertinggi parti, atau paling kurang dikenakan tindakan disiplin keatas mereka... ia bukan untuk menafikan peranan dan jasa mereka kepada parti, tetapi demi kebaikan mereka dan PAS itu sendiri..sesungguhnya banyak ruang untuk berkhidmat kepada parti dan jemaah, melalui jawatan, itu adalah salah satu metodya..

Akhir kalam, "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti"..pepatah ini bukan hanya merujuk apabila berlakunya kematian semata-mata, tetapi juga untuk mereka yang masih hidup..insyaallah, akan ada pengganti yang lebih baik..perjuangan wajar diteruskan!...

wallahua'lam..