Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2009

Masalah Dr Hassan, bukan PAS

Masalah dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor.


Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing.

"Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?

"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

"Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.

"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP.

"Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor."

Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata:

"Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya."


Sementara itu, seorang wakil rakyat PKR di Selangor berpendapat, tindakan jawatankuasa PAS pusat kelmarin membuktikan parti itu mengambil serius terhadap permasalahan di Selangor.

"Sebagai rakan dalam Pakatan, kita hormati keputusan menyiasat PAS Selangor. Kita menaruh harapan, PAS dapat menangani isu ini dengan lebih serius.

"Buat masa ini, kita tunggu dulu keputusan dan tindakan yang akan diambil terhadap PAS Selangor," kata ADUN Taman Medan, Haniza Talha.

Ditanya sama ada konflik dalam kerajaan Selangor disebabkan PAS Selangor atau Dr Hassan semata-mata, Haniza berkata, jawatankuasa disiplin "mampu mengenal pastinya".

Beliau juga tidak menganggap keputusan menyiasat PAS negeri itu terlalu lambat kerana mungkin telah terdapat inisiatif lain diambil bagi memulihkan masalah di negeri itu.

"Saya percaya ada tindakan. Cuma mungkin kali ini berbeza sedikit. Dulu mungkin dah dipanggil beri penjelasan dan diberikan amaran," katanya.

Nik Aziz berjaya hantar mesej 'pemimpin bermasalah'

Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.

1 Keputusan Yang Membebankan RAKYAT.

Satu keputusan baru yang sangat mendadak dan mengejutkan telah diputuskan oleh kerajaan,berkenaan kenderaan yang berumur 15 tahun ke atas perlu memasuki PUSPAKOM setiap kali ingin menyambung cukai jalan..Satu dalil kezaliman kerajaan..Apa yang kerajaan fikir hanyalah untuk menambahkan pendapatan mereka dan juga kroni mereka.

Beruntunglah Mahathir dan kroni-kroninya yang memegang PROTON..Mereka langsung tidak memikirkan rakyat, lebih-lebih yang berpendapatan rendah..Mungkin sebab kroni-kroni mereka semua berpendapatan tinggi..Ermm..Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Cubalah kita bayangkan betapa ramainya penduduk pedalaman yang kenderaan mereka hanya cukup-cukup syarat untuk berjalan sahaja.. Itu pun sudah dikira bagus kerana mereka masih lagi membayar cukai jalan.. Kenderaan mereka hanya digunakan sekali atau dua kali seminggu sahaja untuk ke pekan.. Katakanlah nilai kereta mereka rm500.. bila sampai masa nak masuk PUSPAKOM, mereka perlu kemaskini kereta mereka.. baiki brek, tukar tayar secondhand, tukar wiper, dan baiki apa-apa yang patut yang boleh mencecah sampai 2 3ratus.. test kali pertama,rm50.. tak lulus.. pastu gi baiki apa-apa yang patut lagi.. pastu test lagi, rm50 lagi.. tak lulus lagi, baiki lagi.. Biasa la kereta buruk.. pastu test lagi, baru lulus.. Tak mustahil kan, kalu sampai 2 3kali test? Sebab tujuan kerajaan bukan setakat nak hapuskan kenderaan lama dan bukan jugak setakat nak meningkatkan pengeluaran kenderaan malaysia, tetapi jugak nak menambahkan pendapatan negara.. Bila lepas PUSPAKOM, lega la sekejap si tuan kereta tadi.. Pastu teringat insuran plak..!! Alahai, lagi la parah.... Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Dahlah mereka terpaksa mengabaikan rezeki mereka seharian.. Mana taknya,kalau tunggu giliran nak bayar cukai jalan pun kena tunggu berjam-jam, camana plak tunggu giliran nak test PUSPAKOM.. Kalu bayar cukai jalan perlu masa 2minit setiap orang (tak termasuk yang bayar di pejabat pos, melalui wakil insuran dan sebagainya), takkan test PUSPAKOM boleh cepat daripada itu.. Jumlah yang masuk PUSPAKOM sama ramai dengan pengguna yang bayar cukai jalan tiap-tiap hari.. Bezanya PUSPAKOM SATU SAHAJA, ORANG YANG BAYAR CUKAI JALAN DI MERATA-RATA TEMPAT DAN BERBAGAI-BAGAI ALTERNATIF.. Alahaii... Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

Nak tukar kereta baru pun,ribet yang diberi hanya rm5000.. Pastu bulan-bulan camana plak nak bayar? Bukannya ada slip gaji nak buat loan.. dan bukan jugak ada kereta baru yang harga dalam 6, 7ribu.. Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

KIta boleh lihat kesan dari keputusan yang kerajaan buat tak lama lagi.. Orang-orang kampung yang TIDAK BODOH akan bersungut, penjual-penjual kenderaan terpakai akan bersungut, tokey-tokey kedai potong akan bersungut.. Keputusan ini akan buatkan bisnes mereka lingkup.. Bayangkanlah dengan modal mereka yang beratus-ratus ribu dan ada yang sampai berjuta-juta, tak mustahil mereka akan mengamuk.. Kebanyakan mereka adalah kaum Cina, dan orang Cina memang terkenal dengan hidup bersatu padu.. Bayangkan kalu orang Cina boikot,tidakkah ekonomi malaysia akan lingkup?? Cubalah fikirkan wahai pemimpin-pemimpin dan pengampu-pengampu.. Kesiannya rakyat yang berpendapatan rendah..

p/s: - Tambah BEBANAN untuk RAKYAT DiUTAMAKAN...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Press statement on party leadership.

