Pengikut

Rabu, 30 September 2009

Ayuh Jangan Undi PERASUAH.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya yakin, ramai antara kita yang bencikan rasuah. Walau apa pun keadaan kita, walaupun kita juga pernah memberi rasuah bentuk kecil-kecilan seperti menyogok polis agar tidak saman selepas kita melepasi had laju atau kesalahan-kesalahan lain, tetapi, saya tetap percaya, ramai diantara kita yang bencikan rasuah.

Mungkin ada golongan yang sayangkan rasuah, mungkin mereka ini yang hari-hari makan rasuah atau mereka ini memang jenis yang memakan rasuah secara besar-besaran.

Kes rasuah di negara ini memang sudah parah. Pengerusi sebuah persatuan kontraktor bumiputra pernah merungut di dalam ucapannya dahulu berkata, kontrak kerajaan Malaysia penuh dengan rasuah dari A sampai Z. Iaitu dari hari sebelum dia memasuki tender tersebut hinggalah kepada hendak menuntut pembayaran dari kerajaan.

Disini saya ingin ceritakan tentang kebocoran, ketidak telusan dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh beberapa menteri termasuk timbalan perdana menteri yang telah melibatkan berbilion-bilion wang rakyat dan ini juga melibatkan Perdana Menteri.

Berita ini sudah tersebar luas ke seluruh dunia, mereka telah memetik dari Laporan Ketua Audit Negara itu bilamana dana rakyat telah disalah gunakan. Kini seluruh dunia telah mengetahuinya tentang betapa korupnya kerajaan Malaysia didalam membelanjakan wang awam.

Didalam persepsi dunia terhadap kedudukan rasuah di Malaysia yang semakin merudum, kerajaan pimpinan Najib bertindak seperti orang tidak bersalah untuk terus membina kekayaan peribadi. Lihat sahaja laporan Transparency International saban tahun.

Jikalau di dalam negara yang mempunyai rasuah di peringkat tertinggi, maka, amalan tersebut akan terus turun kepada peringkat yang lebih rendah. Jikalau menteri sendiri mengamalkan rasuah, maka ketua-ketua kerani di pejabat-pejabat sekolah pun ingin mengambil rasuah.

Kepada siapa yang rakyat dapat harapkan sekarang? Kita mampu membuat perubahan. Kita diberi hak setiap lima tahun untuk membentuk kerajaan Malaysia. Saya percaya anda semua tidak redha dengan rasuah. Jikalau kita tidak redha dengan rasuah, kita jangan pilih dikalangan pemimpin yang korup.

Kita sudah tidak boleh mengharapkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) lagi untuk membenteras rasuah di negara ini. Jikalau SPRM masih berada di bawah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, sampai bila-bila pun rasuah di Malaysia tidak akan dapat dihapuskan. Malah, Ketua Pengarah SPRM sendiri pun pernah dituduh mengamalkan rasuah.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya berada di bawah seliaan Parlimen, dimana, mereka akan bebas untuk membuat siasatan dan terus mendakwa sesiapa sahaja tanpa melalui Peguam Negara untuk membawa sesuatu kes ke mahkamah.

Lihat sahaja kes rasuah Datuk Rafidah Aziz yang telah memberi berjuta-juta saham kepada menantunya seperti mana yang telah didedahkan oleh Saudara Ezam Mohd Nor. Apabila Peguam Negera tidak mendakwa Rafidah Aziz, maka, dia terus bebas dan terus mengaut kekayaan negara.

Jikalau kredibiliti SPRM diragui, kredibiliti Polis diragui, kredibiliti Peguam Negara diragui, kredibiliti Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kredibiliti Perdana Menteri juga turut diragui, maka, bersiaplah, negara ini akan hancur dan pemimpin akan terus rakus membuat kekayaan dan menggunakan jawatan sebagai alat untuk kesenangan.

Rasuah akan memberi imej yang buruk kepada negara. Pelabur luar tentu takut untuk melabur di dalam negara ini dan akhirnya, kesannya rakyat sendiri yang akan merana. Pelaburan asing akan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, dan jikalau pelabur asing takut untuk memasuki negara ini, maka, seperti yang kita lihat hari ini, penganguran berleluasa. Ramai mana adik-adik kita atau anak-anak kita lepasan universiti yang masih belum mempunyai pekerjaan?

Apabila ramai rakyat tidak mempunyai pekerjaan, di dalam masa yang sama, harga barang dan perkhidmatan terus mencanak naik tanpa belas kasihan, tentu rakyat akan hidup di dalam keadan tertekan. Maka, sekali lagi telah terbukti hari ini, kadar jenayah semakin naik. Kejadian ragut semakin berleluasa, kejadian pecah rumah yang sudah tidak dapat dibendung oleh pihak polis, rompakan di sana dan sini. Lalu hari ini, kita hanya mampu untuk melihat statistik kejadian jenayah terus menunjuk kemajuan sehinggakan, duduk di dalam rumah sendiri pun sudah rasa tidak selamat.

Ramai antara penjenayah yang melakukan kesalahan bukan kerana memang hobi mereka untuk membuat kejahatan. Ada antara mereka terpaksa melakukannya kerana kesempitan hidup. Didalam keadaan hidup yang tertekan, ada dia mereka yang terpaksa mencuri demi sesuap makanan.

Hari ini rakyat sudah merasa tidak selamat untuk duduk dirumah sendiri, malah rumah bekas ketua polis negara pun turut dimasuki pencuri. Tambah hebat lagi, balai polis sendiri pun dimasuki pencuri seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Marilah kita fikirkan, wang yang diseleweng bukanlah satu nilai yang kecil. Di dalam kontrak untuk membuat kapal peninjau Tentera Laut, harga kontrak telah dinaikkan sebanyak RM1.85 Billion dari tender asal.

Jikalau RM1.85 Billion ini diberikan kepada pelajar-pelajar universiti, mungkin pelajar-pelajar universiti hari ini akan mendapat pendidikan secara percuma. Paling tidak, rakyat tidak perlu membuat pinjaman yang terlalu tinggi untuk menyambung pengajian kerana kerajaan mampu untuk membantu atau memberi subsidi.

Jikalau para pelajar hari ini ditekan dengan sistem riba yang diamalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), maka jika wang berbilion tersebut dibelanjakan dengan bijak, nikmatnya akan dapat dirasai oleh banyak pihak.

Bagaimana para pelajar kita hendak mendapat keberkatan dari ilmu yang mereka timba jikalau pada hari pertama di universiti pun, mereka sudah mula membuat dosa?

Perlu diingatkan, riba itu satu dosa yang sangat besar.

Oleh itu, saya berharap agar kita dapat menggunakan peluang yang diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Berfikirlah dengan waras. Fikirkan untuk generasi akan datang. Jangan sampai di satu masa nanti, anak-anak dan cucu-cucu kita menyalahkan kita kerana membiarkan amalan rasuah ini berleluasa.

