Pengikut

Isnin, 31 Ogos 2009

Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.

Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Bukti UMNO, Pekida & Pewaris Cuba Cetuskan Pergaduhan Kaum!!


Setelah pelbagai strategi politik licik UMNO tak makan Umpan, UMNO kini bersedia melakukkan sesuatu yang lebih ganas dan Jahat!! iaitu menimbulkan ketegangan Kaum, itulah jalan terakhir mereka. mereka sudah mencuba pelbagai cara samaada isu ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja, isu Komunis dan akhir akhir ini isu pengkhianatan Melayu yang ditujukan Khas kepada Anwar Ibrahim. dalam Pilihanraya kecil Pengkalan pasir adalah kemuncak serangan hebat kepada dua tokoh PR iaitu Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz yang akhirnya memakan diri sendiri.

keputusan di permatang Pasir petunjuk jelas jalan keluar UMNO(BN) dari pentadbiran Putrajaya, pernah ditanya dalam perbincangan dan satu wawancara khas Rancangan Awwani bersama 4 penganalisis Politk yang mengatakan dengan jelas keputusan Pilihanraya kecil permatang pasir adalah petunjuk jelas bagi keputusan Pilihanraya UMUM ke 13 dan akhirnya UMNO telah mendapat mesejnya dengan amat jelas.


Kini mereka ada satu cara lagi untuk mengekalkan kuasa melewati pilihanraya ke 13, iaitu cara yang sama pernah dibuat Tun Abdul Razak, iaitu mencetuskan huru hara kaum dan mengisytiharkan darurat, kini mereka cuba melakukannya.dan jangan dipandang ringan pendedahan raja Petra bahawa Kerajaan cuba menyeludup senjata untuk satu operasi khas dibawah UMNO dan Zahid hamidi, dan ianya bukan amaran kosong.
http://mt.m2day.org/2008/content/view/26002/84/


Ketegangan kaum, cubaan memulakan pergaduhan baru baru ini dengan mengarakkan Kepala Lembu yang menjadi lambang suci agama Hindu oleh NGO UMNO yang terdiri dari NGO seperti Pekida dan Pewaris bukan pertama kali, dan isu kuil di seksyen 23 adalah bukan kali pertama cuba diperhangatkan semangat perkauman, sebelum ini mereka sudah memulakannya di Kuil Sekyen 19, seperti yang didedahkan MP Shah Alam Khalid Samad, mereka ini dengan kurang ajarnya membina gelanggang Silat disebelah kuil, menyembelih 2 ekor lembu, membuat Provokasi untuk mengundang pergaduhan kaum, mereka merentangkan Banner dan Sepanduk dengan cuba mengambarkan ia dibuat oleh penyokong PAS yang mahukan Negara Islam ala Taliban ditubuhkan. geng geng samseng UMNO ini seolah olah suci walaupun mereka pengunjung tegar kelab malam dan kaki minum arak.

mereka mahu arak dihapuskan dan mahu Hudud dilaksanakan itulah Provokasi murahan mereka. tidak mustahil mereka akan berkeliaran dan mencari uil baru untuk dbuat provokasi, mereka bukan penduduk tempatan tetapi mereka agen provokasi. cubaan terkahir untuk mencetuskan pergaduhan kaum adalah ketika perhimpunan anti ISA, dan akhirnya mereka sedar mereka tidak punya pengikut, dan akhirnya mereka samseng UMNO sekali lagi cuba mengalihkan kembali api perkauman dengan membangkitkan isu perkauman. anda boleh meilihat gambar yang tidak anda saksikan provokasi mereka di Seksyen 19, dan anda boleh lihat didalam laman ini.


http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1778920


Sekali lagi saya nyatakan, jangan pandang ringan amaran Raja Petra dalam artikelnya berkenaan pembelian senjata haram, jangan sampai senjata ini sampai ketangan geng samseng UMNO ini baru kita mahu segera bertindak.tidak mustahil satu lagi babak yang lebih dahsyat akan berlaku, kerana mereka memerlukan darurat untuk kekal berkuasa.tambahan pula, Tentera kini dibawa Zahid Hamidi, kalau Zahid Hamidi boleh bawa tentera untuk berkempen di Permatang pasir dan tidak mustahil pelbagai operasi khas dan rahsia boleh dibuat pemimpin samseng Umno ini.

Dan PAS jangan berasa selesa, anda juga harus bersedia jika UMNO sedia melakukan drama dan babak sandiwara yang pernah mereka lakukan dalam kes (KMM) kumpulan Mujahidin Malaysia,dan kes Sandiwara Al-Maunah, kerana mereka pernah melakukkannya. ketika hangatnya isu Jemaah Islamiah dan Nordin Mat Top jangan terkejut ada sahaja nanti kaitan yang cuba dilakukan dengan PAS, Ingat!! Singapura juga takut dengan kebangkitan Politik Islam, kalau tidak, tidaklah Musa Hassan boleh dapat penghargaan kerajaan singapura. anda akan tahu sebabnya.


Lawan Tetap Lawan
Reformis Muda

Malam Merdeka


Semalam, malam merdeka. Semalam juga malam penghujung 10 pertama yang penuh dengan rahmat Allah. Syukur malam merdeka kali ini tidak seperti malam merdeka sebelumnya. Alhamdullah. Bolehkah saya katakan ini sebagai rahmat? Ya rahmat di 10 pertama Ramadhan.

Rahmat kerana kita selamat dari rempitan anak-anak muda dijalanan meraikan kemerdekaan cara mereka... Cara yang entah dari sumber mana merke kutip. Dari kitab mana mereka geledah. Ya Rahmat juga kerana kita tidak perlu berdiri tegak memperhambakan diri pada dentingan jam di detik 12 malam... lantas kita bazirkan segala wang dan tenaga dalam keseronokan yang tidak terhingga.

Mungkin juga Ramadhan dan HINI yang datang pada ketika yang sama... Kedatangannya seiringan dengan kemerdekaan... Segalanya rahmat kerana kita tidak perlu penat melayan karenah sambutan kemerdekaan seperti sediakala. Rupa2nya kita masih mampu menyambut sebuah kemerdekaan walau dengan cara yang berbeza!!!


Esok... akan berakhir 10 pertama... dan lusa bermulalah 10 kedua Ramadhan ini. Moga semangat 10 ramadhan dan kemerdekaan akan menyatu memberikan impak padu. Semoga kita akan bertemu dengan sesuatu di penghujung ramadhan ini. Amin.

Ahad, 30 Ogos 2009

Jangan menghina mereka yang menyembah selain Allah!

Kepala lembu diarak ke Bangunan SUK Selangor. Ini pekerjaan kumpulan yang bertindak tidak berpandukan akal yang waras. Pada sangkaan mereka, mereka membela Islam tetapi mereka sebenar tidak membela Islam sedikitpun, malah memberi malu kepada Islam. Islam jauh sekali daripada apa yang dakwakan.



Islam tidak menyuruh mereka menghina agama dan kepercayaan orang lain. Islam juga tidak menyuruh orang-orang Islam meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain dan tidak menyuruh kita menghalang penganut agama lain membina rumah ibadat mereka.
Sesungguhnya tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka kumpulan NGO Pewaris itu tidak perlu disanjung malah dicela dan dikecam. Mereka mengarak kepala lembu sebagai simbol bantahan ke atas pembinaan kuil di seksyen 23 Syah Alam selepas ia dipindahkan dari Seksyen 19.