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Siapa lagi mahu keluar?

Kita mempersilakan mana-mana Adun atau MP Pakatan Rakyat yang tidak yakin dengan perjuangan ini mengambil pendirian ‘bijak’ seperti beberapa orang sebelum ini. Kita tidak mahu Pakatan dibebani dengan mereka yang inginkan perkara lain selain perjuangan menegakkan kebenaran dan menguburkan kebatilan.Kita barangkali langsung tidak terasa hati dengan langkah terbaru ADUN Pelabuhan Klang saudara Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan diri keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas ( tapi menyokong BN?).

Banyak pihak dalam PR terutamanya pimpinan dan penganalisis politik berpendapat hanya mereka yang tahan ujian dan teguh pendirian sahaja yang akan terus menerajui bahtera Pakatan Rakyat hingga ke puncak kejayaan.

Mungkin boleh di jadikan pengajaran kepada barisan pimpinan PR pada masa-masa yang akan datang agar setiap calon yang diketengahkan mestilah seorang yang benar-benar larut dengan perjuangan rakyat. Jangan kerana seseorang itu lepasan tinggi university dalam dan luar negara maka dia boleh memimpin. Silap!. Kepimpinan yang baik tidak boleh diukur dengan sijil akademik semata-mata. Latar-belakang keagamaan , berprinsip ,adil , bijak dan berkomitmen tinggi barangkali boleh dijadikan penanda aras utama dalam kriteria untuk menjadi calon pimpinan. Juga jangan pula dipilih mereka yang hanya pandai bercakap! Cakap berdegar-degar tapi gerakerja di Kawasan dan Cawangan hancur! Mereka hanya pandai mereka-reka alasan dalam banyak keadaan agar kelemahan mereka tidak kelihatan di mata ahli bawahan dan rakyat.

Bersyukur kepada Allah , Adun dan MP Pas masih diberi kekuatan untuk menempuhi ujian dan tekanan sebagai pimpinan terutamanya dalam demokrasi ala-Malayisa ini. Mungkin kekuatan ini lahir daripada proses tarbiyyah yang berpanjangan daripada pimpinan yang terdahulu serta kesedaran yang tinggi terhadap amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Jika mengharapkan kesenangan dan kemewahan dunia Pas dan Pakatan Rakyat bukanlah medan yang sesuai untuk mengadu nasib. Lebih baik menjadi seorang manusia yang bermaruah dengan tidak memperjudikan amanah yang diberi rakyat. Kita mengharapkan secara professional dan gentleman agar semua Adun dan MP Pakatan Rakyat yang tinggal menetapkan pendirian.

Lebih baik perjuangan ini didokong oleh sedikit yang istiqamah daripada ramai yang tidak berprinsip! Siapa lagi mahu keluar??? Silakan!

Khamis, 29 Oktober 2009

MUHYIDDIN Gagal Rampas SELANGOR Dan KEDAH?

DENGAN penuh perasaan cemburu dan iri hati di atas kejayaan negeri-negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa bimbang, walaupun usaha sudah dibuat mahu merampas secara tidak bermoral Kerajaan Selangor dan Kedah seperti di negeri Perak, namun Timbalan Perdana Menteri itu kecewa tidak ada sambutan maka terus Muhyiddin berfatamorgana, kononnya hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh mentadbirkan negeri-negeri Malaysia dengan baik.


Kata Muhyiddin, "Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot."

Di London, Amerika dan Jepun, tidak adapun BN tapi negara-negara tersebut terus maju dalam semua bidang pembangunan rakyat, ekonomi dan negara. Kalau UMNO/BN itu betul betul bagus di ingatan rakyat Malaysia, tidakkanlah hampir separuh mati UMNO/BN semasa PRU12 dulu? Adalah tidak mungkin BN ditolak oleh pengundi ketika itu?

Baru sahaja menang di kubu kuat sendiri UMNO/BN dalam pilihanraya kecil, itupun satu kemenangan yang dipertikaikan kerana undi pos tentera, maka ia sudah digembar- gemburkan oleh Najib dan Muhyiddin sebagi kayu pengukur bahawa rakyat sudah kembali percaya kepada UMNO/BN dengan kemenangan di kubunya sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lagi, "Pelbagai isu politik yang membelenggu negeri Pakatan Rakyat terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.

Muhyiddin lupa MCA bergolak menunggu hari untuk berkecai, krisis parah itu berpunca dari rasuah PKFZ sungguh memalukan seolah-olah Kerajaan tidak tahu mengurus tadbirkan Kerajaan BN/UMNO sehingga rasuah RM10 juta disenyapkan.

Walaupun ada khabar menceritakan bahawa SPRM sedang menyiasat perkara wang rasuah itu tapi rakyat sudah tahu kesudahannya penyiasatan SPRM mesti sebagai ‘No case to answer’ juga.