Jikalau kita kaji semula sejarah kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 dahulu. Ini kerana terdapatnya pemimpin-pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. Perkara yang sama telah wujud hari ini dan jika kita terus membiarkan mereka terus berkuasa, maka, nantilah, kehancuran yang besar akan tiba nanti.


Antara laporan akhbar-akhbar luar negara edisi internet yang melaporkan tentang Kerajaan Malaysia yang telah menyalahgunakan dana awam berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara :

The Inquirer Philipines
International Herald Tributes
The China Post
Today Online Singapore
AsiaOne News
The Irrawaddy Myanmar
Metro Radio Hong Kong

p/s:Marilah bersama memberi sokonggan kepada Calon PAKATAN RAKYAT.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Majoriti 1 Undi Sahaja Sudah Cukup Untuk Memenangkan PR.

Assalamualiakum
Bagan Pinang semakin menggamit. Hari penamaan calon hampir tiba dan tempoh berkempen bagi PRK N 31, Bagan Pinang semakin dekat.Keghairahan petugas pilihanraya semakin terasa, keseronokan berkempen juga sudah mula dikesan di mana mana dari Perlis sampailah ke Sabah.

Antara isu yang mula diperkatakan ialah isu calon BN/UMNO yang berkemungkinan merupakan seorang yang telah disahkan oleh UMNO sendiri sebagai perasuah utama dalam negara sehingga ada yang mula mempersoalkan kebersihan UMNO dalam memilih calon mereka.

Semakin ramai yang mula menyedari betapa UMNO bukanlah parti yang mementingkan kebersihan diri walaupun mereka berkempen agar rakyat menjaga kebersihan diri demi mengelakkan dijangkiti H1NI.ternyata UMNO dijangkiti H1NI di Bagan Pinang walaupun Tun Mahadir pernah berkata bahawa meletakkan calon yang bersih belum tentu menang tetapi meletakan calon yang berpenyakit H1N1 mungkin boleh memberi kemenangan kepada BN.Namun satu perkara yang perlu disedari oleh semua pendokong dan petugas PR di PRK itu nanti ialah kenyataan bahawa PR hanya perlukan satu undi majoriti untuk menang.

Statistik keputusan PRU ke 12 lalu menunjukkan bagaimana pengundi Bagan Pinang membuat keputusan yang memihak kepada BN.Fakta menunjukkan bahawa dari lebih 11 ribu pengundi yang keluar membuang undi, lebih kurang 5 ribu merupakan pengundi pos.Ini bermakna sekiranya statistik ini diambil kira, jumlah pengundi yang bakal membuang undi di peti peti undi hanyalah sebanyak 6 ribu lebih sahaja sementara pengundi lainnya merupakan pengundi pos.Ini juga bermakna, tugas berat menunggu petugas PR di Bagan Pinang.Satu undi majoriti yang diperlukan amat sukar dicapai kerana keujudan pengundi pos ini.

Umum sudah tahu bahawa dalam sejarah pilihanraya Malaysia, pengundi pos merupakan satu aspek yang terang dan jelas dimanupulasikan oleh UMNO/BN untuk memberi kemenangan kepada mereka.Dalam PRK Kuala Terengganu yang baru lalu, dari jumlah lebih 900 pengundi pos, hanya 2 yang diperolehi oleh PR.Satu jarak yang sungguh jauh dan satu fakta yang menimbulkan banyak tanda tanya mengenai proses pengundian pos yang dijalankan oleh SPR.SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas, hari ini sudah dibuktikan telah menjadi kuda tunggangan UMNO dalam melaksanakan agenda penipuan mereka terutama dalam proses pengundian pos.Banyak pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tentera dan polis tentang bagaimana mereka dipaksa dan terpaksa memangkah UMNO ketika mengundi.

Hakikat ini menjadi cabaran kepada PR dalam PRK N 31 nanti.Menentukan proses pengundian pos bebas dari sebarang penipuan merupakan tugas utama pengerak dan perancang pilihanraya PR di sana nanti.Tekanan berterusan harus diberikan kepada SPR agar mereka tidak lagi bebas dan selesa menjalankan penipuan undi.Untuk itu, petugas PR semua harus melepaskan sedikit beban yang mereka pikul dengan menjalankan tugas bersandarkan slogan "PR HANYA PERLU SATU UNDI MAJORITI UNTUK MENANG DI N 31".Satu undi sudah memadai bagi mengurangkan kerusi BN di DUN Negeri Sembilan dan sekiranya majoriti yang diperolehi nanti sebanyak 65, maka jumlah itu sudah boleh dianggap besar.

p/s:Sokong Dan berilah kemenanggan Kepada Calon PAKATAN RAKYAT.

UMNO Dan Prinsipnya.

Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan “nasihat” sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.

Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus “berdansa” dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.

Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya.

Selasa, 29 September 2009

Kartika akan dihukum sebat?

Kartika hanyalah seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang telah menjalani kehidupan seperti individu biasa yang lain sehingga kes Mahkamah Syariah beliau di paparkan oleh media masa seluruh dunia.

Liputan hebat yang diberi oleh dunia mengenai kes beliau memperlihatkan betapa perkara-perkara, khususnya kes-kes yang bersangkutan dengan Mahkamah Syariah diberi prominence (kepentingan yang utama) oleh hampir semua pihak. Sebenarnya prominence yang sedemikian bukan yang pertama kali.

Apapun sebabnya prominence sedemikan diberi, kerjaaan Malaysia seharusnya telah mengambil maklum dan memastikan tidak lagi timbul sebarang lagi kontroversi yang boleh menjunamkan imej mahkamah Syariah dan Undang-Undangnya di mata dunia.

Kes Kartika Sari Dewi Shurkarno yang didakwa di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kerana meminum arak di khalayak telah menyerlahkan beberapa amalan yang tidak sihat dalam pentadbiran dan urusan berkaitan sebahagian kes-kes yang dibabitkan di Mahkamah Syariah Pahang. Apakah amalan yang didakwa oleh mangsa sebagai berunsur rasuah itu berleluasa juga di tempat-tempat lain?

Perkhidmatan guaman yang lousy dikatakan menjadi salah satu ciri dalam proses pengadilan dalam Mahkamah Syariah. Penguam yang mewakili Kartika telah tidak memberi beliau nasihat yang tepat dan telah tidak berfungsi sepenuhnya membela Kartika ketika perbicaraan berlangsung. Beliau didakwa tidak mengamalkan profesionalisme yang dituntut sebagai seorang peguambela.

Sebahagian anggota pentadbir Mahkamah Syariah Pahang pula telah didapati oleh mereka yang tertuduh sebagai mengamalkan sesuatu yang di luar batas peraturan proses pengadilan dan penerimaan hukuman. Unsur-unsur negatif yang mencemar Sistem Kehakiman Syariah wajar diselidiki dan dibanteras. Malangnya, rakyat biasa masih takut untuk memberi keterangan, membantu mengislahkan keadaan yang tidak wajar berterusan.