Allah berfirman:
وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا
بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan". (Surah Al-An’am: Ayat 108)


Orang-orang Islam dilarang mencela sembahan orang-orang kafir. Termasuk mencela sembahan mereka ialah mencela kepercayaan, rumah ibadat, syiar-syiar agama mereka dan semua yang bersangkut paut dengan amalan keagamaan orang kafir. Larang tersebut adalah kerana hendak mengelakkan daripada mereka membalas dengan celaan terhadap Islam pula. Jika mereka mencela Islam disebabkan celaan kita terhadap agama mereka, ia seolah-olah kitalah yang mencela Islam.

Berhubung dengan angkara kumpulan PEWARIS yang mencela menghina agama Hindu dengan mengarak kepala lembu, binatang suci penganut Hindu, ia boleh mengundang tindak balas mereka terhadap Islam. Apa yang hendak kita kata kalau mereka membakar Al-Quran?Bagaimana perasaan kita kalau melemparkan bangkai babi ke dalam masjid-masjid kita? Tentu kita melenting. Tentu kita marah dengan penghinaan tersebut.

Siapa yang memulakan episod penghinaan terhadap agama kalau sudah sampai ke peringkat itu? Justeru, perbuatan PEWARIS itu amat memalukan dan mencemarkan kesucian Islam. Mereka cuba berlagak sebagai pembela agama tetapi sebenar mereka tidak tahupun makna pembelaan terhadap agama. Sentimen tak bertempat dan dipandukan oleh kepentingan menyebabkan akal pendek menguasai mereka.

Dperbatasan - p/s: Siapa pulak Tok Dalang dibelakang mereka?

Dua Orang Ahli Parlimen Dari Parti MCA Di Johor Bersedia Untuk Tinggalkan BN!!

Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri.

Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini.

Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.


Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR

Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini.

Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek.

Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR).

Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan".

Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya.

Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno.

Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah.

Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" sumber dari : umnojohor.blogspot.com

Jumaat, 28 Ogos 2009

Hentikan campur tangan POLITIK dalam kes syariah

Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.



PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan?

Ini belum kira anak-anak muda yang tidak balik mengundi kerana tidak dapat bercuti akibat mainan parti komponan BN iaitu SPR memilih hari bekerja sebagai hari pembuangan undi. Saya yakin SPR memilih hari selasa disebabkan kawasa ini adalah kubu pakatan rakyat.

Yang lebih pelik bagaimana seorang yang mempunyai tahap IQ seperti Muhyidin ini boleh dilantik sebagai TPM. Sebagai ahli politik beliau sepatutnya faham bahawa kekalahan yang teruk di Permatang Pasir ini merupakan rentetan semangat inginkan perubahan rakyat Malaysia.

Kekalahan ini bukan yang pertama bahkan yang ketujuh dari lapan pusingan PRK selepas PRU12. Itupun Umno bernasib baik kerana masih ada hantu yang nak menyokong mereka di Lubuk Antu, Batang Ai.

PRK Permatang Pasir kali ini memperlihatkan Umno semakin tidak tentu arah apabila mempergunakan Jentera Kerajaan tanpa segan silu bahkan menpergunakan tentera untuk menghadapi PAS kali ini.

Saya sendiri terserempak beberapa kali kenderaan tentera yang ber’plat’ Z mengiringi Ambulan tentera masuk ke kampung bersama dengan jentera BN untuk bertemu pengundi.

Nampakanya Tentera juga memilih untuk menjadi Anjing Barisan Nasional khususnya pegawai atasannya. Yang menjadi mangsa tentera bawahan yang majoriti daripada mereka berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi diarahkan oleh pegawai mereka.

Dengan umur UMNO yang semakin tua dan semakin nyanyuk ditambah dengan sikap mereka yang semakin zalim, saya yakin dengan pertolongan Allah, UMNO semakin hampir untuk di TALKIN!

Khamis, 27 Ogos 2009

Undang-undang Islam Dan Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) Mana Lebih Zalim?

Undang-undang Islam Dan Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) Mana Lebih Zalim?

Susulan daripada kes minum arak model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Kuantan baru-baru ini, maka kini heboh orang memperkatakan isu ini. Malah, banyak pandangan yang jelas sekali mengelirukan telah dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh agama di negeri Pahang ini sendiri.

Namun, sehingga ke hari ini Saya masih belum mendengar komen daripada Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang tentang perkara "kontroversi" ini. Kekecohan berlaku bilamana tertuduh iaitu Kartika yang sudah dijatuhkan hukuman setelah mengaku salah, malah beliau sanggup pula mahu menerima hukuman tersebut tiba-tiba dihalang oleh "tangan-tangan ghaib". Malah lebih mencemaskan, beliau sudah dijemput oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di rumahnya dekat Sungai Siput Perak untuk dibawa menjalani hukuman sebatan di Penjara Kajang.

Anehnya, kenderaan JAIP baru bergerak sejauh 200 meter tiba-tiba pihak terbabit mendapat arahan agar beliau dibebaskan. Alasan yang diberikan, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati kesucian bulan Ramadan Al-Mubarak. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba semua ini berlaku?. Apakah puncanya yang menyebabkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah itu tiba-tiba mahu dipertikaikan oleh semua pihak?. Kenapa sejak dari awal-awal kes itu dibicarakan tiada pula pihak yang mahu cuba untuk membela Kartika?.

Malukan Malaysia, Mana Yang Lebih Zalim

Kekeliruan ini menyebabkan nama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Negeri Pahang malah agama Islam itu sendiri kini tercalar malah terhina. Maka muncullah mereka-mereka yang cuba mempertahankan tindakan terhadap Kartika ini amatlah zalim. Suara-suara daripada Ustazah UMNO seperti Sharizat Jalil (foto) mula kedengaran. Kononnya penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini. Malah Sharizat juga menegaskan bahawa Apa yang kita beliau risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim. Itulah alasan mudah yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO itu, tanpa berlandaskan nas-nas dan undang-undang Islam itu sendiri. Bercakap menggunakan akal fikiran yang waras.

Hukuman meminum arak dianggap memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem zalim. Maka, mana yang lebih zalim hukuman terhadap orang minum arak atau hukuman terhadap orang yang ditahan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?. Apakah Sharizat faham tentang hak-hak asasi manusia di dunia ini. Minum arak itu adalah salah dalam hampir semua agama, tetapi tahan tanpa bicara itu hanya hukum agama Islam Hadhari sahaja yang menganggap ianya tidak zalim. Bagi agama lain, hukuman tersebutlah sebenarnya yang lebih zalim dan memalukan Malaysia sebenarnya? Kenapa ulamak UMNO berdiam diri dan tidak mengeluarkan komen?.