Kata Muhyiddin lagi, "Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi Pakatan Rakyat mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit."

Apa sebenarnya yang sudah dibangunkan selama 52 tahun BN/Perikatan memerintah Malaysia? Wang rakyat RM300 juta untuk dibayar kepada kontraktor secara percuma membina jambatan bengkok di Johor yang gagal itu dikatakan sebagai yang terbaik BN lakukan?

Kalau Muhyiddin menganggap Kerajaan BN sudah kuat kerana mendapat sokongan dari rakyat Malaysia setelah PRK Bagan Pinang dimenang oleh BN kenapa takut adakan pilihan raya di Perak untuk menguji pengaruh UMNO/BN? Atau kalau UMNO benar benar sudah diterima oleh rakyat kenapa tidak bubarkan sahaja Kerajaan Malaysia agar BN dapat 2/3 dalam Dewan Rakyat nanti?

Guna akal pun semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa UMNO/BN sudah ditolak oleh rakyat, kini para pemimpin UMNO cuba memujuk PAS akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan hanya semata-mata untuk UMNO/BN survival dengan memperalatkan pengaruh PAS

Selasa, 27 Oktober 2009

Si Saiful Bukhari Menggelarkan Dirinya Mayat Hidup

Jika insan lain merintih mengharapkan belas kasihan dan simpati. Mungkin ia tidak menjadi sesuatu yang memualkan. Namun amat mengejutkan pabila mendengar anak muda "mangsa liwat" seperti Saiful Bukhari Azlan merintih memohon simpati rakyat tentang kes liwatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam luahan terbaru Saiful dalam blog peribadinya hari ini (26 Okt), anak muda itu dilihat begitu mengharapkan sesuatu daripada masyarakat agar memberi sokongan dan belas ihsan kepada dirinya.

Antara lain, Saiful mengatakan beliau kini berehat panjang dari mengemaskini blognya kerana bermuhasabah diri dan mengumpul kekuatan. Kononnya sejak kebelakangan ini, beliau sering memikirkan tentang masa depan dicdunia ini selepas kes "misteri liwat"nya itu selesai. Beliau juga mengatakan, walaupun dirinya sudah dikategori sebagai ''mayat hidup'', namu hidup tetap perlu diteruskan.

Beliau juga memberi nasihat kononnya berdosa jika kita “give up” untuk hidup. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sentiasa berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah, namun beliau juga perlu berusaha mencari jalannya. Selain daripada itu beliau turut menegaskan telah menerima banyak pendapat dan cadangan positif dan negatif. Kononnya ada yang menuyuruh beliau tinggal di luar negara, tukar identiti, maka kehidupan beliau akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan pelbagai lagi.

Malah katanya ramai juga yang berpendapat rugi beliau memilih jalan sekarang ini dan beliau patut menyesalinya. Masa depannya hancur dan dirinya pula akan dihina buat selama-lamanya. "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak" kata Saiful.

Beliau turut bermadah kononya, "Malu bertanya, sesat jalan". Justeru, selain dari berdoa dan memohon petunjuk dariNya, beliau juga amat mengalu-alukan bimbingan dan pendapat dari semua tentang apa yang patut beliau lakukan untuk meneruskan kehidupannya selepas ini. Baca bukti rintihannya di sini

Terkadang, kami juga merasa teramatlah lucunya melihat kerenah anak muda "jambu" seperti Saiful Bukhari yang sanggup menggelarkan dirinya seperti "mayat hidup" gara-gara ingin mengharapkan simpati masyarakat terhadap kes yang beliau hadapi sekarang ini. Apakah rakyat boleh menerima apa yang disuarakan oleh Saiful ini gamaknya?. Bukankah selama ini kita sudah dimalukan dengan satu adengan "Sandiwara Liwat 2" yang cukup menggemparkan seantero dunia.

Apa tidaknya, mangsa liwat telah disahkan oleh pakar-pakar dari hospital swasta dan kerajaan sebenarnya "masih suci dan teruna" lagi. Ini bermakna, Saiful tidak diliwati oleh sesiapa pun. Makanya kenapa kes ini tidak dibuang dan diteruskan oleh mahkamah. Sungguh menghairankan kita, dalam kebanyakkan kes liwat atau rogol yang berlaku di negara kita sebelum ini.

Jika ada mangsa yang mengadu dan melaporkan kepada pihak polis dia telah diliwat atau dirogol, sudah pasti polis akan menghantar mangsa ke hospital yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Maka, selepas disahkan oleh pakar-pakar perubatan bahawa mangsa diliwat atau dirogol, selepas memeriksa bahagian yang berkenaan barulah pihak polis akan menerima laporan kes berkenaan dan membuat siasatan.

Suspek-suspek yang terlibat akan dicari untuk disiasat oleh pihak polis berdasarkan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pihak hospital. Maknanya mangsa sendiri akan mendedahkan siapakan suspek yang punya angkara terbabit. Barulah operasi besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap dan menahan reman suspek berkenaan. Maknanya "laporan perubatan" adalah bukti kukuh seseorang itu telah dizalimi dalam kes jenayah seperti ini.