Kes Kartika telah membuka berbagai isu yang telah tidak diberi perhatian untuk sekian lamanya oleh kerajaan yang berkuasa.

Salbiah Ahmad, seorang peguam, berpendapat bahawa Mahkamah Syariah sewajarnya memainkan peranan inquisitory sesuai dengan hasrat bahawa hukuman dan denda adalah

kearah pembaikan individu dan masyarakat. Maka implikasinya ialah keperluan terhadap pengetahuan yang cukup mengenai latarbelakang kes dan kondisi tertuduh.

Keadilan hanya akan berlaku sekiranya seluruh proses pengadilan itu mengikuti suatu proses yang adil dan telus juga, tanpa sebarang unsur diskriminasi dan negativiti seperti pentadbiran yang mencurigakan, rasuah atau lain-lain pencemaran yang boleh merosakkan kredibiliti dan integriti Mahkamah Syariah.

Sistem dan pengurusan undang-undang jenayah Islam adalah merupakan yang paling lembab diurus dan paling tidak cekap berbanding undang-undang yang lain.

Para pakar perundangan Islam berpendapat bahawa tidak ada halangan untuk melaksanakan Sistem Syariah dengan baik di negara ini. Ia hanya memerlukan usaha penerangan yang sungguh-sungguh dari pihak kerajaan agar rakyat memahaminya dan yakin keadilan boleh dikecapi oleh rakyat jelata, Muslim atau non-Muslim.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu perbincanagan mengenai harmonization di antara Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Sivil telah berterusan berlangsung. Ia boleh dilihat dalam konteks hukuman atau denda (ta’zir) yang dikenakan ke atas pesalah – umpamanya dalam kes rogol, mengedar dadah dll. – di mana aspek halangan untuk mengulangi kesalahan (as a detterance) menjadi keutamaan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan dan undang-undang syariah.

Kejayaan proses harmonization ini boleh menjadikan kedua-dua sistem ini mengamalkan keselarasan dalam perkara-perkara yang serupa agar keadilan dapat dilaksanakan terhadap rakyat secara seragam. Ia memerlukan sikap proaktif yang tinggi dan komitmen yang mendalam dari pihak kerajaan dan golongan pakar undang-undang dalam negara, termasuk Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Syariah (dari setiap negeri) serta golongan intellektual Malaysia.

Wanita KEADILAN pula berpandangan bahawa pengetahuan mengenai undang-undang syariah, perlu dirakyatkan agar rakyat sepenuhnya mengetahui hak mereka dan keadilan berlaku dengan berkesan. Dalam konteks Undang-Undang Islam, kelekehan kerajaan Umno-BN dalam memastikan profesionalisme dalam pentadbiran, penguatkuasaan dan kehakiman sistem perundangan Islam sangat mengecewakan rakyat.

Apabila Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein menjelaskan bahawa hukuman sebat ke atas Kartika tidak dapat dilaksanakan atas sebab tiada kesediaan untuk melaksanakannya, ia telah memberi gambaran betapa selama ini kerajaan Umno-BN telah lalai dalam tanggungjawab mereka meneliti setiap Enakmen Undang-Undang Syariah agar ia dapat disempurnakan dengan baik. Amat dikesalkan lagi apabila Hakim bagi Mahkamah Rayuan Syariah Pahang belum dilantik sehingga kini.

Penyeliaan terhadap perjalanan proses keadilan dalam Undang-Undang Syariah adalah juga sangat lemah. Sebahagian mereka yang telah terlibat secara langsung dengan Mahkamah Syariah telah mengadu bahawa para peguam yang membela mereka seringkali menasihati agar tidak meneruskan perbicaraan dan menyelesaikan kes di luar mahakamah. Berlaku juga unsur yang bertentangan dengan kehendak prosedur mahakamah syariah di mana pembayaran denda dilakukan dengan kadar yang berkurangan dan kes akan tidak dipanggil lagi seterusnya.

Ada peguam syarie yang dipilih telah didakwa oleh setengah pihak sebagai tidak menjalankan amanah dengan baik dan memberikan nasihat yang meleset dan tidak memelihara kepentingan yang dibela. Para professional dan kakitangan yang terlibat dalam Mahkamah Syariah seharusnya menjadi golongan yang menjadi contoh kepada masyarakat dan yang berakhlak mulia bagi menjamin keadilan yang dituntut dalam Islam berlaku tanpa sebarang kecemaran.

Merekalah yang menjadi nadi agar Undang-Undang Islam diterima oleh keseluruhan masyarakat sebagai yang adil, telus dan memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam Mahkamah Syariah.
Mereka juga perlu memperlihatkan bahawa tindakan mereka merentasi sebarang bentuk diskriminasi kelas, ras, keadaan sosial dan gender dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Isu Kartika adalah unik kerana beliau sendiri menghendaki hukuman sebat dilaksanakan ke atas beliau.

Menurut Dr Majdah Nawawi (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), hukuman adalah mekanisme di mana pesalah melalui proses merasa bersalah di atas perbuatan mungkar mereka, insaf dan kembali ke jalan yang benar (siratulmustaqim, return to the Right Path), seterusnya tidak mengulangi perbuatan itu. Muslim percaya bahawa hukuman di dunia yang disertai rasa taubat akan menerima pengampunan dari Allah swt dan memberi implikasi yang besar di akhirat kelak.

Penting juga dijelaskan bahawa hukuman jenayah dalam Islam bertujuan untuk melindungi kemaslahatan umum (public interest), dan mencegah mereka yang berpotensi melakukan kemungkaran dari melakukannya.

Kemahuan Kartika untuk menerima hukuman sebat yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Pahang ke atas beliau adalah dalam lingkungan hak asasi manusia. Ia harus dilihat sebagai pilihan seorang insan untuk melaksanakan hukum Islam ke atas dirinya menurut kepercayaan dan keyakinannya sendiri. Ia harus difahami dan dihormati.

Reformasi pentadbiran dan sistem Undang-Undang Syariah adalah menjadi tanggungjawab sekelian menteri, kementerian, Peguam Negara, pakar-pakar undang-undang dan para cendiakawan di Malaysia. Sebarang kelengahan akan hanya menzalimi rakyat dan mereka yang tertuduh tanpa proses yang benar-benar telus dan professional sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Selamat Datang Isa Samad ke PRK Bagan Pinang

sila jelaskan isu rasuah dan siapa jual tanah pantai Port Dickson




TELUK KEMANG – Selamat Datang Tan Sri Isa Samad ! Selamat bertanding dalam pilihanraya DUN Bagan Pinang yang bakal menyaksikan pertarungan sengit walaupun UMNO berasa selamat dengan undi pos melebihi 5,000 orang.

Penamaan Isa sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan, membuktikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tunduk kepada ugutan kumpulan yang taksub kepada Isa.

Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno telah diumumkan sebagai calon oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini. (Gambar - Isa Samad muncul di Majlis Muhyidin semalam, dijangka mendapat tentangan dalaman dari kumpulan MB Mohamad Hassan (kanan)

Dengan mengumumkan Isa sebagai calon juga, menunjukkan betapa bankrapnya UMNO/ BN yang sudah ketandusan pemimpin baru dan bersih.

Isa telah dibuktikan bersalah melakukan rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004, dan digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO, sejak 24 Jun 2005.

Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M.Ravi berkata Bagan Pinang yang merupakan kubu kuat BN juga merupakan kubu jenayah dan rasuah.

Katanya, pimpinan UMNO yang akan bertanding, Isa Samad mempunyai kes rasuah namun UMNO tidak ada calon yang lain.

”Kita ada bukti, pimpinan yang akan bertanding (Isa Samad) ada kes rasuah, tetapi UMNO tidak ada calon selain dari dia,

”kita sentiasa sedia tidak kira siapa dia, bapak yang bertading atau anak yang bertanding, tidak peduli, kita akan sediakan peluru kita, bila dia sudah isytihar (sebagi calon) kita akan tembak dia,”katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera pilihanraya PAS Terengganu di UPU Teluk Kemang semalam.

Menurutnya, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang telah menjual tepi laut (pantai) dengan geran kekal dan telah menjahanamkan satu Port Dickson.

Tuan-tuan boleh nampak keliling Port Dickson hingga Pasir Panjang, semua tepi laut (pantai) dia telah jual, sekiranya dia bertanding, dan menang, yang tinggal sekarang di Tanjung Agas pun dia akan jual,”jelasnya.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Saharin berkata hanya di Port Dickson sahaja pantai yang telah ada geran.

Katanya, kerajaan UMNO yang ada telah meluluskan pemberian pantai ini kepada seorang bekas Exco negeri Sembilan, yang duduk dan meluluskan pemberian tanah itu dalam mesyuarat berkenaan.

Hutang Lama Najib Dengan Isa?

HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.


Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.
Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.

Najib Takut Kepada Penyokong ISA!

Beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, kumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ kepada Tan Sri Isa Samad mengugut untuk melakukan ’boikot’.

Pagi ini, kain-kain rentang yang berbunyi ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ dipasang merata-rata tempat di seluruh DUN Bagan Pinang.

Semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, telah membuat kemunculan dalam majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Taman Intan Perdana dekat sini.

Kehadiran Isa ke majlis tersebut membayangkan ’sokong menyokong’ diantara satu sama lain, antara Isa dan Muhyidin.

Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang di kuasai oleh penyokong taksub Isa telah membuat keputusan sebulat suara ’hanya Isa, tidak yang lain’ untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Paparan kain-kain rentang mengugut untuk ’boikot’ telah diduga sejak beberapa hari lalu apabila ’cakap-cakap’ tentang boikot pilihanraya Bagan Pinang telah tersebar sejurus selepas Eidul Fitri.

Beberapa orang dikalangan ahli UMNO bawahan yang ’fanatik’ Isa telah pun bercakap tentang perkara tersebut secara terbuka di premis-premis politik umum.

Menurut laman UMNO online, Muhyidin akan berbuat demikian dalam majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama UMNO Bahagian Teluk Kemang yang akan berlangsung di Comand Centre, Batu 6, Jalan Pantai dekat Port Dickson.

Walaupun sewaktu catatan ini dibuat, Najib turut berada di berada di persekitaran kawasan ini, timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.

Sekitar jam 1.30 tengahari, Najib masih berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program yang sama dalam kem-kem tentera memandangkan pihak UMNO boleh dan mengapa PAS tidak boleh.

Isu calon UMNO akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan dikalangan jentera UMNO, samada Isa atau bukan Isa yang diisytiharkan sebagai calon.

Isa dilaporkan akhbar media perdana sebagai tokoh yang masih mempunyai ’aura’ walaupun imej bersih pemimpin UMNO itu telah dicalari oleh kes rasuah politik.

Sekiranya Isa dipilih, penyokong Isa akan menghamburkan sukacita, sedang disebelah yang lain, penyokong Menteri Besar Mohamad Hassan telah pun menyuarakan akan melakukan ’boikot’ sebagaimana ugutan yang dibuat kumpulan taksub Isa.

Isnin, 28 September 2009

Antara Calon Pilihan akar umbi atau kehendak Mahathir

Walaupun hampir seluruh ahli Umno Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa Samad sebagai calon, Umno nampaknya tidak mahu kesilapan memilih calon menyusahkan mereka sebagaimana di Permatang Pasir.

Katakutan berulang tragedi Permatang Pasir dan ketakutan Umno kepada bekas pemimpin mereka menyebabkan hasrat akar umbi mereka bakal terkubur.

Sokongan terhadap Isa tidak berbelah bahagi dari semua cawangan Umno Teluk Kemang, sejak kerusi N31 diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendirian terbuka Mahathir yang tidak mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menjadi calon kerana terlibat dalam beberapa kes politik wang sebelum ini, dikatakan ada kaitan dengan realiti kehendak akar umbi tersebut.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya," kata Mahathir.

Jika akar umbi Umno masih bertegas mahu Isa menjadi calon, bermakna Umno bersedia dikritik seperti sebelum ini, katanya.

Dan nampaknya, dokongan bekas pemimpinnya lebih besar dalam Umno dari sokongan akar umbinya sendiri.

Malah, dengan ketokohan serta sikap rendah diri yang ada pada diri Isa, tidak mustahil akar umbi Umno akan memberi undi protes kepada calon PAS dalam pilihanraya kali ini.

Tetapi, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi petang tadi, tidak menganggap kritikan tersebut sebagai strategik kempen Mahathir untuk mengukuhkan sokongan akar umbi Umno ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menganggap Mahathir terpaksa mengabaikan hasrat akar umbi Umno tempatan; demi meraih sokongan pengundi yang amnya mementingkan soal peribadi calon yang dipertandingkan oleh mana-mana parti politik.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasharuddin menegaskan bahawa PAS serta Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah dalam meletakkan calon di N31.

Ujarnya, PAS sedia berdepan dengan sesiapa sahaja calon taruhan Umno; sama ada calon tersebut adalah calon kesukaan Mahathir atau kesukaan akar umbi Umno sendiri.
(Gambar:Isa berbual dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly dan AJK PAS Pusat Datuk Husam Musa)

Fokus Pakatan adalah menjelaskan mengetengahkan dasar-dasarnya yang lebih adil; bukannya asyik memperkatakan peribadi calon-calon yang dipertandingkan.