Hukum Minum Arak, Kenapa Perlu Ditakuti

Bercakap soal hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Kartika ini sebenarnya, kenapa yang mahu diperdebatkan sangat sehingga mengundang keraguan rakyat terhadap agama Islam itu sendiri. Apakah puak-puak UMNO takut dengan hukuman tersebut lantaran kerana mereka tahu ramai dikalangan anak bini dan kroni-kroni mereka yang cukup gemar meneguk minuman keras yang jelas haram itu agaknya?. Maka itulah, mereka khuatir jika hari ini ia terkena kepada Kartika pasti suatu hari nanti akan terkena pula atas batang hidung mereka. Inilah hakikat sebenarnya yang menyebabkan puak-puak UMNO ini begitu menggelabah bagai "cacing kepanasan" melihat isu Kartika.

Walhal, jika hukuman itu dilaksanakan maka ia dapat mengajar umat Islam yang lain agar takut untuk membuat kerja yang sama seperti yang dilakukan oleh Kartika. Malah, ramai orang dapat diselamatkan akidah dan iman mereka dengan kaedah Islam ini. Namun, dek kerana dalam jiwa puak-puak UMNO ini sudah tertanam dasar sekular yang begitu sebati dalam hati nurani mereka, maka itulah mereka tidak mahu ia diteruskan. Malah jika boleh mahukan hukuman terhadap Kartika itu dibatalkan terus dan bukan sahaja ditangguhkan seperti yang berlaku sekarang. Akhirnya, ramai mereka yang melakukan perbuatan terkutuk seperti Kartika ini tidak akan takutkan undang-undang lagi. Bagi mereka kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kes seperti ini. Maka sia-sia sahajalah undang-undang Syarie yang telah termaktub selama ini.

Ramai kecewa dengan kenyataan beberapa orang tokoh agama dan politik seperti Mahathir Mohamad, Sharizat Jalil, Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu) dan ramai lagi yang dilihat begitu hebat mengeluarkan kenyataan dan hujjah dengan tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya. Maka itu sila rujuk fakta ini bagi memperjelaskan tentang isu Kartika iaitu :-

"Hukuman terhadap Kartika adalah berdasarkan satu undang-undang yang sah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan adalah undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Begitu juga dengan tatacara menjalankan hukuman itu adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002. Tambahan pula Ini bukan masanya bagi semua pihak untuk mempersoalkan kesahihan undang-undang itu. Selagi tiada undang-undang lain yang membatalkan undang-undang itu samada melalui Akta Parlimen atau pengistiharan oleh Mahkamah Persekutuan, hujjahan mereka adalah cetek dan tidak boleh diterima" [ Dongtalk ]

Malah Kartika pula telah menyatakan persetujuan untuk menjalani hukuman yang dikenakan keatasnya. Dalam istilah undang-undangnya ini dipanggil "submit to the jurisdiction of the Court". Adakah perintah untuk memanggil Kartika berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman sebat itu satu hukuman lain seperti yang hujjahkan oleh Prof Shad Faruqi & Datuk Ismail Yahya? Seksyen 125 (3) (c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 itu memperuntukan "Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana seperti diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu".

Mahkamah telah menetapkan bahawa tempat menjalankan hukuman sebat itu adalah di Penjara Kajang. Kartika mesti dipanggil untuk berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman itu. Kenapa pula dikatakan itu sebagai satu lagi hukuman yang berbeza atau tambahan dari hukuman asal?. Tiada double jeopardy atau functus officio dalam hal ini. Hakim telah mengikuti apa yang termaktub didalam undang-undang yang sah. Samada undang-undang mengenai minum arak itu bertentangan dengan perjuangan Prof. Shad Faruqi, Datuk Ismail Yahya serta lain-lain maka ia tidak sepatutnya timbul. Mereka yang memperjuangkan tentang kezaliman hukuman bunuh juga ramai, tetapi hukuman bunuh tetap kita jalankan kerana hukuman itu ada dalam peruntukan undang-undang yang sah di negara kita.

Kalau mereka mahu mempersoalkan kewujudan undang-undang yang ada kuatkuasa di Negeri Pahang, mereka nampaknya telah tersilap. Forum yang sesuai bagi mereka ialah mengemukakan ke Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan undang-undang yang ada di Negeri Pahang ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Rujukan: "Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diperolehi dari blog Dato' Shamsuddin Nawawi (Setiausaha Politik MB Pahang) ini. Sekurang-kurangnya pandangan beliau itu berjaya menyelamatkan sedikit maruah UMNO dan mana-mana pihak yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah Kuantan ini sebenarnya. Tahniah PDO ucapkan!" .

p/s:Semua yang berlaku ini adalah petanda besar untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka telah tersalah pilih kerajaan Islam Hadhari 1Malaysia yang ada hari ini. Hukuman Islam menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan dipertikaikan. Ini kerana, hukuman dan undang-undang Hudud yang telah diperturunkan Allah untuk dijadikan panduan manusia di muka bumi ini telah diabaikan. Bayangkan hukuman Islam berbeza-beza mengikut negeri.

Padahal hukuman tersebut diambil dari kitab yang sama iaitu Al-Quran. Maka itulah akhirnya kes seperti Kartika ini berlaku, bagi menyedarkan manusia dan rakyat Malaysia supaya kembali ke jalan kebenaran dan melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala larangaNya.

Itulah hikmah disebalik kejadian Kartika di bulan Ramadan yang mulia ini. Hanya mereka yang diberikan akal fikiran yang waras sahaja dapat berfikir seperti ini. Bagi mereka yang tetap tidak mahu menerima kebenaran dan kembali ke jalanNya maka mereka melihat kes yang berlaku terhadap Kartika Sari Dewi itu adalah pencabulan hak-hak asasi manusia akhirnya.

Rabu, 26 Ogos 2009

Akad dan Dakwah yang terpisah!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Selepas saya menulis artikel "Akad Peluru dakwah yang dilupakan?" (Lihat DiBlog Dperbatasan.blogspot.com), saya mendapat banyak respon dari pembaca dan sahabat handai yang terdekat mahupun sahabat yang baru dikenali. Berbagai pendapat diutarakan dan saya menerima segalanya dengan hati terbuka dibawah suasana perbincangan yang penuh muhibbah. Mungkin kerana itu jugalah artikel ini tercipta,mungkin sebagai kesimpulan, mungkin juga sebagai sambungan atau mungkin juga sebagai pelengkap kepada artikel saya yang pertama tadi.

Apabila ummat islam malaysia digemparkan dengan kes murtad secara besar-besaran sedikit waktu dahulu,lalu kajian demi kajian tentang sebab dan faktor pendorong kepada gejala "jenayah agama" tersebut telah dilakukan oleh mereka-mereka yang benar-benar cintakan agama ini. Saya memetik salah satu faktornya ialah kerana kegiatan kristianisasi yang begitu hebat didalam masyarakat.

Diantara trick yang digunakan oleh mereka ialah mengumpan gadis-gadis melayu islam dengan cinta,lalu terlanjur dan terpaksa di kahwinkan. Lelaki tersebut akan mendesak gadis(yang tidak lagi bergelar gadis) tadi supaya menukar agama sebagai syarat untuk berkahwin. Gadis yang tiada pilihan lain itu terpaksa menerima walaupun mengetahui tindakan itu akan meremuk dan menghancur luluhkan hati ibu bapa mereka sendiri.