Namun, apa yang menghairankan kita kenapa dalam kes "misteri liwat Saiful" ini, beliau pergi sendiri ke hospital terbabit untuk memeriksa duburnya (Pusrawi dan HKL) kemudian baru membuat laporan polis?. Siapakah yang memberi arahan sedemikian dikala mangsa yang sepatunya "trauma" dan gagal untuk berfikir dengan baik kerana menjadi mangsa kes seperti?. Apakah kerana kunjungan Saiful ke rumah Najib Razak sebelum itu menyebabkan beliau dapat ilham dan berkuasa melakukan segalanya?. Atau beliau ke rumah TPM ketika itu, untuk berbincang dan menghafal segala skrip yang telah disiapkan.

Mungkin itulah sebabnya Saiful, biarpun telah ditendang dari meneruskan pengajiannya di IPT tempat beliau belajar, namun TPM bermurah hati berminat untuk menawarkan biasiswa kepada dirinya. Sedangkan ketika itu dia bekerja di pejabat Anwar Ibrahim. Bukankah di sini pun sudah wujud satu misteri yang amat menghairankan kita sebenarnya !

Bukankah ini sesuatu yang cukup aneh bukan?. Saiful pergi sendiri ke hospital untuk memeriksa duburnya dan selepas pihak hospital mengesahkan dia tidak diliwat kenapa dia tergamak membuat laporan polis kononnya telah diliwat oleh seorang manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim?. Apakah motifnya tindakan beliau itu dan kenapa pula polis tidak mengarahkan beliau membuat pemeriksaan perubatan selepas itu?.

Walhal pihak polis yang menerima laporan itu boleh mengarahkan Saiful membuktikan dia diliwat menerusi laporan perubatan yang sah. Bahkan pihak polis boleh menghantar Saiful ke hospital yang berdekatan untuk diperiksa "duburnya" sebelum mengesahkan laporan tersebut. Atau pun setidak-tidaknya, jika Saiful berkata dia mengaku diliwat kerana sudah membuat pemeriksaan perubatan sendiri sebelum itu.

Kenapa pihak polis tidak mengarahkan Saiful menunjukkan laporan perubatan sebagai bukti dia diliwat ketika itu. Apakah polis Malaysia yang begitu profesional boleh menerima laporan seorang anak muda seperti Saiful, hanya berasaskan kepada laporan polis yang dibuatnya di kaunter Balai Polis berkenaan (Jln Travers) ketika itu.

Bukankah sepatutnya Saiful dihantar menjalani pemeriksaan perubatan, dan sementara menunggu laporan berkenaan polis tidak sepatutnya mengganas dan menangkap suspek yang dituduh tanpa ada bukti yang sah terhadap pertuduhan. Inilah yang menimbulkan keraguan kita sebenarnya. Nampak benar ada tangan-tangan ghaib yang merangka skrip "sandiwara liwat 2" ini bagi menghukum orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan.

Ia jelas berdasarkan kepada bukti laporan perubatan oleh doktor pakar seramai empat orang yang mengesahkan dia tidak diliwat. Apabila dia tidak diliwat, makanya tiada asas dan kes yang kukuh untuk pihak polis menangkap dan menyiasat sesiapa ketika itu. Malahan, Saiful sendiri wajar disiasat kerana membuat laporan palsu dan menfitnah individu terbabit. Namun, kenapa ini semua tidak berlaku?. Kerana mereka semua termasuk pihak polis dan kini mahkamah terpaksa mengikut skrip yang telah disiapkan oleh pihak-pihak yang terbabit.

p/s:Lantaran itulah kita melihat kes ini banyak penipuan, kekeliruan dan misteri sebenarnya. Apakah kita harus mempercayai cerita "kartun" seperti ini. Malah, mahkamah sepatutnya tidak perlu membicarakan kes yang penuh dengan keraguan ini. Namun, mengikut skrip mereka terpaksa melakukannya jua.

Maka itulah kita tidak hairan kes yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dihantar ke Mahkamah Sivil. Malah, dari Mahkamah Sesyen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan berbagai alasan dan kekeliruan yang nyata. Mereka mahu memperbodoh-bodohkan rakyat supaya mempercayai kes yang tidak masuk dek akal ini sebenarnya.

Dari sinilah baru kita boleh mengkaji apakah sumpah Saiful itu boleh diterima, pengakuan, laporan polis dan kes yang sedang dihadapinya sekarang ini. Soalnya sekarang, siapakah yang menjadi mangsa sebenarnya? Saiful Bukhari atau Anwar Ibrahim agaknya. Anwar juga boleh dikatakan sebagai mangsa dalam kes mengarut seperti ini.

Beliau menjadi mangsa keadaan, mangsa fitnah dan mangsa kerakusan manusia yang ingin menjatuhkan kerjaya politiknya secara jahat. Oleh itu, apakah layak anak muda seperti Saiful ini merintih simpati mengharap belas ihsan daripada masyarakat agar menyokong dirinya. Sedangkan terbukti secara klinikal dia adalah "jantan suci sesucinya".