Tanpa menyebut nama calon PAS, Nasharuddin berkata, krateria yang menjadi penekanan dalam memelih calon Pakatan ialah � (1) calon yang disegani rakyat; (2) calon yang mampu memenangkan Pakatan Rakyat; dan (3) calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas yang dihubungi kemudian menyifatkan bahawa kenyataan Mahathir tersebut melambangkan realiti sebenar amalan rasuah di dalam Umno.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang berkata, beliau sedikit pun tidak hairan jika Isa menjadi calon menentang Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.

Sebaliknya, beliau hairan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak bersuara dalam isu persimpangan Umno tersebut mengikut nasihat Tun atau menghargai suara Umno tempatan.

Jelasnya, sikap berdiam diri Najib seolah-olah menunjukkan bahawa Mahathir masih berkuasa dalam Umno BN serta berupaya memaksa Najib mengikut telujuknya; walaupun sudah bergelar mantan Perdana Menteri ke-4 Malaysia.

Ianya akan disahkan jika terbukti calon pilihan Mahathir akan terpilih dalam pilihan raya kecil ini.

Sumber dalaman Umno memberitahu bahawa terdapat tiga nama yang dipertimbangkan Umno kini bagi menggantikan Isa.

(Gambar:Bekas calon Umno 2004, Faizal, mesra dengan bekas calon PAS 2008, Haji Ramly [kiri])

Mereka yang dimaksudkan adalah Faisal bekas Adun Bagan Pinang 2004; Naib Ketua Bahagian Cikgu Zabrin; dan Kak Ani Ketua Wanita Umno Bahagian sendiri.

Kelihatan sejak petang tadi, kesemua kain rentang bermotif politik serta ucapan selamat hari raya yang mewakili Isa mula diturunkan.

Tiga cadangan nama calon tersebut menjadikan Umno bakal berdepan beberapa cabaran dalaman antara orang lama dan muka-muka baru dari kalangan pemuda dalam parti itu.

Kenyataan Bersama Para Bloggers..!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu


agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkinsebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1. MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Baca Seterusnya..!

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.

1. Borang 2 : Satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos

Apakah alasan SPR untuk mengekalkan Borang 2 dalam sistem undi Pos,selain dari alasan Borang 2 adalah undang-undang? Penulis merasakan tiada sebab kenapa peraturan sedemikian harus dikekalkan. Sebaliknya penulis merasakan SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

Tetapi yang peliknya kenapa Borang 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Pada pendapat penulis, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan tindakan SPR bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan tersebut seperti ada ”ada undang di sebaliknya batu”. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.

2. Borang 2 : Satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos

Tidak kira samaada pengundi Pos atau pengundi biasa. Apa-apa bentuk yang boleh mewujudkan rasa tekanan, bimbang atau tidak selesa dikalangan pengundi haruslah dimansuhkan. Sama ada hal tersebut adalah peraturan atau pun tidak. Pengundi Pos harus diberi ruang keselesaan dan kebebasan untuk membuang undi kepada calon-calon yang benar-benar mereka sokong tanpa sebarang tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Dengan peraturan Borang 2,mahu tidak mahu sudah pasti menyebabkan pengundi Pos berada dalam keadaan tidak selesa.

Apa tidaknya, bagi membolehkan pengundi Pos membuang undi, mereka hendaklah mendapatkan pengesahan saksi yang biasanya penyaksi itu adalah dikalangan pengawai atasan yang menjadi bos mereka bagi memenuhi keperluan Borang 2. Tanpa saksi dan tanpa Borang 2 kertas undi Pos adalah tidak sah. Mengapa prosedur begini diwujudkan? Tidakah sebagai orang bawahan akan wujud perasaan sangsi dan bimbang undi mereka bocor dan diketahui bos mereka.Ini kerana Borang 2 jelas dan lengkap mempunyai maklumat identiti pengundi Pos.Lantaran itu, penulis melihat peraturan ini, seolah-olah ada muslihat tertentu yang boleh menimbulkan keraguan. Sekali lagi penulis berpendapat SPR perlu mansuhkan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. Borang 2: Tidak menjamin kerahsian pengundi Pos

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2)). Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah sine qua non (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Bagi pengundi pos, kerahsian undi mereka tidak dapat dijamin.

4. Borang 2 : Kewudannya bertentangan dengan akta kesalahan piliharaya 1954

Pengerusi SPR memberi alasan Borang 2 adalah peraturan. Penulis ingin bertanya tidakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu juga undang-undang yang perlu dipatuhi? Tidakah Akta Kesalahan Piliharaya 1954 dengan jelas menyatakan tidak boleh sebarang pendedahan identiti pengundi? Cuba rujuk bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Mengapakah undang-undang ini tidak mahu dipatuhi pula oleh SPR.Tujuan undang-undang ini jelas sekali mahu melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang bebas dan adil. SPR tidak berasa takutkah jika melanggar undang-undang ini dan disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Penulis amat berharap agar SPR merenung yang mana lebih penting untuk diikuti.Peraturan Borang 2 yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Pos atau Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang boleh mewujudkan piliharaya yang adil dan bersih?.

Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

EXIT DOOR untuk Raja Kodok!

Assalamualaikum,

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" kata TGNA ketika menjawab desakan Berahim Ali agar beliau melepaskan jawatan.Inilah jawaban kepada desakan Berahim Ali ekoran tuntutan TGNA agar Berahim Ali meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana tindak tanduk beliau selama ini yang menyalahi mandat rakyat yang diberikan kepadanya

Apa yang dapat difahami dari desakan melepaskan jawatan antara TGNA dan Berahim Ali ialah tertunjuknya pintu keluar atau exit door kepada Berahim Ali yang selama tempoh selepas PRU 12 dulu menjadi MP atas ehsan PAS.Inilah akibatnya orang yang tidak tahu menghargai ehsan yang diberikan kepadanya tetapi Berahim Ali dalam usaha mempertahankan dirinya telah bertindak melulu, seperti orang hilang akal ketika membalas desakan TGNA dengan alasan TGNA sudah tua dan tidak layak menjadi MB lagi.Hilang akal dan merapunya berahim Ali ketika membuat desakan balas tersebut sehingga tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian hanyalah seperti sampah dan sekaligus memalukan dirinya sendiri.

Berahim Ali yang tidak tahu menghargai jasa orang yang meletakkan beliau di tempatnya sekarang seharus dan sewajarnya menerima hakikat bahawa pengundi parlimennya sudah hilang keyakinan terhadap beliau.Untuk itu desakan TGNA agar beliau meletakkan jawatan memang tepat dan kena pada masanya.Berahim Ali sepatutnya meletakkan jawatan bukan membuat desakan balas agar TGNA meletakkan jawatan seperti yang dibuatnya, sekaligus meletakkan dirinya di tempat yang paling bawah setaraf sampah.