Saya tidak berkata tampa bukti dan fakta. Lihatlah kes Aisyah Bukhari. Dijerat dengan cinta dan kemudiannya menukar agama. Siapakah Aisyah Bukhari? Adakah dia jahil tentang agama? Adakah cara berpakaiannya ketat dan singkat? Adakah ibu bapanya gagal mendidiknya akan agama? Anda sudah menghafal jawapan-jawapan tersebut. Tidak perlulah diulas kerana mungkin ulasan pembaca lebih detail dan mendalam berbanding ulasan saya disini.

Ertinya ialah, kritianisasi telah menjadi juara dalam menjadikan cinta dan perkahwinan sebagai peluru dakwah mereka yang bertopengkan agama. Hakikatnya, bukan "perkahwinan" yang menjadi matlamat "dakwah" mereka, tetapi usaha mereka lebih menjurus kepada menjatuhkan maruah dan kesucian ajaran islam dengan memurtadkan orang-orang islam secara beramai-ramai dan terancang. Aisyah Bukhari sebagai contoh, adakah dia berkahwin dengan lelaki kristian yang dikatakan bercinta dengannya? Tidak! Dia sekarang menetap di Autralia dan mendapat perlindungan daripada pertubuhan tertentu agar tidak dihampiri oleh orang-orang islam yang inginkan dia kembali kepangkal jalan.

Apabila kita ingin bertanya, mengapa perkara-perkara seperti ini terjadi,dalam tidak disedari ianya kian membarah dan membusuk di dalam masyarakat islam malaysia. Saya tidak begitu gemar untuk membawa perbincangan ini kepada angka-angka mereka yang telah dimurtadkan dengan cara tadi, tetapi marilah kita merenung "the next step" yang boleh di ambil supaya penyakit yang merebak ke dalam pemikiran ummat islam ini boleh di atasi. Ianya tidak lain dan tidak bukan, ialah dakwah dan pelaksanaan segenap ajaran islam di semua peringkat.

Dakwah.

Bercerita tentang dakwah, saya telah menulis bahawa, akad merupakan antara peluru dakwah yang tidak boleh diketepikan. Saudagar arab yang datang ke Melaka di era pemerintahan Parameswara misalnya, menjadikan akad sebagai antara strategi dakwah mereka. Kerajaan Melaka telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan putera kerajaan melayu yang lain juga merupakan faktor penyebaran islam di tanah melayu. Sejarah telah membuktikan, akad merupakan faktor penting yang mencorakkan litar penyebaran islam ke serata ceruk nusantara dan asia.

Setelah hampir setengah kurun dilangkau masa, akad tidak lagi menjadi senjata ampuh untuk menundukkan hati manusia kepada islam. Persekitaran semasa memberitahu saya bahawa, ramai dari kalangan ummat islam yang berkahwin dengan pasangan yang "sama martabat" iaitu martabat keimanan dan ketaatan kepada Allah dan ajaran islam. Jika artis,mereka lebih selesa berkahwin sesama artis, manakala jika ustaz mereka lebih selesa berkahwin sesama ustazah berdalilkan

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [An-Nur 26]

Dalam tulisan lepas, saya menegaskan bahawa, itulah yang sebaik-baiknya. Semoga akan lahir dari gabungan seorang ustaz dan ustazah nanti, seorang pejuang yang akan membawa obor agama ini dengan cekal dan tabah.

Namun ternyata teori dan praktikal saling mempunyai kes terpencil (isolated case) yang tersendiri. Aisyah Bukhari di lahirkan dalam keluarga yang sangat taat kepada Allah dan diasuh dalam persekitaran agama.Namun dia telah mencipta kes terpencilnya yang telah mengemparkan seluruh bumi Malaysia.Kita sedang menanti kes terpencil dari gabungan artis sesama artis (mungkin) akan lahirnya seorang pejuang tulen yang akan mengemparkan dunia dakwah dengan membawa satu obor yang terang untuk menyuluh seluruh kegelapan ilmu islam kepada cahaya dan kelayuan dakwah kepada kerancakkannya.

Adakah ia akan berlaku?Allah berkuasa atas segalanya namun tampa usaha kearah pencerahan daerah kegelapan mana mungkin ianya akan tercapai? Jika puak kristian berjaya membangunkan kes terpencil (dengan murtadnya Aisyah Bukhari) dengan usaha mereka, adakah kita hanya perlu goyang kaki untuk membangunkan kes terpencil kita sendiri?

Saya tidak mengatakan setiap ustaz perlu mencari gadis jalanan untuk dijadikan isteri,tetapi apabila ketetapan itu menjengah, usahlah ditolak dengan mengatakan, 'aku "hanya" mencari gadis yang "layak" buatku.' Ianya terlalu tidak adil dengan memisahkan gadis jalanan dengan martabat ustaz lalu terciptalah satu gap (jurang) yang nantinya akan dinilai oleh masyarakat bahawa ustaz merupakan satu kewujudan suci yang hanya layak untuk gadis yang bergelar ustazah.

Di antara respon dalam tulisan saya yang lepas, ada sahabat dan pembaca yang menulis, sekiranya muslimin mencari gadis yang compang-camping dengan ilmu islam untuk dijadikan isteri, bagaimana pula dengan muslimah sedangkan muslimah sekarang ini semakin bertambah dengan kadaran masa? Saya mengangkat tangan membenarkan hujjah tersebut. Mungkin kerana itu juga pendapat saya ini hanya sesuai untuk beberapa kes terpencil dan tidak perlulah di perbincangkan sangat.

Jadi mengapa saya menulis tentang isu ini disini jika ianya tidak tersenarai dalam top prioriti? Sebabnya ialah apabila saya melihat kelayuan dakwah dikalangan mereka yang jauh dari islam. Selama ini kita hanya hidup di dalam kepompong yang mana orang-orang di sekeliling kita (yang boleh dikatakkan mukmin) hanya 20% sahaja mewakili masyarakat keseluruhan. Manakala orang-orang awam yang berjumlah 80% lainya adalah terlalu "awam" untuk di ajak kepada kebenaran dan kesucian agama melainkan ada satu usaha pengerak yang nekad mengorbankan dirinya demi agama dan demi ummat yang sedang dalam kelemasan arus keduniaan yang selama-lamanya melalaikan.

Menyumbang dan berkorban.

Di kalangan orang islam pula lahirnya simptom yang mengerhanai dakwah iaitulah simptom "kebiasaan".Katanya,

aku lahir dalam keadaan biasa, dibesarkan dalam suasana biasa, mendapat result upsr, pmr dan spm yang biasa.Melanjutkan pelajaran ke universiti yang biasa dan grad secara biasa-biasa.Aku berkerja di syarikat yang biasa, berkahwin secara biasa, mendapat anak yang biasa,mendapat cucu yang biasa,kemudian aku mati sepertimana biasa lalu ditanam ditempat orang yang biasa-biasa.Anak-anakku pula akan mengikuti jejak langkahku menganggotai kewujudan-kewujusan yang biasa dan begitulah pula seluruh keturunanku.

Biasa dalam keadaan selesa dengan apa yang ada. Melahirkan insan-insan yang enggan untuk berjuang apalagi mengorbankan diri untuk agama.