Fikir-fikirkanlah dan ambil pengajaran berguna dari kes seperti ini hendaknya.

Isnin, 26 Oktober 2009

Bajet 2010 Bajet Untuk Kerajaan BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

“Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

“Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai,” tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

“Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

“Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk,” tegas Anwar.

Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

“Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.

“Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

“Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?” soalnya.

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:

Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah – defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan “off-budget” dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana “kebajikan rakyat didahulukan” atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan – iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?

Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi – secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa – malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini – maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari

Menurut laporan “World Competitiveness Report 2009/2010″ yang dikeluarkan oleh “The World Economic Forum (WEF)” Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau “bottleneck” dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau “brain drain” kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.

Husam Akan Pangku Tugas MB?

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat diberitakan akan menunaikan fardu Haji pada pertengahan November depan. Kalau tidak silap inilah Haji, Nik Aziz yang ketiga dalam tempoh beliau menjadi Menteri Besar. Tahun 2007 adalah Haji paling akhir dilakukan. Dalam tempoh itu hingga kini beliau sering mengerjakan umrah, hampir setiap tahun.

Sepninggalannya mengerjakan haji dua tahun lepas tugasnya selaku MB diserahkan kepada timbalannya, Ahmad Yaacob. Ahmad diberikan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas sebagai menteri besar dan menjalankan urusan pentadbiran.

Dalam perlembagaan tubuh negeri Kelantan tidak ada peruntukan jawatan pemangku MB Kelantan. Perlembagaan memperuntukkan selama MB tidak berada dalam negeri ia boleh menyerahkan tugasnya kepada sesiapa di kalangan Exco yang dipercayai.

Semasa Abdul Halim Abdul Rahman menjadi TMB selama lebih 10 tahun dulu, beliau pernah diberikan tugas dan tanggungjawab menjalakna tugas-tugas menteri besar. Dalam sepanjang tempoh itu Abdul Halim hanya sempat merasai sekali saja sebagai 'pemangku' MB.

Walaupun dua atau tiga tahun lepas tugas-tugas MB dilepaskan kepada Ahmad Yaacob semasa Nik Aziz di Makkah malangnya, Ahmad tidak dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab berkenaan. Tidak semena-mena TMB itu diserang sakit dan terpaksa berihat di hospital. Jadi Ahmad Yaaob tidak sempat menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai bakal MB.

Ekoran itu, Husam Musa telah secara tidak langsung dianggap menjadi pengganti kepada Ahmad Yaacob. Bagaimana pun kerana tidak ada penurunan kuasa dan tanggungjawab kepada Husam secara mutlak menyebabkan Exco itu hanya jadi pengganti sahaja tanpa dapat membuat apa-apa keputusan atau memainkan peranan sebagai MB.

Jadi ketika itu orang Pas dan rakyat Kelantan tidak dapat melihat sejauh mana kemampuan Husam. Tempoh itu tidak menjadi satu percubaan untuk melihat kemampaun beliau sebagai bakal MB.

Kini ada makluman dalaman mengatakan Nik Aziz akan menyerahkan tugasnya sebagai MB kepada Husam Musa selama dia berada di Makkah pada pertengahan bulan depan. Selama itu nanti Husam akan bertindak menjadi MB. Surat kuasa atau penyerahan tugas ‘memangku’ MB akan diserakan tidak lama lagi.

Kepercayaan Nik Aziz kepada Husam yang meminta Husam membentangkan bajet tahun depan di sidang DUN yang sedang berlangsung kini dikatakan sebagai isyarat jelas atas perubahan drastik mengenai keyakinan Nik Aziz kepada bekas Setiausaha Politiknya itu.

Mudah-mudahan sahaja dengan peluang keemasan yang bakal diberikan Nik Aziz ini, Husam dapat membuktikan kemampuannya sebagai bakal pengganti Nik Aziz. Hendaknya Husam tidak akan mengecewakan rakyat. Buktikanlah yang anda mampu memikul tanggungjawab yang anda cita-citakan itu.

Semua pihak diminta memberi kerjasama kepada Husam. Rakyat Kelantan terutama mereka yang kurang senang dengan Husam hendaknya bersikap tawakuf dan menerima takdir ini dengan hati terbuka. Kepada Husam pula ambilah peluang ini untuk memperbetulkan apa-apa yang cacat mengenai diri anda. Perkara paling penting ialah cuba menyatukan semula keretakan yang berlaku dalam Pas.

Insya-Allah kalau selama ketiadaan Tok Guru itu beliau berjaya menunjukkan peribadi sebagai pemimpin rakyat dan berjaya menyatukan parti, mungkin menjelang Januari depan Husam bakal dinobatkan sebagai MB sebagai mewarisi kepimpinan Tok Guru di Kelantan.

Busuknya Hati.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh-sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana UMNO. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah UMNO diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta UMNO tersebut. Jadi dari situlah harta UMNO hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari UMNO pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden UMNO Baru, Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya UMNO, Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu kemana harta UMNO pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya, Saya Pun Melayu, saya tidak pernah menjadi orang kanan UMNO dan rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan UMNO waktu Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat UMNO. Yang jadi peguam korporat UMNO masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa–apa corporate deals berhubung Tan Sri Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan UMNO. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari UMNO. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa UMNO tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik UMNO, saya hanyalah ahli UMNO biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta UMNO hilang tetapi juga mengapa UMNO diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi political assassins seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.