Berahim Ali patut sedar dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukannya sepanjang tempoh beliau menjadi MP.Berahim Ali perlu sedar bahawa dalam tempoh tersebut, beliau telah terlalu banyak melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat yang diwakilinya, perlu insaf bahawa beliau sudah terlalu jauh dari menjadi wakil rakyat kepada pengundi pengundinya kerana tidak ada satupun suara rakyat yang dibawanya ke parlimen sebaliknya apa yang disuarakannya selama menjadi MP ialah suaranya sendiri seolah olah rakyat tidak memainkan peranan menjadikannya MP.

Berahim Ali seharusnya menyedari bahawa langit itu tinggi dan beliau tidak mampu mencapainya, Berahim Ali juga perlu sedar bahawa kini exit door sudah ditunjukkan kepadanya.Oleh itu Berahim Ali tidak punya pilihan selain melepaskan jawatannya sama ada sekarang atau satu hari nanti apabila semboyan PRU 13 ditiupkan.

Lantaran kalau Berahim Ali enggan berbuat demikian, Berahim Ali akan terus meletakkan dirinya sebagai sampah yang tidak berguna dan mungkin akan terus jadi sampah selepas PRU 13 nanti.Untuk itu,exit door yang sedang dibuka sekarang adalah peluang terbaik Berahim Ali untuk membetulkan dirinya.Sesudah peluang kedua yang diberikan kepadanya gagal dimenafaatkan sebaik mungkin, kini exit door yang dibuka kepadanya merupakan peluang ketiga yang juga mungkin terakhir buatnya.

Tetapi kalau Berahim Ali enggan mengambil peluang ketiga ini, Berahim Ali mungkin tidak akan diterima lagi samada di kelantan atau di seluruh negara selepas ini dan akan tinggallah Berahim Ali menjadi sampah yang sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

Oleh itu, Berahim Ali yang pernah bertenggek di tangga rumah TGNA demi sebuah simpati perlu memikirkan kembali tindak tanduknya dan perlu menarik balik desakan yang dibuatnya serta perlu melepaskan jawatannya sebagai MP Pasir Mas secepat mungkin seandainya Berahim Ali mahu menebus kembali kesilapan yang telah dibuatnya.Ingat Berahim Ali, exit door telah dibuka untuk anda.

27 September 2009 : Tanggal Bersejarah Pakatan Rakyat Johor


Cabang Kluang merasmikan pejabat operasi barunya kelmarin jam 3.00 petang oleh Timbalan Majlis Pimpinan Negeri Johor, Tuan Haji Abdul Halim Dawam. Majlis yang dihadiri lebih 200 orang itu melambangkan keyakinan Johor bakal dinakhodai oleh Pakatan Rakyat.

Pencatat menoleh sebentar kebelakang. Penubuhan ADIL, Parti Keadilan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat Johor sejak tahun 1998 digading bersama Hj. Halim Dawam, Hasnizam (Kulai) Dr. Zaliha (Gelang Patah) dan beberapa lagi rakan-rakan.

Ketua Perhubungan dan Ketua Pemuda Negeri Johor pertama masih diingati dikalangan kita. Walaupun mereka telah tidak bersama PKR lagi, pencatat tetap menghargai perjuangan mereka.

Pencatat tidak lupa juga kepada Allahyaryam A. Razak Ahmad yang pernah memimpin PKR Johor. Pengorbanan beliau terhadap perjuangan terhadap rakyat tertindas amat tidak ternilai. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin.

Disebelah malam, Pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat juga berlaku di Kluang. Sambutan diluar jangkaan pencatat. Keyakinan untuk meneruskan jentera pengempur makin bergelora dikalangan kami , Pemuda Pakatan Rakyat.

Ahad, 27 September 2009

Muncul Kembali Saiful Menjelang PRK Bagan Pinang.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya Pilihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.

Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

GAMBAR

(Saiful Bukhari bersama Dato Mustapha Muhamed)

Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa di Permatang Pauh dulu. Begitu juga dengan munculnya Mahathir semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini.


P/S:-Apa yang menarik kali ini, nampaknya Saiful sering mengeluarkan video klipnya untuk menarik perhatian rakyat supaya bersimpati kepadanya.

Seandainya Saiful Bukhari benar-benar menyerang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, kemungkinan besar PDO akan menghantar krew untuk memantau keadaan ini. Tambahan pula kami juga pernah ingin disaman oleh Saiful gara-gara pendedahan panas tentang kesihatan beliau satu ketika dulu.

Oleh itu, kami berharap agar rakan-rakan di Bagan Pinang dapat memberi ruang kepada PDO untuk turun berkempen sama dalam pilihanraya kecil kali ini, jika benar Saiful Dan Ezam turun membawa isu liwat ini disana nanti. Sokongan semua amatlah dialu-alukan. Kami akan berkerjasama untuk mendedahkan beberapa "Fakta Auta" yang didedahkan oleh Saiful dalam kes liwat yang amat kontroversi ini nanti.

Al-Kisah

Salam sahabat...


Semalam berita TV9 jam 8.00 malam 7 Syawal 1430H@26 September 2009.

(Gambar Hanya Hiasan)

Bunyinya :


Perogol di POLAND akan dikasi sebaik bebas dari hukuman penjara bagi mengelakkan kejadian berlaku lagi!!! Tak zalim ke tu??? Kat Malaysia baru nak sebat dah menjerit ekekeke.

Entahlah...

Sabtu, 26 September 2009

1Malaysia Juarai Rasuah

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), namun 1Malaysia terus jatuh dan tewas dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007. Inilah kemenangan besar slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di utamakan'.



Kedudukan 1Malaysia lebih busuk dari 1Israel yang dilabel sebagai negara pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling naif ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah. Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga tercorot. Somalia berada di kedudukan ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173. Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura. Sepatutnya pemimpin korupsi UMNO BN belajar dengan jiran terdekat Singapura bagaimana untuk memerangi rasuah.

Di Malaysia, negara di anggarkan menanggung kerugian sebanyak RM10 bilion setahun akibat rasuah iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah. Ini sekiranya diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000. Dalam laporannya, Transparency International (TI) membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang. Inilah yang berlaku sebenarnya dalam kepimpinan korupsi UMNO BN, merekalah ahli politik dan dalam masa yang sama menceburi bidang perniagaan dengan menyalagunakan kuasa yang mereka ada.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik. Low juga berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam memerangi rasuah. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati. Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. Sekali lagi, syabas buat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam usaha bersungguh-sungguh mereka untuk memerangi rasuah. Satu hari nanti mungkin kerajaan Pulau Pinang boleh menganjurkan kursus memerangi rasuah kepada para pemimpin korupsi UMNO BN pula.

Pas ada Spy dalam kem tentera.

PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai "mata-mata" (SPY)parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

"Mereka adalah sumber maklumat kita untuk pastikan BN tidak menjalankan kempen dalam kem," kata Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan di sebuah blog bahawa PAS melalui beberapa pegawai tentera telah menjalankan kempen di dalam kem dan, oleh itu, tidak perlu lagi memohon kebenaran untuk berbuat demikian seperti desakan Pemuda PAS minggu lalu.


"Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem di mana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.

"Kepalanya seorang kapten (bakal) bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang kapten bersara bernama Izani yang menguruskan kantin," blog The Unspinners dipetik.

"Nama kapten bersara itu kami tahu. Kami beritahu satu saja... bermula dengan R."

Blog pro-BN ini mengulas laporan Malaysiakini PAS serius mahu tembusi kem askar selepas Suhaizan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menuntut peluang berkempen di kem.

Pilihan raya kecil itu bermula 3 Oktober ini dan lapan hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen sebelum pengundian pada 11 Oktober.

Diminta mengulas dakwaan blog ini, Suhaizan berkata: "Siapa mereka itu, kita tidak boleh beritahu, nanti mereka akan kena tindakan pula."

Mata-mata PAS itu, tambahnya, sentiasa memberikan maklumat berkaitan kempen BN untuk memastikan pilihan raya itu berjalan dengan adil.

"Kita tidak mahu nanti ada menteri-menteri atau pemimpin-pemimpin BN yang berselindung di sebalik majlis-majlis formal anjuran kementerian untuk berkempen," jelas Suhaizan lagi.

"Maksudnya kalau kita (PAS) tidak boleh berkempen dalam kem, BN tidak boleh juga. Kalau BN boleh, kita pun mesti boleh."


Jelasnya lagi, beliau akan meminta supaya SPR dapat memastikan pemilih-pemilih pos di kem askar dan balai polis diberikan peluang sama untuk mendapatkan maklumat mengenai calon PAS.

SPR boleh menyediakan peluang berkenaan dengan memberikan peluang kepada calon-calon, termasuk pembangkang, untuk menjalankan ceramah di dalam kem.

Suhaizan turut menolak pandangan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang tidak membenarkan parti politik memasuki kem tentera untuk berkempen demi mengelak tentera "berpolitik."

"Saya rasa (Abdul Latif) silap. Berpolitik ini apabila seseorang itu ada jawatan dalam parti atau terlibat secara aktif dalam parti politik.

"Tapi tujuan kita (berkempen di dalam kem) adalah untuk memberi maklumat kepada pengundi, bukan untuk jadikan tentera berpolitik.

"Apakah mendapatkan maklumat (pilihan raya) itu juga berpolitik?" katanya.

Desakan berkempen di dalam kem tentera timbul apabila jumlah pemilih pos – yang sering dicurigai pembangkang akan menguntungkan BN – terlalu besar.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Jumaat, 25 September 2009

Dr.Mahathir Kata Pembangkang Tidak Sehaluan!

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad (foto), menyifatkan gabungan parti pembangkang sebagai satu pakatan tidak rasmi dengan setiap parti terbabit mempunyai haluan berbeza selepas pilihan raya umum lepas.

"Parti pembangkang bukanlah satu alternatif. Amat malang jika parti pembangkang menang dan membentuk kerajaan (Persekutuan)," katanya ketika diminta mengulas mengenai perbalahan dalaman di kalangan gabungan parti Pakatan di Selangor. "Mereka tidak akan dapat mentadbir negara sebaliknya asyik berbalah sesama sendiri. PAS akan berbalah dengan DAP, DAP akan bertegang urat dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan NGV Tech Sdn Bhd di sini semalam.

p/s:-Nampaknya Penasihat UMNO ini memang "mudah lupa" agaknya. Bercakap tanpa berpijak di bumi yang nyata menambahkan lagi "betapa nyanyuknya" mantan PM yang pernah digelar "mamak firauan @ Mahazalim" ini.

Beliau dibutakan mata dan hati selepas melihat BN tersungkur dalam pilihanraya umum lalu serta melihat parti karat itu ditolak oleh majoriti rakyat dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Masih mahu mengatakan Pakatan Rakyat tidak sehaluan, walhal BN kini yang retak menanti belah. Bahkan, bila-bila masa sahaja kapal BN akan karam dipukul gelombang Tsunami "suara rakyat" dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Umno tidak belajar dari pengalaman

Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.

"Lawan Tetap..... Lawan.."

Akta Rahsia Rasmi (OSA) Apa Dia?

OfficialSecret Acts (British) diperkenalkan pada tahun 1911, tujuan utama undang-undang ini adalah untuk menyekat aktiviti-aktiviti perisikan dari negara musuh pada masa itu. Namun undang-undang tersebut telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluannya dari semasa kesemasa. Namun, tujuannya adalah sama iaitu untuk menahan/mengawalmereka yang mampu menyebabkan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kemusnahan kepada negara,


terutamanya pegawai yang terlibat dalam urusan luar negara dan urusan ketenteraan.

Akta Rahsia Rasmi(OSA) dari Malaysia digubal berasalkan Official Secret Acts dari British, namun penggunaan dan pelaksanaan OSA adalah jauh lebih luas jika dibandingkan dengan Official Secret Acts dari British.

Sehingga hari ini, kerajaan tidak penah dan tidak bercadang untuk memperjelaskan penggunaan dan pelaksanaan Akta Rahsia Rasmi (OSA), keadaan ini telahmenyebabkan sebarang dokumen kerajaan boleh diklasifikasikan sebagai rahsia atau tidak oleh pihak yang berkaitan secara suka hati mereka.Pihak yang berkaitan adalah seperti Menteri, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri malah sebarang pegawai kerajaan.

Masalah ini agak serious sehingga seseorang pemberita boleh didakwa dibawah OSA walaupun dia hanya melaporan terdapat bilangan cawan yang wujud dalam pejabat menteri, seperti yang tertulis dalam tulisan Zhuan Di Jun pada tahun 1987.

Akta yang tidak dikawal ketat dan tidak telus ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui sesuatu perkara. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai alat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menutup sesuatu isu.

Walaupun para pemimpin negara selalu mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, namun Akta tersebut telah disalahgunakan oleh mereka untuk menyekat pembongkaran sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara dan menyekat prinsip kebebasan bersuara. Hal ini terbukti apabila kerajaan dan pihak polis telah menyiasat laman web Malaysia Today dengan akta tersebut.Malaysia Today telah mengemukakan sepucuk surat dimana surat itu telah membongkarkan kegiatan dan juga maklumat penjualan tanah di Port KlangFree Zone (PKFZ).


Adakah langkah untuk menyiasat Malaysia Today dengan Akta Rahsia Rasmi sekiranya PM Najib telah menunjukkan keinginannya untuk menyiasat isu Port Klang Free Zone (PKFZ). Kabinet seharusnya mempertimbangkan hak rakyat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di PKFZ walaupun dokumen itu dibuktikan sebagai dokumen kabinet akhirnya.

PenyalahgunaanAkta Rahsia Rasmi (OSA) sudah terbukti sejak lama lagi, sebagai contoh,kewujudan pelbagai perjanjian yang berat sebelah dalam kontrak diantara kerajaan dengan pengusaha lebuhraya.