Rasulullah merupakan pemimpin yang berjaya melahirkan ratusan sahabat yang luar biasa. Bukan penampilan mereka yang luar biasa tetapi semangat mereka untuk melihat islam itu tegak terlalu luar biasa sehingga debu-debu yang terpercik dari derapan kaki kuda yang mereka tunggani itupun diumpamakan lebih berat dari keimanan kita dihari ini. Perjuangan mereka bukan lagi hanya berlegar di dalam paradigma "menyumbang" tetapi mereka telahpun berada di dalam paradigma "berkorban",satu anjakan paradigma yang terlalu di impikan untuk berlaku di dalam diri setiap orang islam.

Kita mungkin enggan mengakui satu hakikat pahit iaitu, kita mungkin masih terlalu jauh daripada kemenangan. Kerana itulah dari segenap celahan kesempatan, wajib untuk kita meletakkan antena-antena dakwah yang akan menghantar isyarat bahawa ummat ini masih sempat untuk diselamatkan dengan islam dan usaha yang berterusan. Kita tidak mempunyai terlalu banyak waktu untuk bermenung atau hanya berwacana dengan nada kecewa. Bermula dari setiap jiwa yang mengimpikan islam itu tinggi dan memerintah, marilah bersama-sama memperbaiki diri kita sendiri dan seterusnya orang-orang sekeliling kita dan seterusnya ummah yang sedang lena.

"Ana harap entha pilih muslimah". Itulah antara nasihat seorang sahabat karib saya tidak berapa lama dahulu. Sehingga kini, saya masih menganggapnya sebagai satu nasihat..

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Perpaduan Pakatan dan Kehancuran BN

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.

Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Apa yang dapat di rumus dari kemenangan PAS di kawasan PKR dan di dalam negeri pemerintahan DAP ialah Perpaduan yang tidak boleh di gugat sama sekali oleh Barisan Nasional( BN ).Perpaduan ini terserlah dengan kemenangan yang agak besar jika di bandingkan dengan peratusan pengundian yang berkurangan.Pakatan Rakyat hanyalah perlu mendaftar sebagai satu lagi pakatan Parti untuk terus mengugat Barisan Nasional. Sistem 2 Parti akan wujud bila pakatan rakyat di daftar secara rasmi.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti akan menghancurkan tradisi Umno dan BN dalam pemerintahan negara kita ini.Kehancuran BN dan UMNO itu sendiri bukan kerana kekuatan yang benar-benar padu Pakatan Rakyat kini yang masih tercari-cari pengkosian kuasa,tetapi kerana UMNO dan BN itu sendiri sentiasa mempunyai skandal dan krisis-krisis yang melemahkan BN dan UMNO itu sendiri.Isu-isu Rasuah seperti Pelabuhan Kelang ( PKNZ) yang melibatkan komponen parti BN iaiatu MCA menjadi duri dalam daging.Skandal dan krisis dalam Umno dan BN memberi kesempatan Pakatan Rakyat merapatkan Barisan dan menguguat BN sama sekali.

Rasuah menjadi duri dalam daging bagi Politik dalaman UMNO dan BN,dengan isu rasuah yang makin meningkat di negara kita menakutkan Pelaburan Asing.Kini Pelaburan asing mula meninjau negara jiran seperti Indonesia yang semakin membenteras Rasuah secara besar-besaran dengan tertangkapnya orang-orang ternama,dan juga Politik Indonesia yang kian stabil apabila PM dipilih secara mojoriti sekali lagi.Jangkaan Perningkatan KDNK Negara Indonesia dan Vietnam sangat membimbangkan saya.

Indonesia dan Vietnam diunjur mencatat 3.5 peratus pertumbuhan pada 2009 dan 5.0 peratus tahun depan, manakala Filipina bakal menyaksikan penurunan 0.5 peratus tahun ini, sebelum meningkat kepada 2.4 peratus pada tahun berikutnya
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka susut sebanyak 4.4 peratus tahun ini sebelum pulih kepada 2.2 peratus tahun depan dan 5.3 peratus pada 2011, demikian menurut Bank Dunia dalam laporannya mengenai kedudukan ekonomi global.Adalah di jangkakan jika masaalah rasuah dan Politik dalam negara kita berterusan tidak mustahil Rakyat Negara kita pula dalam 10 tahun akan datang akan berlumba-lumba menaiki sampan mencari kerja di Indonesia.

Rasuah dan ketidak stabilan Politik adalah dalang memusnahkan negara kita.Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bertindak cepat menghapuskan Pemerintahan Rasuah dan Menstabilkan Politik dengan segera.PRU ke 13 Adalah tempat rakyat Malaysia membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka.Marilah kita bermuhasabah diri dan berfikir untuk negara yang kita cintai. Takbirr.. اللة اكبر,اللة اكبر

Allahualam

Permatang Pasir: Bukti RAKYAT Menolak BN.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Selasa, 25 Ogos 2009

Tazkirah Semalam...

Tazkirah Semalam.

Salam sahabat MySpace & blogSpot...

Semalam selepas sunat tarawih dimasjid... kami diberi Tazkirah soal Syariah Islamiah. Soal Syariah Islamiah yang meliputi didalamnya ibadah, muamalah, munakat juga jenayah dalam Islam. Itulah juzuk2 yang ada dalam Syariah Islamiah.

Perbincangan agak menyeronokan bila Hadirin menunjukkan minat dan mula memahamai apa yang dikatakan sebagai Islam is The Way of Life... Islam yang bukan sahaja Ibadah ritual semata-mata, Islam yang bukan sahaja solat, puasa, zakat mahupun haji dan umrah, tetapi Islam yang merangkumi dalamnya keseluruhan juzuk dalam kehidupan manusia. Indahnya Islam.


... yang bukan semata2 di masjid kita seorang Islam... tetapi apa bila di luar masjid kita bebas sebebasnya lantas mula meninggalkan Islam. Di padang bola kita telah tinggalkan Islam. Di pasar kita telah tinggalkan Islam begitu sahaja.


Islam yang dalamnya muamalah. Muamalah yang sifatnya umum. Merangkumi segala aspek kehidupan... Kita berbisnes sewajarnya secara Islam. Kita memimjam dan memberi pimjaman juga ditentukan kaedah dan caranya. Begitu indah.


Seterusnya dalam masalah Munakahat @ Nikah Kawin sememangnya kita tidak pernah lari dari mengambil hukum Islam... Alhamdulillah. Rasanya belum ada mereka yang mengaku sebagai muslim tetapi bernikah kawin secara yang lain dari Islam... Malangnya ramai dikalangan kita yang mengaku Muslim tetapi meniggalkan Muamalah Islam... Merasa berat dengan perbankan Islam. Menjauhi apa yang digelar sebagai Insuran Islam... @ Takaful... apa lagi bila dikatakan tentang jenayah Islam.
Perghhh... Kita mungkin tersentak lantas merasa gerun dengan kalimah2 seperti hudud, qisas mahupun takzir... Apakah sebenarnya kita benar2 muslim mukmin kalau sekadar mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain???

Kita tersentak bila seorang model wanita yang di hukum sebat sebanyak enam kali atas kesalahan terang-terangan melakukan kesalahan jenayah syariah dengan meminum arak di khalayak ramai. Zalimkah hukum itu??? Bukankah arak itu ibu segala kemaksiatan yang berlaku di muka bumi.