Kerajaan PEKATAN RAKYAT Terbaik.

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas yang ada kaitannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dan
Barisan Nasional (BN). Peristiwa-peristiwa tersebut berjaya menyerlahkan kewibawaan dua komponen tersebut.

Laporan Ketua Audit negara menyerlahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pelbagai jabatan kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memastikan bukan sahaja tiada pembaziran dilakukan malahan juga amalan pembelian pada harga yang tidak munasabah


bagi membolehkan rundingan dibuat untuk menyonglap duit rakyat. Anehnya perkara ini terus berlaku dari tahun ke tahun. Tiadakah mekanisme yang mapan untuk membanteras gejala setan ini?

Rakyat tentunya tersenyum simpul bila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja mendapat pujian daripada Transparency International tentang kesungguhan membanteras rasuah malahan juga kejayaan meningkatkan pendapatan negeri dari RM847.45 juta pada tahun 2007 kepada RM1.25 bilion pada tahun 2008 menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Peningkatan itu adalah sebanyak 21%. Puncanya ialah sikap berjimat cermat kerajaan negeri, tidak membazir, dan pelaksanaan dasar CAT (Cekap, Akautabiliti, dan Telus). Rakyat Pulau Pinang tersenyum puas walaupun duit tunai kerajaan negeri merosot kerana wang itu digunakan untuk kemaslahatan mereka.

PAS telah memerintah Kelantan selama 19 tahun berturut-turut. Yang istimewanya adalah sepanjang tempoh itu tiada amalan rasuah yang dicatatkan. Di samping itu, Kelantan berjaya mempertahankan 51% kawasan hijau. Kini, Kelantan mempunyai kawasan hutan terluas di Malaysia berbanding dengan mana-mana jua negeri yang diperintah oleh BN.

Ketua Audit Negara juga memuji Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya meningkatkan hasil kepada 205.5% selepas hanya setahun memerintah. Kejayaan itu diperoleh menerusi polisi penjimatan. Oleh sebab itu, Kedah mampu membayat hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, Laporan Ketua Audit Negara juga memperakui kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengawal ketirisan dan memastikan wang yang dibelanjakan sampai kepada kumpulan sasaran. Pujian yang paling menggembirakan ialah kecekapan mengurus perbelanjaan.

Kesemua yang dinyatakan di atas membuktikan bahawa membasmi rasuah menjadi keutamaan kerajaan pakatan. Rakyat Malaysia di negeri-negeri lain patut memilih kerajaan yang sebegini untuk memakmurkan diri mereka dan juga negara kita yang tercinta ini.

Usahlah bergantung harap kepada BN yang menjadikan rasuah sebagai satu daripada ciri utama Gagasan 1 Malaysia walaupun lidah tidak bertulang Najib beriya-iya mahu memerangi rasuah. Harus diingat bahawa hingga sekarang Kerajaan BN Pahang belum melunaskan tuntutan seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada sebuah syarikat. Bidang inilah yang dijuarai oleh negeri kelahiran Najib!!!

Ahad, 25 Oktober 2009

Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat bincang keperluan muktamar khas

PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Nik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.

Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.

Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.

Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu.

Hanya Mesyuarat Khas Ganti EGM.

Pas tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas Pas Pusat bagi membincangkan isu parti. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub (foto), berkata hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu semalam. "EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang Pas. Pas akan mengadakan mesyuarat khas Pas Pusat dalam masa terdekat.
Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam,"
katanya.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali,(foto). Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri."Tidak seorang pun menghubungi saya sejak isu itu dihebohkan," katanya.

p/s: Nampaknya, kemelut politik yang melanda PAS ini semakin diperbesarkan oleh media arus perdana. Walhal isu tersebut adalah isu terpencil yang bersifat dalaman.
Namun, ia telah dijadikan isu besar bagi melaga-lagakan pemimpin PAS.

Saya pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba memporak perandakan parti itu sebenarnya. Oleh itu, PAS harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut yang sedang bersedia untuk merosakkan mereka dalam masa terdekat ini.

Teruskan perjuangan!!.

Saranan Diadakan EGM Persedian PAS Menjelang PRU-13.

Operasi bersih PAS yang telah dan sedang dilakukan oleh TGNA , dikira sebagai langkah penting menjelang PRU 13 nanti. Ini penting supaya PAS bersiap sedia dari semua segi , fizikal dan mental. Boleh dikatakan , tidak ada pemimpin PAS yang begitu faham dan arif serta benar – benar tahu dengan UMNO , kecuali TGNA. Tidak haruslah 3 , 4 orang pimpinan yang disebut secara direct oleh TGNA , berasa hati , kecil hati atau kecewa dengan nya.

Bahkan , 3 , 4 orang ini mesti faham , mereka lah sasaran sebenar UMNO , bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 nanti. Gabungan tenaga professional dan ulamak ini lah yang sangat ditakuti UMNO. Maka sudah tentu , ini lah usaha kemuncak oleh UMNO , sebelum jatuh menjelang 2012 nanti.