Selain itu, Liew Chin Tong yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan (Shadow CabinetPakatan) juga berkata kerajaan mewartakan Dokumen Pertahanan dibawah Akta Rahsia Rasmi supaya tidak boleh dibincangkan diluar parlimen.

Kini,Kerajaan Barisan Nasional masih memperkenalkan pelbagai akta untukmelindungi mereka walaupun semakin banyak negara asing terutamanya negara barat mula memperkenalkan Information Freedom Act. Langkah kerajaan ini telah mencabul hak rakyat untuk mengetahui kebenaran disebalik sesuatu isu. Sampai bila rakyat boleh mendapat kebebasan yang sebenar yang mengawasi kerajaan sekiranya Akta ini tidak digubal?

Tangkap Menteri Kewangan Yang Lulus PKFZ.

Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.



"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.

Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.

Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.

Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhyan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Khamis, 24 September 2009

Kebal sangatkah BN berbanding LDP Jepun?

Dalam pilihan raya umum Jepun 30 Ogos lalu, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama berjaya menguasai parlimen, sekali gus menamatkan hegemoni kuasa Parti Liberal Demokratik (LDP) selama 54 tahun. DPJ dilaporkan memenangi 308 daripada 480 kerusi Dewan Rendah dan 117 daripada 240 kerusi Dewan Tinggi yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menyaksikan peralihan arah undi sangat besar memandangkan sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu LDP menguasai 303 kerusi berbanding DPJ dengan hanya 112 kerusi. Keputusan dua minggu lalu membuka laluan kepada DPJ membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan LDP pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso.

Bagi sebahagian rakyat negara ini, terutama khalayak Pakatan Rakyat, kejayaan sebuah parti pembangkang menumbangkan sebuah parti yang telah membina kekuatan sebegitu lama di tampuk kuasa adalah inspirasi amat bermakna.

Tidak syak lagi kemenangan bergaya DPJ itu bakal menyemarakkan lagi kebangkitan parti-parti pembangkang untuk menimpakan nasib serupa kepada Barisan Nasional (BN) selaku parti tua yang masih bergayut di dahan kuasa negara ini.

Satu keyakinan cuba dibentuk bahawa jika seramai 103 juta rakyat Jepun yang keluar mengundi dua minggu lalu sanggup menyingkirkan sebuah parti yang memerintah mereka sejak 1955, apalah sangat kebalnya BN sehinggakan rakyat negara ini masih mahu mengekalkan pemerintahannya yang seusia dengan LDP itu?

Apatah lagi sebab-musabab utama yang mendorong kejatuhan LDP itu banyak persamaan dengan punca kemuakan dan penolakan rakyat Malaysia terhadap BN mutakhir ini. Menurut beberapa analisa disiarkan media, punca utama kekalahan LDP antara lainnya ialah kerana pergolakan dalaman parti itu yang berpanjangan.

Sejak kegagalannya mendapat undian majoriti di Parlimen berhubung isu ekonomi pada 1993, parti itu terus bergolak sehingga menyebabkan kerap berlaku pertukaran pucuk pimpinannya.

Kegagalan LDP menangani isu-isu ekonomi melunturkan keyakinan rakyat Jepun terhadapnya. Kadar pengangguran yang tinggi, karenah birokrasi dan pembaziran dalam perbelanjaan negara antara yang mendorong penolakan rakyat negara itu terhadap LDP. Hakikat itu tidak begitu berbeza dengan negara kita.

Rakyat Jepun juga dikatakan yakin dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan pembaikian hidup ditawarkan DPJ. Dalam kempennya parti itu memberi jaminan untuk meletakkan kepentingan orang awam lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai perniagaan (tauke) serta kuasa birokrasi dan perniagaan besar (korporat).

LDP turut menjanjikan pemberian elaun tunai untuk membesarkan anak, pendidikan sekolah tinggi percuma, gaji pokok lebih tinggi, pemotongan cukai petrol dan menamatkan bayaran tol di lebuh raya.

Sebahagian agenda itu juga senada dengan apa yang kita dengar dilaungkan rakyat negara kita. Justeru, jika faktor dan dorongan itu mampu menumbangkan sebuah kuasa di Jepun, mengapa tidak di negara kita?

Apatah lagi BN bukan setakat berhadapan krisis keyakinan rakyat atas isu ekonomi seperti dihadapi LDP. Mutakhir ini BN bermasalah dalam hampir segala aspek, membabitkan isu agama, perkauman, politik dan sosial.

Wajar juga diingat betapa perbezaan dari segi pencapaian ekonomi LDP berbanding BN adalah ibarat langit dengan bumi. Di sebalik kepincangan dan kelemahan pemerintahan LDP, parti itu berjaya memartabatkan Jepun sebagai negara maju dan disegani dunia.

Jepun membangun dari sebuah negara yang hancur lumat ekoran perang menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia. Jika kejayaan sebegitu besar pun tidak menjadikan LDP kebal di mata rakyat, apakah kekebalan yang ada pada BN?

Perbezaan juga sangat ketara antara kedua-dua parti pada sikap kebertanggungjawaban pemimpin masing-masing. Selama tempoh 54 tahun pemerintahan LDP, Jepun dipimpin 23 Perdana Menteri (PM). Bagi tempoh sama kekuasaan BN (sejak 1955 juga), Malaysia hanya dapat enam PM.


Tempoh khidmat setiap PM Jepun sangat pendek. Kebanyakannya tidak menjangkau tiga tahun. Tokoh paling lama menjadi PM ialah Eisaku Sato. Itu pun tidak sampai lapan tahun. Beliau berkhidmat antara 9 Nov 1964 hingga 7 Julai 1972 sebelum bersara.

Manakala khidmat paling singkat ialah oleh Sosuke Uno. Beliau hanya menjadi PM Jepun selama dua bulan dari 3 Jun hingga 10 Ogos 1989 sebelum mengundurkan diri.

Hanya seorang PM diganti kerana meninggal, dua dijatuhkan menerusi undi tidak percaya, manakala dua ditewaskan menerusi pilihan raya. Selebihnya sama ada mengambil keputusan bersara atau berundur secara terhormat apabila kepimpinannya mendatangkan masalah buat negara. Bandingkan saja dengan kedegilan para pemimpin BN bergayut di kerusi masing-masing?

Seperkara lagi, LDP tidak menggadai bahasa ibunda Jepun semata-mata demi mengejar kemajuan dan capaian teknologi. Tiada program mengajar anak-anak sekolahnya Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, sebaliknya orang Inggeris yang mahu belajar teknologinya yang mesti belajar bahasa Jepun.

Ertinya, kelemahan dan kesilapan BN sepanjang 52 tahun memerintah jauh lebih melayakkan ia diturunkan dari tampuk kuasa berbanding LDP. Kalau rakyat Jepun boleh, mengapa Malaysia tidak boleh