Zalimkah andai seorang pencuri dipotong tangannya... Zalimkah??? Sesungguhnya bukanlah mudah untuk memotong tangan seseorang... Banyak syaratnya. Syarat pada pencuri mahupun syarat pada barang yang dicuri... andaikan anda mempunyai sebuah motosikal... anda menyimpannya dibawah rumah tanpa menguncinya, bahkan kunci tersebut ditinggalkan begitu sahaja di motor anda... sedang rumah anda sendiri tidak punya pagar.
Sebenarnya pencuri tersebut tidak boleh dikenakan hukum potong tangan. Bahkan hanya dikenakan takzir sahaja... Indah bukan?


Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Sabtu, 22 Ogos 2009

Propaganda UMNO Menuju Kesesatan


Bukan main sedap segelintir yang kononnya seperti seorang pejuang Islam mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Tak payahlah saya ulangi lagi di sini, rasanya semua pun tahu. Ayuh semua kita renung betul2 perkara ini.

Buangkan segala rasa kepartian dalam diri kita. Letak tangan di dada kita sebagai seorang Islam dan pertimbangkan perkara ini satu demi satu.


Memang benar bahawa Syurga Neraka ini adalah urusan Allah S.W.T. tetapi Dia telah memberikan panduan untuk kita memilih ke manakah destinasi sebenar yang kita mahukan antaranya. Sedarkah kita semua yang Kita selalu bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah jamin, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Fahamkah kita dengan ayat ini?

Apa yang Allah jamin kepada kita? Rezeki. Itulah yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap hambanya di muka bumi ini tidak kira siapa kita. Dan kita bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi kita langsung tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Syurga! Sedarkah kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari nikmat Syurga. Dan di mana letaknya nikmat itu di dunia ini?

Adakah kita melaksanakan kelima-lima Rukun Islam dan keenam-enam Rukun Iman sepertimana yang dituntut oleh Islam? Ayuh kita jawab soalan-soalan ini secara satu persatu. Buka Minda kita seluas-luasnya untuk tentukan di mana kita sebenarnya, adakah kita mencari Syurga atau Neraka?

Mula-mula, Hanya Jawap YA Atau TIDAK…

Adakah Anda Mengaku Anda Adalah Seorang Islam? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Yakinkah Anda Dengan Kewujudan Allah S.W.T.? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Yakin Dengan Allah, Bersediakah Anda Untuk Melaksanakan Segala Perintahnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Mengaku Beriman dengan Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Dan Mengaku Anda Adalah Umatnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran Yang Diutuskan Sebagai Panduan Sepanjang Zaman? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Kita Lihat Sekejap Sepotong Ayat Al-Quran dan Fahami Maksudnya, Kemudian Tanya Diri Kita Adakah Kita Percaya Dan Mahu Apa Yang Dikatakan?

(إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 217.].

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

(٤٤ ".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 260.].

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

(٥٠ "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]

Dah Fahamkan Isi Kandungannya??? Kita Sambung Dengan Soalan-Soalan Tadi…

Kalau Tadi Anda Mengaku Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran, Adakah Anda Mahu Undang-undang Islam Yang Allah Perintahkan Kepada Kita Digunakan di Malaysia Atau Anda Mahu Undang-undang Yang Digunapakai Sekarang hasil Ciptaan Seorang Manusia Ciptaan Allah S.W.T Yang Bukan Beragama Islam Bernama Lord William Reid?. Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Soalan Terakhir Selepas Ini Agak Mencabar Minda Kita. Tabahkan Hati dan Mengucaplah Dua Kalimah Syahadah Jika Anda Tersalah Pilih Jawapan. Kali ini Jangan Jawap Ya Atau Tidak. Jawaplah Berdasarkan Pilihan Yang Ada…

Parti Politik Apakah Yang Memperjuangkan Kesemua Di Atas??? PAS Atau UMNO?

Terserahlah Kepada Anda Untuk Menjawabnya, Akal Sudah Diberikan Allah, Anda Hanya Perlu Menggunakannya Sahaja.

Kesimpulannya, Adakah Anda Masih Dalam Perjalanan Mencari Syurga Atau Anda Sedang Sesat Menuju ke Neraka Tanpa Anda Sedari? Fikirkanlah Wahai Semua Umat Islam!!!!

Pesanan Tok Guru Buat Pengundi DUN Permatang Pasir

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarokatuhTuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.


Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir siapa akan tersungkur?

Eksklusif: Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman Calon Yang Bawa Bala Buat BN !


Pendedahan terbaru Pakatan Rakyat berhubung dengan kebobrokan calon BN yang bakal dipilih oleh rakyat sebagai ADUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini jelas sekali cukup menggemparkan. Ternyata ia sungguh mengejutkan dan BN sudah kehilangan punca sekarang, lantaran terpaksa memilih seorang calon yang sudah rosak moral untuk diangkat sebagai Wakil Rakyat kawasan itu.

Puak-puak UMNO BN sebenarnya banyak membuang masa untuk bertempur di Permatang Pasir. Ini kerana jika "rakyat didahulukan", maka sepatutnya PM Najib Razak tidak meletakkan calon untuk bertanding kali ini iaitu sama seperti di Penanti dulu. Tambahan pula hari pengundian yang jatuh pada bulan puasa dan dikala seluruh rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan masalah virus Influenza A H1N1 yang kian parah dan cukup membimbangkan sekarang ini.

Namun, dek kerana untuk menguji suara rakyat yang telah mereka perolehi secara paksa di Manek Urai, maka Najib memberanikan diri untuk meletakkan juga calon di Permatang Pasir. Akhirnya, beliau tersalah pilih dan percaturan apabila calon BN Rohaizat Othman (foto), rupanya bakal membawa bala yang besar kepada pakatan karat biru itu.

Pemilihan yang dibuat tanpa siasatan, akhirnya bakal memakan diri. Sia-sia sahaja anggota Polis Cawangan Khas (SB) bertugas, bila tidak diberi arahan untuk menyiasat rekod peribadi Rohaizat. Kini, satu persatu "bom jangka" diletupkan oleh Pakatan Rakyat bagi membuktikan kepada para pengundi bahawa anak muda itu sememangnya tidak layak untuk menjadi Wakil Rakyat malah sekali pun bertanding di pilihanraya kecil itu sebenarnya.

Calon BN Terbabit Dengan Pecah Amanah

Pendedahan terbaru tentang Rohaizat mempuyai tiga kes pecah amanah jelas sekali bakal menjerat BN kali ini. Kes pertama yang di dengar mengenai salahurus kewangan sebanyak RM161,000 dan telah di beri penjelasan yang jelas oleh rakan firma beliau adalah merupakan satu dari tiga kes yang sedang dihadapi beliau.

Namun sehingga kini dua lagi kes yang sudah disebut, belum diputuskan lagi kes nya berikutan pembatalan lesen gumam beliau. Ini bermakna Rohaizat punyai rekod buruk dan tidak layak bergelar Wakil Rakyat sebenarnya. Terkini, badan peguam BAR Council menjelaskan bahawa dua kes itu adalah kes yang tidak boleh didedahkan kerana ianya soal peribadi dan amat rahsia.

Menurut pengerusi BAR George Varughese apabila merujuk kepada TPM Muhyiddin yang menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Rohaizat, beliau menjelaskan bahawa badan guamam tersebut adalah badan bebas yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes itu dan ianya adalah berkaitan dengan badan tersebut.

Beberapa hari lepas , Yusri Isahak (foto) rakan niaga Rohaizat menyatakan bahawa calon BN itu adalah seorang penipu besar yang kononnya tidak tahu menahu langsung mengenai kesnya dengan Koperasi Pekebun Kecil Getah. Terkini, difahamkan Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Getah telah menarik balik aduan mengenai isu penggunaan wang oleh syarikat guaman Rohaizat beberapa hari yang lalu.

Mungkin ini bagi membersihkan nama Rohaizat agaknya?. Tetapi, itu semua sudah terlambat dan membuktikan kepada rakyat bahawa memang Rohaizat telah pecah amanah dan tidak layang menjadi pemimpin sebenarnya.

Calon BN Abaikan Nafkah Isteri Keduanya


Ramai yang tertanya-tanya, benarkah calon BN ini beristeri dua? Kenapa beliau tidak mengaku dan kenapa isteri keduanya itu dibiarkan begitu sahaja?. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang baik dari sudut pandangan Islam. Rohaizat dipercayai mempunyai seorang steri yang dikahwininya pada 2005.

Namun begitu perkahwinan tersebut hanya didaftarkan pada 2008 dan isteri beliau itu tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut sumber, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah. Anehnya, Rohizat berkali-kali menafikan ada mengahwini wanita terbabit sejak tahun 2005 yang lalu .

Lantara itu isteri beliau disembunyikan malah pergi dan datang ikut suka hati. Bertambah teruk lagi isterinya itu tidak diakui sebagai isteri yang sah. Malah isterinya itu pernah menuntut Rohaizat agar mengakuinya sebagai isteri yang sah. Di fahamkan wanita terbabit kini berada di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka Pahang.

Persoalannya sekarang, andainya inilah orang yang mahu diangkat sebagai pemimpin rakyat maka akan rosaklah rakyat itu dibuatnya. Mana mungkin individu yang mempunyai masalah peribadi seperti itu dapat memimpi rakyat dengan adil dan saksama. Adalah difahamkan Hafizah adalah ketua Kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun. Mereka berkahwinan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Jika inilah caranya, maka memang sah Rohaizat tidak wajar dipilih oleh rakyat dalam hari pembuangan undi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, pada 25 Ogos 2009 ini.

dPerbatsan:- dengan ini menyeru seluruh rakyat di Permatang Pasir agar berhati-hati dengan tindak tanduk petugas BN yang terpaksa bekerja keras untuk memastikan calon mereka menang kali ini.

Jika di Manek Urai mereka hampir melakukan bila mana isu "jambatan dimainkan". Kini di Permatang Pasir, apakah BN berjaya sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti atau menang. Nampak perkara itu agak mustahil sekarang ini.

Tambahan pula dengan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubharak ini sudah pasti ramai petugas BN tidak mampu bekerja dengan ikhlas dan jujur. Kerana selama ini mereka diberikan berbagai kemewahan termasuk makanan yang sedap-sedap.

Maka, apabila di bulan puasa tiada makanan sudah pasti mereka terpaksa makan "curi-curi" yang memang menjadi amalan puak-puak UMNO ini jika malas berpuasa. Jika ini berlaku, harapan besar untuk melihat Pakatan Rakyat menang lebih besar semakin cerah.

Tambahan pula, semangat juang petugas PAS sebenarnya semakin tinggi tatkala bulan Ramadhan ini. Maka, yakinlah Islam akan tertegak jua.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kepercayaan, diantara biasa dan luar biasa.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya”
Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335

Itulah janji Rasulullah SAW yang disampaikan kepada para sahabat dan seluruh umat. Saya cuba menyelami bagaimanakah perasaan sahabat semasa mendengar kata-kata Baginda SAW ini.

Malaysia suatu hari nanti akan menjadi juara Piala Dunia. Piala itu akan dijulang”, kata jurulatih pasukan Malaysia kepada pemain-pemainnya.

Ishh, betul ke ni. Logik ke?”, rungut seorang pemain.

Beda’ah je boss kita ni!”, kata seorang lagi pemain. Kampungnya di Perak.

Hang cakap tengoq la kiri kanan”, keluh seorang lagi jaguh Malaysia yang datang dari Kedah.

Semua orang macam tidak percaya. Malaysia mahu menjulang Piala Dunia? Mahu menjulang piala yang hanya dijulang oleh Perancis, Argentina, Brazil dan Spin? Mampukah Malaysia? Macam mengarut sahaja bunyinya

Itu andaian saya untuk menyelami perasaan para sahabat apabila diberitahu oleh Baginda SAW bahawa pada suatu hari nanti kota sehebat Constantinople akan berada di tangan umat Islam.

Siapa umat Islam ketika itu? Sejauh mana kekuatan mereka itu? Bagaimana pula dengan Constantinople? Lebih mustahil dari misi Malaysia mahu menawan Piala Dunia.


Tetapi itulah cara Baginda SAW memotivasikan para sahabat.

KEPERCAYAAN BIASA


Percaya selepas melihat sesuatu, adalah kepercayaan yang biasa. Kepercayaan yang tiada nilai iman. Seperti pandangan biasa seorang pengujikaji di dalam makmal, yang hanya percaya kepada teorinya apabila ujikajinya berhasil.

Malah percaya selepas melihat sesuatu, jika tidak dididik maka boleh jadi seburuk kepercayaan Yahudi yang materialistik:

Kami tidak akan sekali-kali beriman kepada kamu sehinggalah kamu tunjukkan kepada kami Allah itu secara terang dan nyata” (Al-Baqarah 2 : 55)

KEPERCAYAAN LUAR BIASA

Akan tetapi kepercayaan yang tinggi ialah percaya sebelum melihat, dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

Apabila sahabat itu beriman al-Siddiq dengan kebenaran Rasulullah SAW, maka soal janji sehebat penaklukan Constantinople tidak sukar untuk dipercayai. Sahabat percaya sebelum melihat, lantas mereka bekerja keras untuk melihat apa yang mereka percaya.

Kita belum pernah melihat Syurga, tetapi kita percaya sebelum melihatnya dan bekerja keras untuk melihat dan memperolehinya.

Kita belum pernah diazab untuk melihat Neraka, tetapi kita percaya sebelum melihatnya dan bekerja keras untuk menghindarkan diri darinya.
Mampukah kita percaya sebelum melihat dan kuatkah kita untuk bekerja bagi melihat apa yang kita percaya?

MANIS SEBELUM MANIS SELEPAS

Tanyalah anak muda yang mahu ‘melihat dan merasa semua’ sebelum bersedia untuk memberi komitmen pada sebuah perkahwinan. Apakah yang tinggal untuk dihargai? Apakah ada lagi kemanisan? Perkahwinan menjadi himpunan sepah terbuang.

Jika saya katakan bahawa carilah kebahagiaan pada mematuhi perintah Allah lantas bermujahadahlah menolak maksiat, anak muda harus menguji apakah mereka mampu untuk percaya sebelum melihat dan merasanya?

Fikir-fikirkanlah, sejauh mana keupayaan kita untuk yakin?

Ramadhan memerlukan daya keyakinan tinggi untuk membolehkan kita mendapat apa yang belum terlihat di depan mata. Dan bekerja keraslah untuk melihat apa yang kita percaya itu.

Moga setiap hari Ramadhan ini terisi dengan usaha merealisasikan keyakinan yang SATU itu… ameen.

Hayatilah Puisi ini…

Di Ramadhan ini

Sahabat...
Dalam lakaran resah tidak bertepi
Kuhamparkan sekuntum kemaafan
Disebalik carik sebuah hati
Yang masih setia menanti
Ku pasti


Di sini
Terbukakah hijab antara kita
Kan terungkaikah segala rasa
Yang telah terjeruk sekian lama
Menjadi pusaka


Sepi
Sendiri
Kudambakan sebuah emosi
Pembakar diri
Di Ramadhan ini..


“Infiru khifafan wa tsiqalan - … Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah…” (At-Taubah, ayat 41)




Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Amir DarkJustice

Khamis, 20 Ogos 2009

UMNO BN Kemaruk Untuk Menang Di Permatang Pasir.


Nampaknya kini media arus perdana sengaja mencari pasal dengan memutar belitkan kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Rata-rata media TV dan akhbar nampaknya sudah lupa sejarah dan gagal untuk bertindak profesional dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini. Tuduhan mengatakan Nik Aziz keluarkan kenyataan yang berbaur hasutan jelas sekali menunjukkan yang mereka sudah begitu takut dengan suara rakyat.

Laporan utama muka hadapan Berita Harian yang bertajuk "Nik Aziz Seleweng" jelas sekali menggambarkan kerakusan puak-puak UMNO dan BN memperkudakan media arus perdana untuk tujuan jahat mereka. Bahkan, mereka langsung tidak mahu belajar dari kesilapan lampau perihal kekalahan besar BN akibat kerakusan media arus perdana menghentam pimpinan Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Kini ia berlaku lagi, gara-gara pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Mereka ini seolah-olah sudah tiada "otak yang waras" untuk berfikir. Walhal, mereka tahu yang rakyat sudah begitu meluat dan benci melihat sikap yang ditunjukkan media arus perdana sejak dulu, kini dan selamanya. Namun, anehnya seolah-olah puak-puak karat ini tidak mahu langsung berubah. Media masih digunakan sebagai senjata untuk membuat propaganda jahat mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan berbagai akta untuk menyekat rakyat bersuara. Apakah ini amalan sebuah negara demokrasi berparlimen yang diperkatakan itu sebenarnya?.

Lantaran itulah, sebagai rakyat Malaysia yang punyai akal fikiran yang waras kita seharusnya merasa kecewa dan dukacita dengan segala apa yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Tuduhan kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga serta lain-lain tuduhan jelas sekali membuktikan betapa terdesaknya mereka untuk meraih undi rakyat di Permatang Pasir. Mereka tahu, serangan terhadap Anwar Ibrahim di sana tidak akan mengubah segalanya. Bahkan ia langsung tidak akan terkesan di hati rakyat yang sudah sebati dengan nama Anwar sejak sekian lama.

Maka, langkah terbaik ialah membuat "attacking" terhadap pemimpin PAS itu. Tambahan pula kerusi DUN Permatang Pasir ditandingin oleh calon parti tersebut. Soalnya, apakah dengan tohmahan dan tuduhan melampau itu BN bakal diterima pula oleh rakyat?. Sedangkan, sebelum ini asakan mereka terhadap Anwar lebih teruk dari itu?. Maka itu, apakah rasionalnya mereka mengarahkan media arus perdana menggasak Mursyidul Am PAS itu agaknya?. Inilah dia persoalan yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya.

Pemimpin UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil. Jika mereka boleh berbangga dengan pengurangan undi di Manek Urai sebelum ini, kini rasanya BN akan kembali bermuram durja. Rakyat di Permatang Pasir sudah pasti akan mengajar kedurjanaan mereka ini pada hari pengundian 25 Ogos ini

PM Mahahtir "Mudah Lupa" Mula Bersuara

Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad , untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini.

Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang "Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka". Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz. Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya.

Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun.

Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.

Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja.

Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia. Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya.
Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah.

Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama "tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

p/s:Bila dikaji semula apa yang dilakukan oleh media terhadap Tuan Guru Nik Aziz ini, nampak benar itulah strategi yang digunakan BN bagi memancing undi pilihanraya kecil Permatang Pasir sebenarnya.

Kenapa mereka tidak menganyang Anwar Ibrahim sehabis-habisnya, sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Permatang Pasir adalah salah satu DUN yang terdapat di situ. Bukankah ini membuktikan yang puak-puak mereka takut dan yakin, rakyat Permatang Pasir tidak akan berubah jika Anwar diasak bertalu-talu.
Maka, jalan terbaik ialah menukar sasaran kepada pemimpin PAS agar rakyat bersimpati terhadap mereka.


Tetapi mereka terlupa kerana memikirkan rakyat masih lagi "bodoh dan bangang" seperti puak-puak mereka. Lantaran itulah kita boleh katakan yang senario yang berlaku ini memberi harapan baru kepada rakyat dan pengundi di DUN Permatang Pasir untuk memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man sebagai Wakil Rakyat baru kawasan itu nanti.

DACING AKHIRAT.

Beberapa hari menjelang pilihan raya 25 Ogos ini, dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Dacing berimbang atas kayu ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka. Tetapi kenapa dacing 'kuno' ini membiak subur akhir-akhir ini?

Subuh-subuh buta, keluar saja dari rumah untuk ke masjid, sudah nampak dacing. Malah dalam rumah pun, ceritanya tidak lain daripada dacing, dacing dan dacing. Radio cakap pasal kebaikan dacing. TV pun cakap pasal dacing. Malah apabila membuka saja komputer, lambang dacing tertera di skrinnya.

Bermotosikal untuk ke tempat kerja, sepanjang jalan Ptg Pauh nampak ratusan dacing. Di tepi sekolah, di tembok masjid ada dacing. Batang pokok pun tak selamat daripada ditampal dacing.

Sebut saja dacing, tidak salah untuk kuncu-kuncu pejuang dacing ini pasang lambang di bangunan awam, malah billboard (iklan besar di tepi jalan raya) juga terpampang gambar pemimpin dacing.

Beli akhbar dan baca berita, hampir semuanya pasal dacing. Ada iklan dacing. Pendeknya, di mana-mana saja ada dacing. Cerita akhbar, TV dan sebagainya berkisar kepada dua perkara saja. Satu dacing baik. Kedua, yang selain dacing, semuanya jahat-jahat belaka.

Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, saya cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN TIDAK PERCUMA.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada anak di sekolah. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang...1 Malaysia..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri. Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing yang timbangannya MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, TIDAK BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING) ANGKAT SENDIRI!

Ingatlah masa manusia itu hanya ada tiga – SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Semalam adalah sejarah. Hari ini buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Esok(termasuk tanggal 25 Ogos) belum tentu. Entah-entah esok sudah berada di alam barzakh. Jadi usahlah difikirkan sangat dacing di dunia ini, fikirkanlah dacing di sana. Itulah jalan selamat di dunia dan akhirat.

“Seeru ‘ala barakatillah”

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)

Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam...

DarkJustice