Rasanya , sudah tidak ada cara dan jalan lain , melainkan tindakan yang telah dibuat oleh TGNA ini , bagi menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau dibuat secara senyap – senyap dan dalam mesyuarat sahaja , kesannya kurang. Hanya dengan cara ini saja , semua peringkat pimpinan hingga ke akar umbi terjaga dan aware kini.

Bukan saja PAS dan saf pimpinan bangun dan tersedar kini , malah juga komponen Pakatan Rakyat , begitu juga dengan Bahgian Perang saraf & Perisikannya juga terpaksa lebih berhati – hati. Tembelang sudah pecah , walaupun belum sampai ke kemuncaknya.

Itu sebenarnya kebijaksanaan TGNA.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kita Yang Keliru!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Menyebut kalimah keliru, teringat saya dengan lagu hit dari pasangan paling sensasi satu ketika dulu Nurul dan Ajai… Waaa, saya pun tahu lagu tu huhu, dan selepas keliru mereka terus jadi serasi… dan serasinya hingga ke hari ni, namun serasi dalam bentuk yang berbeza mungkin, serasi tidak semestinya terus bersamakan?

Entah...

Erm… kesitu plak dah saya ni. Oklah. Kita yang keliru? Mungkin pelbagai persoalan timbul, kenapa keliru? Siapa si pengeliru… bagaimana timbul kekeliruaan? Argh… lantak. Boleh gitu? Tentang kekeliruan ni beberapa cerita ingin saya sembangkan…


Cerita : I

Perbualan di sebuah kelas antara beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan… tentang satu rancangan TV.

Pelajar A : “Aku dah habis berpuluh ringgit cakap lu… Sms vote untuk si A*** tu. Memang bestlah dia”.

Pelajar B : “Akupun sama… tapi tak menanglah dia. Adois sedihkan. Dahlah ensem bangat”…
Pelajar C : ( Pelajar lelaki ) “Ayah aku tak kasi vote-vote ni. Dia kata haram vote-vote macam tu… tapi aku diam-diam vote juga. Hehe. Ala dia bukan tahupun”.

Pelajar A & B : ( Serentak )Haram!!! Kenapa plak haram?”

Pelajar C : “Kan ke berdosa namanya tu kita menyokong segala perbuatan yang menyalahi Islam. Dahlah tu bercampur lelaki dan perempuan… Tak haram ke?”
“Itu yang ayah aku cakaplah”…


Pelajar A & B : “Erm… Gitu”..


Cerita : II

Di cafeteria sewaktu sarapan pagi . Saya terpandang seorang kawan lelaki memakai rantai leher…

Saya : “Erm… cantik rantai kau pakai tu Ijam. Beli dekat mana?”

Ijam : “Emak saya yang hadiahkan… Bro nak”?

Saya : Nak boleh?

Ijam: ( Sambil menanggalkan rantai ) Nah… tapi just untuk bro tengok jelah.

Saya : Ok.. Abg nak pimjam sekejap yer. ( Saya terus ambil sampailah hari ni… huhu )

Cukup dulu rasanya dua cerita untuk saya kongsikan bersama sahabat. Mungkin pada sesetengah sahabat cerita ini hanyalah sekadar cerita biasa. Cerita yang tidakpun punya denyut rasa yang mengguris hati seorang Muslim. Cerita yang tidak ada apa-apa nilaipun. Cerita biasa… Seperti yang saya katakan dalam posting sebelum ini. Biasa…

Mungkin perspektif kita berbeza… perbezaan itu mungkin kerana kacamata yang kita gunakan untuk melihat. Kacamata yang diimport sepenuhnya dari barat akan melihat ia tidak punya apa-apa. Andai kacamata kita gunakan dari timur mungkin hati mendengus… lantas berkata kenapa dan mengapa begitu?.

Ya. Hari ini… kerana kurangnya ilmu di dada atau mungkin kerana jauhnya kita dengan teras dan paksi agama itu… lantas kita begitu mudah menjadi keliru. Keliru yang seolah tiada penghujung… keliru pada asas. Pada hukum Allah yang sewajarnya tidak ada kekeliruan padanya. Keliru dengan halal dan haram… keliru antara adab dan akhlak Islam. Lantas segalanya bercampur aduk…

Kita keliru dalam hukum hakam dan budaya… Kita keliru dalam soal hiburan, yang mana berpaksikan Islam atau tidak? Kita keliru dalam memilih corak dan sistem budaya berpakaian… antara tudung dan menutup aurat, antara perhiasan lelaki dan wanita, cukuplah dengan perhiasan yang Allah telah kurniakan padamu yang bernama lelaki... misai dan janggut. Sisirlah sebaik mungkin kan terserlah ketampananmu. Usahlah mencari perhiasan lain, lalu menyamakan antara lekaki dan perempuan. Buangkan saja rantai mahupun subang di telinga itu...

Mungkin sesetengah di kalangan kita telahpun menerima budaya sepeti itu… hidup dalamnya, tanpa merasakan ia amat jauh dari kelongsong Islam itu sendiri… Ya, amat jauh… atau mungkin telahpun terkeluar dari kelongsong itu tanpa kita sedari… Wal iyazubillah. Jauh, dek kerana lamanya terpisah atau mungkin dipisahkan denganNya… dipisah oleh suasana, dipisahkan oleh mereka yang mungkin memang segaja mahu menjauhkan kita darinya lantas membiarkan kita terusan keliru…

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Khamis, 22 Oktober 2009

Usaha Media Pro BN Memecah Belahkan PKR Gagal Lagi

Berikut adalah kenyataan YB Datuk Zaid Ibrahim

i. keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang
sama.


ii. Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

iii.
"Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini,"

iv. "Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat," .

v. Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat "satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan."

vi. "Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya,"

Ulasan

Kesian kat pemimpin – pemimpin UMNO yang ada sekarang ini , juga bekas – bekas pemimpinnya yang sudah berada di luar sana , kerana selama ini mereka ini sangat mengharapkan PKR dan PR berpecah dari hari ke hari.

Antara yang ditunggu – tunggu ialah percutian selama 6 bulan ini , kononnya berpunca dari ‘pergeseran’ beliau dengan Naib Presiden PKR.

Cita – cita dan usaha mereka selama ini masih gagal. Barangkali Tuhan masih belum merestuinya.

Mungkin ungkapan di atas , ‘CELAKA DATUK ZAID IBRAHIM” yang diucapkan oleh mereka ini , bermula esok dan seterusnya.

Jawapan Pak Menteri di Parlimen

Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 telah bermula pada hari Isnin, 19 Oktober 2009 yang bakal menyaksikan berbagai lagi kepincangan kerajaan BN dalam mengurus tadbir negara kita ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mulakan dengan mengulas jawapan yang telah pun diberikan oleh dua Kementerian yang berikut.
Pertama: Jawapan TPM berhubung rasionalnya mengapa kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk menukar semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda.

Beliau menjawabperlu membuat kajian serta menentukan tenaga guru mencukupi, terlatih dan sebagainya.

Tetapi persoalannya, dahulu apabila melaksanakan PPSMI, mengapa tidak dilakukan sedemikian? Buat kajian terlebih dahulu, tentukan tenaga pengajar mencukupi dan begitu juga kemahiran yang berkaitan. Ini tidak, main rempuh sahaja walaupun ramai yang membantah. Dalam melaksanakan satu dasar dan kaedah yang baru, sudah semestinya dasar dan kaedah tersebut memerlukan kajian dan persiapan yang teliti. Kaedah kerajaan BN seperti biasa, terbalik! Apabila ingin laksanakan dasar baru tiada kajian dan persiapan yang teliti. Tetapi, apabila menukar kembali ke dasar yang asal, perlu kajian dan persiapan yang teliti!

Berkenaan soalan tambahan mengenai apa jaminan kerajaan tidak akan kembali kepada dasar PPSMI atau yang seakannya dan seterusnya mengabaikan Bahasa Malaysia, TPM telah menjawab bahawa status Bahasa Kebangsaan dijamin dalam Perlembagaan negara.

Tetapi apa yang lebih merisaukan banyak pihak ialah status Bahasa Kebangsaan telah pun dijamin dalam Perlembagaan sejak dari dulu lagi. Namun perkara ini tidak menghalang kerajaan BN melaksanakan satu dasar yang jelas bercanggah dengannya! Atau apakah mungkin TPM baru sahaja sedar kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?

TPM seterusnya menyebut bahawa yang penting ialah persoalan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa menjejaskan status dan penggunaaan Bahasa Kebangsaan. Maka jelaslah bagi beliau, ini masih lagi merupakan satu persoalan yang beliau sendiri tidak tahu cara mengatasinya. Jawapan sebenarnya mudah sahaja. Bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!

Jika kita ingin meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, maka perlulah belajar bahasa Inggeris. Kita mengajar Sains dan Matematik untuk anak-anak kita faham Sains dan Matematik. Oleh itu perlu mengajar mata pelajaran ini di dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Bukan dalam bahasa yang kita sendiri mengakui bahawa pelajar lemah penguasaannya.

Kedua: Jawapan Timbalan Menteri berhubung perlanjutan perkhidmatan Ketua Polis Negara yang menyebut prestasi KPN amat memuaskan.

Sebenarnya prestasi KPN memuaskan hanya dari persepsi BN. Kadar jenayah dikatakan meningkat dan banyak persoalan berhubung penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran dan pengurusan beliau masih tidak terjawab. Status rasuah dalam Institusi PDRM diketahui dan diakui umum. Ini masih tidak berubah. Biasanya dalam menangani masalah rasuah, orang nombor satu institusi terlibat perlu dipertanggung jawabkan tetapi di bawah kerajaan BN sebaliknya yang berlaku. Setelah pendedahan dibuat oleh sebuah Suruhan Jaya Di Raja sekalipun, namun tiada apa-apa tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Hakikatnya, walau sejelas mana sekalipun kegagalan KPN tersebut, KPI yang terpenting dalam pertimbangan kerajaan BN ini adalah kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah dan arahan yang diberikan oleh kerajaan BN itu sendiri. Itu sahaja.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD